P. 1
Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

|Views: 5,131|Likes:
Published by CikguNikMie
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010
Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010

More info:

Published by: CikguNikMie on Jan 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2015

pdf

text

original

Soalan 1

1)

a) Apakah dimaksudkan dengan hakisan (4markah)

Proses pengausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir angin dan ombak dan glasier.

b) Jelaskan proses hakisan (7markah)

Proses hakisan terjadi kerana adanya tenaga kinetik dan geseran semasa agen-agen hakisan
seperti air mengalir angin, ombak dan glesier bergerak menuruni permukaan bumi.

Terdapat dua konsep hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih. Hakisan geologi –proses
hakisan yang berlaku di bawah keadaan semula jadi. Hakisan ini berlaku secara perlahan-
lahan dan mengambil masa yang lama dan melibatkan keseluruhan permykaan bumi.Hakisan
tanih –proses hakisan yang berpinca daripada manusia apabila manusia menganggu keadan
semula jadi alam sekitar. Ia berlaku di permukaan bumi terdedah akibat aktiviti-aktviti
manusia.

Agen –agen yang menyebabkan berlakunya hakisan di permukaan boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu hakisan percikan air, kepingan, galir,galur.

c) Huraikan proses hakisan galir. (7 markah)

Hakisan di dalam alur-alur yang kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat. Alur-alur ini
lebih besar daripada gegalur dan biasanya wujud lebih lama. Hakisan galir terhad di dalam
alur-alur kekal salja.Hakisan ini disamakan sebagai hakisan sungai. Di dalam alur –alur yang
besar dan kekal ini berlangsung pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai seperti hakisan
larutan, hakisan hidraulik, hakisan lagaan serta hakisan kikisan.

d) Huraikan proses hakisan galur(7markah)

Hakisan di kawasan permukaan cerun yang lebih meluas.Permukaan cerun terdiri daripada
alur-alur air yang kecil dikenali sebagai gegalur yang berlakunya proses hakisan permukaan
sama-sama dengan limpahan air yang meluas tadi.

Galur ialah satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan bersifat
sementara galur yang dibentuk oleh satu hujan lebat sering tadi terhapus oleh hujan lebat

berikut. Kesan-kesan gegalur mudah dilihat di tebing-tebing cerun yang sudah dipotong atau
ditarah.

Soalan 2

2)

a) Nyatakan jenis-jenis hakisan permukaan. (4markah)

Hakisan percikan air hujan hakisan galur,hakisan galir

b) Terangkan hakisan larian air permukaan (6markah)

Larian air permukaan dikenali juga larian Hortan. Hakisan ini dihasilkan daripada baki air
yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang meresap ke
dalam bumi dan yang digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan(hujan) berlaku.

Formula larian air permukaan seperti

Larian air permukaan=Jumlah hujan-(sejatan +susupan+yang diguna oleh tumbuhan)

Baki air yang tertinggal di permukaan ini mempunyai kuasa untuk mengakis ,menghaus,
memusnahkan partikel-partikel tanah di atas permukan cerundan menggangkutnya menuruni
cerun-cerun tersebut ke kawasan yang lebih rendah sebelum dimendapkan. Keupayaan larian
air permukaan untuk mengakis adalah disebabkan ia memilihki tenaga potensi dan tenaga
kinetik. Hakisan larian air permukan berlaku beberapa cara iaitu larian permukaan, larian sub
permukaan, larian tepu dan larian air dalam alur-alur kecil.

c) Jelaskan factor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan larian air permukaan.
(10markah)

Kuantiti hujan dan bentuk hujan mengikut masa.

Semakin banyak hujan maka kadar hakisan larian air permukaan semakin tinggi. Ini kerana
bekalan air hujan yang banyak akan menambahkan lagi tenaga potensinya untuk mengakis.
Bagi larian jenis tepu dan aliran interak kuantiti air yang banyak tidak menambahkan kuasa
hakisannya, sebaliknya ia berkurang kerana larian air tersebut sudah mencapai peringkat tepu

maka penambahan hujan selanjutnya tidak mampu lagi mencampurkan bahan tanih dengan air
liang-liang pori tanih kesemuanya dipenuhi oleh air.

Geologi setempat

Ciri-ciri geologi akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Kepesatan
infiltrasi berkait rapat dengan ciri-ciri geologi seperti keporosan peratus liang pori struktur
dan kadar susupan dengan kadar larian air permukaan mempunyai hubungan song sang iaitu
kadar susupan tinggi larian air permukaan akan menjadi tinggi. Contohnya, batu pasir yang
bersaiz kasar mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus liang pori yang
dimiliki adalah banyak.

Kecerunan

Dirujukkan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan cerun landai. Semakin curam sudut
cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi kadar hakisanya. Keadaan
sebaliknya berlaku apabila cerun itu menjadi semakin landai. Bentuk cerun mempengaruhi
kadar larian air permukaan. Cerung cengkung biasanya mengalami kadar hakisan yang kuat
berbanding dengan cerun cenbung.Ini disebabkan sudut tuju larian air permukaan bagi cerun
cengkung adalah lebih tepat berbanding dengan cerun cembung

Tumbuhan

Jenis dan ketebalan tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada
ditimpa air hujan dan dihakis hangkut oleh hakisan tersebut. Contohnya,

hutan primer kanopinya tebal berlapis-lapis akan melakukan proses cegatan silara (pintasan)
yang baik menapis dan menempan air hujan daripada menimpa secara langsung keatas
permukaan cerun.

Soalan 3

(a) Nyatakan Faktor yang mempercepatkan proses hakisan. (5markah)

➢Penyang hutanan( pembalakan pertanian dan pnternakan)
➢Aktiviti pertanian
➢Pembinaan bangunan

➢Aktiviti mengubah, melurus dan mendalamkan lurah alur sungai

(b) Huraikan penjanaan hakisan tanih. (10markah)

Boleh berlaku secara semulajadi tetapi kadarnya kini ipercepat oleh aktiviti manusia terdapat
pelbagai jenis ktiviti manusia yang mempercepatkan kadar hakisan tanih antaranya seperti
aktiviti penyah utanan yang dilakukan untuk pelbagai tujuan melibatkan pemushaan hutan
secara besar-besaran kesanya kadar hakisan oleh percikan air hujan dan larian air permukaan
menjadi tinggi.

Ativiti pertanian dikawasan cerun cepatkan kadar hakisan cerun sebagai contohnya
pembajakan dan perakaan cerun. Amalan pertanian tanpa teras tanpa tanama tutup bumi dan
tanpa membina sistem berparitan akan memudahkan pergerakan larian ai permukaan secara
meluas untk menghakis permukaan cerun secara besar-besaran. Lapisan tanih yang subur
akan diangkut oleh larian air permukaan dimendapkan dikawasan tanah rendah. Kesannya
kesubura tanih semakin merosot dan menjadi tidak stabil.

Cerun-cerun bukit dikawasan tanah tinggi dipotong ditrah dan diratakan akan membawa
kepada peninkatan kadar hakisan, Cerun-cerun bukit berkenaan tidak lagi mempunyai
tumbuhan pelindung, stuktur tahihnya longgar, kaki cerun menjadi tidak stabil dan
menyebabkan hakisan galur berlaku serta larian air permukan bertindak untuk menghakis
mengankut dan menipiskan lapisan tanih di permukaan cerun

Aktiviti mengubah melurus dan memperdalamkan lurah serta alur-alur sungai akan
meningkatkan kadar hakisan sungai. Apabila dilurus maka halaju harus akan menambahkan
tenaga kinetik ungai tersebut menghakis tebing-tebing dan pelebaran tebing akan berlaku dan
seterusnya tebing-tebing sungai akan runtuh.

(c) Jelaskan langkah-langkah pengawalan hakisan. (10markah)

Langkah perundangan

Meliputi langkah penguatkusaan undang-undang pemantauan dan pelaksnaan hukuman
seperti denda, membatalkan lesan, penjara terhadap pihak melanggar peraturan pengunan
tanah pengunaan tanah.

Langkah pengurusan

Langkah agronomi – menanam tumbuh tumbuhan pelindung terhadap permukaan cerun
digoldolkan manusia. Menanam tanaman tutup bumi-bersifat sementara tujuan untuk
memuihara tanih dan mengawal hakisan. Melaksanaan keadah tanaman berteras- tujuanya
untuk memperlahankan pergerakan larian air permukaan. Membina sungupan-yang bersifat
sementara dan sungkupan dibuat dengan sisa-sisa tanaman atau sungkupan plastik.

Langkah pendidikan

Kempen kesedaraan dan pendidikan alam sekitar yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai
media elektronik dan projek kemasyarakatan.

Soalan 4

(a) Apakah dimaksudkan dengan pengangkutan sungai. ( 3markah)

Proses pemindahan yang membawa bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai atau muatan
sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak dengan aliran sungai tersebut.

(b) Nyatakan cara-cara pengangkutan sungai.

(4markah)

Golekan, seratan, saltasi, ampaian dan larutan

(c) Jelaskan mekanisma pengangkutan sungai.(8markah)

Proses pengankutan memindahkan bahan-bahan sepertibatu tongkal, kerikil, pasir,
tanah,bahan-bahan ampaian seperti daun-daun pokok-pokok ataubahan kimia hasil buangan
manusia yang ada di dalam alir sungai atau muatan sungai dari hulu ke hilir serentak dengan
aliran. Proses dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai. Sungai memperolehi beban
daripada hakisan di bahagian tebing dan dasar alur sungai tetapi bahan-bahan yang diangkut
oleh air sungai yang daripada luluhawa cerun, hakisan larian air permukaan dan gerakkan
jisim yang berlaku di bahagian cerun atau sungai.

Mengangkut bahan-bahan loeh air sungai dengan melerusi dengan cara bolehkan saltasi,
ampaian dan larutan bergantung kepada jenis dan sifat bahan-bahan tersebut.Bagi beban
sedikit demi sedikit di dasar alur sungai. Bagi beban yang ringan yang mempunyai daya
apungan seperti daun yang diangkur dalam ampaian.Bahan-bahan yang bersifat kimia terlarut

akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan. Halaju arus sungai adalah sama seperti
halaju bahan larutan yang dibawa itu.

(d) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan.

(10markah)

Gradian (kecerunan)dasar alur sungai yang curam membolehkan air sungai mengalir dasar
dan meninggikan kadar hakisan iaitu hakisan lelasan dan lagaan yang berlaku dengan pesat
jika halaju arus sungai adalah tinggi.

Isi padu air sungai mempengaruhi keberkesanan proses larutan dan hidrolik kerana semakin
banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensi dan kelarutan air sungai.

Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai dengan keras-lembut batuan tebing
dan dasar alur sngai.Proses perlanggaran dan geselan mempengaruhinya bahan yang dibawa
bersifat keras berbanding dengan batuan tebing dan dasar alur sungai maka batuan tebing dan
dasar sungai mengalami pengausan melalui proses geselan

Geometri boleh dilihat daripada dua sudut iaitu alur yang lurus dan alur yang berliku. Bentuk
alur yang lurus mengalami kadar hakisan kerana taburan tenaga bagi geometri alur adalah
sama dan seimbang. Iaitu kiri atau kanan adalah mengalami hakisan pada kadar yang sama.

Ciri-ciri geologi dasar dan tebing alur dibentuk oleh geologi yang lembut seperti batu kapur
mudah mengalami hakisan melalui proses larutan mempunyai struktur , tekstur dan ikatan
mineral yang longgar.

Soalan 5

a) Nyatakan bentuk-bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai. (4markah)

Dataran banjir tetambak, tasik ladam dan liku terpenggal.

(b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah pemendapan

Keberkesanan kegiatan geomorfologi , halaju air sungai, kecerunan dasar alur, kewujudan
halangan

(c) Huraikan faktor-fartor yang mempengaruhi proses pengamngkutan di dalam alur
sungai. (10markah).

Bentuk dan saiz beban kerana memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk
diangkut.Bentuk beban tersebut apabila ia berada di dalam air ia larut terapung atau tertinggal
pepejat. Saiz beban merujuk kepada jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau
kecil beban berkenaan.

Beban ampaian terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan serta mempunyai
daya graviti yang rendah berbanding dengan air. Mempunyai ketumpatan yang rendah
berbanding dengan ketumpatan air sungai. Oleh itu, beban ini boleh terhapung di permukaan
air sungai seperti sampah sarap dan daun -daun kayu-kayu yang gugur di dalam air sungai.
Perbezaan halaju arus sungai menentukan cara jenis sungai diangkut. Halaju yang
diperlukan untuk mengangkut beban dasar secara golekkandan beban ampaian secara

apungan adalah lebih besar berbanding dengan laju yang diperlukan untuk mengangkut beban
pasir bersaiz sederhana secara saltasi.

Proses pengangkutan dipengaruhi oleh jenis aliran sungai yang terbahagi kepada dua jenis
iaitu aliran laminar yang merupakan aliran yang berlembut, berlapis-lapis mengalir di
bahagian alur yang lurus dan mempunyai halaju yang rendah. Aliran turbulens pula berbentuk
oleh aliran yang deras,berpusar yang wujud pada musim banjir atau hujan lebat dan berhalaju
tinggi berpusar mengangkut semua jenis beban.

Soalan 6

(a) Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemendapan .

(5markah)

Isi padu air, halaju air, bentuk alur , jenis batuan ,bahan muatan sungai dan halangan.

(b) Huraikan kesan aktiviti pembangunan ke atas pinggir pantai. (10markah)

Peningkatan kadar hakisan pinggir pantai

Kegiatan manusia membangunkan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan
pemuliharaan yang sistematik menyebabkan keseimbangan proses geomorfologi tergugat.
Pantai semakin terhakis dan sempit.

Kepesatan pembangunan pelancongan. Mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen
geomorfologi secara berterusan.

Pemusnahan hutan bakau.Hutan bakau berfungsi sebagai zon penampan yang berkesan untuk
menahan segala bentu hakisan disebabkan oleh pergerakan air, ombak. Jika hutan bakau
dimusnahkan maka fungsi ini tidak dikembalikan.

Tahap kesimbangan zon pinggir pantai tergugat melalui aktiviti manusia seperti aktiviti
pergorekan pasir.ntuk mengimbangkan agen-agen seperti ombak akan bertindak menghakis
mengaut pasi dan mengankut pasir –pasir untuk metimbunkan kembali di bahagian muara
sungai. Akhirnya garis pantai akan terhakisdan semakin mengundur daratan.

(c) Jelaskan langkah-langkah mengatasi bagi megurangkan kadar hakisan di zon
pinggir pantai. (10 markah)

Pembangunan lestari satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan
keadaan asal sesuatu sumber dibawah sesebuah kawasan agar dapat nenikmati oleh genarasi
akan datang. Aktiviti pembangunana harus mengunakkan usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan.

Langkah perundangan yang melibatkan pelaksanaan akta-akta seperti Akta Perhutanan
Negara 1984. Melalui undang-undang hutan bakau,tumbuhan hutan pantai

Kaedah kawalan Amalan pengurusan sumber yang cekap seperti menguruskan secara
sistem memilih ini akan menyebabkan tumbesaran

Menggunakan kaedah kawalan hakisan pantai iaitu kaedah penyuburan pantai dan kaedah
kawalan struktur.kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-usaha penanaman tumbuhan
seperti pokok-pokok rhu. Kaedah kawalan struktur melibatkan aspek kejuruteraan pantai
seperti pembinaan benteng seperti groin. Groin ialah strktur yang pendak dibuat daripada
konkrit atau atu yang dibina menganjur ke laut dalam keadaan sudut tepat dengan garis pantai
dan tujuan membinany ialah memerangkap enapan pasir yang dibawah oleh ombak dan arus
persisiran air

Langkah pengurusan yang seperti kempen kesedaran, program usaha sama, pendidikan alam
sekitar melalui media eletronik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->