You are on page 1of 17

PROJEK GEOGRAFI

ALAM SEKITAR FIZIKAL PRA-U (STPM)

TEMA 1: SISTEM BUMI.

 BAB 1 : KONSEP, CIRI ,DAN JENIS ALAM SEKITAR


FIZIKAL.
BAB 2 : SISTEM SURIA DAN SISTEM BUMI.
BAB 3 : TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI.

NAMA PELAJAR :

1. NUUR RAFIDAH BINTI BAHARUDDIN.


(910407-14-5870)

2. NORFUZIATY BT MOHD FUAD.


(910207-14-5374)
TEMA 1

BAB 1: KONSEP,CIRI,DAN JENIS SISTEM ALAM SEKITAR


FIZIKAL.

SOALAN 1:

a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal. [10 markah]


b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu,tunjukkan keadaan saling bergantung
antara sistem-sistem bumi. [15 markah]

Jawapan:

a) terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:

 Sistem terpencil (isolated system): sistem jenis ini mempunyai


sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke
dalamnya.Siskem ini terdapat di dalam makmal sahaja.
 Sistem tertutup (closed system): sistem ini mempunyai sempadan
tertentu yang hanya Membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak
membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja daripada
matahari.
 Sistem terbuka (open system): sistem yang membenarkan keluar
masuk tenaga dan bahan Menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dab
beroperasi sampai ketahap stabil. Sistem Ini banyak terdapat di alam nyata.
Contohnya sistem cerun,sistem hutan dan lain-lain.

b) Saling kebergantungan antara sistem-sistem bumi ialah:

Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling
berinteraksi dalam Hubungan yang kompleks iaitu sistem geomorfilogi,sistem
atmosfera,sistem ekologi dan sistem hidrologi. Sebarang perubahan atau gangguan
kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem Yang lain.
Contohnya saling kaitan dalam konteks kitaran hidrologi,proses sejatan berlaku di
permukaan air seperti laut,di ikuti pula oleh proses pemeluwapan dan kerpasan
berlaku dalam sistem atmosfera. Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari
tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Air hujan yang turun akan
sampai ke permukaan sehingga berlaku proses larian permukaan dan proses Infitrasi
yang berlaku dalam sistem geomorfologi.
Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah, kuifer yang membekalkan air kepada
sungai, tasik, kolam dan empangan dalam, sistem hidrologi. Dalam konteks ini sistem
hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem
lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam, kitaran
hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem tersebut.
Soalan 2:

a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal. [6 markah]


b) Huraikan cirri-ciri sistem alam sekitar fizikal. [7 markah]
c) Merujuk contoh-contoh yang khusus,tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem
fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12 markah

Jawapan:

a) Maksud sistem :
Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-
unsur/objek/komponen-komponen Yang saling bertindak antara satu sama lain
sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk Mencapai keseimbangan bagi sesuatu
sistem.

b) Ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal :

Sesuatu sistem itu mempunyai


 Objek-objek/komponen/pemboleh ubah/angkubah yang saling
berinteraksi antara satu sama lain.
 Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan dengan
sistem lain.
 Mempunyai jisim/bahan seperti air,mineral yang boleh keluar masuk
dari sempadan sistem tersebut.
 Mempunyai tenaga yang boleh mengalir,masuk dan keluar dari
sempadan sistem itu.
 Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai kestabilan/tahap
keseimbangan.
 Dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas sesuatu
gangguan untuk mencapai keseimbangan. Tidak balas dalam sistem boleh bersifat
positif atau negatif.

c) Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila sesuatu


sistem mengalami perubahan
Contohnya : Pemanasan suhu global. Mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan
lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang
diterima oleh bumi menjadi tidak seumbang.Bumi telah menerima lebihan bahangan
suria menyebakan suhu dunia meningkat.
Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan
pergunungan Cair. membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang rendah di
samping meningkatkan kadar hakisan Ombak.
Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada sistem
ekologi terutama Manusia untuk hidup,mendirikan petempatan dan menjalankan
aktiviti pertanian selain pemanasan global Juga menjejaskan kesihatan manusia
dengan pelbagai penyakit seperti barah kulit,katarak mata dan lain-lain. Disamping
itu, manusia akan sentiasa panas dan tidak selesa.
Soalan 3:
a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup. [6 markah]
b) Pilih satu jenis sistem terbuka :
1:Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut. [7 markah]
2:Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu kepada sistem-sistem alam
sekitar fizikal yang lain. [12 markah]

Jawapan:
a) perbezaan antara sistem terbuka dengan suistem tertutup Sistem
terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga
Sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya bumi dengan matahari
iaitu bumi menetima tenaga sahaja daripada matahari.
Sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan
Menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap
stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata.Contohnya sistem cerun,sistem hutan
dan lain-lain.

b) Sistem terbuka dipilih contohnya dalam sebuah ekosistem hutan hujan


tropika.

Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut adalah:


1. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis tenaga
itu Disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid
tumbuhan dalam daun, batang ,bunga, buah dan sebagainya.
2. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian
Makanan dan memindahkan tenaga ke setiap komponen dalan ekosistem tersebut.
3. Tumbuhan-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan akan
tersejat peluhan ke atmosfera dengan adanya tenaga suria.
4. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik,sungai dan tumbuhan melalui
proses sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera sehingga berkumpul
membentuk awan dan seterusnya menghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan
haba pendam.

c) kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistem-sistem


alam sekitar fizikal yang lain ialah :

1. kepada sistem ekologi: Hutan hujan tropika menjadi


habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar yang boleh hidup,
membesar dan membiak dengan sempurna di dalam ekositem hutan yang stabil tanpa
gangguan manusia.
2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan tropika
merupakan pelindung Daripada hakisan tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih
daripada hakisan Percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan
larian Air permukaan. Sistem akarnya membantu mengurangkan hakisan terutama Di
cerun-cerun.
3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan
mengawal keseimbangan kitar Hidrologi iaitu sebagai kawasan tadahan air yang akan
menentukan bekalan Air sungai, tasik, kolam, paya dan empangan serta berfungsi
menyerap air Masuk ke dalam tanah melalui proses infiltrasi/susupan serta menjamin
bekalan air bawah tanah.
4. Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga
berlakunya proses transpirasi Yang membebaskan wap air keudara.Wap air ini akan
tersejat ke atmosfera Dan menjadi punca kepada kelembapan udara dan seterusnya
mengawal suhu Udara. Hutan juga mengawal imbangan gas di udara apabila
menggunakan karbon Dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.Selain itu
hutan juga berperanan mengurangkan kelajuan angin dengan berkesan.

TEMA 1

BAB 2: SITEM BUMI

SOALAN STPM 2003:

a) Huraikan secara ringkas tentang sistem. [5 markah]


b) Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi
sudah cukup untuk menggerakkan sistem-sistem bumi. Jelaskan. [12markah]
c) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa. [8
markah]

Jawapan:

a) Sistem alam fizikal secara mudahnya boleh ditakrifkan sebagai satu


set angkubah atau unsur-unsur Yang saling bertindak atau berhubung kait antara satu
sama lain.Selain itu sesebuah sistem itu juga Mempunyai tenaga dan bahan yang
boleh masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga khususnya Dari matahari penting
sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan. Dengan adanya tenaga Inilah
seluruh di dalam sistem fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk mencapai tahap
keseimbangan (steady state system). Sistem-sistem bumi juga mempunyai
sempadannya sendiri du samping memiliki sifat pemulihan kendiri (self regulation).

b) Matahari merupakan punca tenaga yang utama bagi meneruskan


kelangsungan proses dalam Sistem bumi. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi
meliputi semua aspek seperti:

Kepada sistem suria


 Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan
adanya tenaga haba dari Matahari. Tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan atau
kerpasan, ribut taufan,petir dan lain-lain Lagi tidak akan berlaku. Sebagai contoh
dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga Suria yang akan memanaskan
permukaan air seperti laut dan sungai. Tenaga haba yang Mencukupi di perlukan
untuk membolehkan wap-wap air naik ke udara proses kondensasi Akan berlaku yang
menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin Berkurangan atau suhu
di dalamnya semakin rendah sehinggalah wap-wap air tadi tepu untuk Turun sebagai
hujan.
Begitu juga dengan angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah ada
perbezaan Tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu
atau tenaga haba Di antara dua tempat. Mengikut hokum Boyle, apabila suhu tinggi
maka tekanan udara Menjadi rendah dan apabila suhu rendah,maka tekanan udara
menjadi tinggi. Angin akan bertiup Dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin
besar perbezaan tekanan ini maka angin Akan bertukar menjadi ribut, taufan,
tornando dan sebagainya.

Kepada sistem geomorfologi


 Untuk membolehkan semua proses geomorfologi seperti luluhawa,
hakisan, pengangkutan Dan pemendapan berlaku mesti ada tenaga haba dari sinar
matahari. Tenaga ini akan bertukar Kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi
dan juga tenaga kinetik. Kedua-dua tenaga inilah Yang menjadi penentu kepada
kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.

Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk


meningkatkan Dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.
Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan
seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga diperlukan untuk
membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff Syarat mula luluhawa
bertindak ialah pada suhu 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia Batuan
akan meningkat dua atau tiga kali ganda.
Dalam proses hakisan pula,tenaga yang bertindak ialah tenaga kinetik yang
juga berasal daripada tenaga haba matahari yabg telah mengalami perubahan.
Semakin laju pergerakan Sama ada sungai,ombak,atau glasier maka tenaga kinetik
yang terhasil adalah tinggi dan ini Akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi
tinggi. Dalam hakisan glasier misalnya kadar Hakisan akan berganda pada musim
panas karana pada masa itu adalah banyak. Kecairan Glasier hanya berlaku apabila
mempunyai tenaga haba yang mencukupi.

Kepada sistem hidrologi


 Kitar hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan
permukaan dan juga sejat peluhan Tumbuhan serta tanih. Untuk memulakan proses
dalam kitar hidrologi ini maka sejumlah tenaga Matahari (haba) yang cukup
diperlukan mengikut R.J CHORLEY (1969) untuk memulakan Sejatan dipermukaan
air laut,tasik dan sungai memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba Bagi 1 gram air
pada suhu 0 darjah Celsius dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram Air pada
suhu 100 darjah Celsius. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah tenaga haba yang amat
Tinggi diperlukan bagi membolehkan kitar hidrologi bermula dan berterusan.
Begitu juga dengan sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih.
Tumbuhan Memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi
membolehkan wap-wap Air terbebas menerusi liang romanya.Semakin tinggi tenaga
haba maka kadar transpirasi Semakin meningkat.Wap-wap air ini mengalami tukaran
adiabatic,proses pemeluwapan ,Menjadi tepu dan turun kembali ke bumi sebagai
kerpasan atau hujan.

Kepada sistem ekologi


 Dalam konteks ekologi,kepentingan tenaga suria boleh di lihat
daripada dua aspek. Pertama Kepentingannya kepada ekosistem dan kedua
kepentingannya kepada tumbesaran
Tumbuhan dalam ekosistem tersebut. Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk
membolehkan rantaian makanan dalam ekosistem berlaku ia mesti bermula dengan
bekalan Tenaga matahari yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai
pengeluar. Tanpa Tenaga matahari tumbuhan tidak boleh melakukan proses
fotosintesis untuk membuat makanannya. Dengan perkataan lain,tanpa tenaga
matahari maka tumbuhan tidak akan wujud. Apabila Tumbuhan tidak wujud maka
rantaian makanan tidak mungkin boleh berlaku. Justeru Kepentingan tenaga suria
kepada ekosistem adalah diperingkat asas dan permulaan rantaian makanan.

c) Tenaga suria atau tenaga matahari amat penting dalam menentukan


keterusan proses luluhawa Kimia dan juga luluhawa fizikal.Ini boleh dibuktikan
seperti berikut:

Tindakan pemanasan batuan akibat pancaran matahari.

Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk meningkatkan
dan menurunkan suhu Mengikut perubahan siang dan malam.Perubahan tenaga haba
ini menyebabkan batuan menjadi Panas dan sejuk dan seterusnya tersepai.Proses ini
dinamakan sebagai pengembangan dan Pengecutan.Di kawasan gurun panas.sinaran
matahari yang terik menyebabkan suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35
darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius sedangkan waktu Malamya menurun dengan
mendadak sehingga 5 darjah Celsius atau 0 darjah Celsius.
Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak
batuan.Waktu siangnya suhu Tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineral-
mineral batuan mengalami pengembangan Manakala waktu malamnya pula suhu yang
sejuk akan menyejukkan batuan dan mineral batuan Akan mengalami pengecutan.
Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan Batuan itu
pecah dan tersepai dari jisim.

Tindakan ibun/fros.
Luluhawa fizikal ini berlaku di kawasan sederhana dunia yang
Mengalami empat musim.Pada musim sejuk, kerpasan seperti salji atau fros akan
memasuki Rekahan batuan dan membeku di dalamnya. Pembekuan air di dalam
rekahan ini akan menyebabkan Isi padunya bertambah sebanyak 10% dan
menambahkan kuasa tekanan sebanyak 140kg bagi setiap Satu sentimeter persegi luas
dinding rekahan batuan.Kesannya dinding rekahan mengalami
Ketegangan. Apabila tiba musim panas pancaran suria akan membekalkan tenaga
haba yang cukup Untuk mencairkan ais dalam rekahan batuan.Pencairan ais
membolehkan dinding rekahan Mengalami kenduran kerana tekanan ais semakin
berkurangan.Akibat proses beku-cair Yang berulang kali rekahan akan mengalami
ketegangan dan kenduran yang berulang kali Dan akhirnya pecah serta tersepai.

Tindakan garam.
Penghabluran garam ialah proses pemecahan batuan akibat Pembentukan hablur
garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Kadar Sejatan yang
tinggi akibat cuaca panas yang melampau (sinar matahari yang terik) khususnya Di
kawasan gurun panas mampu menarik garam-garam galian dari dalam bumi naik ke
permukaan Melalui daya tarikan kapilari.Garam-garam galian yang naik ke
permukaan bumi ini adalah Dalam bentuk larutan.Apabila memasuki rekahan yang
hampir dengan permukaan bumi,air tersejat Ke udara meninggalkan garam-garam
galian di dalam rekahan-rekahan tersebut. proses yang berterusan Garam galian akan
bertambah besar membentuk hablur yang keras.Pembesaran hablur garam Akan
menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan ke atas dinding-dinding rekahan
sehinggalah Rekahan menjadi luas,dalam dan seterusnya pecah tersepai.
Begitu juga dengan luluhawa kimia, suria yang membekalkan tenaga haba amat
Diperlukan untuk membolehkan luluhawa kimia beroperasi.Mengikut prinsip
Vant hoff Syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada 10 darjah Celsius dan
setiap kali suhu Meningkat sebanyak 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia
batuan akan turut Meningkat dua atau tiga kali ganda.Dengan adanya tenaga suria
yang cukup maka luluhawa Kimia boleh beroperasi dengan berkesan sekali.

SOALAN STPM 1999:


a) Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi?
[5 markah]
b) Huraikan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya
musim ekuinoks. [10 markah]
c) Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap
manusia. [10 markah]

Jawapan:

a) Tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi melalui dua cara:

 Pemindahan tenaga haba melalui bahangan matahari.bahangan


matahari akan di tapis Diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera
dan partikel-partikel Dalam udara.
 Pemindahan tenaga haba secara gelombang electromagnet dan
cahaya.

b) Keadaan berlakunya ekuinoks-panjang antara siang dan malam adalah sama di


semua tempat.

Ciri-ciri di permukaan bumi semasa ekuinoks:

1. Pancaran matahari waktu tengah hari tepat di atas garisan


Khatulistiwa pada 21 mac Dan 23 september.
2. Tenaga matahari maksimum di terima di kawasan
Khatulistiwa.
3. Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana.
4. Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana.
5. Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari.
6. Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan
angin dan juga hujan.
d) Kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon
terhadap manusia:

1. Kesan kepada kulit –menjadi gelap dan terbakar.Pendedahan


yang begitu lama Boleh menyebabkan barah kulit.
2. Kesan kepada mata –merosakkan penglihatan
manusia/penyakit katarak mata.
3. Melemahkan sistem pelalian manusia (Imunisasi)
4. Kehilangan air badan sescara berlebihan.
5. Mempengaruhi genetic manusia-menyebabkan kecacatan.
6. Kekurangan sumber makanan-akibat
perubahan/kekurangan pembentukan
Zooplankton,fitoplankton dan lain-lain.
7. Mengehadkan luar rumah akibat pemanasan global
seperti aktiviti riadah.

SOALAN 3:

a) Namakan lapan planet yang terdapat dalam sistem suria. [8 markah]


b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup.[7 markah]
c) Huraikan lima kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi.
[10 markah]

Jawapan:

a) 8 planet yang terdapat dalam sistem suria ialah:


 Utarid
 Zuhrah
 Bumi
 Marikh
 Musytari
 Zuhal
 Uranus
 Neptun

b) Bumi dikatakan sebagai sebuah planet hidup kerana planet ini mempunyai tenaga
dari matahari. Tenaga ialah satu daya atau kemampuan untuk mengoperasi kerja atau
menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba,
tenaga kinetik, tenaga potensi, Tenaga kimia dan tenaga elektrik.Tenaga bukan
sahaja penting untuk manusia dan binatang Malah ia amat penting bagi sistem bumi.
Terdapat 4 komponen yang penting dalam sistem bumi iaitu komponen
atmosfera, Litosfera, hidrosfera, dan biosfera yang menyebabkan bumi dipanggil
sebuah planet hidup. Atmosfera adalah lapisan udara di sekeliling bumi.Ketebalannya
dianggarkan melebihi 1000km Dan terbahagi kepada beberapa lapisan iaitu
troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera’ Ionosfera dan eksosfera. Setiap
lapisan ini berbeza di antara satu sama lain yang menjadi tempat Berlangsungnya
pelbagai fenomena iklim serta cuaca. Komponen kedua ialah hidrosfera.Hidrosfera
ialah semua bahagian bumi yang Mengandungi air seperti laut, tasik, paya, kolam dan
sungai. Kira-kira 70% daripada keseluruhan Muka bumi adalah terdiri daripada
komponen hidrosfera ini.Komponen ini amat penting kepada Sistem bumi seperti
membekalkan air hujan,menyerdahanakan suhu sekitar, mewujudkan
Ekosistem maritime dan lain-lain lagi di planet ini sehingga ia dikatakan sebuah
planet yang Hidup.
Komponen ketiga ialah litosfera.Litosfera atau kerak bumi merupakan
lapisan luar Bumi yang sangat pejal.Komposisi utama litosfera ialah batuan yang
terdiri daripada pelbagai Sifat kimia dan fizikal yang menyebabkan keanekaan rupa
bentuk muka bumi di litosfera. Komponen ini penting sebagai pentas untuk segala
hidupan menjadikannya habitat semla jadi dan untuk melakukan aktiviti
pertanian,perlombongan,membina petempatan dan sebagainya.

d) 5 kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi ialah:

 Kejadian siang dan malam berlaku disebabkan putaran bumi


di atas paksinya yang condong
Pada sudut 23.5 darjah pada satah tegak.Bumi berputar dari barat ke timur.Hal ini
Menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah
barat.
Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam.Semasa berputar permukaan bumi yang
Menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi yang
terlindung
Akan mengalami malam.

 Fenomena pasang surut air laut juga berlaku kerana


putaran bumi.Pasang surut air Laut merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan aras
air rendah di laut. Tarikan Graviti bulan akan menarik air laut ke permukaan bumi
yang menghadap ke bulan Menyebabkan kawasan barat dan timur bumi mengalami
pertambahan air laut atau Pasang manakala pada masa yang sama bahagian utara dan
selatan bumi mengalami Penurunan air laut atau air surut.Kedudukan air pasang dan
surut ini akan berubah apabila Kedudukan bulan berada di utara atau bumi dan pada
masa itu bahagian barat dan Timur bumi akan mengalami air surut manakala bahagian
utara da selatan bumi mengalami Air pasang.

 Kejadian empat musim dan kejadian gerhana pula berlaku


kerana bumi beredar Mengelilingi matahari dalam orbitnya.Bumi beredar
mengelilingi matahari mengikut Arah lawan jam.Satu edaran bumi yang lengkap
mengambil masa satu tahun. Kejadian empat musim terdiri daripada musim bunga,
musim panas, musim luruh dan musim Sejuk. Kejadian empat musim berlaku apabila
perubahan ketinggian matahari sama Ada di garisan khatulistiwa, sartan dan jadi pada
tarikh-tarikh yang tertentu.

 Kejadian gerhana berlaku apabila kedudukan bulan,matahari


dan bumi berada pada Satu satah mendatar yang sama. Gerhana bulan berlaku apabila
bumi berada di antara Matahari dengan bulan maka bayangan bumi akan jatuh pada
bulan kerana cahaya Matahari telah dihalang oleh bumi.Namun begitu, gerhana bulan
berlaku secara beransur-ansur Iaitu daripada gerhana bulan 2/3 menjadi gerhana bulan
1/3,gerhana bulan penuh Dan kejadian gerhana bulan ini akan berulang-ulang.
Gerhana matahari pula berlaku Apabila bulan berada di antara matahari dengan bumi
maka bayangan bulan akan jatuh Pada permukaan bumi. Cahaya matahari yang
terlindung oleh bulan menyebabkan Bayangan bulan akan jatuh pada permukaan
bumi.

SOALAN 4 :

a) Nyatakan lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja


daripada keseluruhan tenaga matahari. [5 markah]
b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk
tetapi tidak berlaku di sesetengah kawasan yang lain? [10 markah]
c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan kegiatan pertanian
di kawasan tropika lembap. [10 markah]

Jawapan:

a) Lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada


keseluruhan tenaga matahari ialah:
I. Bumi berbentuk sfera
II. Bumi berputar pada paksinya
III. Bumi beredar mengelilingi matahari
IV. Kedudukan bulan dan matahari
V. Jarak di antara bumi dengan matahari

b) Sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk tetapi tidak di sesetengah
kawasan yang lain kerana perbezaan jumlah tenaga suria yang di terima oleh sesuatu
permukaan. Terdapat factor yang mempengaruhi kadar penerimaan tenaga suria yang
berbeza-beza Oleh permukaan bumi.

Tempoh masa antara siang dan malam di kawasan yang berlainan Iklim.
Dikawasan khatulistiwa beza antara masa siang dan malamnya tidak ketara Ini
menyebabkan ia sentiasa menerima tenaga suria yang konstan dan sentiasa Tinggi
sepanjang tahun.Hal ini amat berbeza dengan kawasan kutub. Pada ketika Tertentu
tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam.Begitu juga dengan kawasan yang
Mengalami empat musim seperti iklim sederhana,siang lebih panjang pada musim
panas dan Menjadi singkat pada waktu sejuk.Hal ini menyebabkan jumlah tenaga
suria yang Di terima antara masa siang dan malam,antara musim panas dan sejuk
adalah berbeza.

Faktor komposisi, ketebalan dan kelutsinaran lapisan atmosfera di sesuatu


Tempat.
Lapisan ini boleh menyekat antara 10% hingga 75% sinar suria dari terus ke bumi.
Hal ini bergantung kepada komposisi,ketebalan dan kelutsinarannya.Sebagai contoh
Kawasan gurun panas yang memiliki lapisan atmosfera yang nipis hanya mampu
menyekat, menyerap. Menyerak dan memantul sinar suria dengan kadar yang
minimum. Kesannya Kawasan gurun panas menerima tenaga suria dengan kadar yang
tinggi pada waktu malam Manakala pada waktu siang suhu gurun akan turun dengan
mendadak kerana lapisan Atmosfera yang nipis tidak mampu menghalang bahangan
bumi daripada terus lesap ke Angkasa.

Faktor pancaran sinar suria.


Kawasan yang menerima sinar suria secara sudut Tepat (90 darjah) ia akan menerima
tenaga haba yang tinggi kerana sudut tepat akan Menyebabkan pancaran tertumpu
berbanding dengan sudut serong yang mempunyai Pancaran tersebar dan tenaga
matahari juga turut tersebar.Sudut serong menyebabkan tenaga Suria mengambil masa
yang lama untuk sampai ke permukaan bumi dan jaraknya menjadi Lebih jauh.Hal ini
menyebabkan tenaga suria tersebut lebih banyak hilang menerusi serakan, Balikan,
serapan dan pantulan atmosfera.

Faktor perihelion dan aphelion.


Ketika bumi beredar mengeliling matahari Dalam orbit bujurnya maka terdapat jarak
yang berbeza pada lokasi yang berbeza Antara bumi dengan matahari.Pada jarak
yang lebih dekat,ia dikenali sebagai perihelion Maka bumi akan menerima banyak
tenaga suria manakala pada jarak yang jauh dikenali Sebagai afelion pada jarak ini
bumi akan menerima jumlah tenaga suria yang sedikit.

Faktor ciri litupan permukaan bumi yang berbeza.


Kadar resapan dan Pembalikan bahangan matahari yang dialami oleh litupan tersebut
adalah berbeza-beza Ciri-ciri muka bumi ditentukan oleh tekstur,warna dan struktur
permukaan, komposisi Mineral,ketebalan dan jenis litupan dan juga aspek.Warna
permukaan yang gelap seperti Hutan, batuan lebih banyak menyerap sinar suria
berbanding dengan permukaan yang cerah Seperti salji. Muka bumi yang bertekstur
kasar dan kasap lebih banyak menyerap haba Berbanding dengan permukaan bumi
yang licin dan rata. Permukaan yang menghadap matahari pula akan menerima
tenaga suria yang banyak berbanding dengan permukaan bumi yang Terlindung atau
membelakanginya.

b) Matahari berpengaruh menentukan kegiatan pertanian dikawasan tropika lembap


kerana ia amat penting untuk kegiatan pertanian. Membolehkan aktiviti pertanian
dijalankan sepanjang tahun. Hal ini kerana tanaman mendapat bekalan tenaga
matahari yang cukup untuk menjalankan proses fotosintesis berlaku sepenuhnya.
Tanaman yang ditanam misalnya padi sawah mendapat bekalan tenaga matahari
yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan ia membuat
makanan,tumbuh,membesar,berbuah dan matang tepat pada masanya. Selain itu
proses fotosintesis yang cukup,menjamin pokok-pokok dengan subur dan proses
tumbesaran yang tidak terencat. Hasil-hasil pertanian seperti padi sawah juga dapat
dituai dan dikeringkan pada Musim panas ketika sinaran matahari yang terik.Sinaran
matahari tepat dengan masa Penuaiannya. Hal ini mempercepatkan kerja-kerja
pengutipan hasil tanpa gangguan. Proses sejat peluhan(evapotranspiration) berlaku
dengan sempurna kerana Mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup.Tanaman
tidak mengalami masalah Lebihan atau kekurangan air. Tenaga matahari
membolehkan tumbuhan dan tanaman Membebaskan wap-wap air menerusi proses
transpirasi.Wap-wap air tersebut dibebaskanMelalui liang stomata daun.

Proses penanaman semula boleh dijalankan selepas penuaian seperti pembakaran


Jerami padi,dan sisa tebu kerana cuaca panas dari matahari memudahkan
pembakaranSisa tersebut untuk membolehkan musim penanaman yang baru
dimulakan.

Selain itu,bekalan tenaga matahari yang cukup menyebabkan petani tidak Perlu
membina “rumah kaca”untuk memerangkap tenaga bagi membolehkan tanaman
Seperti sayuran hidup dan membesar.Hal ini dapat menjimatkan kos pengeluaran
Pertanian.

TEMA 1

BAB 3: TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI

SOALAN 1 :

a) Nyatakan enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi.


[6 markah]
b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria
yang berlebihan? [9 markah]
c) Huraikan lima kesan negatif terhadap sistem dan hidupan di bumi apabila
ia terpaksa menerima tenaga suria berlebihan. [10 markah]

Jawapan:

a) Enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi ialah:


I. Penternakan – membolehkan kegiatan pindah ternak (transhumance) pada
Musim panas ternakan dibiarkan meragut bebas sementara pada musim sejuk
Lembu dikurung dalam kandang.
II. Pertanian – tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari untuk bertani.
Biasanya tanaman padi perlu musim panas untuk padi masak dan menuai.
Kegiatan penanaman sayuran dapat dijalankan sepanjang tahun.
III. Pelancongan – musim panas dan musim sejuk.
IV. Pembalakan – musim salji dikawasan sederhana.
V. Perlombongan – kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana kegiatan dapat
Dijalankan sepanjang tahun.
VI. Aktiviti sosial – pakaian dan tempat tinggal.

b) Pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria yang berlebihan
kerana:

Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih banyak kerana
berlaku Penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang matahari sampai lebih banyak
ke bumi. Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas
pencemar di atmosfera Menyekat bahang bumi dibebaskan.Ini menyebabkan berlaku
lebihan bahangan di ruang Atmosfera bumi.

c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia:
I. Peningkatan suhu global – mencairkan ais kutub dan menenggelamkan
kawasan rendah serta meningkatkan kadar hakisan ombak.
II. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu – memberi kesan kepada kulit
iaitu Kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama akan menyebabkan barah kulit.
III. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu – mengurangkan
Pembentukan plankton seterusnya mengurangkan jumlah ikan dan hasil laut.
IV. Menghadkan aktiviti luar rumah – pemanasan akan menjadikan keadaan
rimas, Panas dan tidak selesa.
V. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat atau
berlebihan.
VI. Peningkatan pancaran ultraungu – melemahkan sistem pelalian manusia dan
mempengaruhi Genetic sehingga menyebabkan kecacatan.

SOALAN 2 :
a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan eksogenik. [6 markah]
b) Tunjukkan empat kepentingan tenaga eksigenik terhadap sistem-sistem
bumi. [9 markah]
c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria.
[10 markah]
Jawapan :

a) Perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik :

 Tenaga eksogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca dari


dalam bumi seperti Tenaga gravity radiogenik dan tenaga haba yang amat penting
untuk proses Tektonik kerak bumi seperti gempa bumi,gunung berapi,
lipatan,gelinciran dan Sebagainya.Tenaga endogenik termasuklah tenaga seismik
(gempa bumi), Tenaga vulkanik (gunung berapi) dan tenaga atomic daripada galian
plutonium, Uranium dan lain-lain.
 Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi
iaitu tenaga matahari Yang akan digunakan oleh hidupan di bumi dengan
menukarkam kepada Bentuk tenaga lain seperti kima, kinetik dan potensi.

b) Empat kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem bumi ialah:


 SISTEM ATMOSFERA – tenaga suria diperlukan untuk
memanaskan permukaan Air bagi membolehkan air tersejat menjadi wap air. Semakin
tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi berlaku dan akhirnya turun sebagai
hujan.
 SISTEM GEOMORFOLOGI – Dalam luluhawa fizikal
tenaga suria diperlukan Untuk meningkatkan suhu dan menurunkan suhu memgikut
perubahan siang dan Malam sehingga menyebabkan batuan pecah.
 SISTEM HIDROLOGI – Untuk memulakan proses-proses
dalam kitaran hirologi seperti sejat peluhan tenaga matahari diperlukan misalnya
sejumlah 600 kalori Tenaga baba bagi setiap 1 gm air pada suhu 0 darjah.
 SISTEM EKOLOGI – Tenaga suria penting untuk
tumbesaran tumbuhan karana proses Fotosintesis memerlukan bekalan tenaga suria
yang cukup kepada tumbuhan yang Bertindak sebagai pengeluar.

d) Pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria


ialah:
 bumi Warna permukaan yang gelap seperti hutan, batuan,
permukaan bertar lebih banyak menyerap tenaga suria berbanding permukaan yang
cerah seperti salji yang lebih banyak membalikkan tenaga suria. Ini menyebabkan
nilai albedo atau pembalikan tenaga suria oleh permukaan bumi adalah berbeza-
beza.
 Permukaan bumi yang bertekstur kasar seperti permukaan
bertar dan dinding konkrit Adalah lebih banyak menyerap haba berbanding
permukaan yang rata dan licin.
 Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerina haba
berbanding dengan struktur Permukaan yang tegak.
 Daratan dan air.Daratan lebih cepat panas dan cepat sejuk
berbanding air.
SOALAN 3 :

a) Nyatakan lima kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi
akibat pwnipisan lapisan ozon. [5 markah]
b) Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan
bumi? [10 markah]
c) Jelaskan lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan
menerima lebihan tenaga eksogenik. [10 markah]

Jawapan:

a) lima kesan lebihan bahagian matahari yang diterima oleh bumi akibat
penipisan lapisan ozon.

 Kesan kepada kulit – menjadi gelap dan


terbakar.Pendedahan yang begitu lama Boleh menyebabkan barah kulit yang berpunca
daripada menerima sinar UV(ultra violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati.
 Kesan kepada mata – merosakkan penglihatan manusia
(penyakit) katarak mata) Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan
pancaran matahari.
 Melemahkan sistem pelalian manusia – juga berpunca
daripada penerimaan
Sinar UV yang berlebihan.
 Kehilangan air badan secara berlebihan – badan cepat
berpeluh akibat peningkatan Metabolisme yang berpunca daripada cuaca
panas.kehilangan tenaga/kelesuan Yang kelak memudaratkan kesihatan manusia.
 Mempengaruhi genetic manusia – menyebabkan kecacatan
yang berpunca daripada radiasi bahangan matahari secara berlebihan.
 Kekurangan sumber makanan – akibat
perubahan/kekurangan pembentukan
Zooplankton dan lain-lain.Tumbuhan menjadi layu,proses fotosintesis sukar di
jalankan, Spesies ikan kurang membiak dan mungkin berhijrah ke kawasan lain akibat
cuaca yang Terlalu panas.
 Mengehadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan
global – boleh menyebabkan Fenomena lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti
dan membahayakan kesihatan
Manusia.
b) Terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi kerana:
 Warna permukaan bumi – permukaan cerah kadar
penyerapan bahangan Matahari adalah rendah manakala permukaan gelap mampu
menyerap bahanganMatahari yang tinggi.
 Struktur permukaan bumi – permukaan bumi yang
mengandungi binaan bangunan Daripada konkrit dan simen,kadar penyerapan
bahangan matahari adalah tinggi. Permukaan bumi yang terdiri daripada tumbuh-
tumbuhan hijau pula kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah.
 Kandungan mineral dalam batuan – batuan yang
mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan menyebabkan kadar
penyerapan bahangan matahari adalah tinggi.Batuan yang terdiri daripada batu kapur
berwarna putih menyebabkan kadar Penyerapan bahangan matahari adalah rendah.
 Aspek/kedudukan permukaan bumi – merujuk kepada
kedudukan permukaan Bumi sama ada berhadapan dengan pancaran matahari atau
membelakangi pancaran Matahari.Permukaan bumi berhadapan dengan pancaran
matahari secara terus akan menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding
permukaan bumi yang terlindung Tidak dapat menyerap bahangan matahari.
 Tekstur permukaan – permukaan bumi yang kasar mampu
menyerap bahangan Matahari yang banyak berbanding permukaan bumi bertekstur
halus. Permukaan Tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahari
berbanding permukaan Tanah kering.

c) Lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima


lebihan tenaga eksogenik ialah:

-Fenomena penggurunan: saiz kawasan gurun semakin besar akibat cuaca dan
persekitaran di kawasan gurun semakin kering-kontang,tandus dan gersang.Proses-
proses luluhawa fizikal serta hakisan layangan angin semakin dominan.
-Pencairan ais kutub: misalnya litupan ais antartika dan Greenland.Pencairan ini
menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko daratan yang rendah tenggelam.
-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan
tinggikerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.
-Banjir laut: Peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan pantai
meningkat/ saiz pantai semakin sempit.
-Peningkatan kadar luluhawa fizikal: Pemanasan batuan yang menyebabkan
batuan mudah pecah dan tersepai.

You might also like