You are on page 1of 44

SMK TINGGI KAJANG

6BA/AA 2009/2010

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI


DAN IMPAK ALAM SEKITAR

AHLI KUMPULAN 6:
 PUNITHA SELVARAJU
 KALPANA MUKUNDAN
 PREMAH RAJENDEI
Kami dari kumpulan 4 ahlinya terdiri daripada
Punitha Selvaraju, Kalpana Mukundan dan
Premah Rajendei mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
guru Geografi 6BA/AA En.Nik Suhaimi dan ibu
bapa kami serta tidak lupa rakan-rakan yang
turut membantu untuk menyiapkan Projek
Kolebrasi Geografi Alam Sekitar Manusia STPM
kumpulan kami.

Kami juga bersyukur kerana dapat menjiapkan


projek ini dengan lengkap dan mengikut masa
yang ditetapkan.

Sekian,
Terima Kasih
TAJUK MUKA
SURAT

BAB 8: SEKTOR PERTANIAN 3-11

BAB 9: SEKTOR PERIKANAN 12-18

BAB 10: SEKTOR PERHUTANAN 19-24

BAB 11: SEKTOR PERLOMBONGAN DAN SUMBER TENAGA 25-30

BAB 12: SEKTOR PERINDUSTRIAN 31-36

BAB 13: SEKTOR PERKHIDMATAN 37-42

RUJUKAN 43
1. Pilih sebuah mana-mana Negara yang telah anda kaji di rantau Asia Pasifik:
(a) Jelaskan empat kepentingan sektor pertanian perladangan kepada Negara berkenaan.
[13 m]
(b) Bincangkan enam langkah yang boleh diambil untuk memajukan semula sektor
pertanian di Negara tersebut. [12 m]

(a)
 Malaysia
 menyumbang dan mengukuhkan semula pendapatan eksport Negara
melalui peningatan pengeluaran sektor pertanian komersial seperti getah
dan kelapa sawit. Hasil eksport akan membawa masuk dollar USA/mata
wang lain yang lebih tinggi nilainya. Sekali gus ddapat memperbaiki
deficit imbangan dagandan dalam suasana kegawatanekonomi 1997-1998,
eksport minyak sawit dan getahmuncul sebagai sektor kedua penting
menyelamatkan ekonomi malaysia.

 membekalkan peluang pekerjaan dan menyelamatkan risiko pengganguran


daripada sektor industry dan perkhidmatan. Akibat kegawatan ekonomi,
banyak sektor perkhidmatan dan industry menghadapi masalah
kewangandan pemberhentian pekerja. Dalam hal ini,sektor pertanian
muncul sebagai penyelamat untuk mengelakan kadar, pengganguran yang
lebih buruk daripada fenomena pemberhentian pekerja tersebut.
Disamping menjalankan fungsinye yang asas sebagai pekerjaan utama
penduduk, pendapatan perkapita peneroka dan pekerja lading bertambah
dengan cepat sekali gus dapat memberbaiki taraf hidup mereka.

 membantu memajukan semula industri-industri yang berasaskan sumber


bahan mentah yang sebelum ini agak lembap perkembangnnya. Industri
memproses hasil pertanian (Agro Based Industry) boleh dipergiatkan
semula dan ditukar konsepnye kepada industri pembuatan yang boleh
menghasilkan barangan eksport yang menguntungan. Sebenarnya keluaran
industri perkilangan seperti minyak masak, sabun marjerin, tayar, sarung
tangan dan lain-lain amat bergantung kepada pengeluaran hasil ladang
kelapa sawit dan getah.

 meningkatkan kemajuan infrastruktur, petempatan dan kemudahan sosial


penduduk. Pembukaan lading di kawasan pembangunan wilayah seperti di
JENGKA, DARA, KESEDAR, KEJORA dan KETENGAH telah
menambah jaringan pengangkutan di samping penyediaan perumahan
yang lebih sempurna dan lengkap dengan bekalan air serta elektrik kepada
penduduk melalui rancangan penempatan peneroka. Adalah diperakui
pembukaan ladang oleh FELDA dan FELCRA ini telah banyak mengubah
nasib penduduk desa daripada terus dibelenggu dengan lingkaran
kemiskinan. Malah di sesetengah kawasan perladangan/Rancangan
pembangunan wilayah dilengkapkan dengan kemudahan Bandar-bandar
baru seperti Bandar Jengka di Wilaya Segitiga Jengka, Bandar Muadzam
Shah di Wilayah DARA dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah di Ketengah.

(b)
 memperluaskan teknik/kaedah pertanian hidroponik. Sebagai satu kaedah
yang lebih cepat dan mudah mengeluarkan hasil serta berkualiti khususnya
untuk tanaman makanan jangka pendek seperti sayuran. Kaedah ini
sepatutnya dikomersialkan dan bukan lagi setakat tanaman sampingan
sahaja.
 mengembangkan program R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dalam
sektor pertanian dalam konteks penghasilakan benih-benih bermutu tinggi,
cepat mengeluarkan hasil dan tanah perosak/penyakit. R&D juga meliputi
pelbagai produk pertanian yang boleh dieksportkan.
 memperkenalkan dan memperkemaskan sistem dan rangkaian pemasaran
hasil-hasil pertanian supaya petani, peneroka, pekebun, penternak boleh
menikmati pendapatan yang sepatutnya dan tidak diboloti oleh orang
tengah. Ini boleh memotivasikan para petani untuk menambahkan lagi
produktiviti pertanian mereka di samping pihak kerajaan sendiri mengawal
harga hasil pertanian termasuk pemberian subsidi harga.
 membantu petani khususnya petani miskin dalam konteks pinjaman modal
atau pemberian subsidi baja, benih racun dan lain-lain untuk memajukan
sektor pertanian mereka agar lebih berdaya saing.
 memperbaiki kemudahan asas yang berkaitan dengan pertanian seperti
rangkaian jalan raya yang baik dan sistem pengairan yang cekap untuk
memberikan ruang kepada para petani meningkatkan produktivitinya.
 menggalakkan para petani menggunakan dan mengamalkan teknik
pertanian moden yang lebih menguntungkan seperti penggunaan jentera,
baja kimia dan racun serangga termasuk juga kaedah pertanian
berkelompak (mini estet).

 memberikan khidmat nasihat dan latihan/bimbingan yang yang berkesan


kepada para petani termasuk menyebar luas infomasi-infomasi pertanian
yang terkini
2. Berdasarkan mana-mana sebuah Negara sedang membangun yang telah anda kaji:
(a) Huraikan lima ciri utama sector pertanian kebun kecil yang terdapat di Negara
tersebut. [10m]
(b) nilaikan tentang usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memajukan sektor
kebun kecil di Negara tersebut [15m]

Skema jawapan
(a)
 Malaysia
 jenis tanaman dan saiz keluasan. Di Malaysia kebanyakkan pekebun kecil
menumpukan kepada tanaman jualan seperti getah, kelapa sawit, koko,
nanas serta tanaman buahan seperti durian, rambutan, langsat dan lain-lain
pada keluasan kurang daripada 40 hektar (100 ekar).

 pemilikan. Dimiliki secara individu atau keluarga oleh penduduk-


penduduk kampung tradisional dan bukannya syarikat atau agensi
kerajaan. Di Malaysia, pada masa kini ‘pemilikan secara berkelompok’
dilaksanakan melalui percantuman beberapa kebun menjadi ‘Mini estet’

 pengurusan dan tenaga buruh. Diuruskan secara individu atau kelompok


dan kebanyakkanya menggunakan tenaga buruh keluarga. Namun begitu,
sesetengah kebun yang agak besar saiznya atau mini estet akan
menggunakan tenaga buruh upahan seperti mana dalam sector
perladangan.

 orientasi pengeluaran. Bersifat separuh komersil dan bergantung kepada


jenis tanaman. Jika jenis buah-buahan sep-erti durian, dokang, rambutan
dan lain-lain sebahagiannya dijual dan sebahagianya lagi digunakan untuk
keperluan keluarga. Tanaman jualan seperti getah dan kelapa sawit
sepenuhnya akan dijual.

 penggunaan teknologi. Pada aras sederhana tidaklah semundur sektor sara


diri intensif dan tidak pula semaju sector perladangan. Penggunaan input
pertanian moden seperti baja kimia dan racun serangga dilakukan di
samping penggunaan baja asli. Adunan ciri-ciri pertanian moden dan
tradisional.
(b)
 penggunaan kaedah-kaedah pertanian moden seperti baja kimia, racun
serangga, jentera dan lain-lain amalan bagi menggantikan input tradisional
seperti penggunaan baja asli. Biasanya peranan ini dijalankan oleh agensi
pembangunan pertanian seperti di Malaysia ( RISDA, LPP, JABATAN
PERTANIAN dan lain-lain).

 penanaman benih-benih yang lebih bermutu cepat mengeluarkan hasil,


tahan daripada perosak dan penyakit yang dikeluarkan oleh penyelidikan
santifik. Misalnya, benih durian D22, D24, D29, baka betik exoticar, baka
kelapa sawit klon 99 dan lain-lain. Benih ini biasanya dikeluarkan oleh
MARDI dengan kerjasama UPM sebagai penyelidikan dan pembangunan
pertanian (R&D)

 memperluaskan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk kemajuan


kebun kecil seperti system jalan raya, pengairan moden, teknologi
pemprosesan dan pemasaran kemudahan kredit dan pinjaman dan lain-lain.

 mengadakan khidmat latihan dan bimbingan bagi mempertingkatkan mutu


pengurusan kebun serta mempertingkatkan produktiviti hasil kebun.
Biasanya peranan ini dijalankan oleh jabatan pertanian dengan kerjasama
beberapa agensi pembangunan pertanian.

 mengadakan projek-projek khas bagi mengatasi masalah setempat seperti


mini estet, rancangan tanah berkelompok dan lain-lain.

 memperbaiki struktur dan system pemasaran hasil dengan usaha


mengurangkan masalah orang tengah yang sentiasa mencengkam pekebun.
Misalnya projek-projek yang dijalankan oleh FAMA seperti projek pasar
tani dengan menggalakkan petani/pekebun itu sendiri memasarkan hasil-
hasilnya terus kepada pengguna bukannya melalui orang tengah
3. Pilih mana-mana Negara di rantau Asia Tenggara:
(a) Huraikan empat ciri utama sector pertanian perladangan di Negara itu. [13m]
(b) Kaji enam kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar
setempat di Negara berkenaan. [12m]

Skema jawapan
(a)
 Malaysia
 jenis tanaman dan orientasi pengeluaran. Jenis tanaman jangka panjang
yang berorientasikan eksport. Misalnya getah dan kelapa sawit, koko, lada
hitam, nanas dan lain-lain. Pertanian bersifat komersil/pertanian
perdagangan yang mana hasilnya dieksport ke luar Negara.

 skala pengeluaran dan pemilikan. Pertanian berskala besar yang


mempunyai keluasan lebih daripada 100 ekar. Kebanyakkannya dimiliki
oleh syarikat swasta seperti DUNLOP dan GUTHRIE atau agensi kerajaan
seperti FELDA dan FELCRA kerana ia memerlukan modal/kos yang besar
untuk membangunkannya

 teknologi dan input pengeluaran. Amat bergantung kepada penggunaan


jentera input pertanian moden seperti penggunaan baja kimia, racun
serangga, benih yang bermutu, jentera pengutip dan pengangkut dan lain-
lain kerana pengeluarannya secara besar-besaran. Justeru bidang R&D
amat dipentingkan dalam sector perladangan

 modal dan buruh. Memerlukan modal yang besar dan tenaga buruhyang
ramai terutamanya dalam perladangan getah dan kelapa sawit. Oleh sebab
itu, sektor ini hanya boleh dikembangkan oleh syarikat/agensi kerajaan
yang mempunyai kewangan yang kukuh. Pada masa kini, penggunaan
tenaga buruh import dari Indonesia terpaksa digunakan.

 pengurusan. Diuruskan secara sistematik sama ada pengurusan


perladangan mahupun pengurusan pekerjanya. Misalnya melalui system
peneroka oleh FELDA atau sistem pekerja ladang/estet oleh syarikat-
syarikat swasta. Sistem pengurusan yang cekap akan menentukan kejayaan
sektor perladangan di Malaysia.
(b)
 perubahan landskap secara besar-besaran . landskap hutan bertukar kepada
kawasan tergondol di peringkat awal pembukaan lading atau penanaman
semula, kemudiannya bertukar kepada landskap tanaman seperti getah dan
kelapa sawit.

 kemusnahan ekosistem hutan. Kepupusan kepelbagaian biologinya,


kemusnahan habitat, rantaian makanan, spesies flora dan fauna serta lain-
lain yang berkaitan dengan ekosistem. Hal ini terjadi kerana proses
penyahhutanan berlaku secara besar-besaran

 memusnahkan kawasan tadahan air dan menggangu keseimbangan


hidrologi. Misalnya menggangu proses susupan dan aliran air bawah
tanah/system akuifer, larian air permukaan, sistem saliran dan lain-lain
yang berkaitan dengan komponen hidrologi

 kesan pemanasan setempat/peningkatan suhu mikro. Pemusnahan hutan


untuk pembukaan lading akan menggangu proses transpirasi , kelembapan
udara sekitar berkurangan, hujan tempatan berkurangan, suhu sekitar
meningkat.

 pencemaran udara. Berkaitan dengan amalan pembakaran terbuka secara


besar-besaran semasa pembersihan tapak lading. Menambahkan partikel
terampai dalam udara (PM 10)-boleh dikaitkan dengan fenomena jerebu
pada tahun 1997. Pencemaran udara juga boleh dikaitkan dengan aktiviti
meracun/berajapokok khususnya kelapa sawit menggunakan kapal terbang

 masalah pencemaran sumber-sumber air. Antaranya ialah sungai, tasik,


paya, air bawah tanah, dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan
baja kimia dan racun serangga secara besra-besaran dan berlebihan. Kesan
ini dikaitkan dengan proses larian air permukaan dan larut resap terutama
ketika hujan.

 peningkatan kadar hakisan tanah dan banjir lumpur. Berlaku di peringkat


awal pembukaan tanah/pembersihan tapak lading. Partikel-partikel tanah
yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan dihakis-angkut oleh
larian air permukaan, masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai keruh,
berkelodak dan berlumpur, dasar sungai cetek memudahkan berlakunya
banjir.
4(a) Bagaimanakahamalan pembangunan pertanian moden boleh menjejaskan alam
sekitar fizikal di satu-satu kawasan Asia Pasifik? [15m]
(b) Cadangkan lima langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan
negative akibat pembangunan pertanian moden terhadap alam sekitar di
sesetengah Negara Asia Pasifik. [10m]

Skema jawapan

(a)
 Amalan penyahhutanan untuk pembukaan tanah baru/pembangunan tanah
untuk dijadikan tapak lading. Hutan rimba akan ditebang-bakar, dimusnahan
dan dibersihkan secara besar-besaran untuk dijadikan kawasan pertanian.
Aktiviti penyahhutanan akan mengubah landskap fizikal, memusnahkan
ekosistem setempat, kepupusan biodiversity, peningkatan kadar hakisan tanah,
pencemaran sungai, pemendapan dan pencetekan dasarnya serta boleh
mengubah iklim mikro seperti pemanasan setempat/ peningkatan suhu sekitar,
penurunan kelembapan udara dan sebagainya

 Amalan pembakaran terbuka di peringkat kerja-kerja pembersihan tapak


ladang atau dalam proses penggantian tanaman/ tanam semula sesuatu jenis
tanaman seperti penanaman semula kelapa sawit dan tebu. Sisa-sisa tanaman
dikumpul dan dibakar secara terbuka dan secara besar-besaran. Ini akan
membebas partikel-partikel terampai (PM 10)dan bahan-bahan pencemar
udara yang banyak ke dalam atmosfera setempat. Kesannya kadar pencemaran
udara akan bertambah dan memungkinkan berlakunya fenomena jerebu di
sesuatu kawasan terutamanya dalam keadaan udara kering (dry air).

 Amalan penyemburan racun serangga secara besar-besaran dan juga


penggunaan baja kimia yang berlebihan. Kawasan lading yang luas
membolehkan racun serangga disembur dengan menggunakan kapal terbang.
Udara sekitar tercemar dan teroksida. Penggunaan baja kimia yang berlebihan
memungkinkan pencemaran sumber air sungai, tasik serta air tanah. Ini
memusnahkan hidupan akuatik.

 Amalan penebusgunaan kawasan tanah lembap (wet land) seperti kawasan


paya untuk dijadikan tapak pertanian. Kawasan paya seringkali dianggap
sebagai kawasan negative dan tidak ekonomi. Justeru ia ditembun-tambah atau
dikeringkan airnya melalui sistem perparitan untuk membolehkan kawasan
tersebut ditanam terutamanya dengan tanaman kelapa sawit dan getah.
Penebusgunaan kawasan paya akan memusnahkan ekosistem akuatik atau
meyebabkan banjir di kawasan sekitarnya. Ini kerana fungsi kawasan paya
sebagai ‘penstabilan ekosistem sekitar’ serta kawasan simpanan air kekal telah
dimusnahkan.
 Amalan pertanian tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa jagaan yang rapi
terhadap tanih pertanian. Seprti membiarkan tanih terbuka dan terdedah secara
langsung kepada agen-agen hakisan khususnya air dan angin. Kawasan-
kawasan pertanian seringkali kehilangan kesuburan tanah atau ketandusan
tanih (lapisan atas tanah/ top soil semakin nipis) akibat hakisan percikan air
hujan, hakisan larian air permukaan dan juga hakisan oleh angin pada musim-
musim panas.

 Amalan pertanian tunggal/ sejenis (monoculture), tanpa giliran atau ulangan


tanaman yang berterusan tanpa merehatkan tanih. Perladangan kelapa sawit,
getah, dan tebu sememangnya bersifat monokultur. Justeru ia akan
menyebabkan ketidakseimbangan nutrient tanah. Tanih akan lebih cepat
kehilangan sesuatu jenis nutrien. Manakala perkebunan sayuran pula
melakukan ulangan tanaman yang sama dengan kerap tanpa sempat sistem
tanih tersebut menjalankan ‘pemulihan kendiri’. Ini menjejaskan keseinbangan
nutrient tanah sekali gus mengurangkan kesuburanya.

 Amalan pertanian di kawasan bercerun tanpa mengikut kontur/ tanaman tanpa


teres. Walaupun pada skala yang kecil khususnya oleh pekebun sayur-sayuran
tetapi amalan pernian ini akan memudahkan berlakunya hakisan tanah,
kehilangan kesuburan tanah serta memungkinkan berlakunya tanah runtuh.

(b)
 Mengawal aktiviti pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan boleh
dilakukan melalui tindakan perundangan seperti denda/ kompaun khususnya
Jabatan Alam Sekitar (JAS), mempergiatkan rondaan/ pemantau oleh pihak
berkuasa, kesedaran dan kerjasama khususnya daripada pemilik lading/ kebun.
Selain iti, menukarkan amalan tebang-bakar di peringkat kerja pembersihan
tapak kepada tebang-reput yang boleh menghasilkan baja organic.

 Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan juga tanaman


selingan (tanaman luar musim) khususnya dalam sektor perkebunan sayuran.
Atau sekurang-kurangnya ‘merehatkan tanah’ sebelum tiba peringkat
penanaman berikutnya bagi tujuan membolehkan sistem tanah menjalankan
proses pemilihan kendirinya-mewujudkan “time sequence”

 Mengamalakan kaedah tanaman tutup bumi atau menanam pokok-pokok


pelindung bagi sesuatu kawasan tanah yang baru dibuka/ untuk proses
tanaman semula. Jarak masa antara kerja-kerja terakhir pembersihan tapak
sehingga proses penanaman/ penggantian tanaman dijalankan mestilah
ditanami dengan tanaman tutup bumi khususnya pokok kekacanag tanpa
membiarkan tanah terdedah. Pokok kekacang bukan sahaja boleh
mengurangkan kahisan malah pokok tersebut boleh menambahakan
kandungan nitrat dalam tanah. Pokok pelindung/ tanamn tutup bumi mestilah
dikekalkan sehingga tanaman yang ditanam misalnya getah dan kelapa sawit
mampu melindungi tanihnya sendiri.
 Mengamalkan pertanian berteres/ mengikut kontur, tanaman berjalur serta
membina alur dan sistem peparitan/ kawalan pengairan di kawasan pertanian.
Kaedah ini boleh mengurangkan kadar hakisan tanih terutamanya di kawasan
cerun serta mengelakkan berlakunya banjir setempat.

 Menggunakan kaedah kawalan biotik dan tidak terlalu bergantung kepada


penggunaan racun serangga. Misalnya burung hantu/ helang/ ular bolehdiguna
untuk mengawal tikus di kawasan-kawasan lalang kelapa sawit atau kawasan
padi sawah. Penggunaan baja kompos/ baja organic bagi menggantikan
sesetengah baja kimia terutamanya dalam perkebunan sayur.

 Menggalakkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian dan seterusnya


meningkatkan R&D yang boleh mengurangkan risiko negative terhadap alam
sekitar. Sebagai contoh, penggunaan kaedah hidroponik yang jelas bersih dan
tidak memberikan kesan sampingan terhadap persekitaran -pertanian mesra
alam
1(a) Nyatakan jenis-jenis perikanan di Negara-negara Asia Pasifik. [3m]

 Perikanan pinggir pantai

 Perikanan laut dalam

 Perikanan akuakultur

(b) Jelaskan ciri-ciri perikanan pinggir pantai. [10m]

Lokasi Perikanan Dijalankan di kawasan laut cetek iaitu di kawasan pentas benua.
Di Malaysia dijalankan di kawasan perairan seperti di Laut China
Selatan, Selat Melaka

Teknologi/ peralatan Masih bergantung kepada teknologi tradisional seperti pukat


tangkap tangkul, pukat tarik, jala.

Skala pengeluaran Hasil tangkapan biasanya kecil dan sedikit. Kebanyakkan hasil
digunakan untuk keperluan harian keluarga. Selebihnya dijual.

Modal Sebahagian besar nelayan terdiri daripada golongan miskain.


Oleh itu, nelayan tidak mempunyai modal yang cukup untuk
mengusahakan aktiviti perikanan secara besar-besaran

Jenis tangkapan Tenggiri, bawal, udang, ketam, sotong

 Kebanyakkan nelayan pinggir pantai bergantung kepada orang tengah

 Bagi membantu, kerajaan Malaysia menyediakan bantuan modal, subsidi bot dan
pukat.
(c) Terangkan ciri-ciri perikanan laut dalam. [12m]

Lokasi perikanan Di kawasan perairan antarabangsa seperti di Lautan Pasifik,


Lautan Atlantik, Lautan Hindi

Teknologi/ peralatan Diusahakan oleh nelayan-nelayan terlatih dan bekerja secara


tangkapan khusus pada sektor ini. Bergantung kepada peralatan moden
seperti kapal/ bot besar dengan sistem komunikasi canggih,
jentera penarik, pukat tunda

Skala pengeluaran Hasil tangkapan banyak dan secara besar-besaran. Hasil


digunakan untuk jualan/ dieksport ke luar Negara dandalam
industry pengentinan ikan khususnya ikan sardine

Modal Modal nelayan laut dalam adalah besar dan sesetengah dimiliki
oleh syarikatswasta/ koperasi nelayan

Jenis tangkapan Tuna, tenggiri, bawal, ikan paus dan merah.

Lokasi pendaratan Di pelabuhan-pelabuhan seperti Kuala Kemaman Terengganu,


Tok Bali Kelantan, Kuala Perlis
2a(i) Apakah yang dimaksudkan dengan perikanan akuakultur? [5m]

 Merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada
sektor perikanan di Malaysia

 Jenis akuakultur yang dijalankan di Malaysia:


 Perikanan air tawar
 Perikanan air payau dan air masin (marinkultur)
(ii) Jelaskan ciri-ciri perikanan akuakultur. [10m]

Lokasi kegiatan Dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam dan sawah padi.
Marinkultur dijalankan di muara sungai, paya bakau dan
paya nipah

Teknologi/ kaedah Industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti


kolam buatan, rawatan air, ternakan dalam sangkar dan
benih-benih ikan kacukan serta pengurusan sistematik

Modal Diusahakan oleh pihak swasta biasanya menggunakan


modal besar

Skala pengeluaran Sebahagian besar pengeluaran untuk pasaran di dalam


Negara dan luar Negara. Penternakan kecil-kecilan
berorientasikan dalam Negara seperti pasar malam

Kawasan akuakultur Pulau Pinang, Sabak Bernam di Selangor, Beluran di


Sabah

Contoh Ternakan udang harimau di Rampin, Pahang bertujuan


eksport

b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perikanan di Asia Pasifik? [10m]


 Faktor fizikal

 Malaysia yang dikelilingi oleh Lautan China Selatan dan Selat Melaka amat
kaya dengan ikan kerana terdapatnya pertumbuhan dan pembiakan plankton
dan zooplankton yang menjadi sumber makanan ikan

 Keadaan pinggir pantai Malaysia yang panjang dan berteluk amat sesuai untuk
pembinaan tempat pendaratan ikan

 Di pantai barat Semenanjung Malaysia kegiatan perikanan dijalankan di Selat


Melaka secara sepanjang tahun kerana terlindung daripada tiupan angin
monsun

 Di pantai timur semenanjung, kegiatan perikanan laut tergendala pada musim


monsun timur laut kerana keadaan laut bergelora membahayakan nelayan
 Faktor ekonomi

 Industri perikanan Malaysia berkembang pesat kerana permintaan yang


tertinggi dari dalam Negara dan luar Negara terhadap ikan tempatan

 Perikanan laut dan akuakultur Malaysia mendapat permintaan tinggi dari luar
Negara seperti Singapura, dan Jepun

 Hasil perikanan dapat permintaan dari industri hiliran yang berkaitan seperti
industri ikan sardin dan ikan kering
 Faktor sosial dan kemudahan asas

 Dikaitkan dengan budaya pemakanan penduduk Asia yang menjadikan ikan


sebagai sumber protein utama

 Pekerjaan sebagai nelayan sudah sebati dan tradisi kepada penduduk pinggir
pantai

 Kegiatan perikanan di Malaysia disebabkan adanya kemudahan perikanan


yang baik seperti kemudahan pendaratan ikan dan pengangkutan yang cekap
 Faktor governan

 Menerusi penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah


membina kompleks pendaratan ikan moden dan bertindak memasarkan hasil-
hasil perikanan

 Jabatan perikanan menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan serta


memberikan latihan dalam bidang perikanan

 Contohnya, di Batu Maung, Pulau Pinang


 Faktor teknologi

 Teknologi perikanan dipertingkatkan menerusi usaha penyelidikan dab


pembangunan (R&D) yang berterusan

 Jabatan perikanan menjalankan penyelidikan tentang penetasan dan


pembiakan ikan. Ini dijalankan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan
Laut (PPPIL) di Tanjung Demong, Besot, Terengganu
3(a) Apakah masalah yang dihadapi oleh sektor perikanan Negara? [15m]

 Masalah kekurangan tenaga

 Keupayaan modal yang terhad yang menyebabkan nelayan tidak mampu memiliki
bot-bot yang besar, pukat moden

 Pendapatan yang diperolehi oleh nelayan adalah sedikit dan hanya mampu
menampung kehidupan seharian keluarga sahaja

 Tidak berpeluang meningkatkan tabungan modal


 Masalah kekurangan buruh

 Migrasi keluar tenaga buruh muda ke sektor perindustrian

 Sektor perikanan pinggir pantai tidak menjanji pendapatan lumayan

 Sektor perikanan yang menggunakan tenaga kudrat tidak digemari oleh generasi
muda
 Masalah kekurangan teknologi

 Kekurangan modal menghalang nelayan untuk memiliki bot besar dan


kelengkapan tangkapan moden

 Masih bergantung kepada teknologi tradisional seperti bot kecil, pukat tangkul
 Masalah keselamatan rakyat

 Keselamatan nelayan di perairan antarabangsa yang sentiasa diancam lanun

 Berlaku konflik antara nelayan perikanan pinggir pantai dengan nelayan laut
dalam
 Masalah kepupusan sumber-sumber perikanan

 Kadar eksploitasi sumber perikanan yang berlebihan

 Penggunaan pukat tunda menyebabkan kemusnahan habitat ikan


b) Apakah kesan nagatif aktiviti perikanan terhadap alam sekitar? [10m]
 kepupusan sumber perikanan

 kadar tangkapan ikan secara berterusan melebihi had

 kaedah tangkapan yang memusnahkan habitat seperti pukat tunda


 kemusnahan habitat/ kawasan pembiakan

 penggunaan pukat tunda, pukat harimau memusnahkan kawasan terumbu


karang yang menjadi habitat ikan, udang

 pemusnahan habitat merosakkan rantaian makanan marin dan kawasan


pembiakan
 pencemaran

 pencemaran air khususnya di sekitar pelabuhan perikanan disebabkan oleh


pembuangan sisa-sisa ikan, air pembersihan bot.

 kualiti air laut terjejas


 kemusnahan ekosistem paya bakau

 pembinaan kolam-kolam akuakultur akan melibatkan kerja-kerja penebangan


yang berada di zon pinggir pantai
4a) Berdasarkan sebuah negara di Asia Pasifik, jelaskan kesan positif yang didapati daripada
penggunaan teknologi kepada pembangunan industri perikanan. [9m]

 Malaysia

 Teknologi moden meningkatkan jumlah tangkapan ikan. Ini menjamin bekalan


sumber ikan yang berterusan sepanjang masa. Contohnya, penggunaan pukat
seperti pukat harimau dan pukat Apollo

 Teknologi pembakaan dan penetasan benih-benih ikan dalam akuakultur


menghasilkan ikan dlm kualiti yang banyak dan cepat membesar utk pasaran

 Teknologi pengawetan dan dingin beku. Penggunaan air batu dan alat dingin
beku di dalam bot-bot nelayan membolehkan hasil tangkapan hasil tangkapan
disimpan lebih lama ketika berada di laut

 Teknologi untuk penerokaan laut bagi membolehkan nelayan memperoleh


hasil tangkapan yang banyak dan bermutu
b) Apakah sumbangan sektor perikanan kepada pembangunan ekonomi dan sosial Negara
Asia Pasifik? [16m]
 Sumber pemakanan (protein)

 Budaya pemakanan penduduk di sebahagian besar Negara-negara Asia


Pasifik bergantung kepada sumber perikanan.Ini disebabkan oleh sumber
protein yg terdapat pd sumber perikanan.Contohnya,Negara Jepun,Korea
 Menyumbang kepada pendapatan nagara

 Kegiatan perikanan menyumbang kepada pendapatan Negara melalui hasil


eksport dengan kemasukan mata wang asing ke Negara itu. Contohnya,
Malaysia mengeksport hasil tangkapan ke Singapura, Taiwan dan Jepun.
Jepun mengeksport hasil ikan seperti minyak ikan ke Negara-negara lain.
 Peluang pekerjaan

 Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang


memproses dan kilang ais dan sebagainya. Contohnya, penduduk yang
tinggal di pesisir pantai Kelantan, Pahang bergantung kepada aktiviti
perikananIni menyebabkan pulangan yang lumayan. Jadi, pendapatan
perkapita dan taraf hidup meningkat
 Perkembangan industri yang berkaitan

 Industri perikanan turut membantu dalam perkenbangan industri yang


berkaitan seperti industry pengentinan (ikan sardin), industri pemprosesan
ikan kering dan kilang ais.
1 (a) Huraikan ciri-ciri huttan yang dapat di dunia. [12m]

 hutan hujan tropika

 tumbuhan sentiasa berkeadaan malar hijau sepanjang tahun.

 contohnya, cengal, meranti, seraya, keruing, balau, merapoh, berlian dan


lain-lain.

 terbahagi kepada 4 lapisan:

 lapisan atas munculan

 lapisan kedua

 lapisan tengah

 lapisan bawah

 hutan monsun tropika

 meluruhkan daun pada musim kemarau kerana dipengaruhi oleh musim


kering yang nyata.

 spesies pokok tidak sebanyak hutan hujan tropika dan kebanyakan pokok
tumbuh seragam atau sejenis bagi satu-satu kawasan.

 Kanopi hutan berlapis-lapis. Dedaun pokok berbentuk lebar, berbatang


besarberkulit tebal dan berakar tunjang. Terdiri daripada pokok berkayu
keras seperti jati, penaga dan cendana.

 Salah satu keistimewaaan ialah ditumbuhi oleh hutan pokok buluh.

 Terbahagi kepada 3 lapisan:

 Lapisan atas ataukanopi atas

 Lapisan kedua

 Lapisan bawah
 padang rumput sederhana.

 tumbuhan berkayu jarang hidup di kawasan ini dan hanya tumbuhan di


kawasan lembah sungai.

 dikuasai oleh dua jenis padng rumput iaitu padang rumput yang pendek dan
padang rumput yang panjang.

 pada musim panas dan musim bunga, padang rumput kelihatan menghijau
danamat subur manakala pada musim luruh, berlaku kemarau yang
menyebabkan padang rumput kelihatan kekuningan.
 hutan konifer.

 bersifat monospsies, iaitu hanya terdapat satu atau dua jenis spesies pokok
sahaja di dalam satu-satu kawasan disebabkan oleh iklim yang melampau.

 bersifat malar hijau dan pokok berkayu lembut, berkulit tebal, berbatang lurus,
bersaiz besar dan tinggi seperti pokok pain, fir, spurs, cedar dan larch.

 pokok-pokok ini juga boleh mencapai ketinggian 40 meter.

(b) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada alam sekitar fizikal. [13m]
 habitat kepelbagaian fauna.

 haiwan-haiwan yang hidup. Membesar dan membiak dengan sempurna di


dalam kawasan hutan yang ekosistemnya stabil tanpa digangu oleh manusia.
Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan
meneruskan generasinya.
 menghalang hakisan

 liputan tumbuh-tumbuh penting dalam melindungi tanih daripada hakisan


percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air
permukaan melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara.
 mengawal keseimbangan kitar hidrologi.

 terdapat pelbagai peranan hutan dalam mengawal kitar hidrologi.

 Antaranya seperti:-

 discas air sungai dan discas bahan enapan sungai

 menyumbang kepada jumlah hujan tempatan melalui proses transpirasi

 membentuk kawasan tadahan air yang akan menentukan jumlah dan


kapasiti sumber air dalam tanah

 menjadi penentu kepada bekalan air sungai, tasik, kolam, paya dan
empangan
 mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro.

 hutan juga berperanan untuk mengekalkan dan mengawal perubahan iklim


mikro. Terdapat pelbagai fungsi hutan dalam mengekal dan mengawal
perubahan mikro ini. Hutan berfungsi dalam mengurangkan kadar kelajuan
angin
 mengekalkan kelembapan udara

 proses perpeluhan berlaku baik di kawasan hutan tebal dengan daun yang
lebat dan padat dan mendapat cahaya matahari yang cukup keadaan ini
menyebabkan wap-wap air dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan
tersebut
 menyederhanakan suhu sekitar

 kesederhanaan suhu di kawasan sekitar dikaitkan dengan kelembapan udara


yang tinggi di kawasan hutan tebal. Keadaan ini menjamin habitat yang sesuai
untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora untuk hidup, membesar dan
membiak.
2(a) Jelaskan maksud fenomena penyahhutanan. [7 m]

 penyahhutanan bermaksud penghapusan hutan secara besar-besaran kawasan


hutan ditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan.
Misalnya penebangan untuk pembalakan, pembukaan kawasan perladangan,
pembinaan kawasan petempatan dan industry dan ditenggalami air
untukprojek hidroelektrik. Fenimena penyahhutanan tanpa kawalan
menyebabkan hutan dimusnahkan, permukaan bumi tergondol dan terdedah.
(b) Huraikan kesan fenomena penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [18 m]
 habitat

 hutan berfungsi sebagai habitat utama kepada haiwan untuk membentuk


lingkungan dan meneruskan generasi. Apabila habitat musnah, haiwan akan
melakukan penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru dan terpaksa pula
menghadapi peersaingan.
 memusnahkan edaran nutrient dalam ekosistem.

 selain itu, kesan akibat penyahhutan juga akan memusnahkan edaran nutrient
dalam ekosistem hutan-hutan tropika. Dalam keadaan semula jadi edaran
nutrient akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan.
Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yangsekaligus memusnahkan
edaran nutrient.
 perubahan cuaca.

 hutan berupaya menyerap dan menyimpan karbon dioksida di samping


membebaskan oksigen. Oleh itu, fungsi menyimpan karbon dioksida dan
membebaskan oksigenini sekaligus dapat mengurangkan kesan rumah hijau.
 kesan ke atas sistem geomorfologi.

 penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada


pelbagai proses geomartologi seperti luluhawa, hakisan,larian air permukaan
serta pelbagai jenis gerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan
pelindung, daya pengikat dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi
tidak stabil.
 kesan ke atas sistem hidrologi.

 mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan


paras air dalam tanah. Hal ini menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan
air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.
3(a) Terangkan kepentingan-kepentingan sekitar perhutanan terhadp penduduk dan
ekonomi Negara-negera Asia Tenggara masa kini. [15 m]

 penting untuk masyarakat asli meneruskan kehidupannya dalam konteks


ekonomi pengutip dan pemburuan; kegiatan pertanian pindah dan lain-lain
yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat tradisi

 penting untuk sumber pembalakan khususnya dalam jangka masa panjang


yang boleh menghasilkan perdapatan eksport mereka

 penting sebagai sumber untuk menggerakkan industri-industri hiliran yang


berkaitan dengan perhutanan seperti industri perabot, industri desa dan IKS-
IKS yang berantaian dengan industri pembalakan

 penting sebagai sumber ekopelancongan yang boleh mendatangkan perdapatan


Negara melalui kemasukan pelancong luar dan dalam Negara misalnya tarikan
hutan lipur menggalakan industri pelancongan dalam Negara

 penting untuk membekalkan tenaga hidroelektrik melalui kawasan tadahan


yang luas boleh menjana kuasa. Sumber-sumber tenaga yang bersih dan murah
ini boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada Negara

 penting untuk membekalkan air. Hutan simpan/kawasan tadahan menjamin


bekalan air yang berterusan yang boleh diekspot/dijual ke Negara lain.

 kawasan hutan bertindak sebagai pembekal air yang utama untuk pelbagai
gunaan domestic dan perkilangan.
b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah Negara di rantau asia pasifik, tunjukkan
kesan-kesan negatiF fenomena penyahhutanan terhadap kepelbagaian biologi Negara
berkenaan. [10m]

 Malaysia

 spesies flora dan fauna diancam kepupusan terutamanya yang berharga.


Kepupusan gentik dan populasi sebagai warisan generasi akan datang di
dalam hutan khatulistiwa di malaysia.

 kemusnahan habitat sebagai penentu kelangsungan hidup sesuatu spesies


di samping penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru. Hutan
bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies hidupan mikro dan
makro.

 kerosakan ekosistem terutamanya yang berkaitan dengan rantai makanan.


Krisis makanan kepada pengguna-pengguna di dalam hutan ekosistem
hutan semula jadi adalah lengkap dan seimbang untuk memenuhi
keperluan mesyarakat pengguna hutan.

 kesan kepada kehidupan masyarakat orang asli yang menjadi sebahagian


daripada komponen. Kepelbagaian biologi hutan. Masyarakat orang asli
yang menjadikan hutan sebagai habitat dan sumbeer makananya tidak
boleh dipilihkan daripada ekosistem hutan. Ia boleh dikelaskan sebagai
masyarakat pengguna ‘kelas omnivor’.
4(a) Berdasarkan Negara-negara di rantau asia tenggara, jelaskan fenomena penyahhutanan
disebabkan oleh aktiviti manusia.[10 m]

 Malaysia

 Pembukaan tanah baru yang melibatkan kawasan hutan untuk pelbagai


tujuan seperti untuk pertanian, pembinaan, petempatan, pembinan,
kawasan industry, jaringan pengangkutan seperti lebuh raya dan
sebagainya. Kawasan dan sumber hutan akar dimusnahkan secara besar –
besaran demi mengejar pembangunan atau untuk menampung
pertumbuhan penduduk yang begitu pesat.

 Melalui aktiviti pembalakan yang tidak terkawal seperti pembalakan


haram atau kegiatan pembalakan yang terlalu lama di satu-satu tempat.

 Amalan pertanian pindah. Melalui aktiviti ini hutan-hutan primier akan


ditebang-bakar oleh puak-puak asli di kawasan pedalaman bagi
menjalankan kegiatan pertanian mereka.

 Melalui projek hidroelektrik . aktiviti ini akan memusnakan hutan dengan


dua cara iaitu pertama, penebangan dan pembershian hutan untuk
pembinaan, empangan dan kedua penenggelaman hutan bagi tujuan
menakung air.

(b) Jelaskan peri pentingnya usaha-usaha pemeliharan dan pemuliharaan sumber hutan di
Negara tersebut. [15 m]

 untuk mengekalkan / mengawal kawasan tadahan air. Hutan menadah dan


menyimpan air hujan melalui fungsi cegatan silara oleh kanopinya dan juga
proses susupan.

 untuk mengawal kadar hakisan tanih, tanah runtuh dan banjir lumpur. Hutan
bertindak sebagai pelindung semula jadi tanah yang terbaik. Kanopinya yang
berlapis-lapis serta cengkaman akarnya boleh mengurangkan kadar hakisan
larian air permukaan seterusnya menjamin kestabilan cerun.

 mengekalkan ekosistem semula jadi dan menjamin kepelbagaian biologi


daripada diancam kepupusan. Pengekalan alam semula jadi membolehkan
pula pembangunan “eko pelancongan” dapat dilaksanakanyang berupaya
menambahkan pendapatan Negara-negara asia tenggara

 menjamin bekalan kayu balak yang berharga pada masa depan. Apabila
sumber hutan dikawal dan dipulihara maka sumber kayu yang berharga seperti
meranti, cengal, seraya, keriung, jati, cendana dan sebagainya sentiasa ada,
terjamin bekalanya dan berterusan. Hal ini dapat membantu mengekalkan
pendapatan eksport Negara-negara asia tenggara.
1a) Jelaskan tiga jenis mineral dan taburan. [9m]

Mineral Taburan

Petroleum Dijalankan di Miri, Sarawak semenjak tahun


1909. Simpanan petroleum mentah di
Malaysia terletak di luar pantai Terengganu
dan Sabah

Gas asli Terhasil di kawasan perlombongan


petroleum. Simpanan gas asli utama terletak
di pantai Terengganu, Sabah, Sarawak

Bijih timah Sejak tahun 2001, terdapat 33 buah lombong


bijih timah yang masih beroperasi contohnya
lombong kapal korek, lombong pam kerikil

b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan bijih timah di Malaysia. [9m]

 kemelesetan ekonomi dunia yang berlalu pada tahun 1985 menyebabkan harga bijih
timah antarabangsa telah turun dengan mendadak. Jadi pengeluaran bijih timah
terpaksa dikurangkan bagi mengelakkan kerugian

 terdapat banyak barang pengganti lain yang murah dan mudah diperolehi berbanding
dengan bijih timah. Contohnya, botol plastic, kaca, dan kertas yang mengambil fungsi
bijih timah

 simpanan sumber bijih timah Negara semakin berkurangan akibat daripada


pengeksploitasian sumber selak awal abad ke-19. Kawasan yang kaya dengan bijih
timah sudah habis dilombong
b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi kegiatan perlombongan. [7m]

 faktor fizikal

 kawasan tanah tingi seperti di kaki banjaran Titiwangsa terdapatnya bijih


timah jenis telerang yang sukar dilombong

 kawasan tanah rendah terutama di lembangan sungai terdapat timah lanar


yang mudah dilombong seperti di Lembah Kinta
 faktor tenaga buruh dan kepakaran

 bekalan tenaga buruh mahir dan separa mahir sama ada dari dalam Negara
atau luar Negara adalah penting dalam mempengaruhi kegiatan
perlombongan

 buruh mahir penting dalam kejuruteraan petroleum, R&D kawalan mutu


dan sebagainya.
 faktor kemudahan asas

 kemudahan asas khususnya sistem pengangkutan dan perhubungan,


pelabuhan dan penyimpanan, keselamatan, pemasaran dan lain-lain.

 Pada masa dahulu, sistem pengangkutan kereta api digunakan dalan


perlombongan bijih timah

 Sistem pengangkuatan paip dan kapal tangki banyak mempengaruhi


perlombongan petroleum di Malaysia pada masa kini.
2a) Nyatakan tiga jenis mineral di Malaysia. [3m]
 Petroleum
 Gas asli
 Bijih timah

b) Huraikan kepentingan atau sumber sektor perlombongan kepada penduduk dam


pembangunan sosioekonomi. [10m]

 Menyumbang kepada pendapatan eksport negara

 Hasil perlombongan dieksport seperti petroleum mentah akan menghasilkan


pendapatan lumayan kepada Malaysia
 Membuka peluang pekerjaan

 Menyediakan peluang pekerjaan seperti ahli geologi petroleum, jurutera,


juruteknik

 Maka, kadar pengangguran penduduk boleh dikurangkan

 Hasil pendapatan ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk


 Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran

 Teknologi dipindah melalui pelbagai projek usahasama, perkongsian pintar


dan latihan lanjutan

 R&D khususnya (HITECH) sentiasa dijalnakan oleh PETRONAS dalam


konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta teknik baru
menghasilkan pelbagai produk berkualiti
c) Terangkan kesan aktiviti perlombongan terhadap landskap fizikal. [12m]

 Tinggalan kawasan-kawasan perlombongan

 Membentuk lekukan, kolam/ tasik yang dikenali sebagai tasik lombong terutaa
di kawasan perlombongan bijih timah yang menggunakan kaedah kapal korek
 Pandang darat cerun-cerun bukit

 Akibat kesan-kesan pemotong, penarahan dan peletupan bukit, tinggalan


ketulan-ketulan batuan akibat aktiviti perlombongan kuari dan marmar atau
kaedah pam hidraulik dalam perlombongan bijih timah
 Kemusnahan hutan

 Akibat daripada aktiviti mencari gali sesuatu jenis sumbetr mineral


 Pembuangan sisa perlombongan di sekitar sungai

 Berpunca daripada kerja-kerja perlombongan dengan menggunakan kapal


korek menyebabkan sungai tercemar, keruh, dan berlumpur
 Pencemaran udara

 Kesan daripada pembebasan habuk dan debu dari kawasan lombong kuari dan
pecah batu
 Hujan asid

 Bahan-bahan pencemar udara bertindak sebagai nucleus kondensasi yang


menyerap wap-wap air lalu menurunkan hujan asid
3a) Jelaskan kesan ke atas landskap budaya. [10m]

 Wujudnya kawasan petempatan yang berkembang menjadi sebuah pekan/bandar

 Kawasan-kawasan perlombongan dibanjiri oleh migrant dari luar untuk


bekerja sebagai pelombong seperti di Taiping, Larut dan Ipoh

 Wujudnya rangkaian sistem pengangkutan

 Seperti jalan raya, kereta api, kemudahan pelabuhan dan komunikasi

 Kemudahan ini bertujuan untuk mempercepatkan penghantaran sumber


mineral ke kilang memprose, gudang penyimpanan

 Wujudnya industri-industri yang berkaitan dengan pengeluaran sumber mineral

 Seperti petrokiia, memproses gas asli dan pengeluaran baja urea

 Contohnya di bandar Kertih, Terengganu terletaknya kilang memproses gas


asli
b) Terangkan langkah-langkah melestarikan sumber-sumber perlombongan di Malaysia.
[15m]
 Perundangan

 Menghasilkan kuota pengeluaran, pemberian lessen dan konsesi cari gali


petroleum di kawasan mestilah dilaksanakan agar simpanan sumber dijamin
berterusan dan tidak dieksploitasi sepenuhnya dalam jangka masa singkat

 Pihak pejabat tanah dan galian (PTG) pula mengawal aktiviti cari gali sumber-
sumbermineral seperti emas serta aktiviti perlombongan kuari dan pecah batu
melalui pemberian lessen dan syarat yang ketat

 Tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang melanggar peraturan yang


ditetapkan seperti mengenakan denda, menyita, premis dan sebagainya

 Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pengawasan , pemantauan terhadap


aktiviti perlombongan yang boleh mencemarkan alam sekitar


 Pengurusan yang strategic

 Menjalankan segera kerja-kerja pembersihan laut, pantai dan sungai jika


mendapati pencemaran berlaku

 Segala kos hendaklah ditanggung oleh syarikat yang terlibat manakala JAS
menyediakan khidmat kepakaran dan teknologi sekiranya syarikat menjadi
punca pencemaran

 Di sekitar kolang memproses gas asli mestilah ditanam dengan pokok-pokok


peneduh bagi tujuan memerangkap habuk dan debu

 Kempen dan pendidikan

 Dijalankan berterusan dan bersepadu antara agensi kerajaan, pihak swasta,


badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat

 Langkahnya seperti bergotong-royong membersihkan pantai dari tumpahan


minyak, mengedarkan risalah, mengadakan forum dan seminar dan kempen
melalui media cetak dan elektronik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap tanggungjawab mereka kepada alam sekitar
1(a)Berdasarkan kepada Negara Malaysia, nyatakan jenis-jenis industri. [3m]
 Industri primer
 Industri sekundar
 Industri tertiar

(b)Haraikan ciri-ciri sektor perindustrian. [15m]


 Industri primer
 Terletak berdekatan dengan kawasan sumber pengeluaran bertujuan untuk
mengurangkan kos pengangutan sumber yang bersifat pukal
 Bergantung kepada bahan mentah dari sumber alam
 Output menjadi input industri sekudar
 Memerlukan modal yang besar

 Industri sekunder
 Bergantung kepada hasil industri primer sebagai bahan mentah
 Terletak berdekatan kawasan pasaran
 Mengunakan modal yang besar
 Bersifat intensif buruh

 Industri tertiar
 Menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada pelangan

(c) Berdasarkan kepada sebuah Negara di Asia Tenggara, nyatakan kepentingan sektor
perindustrian [7m]
 Menawarkan peluang pekerjaan
 Menyumbang kepada pendapatan Negara
 Pemindahan teknologi dan kepakaran
 Memperlukan saiz pasaran
 Memperkembangkan industri berkaitan
 Mempercepatkan pembangunan fizikal
2.Dengan merujuk contoh-contoh di Malaysia
(a)Jelaskan mengapa program penyebaran keluar industri perkilangan dari kawasan-kawasan
maju ke kawasan-kawasan kurang maju dilaksanakan? [10m]
 untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan kurang maju seterusnya
mengimbangi tahap pembangunan ekonomi antara kawasan
 mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas di kawasan kurang maju dan dapat
meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk dan seterusnya membendung
aliran migrasi ke bandar.
 meningkatkan jumlah penduduk kawasan kurang maju atau untuk mengimbangi
taburan penduduk antara kawasan. Petempatan industri perkilangan akan
menggalakkan migrasi masuk ke kawasan yang berkurangan penduduk.
 mempercepatkan pembangunan social dan kemudahan asas di kawasan kurang maju
seperti pembinaan sekolah, klinik, atau hospital, rangkaian pengangkutan dan lain-lain
sejajar dengan pertambahan penduduk atau pekerja kilang.

(b) Nyatakan jenis-jenis industri perkilangan yang menjejaskan kualiti alam sekitar. [6m]
 industri perkilangan sama ada industri memproses atau pembuatan yang berasaskan
hasil pertanian
 industri perkilangan berasaskan hasil hutan
 industri memproses dan pembuatan makanan dan miniman
 industri tekstil-membuat pakaian/ fabrik dan pewarna
 industri berasaskan kimia dan petrokimia
 industri membuat simen, jubin/ seramik dan batu bata
(c) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar akibat industri perkilangan. [5m]
 langkah perundangan
 menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 seperti
mengenakan denda/kompaun, menyita premis, membatalkan lessen operasi, penjara
kepada pekilang yang melanggar akta tersebut
 langkah pengurusan
 amalan pengurusan yang strategik meliputi menempatkan kilang di kawasan khusus
jauh dari sungai dan petempatan penduduk dan merawat enfluen sebelum dilepaskan
atau disalirkan ke sistem saliran.
 langkah pendidikan
 kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar dijalankan melalui media massa
seperti kempen “Cintailah Sungai Kita” dan juga mengeratkan kerjasama antara
agensi kerajaan, swasta dan NGO.
3.(a)Huraikan usaha-usaha untuk memajukan sektor perindustrian Negara. [6m]

 kemasukan pelabur asing


 digalakkan melalui pemberian taraf perintis diantara 5 tahun hingga 10 tahun.
 krisis ketidakpercayaan kepada Ringgit Malaysia juga akan menyebabkan para
pelabur asing menarak keluar pelaburannya

 bidang penyelidikan dan pembangunan


 dikembangkan dengan cara pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran latihan
lanjutan, pinjaman tenaga pakar dan lain-lain
 penting untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru dan produk yang berkualiti bagi
mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa memandangkan citarasa pengguna
begitu cepat berubah

 pasaran antarabangsa
 Malaysia menjalinkan kerjasama yang erat dan kukuh bagi mewujudkan sistem
pasaran yang telus, adil dan liberal seperti di dalam AFTA dan APEC
 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mencari pasaran baru khusus bagi
memasarkan keluaran barangan kilang Malaysia

(b)Huraikan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti
perindustrian yang tidak mengamalkan konsep penbangunan lestari.

 pencemaran udara
 industri memproses, membebaskan asap, hidro karbon, gas karbon dioksida, sulfur
dioksida dan lain-lain partikal terampai yang boleh meningkatkan indeks pencemaran
udara serta menggalakkan fenomena terutama sekali di kawasan estet perindustrian

 penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau


 boleh meningkatkan indeks suhu sekitar/ pemanasan setempat atau global jika berlaku
di seluruh dunia. Gas-gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida dan karbon
monoksida bertindak sebagai satu lapisan yang membenarkan bahagian matahari
masuk tetapi memerangkap bahangan bumi daripada dipantulkan semula ke angkasa.

 fenomena hujan asid


 industri petrokimia dan industri pemprosesan yang lain banyak membebaskan sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan sebagainya. Bahan-bahan pencemar
ini boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air,
membesar, tepu dan akhirnya membentuk manic-manik hujan-hujan asid.
(c)Bagaimanakah konsep pembangunan lestari boleh dilaksanakan dalam pembangunan
sektor perindustrian di sebuah Negara sedang membangun yang telah anda kaji.

 Malaysia
 langkah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat kepada mana-mana
pengusaha atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar. Hukuman dan denda
maksimum patut dikenakan seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualitin
Alam Sekitar 1974.
 menguruskan sisa toksik dengan cekap dan berkesan terutama sekali sisa-sisa pepejal
haruslah diuruskan dengan sistematik dan saintifik seperti setiap kilang mesti
menyediakan takungan khas untuk sempadan sisa toksiknya dan tidak membuangnya
ke dalam sungai, tasik, kolam dan lain-lain
 menguruskan bahan pencemaran udara. Industri yang melepaskan asap pencemar
melebihi SQ yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar mestilah menggunakan
beberapa kaedah sebelium bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara
4. Berdasarkan kepada negara Malaysia,
(a)Mengapakah industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi semakin penting? [15m]
 mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam Negara
 penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan telah menjadi penggerak
dan tulang belakang kepada sektor perkilangan atau pembuatan di negara ini.
Disebabkan factor tersebut, secara tidak langsung IKS telah menyuntik kepada
peningkatan KDNK sektor perkilangan yang seterusnya menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi Negara agar sentiasa memberasangkan
 mewujudkan rantaian ekonomi dalam Negara yang lebih kukuh
 dengan wujudnya rantaian industri IKS maka firma-firma besar boleh meningkatkan
produktiviti, menjamin keberterusan operasi, mengurangkan beban kapital dan kos
pengangkutan khususnya dalam konteks barangan separuh siap, serta mengurangkan
kos pemasaran
 mewujudkan kepelbagaian jenis ekonomi dalam Negara
 produk IKS dihasilkan dalam pelbagai bentuk atau jenis dan perigkat. Dengan adanya
IKS, Malaysia tidak terlalu bergantung kepada firma-firma besar semata-mata. Hal ini
demikian kerana IKS dimiliki oleh pelabur tempatan.
 membuka lebih banyak peluang pekerjaan
 memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam operasi
IKS pengeluaran berbanding dengan firma-firma besar yang mengunakan jentera dan
teknologi maka IKS mencipta banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan .
IKS tidak bersifat giat jentera.
 meningkatkan keupayaan modal dan tabungan Negara
 dalam kebanyakan operasi IKS , sejumlah besar sumber kewangan dan model
diperoleh daripada pemilik sendiri, saudara mara, atau rakan perniagaan. Pelaburan
modal ini walaupun kecil pada skala individu tetapi menjadi besar apabila
keseluruhan IKS yang ada digabungkan.

(b)Huraikan tiga masalah yang dihadapi untuk memajukan industri kecil dan serhana di
Negara berkenaan? [10m]
 masalah kekurangan modal atau kewangan
 kekurangan modal disebabkan oleh keuntungan perniagaan yang rendah kerana IKS
beroperasi dalam skala yang kecil yang menyebabkan tabung kewangan dan modal
pusingan amat sedikit, dan kesukaran memperoleh pinjaman kredit dari bank
komersial ekoran daripada ketiadaan cagaran dan keraguan pihak bank terhadap
kebolehan dan kredibiliti pihak pengusaha IKS untuk berjaya.
 kekurangan tenaga buruh mahir
 IKS menghadapi masalah persaingan untuk mendapatkan pekerja yang mahir atau
berpendidikan yang lebih tinggi. Persaingan tersebut bukan hanya datang dari firma-
firma besar sahaja tetapi juga dari sektor-sektor ekonomi lain yang berupaya
menawarkan gaji yang lebih lumayan.
 masalah pasaran dan pemasaran
 masalah pasaran timbul disebabkan poduk IKS tidak berkualiti dan tidak berdaya
saing. Antara fektor yang menyebabkan produk IKS tidak berkualiti ialah pengunaan
bahan mentah berkualiti, mesin dan teknologi yang rendah, tiada sistem kawalan mutu
dan reka bentuk barangan yang tidak menarik
5.Pilih sebuah Negara di Asia Tenggara
(a) huraikan kelebihan yang terdap di Negara tersebut yang memberi sumbangan terhadap
perkembangan sektor industri pembuatan? [13m]

 Malaysia
 keadaan politik yang stabil dalam jangka masa panjang. Ini mewujudkan iklim
pelaburan sihat yang menyakinkan pelaburan asing. Ini membolehkan keadaan politik
yang sangat stabil dikekalkan dengan dasar-dasar baru sentiasa digubal untuk terus
menyakinkan pelabur menanam modal di Malaysia.
 kerajaan juga amat mengalakkan perkembangan industri pembuatan ini seperti
mewujdkan skim galakan pelaburan kepada pelabur asing dan tempatan, pemberian
taraf perintis, dan sebagainya. Ini mendorong kemasukan pelaburan asing ke Malaysia
khususnya dalam sektor pembuatan secara besar-besaran.
 kelebihan penawaran tenaga buruh yang murah dan ramai khususnya dalam sektor
industri pembuatan yang berintensif buruh. Selain itu tenaga buruh di Malaysia juga
berkualiti, berpendidikan dan kemahiran tinggi, mudah dilatih, dan dipindakan telah
mewujudkan keadaan yang kompetatif dan selesa kepada pelabur asing khususnya
untuk melabur di Malaysia.
 Kewujudan prasarana/kemudahan asas seperti kemudahan
pengangkutan,telekominikasi dan pelabuhan yang dimiliki oleh Malaysia adalah lebih
baik berbanding dengan Negara-negara serantau yang lain.
(b) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di kawasan-kawasan tertentu di
Negara tersebut? [12m]
 dasar kerajaan yang menyediakan kawasan atau tapak yang khas dan menarik untuk
industri pembuatan berkelompok dan berdekatan antara satu sama lain seperti adanya
pelbagai kemudahan asa yang cukup, kawasan bebas cukai, pemberian taraf perintis
dan lain-lain lagi. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan bebas cukai.
 kawasan tersebut sudah sedia maju dengan industri, maka industri yang berkaitan
akan terus tertumpu ke arahnya untuk menikmati faedah perkongsian bersama seperti
perkongsian kemudahan asas, perkongsian pasaran, perkongsian kepakaran dan lain-
lain yang boleh menjimatkan kos.
 kawasan berkenaan mempunyai jumlah penduduk yang ramai yang akan menawarkan
tenaga buruh yang mudah dan pasaran yang luas seperti kawasan bandar-bandar
besar.
 kawasan atau wilayah berkenaan sudah sedia maju dengan kemudahan perkhidmatan
seperti bank, system pengangkutan, dan telekomunikasi, kemudahan pembandaran
dan lain-lain faktor penarik.
1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri perkhidmatan? [5m]
 industri peringkat ketiga (industri tertier) yang tidak melibatkan pengeluaran
barangan tetapi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
 Contohnya: sektor pelancongan, pengangkutan, telekomunikasi,
kewangan, perdagangan dan sebagainya

b) Pilih satu jenis industri perkhidmatan di sebuah Negara, dan huraikan ciri-ciri geografi
yang menggalakkan perkembangan industri tersebut. [15m]

 Sektor pelancongan
 Geografi fizikal

 Ciri bentuk muka bumi seperti kawasan luas, landai, rata dan juga ciri-ciri
sistem saliran yang ada (sungai yang lebar dan dalam, muara/ pelabuhan
yang dalam dan terlindung dan sebagainya)

 Ciri-ciri semula jadi yang khusus dan menarik seperti pantai, pulau, tanah
tinggi, suhu, hutan/ tumbuhan semula jadi, sumber flora dan fauna dan
sebagainya

 Adanya bahan mentah seperti bahan galian, bahan mentah pertanian, kayu
balak dan lain-lain khususnya yang menggalakkan industri pengangkutan

 Ciri tenaga/ sumber kuasa. Adanya sumber kuasa/ bekalan tenaga yang
mencukupi dan berterusan seperti KEH, tenaga solar dan tenaga
konvensional
 Geografi kemanusiaan
 Modal

 Keupayaan modal dan pemilikan modal bagi menentukan skala


operasi industri perkhidmatan
 Dasar dan peranan kerajaan

 Menggalakkan perkembanganya kerana kepentingan industri


perkhidmatan tersebut kepada sektor-sektor ekonomi lain dan
seterusnya kepada ekonomi negara
 Ciri pasaran

 Kewujudan pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi untuk
meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Ciri pasaran bergantung kepada jumlah atau saiz penduduk dan
pendapatan per kapitanya
 Ciri teknologi

 Adanya perkembangan R&D-mencetuskan inovasi-inovasi baru


bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
 Kewujudan tenaga buruh

 Sebagai penggerak industri perkhidmatan sama ada tenaga buruh


mahir, separuh mahir dan tidak mahir
 Prasarana yang cukup

 Seperti jaringan pengangkutan, bekalan air, elektrik dan lain-lain


yang bertindak memangkinkan lagi perkembangan industri
perkhidmatan

c) Nyatakan sumbangan industri perkhidmatan yang dipilih pada soalan (b) kepada
ekonomi negara tersebut. [5m]
 Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara
 Memperluaskan pasaran sama ada dalam dan luar negara
 Membantu memperkembangkan sektor-sektor ekonomi ekonomi yang lain
khususnya pertanian dan perindustrian
 Menggurangkan kadar pengganguran
 Menambahkan keupayaan modal dalam negara melalui kemasukan pelaburan luar
2. Dengan merujuk mana-mana negara di Asia Tenggara:
(a) Nyatakan tiga kawasan pelancongan. [3m]

 Malaysia
 Cameron Highland di Pahang
 Pulau Langkawi di Kedah
 Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan\

(b) Pilih sebuah kawasan pelancongan yang telah anda nyatakan pada soalan (a), huraikan
ciri-ciri tarikan di kawasan pelancongan. [7m]

 Cameron Highland
 Tarikan semula jadi/ fizikal

 Pemandangan yang cantik, suhu yang sejuk

 Adanya tasik, air terjun

 Tarikan buatan manusia

 Tarikan khusus seperti bandar besar – pusat membeli-belah, bandar


pelabuhan, tempat bersejarah (arkeologi)

 Kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang disediakan seperti jalan


raya, kapal terbang, dan sebagainya

 Tempat penginapan – hotel,resort, chalet dan lain-lain – kemudahan riadah


dan bersukan, kemudahan membeli-belah

 Tarikan budaya seperti kesenian, adat, pakaian, makanan dan sebagainya


(c) Jelaskan sumbangan sektor pelancongan dalam membantu meningkatkan pertumbuhan
ekonomi di sebuah negara. [9m]

 Malaysia
 Menyumbang kepada pendapatan negara

 Melalui tukaran mata wang asing dari pelancong-pelancong luar


negara
 Menggurangkan kadar pengangguran

 Dengan mencipta banyak peluang pekerjaan dalam bidang yang


berkaitan. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk
 Membantu meningkatkan keupayaan modal dalam negara

 Melalui pelaburan asing/ tempatan yang melabur dalam industri


pelancongan. Ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih
pesat
 Membangunkan kawasan mundur

 Menukarkan struktur ekonomi setempat dan menggalakkan


pertumbuhan pusat-pusat ekonomi yang baru

(d) Berikan cadangan anda bagaimana sektor pelancongan di tempat anda dapat dimajukan.
[6m]
 Langkah promosi menerusi pelbagai media, penawaran pakej pelancongan
yang menarik, menganjurkan aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pameran,
persidangan/ seminar
 Menyedia dan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan agar
kawasan pelancongan mempunyai darjah ketersampaian
 Menyediakan prasarana yang cukup seperti kemudahan penginapan (hotel,
resort, chalet), restoran, kemudahan riadah dan sukan
 Membangunkan secara optimum sumber-sumber setempat yang dikenal
pasti berpotensi sebagai sumber pelancongan sama ada sumber semula jadi
atau buatan manusia
3a) Nyatakan lima subsektor perkhidmatan. [5m]

 Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi


 Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran
 Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
 Perkhidmatan kerajaan
 Bekalan elektrik, gas dan air

b) Pilih salah satu daripada lima subsektor itu, jelaskan bagaimana subsektor itu berkait
dengan industri pelancongan. [8m]

 Pengangkutan dan komunikasi

 pengangkutan

 Pelancong memerlukan pengangkutan udara (luar dan dalam negara), darat (jalan
raya, kereta api), air (sungai dan laut) untuk sampai ke destinasi pelancongan.

 Pelancongan membawa maksud pengembaraan, tanpa pergerakan atau perjalanan,


tempat pelancongan tidak dapat dikunjungi dan tidak akan wujud

 komunikasi

 Komunikasi melalui pelbagai kaedah: telefon, faks, telegraf, internet dan e-mel
diperlukan oleh pelancong yang berjauhan dari tempat tinggal mereka untuk sentiasa
berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di negara asal. Selain itu, melalui
komunikasi

 Pelancong asing dan tempatan mendapat lebih maklumat dan mengenali sesuatu
destinasi terlebih dahulu sebelum mengunjunginya.
c) Dengan merujuk kepada mana-mana negara Asia Tenggara, bincangkan pengaruh faktor-
faktor alam sekitar fizikal terhadap kemajuan industri pelancongan [12m]

 Malaysia

 Iklim khatulistiwa disukai oleh pelancong dari negara beriklim sejuk dan
sederhana

 Pulau-pulau luar pantai yang cantik dimajukan sebagai destinasi pelancongan


utama

 Pantai-pantai menarik terutama yang berteluk dan terlindung dijadikan destinasi


pelancongan dengan pelbagai kemudahan

 Tanah tinggi yang nyaman juga dimajukan sebagai destinasi pelancongan

 Kawasan hutan dara yang mengandungi pelbagai spesies fauna dan flora menarik
pelancong

 Sungai, tasik semula jadi dan buatan manusia juga menarik pelancong untuk
pelbagai aktiviti air
 LONGMAN TEKS PRA-U STPM GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

 LONGMAN Q&A STPM GEOGRAFI (942) KERTAS 1 DAN 2

 KERTAS PEPERIKSAAN STPM SEBENAR 2005-2008

 LAMAN WEB

 http://agrolink.moa.my/dolf

 http://www.scribd.com

 http://wwwcikgunikmie.blogspot.com

 http://khairudinabdulrahman.blogspot.com

You might also like