You are on page 1of 10

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(Ministry of Education Malayisa)


BAHAGIAN PSIKOLOGI & KAUNSELING
(Psychology & Counseling Division) Telefon : 03-8890 7800 (Talian Umum)
BLOK B, JALAN P8C-1
Faks : 03-8890 7959
PRESINT 8
62250 PUTRAJAYA
Rujukan Kami : KPM.BPsK.S.500-1/3/2( )

Disember 2009
Kepada

Semua Ketua Jabatan/Bahagian

Semua Pengarah Institut Perguruan

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Tuan,

IKLAN PENGISIAN JAWATAN KAUNSELOR


GRED 44 DAN 41 (TERBUKA) DI BAHAGIAN PSIKOLOGI &
KAUNSELING, INSTITUT PERGURUAN DAN KOLEJ MATRIKULASI,
KEMENTERI AN PELAJARAN MALAYSI A

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, terdapat kekosongan jawatan


Kaunselor Gred 44(Terbuka) dan 41(Terbuka) di Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kekosongan jawatan tersebut adalah di Bahagian Psikologi &
Kaunseling, Institut-Institut Perguruan dan Kolej- Kolej Matrikulasi bagi
tujuan pengisian tahun 2010.

3. Sehubungan dengan itu, Kementerian mempelawa pegawai-pegawai


di bawah pentadbiran tuan mengemukakan permohonan untuk dilantik
(secara pertukaran sementara) bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut.
Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan
jawatan berkaitan:

i) Iklan kekosongan jawatan seperti Lampiran A;

ii) Maklumat k e kosongan jawatan di Bahagian Psikologi &


Kaunseling, Institut-Institut Perguruan dan Kolej-Kolej Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di Lampiran B;

iii) Senarai tugas jawatan Kaunselor seperti di Lampiran C;

iv) Borang permohonan BPsK/001/02 seperti di


Lampiran D;

…2/-
-2-

4. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menghebahkan pelawaan ini


kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran tuan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Halawiah Safinas binti Ishak di
talian 03-8890 7832. Borang permohonan yang telah lengkap diisi
hendaklah dikemukakan terus kepada alamat berikut sebelum tarikh
tutup permohonan ini iaitu pada 15 Februari 2010:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok B Jalan P8C-1
Presint 8
62250 PUTRAJAYA.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MASBAH BIN DATO’ HAJI MOHD TAHA)


Bahagian Psikologi dan Kaunseling
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia.

“ 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

2
Lampiran A

Iklan Kekosongan
Jawatan Kaunselor Gred 44 dan 41 (Terbuka) Di Bahagian
Psikologi & Kaunseling, Institut-Institut Perguruan dan
Kolej-Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Jawatan Kosong

i) Jawatan : Kaunselor Gred 44(Terbuka)

Kaunselor Gred 41 (Terbuka)


:

:
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii) Kementerian :

iii) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional


iv) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
v) Taraf Jawatan : Pertukaran Sementara
vi) Jadual Gaji :

Gred 44 P1T1 RM2982.99 – P1T14 RM4936.63


P2T1 RM3301.65 – P2T14 RM5418.18

Gred 41 P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85


P2T1 RM1790.74 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19

2. Kelayakan
i) Warganegara;

ii) Telah disahkan dalam perkhidmatan;

iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (menepati
jadual Akta Kaunselor 1998 (Akta 580);

3
iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;

v) Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan bidang


tugas jawatan pinjaman;

vi) Calon-calon yang berdaftar dan mendapat Sijil Amalan dari


Lembaga Kaunselor Malaysia akan diberi keutamaan.

3. Faedah yang ditawarkan kepada Kaunselor Gred 44 dan


41 (Terbuka)

i. Diberi insentif tidak lebih dari tiga pergerakan gaji jawatan asal;

ii) Pelantikan secara pertukaran sementara tidak akan menyebabkan


perkhidmatan asal pegawai terputus kecuali mereka meletak jawatan,
ditamatkan perkhidmatan, buang kerja, bersara / dibersarakan atau
meninggal dunia;

iii) Semasa dalam tempoh pertukaran sementara pegawai layak


dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan asal;

iv) Layak mendapat cuti haji dan cuti bersalin sekiranya pegawai masih
belum mengguna atau menghabiskan kemudahan tersebut sebelum
ditukarkan secara pertukaran sementara; dan

v) Layak menerima cuti rehat mengikut kelayakan jawatan pertukaran


sementara.

4. Cara Memohon

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang


BPsK/001/02 yang boleh didapati di :
Bahagian Psikologi dan Kaunseling,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok B, Jalan P8C-1
Presint 8, 62250, Wilayah Persekutuan Putrajaya

4
ii) Permohonan hendaklah dikemukakan melalui ketua jabatan masing-
masing yang disertakan dengan Kenyataan Perkhidmatan yang di
kemaskini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan untuk 3 tahun
terakhir;

iii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil


kelayakan, salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran yang telah
disahkan;

iv) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam
sampul surat berukuran 32cmx22cm ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Psikologi & Kaunseling,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok B, Jalan P8C-1,
Presint 8,
62250 Putrajaya.

v) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat


kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui ketua
jabatan adalah ditolak.

5. Urusan Temuduga

Calon yang layak akan dipanggil temuduga selewat-lewatnya dalam tempoh


satu bulan daripada tarikh tutup iklan ini.

Sekian.

5
Lampiran C

TUGAS KAUNSELOR DI AGENSI AWAM

1. Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang


merangkumi empat (4) aspek :

a. pertumbuhan dan perkembangan;


b. pencegahan;
c. Intervensi; dan
d. Pemulihan

2. Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok;

3. Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya;

4. Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatri;

5. Menyimpan semua fail / rekod / sesi kaunseling untuk tujuan


tindakan susulan (follow -up) dan statistik;

6. Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik;

7. Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit;

8. Mengambil maklumat dan data-data anggota yang bermasalah;

9. Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya


enam (6) bulan sekali kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling,
Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

10. Mengkaji/merancang cadangan tatatindak penubuhan b a h a g i a n


kaunseling di Kementerian/Jabatan.
Lampiran D
BPsK/001/02
Untuk Kegunaan Pejabat
Tarikh Terima :
Nombor Rujukan :
Keputusan :

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KAUNSELOR


GRED 44 DAN 41 (TERBUKA) DI BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN
KAUNSELING, INSTITUT PERGURUAN DAN KOLEJ-KOLEJ
MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

a. Maklumat Pemohon

i. Nama Penuh :

ii. Kad Pengenalan :

iii. Tarikh Lahir :

iv. Taraf Perkahwinan : Berkahwin/Bujang/Duda/Janda


* Potong mana yang tidak berkenaan

v. Alamat Rasmi :
(Kem./Jab./Bah./Sek.)

vi. No. Telefon :

v. No. Tel Bimbit :

b. Maklumat Pasangan

i. Nama Suami/Isteri :

ii. Tarikh Perkahwinan

iii. Pekerjaan Suami/Isteri


Jawatan
Gred
7
iv. Alamat tempat kerja :

c. Maklumat Pemohon

i. Jawatan Hakiki :

ii. Tarikh Lantikan :

iii. Tarikh Pengesahan :

iv. Gaji Hakiki Sebulan :

v. Tarikh Pergerakan Gaji :

d. Maklumat Akademik

i. Kelayakan Bahasa Malaysia :

Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf Gred :

ii. Kelayakan Akademik :

Sijil Bidang Keputusan Sekolah/Institusi Tahun


diperolehi
Sijil Pelajaran
Malaysia
Sijil Tinggi
Pengajian
Malaysia
Diploma

Sarjana
Muda
Ijazah
Sarjana
Ijazah Ph. D

8
e. Maklumat Kelayakan Ikhtisas (jika berkaitan)

i. Nama Universiti :

ii. Jenis Kursus diikuti :

iii. Subjek Pengkhususan :

iv. Tahun diperolehi :

f. Pengalaman Bertugas

Bil. Kem/Jab/Bah/ Tempoh Bidang Tugas Kumpulan


Sek. Sasaran
Dari Hingga

* Sekiranya ruang tidak mencukupi, boleh gunakan kertas lampiran

g. Kursus/Seminar yang pernah dihadiri

Bil. Nama Kursus/Seminar Taraf Penyertaan Tarikh

* Sekiranya ruang tidak mencukupi, boleh gunakan kertas lampiran

9
h. Hasil Penulisan
I. ______________________________________________________________________
II. ______________________________________________________________________
III. ______________________________________________________________________
IV. ______________________________________________________________________

i. Cadangan Penempatan Mengikut Keutamaan

a. Bahagian Psikologi & Kaunseling

b. Institut Perguruan

c. Kolej Matrikulasi

* Sila letakkan nombor mengikut susunan 1-3

j. Saya akui bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan sekiranya maklumat itu
didapati palsu, permohonan saya akan terbatal dan jika saya telah ditawarkan,
perkhidmatan saya sebagai pegawai yang ditukar sementara akan ditamatkan serta-merta.

Tandatangan : Tarikh :

10

You might also like