You are on page 1of 16

Fiqh al-sirah II

DISEDIAKAN OLEH :

SYAHADATUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH


(mawar_mujaheedah@yahoo.com)
http://www.mysyahadah.blogspot.com/
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
UNIVERSITY OF MALAYA 2007

“ I n L o v in g M e m o r y o f
M y L o v e N a b i M uha m m a d SA W a nd
K a k N u r u l Z a lik a h M a t Z a n
A l- F a a tih a h ”
S y e ik h S a ’ id R a m a d h a n a l- B u ti, B a a r o k a lla a h u F iik
Fiqh al-sirah II
1.0 PENDAHULUAN

Siri-siri buku fiqh al sirah karya Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti dialih bahasa ke
dalam Bahasa Malaysia oleh Ust. Mohd Darus Sanawi dan diterbitkan oleh Dewan Pustaka
Fajar. Semuanya mengandungi tiga jilid yang diberi tajuk Fiqh Al-Sirah 1, Fiqh Al-Sirah 2 dan
Fiqh Al-Sirah 3.
Fiqh Al-Sirah 1 mengandungi cerita-cerita awal mengenai kelahiran nabi Muhammad,
sirah baginda ketika baginda masih kecil sehinggalah meningkat remaja perkahwinannya
perlantikan nabi Muhammad sebagai Rasul.
Fiqh Al-Sirah 2 iaitu siri yang akan menjadi diskusi selepas ini pula mengisahkan sirah
berkenaan Baginda Muhammad S.A.W selepas baginda dan para pengikutnya berhijrah ke
Madinah; berkenaan dengan piagam Madinah dan sebagainya. Selain itu, ia turut mengandungi
sirah berkaitan peperangan-peperangan yang disertai Nabi dan para pengikutnya ketika baginda
masih hidup. Antaranya adalah peperangan Badar Al-Kubra, peperangan Uhud, Khandak dan
sebagainya.
Manakala Fiqh Al-Sirah 3 pula menumpukan sirah dan perbincangannya yang berkaitan
dengan kehidupan baginda di akhir-akhir hayat baginda, juga tentang Fath al-Makkah.
Istimewanya siri-siri buku ini, sinonim dengan tajuk buku iaitu Fiqh Al-Sirah, ia lebih
berkisar pada perbincangan sirah yang melingkungi sempadan fiqh, dan juga perbincangan fiqh
yang berkaitan dengan sempadan sirah Baginda, iaitu hukum-hukum fiqh sekitar peristiwa-
peristiwa sirah yang berlaku dalam hayat baginda dibincangkan kemudian menjadi satu usul fiqh
ataupun hukum-hakam yang diterima pakai, setelah pengarang sendiri merujuk kepada hukum
tentangnya dalam pelbagai kitab-kitab sirah lain dan juga kitab-kitab syarah hadith, dan kitab-
kitab lain yang terkenal.
Selain itu, buku ini sendiri turut mengisahkan berkenaan sirah baginda dengan sangat
terperinci dan padat. Justeru, ia mudah difahami dan juga mempunyai banyak maklumat
tambahan yang penting.
Namun begitu, maklumat dan hujah serta hukum-hakam dalam siri buku-buku ini dikira
turut menjadi satu sumber penghujahan dan kias rujukan yang boleh digunakan oleh para penulis
lain, mahupun para da’ie dan sesiapa sahaja. Ia harus menjadi buku yang wajib dibaca oleh umat
Nabi Muhammad yang tinggal sekarang, apatah lagi para pendukung Islam dan ahli gerakan
Islam.

1
Fiqh al-sirah II
2.0 KANDUNGAN
2.1 ASAS MASYARAKAT BARU

Usai hijrah Nabi dan para pengikutnya yang setia ke Madinah, betapa Rasulullah
menyedari bahawa terdapat tiga elemen fundamental yang harus terkandung dalam asas
masyarakat baru.
Yang pertama adalah pembinaan masjid yang berperanan penting dalam masyarakat dan
negara Islam sebagai asas pembentukan masyarakat Islam yang kukuh dan kemas.
Selain itu, antara hukum berkaitan adalah hukum bermu’amah dengan kanak-kanak yang
belum baligh. Sebahagian ulama mazhab Hanafi memperhujahkan bahawa tindakan kanak-kanak
yang belum dewasa adalah harus. Ini berdasarkan hadith adanya tawar-menawar antara Baginda
dan dua orang anak yatim berkenaan tanah yang akan didirikan masjid. Adapun pendapat jumhur
ulama’ adalah tidak sahnya tindakan kanak-kanak yang belum dewasa berdasarkan firman dalam
surah Al-An’aam ayat 152. Pengecualian dalam hadith tersebut kerana nabi Muhammad telah
pun bercakap dengan bapa saudara yang menjaga mereka dan lagipula, Baginda sendiri
mempunyai otonomi dan autoriti yang istimewa, sesuai dengan taraf baginda. Maka, pendapat
dari Mazhab Hanafi itu adlah tidak boleh dipegang.
Hukum lain adalah berkaitan harus menggali kubur-kubur usang dan tempatnya diganti
dengan masjid sekiranya bersih dan sesuai untuk pembinaan.
Selain itu, mengenai hukum pembinaan masjid; menghias dan mengukir aalah mengenai
pembinaan, para ulama’ seluruhnya mengharuskannya berdasarkana yang dilakukan ‘Umar R.A.
manakal mengenai ukiran dan lorekan, para ‘ulama’ seluruhnya tidak menyetujuinya. Ada yang
mengatakan haram dan ada yang mengatakan makruh.

Asas kedua pula adalah asas persaudaraan iaitu mempersaudarakan antara seluruh kaum
Muslimin, khususnya orang Muhajirin dan Ansar. Yang pertama adalah asas persaudaraan secara
khusus sesama mereka, contohnya antara Ja’afar bin Abi Talib dengan Muadz bin Jabal. Selepas
itu, Rasulullah S.A.W mempersaudarakan antara tiap sahabatnya dengan persaudaraan secara
umum dimetrikan atas dasar maddi. Sehinggakan prinsip persaudaraan sebegini melebihi
pertalian keturunan, hingga seseorang sahabat itu boleh mewarisi harta sahabatnya. Namun
begitu, selepas turunnya ayat 75 dalam surah Al-Anfal, hukum ini dimansuhkan dengan
keutamaan kepada keturunan.

2
Fiqh al-sirah II
Antara pengajaran dari asas kedua ini adalah, mana-mana negara tidak dapat berdiri atau
ditegakkan tanpa persefahaman dan perpaduan antara anggota umat. Selain itu, terdirinya sebuah
masyarakat itu adalah untuk tujuan bekerjasama dan tolong-menolong. Dan ketiga, tujuan dari
asas ini adalah cukup luas dan syi’arnya juga menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.

Asas ketiga pula adalah, memeterikan perjanjian atau perlembagaan yang didalamnya
ditentukan garis-garis kasar sistem penghidupan umat Islam sesama sendiri, dan menjelaskan
perhubungan dengan bangsa lain secara umum dan bangsa Yahudi secara khusus.
Antara pengajaran dan petanda dari asas ketiga adalah perlembagaan yang dibuat oleh
baginda dijadikan platform yang dipersetujui bersama oleh kaum Muslimin dan Yahudi. Ini
menjadi bukti bahawa masyarakat Islam sejak mula-mula lagi telah pun wujud berasaskan
perlembagaan yang lengkap. Maka, segala tuduhan dan sikap pesimis pada Islam bahawa ia tidak
lebih dari hanyalah sebuah agama ‘ibadat adalah tidak berasas sama sekali. Begitu juga dengan
canangan bahawa sistem Islam adalah sistem yang lapuk.
Carta perjanjian Piagam Madinah ini membuktikan bahawa keadilan itu sangat kuat
diamalkan di dalam Islam.

2.2 PERMULAAN PEPERANGAN


2.2.1 Peperangan Badr-Al Kubra

Peperangan Badr-Al Kubra adalah peperangan pertama yang dihadiri Rasululah S.A.W.
terdapat cukup banyak pengajaran dan petanda dari peperangan ini.
Antaranya adalah, pendorong kepada peperangan ini adalah kaum muslimin ingin
menawan kafilah perdagangan Quraisy (yang mana antara barang-barang itu termasuklah
barang-barang dan harta tinggalan kaum muslimin di Mekah ketika hijrah dahulu) bukannya atas
semangat peperangan. Namun begitu, Allah Maha Besar. Dia memberi rampasan yang lebih
besar pada kaum Muslimin, dengan disertai semangat untuk berperang dalam mempertahankan
negara dan juga Umat Islam yang lain.
Terdapat tiga pengajaran dalam konteks ini. Pertama, seluruh harta kaum kafir harbi
dianggap tidak mulia. Kedua, meskipun mengambil harta ramapsan perang adalh dibolehkan
dalam islam, namun Allah ingin memberi kepada orang mu’min tujuan lain yang lebih mulia
iaitu jihad fisabilillah dan juga berdakwah di jalan Allah. Dan ketiga, apabila kita melihat
bagaimana Rasulullah sanggup duduk bermesyuarat dengan sahabat-sahabatNya, amak terdapat

3
Fiqh al-sirah II
dua petanda. Yang pertama adalah kepatuhan Rasulullah S.A.W kepada dasar permesyuaratan
atau syura. Dan yang kedua pula, peperangan atau perjanjian damai adalah diputuskan oleh
pemerintah, dan dinamakan polisi syara’; siasah syar’iyyah.
Selain itu, cukup banyak pengajaran lain yang dapat kita ambil dari peristiwa ini.
Antaranya adalah, seorang pemimpin diharuskan mencari pertolongan dalam melaksanakan jihad
seperti bantuan pemerhati dan pengintip. Selain itu, keperluan memohon doa dan restu dari Allah
dalam melakukan sesuatu pekerjaan, yakin kepada pertolongan Allah, menerima pendapat orang
lain, tidak takut memberi saranan, bersungguh-sungguh melindungi pimpinan, taat dan setia pada
janji dan sebagainya.

2.2.2 Banu Qainuqa’ dan pengkhianatan pertama Yahudi terhadap kaum Muslimin

Mengikur riwayat, seorang wanita ‘Arab telah ke pasar Bani Qainuqa’. Wanita itu
kemudiannya duduk dekat seorang tukang emas. Kemudian, datang sekumpulan Yahudi dan
mereka cuba hendak membuka penutup muka wanita itu namun wanita tersebut menentangnya.
Si tukang emas itu kemudian mengangkat hujung baju wanita itu di bahagian belakangnya, dan
apabila saja wanita itu bangun maka terselaklah auratnya lalu wanita itu memekik. Lantas
seorang lelaki Islam menyerang tukang emas tadi dan menbunuhnya. Selepas itu, Yahudi-Yahudi
lain pula menerkam lelaki Islam itu beramai-ramai lantas membunuhnya. Dengan itu,
perhubungan antara orang Islam dan orang Yahudi menjadi bermasalah.
Rasulullah telah mengepung mereka beberapa waktu. Akan tetapi, kepala munafikin,
Ubai bin Salul telah mencabar Rsulullah dan bertikai dengan baginda. Maka, Yahudi-Yahudi itu
diusir keluar dari Madinah.
Peristiwa ini menyebabkan turunnya ayat 51-52 dari Surah al-Ma’idah. Antara iktibar
yang dapat diambil pula adalah, secara umumnya peristiwa ini dapat menunjukkan sejauh mana
tabiat menipu dan khianat orang yahudi. Mereka tidak dapat duduk senang sekiranya tidak dapat
mengkhianati atau menganiayai orang lain. Perangai buruk ini dapat kita lihat sehingga ke hari
ini, dengan segala macam masalah yang ditimbulkan kepada umat Islam, khususnya di Palestin.
Terdapat beberapa hukum dalam peristiwa ini iaitu antaranya, larangan kepada orang
perempuan untuk mebuka penutup muka. Namun begitu, terdapat sesetengah imam mazhab yang
mengatakan dibolehkan membuka muka dan kedua tangan. Selain itu, diharamkan juga kepada
lelaki ajnabi untuk melihat aurat perempuan. Selain itu juga, mu’amalah dengan kaum munafiqin

4
Fiqh al-sirah II
adalah sepertimana orang muslimin. Dan wala’ serta ketaatan kepada orang bukan Islam adalah
tiak dibolehkan sebagaimana ayat Al-Qur’an tersebut.

2.2.3 Peperangan Uhud


Peperangan ini meletus disebabkan sebahagian pemuka Quraisy yang tidak terbunuh
dalam perang Badar telah bermesyuarat dan ingin menuntut bela atas kematian kaumnya yang
terbunuh dalam Perang Badar. Terdapat seramai tiga ribu orang yang terlibat dalam perang ini di
pihak musyrikin. Bilangan kaum muslimin pula adalah seramai seribu orang pejuang.
Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Akan tetapi, pemanah yang
ditugaskan berkawal di atas bukit telah turun ke bawah untuk mendapatkan harta rampasan
kerana disangka mereka peperangan sudahpun tamat sedangkan peperangan sebenarnya masih
belum tamat lagi. Maka, kucar-kacirlah keadaan muslimin dengan ramai sahabat baginda yang
terulung mendapat syahid dalam mempertahankan baginda, dan baginda sendiri mendapat luka
dan ada khabar angin bertiup bahawa baginda telahpun dibunuh. Keadaan akhirnya menjadi reda
dan kaum musyrikin balik ke Mekah dan bersuka ria atas kemenangan mereka. Manakala kaum
muslimin juga balik ke Madinah untuk merawat luka dan bersedia untuk perang seterusnya.
Terdapat ramai orang munafiq yang telah menonjolkan nifaq di dalam diri mereka di dalam
perang ini.
Sepertimana perang Badar juga, terdapat cukup banyak pengajaran di dalam peristiwa ini.
Segalanya yang berlaku dalam perang ini bagaikan hikmat Ilahi yang mana bersifat pelajaran
yang praktis.
Yang pertama, betapa komited dan penuh keazamannya baginda apabila setelah
mengenakan baju besi, baginda tidak lagi mengundur diri untuk tinggal menetap di Madinah
sedangkan ada yang berpendapat supaya seharusnya baginda kekal berada di Madinah tanpa
keluar berperang. Kedua, di dalam perang itu, orang-orang munafiq menunjukkan sikap mereka
yang tersendiri. Ternyata sikap mereka ini mempunyai hikmat dan matlamat, termasuklah sikap
mereka yang bacul dan berpura-pura. Ketiga, ketika peperangan itu, baginda tidak ingin meminta
bantuan dari selain orang Islam walaupun bilangan muslimin adalah kecil. Justeru, jumhur
ulama’ telah berpendapat mengatakan bahawa kita tidak harus meminta pertolongan daripada
orang bukan Islam dalam peperangan. Imam Shafi’e menyebut bahawa jika hanya sekiranya
khalifah berpendapat bahawa orang kafir itu baik fikirannya, bersikap amanah terhadap orang
Islam dan keadaan pula terlalu terdesak, maka adalah diharuskan. Jikalau tidak, adalah tidak
harus sama sekali berbuat demikian. Ini termasuk juga di dalam siasah syar’iyyah seperti yang

5
Fiqh al-sirah II
disebutkan tadi. Yang keempat pula, betapa mulia dan beraninya peribadi dua orang anak muda
iaitu Samurah dan Rafi’. Walaupun usia mereka baru 15 tahun, mereka amat berani berdepan
dengan peperangan walaupun tentera musyrikin adalah berkali-kali ganda dari kaum muslimin,
malah mereka berani pula untuk menawarkan diri dan merayu kepada baginda. Yang kelima,
betapa bijak dan berstrateginya baginda dalam menyusun saff muslimin dalam medan perang,
dengan meletakkan barisan pemanah di atas bukit dan sebagainya. Keenam pula, sikap Abu
Dujanah setelah menyambut pedang dari tangan Rasulullah adalah langsung tidak ditegah oleh
Rasulullah kerana ia diharuskan dalam peperangan, malahan ia menunjukkan kegagahan Islam
kepada seteru-seteru mereka dan juga sebahagian dari perang saraf dalam peperangan. Yang
ketujuh pula, di dalam dua fasa yang berlainan dalam perang ini, kita dapat melihat pada fasa
yang pertama, ketika umat Islam dalam kepatuhan terhadap Rasulullah, mereka beroleh
kemenangan, musuh ditimpa kegerunan dan kekalahan dan mereka lari menyelamatkan diri.
Manakala di fasa kedua, ketika beberapa orang telah mula ingkar pada pesanan nabi, maka kaum
musyrikin menjadi berani semula dan umat Islam telah menjadi kucar-kacir dan gerun. Ini
memberi gambaran yang tepat betapa signifikannya sifat wala’ dan patuh pada pimpinan.
Kelapan pula, kita dapat melihat betapa besarnya kecintaan sahabat baginda kepada baginda
sehingga sanggup bermati-matian memerangi mereka. Kesembilan, betapa kuatnya keimanan
kaum muslimin kepada Allah dengan percaya kepada segala janji-Nya. Kesepuluh, orang yang
syahid dikebumikan tanpa dimandikan, disembahyangkan atau dikafankan berdasarkan hadith
ini.

6
Fiqh al-sirah II
2.2.4 Tragedi Yaum Al-Raji’dan telaga Ma’unah
Tragedi Yaum al-Raji’ berlaku dalam tahun ketiga. Satu rombongan qabilah ‘Adhal dan
Al-Qarah telah datang menemui Rasulullah S.A.W. Mereka memerlukan orang-orang untuk
mengajarkan mereka tentang Islam. Oleh itu, Rasulullah S.A.W mengutuskan beberapa orang
sahabatnya diketuai oleh ‘Asim bin Thabit. Namun begitu, di tengah perjalanan, satu qabilah
yang dikenali sebagai Banu Lehyan telah mengekori mereka dengan bertujuan untuk menyerang
mereka. Terdapat kira-kira 100 orang pemanah yang mengikut mereka. ‘Asim dan sahabat-
sahabatnya menyedari perkara ini lalu mereka cepat-cepat berselindung di balik sebuah anak
bukit. Banu Lehyan mengepung mereka dan memberi tawaran supaya menyerah diri. ‘Asim dan
sahabat-sahabatnya tidak menerima tawaran itu lalu bertempur dan akhirnya mereka syahid.
Mereka ingin mendapatkan sebahagian badan ‘Asim sebagai bukti akan tetapi dengan kehendak
Allah, Allah telah menghantar sekumpulan tebuan memayungi jasadnya dan mereka pun tidak
dapat menghampirinya.
Dua orang yang ditawan iaitu Khubaib dan Zaid dibawa ke Mekah seterusnya mereka
dijual. Khubaib tinggal di situ sebagai tawanan seberapa ketika sebelum mereka mengambil
keputusan untuk membunuhnya. Khubaib sendiri pernah membunuh Al-Harith ketika perang
Badar. Ketika mendapat tahu dia akan dibunuh, maka Khubaib pun bersiap-sedia membersihkan
diri dengan meminjam pisau cukur dari anak perempuan Al-Harith. Anak perempuan Al-Harith
telah terleka seketika dan anak kecilnya telah merangkak kepada Khubaib. Khubaib mengambil
anak itu dan meribanya. Anak perempuan Al-Harith berasa amat takut kalau-kalau Khubaib akan
membunuh anak kecilnya, dan Khubaib memberi jaminan, Insya Allah dia tidak akan
membunuhnya. Ketika dia dibawa keluar dari Tanah Haram untuk dibunuh, dia meminta
kebenaran sekejap untuk solat dua rakaat sebelum kembali semula mendapatkan orang yang
ingin membunuhnya. Dia juga akhirnya syahid di jalan Allah.
Manakala Zaid pula telah dibeli oleh Suffian bin Umaiyyah. Ketika dia ingin dibunuh,
maka Abu Sufyan telah menawarkan untuk melepaskannya dan menggantikannya dengan Nabi.
Maka Zaid menolaknya dengan menyatakan perasaannya yang penuh kasih pada Rasulullah.

Tragedi Telaga Maunah pula berlaku dalam tahun keempat hijrah. Amir bin Malik telah
datang kepada Rasulullah dan menyatakan minatnya kepada Islam. Dia juga mengusulkan pada
Nabi agar mengirimkan para pendakwahnya kepada penduduk ‘Najd’ mengajak mereka pada
Islam. Namun, baginda merasa khuatir dan curiga pada penduduk ‘Najd’. Amir menyatakan pada
baginda bahawa mereka yang akan diutus oleh Rasulullah adalah di bawah lindungannya sendiri.

7
Fiqh al-sirah II
Lalu 70 orang sahabat baginda telah dihantar. Mereka berjalan hingga sampai ke tempat yang
dinamakan telaga Ma’unah. Bila sampai, mereka mengutus Haram bin Mulhan membawa surat
baginda kepada ‘Amir bin Al-Tufail. Akan tetapi, dia terus membunuh Haram. Kemudian,
sahabat-sahabat nabi semuanya telah diperangi bukan oleh Bani ‘Amir akan tetapi yang
membantu ‘Amir adalah Qabilah Salim, Usiyyah, Ra’al dan Zakwan. Hampir kesemua dari
sahabat Nabi terbunuh. Seorang yang terlepas iaitu ‘Amru bin Umayyah kembali ke Madinah
dan di pertengahan jalan, ‘Amru terserempak dengan dua orang yang disangkanya dari puak
Bani ‘Amir lalu membunuh mereka. Akan tetapi, dua orang tersebut bukan dari Bani ‘Amir
malahan dari Bani Kilab yang di bawah perlindungan Rasulullah. Maka, Rasulullah membayar
fidyahnya. Baginda sangat sedih dengan peristiwa pembunahan sahabat-sahabatnya yang soleh.
Selama sebulan lamanya Nabi membaca Qunut Subuh supaya Allah membinasakan Qabilah-
Qabilah Salim, Ra’al, Zakwan, Lehyan dan Usiyyah.

Antara iktibar dan pengajaran dalam dua peristiwa penting ini adalah pertama,
keterlibatan kaum muslimin secara total dalam tugas berdakwah. Ternyata tugas dakwah bukan
hanya terserah pada para nabi dan rasul. Yang kedua, orang Islam tidak harus tinggal dalam
negeri orang kafir atau musuh Islam. Melainkan jika untuk melaksanakan tugas jihad dakwah
islamiah. Yang ketiga, dari dua kisah sedih ini, dapatlah kita simpulkan mengenai dendam dan
hasad dengki kaum Musyrikin dan Yahudi pada orang Islam. Mereka tidak pernah hilang hasad
dengki pada kaum muslimin, sehinggalah ke hari ini. Sedangkan Khubaib yang direfleksikan
oleh sistem tarbiyyah Islamiyyah yang syumul bertindak dengan sangat tenang, tanpa sama
sekali dendam walaupun telah diperlakukan dengan kejam dan khianat. Yang keempat, seorang
tawanan di tangan pihak kafir hendaklah menolak tawaran supaya menyerah diri dari pihak
kuffar walaupun akhirnya akan terkorban. Kelima, melalui jawapan Zaid pada Abu Sufyan,
melihatkan kecintaannya yang sangat mendalam pada Rasulullah S.A.W. Keenam, dapat dilihat
mengenai mukjizat yang diberikan Allah pada para Aulia’ dan Solihin, iaitu seperti yang terjadi
pada Khubaib. Ketujuh pula, penjelasan mengenai hikmah yang terjadi pada dua peristiwa di
atas. Boleh saja sekiranya Allah ingin menyelamatkan mereka. Namun begitu, antara hikmah
Allah menjadikan manusia sebagai hambaNya adalah untuk menyampaikan risalah Ilahi dengan
pelbagai mehnah yang tersedia dan juga untuk membezakan antara hambanya; antara yang benar
dan juga munafiq.

8
Fiqh al-sirah II
2.2.5 Pemindahan Bani Nadhir
Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiul Awal tahun ke empat hijrah. Nabi Muhammad
S.A.W telah keluar di hari Sabtu lalu bersembahyang di masjid Quba’ ditemani para sahabatnya.
Rasulullah bertemu dengan Bani Nadhir dan meminta mereka supaya menentukan diyah atas
pembunuhan dua orang qabilah Kilab oleh ‘Amru bin Umayyah. Mereka merancang suatu
pengkhianatan ke atas Baginda Rasul S.A.W di mana ‘Amru bin Juhash akan naik ke atas rumah
dan akan menghumbankan seketul batu besar ke atas Nabi. Akan tetapi Allah Maha Besar, lalu
Dia memberitakan pada nabi secara terus. Sehinggakan sahabat-sahabat Baginda pun tidak
menyedarinya. Sesampai di Kota Madinah, Nabi menghantar utusan pada mereka untuk
mengarahkan mereka supaya keluar dari negeri tersebut dalam masa sepuluh hari atas
pengkhianatan mereka.
Namun begitu, Abdullah bin Ubai bin Salul menghasut mereka supaya bertahan di situ
dan Abdullah bin Ubai sendiri akan menghantar bantuan. Lalu mereka pun bertahan. Akan tetapi,
rupanya Abdullah bin Ubai hanya menipu pada mereka sahaja. Lalu mereka diusir juga dan
tanaman mereka dimusnahkan. Mereka juga tidak boleh membawa harta mereka kecuali yang
boleh dibawa atas unta mereka sahaja dan tidak termasuk senjata. Rasulullah membahagikan
harta Bani Nadhir di kalangan Muhajirin dan beberapa orang di kalangan Ansar yang miskin.
Surah Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran diturunkan pada Bani Nadhir atas peristiwa ini.
Antara iktibar dan pengajaran dari kisah ini adalah yang pertama, perkhabaran Allah
kepada Nabi tentang pengkhianatan orang yahudi adalah antara perkara luar biasa yang
dikurniakan Allah kepada RasulNya. Ini membuatkan kita lebih beriman dengan kerasulannya.
Kedua, terserah kepada pemimpin untuk menebang atau mengekalkan tanaman pihak musuh.
Ketiga, harta Al-Fai iaitu harta musuh yang didapati tanpa berperang, urusannya diputuskan oleh
pemimpin.

2.2.6 Peperangan Zat A-Riqa


Peristiwa ini berlaku dalam tahun keempat hijrah. Puncanya ialah timbul beberapa
pengkhianatan di kalangan qabilah-qabilah Nadj terhadap kaum muslimin. Antaranya
termasuklah tragedi pembunuhan 70 orang pendakwah yang dikirim Nabi. Rasulullah keluar ke
kawasan Ghaffar yang dikenali sebagai Nakhl dan melantik Abu Zar Al Ghaffari sebagai Amir di
Madinah. Kemudian, Allah mencampakkan rasa gerun ke dalam hati qabilah-qabilah tersebut.
Kemudian mereka berpisah jauh dari orang Islam dan tidak berlaku sebarang pertempuran.

9
Fiqh al-sirah II
Namun begitu, terdapat beberapa riwayat tentang kisah ini. Antaranya riwayat oleh Abi
Musa Al –Asya’ari yang menceritakan tentang perjalanan mereka yang penuh onak dan duri.
Tapak kaki mereka telah pecah dan kuku juga tertanggal. Manakala Jabir mengkisahkan
mengenai seorang pemuda yang telah merampas pedang Nabi ketika mereka semua tertidur dan
ingin membunuh Nabi. Akan tetapi, lelaki Arab Badwi itu terduduk ke tanah dan tidak
membunuh Baginda. Begitu juga dengan riwayat Jabir mengenai dua orang pengawal dari kaum
Ansar dan Muhajirin, dan juga mengenai perbualan dirinya bersama Baginda.
Antara pengajaran mengenai peristiwa ini adalah yang pertama, peperangan ini
dinamakan Zat Al-Riqa’i yang bererti bertampung menggambarkan dengan jelas sejauh mana
beban yang dipikul oleh para sahabat dalam berjihad di jalan Allah. Kedua, cara sembahyang
Khauf yang dilakukan oleh Nabi secara berjemaah bersama sahabatnya dalam perang ini adalah
asas terdirinya perintah tasyri’ solat Khauf. Ketiga, cerita lelaki Musyrik yang telah mengambil
pedang Nabi ketika Baginda terlena di bawah pohon kayu membuka hakikat sejauh mana jagaan
Allah ke atas Nabi S.A.W. Kisah ini menambahkan keyakinan kita terhadap mukjizat kenabian
Baginda. Keempat, kisah Jabir dan Rasulullah. Perbualan mesra yang terjalin dengan penuh
keikhlasan antara mereka sewaktu perjalanan pulang ke Madinah menggambarkan satu lukisan
yang lengkap lagi sempurna mengenai keikhlasan Rasulullah dengan sahabatnya. Ia juga
menggambarkan perwatakan luhur Nabi yang halus pergaulan, percakapan berseni, ramah tamah
dan mencintai sahabatnya setulus hati. Kelima, peristiwa berkenaan 2 orang sahabat Nabi dari
kaum Ansar dan Muhajirin yang membuat hirosah. Ketika lelaki Ansar berjaga dahulu dan solat
malam manakala lelaki Muhajirin berehat, lelaki Ansar itu telah dipanah oleh musuh ketika solat,
kemudian dia mencabut panah itu dan meneruskan solat. Kemudian, dia dipanah lagi buat kali
yang kedua dan mencabutnya. Begitu juga dia dipanah kali ketiga dan dicabutnya juga. Barulah
dia mengejutkan lelaki Muhajirin tersebut. Ini membuktikan bahawa bagaimana mulianya tugas
jihad dan betapa teguhnya para sahabat Baginda.

2.2.7 Peperangan Bani Mustaliq


Peperangan ini berlaku pada tahun keenam hijrah manakala pendapat yang lebih soheh
berlaku pada tahun kelima hijrah. Peperangan ini meletus berpunca dari satu berita yang telah
sampai ke pengetahuan Baginda, yang menceritakan bahawa Bani Mustaliq telah berkumpul di
bawah pimpinan Al-Harith bin Dirar. Baginda keluar ke arah mereka setelah mendapat berita
tentang perkara ini dan bertembung dengan mereka dekat telaga Al-Muraisi’. Mereka berperang
dengan hebat dan akhirnya Bani Mustaliq kalah. Dalam peperangan ini, orang munafiqin telah

10
Fiqh al-sirah II
turut serta kerana mereka melihat kemenangan yang berterusan di pihak mukmin dan juga
mereka tamakkan harta rampasan perang. Namun begitu, seperti biasa, kaum munafiqin telah
mengeluarkan kata-kata yang menyinggung kaum Muhajirin. Akan tetapi, seperti biasa,
Rasulullah S.A.W telah dapat menangani perkara ini dengan baik.

2.2.7.1 Khabar al-Ifk


Di dalam perjalanan pulang dari peperangan ini, terjadinya suatu peristiwa yang
menyebabkan bertiup kencangnya angin berita fitnah mengenai Saidatina Aisyah yang
ditimbulkan oleh sekumpulan pencetus fitnah. Ini berlaku kerana ketika pulang dari peperangan
ini, Saidatina ‘Aisyah berhenti dan keluar sekejap untuk hal dirinya. Namun begitu, rantai
lehernya telah terputus dan tercicir. Maka, dia kembali semula ke tempat itu untuk mencarinya.
Setelah dia kembali, tandu yang membawanya telahpun dibawa pergi oleh rombongan tentera
kerana mereka menyangka Aisyah sudah ada di dalamnya. Aisyah menunggu di situ kalau-kalau
mereka akan datang kembali. Akan tetapi, Safuan bin Al-Mu’tal yang mengikut di belakang
rombongan telah terjumpa Aisyah dan membawanya ke dalam gerombolan semula. Maka, para
munafiq telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah ini.
Sekembalinya ke Madinah, kebetulan Saidatina Aisyah telah terkena demam panas. Lalu
teruslah tersebar berita ini sedangkan Saidatina ‘Aisyah langsung tidak mengetahui tentangnya.
Kemudian, Aisyah telah mengetahui mengenai berita ini dari Ummu Mastha’. Dan Aisyah telah
bertambah sakit. Kemudian, baginda Rasulullah berbincang tentang hal ini dengan para
sahabatnya. Rasulullah kemudiannya masuk menemui Aisyah dan juga kedua ibu bapa Aisyah.
Ketika itulah turunnya ayat Al-Qur’an dari Surah An-Nur dan Saidatina Aisyah dibersihkan
sendiri oleh wahyu dari Allah.
Terlalu banyak iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini. Yang pertama adalah, hukum
pembahagian harta rampasan perang. Al-Salbu iaitu senjata dan sebagainya yang dirampas terus
dari musuh yang terbunuh, maka boleh diambil terus oleh pembunuhnya. 1/5 bahagian pula
adalah hak asnaf manakala yang selebihnya adalah dibahagikan di kalangan tentera. Yang
kedua, hukum ‘azal ketika bersetubuh atau perancang keluarga adalah harus mengikut jumhur
ulama’. Ketiga pula, kita dapat melihat betapa bijaksananya Rasulullah dalam mentadbir urusan
manusia. Ketika pertikaian timbul dan sahabat baginda merasa benci pada kaum-kaum munafiqin
yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul dan ingin membunuhnya, Nabi telah dapat
menangani perkara ini dengan baik dengan melekakan sahabatnya dengan urusan peperangan
dan perjalanan. Betapa pemaaf, tenang dan hikmahnya tindakan Nabi. Keempat, kisah fitnah

11
Fiqh al-sirah II
tentang Aisyah itu merupakan satu siksaan yang berat dan mengganggu hati baginda. Fitnah ini
menggambarkan salah satu dari tabiat kaum munafiqin iaitu tidak boleh melihat orang senang
dan sentiasa bersifat dengki. Terdapat juga dua hakikat dari peristiwa ini iaitu hakikat bahwa
Baginda Nabi Muhammad S.A.W merupakan insan biasa, dan bahawa Al-Qur’an itu adalah dari
Allah, tidak tunduk mengikut kemahuan Baginda dan semata-mata dari Allah. Kelima pula, dari
peristiwa ini dapatlah disimpulkan mengenai hukuman bagi orang yang melakukan qazaf.
Hukumannya adalah sebayak 80 kali rotan. Dan harus bagi orang yang membuat pengaduan
mengenai perkara seperti ini mengemukakan 4 orang saksi.

2.2.8 Peperangan Khandak


Peperangan ini juga dinamakan peperangan Al-Ahzab. Ia berlaku dalam bulan Syawal
tahun kelima hijrah. Peperangan ini berpunca dari sebilangan pemimpin kaum Yahudi Bani Al-
Nadhir telah tiba di Mekah lantas mengajak bangsa Quraisy memerangi Rasulullah S.A.W.
Mereka bersetuju dan mengajak Qabilah Ghatfan, Bani Fazurah dan juga Bani Murrah untuk
turut serta.
Kaum muslimin bersiap sedia untuk berperang sebaik sahaja mengetahui tentang berita
ini. Nabi bermesyuarat dan Salman Al-Farisi R.A telah mengesyorkan supaya digali kubu.
Mereka berasa kagum pada cadangan ini kerana ini adalah teknik baru dalam peperangan bagi
bangsa Arab. Mereka keluar ke pinggir Madinah dan mula menggali kubu untuk memisahkan
antara mereka dan pihak musuh yang seramai kira-kira 10,000 orang. Kaum muslimin pula
adalah kira-kira 3000 orang.
Mereka bekerja dan menggali dengan tekun. Baginda juga begitu, turut sama
menghulurkan tangan. Mereka kelaparan selama beberapa hari, begitu juga Baginda sehingga
terpaksa mengikat batu di perutnya sendiri. Jabir berasa kasihan pada Baginda lalu balik dan
meminta isterinya memasak makanan yang masih berbaki di rumah mereka. Lalu Jabir mengajak
Baginda dan seorang dua lagi kerana makanan itu cukup untuk dua atau tiga orang sahaja.
Namun begitu, Baginda mengajak seluruh sahabatnya yang sedang bekerja ke rumah Jabir
untuk makan. Ternyata makanan itu cukup untuk semua walaupun jumlah mereka cukup ramai,
malah makanan tersebut masih tinggal berbaki seperti awalnya. Kaum munafiqin pula sengaja
melewat-lewatkan usaha menggali parit itu. Mereka sengaja menunjukkan lemah dalam bekerja,
dan secara rahsia mereka pulang ke rumah. Mereka juga tidak meminta izin terlebih dahulu dari
Rasulullah.

12
Fiqh al-sirah II
Namun begitu, terdapat juga pengkhianatan dari Bani Quraizah. Ini kerana, ketua Yahudi
Bani Quraizah telah berjaya dihasut oleh Huyai dari Bani Nadhir walaupun pada mulanya Ka’ab
yang merupakan ketua Yahidi Quraizah menolak sama sekali tawaran itu. Terdapat juga
kejahatan pihak munafiqin yang tidak habis-habis ingin melumpuhkan soff muslimin dengan
cara menabur fitnah dan bibit perpecahan. Setelah musuh menggempur, nabi membuat
perdamaian dengan Qabilah Ghatfan dengan ingin memberikan mereka 1/3 hasil buahan
Madinah supaya mereka berundur. Mereka berundur dan tidak berlaku pertempuran antara kaum
muslimin dan qabilah itu. Kaum musyrikin mengepung sekeliling kubu itu dan tidak berjaya
merempuh masuk. Akhirnya, muslimin telah menang tanpa berlakunya peperangan. Pihak
musyrikin telah kalah dengan dua cara iaitu pertama, dengan pertolongan tipu muslihat Nu’im
bin Mas’ud yang telah memeluk Islam sedangkan kaumnya masih menganggap dia masih
musyrik. Yang kedua pula, Allah sendiri telah memerintahkan tenteranya iaitu angin untuk
mengganyang kaum musyrikin. Angin tersebut luar biasa kuatnya. Akhirnya semua musyrikin
telah berpaling tadah dan balik dari peperangan. Baginda dan sahabatnya ada yang terlepas solat
Asar dan mengqadanya pada waktu Maghrib bersama-sama.
Banyak juga iktibar dapat diperolehi dari peperangan Khandak ini. Antaranya adalah
yang pertama, teknik dan strategi peperangan yang digunakan adalah menggali parit. Ini
merupakan teknik peperangan orang Farsi. Jadi, dibolehkan untuk kita mengambil sesuatu yang
baik dari orang lain dengan syarat kita tidak mengikut kepercayaan mereka sekiranya mereka
adalah orang yang tidak percaya pada Allah. Kedua, ketika proses penggalian parit itu, betapa
kita dapat melihat persamaan dan kebersamaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Baginda turut sama menggali tanpa menghiraukan penat, lapar dan dahaga sepertimana juga
sahabat-sahabatnya yang lain. Ini adalah sifat pimpinan yang jarang dijumpai di hari ini. Yang
ketiga pula, kita dapat melihat betapa luhurnya hati nabi. Baginda juga seorang insan yang
merasa penat, kelaparan dan dahaga. Ketikamana dijemput oleh Jabir untuk makan sedikit
makanan yang disediakan oleh isterinya kerana merasa kasihan pada baginda, baginda lantas
menjemput semua sahabatnya walaupun bilangan mereka adalah beratus-ratus orang. Ternyata
Allah memberkati mereka dan sebagai mukjizat kenabian, makanan tersebut cukup untuk semua
walaupun asalnya hanya cukup untuk 2 atau 3 orang sahaja. Yang keempat, kita dapat melihat
baginda menawarkan hasil bumi Madinah pada Qabilah Ghatfan. Ini adalah satu siasah
peperangan yang dilaksanakan dengan ijtihad dan syura. Ini kerana, baginda mengetahui bahawa
sahabat-sahabat masih belum bersedia untuk digempur dengan sehebat ini. Justeru, baginda ingin
memudahkan dan menenangkan sahabatnya dan mengurangkan kadar musuh. Kelima pula,

13
Fiqh al-sirah II
kemenangan kaum muslimin sepertimana juga dalam perang Badar adalah kerana kekuatan doa
dan perhambaan kepada Allah. Ini sangat berlainan dengan kaum musyrikin. Keenam pula,
mengenai solat yang tertinggal. Wajib mengqadakan solat apabila tertinggal. Baginda terlepas
solat lantaran kesibukan tugas jihad hingga terpaksa menunaikannya dengan cara qada.

2.2.9 Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berkesinambungan dari perang Khandak. Pulang dari perang Khandak,
baginda terus meletakkan senjata. Jibril A.S menyusuli Nabi dan menyuruh Baginda keluar
kepada mereka. Kemudian, mereka beramai-ramai ke perkampungan Bani Quraizah dan
mengepung mereka.
Mereka berkubu dalam benteng kota mereka selama 25 malam dan ada pendapat yang
mengatakan 15 hari sahaja sehinggalah Bani Quraizah merasa lemah dan kegerunan dengan
pengepungan itu. Mereka mempunyai beberapa pilihan tetapi mereka akhirnya menyerah diri
untuk dihukum bunuh.
Antara pengajaran dari kisah ini adalah, harus memerangi mereka yang mengkhianati
perjanjian. Kedua, harus menyerahkan perbicaraan urusan kaum Muslimin dan tugas-tugas
mereka kepada pimpinan tertentu. Ketiga, syara’ mengharuskan ijtihad dalam masalah furu’ dan
pasti berlaku perselisihan pendapat mengenainya. Keempat, pengakuan orang Yahudi mengenai
keNabian Nabi Muhammad S.A.W. Kelima pula adalah, hukum bangun dan menghormati orang
yang baru tiba, khususnya para solihin dan alim ulama’.

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, cukup banyak pengajaran yang diperolehi dari sirah-sirah baginda
berkaitan akhlak, syariat, muamalah, contoh teladan dan sebagainya. Justeru, kita sebagai
penyokong dan pendokong perjuangan Islam seharusnya mengaplikasikan segala ilmu yang
diperolehi semaksima mungkin. Insya Allah, keredhaan dan keberkatan akan menyertai kita hasil
dari pengamatan dan pengamalan kita terhadap sirah Baginda yang agung.

SEKIAN. WALLAHU A’LAM


SIIRU ‘ALA BAROKAATILLAH

14
Fiqh al-sirah II

‘USRAH KITA 2007’

15

You might also like