You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan


pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian
Rendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani mengucapkan jutaan terima
kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa
memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses
menyiapkankerja kursus ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah
saya iaitu En.Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat
saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
saya iaitu Amir Mirza, Akmal Hakim, Azril, Izzat Rashid, Izzat Zulkefle, Mat Nasir,
Hasbullah, Syed Syazwan, dan Khalida yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.
Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu……………………………... Jasa beliau
amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat.

Sekian………….

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di


kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan


Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan
setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A)Temu bual
~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan
menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.
(B) Penyelidikan perpustakaan
~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat
perkahwinan melayu.
(C)Pemerhatian
~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.
(E)Penyelidikan
~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat
kajian.

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PENDAHULUAN
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di
Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.
Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar
negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya
bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur
dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan
ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi
yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan
bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan
petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah
lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di
Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa
Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja,
dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur
yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-


I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang
dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan
Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan
tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree
atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree
mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan
sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di
sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi


kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan
yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini
ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional
seperti gendang dan seruling

Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada
kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor
wau.

Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit
rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah
seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan


seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan
mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan
dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan
pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu


Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang
untuk membentuk rambu

Jenis Koleksi Wau Tradisional

Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini


haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah
negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak
lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah
dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang
juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

PERMAINAN WAU

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang
di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang
bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar
kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah
mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.


Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,
wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan
yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah
wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat
pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan
berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu
sehingga kini masih mengekalkan tradisi

Wau bulan
pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan
kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka
buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan
menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan
lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,
lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu
bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi
rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya
mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari
daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering.
Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan
tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari
akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh
masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-
layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan
ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan
wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-
hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

RUMUSAN

1)Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam
yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana
dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang adat perkahwian orang melayu.
Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih
menghormati dan menghayati adat perkahwinan orang melayu. Saya akan cuba
untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.
Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat
perkahwinan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat
bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini
bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin
berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat
masyarakat antarakaum.
Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-
padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan
negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysi.

2)Umum mangetahui bhw M'sia merupakan sebuah ngr yg b'jaya memupuk


semangat perpaduan di hati rakyatnya yg berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu
perkara yg mudah utk dilakukan dlm jangka masa yg t'dekat. Oleh itu, usaha utk
memupuknya tlh dimulakan sejak ngr belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh
abad, usaha itu kini bleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perli melekukan
sesuatu utk memastikan perpaduan ini b'terusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah


bangsa dan ngr. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yg menetap di
ngr ini. Dlm masa yg sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan
dgn penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yg
berkaitan dgn bangsa dan ngr. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap bgr,
maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat utk
setia kpd ngr.

Dlm masa yg sama, perpaduan akan wujud kija kita sentiasa bekerjasama dan
tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan pd diri
bangsa M'sia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang ngr utk hidup
aman dan damai dlm masyarakat luar krn ahap disiplin kita yg tinggi.

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan Wau kucing Wau daun


Wau helang Wau Jalabudi Wau kenyalang

Wau merak Wau puyuh Layang-layang

Kebudayaan & Seni


Permainan Tradisional Wau
Add
Latar Belakang Wau
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan
Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi
catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama
pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada
wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan
bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan
ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-
kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang
diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja
dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan
tinggi serta keindahan naiknya.
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan
pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan
sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka
yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap
tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya.
Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara
China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi
layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung
Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di
sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka
terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana
suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu
membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan
perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah
mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut
Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat
Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat
sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan Wau kucing Wau daun

Wau helang Wau Jalabudi Wau kenyalang


Wau merak Wau puyuh Layang-layang
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur
atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam
daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan
sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih
teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan
menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji
dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang
kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu
tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan
meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak
mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau.
Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan
kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian
sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan
kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana
keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di
hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian
tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula
dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap,
rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang
dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping
lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan
menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang
di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa
bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis
dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan
mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau
dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau.
Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan
tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik
dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang
kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah
sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di
belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada
berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan
perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika
panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna
sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya
sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau
hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh
dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah
menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal
kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk
membentuk rambu.
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan
kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai
popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu
sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa.
Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Cara bermain wau
Kawasan yang sesuai
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi
atau di padang
kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau.
kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan,
pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.
3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau
Tekanan angin
Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi
semakin meningkat.
Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.
Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini
akan mewujudkan daya seretan.
Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan
satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan
atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan
adalah tali tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan.
Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini.
Pemain berdiri membelakangkan angin.
Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi
tangan memegang gelung tali.
wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.
Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau.
Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali
wau terputus.
Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat.
Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke
tanah.
Teknik menurunkan wau.
Menurunklan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung
tali.
Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali
ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali.
Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan.
Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali
wau ini disalut dengan serpihan kaca halus

You might also like