You are on page 1of 99

1

DR. H.M. TUAH


ISKANDAR
 ORANGBIJAK MENANAM
RUMPUT UNTUK
MENGGEMUKKAN
KAMBING, TAPI ORANG
YANG BODOH MUNGKIN
MENANAM KAMBING
UNTUK MEMBAJAI
RUMPUT.

2
3
SIAPAKAH KITA ?
MANUSIA NENEK
DATUK PELAJAR
MAKHLUK
ANAK ISTERI
HAMBA
SUAMI
INSAN
4
MALAIKAT
SOLEH

INSAN
TOLEH

IBLIS

5
KEAJAIBAN YANG DILUPAKAN

6
P =PANCAINDERA
O=OTAK
T =TANGAN
E =EMOSI
N=NADI
S =SOSIAL
 I =ILMIAH
7
‫عقل‬
‫ل‬ ‫ق‬ ‫ع‬

‫لطافة‬ ‫قُدْسٌ‬ ‫علم‬

‫‪8‬‬
‫‪ILMU‬‬
‫ع ل م = علم‬

‫ملك‬ ‫عَلُيُّوْنَ‬
‫لسان الحق‬
‫‪9‬‬
Kikir
Bakhil

Nafsu

Ujub

‫ال‬
Sombong
‫الصراط المستقيم‬
Takbur
Syaitan

Kedekut

Riak

10
Ketika engkau dilahirkan Di samping didikan agama
Engkau menerangi alam yang sempurna
Kau harapan ayah dan ibumu Untuk hari mukamu
Betapa murni kasihnya Kini kau telah jauh berubah
Ketika kaunyenyak tidur Sikapmu kasar dan menderhaka
Tatapi wajahmu oh anak Meracuni hati mereka
Kenangkan ibumu tidur Inikah balasanmu oh anak
tak lena Membelakangkan sifat Tuhan
Menjaga tidurmu
Hormati ayah dan ibumu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu Walau apapun yang engkau lakukan
Dibelaimu dengan cermat Kini kau telah sedar
Penuh kasih dan sayang Ibu dan ayah sentiasa menerimamu
Tiap detik dan setiap waktu seperti biasa
Begitulah sucinya kasih ayah dan ibu
Kini masa terus berlalu
terhadapmu
Dimandi dengan kasih sayang
Kenanglah jasa mereka selalu
Engkau besar sudah oh anak
berkorbankan untukmu anak
Ibu dan ayah memberikau kebebasan
Yang engkau mahu 11
SEMINAR BAHASA MELAYU PMR
2005

ABDUL RAHIM HAJI ABOL


KETUA JURULATIH BAHASA MELAYU
MENENGAH RENDAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK 12
Takrif dan Objektif PMR
 PMR ialah Penilaian Menengah Rendah.
Ia merupakan peperiksaan kebangsaan
yang ditadbir secara berpusat dengan
elemen penilaian kerja kursus yang
ditadbir oleh sekolah di peringkat
menengah rendah.

 Objektifnya
ialah untuk menilai
pencapaian pelajar diakhir tahun tiga
sekolah menengah

13
Siapakah Calon PMR?
 Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Tiga sekolah
menengah rendah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

 Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun


sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di
bawah KBSM.

 Pelajar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil)


semestinya telah mengikuti program kelas peralihan setahun
sebelum menduduki
Tingkatan 1.

 PMR terbuka kepada pelajar Tahun Tiga bagi semua sekolah


menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian
(swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.

 Peperiksaan ini juga terbuka kepada calon persendirian /


perseorangan.
14
Subjek yang ditawarkan
 PMR menawarkan mata-mata pelajaran berikut:
 02-Bahasa Melayu
 12-Bahasa Inggeris
 21-Sejarah
 23-Geografi
 31-Bahasa Arab (Komunikasi)
 32-Bahasa Cina
 33-Bahasa Tamil
 34-Bahasa Punjabi
 37-Bahasa Iban
 45-Pendidikan Islam
 50-Matematik
 55-Sains
 76-Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 1)
 77-Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 2)
 78-Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 3)
15
Bagaimanakah PMR dilaporkan?
 Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan
dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan.
Keputusan akan direkod mengikut peringkat (gred)
seperti berikut:
 A-Cemerlang
 B-Kepujian
 C-Baik
 D-Mencapai tahap penguasaan minimum
 E-Tidak mencapai tahap penguasaan minimum
 Prestasi pelajar dalam kerja kursus akan digred seperti
berikut:
 1-Baik
 2-Memuaskan
 3-Tidak mencapai tahap penguasaan minimum
 4-Dikecualikan
 5-Tidak Melaksanakan
16
Bahasa Melayu
KERTAS 1 (02/1)

17
PEREKAAN BENTUK

Berteraskan konstruk yang


terkandung dalam SP dan HSP:

- Pengetahuan Sistem Bahasa


- Kemahiran Bahasa
- Nilai dan Estetika

18
FORMAT KERTAS
BAHASA MELAYU

- Kertas 1 : Pengetahuan Sistem Bahasa dan


kemahiran membaca serta
memahami
- Kertas 2 : Kemahiran membaca dan
memahami, kemahiran menulis
serta nilai dan estetik
- Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
(PLBS)

19
ASPEK

INSTRUMEN
PENTAKSIRAN
20
INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Ujian Objektif
Ujian Subjektif (Respons
Terhad dan Respons Terbuka)
Ujian Lisan

21
FORMAT KERTAS SOALAN
BAHASA MELAYU

 KERTAS 1 – Ujian Objektif


 KERTAS 2 – Respons Terhad dan
Respons Terbuka
 UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH

22
KERTAS 1 – BAHASA MELAYU

 Kod Kertas – 02/1


 Masa – 1 jam
 40 soalan aneka pilihan
a- Sistem Bahasa : Tatabahasa (27 item)
Peribahasa (3 item)
b- Pemahaman Komsas : Prosa (5 item)
c- Pemahaman Komsas : Puisi (5 item)

23
KERTAS 1 – BAHASA MELAYU

a) Sistem Bahasa
i- Tatabahasa
- Morfologi : 17 item
- Sintaksis : 10 item
ii- Peribahasa : 3 item
b) Membaca dan memahami petikan prosa
(moden / tradisional) : 5 item
c) Membaca dan memahami petikan puisi
(moden / tradisional) : 5 item

24
25
PERINCIAN FORMAT
KERTAS 1

26
KERTAS 1 : SISTEM BAHASA
Soalan 1 – Soalan 7
Ketepatan kata
Soalan 8 – Soalan 14
Mengesan kesalahan kata
Soalan 15 – Soalan 17
Kata banyak makna

27
Sambungan…

 Soalan 18 – Soalan 21
 Mengesan kesalahan frasa
 Soalan 22 – Soalan 24
 Ayat yang sama maksud
 Soalan 25 – Soalan 27
 Penggunaan ayat yang betul
 Soalan 28 – Soalan 30
 Peribahasa
 Perumpamaan
 Bidalan

 Pepatah

28
Sambungan…

 Soalan 31 – Soalan 35
 Pemahaman petikan prosa
 Soalan 31 dan 32
 Cerpen, drama, prosa tradisional
 Soalan 33 dan 34
 Soalan 35 – pemahaman komsas bahan

29
Sambungan…

 Soalan 36 – Soalan 40
 Pemahaman petikan puisi
 Soalan 36 dan 37
 Sajak, puisi tradisional
 Soalan 38 dan 40

30
MUTIARA KEJAYAAN
Real greatness consists of being
master of yourself.

KEAGUNGAN sebenar ialah anda


menjadi TUAN kepada diri anda.

31
Bahasa Melayu
KERTAS 2 (02/2)

32
 Kod Kertas – O2/2
 Masa – 2 jam
 Bahagian – 4 (A, B, C, D)
 SEMUA bahagian mesti dijawab

33
 BAHAGIAN A
 (i) - Ringkasan karangan
 (ii) - Pemahaman petikan umum
 Pelajar perlu meneliti tugasan soalan
(Nyatakan / jelaskan / bincangkan dll)

 BAHAGIAN B
 Karangan berdasarkan bahan
rangsangan
 Bahan rangsangan membantu pelajar
merangka dan menulis karangan
34
 BAHAGIAN C
 Karangan respons terbuka
 Jawab satu soalan sahaja

 BAHAGIAN D
 Ulasan novel

35
PERINCIAN FORMAT
KERTAS 2

36
BAHAGIAN A (i)
 Ringkasan karangan
 20 markah
 Isi tersurat sahaja
 Isi berfokus
 Tiada pembukaan / penutup
 Tidak melebihi 80 patah perkataan

37
BAHAGIAN A (i)
Contoh Soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti
kemudian buat satu ringkasan
tentang cara menangani tekanan
dalam kalangan remaja. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan.

38
BAHAGIAN A(ii)
 Pemahaman petikan umum
 Berdasarkan petikan BAHAGIAN A (i)
 Ada 3 soalan. Jawab semua soalan.
 10 markah

39
BAHAGIAN B
 Karangan berdasarkan bahan
rangsangan
 Panjang respons – tidak lebih
daripada 120 patah perkataan.
 20 markah

40
BAHAGIAN C
 Karangan respons terbuka
 Ada 5 item daripada bidang interpersonal,
maklumat dan estetik. Jawab satu item
 Tiada soalan KOMSAS
 40 markah
 Bilangan perkataan : melebihi 180 patah
perkataan

41
BAHAGIAN D
 Kajian novel
 Satu soalan sahaja
 10 markah
 Pelbagai jenis soalan
 Tidak semestinya mencakup kesemua
novel yang dikaji dalam semua tingkatan

42
MUTIARA KEJAYAAN

FIKIRKAN yang terbaik untuk


anda sendiri kerana orang lain
TIDAK DAPAT dan TIDAK
AKAN berfikir untuk anda.

43
PANDUAN
MENULIS KARANGAN
(PMR)

44
APAKAH YANG DAPAT
ANDA LIHAT?

45
 Berdasarkan peruntukan markah ini, murid
hendaklah bijak membahagikan masa
untuk menjawab soalan 1 hingga 3 tersebut

Masa yang dicadangkan seperti berikut:


Bahagian A : 30 minit
Bahagian B : 30 minit
Bahagian C : 45 minit
Bahagian D : 15 minit
--------------------------
Jumlah 120 minit
--------------------------
46
Penulisan Karangan
 Dalam Bahagian C, pelajar dikehendaki
menulis SATU (1) daripada LIMA (5)
perkara atau tajuk yang dikemukakan.
 Karangan yang ditulis ini mestilah dalam
masa 45 minit yang panjangnya melebihi
180 patah perkataan.
 Walaupun masa yang dicadangkan itu 45
minit, namun pelajar boleh menyesuaikan
masa sendiri berdasarkan kebolehan dan
keupayaan pelajar menulis karangan.
47
Bentuk Karangan
 Karangan berformat
 karangan yang mempunyai bentuk yang
khusus seperti surat kiriman, ucapan,
syarahan, ceramah, wawancara, laporan,
dan berita.
 Karangan tidak berformat.
 karangan yang tidak mempunyai bentuk
yang khusus seperti karangan jenis
keperihalan, perbincangan, peribahasa,
fakta, cereka, dan lain-lain lagi.

48
Lain-lain
 Selain karangan tidak rasmi, pelajar
boleh juga menulis karangan jenis
dialog, cereka, wawancara, laporan
atau keperihalan bagi menjawab soalan
1(a). Manakala, Soalan 1 (d) bagi tahun
1997 boleh juga ditulis dalam bentuk
rencana atau catatan selain bentuk
keperihalan.

49
PERSEDIAAN
 Melengkapkan diri dengan semua jenis bentuk
karangan sama ada karangan berformat atau
karangan tidak berformat.
 Salah satu sikap pelajar yang ingin memperoleh
markah yang tinggi dalam penulisan karangan
adalah dengan cara menghafal sesebuah
karangan yang dijangka keluar dalam
peperiksaan tetapi belajar cara begini akan
mengundang risiko yang terlalu tinggi.
 Oleh itu, belajarlah dengan cara yang betul dan
pelajar dinasihati supaya mendapat bimbingan
daripada guru yang benar-benar pakar dan
berwibawa. 50
PANDUAN MENJAWAB
 Sepertiyang telah diketahui oleh pelajar,
sesebuah karangan itu terdiri daripada
pendahuluan, isi, dan penutup. Ketiga-
tiga
komponen ini amat penting diketahui oleh
pelajar dari segi pembinaan perenggan
dan huraian.

 Terdapat beberapa langkah yang perlu


diberi perhatian untuk menulis karangan.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti
51
Langkah 1 - Memilih Soalan
 Pelajar perlulah memilih soalan atau perkara yang
disukai dan dikuasai.
 Jika pelajar ragu-ragu atau ada aspek yang kurang
difahami, tinggalkan soalan yang berkenaan.
 Dalam setiap soalan terdapat kata kunci. Setiap kata
kunci ini akan menentukan jawapan atau isi
karangan yang perlu ditulis.
 Kata kunci ini berbentuk kata atau frasa seperti
nyatakan langkah-langkah..., ceritakan pengalaman
anda ..., tuliskan kembali maklumat..., huraikan
maksud pernyataan tersebut ..., dan sebagainya.
 Untuk mengelakkan karangan yang ditulis itu
terpesong, pelajar hendaklah menulis berdasarkan
kehendak kata kunci tersebut yang terdapat dalam
soalan atau perkara yang dikemukakan.
52
Langkah 2 - Membina Rangka
 Setelah pelajar memilih perkara yang benar-
benar disukai dan dikuasai, langkah yang
seterusnya ialah pelajar hendaklah membina
dan menyusun rangka karangan.
 Tujuannya adalah supaya pelajar dapat
menulis secara tersusun mengikut urutan isi
atau fakta.
 Menerusi cara ini, pelajar akan menulis
berpandukan isi atau rangka yang telah
disediakan. Ini akan membantu pelajar
supaya tidak mengulang isi.
 Selain itu, pelajar dapat juga merancang
kepanjangan sesebuah karangan supaya
tidak melebihi jumlah perkataan yang telah
ditetapkan. 53
Langkah 3 - Membina Perenggan
 Karangan MESTILAH ditulis dalam perenggan.
 Bilangan perenggan yang hendak dibina bergantung
kepada jumlah isi.
 Contohnya, jika pelajar mempunyai 3 isi yang hendak
diutarakan, ini bermakna anda perlu menulis dalam lima
(5) perenggan, iaitu termasuk perenggan pengenalan
dan kesimpulan. Setiap perenggan hendaklah
mengandungi satu isi utama.
 Peluasan atau huraian isi utama ini hendaklah disusuli
dengan isi-isi sampingan berserta contoh atau bukti. Isi
dalam setiap perenggan hendaklah berurutan dan
berkaitan antara satu sama lain.
 Kesinambungan isi ini pula dipertautkan dengan
penggunaan penanda wacana yang sesuai.
 Kepanjangan setiap perenggan isi pula hendaklah
seimbang. Biasanya, panjang perenggan permulaan dan
kesimpulan tidak melebihi perenggan isi.
54
Langkah 4 - Peringkat Menulis
 Selepas menyediakan rangka karangan,
pelajar dikehendaki menulis karangan
sepenuhnya termasuklah pengenalan, isi,
dan penutup.
 Ketika ini, pelajar perlulah memiliki
kemahiran menulis dan memperkembang
isi supaya isi yang ditulis dalam karangan
tersebut tersusun dan sempurna seperti
yang dikehendaki oleh soalan.

55
Langkah 5 - Menyemak Karangan
 Peringkat
yang terakhir ialah peringkat
menyemak karangan.

 Perkara-perkara yang perlu disemak


 isi-isipenting, aspek bahasa seperti ejaan,
tanda baca, tatabahasa, dan sebagainya,
termasuklah jumlah perkataan. Oleh hal yang
demikian, jika terdapat mana-mana isi yang
tertinggal atau terdapat sebarang kesalahan,
pada masa inilah pelajar dikehendaki
membetulkannya.
56
Perenggan Pengenalan
 Dalam karangan, pengenalan amat penting
untuk menggambarkan isi karangan yang akan
ditulis oleh pelajar. Jika permulaan karangan itu
tidak bagus dan tidak menarik, ini sudah tentu
akan membosankan pembaca terutamanya
pemeriksa untuk membaca karangan pelajar
seterusnya.
 Murid mestilah mengetahui apakah yang perlu
ada dalam perenggan pengenalan.
 Secara umumnya, dalam perenggan
pendahuluan atau pengenalan sesebuah
karangan, murid hendaklah menulis dua jenis
ayat, iaitu: 57
MUTIARA KEJAYAAN

Tidak SUKAR untuk menjadi manusia.


Tetapi, menjadi manusia sungguh
MEMENATKAN.
Oleh itu, buatlah sesuatu yang BAIK-
BAIK dalam hidup kita.

58
1. Ayat Rangsangan
 Ayat yang merangsang pembaca untuk
membaca karangan tersebut seterusnya dan
meninggalkan sesuatu kesan kepada
pembaca seperti "membimbangkan ...",
"menakutkan ...", atau "mendatangkan
masalah ...".
 Ayat-ayat pengenalan yang tidak
merangsangkan seseorang pembaca akan
menyebabkan karangan itu bersifat biasa dan
tidak dapat menarik perhatian pembaca.
59
2. Ayat Arahan
 Ayat-ayat yang menjawab kata kunci
karangan. Ayat-ayat ini akan menarik
perhatian pembaca tentang isi yang akan
dibicarakan. Kebiasaannya, ayat-ayat
seperti ini terdapat pada bahagian atau
ayat terakhir dalam sesuatu pendahuluan
atau pengenalan karangan

60
CONTOH SOALAN
 Lihat contoh ayat rangsangan dan ayat arahan
dalam contoh pengenalan sebuah karangan di
bawah ini:

 Soalan: Di negara kita, kemalangan jalan raya


boleh dikatakan berlaku pada setiap hari. Hal ini
menyebabkan ada pendapat yang menyatakan
bahawa jalan raya di negara ini adalah
pembunuh nombor satu (1). Banyak keluarga
yang kehilangan insan yang tersayang akibat
kemalangan tersebut . Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi kemalangan di jalan raya?
61
Jawapan - Pendahuluan
 (1) Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada
media elektronik atau media cetak, menyiarkan berita
tentang kemalangan di jalan raya. (2) Pada musim-
musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan
raya yang kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan
anggota akibat kemalangan. (3) Menurut satu laporan di
akhbar baru-baru ini, negara kita merupakan negara
yang tertinggi di dunia yang mencatatkan kematian
akibat kemalangan di jalan raya. (4) Oleh hal yang
demikian, pihak-pihak yang berkenaan hendaklah
mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah ini.

 Dalam jawapan contoh untuk pendahuluan karangan di


atas, ayat (1), (2), dan (3) merupakan ayat rangsangan.
Manakala, ayat (4) adalah ayat arahan.
62
Perenggan Isi
 Selepas pendahuluan, pelajar perlu menulis
perenggan isi pula. Biasanya, isi yang pertama
terletak pada perenggan yang kedua, isi yang
kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan
seterusnya.

 Dari segi isi, pelajar dikehendaki menulis satu isi


untuk satu perenggan sahaja. Walau
bagaimanapun, pelajar boleh mengemukakan isi-
isi sampingan untuk memperkuat hujah atau
huraian.

 Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah


sekurang-kurangnya mengandungi tiga ayat
dalam setiap perenggan seperti yang berikut:
63
 Ayat Judul
 ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang
menjawab pokok persoalan karangan.
 Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian awal, di
tengah atau di hujung sesuatu perenggan. Ini bergantung
kepada huraian yang dilakukan oleh pelajar.

 Ayat Huraian
 Ayat yang memberi huraian lanjut terhadap isi utama yang
dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan

terhadap perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi


utama.

 Ayat Bukti atau Ayat Contoh


 ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang
berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan
untuk memperkuat hujah. Bukti dan contoh yang
dikemukakan mestilah bukti-bukti yang sahih dan bukan
64
bukti-bukti atau contoh-contoh yang sengaja diada-adakan.
Jawapan - Perenggan Isi
 (1) Pihak kerajaan hendaklah mengenakan denda yang
lebih berat kepada pengguna-pengguna jalan raya yang
cuai dan tidak bertimbang rasa. (2) Denda yang
dikenakan ini sekurang-kurangnya menakutkan atau
memberikan kesedaran kepada pengguna-pengguna
jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bersopan di
jalan raya. (3) Sebagai contoh, cadangan untuk
menaikkan denda maksimum daripada RM300 kepada
RM600 bagi sebarang kesalahan di jalan raya serta
cadangan untuk mengenakan hukuman penjara bagi
kesalahan memandu ketika mabuk dan mengadakan
perlumbaan di jalan raya hendaklah disokong oleh
semua pihak.

 Dalam contoh jawapan di atas, ayat (1) adalah ayat


judul, ayat (2) adalah ayat huraian, manakala ayat (3)
adalah ayat contoh (ayat contoh ini adalah sahih
berdasarkan laporan berita dalam akhbar Berita Harian
dan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei 1998. 65
Perenggan Penutup
 Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membuat
kesimpulan atau menyimpulkan isi-isi penting
yang telah dibicarakan.
 Pelajar juga dikehendaki menyatakan pendirian
tentang tajuk yang dikemukakan.
 Kesimpulan yang ditulis itu hendaklah bersifat
lebih umum dan padat.
 Boleh gunakan puisi dan kata-kata hikmat jika
sesuai dengan kehendak tajuk.
 Dari segi kepanjangan, perenggan yang dibina
mestilah seimbang dengan perenggan isi dan
pendahuluan.
66
MUTIARA KEJAYAAN
Sesungguhnya KEHANCURAN
dan KEHINAAN itu berpunca
daripada PERGAULAN BEBAS.
Oleh itu, tinggalkan pergaulan
bebas dan hiduplah sebagai
orang yang TERHORMAT dan
MULIA.
67
Karangan Contoh

 Soalan: Bersukan merupakan satu


kegiatan yang berfaedah. Lantaran itu,
pihak kerajaan berusaha bersungguh-
sungguh untuk memajukan sukan di
negara kita. Pada pendapat anda,
apakah faedah bersukan kepada rakyat
dan negara.

68
Jawapan Contoh
 (1) Bersukan merupakan satu kegiatan
yang baik yang perlu disertai oleh
semua golongan rakyat. (2) Kini, bidang
sukan semakin penting kepada negara.
(3)Oleh itu, tidak hairanlah jika kerajaan
sanggup memperuntukkan belanja yang
besar bagi memajukan bidang sukan di
negara kita. (4) Kegiatan sukan banyak
mendatangkan faedah bukan sahaja
kepada rakyat, malah kepada negara.

69
 (1) Bersukan boleh menyihatkan badan seseorang. (2)
Bahan-bahan kumuh seperti peluh boleh dirembeskan,
seterusnya menjadikan badan sihat dan cergas. (3)
Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas. (4)
Rakyat yang sihat dan cerdas akan menjadikan negara ini
lebih produktif dan seterusnya akan membawa kepada
pembangunan dan kemajuan kepada negara. (5) Hal ini
berdasarkan kata-kata hikmat `Rakyat Sihat Negara
Maju’. Selain itu, (1) bersukan dapat mewujudkan
perpaduan di kalangan rakyat negara ini yang terdiri
daripada pelbagai kaum. (2) Hal ini disebabkan dalam
sesuatu permainan terutamanya dalam acara atau
permainan berpasukan, semangat kerjasama, tolong-
menolong, bersatu hati, dan sebagainya penting untuk
sesuatu kejayaan. (3) Dalam keadaan ini secara tidak
langsung semangat perpaduan dalam permainan tersebut
akan diteruskan dalam kehidupan seharian. (4) Semangat
kesukanan yang timbul pula akan mengelakkan
perselisihan dan menggalakkan persefahaman.
70
 Seterusnya, (1) aktiviti bersukan dapat membantu
menghindarkan rakyat daripada masalah-masalah
sosial seperti penagihan dadah, melepak di
kompleks beli belah dan sebagainya. (2) Hal ini
demikian kerana masa yang digunakan untuk
aktiviti yang kurang sihat tersebut dapat
dimanfaatkan dengan kegiatan sukan. (3)
Sebagai contoh, aktiviti sukan yang dijalankan
melalui Rakan Muda seperti Rakan Sukan atau
Rakan Rekreasi dapat membendung remaja
daripada kegiatan-kegiatan yang negatif. (4)
Justeru, masa lapang boleh digunakan dengan
berfaedah.
71
 (1) Sukan di peringkat antarabangsa pula boleh
mengharumkan nama negara. (2) Hal ini
disebabkan kejayaan dalam bidang sukan
diiktiraf oleh kebanyakan negara di dunia. (3)
Kejayaan pemain skuasy dan boling negara kita
di peringkat antarabangsa telah menjadikan
negara kita di kenali di seluruh dunia. (4) Selain
itu, Sukan Komanwel 1998 yang telah
berlangsung di negara kita telah meningkatkan
imej negara kita di kalangan negara-negara luar.
(5) Perkara ini sekali gus akan menjadikan
negara kita sebagai destinasi pelancong yang
utama kerana sukan kedua terbesar di dunia ini
mampu menarik kehadiran pelancong asing.
72
 Kesimpulannya, (1) aktiviti bersukan banyak
mendatangkan faedah bukan sahaja kepada
rakyat malah kepada negara juga. (2) Oleh hal
yang demikian, rakyat digalakkan menyertai
kegiatan sukan baik untuk kesihatan ataupun
untuk kejayaan negara. (3) Pihak kerajaan pula
hendaklah menyediakan kemudahan-
kemudahan sukan di seluruh negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat melibatkan
diri dalam kegiatan tersebut. (4) Slogan yang
berbunyi `Sukan Untuk Semua’ dan `Majulah
Sukan Untuk Negara’ hendaklah dipupuk di
kalangan rakyat.

73
Peringatan!!!
 Pelajar perlu menguasai aspek penulisan karangan dan
perlu menulis sekurang-kurangnya tiga isi dalam lima
perenggan.
 Isi yang cukup jika diadun dengan penulisan yang baik,
sudah tentu akan membantu pelajar mendapat markah
yang baik.
 Penguasaan bahasa yang baik, pengolahan ayat yang
menarik, penggunaan penanda wacana yang betul,
penghuraian dan hujah yang berkesan, serta kesalahan
bahasa yang minimum, sudah tentu akan membantu
pelajar menghasilkan markah yang baik.
 Tegasnya, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan
teknik yang berkesan untuk menghasilkan penulisan
yang cemerlang.
74
Strategi Penting
 Bina perenggan yang seimbang:-
 Pendahuluan - 30-40 p.p
 Isi 1 - 40-50 p.p
 Isi 2 - 40-50 p.p
 Isi 3 - 40-50 p.p
 Penutup - 30-40 p.p
 Jumlah: 180 - 230 patah kata ( dengan
minima 3 isi)

75
MUTIARA KEJAYAAN

Our success or failure will be caused


more by our mental attitude than
mental aptitude.

Kejayaan atau kegagalan lebih


disebabkan oleh SIKAP MINDA
daripada KECERDIKAN MINDA.

76
Kelemahan Calon
 Tidak menepati kehendak soalan
 Isi tidak seimbang - satu aspek sahaja
 Tidak cukup isi
 Isi tidak dikembang-kan dengan huraian dan
contoh
 Kesalahan format, ejaan, tanda baca,
tatabahasa dan lain-lain.
 Pemerengganan tidak sesuai
 Pengenalan yang kurang menarik
 Pengolahan tidak menarik
 Ayat tidak dipelbagaikan dan kosa kata terhad
77
Pemarkahan Karangan
 Dibuat secara tanggapan (persepsi)
 Ciri-ciri yang diperhatikan :
 1. Isi
 2. Pengolahan

 3. Penguasaan bahasa

 4. Kosa kata

 5. Jumlah patah perkataan (180 -250 p.p)

 Setiap ejaan salah - dipotong ½ markah

78
(Ringkasan Karangan)

79
80
Panduan Meringkas
Karangan
 Baca sepintas lalu.
 Baca kali ke-2 - memahami dan gariskan isi
penting.
 Isi pertama - biasanya terdapat dalam ayat
pertama.
 Isi ada dalam setiap perenggan.
 Tulis ringkasan dalam SATU PERENGGAN
sahaja.
 Jumlah perkataan MESTI ditulis - tidak Melebihi 80
patah kata.
 Guna ayat sendiri - ringkas dan padat - pastikan
maksud tidak lari daripada petikan asal.
81
(NOVEL)

82
PANDUAN MENJAWAB NOVEL
 Tajuk novel dan nama pengarang mesti ditulis
 Pilih satu novel sahaja dari kategori Novel Zon
Sarawak :
 T. 1 - Limpahan Darah Di Sungai Semur -
(Zakaria Salleh)
 T. 2 - Timulak Kapal Perang – (Azmah Nordin)

 T. 3 - Ekspedisi - (Mohd. Ghazali Tocheh)

 Jawapan dalam ayat dan ejaan yang sempurna


 Tidak boleh menjawab dalam bentuk poin.
 Tulis jawapan dalam bentuk esei.

83
Mula terasa resah memikirkan masa depan Rap
Adakah aku kecundang atau jadi harapan
Bila difikirkan aku hanya seorang insan Sesekali terlintas di fikiran
Mampukah kuberjaya bagai seorang graduan Untuk terima saja keadaan
Jikaku berusaha aku pastikan berjaya Baikku kecewa dari buta
Untuk mencapai kejayaan diri dan keluarga Habiskan masa dan ringgit keluarga
Namun hakikatnya seringku mendengar alasan Pasti egoku tak padam
Rezeki yang secupak takkan jadi segantang Merasa kegagalan
Mungkin aku derita dan kecewa
Korus
Kuharus cari hidup yang sempurna
Kumahu hidupku, sempurna untukku
Akanku kataku insan luar biasa
Hai, Hai, Yai, Yai,
Guru beri ilmu, kudapatkan restu
Sifat malas kata hai, kukatakan bye, bye Ho Ho Ho Ho Ho Ho Hai, Bye Bye
Biarku berdikari dengan potensi diri Hai, Hai, Yai, Yai,
Takkan kuhampiri menagihkan simpati Ho Ho Ho Ho Ho Ho Hai, Bye Bye
Sifat malas kata hai,
Dulu waktu kukecil abjad tidak kukenali Kukatakan bye, bye
Setelah aku belajar semuanya di hati
Ingat siapakah insan yang tabah didik kita (Ulang Korus)
Benarlah kata Pak Ngah manusia mudah lupa
Tak mahuku gagal
Suatu hari nanti semua pasti terbukti Tak mahuku menyesal
Impian selama ini menjadi realiti
Segulung ijazah pasti ada di tangan ini Dengarkanlah GAGAL
Kegagalanku yang lalu hanya tinggal memori SELAMAT TINGGAL

(Ulang Korus) 84
Resepi
Kek Usaha Kejayaan

85
• Bahan-bahannya;
• 250 gm Daya usaha
• 100 gm Kesabaran
• 100 gm Keimanan
• 190 gm Keinsafan
• 150 gm Pengorbanan
• 150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
• 8 sudu the rasa tanggungjawab
• 200 gm senyum secukup rasa

• Cara-cara membuatnya:
• Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan
kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa
tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas
ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk
bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan
kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

• U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok serta tahan lama, jauhilah ia
daripada air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat
sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan
dengan baik.
86
DOA AGAR LULUS
PEPERIKSAAN
[ ‫( في المتحان والختبار‬ (‫)نام‬ ‫اللهم نجحني ) نجح ولدي‬
‫ وإذ ابتلى‬،‫بسر قولك القديم في حق خليلك إبراهبم عليه السلم‬
‫]إبراهيم ربه بكلمات فأتمهن قال إني جاعلك للناس إماما‬

“Ya Allah, luluskanlah aku (anakku …..) dalam ujian dan


peperiksaan dengan rahsia firman-Mu yang qadim sempena
kesayangan-Mu IBRAHIM, ketika diuji oleh Tuhannya dengan
beberapa kalimat, lalu baginda lulus sehingga menjadi imam
bagi sekalian manusia”.

87
JANGAN LIHAT
SIAPA YANG
SEGALA BERKATA
YANG BAIK
SEKIAN.
DATANGNYA DARIPADA
TETAPI
ALLAH SWT DAN SEGALA
DENGAR DAN TELITIKAN
TERIMA
YANG KASIH
KURANG ADALAH
APA YANG
KELEMAHAN SAYA SENDIRI
DIKATAKANNYA.
88
89
Soalan 2a
(Rumusan)

90
PANDUAN MERUMUS BAHAN
GRAFIK
 Baca semua arahan
 Bina rangka jawapan :
 1. Pengenalan : Tajuk - Jadual menunjukkan……..
 2. Isi Tersurat : Segala butiran bahan grafik termasuk
 perbandingan dan peratusan
 3. Isi Tersirat : Merujuk kepada sebab/alasan kepada isi

 tersurat
 4. Penutup : Kesimpulan- pendapat / cadangan /
 harapan
 Jumlah patah perkataan - MESTI ditulis (100-120 patah
kata)
 Kalau isi tersurat sahaja - dapat markah 8/20
91
Kertas 2
 Soalan 1
a. Laporan
b. Pendapat
c. Syarahan
d. Huraian
e. Penyataan

 Soalan 2:
a. Jadual
b. Rencana

 Soalan 3:
 Watak dan perwatakan
92
Kertas 1
 Umum – Rencana
 Prosa Moden - Cerpen ‘Dugong’ –
Tingkatan 3 – Anak Bumi Tercinta

 Prosa Tradisional – ‘Putera Besar Lahir


ke Dunia’ – Tingkatan 2 – Seuntai Kata
Untuk Dirasa
 Puisi Tradisional /Sajak – ‘Burung
Tempua’ – (Sehijau Warna Daun) 93
Analisis Kertas Soalan
Bahasa Melayu PMR
2003

94
Mula terasa resah memikirkan masa depan Rap
Adakah aku kecundang atau jadi harapan
Bila difikirkan aku hanya seorang insan Sesekali terlintas di fikiran
Mampukah kuberjaya bagai seorang graduan Untuk terima saja keadaan
Jikaku berusaha aku pastikan berjaya Baikku kecewa dari buta
Untuk mencapai kejayaan diri dan keluarga Habiskan masa dan ringgit keluarga
Namun hakikatnya seringku mendengar alasan Pasti egoku tak padam
Rezeki yang secupak takkan jadi segantang Merasa kegagalan
Mungkin aku derita dan kecewa
Korus
Kuharus cari hidup yang sempurna
Kumahu hidupku, sempurna untukku
Akanku kataku insan luar biasa
Hai, Hai, Yai, Yai,
Guru beri ilmu, kudapatkan restu
Sifat malas kata hai, kukatakan bye, bye Ho Ho Ho Ho Ho Ho Hai, Bye Bye
Biarku berdikari dengan potensi diri Hai, Hai, Yai, Yai,
Takkan kuhampiri menagihkan simpati Ho Ho Ho Ho Ho Ho Hai, Bye Bye
Sifat malas kata hai,
Dulu waktu kukecil abjad tidak kukenali Kukatakan bye, bye
Setelah aku belajar semuanya di hati
Ingat siapakah insan yang tabah didik kita (Ulang Korus)
Benarlah kata Pak Ngah manusia mudah lupa
Tak mahuku gagal
Suatu hari nanti semua pasti terbukti Tak mahuku menyesal
Impian selama ini menjadi realiti
Segulung ijazah pasti ada di tangan ini Dengarkanlah GAGAL
Kegagalanku yang lalu hanya tinggal memori SELAMAT TINGGAL
95

(Ulang Korus)
Soalan 1 hingga 7
 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan
memilih jawapan yang paling sesuai.
 Para ______ diseru supaya menghasilkan
tulisan yang bermutu tinggi.
 A karyawan

 B sejarawan

 C bangsawan

 D budayawan

96
Soalan 8 hingga 14
 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan
mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, dan
C . Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
itu tidak mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.
 “Beta menjunjung kasih(A) kepada rakyat
jelata yang mendoakan(B) kesejahteraan
beta,” kata(C) Sultan Mansur. Tiada
kesalahan(D).

97
98
99

You might also like