You are on page 1of 3

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,

SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG (2),


15100 KOTA BHARU,
KELANTAN.
TELEFON DAN FAKS : 09 - 7123240

Minit Mesyuarat Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

Tarikh : 05 Januari 2010 (SELASA)


Masa : 1:20 Petang Hingga 2:50 Petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Tuan Haji Zamri B. Mohamed ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Kehadiran :
1. Puan Hajjah Marilah bt. Abdullah
2. Puan Hajjah Che Thom bt. Che Soh
3. Tuan Haji Zamri B. Mohamed
4. Puan Hajjah Fauziah bt. Ismail
5. Puan Wan Zarina bt. Wan Yaacob
6. Puan Rafidah bt. Abdullah
7. Encik Mohd Khairi b. Abdullah
8. Encik Aziz b. Mamat
9. Encik Suhaimee b. Yusoff
Tidak Hadir:
1. Encik Zuha b. Hamzah (Bersebab)
2. Cik Ros Azulainyda bt. Yusoff (Bersebab)

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:


Perkara 1
Ucapan Pengerusi Majlis, bacaan Al-Fatihah. Syukur dapat mengadakan mesyuarat
jawatankuasa Badan Pengawas 2010.

Tindakan : Semua Guru.

Perkara 2
Ucapan Yang Berusaha Puan Guru Besar.
Bersyukur keranan diberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan tanggungjawab
dengan baik.
Tahniah kerana tiada masalah-masalah kritikal yang berlaku di sekolah atau tersiar di
dalam akhbar. Oleh itu, segala kerja buat seharian kerana Allah S.W.T
Sekiranya guru hendak menghukum pelajar, jelaskan kepada pelajar, apakah kesalahan
yang dilakukannya.
Guru juga hendaklah bertanggungjawab di atas apa saja kemalangan yang berlaku. Bawa
murid ke klinik dan jangan bertindak sebarangan. Kemudian, guru hendaklah
memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
Disiplin menyokong akademik pelajar.

Tindakan : Semua Guru.

Perkara 3
Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Tahun 2010.
Pengerusi : Puan Hajjah Marillah bt. Abdullah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Tuan Haji Zamri b. Mohamed (PK Hem)
Ketua Unit : Encik Mohd Khairi b. Abdullah
Setiausaha : Puan Wan Zarina bt. Wan Yaacob
Ahli Jawatankuasa :

1. Encik Aziz b. Mamat


2. Encik Zuha b. Hamzah
3. Encik Suhaimee b. Yusoff
4. Puan Rafidah bt. Abdullah
5. Cik Ros Azulainyda bt. Yusoff
Cadangan Encik Aziz b. Mamat
Sokongan Encik Suhaimee b. Yusoff

Perkara 4
Perancangan Aktiviti Tahunan sessi 2010

4.1: Majlis Penyampaian Watikah akan diadakan 07 Februari 2010 (Ahad) sewaktu
perhimpunan pagi.
- Encik Mohd Khairi diminta menghubungi Yang Setia Ketua Balai Polis Nilam Puri
untuk penetapan tarikh dan akan disusuli dengan surat jemputan.

Tindakan : Encik Mohd Khairi b. Abdullah

4.2: Kursus Kepimpinan Pengawas/Pustakawan.


- Akan diadakan 25 Februari 2010 (Khamis) bermula jam 7.45 a.m. hingga 5.00 p.m.
- Pengisian aktiviti akan dibincang dalam mesyuarat kepimpinan.

Tindakan : PK Hem

Perkara 5
Hal-hal lain dan ucapan Penangguhan.

- Encik Mohd Khairi, mencadangkan agar pihak pentadbir dapat menyediakan 2 helai
kot untuk ketua pelajar dan ketua pengawas. Kot ini juga akan diguna pakai oleh
pengacara majlis sewaktu perhimpunan rasmi setiap pagi Ahad.
- PK Hem melaporkan sehelai kot terdapat dalam simpanannya.

Tindakan : PK Hem

- Encik Khairi, meminta penjelasan mengenai pungutan yuran, khas untuk tabung
pengawas. Jawatankuasa bersetuju untuk memungut sebanyak RINGGIT : Lima
ringgit ( RM5.00 ) sebulan dalam jangkamasa selama 10 bulan. Wang digunakan
untuk aktiviti lawatan dan jamuan perpisahan akhir tahun.
- Encik Khairi, meminta penjelasan daripada pentadbir mengenai lokasi atau kawasan
kebersihan mengikut kelas. Ini bertujuan untuk mengemaskini tugas-tugas seharian
pengawas bagi sessi 2010.
- Encik Khairi, meminta mandat daripada pentadbir untuk menguruskan pelantikan
ketua pelajar dan ketua pengawas.
- Encik Aziz, mencadangkan agar pengawas diberi keistimewaan mengikut program
lawatan sambil belajar sepertimana pelajar Tahun Enam.
- Puan Wan Zarina, mencadangkan agar pemeriksaan secara rambang dilakukan
selepas perhimpunan. Fokus kepada pakaian seragam dan kebersihan diri.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:50 petang.

Minit Mesyuarat disediakan oleh:

…………………………………..
( PUAN WAN ZARINA BT. WAN YAACOB )
Setiausaha Badan Pengawas.

Tarikh : 8 JANUARI 2010

Minit Mesyurat disahkan oleh :

…………………………………
( TUAN HAJI ZAMRI BIN MOHAMED )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tarikh : ………………………..

You might also like