P. 1
Mahram Aurat Wanita

Mahram Aurat Wanita

|Views: 1,659|Likes:
Published by Syed Adelli
AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA
‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA
‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

More info:

Published by: Syed Adelli on Jan 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/24/2012

pdf

text

original

Sections

AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

Matlamat membincangkan ini:
     

Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan hukumnya Anda faham konsep pergaulan, hukum dan dalilnya Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi Anda tahu hukum pergaulan silang jantina mahram Anda tahu hukum pergaulan sejantina wanita Anda tahu hukum pergaulan sejantina lelaki

ISI KANDUNGAN TAJUK NI

Bahagian Pertama: Aurat
    

Konsep aurat Hukum menutup aurat dan dalil Aurat lelaki, dalam dan luar solat Aurat wanita, dalam dan luar solat Aurat pandang sentuh Konsep pergaulan Hukum bergaul silang jantina Hukum pergaulan sejantina

Bahagian kedua: Pergaulan silang jantina
  

BAHAGIAN PERTAMA AURAT

KONSEP AURAT

Beberapa maksud aurat:

Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila ia terdedah Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi dari perhatian orang lain.

‫‪HUKUM MENUTUP‬‬ ‫‪AURAT DAN DALIL‬‬
‫‪‬‬

‫‪‬‬

‫‪Hukum menutup aurat adalah wajib, tiada‬‬ ‫‪khilaf‬‬ ‫:‪Dalil wajib menutup aurat‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬

‫‪‬‬

‫وقل للمؤمنات يغضضن من ابصارهن ويحفظن فروجهن ول يبدين‬ ‫)زينتهن إل ما ظهر منها، وليضربن بخمرهن على جيوبهن )النور 13‬ ‫يا أيها النبى قل لزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من‬ ‫)جلبيبهن )الحزاب 95‬ ‫إن أسماء بنت أبى بكر رضى ال عنها دخلت على النبى وعليها ثياب رقاق‬ ‫فأعرض وقال رسول ال )ص(: يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المحيض لم‬ ‫)يصلح أن يرى منها إل هذا وهذا، وأشار إلى وجهه وكفيه )حديث‬

AURAT LELAKI DAN WANITA

Aurat LELAKI:
 

Dalam solat: anggota antara pusat dan lutut Luar solat:
 

Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut Satu pandangan Mazhab Hanafi: seluruh tubuh

Aurat WANITA:

Dalam solat; jumhur (semua 4 mazhab):seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan Luar solat: secara umum sama dengan aurat dalam solat, namun ada perbezaan berdasarkan dengan siapa perempuan itu beraurat:

AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI

Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan Maksud tapak tangan: pergelangan, kekura dan tapak tangan hingga kehujung jari. Dalil aurat wanita; semua ayat dan hadis di atas

AURAT SESAMA WANITA ISLAM

Semua anggota di antara pusat dan lutut. Haram dedahkan anggota antara pusat dan lutut sesama wanita Islam. Tidak haram dedahkan anggota dari pusat keatas dan dari lutut ke bawah. Setakat berketang dada sesuai dalam masyarakat dan budaya Melayu.

AURAT WANITA ISLAM DENGAN WANITA BUKAN ISLAM

Ada tiga pendapat:

Majoriti: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hujjahnya:

Bimbang wanita bukan Islam dedahkan aurat wanita Islam kepada lelaki bukan Islam.

Malikiyah: anggota antara pusat dan lutut, dengan syarat wanita bukan Islam itu berakhlak mulia Syafi`iyah: selain dari anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita melakukan kerja ruman: kepala, tengkok, leher, tangan hingga ke pangkal lengan, kaki hingga ke pangkal betis.

Sebab khilaf: khilaf dalam mentafsir ungkapan ‫أو‬ 31‫ نسائهن‬al-Nur:

Kalau ‘perempuan mereka’ dalam ungkapan ini termasuk muslimah dan kafirah, aurat muslimah dengan kafirah sama dengan aurat sesama muslimah Jika khusus bagi wanita Islam sahaja aurat muslimah dengan kafirah tidak sama dengan aurat sesama muslimah

Pendapat pilihan: pendapat ketiga.  Hujjah: pendapat pertama menyusahkan, pendapat kedua menjatuhkan marwah muslimah, pendapat ketiga paling sedarhana dan sesuai dengan masyarakat Malysia yang multy agama, tidak menjatuhkan marwah muslimah

AURAT WANITA ISLAM DENGAN MAHRAM
 

Mahram:orang yang haram dikahwini Lelaki mahram terbahagi dua

Mahram kekal:

 

Sebab nasab: bapa dan keatas, anak dan ke bawah, saudara seibu sebapa dan sebapa dan seibu dan kebawah. Sebab susuan: orangnya sama dengan senasab. Sebab persemendaan: mertua, anak tiri jika telah setubuhi ibunya Sebab persemendaan: ipar, biras, bapa saudara suami, ibu saudara isteri, kakak dan adik ibu mertua Berbeza agama.

Mahram semantara:
 

Aurat dengan mahram kekal:

 

Hanbaliah,Malikiah: selain anggota yang terdedah semasa wanita bekerja dirumah; kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke pangkal lengan dan kaki hingga ke pangkal betis. Syafi`ie: anggota antara pusat dan lutut Hanafiah: anggota antara pusat dan lutut Jumhur: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan Mahram sementara atau keluarga bukan mahram adalah ajnabi.

Aurat dengan mahram sementara:
 

AURAT WANITA DENGAN KANAK-KANAK

Maksud kanak-kanak: yang belum memberi perhatian terhadap aurat wanita. Aurat wanita dengan kanak-kanak bergantung kepada keadaan kanak-kanak itu:
 

Belum mumaiyiz: tiada aurat Mumaiyiz belum ada syahwat: anggota antara pusat dan lutut Mumaiyiz ada syahwat:
 

Ajnabi: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan Mahram kekal atau sementara: seperti di atas

AURAT PEREMPUAN TUA
 

‫عليهن جناح أن يضعن ثيلبهن غير متبرجات بزينة وأن يستعففن خير لهن‬ 60‫) وال سميع عليم )النور‬

Aurat perempuan tua. Perempuan tua: yang tiada lagi rangsangan seks; merangsang atau dirangsang Pada dasarnya aurat perempuan tua seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi diberi rukhsah membuka kepala dengan syarat tidak bertabarruj. Hujjah rukhsah: ‫القواعد من النساء اللتى ل يرجون نكاحا فليس‬

Syarat muka dan tangan boleh didedahkan
1.

Muka dan tapak tangan tidak dihias dan mekap melampau, kerana:
1.

2.

3.

Muka dan tangan boleh didedahkan dalam keadaan biasa, hiasan dan mekap sederhana Muka dan tangan boleh didedahkan atas alasan haajah, tiada haajah pada perhiasan dan mekap melampau Berhias dan mekap berlebihan itu sendiri membawa fitnah.

2.

Pendedahan itu tidak membawa fitnah, ia membawa fitnah dengan perhiasan dan mekap melampau dan wanita terlalu cantik

BILA WANITA DITUNTUT MENUTUP MUKA

 

Wanita dituntut menutup muka kerana: bimbang fitnah, wanita terlalu cantik, masyarakat terlalu rosak Fitnah; apabila wanita dilihat dengan syahwat Masyarakat rosak dinilai dengan:
 

 

Qarinah yang wujud dalam masyarakat Penilaian masyarakat terhadap yang bermarwah dan tidak bermarwah Sensitiviti masyarakat terhadap marwah dan kehormatan Kuat longgar pegangan agama masyarakat Akhlak (buruk,baik) yang mendominasi masyarakat

APAKAH KAKI WANITA AURAT

Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku lali, tumit, kekura dan tapak kaki hingga kehujung jari. Hanafi dan sesetengah Maliki: bukan aurat, kerana kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam ayat:‫ , إل ما ظهر منها‬semuanya dikira anggota zahir. Syafi`e: aurat, kerana aurat dalam dan luar solat sama, kaki aurat dalam solat. Hanbali: aurat, kerana hadis:‫هل تصلي المرأة في درع وخمار‬ ‫وليس عليها إزار؟ قال: نعم إذا كانت سابغا تغطى ظهورقدميه‬ Yang rajih: aurat, tapi dimaafkan bagi yang tabiat kerjanya mendedahkan kaki.

AURAT PANDANG
LELAKI PANDANG AURAT WANITA
 

Ada beza aurat pandang dan aurat sentuh 4 mazhab sepakat haram melihat anggota aurat silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak, aman fitnah atau tidak.

Ada kalangan Hanbaliah berpendapat makruh pandang muka dan tangan wanita sekalipun tanpa syahwat

Boleh pandang silang jantina kerana jadi saksi, hakim, darurat, rawatan perubatan walaupun ke dalam faraj

MELIHAT PEREMPUAN TUA

Perempuan tua: yang tidak lagi merangsang dan terangsang seksnya. Pandang fuqaha’ berbeza:

Syafi`e dan Maliki: haram lihat anggota aurat, sama dengan perempuan muda Hanafi: boleh lihat anggota yang boleh lihat pada perempuan mahram: muka, kepala, rambut, telinga, tengkok, dada, payu dara, tangan, betis hingga kebawah Hanbali: boleh lihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah sewaktu wanita dirumah: kepala, tengkuk, tapak tangan hingga ke pangkal lengan dan pangkal betis hingga ke bawah

MELIHAT AURAT KANAK-KANAK

Maksud kanak-kanak: yang belum lagi meransang dan tidak teransang seksnya. Hanafi, Syaf`ie, Hanbali: boleh lihat termasuk faraj Beza perempuan tua dan kanak-kanak
 

Kanak-kanak belum ada pengalaman seks Perempuan tua sudah berpengalaman, jadi, perempuan dirujuk kepada kaedah ‫استصحاب الصل‬

MELIHAT AURAT WANITA DISEBALIK CERMIN LUT SINAR, DALAM AIR JERNIH DAN BAYANG DALAM CERMIN

Hanafi: haram lihat aurat wanita ajnabiyah di sebalik cermin lutsinar, dalam air jernih, harus melihat bayang dalam cermin,

Hujjah perbezaan: Yang dilihat dalam cermin hanya bayang wanita bukan jasadnya.

 

Jaafari: haram jika ada syahwat, harus jika tiada syahwat. Zaidi: harus, ada syahwat atau tidak. Komentar: `illah diharamkan elak fitnah, `illah ini wujud dalam 3 keadaan ini, kita cenderong mengatakan haram dalam semua keadaan.

HUKUM MELIHAT GAMBAR
 

Silang jantina ajnabi harus lihat gambar menutup aurat Silang jantina haram lihat gambar bogel, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat. Suami isteri halal saling melihat gambar bogel dengan syahwat atau tidak Lelaki haram lihat gambar wanita hanya menutup anggota antara pusat dan lutut, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat harus tanpa syahwat Wanita harus lihat gambar lelaki tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat

MELIHAT FILEM SILANG JANTINA
  

Boleh lihat filem silang jantina tutup aurat Boleh lihat filem suami isteri tanpa tutup aurat Lelaki haram lihat filem wanita hanya tutup anggota antara pusat dan lutut dengan syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat. Wanita boleh lihat filem lelaki hanya tutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat. Haram silang jantina ajnabi lihat filem bogel, dengan syahwat atau tidak, ada pendapat mengatakan boleh tanpa syahwat.

MELIHAT ADEGAN SEKS

Single X:
 

Dalam filem: harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat Orang, dalam kaca lut sinar, air jernih, bayang dalam cermin : haram dengan syahwat atau tidak.

 

Double X: haram dengan syahwat atau tidak, filem atau lainnya. Triple X: haram dengan syahwat atu tidak, dalam filem atau lainnya Semua kelas: boleh kerana darurat dan hajat Suami isteri: boleh lihat adegan sex sendiri, filem atau lainnya

WANITA MELIHAT AURAT LELAKI

Hanafi: haram melihat aurat lelaki; anggota antara pusat dan lutut Maliki: harus melihat anggota yang harus dilihat lelaki pada wanita mahram dengan syarat tanpa syahwat Pendapat asah Mazhab Syafi`ie: boleh lihat selain anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat dan aman fitnah Boleh lihat aurat lelaki kerana darurat dan haajat.

PANDANG SEJANTINA LELAKI

Boleh melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syakwat Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak Boleh melihat anggota aurat kerana darurat dan haajat.

PANDANG SEJANTINA LELAKI LEMBUT

Lelaki lembut: lelaki yang berperawakan wanita (pondan) Sebahagian Syafi`ie: harus melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat Sebahagian lain: haram dengan syahwat atau tidak Harus kerana darurat atau haajah

PANDANG SEJANTINA WANITA MUSLIMAH

Hanafiyah, Malikiyah, Syafi`iyah: harus lihat seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat. Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau tidak Harus melihat kerana darurat atau haajah.

PANDANG SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH

Muslimah lihat kafirah: harus seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan lutut. Kafirah lihat muslimah; khilaf:

Boleh lihat muka dan tapak tangan sahaja, kerana aurat muslimah denga kafirah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Boleh lihat anggota selain anggota antara pusat dan lutut, kerana aurat muslimah dengan kafirah anggota antara pusat dan lutut. Boleh lihat anggota yang biasa terdedah sewaktu wanita bekerja dirumah, kerana inilah aurat muslimah dengan kafirah

Pendapat pilihan: ketiga, sederhana, sesuai dalam masyarakat multi agama, tidak menyusahkan.

AURAT SENTUH
SENTUH SILANG JANTINA AJNABI

Hanafi, Maliki, Hanbali, Syafi`ie: haram sentuh seluruh anggota wanita, aurat dan bukan aurat, alasan:

Harus lihat muka dan tapak tangan kerana haajah, tiada haajah menyentuh muka dan tangan wanita dalam muamalat Sentuhan itu sendiri merangsang syahwat

Syarat kedua-duanya masih muda, bukan tua dalam konsep yang telah dijelaskan di atas.

SENTUH SEJANTINA LELAKI

Boleh sentuh anggota bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat Haram sentuh anggota aurat dengan syahwat atau tidak Boleh sentuh anggota aurat, termasuk zakar kerana darurat atau haajah. Kes-kes haajah telah dijelaskan

SENTUH SEJANTINA LELAKI LEMBUT

Pendapat ulamak tidak dapat dikesan mengenai kes ini Namun boleh qiaskan kes ini dengan pandangan mereka dalam kes pandang lelaki cantik lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat, kerana sentuh lebih merangsang syahwat :. haram atas qiyas aulawi

SENTUH SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH

Pendapat ulamak tidak dapat dikesan dalam kes ini Namun barangkali boleh qiyaskan kes ini dengan kes sentuh lelaki lembut; harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat atas dasar qiyas aulawi ‫وال أعلم‬

KES-KES LUARBIASA PANDANG SENTUH

Dalam keadaan luar biasa (darurat dan haajah) silang jantina ajnabi boleh lihat dan sentuh anggota aurat, termasuk faraj, malah ke dalam faraj, syarat tanpa syahwat Ada pendapat mengatakan harus sekalipun dengan syahwat Kes-kes darurat dan haajah: jadi saksi, kadi atau hakim, urusan muamalat, rawatan perubatan, perkahwinan

TELANJANG

Berbogel di hadapan orang lain haram, hujjah:

seorang lelaki memikul batu……Baginda perbetulkan tindakan itu

Berbogel dalam khalwat juga ditegah, dalilnya:

Hadis: ‫فال أولى أن يستحى منه من الناس‬

 

Boleh, tetapi makruh mandi bogel dalam bilik Boleh, tetapi makruh mandi bogel suami isteri

TELANJANG DALAM SELIMUT

Haram sejantina lelaki dan sejantina perempuan telanjang dalam selimut

Hadis: ‫ل يفضى الرجل إلى الرجل فى الثوب الواحد ول تفضى المرأة‬ ‫إلى المرأة فى الثوب الواحد‬

Hanbaliyah berpendapat makruh telanjang dalam selimut sejantina Hadis ini juga dalil haram sentuh anggota aurat tanpa alas dengan anggota selain tangan

SUARA WANITA BUKAN AURAT

Jumhur ulamak termasuk Jaafari: suara wanita bukan aurat, lelaki boleh dengar suara wanita, wanita tidak wajib sembunyikan suaranya dari lelaki Hujjah:
 

Para sahabat dengar suara para isteri Rasulullah untuk mendapatkan hukum syarak Hadis Ummu`Athiyah:‫بايعنا رسول ال، فقرأ علينا أن ل نشرك‬ ‫بال .... ونهانا عن النياحة، فقبضت إمرأة يدها وقالت:فلنة أسعدتنى وأنا‬ ‫أريد أن أجزيها، فذهبت ثم رجعت‬

Dialog antara Umar dengan sahabiyah mengenai isu menghadkan mahar

Semua peristiwa ini menunjukkan wanita mengeluarkan suara dan didengar lelaki Lelaki haram mendengar suara wanita yang disertakan rentak dan irama, sekalipun membaca Quran, kerana takut fitnah Lelaki haram dengar suara wanita jika ada kemungkinan dia tergoda atau terfitnah Wanita juga haram mendengar suara lelaki jika tergoda dan tidak aman fitnah

WANITA MENGANGKAT SUARA

Suara wanita yang tinggi adalah aurah, sebab itu wanita ditegah melaungkan azan, azan perlukan laungan yang kuat Hukum ini jelas, yang penting mempastikan kadar mana suara itu telah dianggap tinggi dan kuat Penentuan mungkin dibuat berdasarkan:
 

Penilaian `urf dan `adah Khidmat pakar menentukan frekuensi (hertz) suara yang telah dikira tinggi dan kuat

TEGAHAN MENIKMATI SUARA WANITA

Hanbaliyah,Syafi`iyah, Malikiyah: lelaki haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya, kerana suara mampu merangsang syahwat dan kerana bimbang fitnah Ada pendapat mengatakan harus jika aman fitnah, tanpa syahwat

PERCAKAPAN WANITA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH

Nas syarak berkaitan: ‫فل تخضعن بالقول فيطمع الذى فى قلبه‬
32‫) مرض وقلن قول معروفا )الجزاب‬

 

Wanita dilarang bercakap dengan suara yang sengaja dimanja-manjakan dan dengan cara yang merangsang mereka yang hatinya berpenyakit Dilarang bercakap perkara munkar dan lucah Boleh bercakap dengan cara dan nada yang normal, bersabit dengan perkara yang diharuskan, perkara makruf

TABARRUJ

Tabarruj: wanita memperagakan kecantikan, pakaian dan perhiasan dengan tujuan menarik perhatian lelaki dan merangsang keinginan mereka (fahamkan definisi ini) Nas syarak: 33‫) ول تبرجن تبرج الجاهلية الولى )أحزاب‬

Tabarruj zaman jahiliah: wanita membuka muka, memperagakan perhiasan dan kecantikan mereka

Tabarruj zaman kini sudah mengatasi tabarruj jahiliah, Baginda istilahkan sebagai ،‫كاسيات‬ ‫“ عاريات‬tidak berpakaian, telanjang”.

TABARRUJ YANG DIHARAMKAN

 

Tabarruj diluar rumah, berhias bukan untuk suami Mendedahkan muka dan perhiasan dengan tujuan memperagakan kecantikan kepada lelaki Bersolek dan berhias melampau Menggunakan alat-alat kosmetik bukan untuk suami Mempercantikkan rupa paras dengan membentuk alis, bibir dan lainnya bukan untuk suami

FESYEN-FESYEN PAKAIAN JUGA TABARRUJ

Ciri pakaian wanita:
     

Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak tangan Longgar tidak menampakkan susuk tubuh Tidak nipis sehingga menampakkan kulit Bukan pakaian untuk bermegah Tiada unsur memperagakan Tidak menyamai pakaian lelaki

Pakaian berfesyen mempunyai ciri memperagakan adalah tabarruj Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan tabarruj

PERHIASAN DIRI JUGA TABARRUJ

Maksud perhiasan disini: sesuatu yang dijadikan wanita perhiasan diri Perhiasan ini juga tabarruj jika mengandungi unsur memperagakan Nas syarak:
  

33 ‫)ول تبرجن تبرج الجاهلية الولى )الحزاب‬ 31 ‫)ول يبدين زينتهن إل ما ظهر منها )النور‬ 31 ‫)ول يبدين زينتهن إل لبعولتهن...)النور‬

 

Ayat pertama melarang menunjukkan perhiasan Ayat kedua melarang menunjukkan perhiasan kecuali kepada suami dan… (lihat sambungan ayat)

BERHIAS YANG DIBENARKAN

Berhias dan memakai perhiasan setakat memenuhi fitrah wanita bukan tabarruj Berhias harus, malah digalakkan, kecuali perhiasan yang diharamkan Berhias sunat bagi isteri yang bersama suaminya Antara berhias yang dibenar dan digalakkan:
 

Mencabut bulu ketiak, bulu tundun, mengandam misai, berkhatan, memotong kuku, Kata penyaer: ‫انتف لبط وتقص الشارب×والعانة تحلق والختان واجب‬

JENIS PERHIASAN

Bukan perhiasan diri:

Diperbuat daripada logam; emas, perak, suasa, tembaga dan lainnya: emas diharamkan bagi lelaki dan perempuan Diperbuat selain dari logam: kulit, tulang, kayu, tembikar dan lainnya; harus digunakan lelaki dan perempuan Diperbuat daripada logam; emas,perak,suasa, tembaga dan lainnya:emas haram dipakai lelaki Semuanya harus dipakai perempuan

Perhiasan diri selain pakaian:
 

Perhiasan diri dalam bentuk pakaian:

Pakaian yang bukan dijadikan perhiasan; menepati ciri pakaian wanita Islam: boleh dipakai Pakaian itu sendiri dijadikan perhiasan; difesyenkan, dilabucikan, disulam dan lainnya  Boleh dipakai sekiranya ia pakaian dalaman dan luar jika tiada unsur tabarruj  Tidak boleh dipakai dan dikira tabarruj jika:
   

Fesyennya menzahirkan susuk tubuh Dihias berlebihan sehingga memenuhi ciri tabarruj Cara pemakaiannya memang bertujuan tabarruj Dipakai bukan untuk tatapan suami

Beberapa kesimpulan:
 

Secara prinsipnya berhias diharus dan digalakkan Berhias untuk SUAMI harus malah disunatkan dalam apa bentuk sekalipun Berhias YANG DITEGAH ialah yang berunsur tabarruj, diluar rumah dan bukan untuk suami Kebanyakan pakaian, cara berpakaian dan solekan wanita hari ini telah melebihi tahap tabarruj, ia telah sampai peringkat ‫كاسيات، عاريات‬ Tegahan tabarruj bertujuan ‫ سد الزريعة‬menutup ruang-ruang keburukan: rangsangan seks

BAHAGIAN KEDUA PERGAULAN SILANG JANTINA

MAKSUD PERGAULAN
  

Gaul: Bahasa Arab; khalata ‫خلط‬ Pergaulan: Bahasa Arab; ikhtilat ‫اختلط‬ Maksudnya: bercampur silang jantina dalam satu (1) tempat, berlaku pandang memandang, komunikasi, interaksi dan percakapan. Ia melibatkan 3 orang dan lebih, bukan 2 orang, 2 orang dikira khalwat. Fokus perbincangan: pergaulan silang jantina ajnabi Ajnabi: yang halal berkahwin, sekarang @ akan datang, setelah terhapus halangan.

HUKUM PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI

Hukum asal pergaulan silang jantina ajnabi adalah HARAM. Pengharaman ini tidak sabit dengan nas soreh ‫( صريح‬langsung dan tepat), tetapi sabit secara tak langsung melalui hukum-hukum lain yang dikhususkan kepada wanita.

HUJJAH PENGHARAMAN PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI
1. Larangan musafir tanpa mahram 2. Haram berkhalwat silang jantina ajnabi 3. Wanita tidak wajib solat berjamaah 4. Wanita tidak wajib perang jihad 5. Wanita tidak wajib solat Jumaat. 6. Hukum khusus wanita melakukan haji 7. Tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki.

1. LARANGAN MUSAFIR TANPA MAHRAM

Maksud Hadis (kata Nabi Muhammad): “perempuan jangan musafir kecuali bersama mahram”. Hadis ini secara langsung haramkan wanita musafir tanpa mahram. Secara tidak langsung ia melarang pergaulan silang jantina ajnabi, kerana tanpa mahram perempuan akan bergaul dengan lelaki ajnabi semasa musafir.

2. LARANGAN BERKHALWAT SILANG JANTINA AJNABI

Maksud hadis: “lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali bersamanya ada mahram”. Maksud hadis: “lelaki tidak harus berkhalwt dengan perempuan kecuali bersama mahram”. Hadis-hadis ini secara langsung haramkan khalwat, secara tidak langsung haramkan ikhtilat, kerana ikhtilat juga sejenis khalwat

3. PEREMPUAN TIDAK WAJIB SOLAT JAMAAH

Solat jamaah di masjid hanya digalakkan ke atas lelaki, ada pendapat mengatakan diwajibkan. Perempuan tidak wajib, malah tidak digalakkan solat jamaah di masjid, Wanita diharuskan solat di masjid, tetapi solat di rumah lebih afdal bagi wanita. Keharusan ini terikat dengan syarat: izin suami/wali, tidak memakai wangian, tidak campurgaul dengan lelaki di masjid.

PENGHUJJAHAN

Syarat-syarat wanita boleh berjamaah di masjid, kedudukan wanita dalam saf, dibelakang kanak-kanak mengisyaratkan pergaulan silang jantina ajnabi ditegah. Logiknya, apabila dalam solat yang suasana taqwanya amat tinggipun ikhtilat ditegah, maka diluar solat, yang suasananya jauh lebih tidak taqwa, ikhtilat lebih ditegah, atas dasar qias aulawi.

Kesimpulan penghujjahan ini

Pengharaman pergaulan silang jantina ajnabi dirujuk kepada nas melarang wanita bergaul dalam satu saf solat dan persyaratan lain bagi keharusan wanita solat berjamaah di masjid. Boleh bergaul silang jantina ajnabi bergantung kepada syarat wanita boleh solat berjamaah di masjid. Pergaulan silang jantina ajnabi hanya boleh dengan bersyarat: mematuhi hukum dan adab syarak

4. WANITA TIDAK WAJIB PERANG JIHAD

Aisyah pernah minta izin turut serta dalam perang jihad, Rasulullah saw tidak izinkan. Komentar al-Battal( ‫ :)البطال‬wanita tidak wajib ّ jihad kerana mereka wajib berhijab dan dilarang bergaul dengan lelaki. Logiknya, apabila dalam suasana perang yang amat kritikal pun wanita ditegah bergaul, maka di suasana lain yang tidak kritikal pun pergaulan lebih ditegah.

5. WANITA TIDAK WAJIB SOLAT JUMAAT

Fuqahak sepakat wanita tidak wajib solat Jumaat, kerana sibuk urusan rumah dan kerana larangan bergaul dengan kaum lelaki. Hukum ini menjelaskan pergaulan silang jantina dalam solat Jumaat ditegah, oleh itu wanita tidak wajib solat Jumaat. Logiknya, apabila dalam solat jumaat pergaulan ini ditegah, maka di luar solat Jumaat ia lebih ditegah, berdasarkan qias aulawi.

6. HUKUM KHUSUS WANITA TUNAI IBADAT HAJI

Rasulullah saw arahkan Ummu Salamah tawaf di belakang kaum lelaki Fuqahak berpendapat wanita tawaf jauh dari kaabah Al-Karamani berpendapat: Rasulullah arahkan Ummu Salamah tawaf jauh dari lelaki kerana itulah sunnah wanita semasa tawaf jika lelaki ramai

7. TEGAHAN WANITA BERJALAN SEIRING DENGAN LELAKI

Hamzah Bin Usaid al-Ansari meriwayatkan sewaktu Rasulullah keluar dari masjid dan melihat wanita campur aduk di jalan Baginda bersabda: ، ‫استأخرن ، فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق‬ ‫ عليكن بحافات الطريق‬lalu kaum wanita beredar ketepi dan menyusuri tepi dinding bangunan sehingga ada pakaian mereka yang tersangkut kedinding. Hadis ini jelas melarang pergaulan silang jantina ajnabi.

KAEDAH ‫الصل فى الشياء الباحة‬ TIDAK BOLEH PAKAI

Telah dinyatakan tiada nas soreh haramkan pergaulan silang jantina ajnabi. Namun demikian kaedah di atas tidak boleh digunapakai bagi mengatakan hukum asal kes ini adalah harus, kerana telah ada nas yang tidak secara langsung mengharamkannya. Keharusan mutlak kes ini sudah tidak ada lagi.

PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA DARURAT


Pergaulan silang jantina ajnabi kerana darurat diharuskan. Contoh: bergaul kerana melindungi wanita yang bersendirian dalam perjalanan. Kaedah: ‫الضرورة تبيح المحظورة‬
Erti darurat perlu diketahui dahulu

PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA HAAJAH

 

Pergaulan silang jantina ajnabi kerana haajah syar`iyah diharuskan. Kaedah:‫الحاجة تنزل منزلة الضرورة‬ Keharusan ini dengan syarat: mematuhi hukum syarak dan adab-adab Islam.

KES-KES HAAJAH
 

 

MUAMALAT: jual beli dan lainnya Tugas HAKIM: Zahiri wanita boleh jadi hakim semua kes, Hanafi boleh dalam kes bukan hudud. Hakim perlu bergaul. Jadi SAKSI: ‫فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان‬ Tugas KUATKUASA: `Umar lantik al-Syifa’ jawatan hisbah. Beri khidmat kepada tetamu dengan kehadiran suami: kIsah isteri Abu Usaid beri khidmat kepada Rasulullah pada jamuan perkahwinan mereka.

 

Menghormati tetamu: kisah lelaki Ansari sanggup layan tetamu Rasulullah, isterinya turut sama beri layanan. Menaiki kenderaan awam kerana urusan perlu Menunggu giliran rawatan hospital awam atau suasta. Jihad fi sabillah: sahabiyat turut serta beri khidmat rawatan dan logistik cth: dalam perang (darurat) Dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan: sahabiyat turut berada dalam majlis bersama Rasulullah

PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI MENGIKUT ADAT KEBIASAAN

Pergaulan silang jantina ajnabi dalam majlis teradat seperti walimah, mesyuarat, majlis rasmi, sambutan peristiwa tertentu dibolehkan dengan syarat:
 

Menjaga adab-adab dan hukum islam Menutup aurat, tidak tabarruj,merundukkan pandangan, bercakap dengan suara normal. Tiada percampuran melampau sebagai mengamalkan kaedah‫سد الزريعة‬

PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA BELAJAR


Kes rujukan: satu ketika sahabiyat mempertikaikan kaum lelaki lebih banyak masa bersama Rasulullah dan banyak peluang mendapat ajaran agama. Mereka meminta Rasulullah saw menentukan satu masa khusus untuk wanita. Bagindapun menentukannya. Ada dua penafsiran terhadap kes ini sehingga memutuskan dua hukum yang berbeza:
Note: Mari belajar bersungguh-sungguh

1. Rasulullah telah mengasingkan majlis lelaki dan wanita kerana tidak boleh bergaul semasa belajar. Oleh itu bergaul kerana belajar tidak boleh 2. Rasulullah pisahan majlis bukan kerana tidak boleh bergaul semasa belajar, tetapi kerana kaum wanita tidak banyak peluang bersama Rasulullah atas tabiat tugas masing-masing, mereka perlu majlis khas. Oleh itu brgaul kerana belajar adalah harus dengan syarat seperti dijelaskan di atas

BERSALAMAN SILANG JANTINA

Isu ini berlegar di sekitar tiga bentuk nas syarak:

Hadis Rasulullah saw yang saling bertentangan; ada riwayat nyatakan Baginda ambil bai`ah wanita dengan berjabat tangan, ada riwayat nyatakan dengan mulut sahaja Berbeza tafsiran keatas ungkapan ‫,إل ما ظهر منها‬ apakah anggota yang dikecualikan, bolehkah dilihat dan disentuh Berbeza tafsiran keatas ungkapan ‫أو لمستم النساء‬ apakah semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat

RUMUSAN PERBINCANGAN

Bersalaman silang jantina ajnabi:
 

Pendapat pertama: haram, dengan syahwat atau tidak, aman fitnah atau tidak Pendapat kedua haram dengan syahwat, harus tanpa syahwat
 

Lihat dengan syahwat haram sentuh lagi haram Sentuh mahram dengan syahwat haram sentuh ajnabi dengan syahwat lagi haram

Pendapat ketiga; mesti dibataskan kerana haajat, antara keluarga terdekat sahaja, sebolehnya tidak diluaskan kepada yang lain bagi tujuan  ‫سد الزريعة‬

Mengelakkan syubhat dan tindakan berjaga-jaga

Lebih baik bagi yang warak tidak memulakan bersalaman dengan silang jantina ajnabi, jika orang lain memulakan boleh sambut, mungkin disitu ada haajat atau adab untuk memelihara marwah orang, terutama jika dalam majlis rasmi atau dalam khalayak yang bukan dibawah kawalan kita
Komentar: elakkan yang syubhat untuk kebaikan

‫‪ZIARAH PESAKIT‬‬ ‫‪SILANG JANTINA‬‬
‫‪* Ada nas syarak tidak membezakan lelaki‬‬ ‫:‪dan perempuan, antaranya‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬

‫‪‬‬

‫وإذا مرض فعده .....‬ ‫وعودوا المريض ....‬ ‫... إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل فى خرفة الجنة حتى يرجع‬ ‫من عاد مريضا ناداه مناد من السماء : طبت وطابت ممشاك وتبوأت من‬ ‫الجنة منزل‬ ‫إن ال عز وجل قال يوم القيامة : يا ابن آدم مرضت فلم تعدنى ، قال: كيف‬ ‫أعودك وأنت رب العالمين ؟ ، قال : أما علمت أن عبدى فلنا مرض فلم‬ ‫تعده ، أما علمت أنك لو عدته لوجدتنى عنده ؟‬

‫‪‬‬

‫,‪Ada yang jelaskan wanita ziarahi lelaki‬‬ ‫:‪antaranya‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬

‫‪‬‬

‫عادت أم الدرداء رجل من أهل المسجد من النصار‬ ‫لما قدم رسول ال المدينة عك أبو بكر وبلل رضى ال عنهما، قالت : فدخلت عليهما فقلت :‬ ‫يا أبت كيف تجدك ويا بلل كيف تجدك؟‬ ‫زار أم مبشر كعب بن مالك عند مرض موته فقالت: يا أبا عبد الرحمن إقرأ سلمى على‬ ‫إبنى مبشر‬

‫‪‬‬

‫,‪Ada nas jelaskan ajnabi ziarahi wanita‬‬ ‫‪antaranya‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬

‫‪‬‬

‫دخل رسول ال على ضباغة بنت الزبير فقال لها: لعلك أردت الحج، فقالت:وال ل‬ ‫أجدنى إل وجعة، فقال: حجى واشترطى‬ ‫‪Rasulullah saw menziarahi Ummu al-Saib dan‬‬ ‫مالك يا أم السائب تزفزفين أى ترتعدين؟ قالت: الحمى ل بارك ال، ‪bersabda‬‬ ‫فقال: ل تسبى الحمى فإنها تذهب خطايا بنى آمد كما يذهب الكير خبث الحديد‬ ‫‪Ibn Abbas minta izin menziarahi Aisyah, setelah‬‬ ‫كيف تجدك؟ قالت: بخير إن اتقيت ال تعالى ، :‪diizinkan dia berkata‬‬ ‫..... قال : فأنت بخير إن شاء ال‬

RUMUSAN

Semua nas ini menunjukkan tiada halangan ziarahi pesakit silang jantina Semasa ziarah semua hukum syarak dan adab susila syarak mestilah dipatuhi Jika yang diziarahi rakan sekerja elok jika ziarah secara berkumpulan atau suami isteri Tiada makna kita tidak menziarahi pesakit silang jantina sedangkan kita mengharuskan pergaulan silang jantina semasa sihat, bukankah pesakit lebih berhak diziarahi dan mendapat belaian?

PERGAULAN SILANG JANTINA KELUARGA BUKAN MAHRAM

 

Sebenarnya isu ini tidak perlu dibincang lagi kerana ia sudah dibincang dalam tajuk pergaulan silang jantina ajnabi Tajuk ini diasingkan kerana banyak kekeliruan dalam masyarakat tentang status keluarga bukan mahram, ia seolah-olah dianggap sama dengan keluarga mahram Telah dijelaskan maksud mahram dan ajnabi Telah dijelaskan mahram kekal dan mahram sementara serta sebab-sebabnya

Secara terperinci keluarga bukan mahram ialah:

Senasab: mulai dari sepupu dan kebawah, dua pupu dan kebawah dan seterusnya keluarga yang terjauh Keluarga susuan: mereka yang kelihatan semacam keluarga susuan, tetapi bukan susuan, contoh: Ali, Karim, Yusuf adik beradik, Yusuf menyusu kepada Ramlah ibu kepada Melati, Mawar dan Melor. Yusuf haram nikah dengan semua tiga beradik perempuan itu, tetapi tiga beradik itu halal nikah dengan Ali dan Karim.

Persemendaan: adik ipar, kakak ipar, abang ipar, isteri ke 2,3,4 abang ipar, biras, isteri bapa saudara, suami ibu saudara, anak tiri perempuan yang ibunya belum disetubuhi, adik beradik tiri dan lainnya yang dalam keluarga persemendaan Keluarga angkat: anak angkat dan kebawah, bapa angkat dan keatas, bapa saudara angkat dan kebawah, ibu sausara angkat dan kebawah, adik beradik angkat yang tidak jadi saudara sesusu dan ke bawah

Oleh kerana keluarga bukan mahram adalah ajnabi maka hukum hakam berkaitan mereka dalam keluarga adalah sama dengan hukum ajnabi: hijab dan aurat, aurat pandang dan sentuh, pergaulan silang jantina, perkahwinan dan lainnya. Anggapan bahawa mereka sama dengan keluarga mahram adalah salah Masyarakat mesti perihatin terhadap masalah ini.

PENUTUP

Apa yang dibentangkan ini sangat ringkas, memadai untuk penjelasan masalah sahaja, baik jika ada inisiatif menambah perincian. Diharap pembentangan ini dapat membantu tugas anda. Semoga mendapat keberkatan Allah. ‫وال أعلم بالصواب‬

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->