You are on page 1of 1

Pendidikan khas

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk
individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami
kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan
komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah
penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

[sunting] Di Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan
kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas
integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah
menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan
separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala
bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum
mengikut keperluan murid.

Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912,
manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu
lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah
pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-
kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala
gurunya pula adalah seramai 2587 orang.

[sunting] Syarat-syarat
Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6
tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+
tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu
dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

You might also like