You are on page 1of 7

Bab 1: Penduduk

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber manusia.

Sumber manusia ialah tenaga buruh yang penting dan berharga kepada sesebuah negara.

(b) Mengapakah sumber manusia di sesebuah negara perlu dibangunkan dengan


sepenuhnya.

Sumber manusia di sesebuah negara dibangunkan kerana menghasilkan tenaga kerja dan
saiz pasaran yang mencukupi kepada negara.Selain itu,ia juga untuk melakukan kerja-
kerja yang menggunakan tenaga kudrat(otot)seperti mengerjakan tanah pertanian dan
buruh di sektor pembinaan. Tenaga buruh yang berkualiti Adalah mereka yang memiliki
tahap kesihatan yang baik dan berkeupayaan melakukan kerja fizikal yang lasak.
Tambahan pula, ia juga untuk melakukankerja-kerja sawah,buruh ladang ,atau buruh
binaan penduduk lelaki Yang ramai, sihat, dan muda sangat diperlukan. Dengan itu, ia
untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemahiran berbahasa
khususnya Bahasa Inggeris. Seterusnya,jumlah buruh, tahap kesihatan, jantina ,umur,
kesanggupan.dan moboliti tenaga manusia sangat mustahak dalam menentukan
produktiviti sesuatu sektor. Akhir sekali,ia juga dibangunkan kerana memerlukan
pekerja yang mempunyai kemahiran multi dimensi dalam Bidang ICT seperti e-
dagang,e-pelaburan,e-governan,dan sebagainya.

(c) Bandingkan kualiti sumber manusia di negara maju dengan sedang membangun.

Kualiti sumber manusia di negara-negara maju diukur melalui cirri-ciri seperti


kesihatan, tahap pendidikan yang tinggi. Di negara sedang membangun pula kualiti
sumber manusia tidak diberi keutamaan yang serius sebaliknya kuantiti manusia diberi
keutamaan.

2. (a) Kenal pastikan lima kualiti sumber manusia yang berdaya saing pada masa kini.

Lima kualiti sumber manusia ialah ciri-ciri fizikal dan kesihatannya,tahap pendidikan
dan kemahiran yang dimiliki,keterbukaan,mobility,sikap,serta kemenjadiannya.

(b) Cadangkan lima langkah yang boleh diambil untuk membangunkan kualiti sumber
manusiadi sesebuah negara.

Lima langkah yang boleh diambil untuk membangunkan kualiti sumber manusia di
sesebuah negara ialah memajukan tahap pendidikan iatu dengan berfikir secara kritif
dan kreatif untuk meningkatkan produktiviti nagara.
Langkah kedua ialah,mewujudkan tahap kesihatan yang tinggi agar berupaya
melakukan pelbagai pekerjaan. Selain itu,tahap kemahiran yang menguasai teknologi
maklumat dan komunikasi serta mahir berbahasa Inggeris juga perlu diwujudkan.
Langkah yang seterusnya ialah perlu memberi latihan yang mantap agar tahap
pekerjaan mereka meningkat. Langkah yang akhir ialah,sikap keterbukaan yang
sanggup memberi dan menerima pandangan orang lain.
Bab 2: Taburan Penduduk

1a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk?

Pola taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan di


muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan
penduduk, iaitu padat, sederhana dan jarang. Taburan penduduk padat terdapat di kawasan
bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kawasan
bandar kecil seperti Keluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kawasan
pedalaman, gurun dan kawasan berpaya.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia,


antaranya faktor ekonomi. Kawasan yang mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi akan
menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan itu. Antara
aktiviti ekonomi yang dijalankan ialah aktiviti perindustrian dan perniagaan yang giat seperti
di Shah Alam dan Bayan Lepas.

Faktor pembandaran juga mempengaruhi taburan penduduk. Sesebuah kawasan yang


mengalami proses pembandaran akan berubah fungsi. Kawasan bandar yang mempunyai
kemudahan seperti hospital, klinik, kedai makan, bank dan lain-lain akan menyebabkan
penduduk bertumpu. Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana kekurangan kemudahan
infrastruktur dan sosial. Faktor dasar kerajaan turut mempengaruhi taburan penduduk melalui
penubuhan Rancangan Pembangunan Wilayah melalui skim FELDA dan FELCRA, DARA,
KEJORA, KESEDAR dan lain-lain lagi. Penduduk dari pelbagai kawasan di seluruh negara
ditempatkan di kawasan ini untuk bergiat dalam aktiviti pertanian seperti penanaman getah
dan kelapa sawit secara lading. Kawasan asalnya yang berpenduduk jarang akhirnya menjadi
kawasan yang padat.

Faktor sumber alam turut mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan yang


mempunyai banyak sumber alam akn menjadi tumpuan penduduk untuk meneroka sumber
alam tersebut. Lembah Klang dan Lembah Kinta kaya dengan sumber bijih timah suatu ketika
dahulu mempunyai penduduk ramai yang bekerja dalam sector perlombongon. Kawasan Paka
dan Kerteh juga menjadi tumpuan kerana terdapatnya sumber petroleum dan gas asli. Faktor
bentuk muka bumi juga mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan tanah pamah yang subur
menjadi tumpuan penduduk. Kawasan tanah pamah aluvium amat sesuai untuk tananam padi
telah menjadi tumpuan penduduk seperti di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan.
Manakala kawasan pedalaman yang dipenuhi hutan tebal dan berpaya berpenduduk jarang
seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak. Faktor saiz sesebuah kawasan juga mempengaruhi
taburan penduduk. Dengan jumlah penduduk yang sama tetapi saiz negeri yang berbeza maka
taburan penduduk juga berbeza. Di negeri Pahang, taburan penduduknya kurang padat
berbanding dengan Melaka kerana keluasan Pahang jauh lebih besar daripada keluasan
Melaka.

c) Jelaskan kesan taburan penduduk yang padat dan tidak padat ke atas eksploitasi sumber
alam di Malaysia.
Kesan taburan penduduk yang padat terhadap eksploitasi sumber alam di Malaysia
telah menyebabkan berlakunya kepupusan atau kehabisan sumber alam.Penduduk yang ramai
akan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap sumber alam.Contohnya,peningkatan
jumlah penduduk menyebabkan permintaan petroleum meningkat.Lama-kelamaan sumber ini
akan habis.Penduduk yang padat menyebabkan lebih banyak kawasan diperlukan untuk
membina petempatan dan seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah kemusnahan
hutan.Penduduk yang padat juga akan menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan di atsan
jaln raya.Hal ini menyebabkan lebih banyak gas-gas beracun seperti karbon monoksida
dilepaskan daripada asap kenderaan yang menyebabkan masalah pencemaran udara.

Pembinaan bangunan yang semakin banyak pula akan memyebabkan suhu meningkat
dan membentuk pulau haba di kawasan bandar.Kemusnahan hutan juga terjadi kerana lebih
banyak kawasan baru diteroka untuk membina bangunan dan kawasan perumahan.Secara
tidak langsung akan memnebabkan berlakunya tanah runtuh,pemusnahan kawasan tadahan air
dan juga akan memganggu ekosistem dan habitat haiwan.Kawasan penduduk padat juga
menyebabkan berlakunya tekanan terhadap sumber alam terutama sumber tanah.Di kawasan
ini berlaku persaingan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pembandaran,
infrastruktur, pertanian dan lain-lain. Kesannya saiz relatif tanah menjadi semakin sempit dan
harga tanah semakin meningkat. Contohnya, di kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Alor
Setar dan Ipoh.

Penduduk yang padat juga member kesan yang baik, iaitu sumber di sesuatu
kawasan dapat dibangunkan secara optimum. Sumber yang ada tidak akan dibazirkan.
Misalnya, tanah dapat dimajukan sepenuhnya menjadi kawasan petempatan, pertanian,
perindustrian dan lain-lain.Tenaga kerja juga mencukupi untuk meneroka kawasan ini. Di
kawasan ini, pelbagai produk sumber alam boleh dihasilkan bagi memenuhi keperluan
penduduk seterusnya menggalakkan inovasi dalampengeluaran. Kawasan penduduk tidak
padat pula akan membawa kepada pembaziran sumber alam kerana kekurangan tenaga buruh
untuk mengeksploitasi sumber alam. Tingkat teknologi yang rendah juga menyebabkan
sumber alam tidak dapat diteroka. Hal ini banyak berlaku di kawasan pedalaman Pahang,
Sabah dan Sarawak.

2. Peta 1 menunjukkan taburan penduduk di bandar-bandar Asia Tenggara.

a) Berdasarkan peta, namakan lima bandar di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk
lebih daripada satu juta orang.

Bandar-bandar itu ialah Manila, Bangkok, Jakarta, Singapura, dan Hanoi.

b) Mengapakah penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia Tenggara?


c)
Penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia Tenggara kerana pelbagai
faktor.Pertama,bandar-bandar utama ini adalah ibu kota negara masing-masing yang
menjadi tempat tumpuan segala kemudahan untuk kehidupan ekonomi,sosial,politik,
dan budaya.Kedua,bandar-bandar ini juga menjadi kawasan tumpuan aktiviti ekonomi
seperti industri perkilangan,perdagangan dan perkhidmatan.Aktiviti demikian menjana
banyak peluang pekerjaan kepada tenaga kerja negara yang sebahagian besarnya datang
dari desa dan bandar-bandar kecil.
Ketiga,kemudahan sosial yang banyak disediakan di bandar-bandar utama
seperti pendidikan tinggi,hospital pakar, pejabat-pejabat pentadbiran negara, sukan,
rekreasi, hiburan dan budaya menyebabkan ramai penduduk bertumpu dan memilih
untuk tinggal dalam atau berhampiran bandar-bandar utama.Keempat,ramai penduduk
desa dan bandar kecil berpindah ke bandar-bandar utama kerana kawasan desa dan
bandar kecil kurang kemudahan ekonomi,sosial dan mundur serta kurang peluang
pekerjaan berbanding dengan ibu negara yang memberi banyak peluang untuk mencari
nafkah dan meningkatkan taraf hidup.

d) Jelaskan masalah-masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh bandar-bandar besar
akibat daripada tumpuan penduduk yang terlalu ramai.

Masalah pertama ialah penduduk terlalu padat, kekurangan perumahan dan


kemudahan asas membuatkan pembuangan najis (pembetungan) dan pelupusan sampah
terabai yang menyebabkan pencemaran udara, sungai, dan alam sekitar bandar giat
berlaku.Kedua, perindustrian yang berlalu banyak sukar dikawal membawa kepada
pencemaran udara dan sungai melalui pembuangan sisa yang beracun dan berbahaya.

Ketiga, kenderaan terlalu banyak,jalan-jalan raya sesak membawa kepada


pencemaran udara dan bunyi bising. Udara di bandar-bandar utama menjadi tidak sihat,
dan bunyi bising memganggu ketenteraman hidup.

Keempat ,suhu bandar utama agak tinggi berbanding kawasan sekelilingnya


kerana haba dari kilang-kilang, kenderaan, bangunan yang menggunakan penghawa
dingin, dan jalan-jalan yang diturap menyebabkan haba panas terkumpul di kawasan
bandar. Kelima.oleh kerana tumpuan penduduk yang padat dan aktiviti bandar yang
pelbagai, bandar-bandar utama biasanya kekurangan kawasan hijau seperti taman dan
tasik yang boleh menyederhanakan suhu dan dijadikan kawasan rekreasi.

Bab 3: Pertumbuhan Penduduk

1a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk?

Pertumbuhan penduduk sesuatu kawasan berlaku antara dua tahun contohnya, pada
tahun 1980 dan 1990 kerana terdapat pertambahan bilangan berpunca daripada kelahiran dan
migrasi masuk setelah ditolak bilangan yang mati dan berpindah keluar (migrasi keluar)
kawasan. Bilangan penduduk yang bertambah itu boleh dikira dalam bentuk peratus setahun
mengunakan formula pertambahan atau petumbuhan penduduk. Angka peratus setahun atau
tahunan itu merupakan kadar pertumbuhan penduduk yang berbeza tinggi rendahnya dari satu
kawasan ke satu kawasan yang lain dan dari satu tahun ke satu tahun yang lain.

b) Huraikan ciri penduduk sebuah negara dalam konteks peralihan demografi negara
membangun.

Pada masa ini, negara-negara sedang membangun mengalami proses peralihan


demografi yang menunjukkan bebrapa cirri penduduk yang agak ketara. Pertama ialah kadar
kelahiran yang masih agak tinggi, iaitu melebihi 2.0 peratus setahun. Kadar tinggi ini
berpunca daripada pelbagai faktor seperti struktur penduduk muda, kadar kesuburan tinggi
dalam kalangan penduduk wanita, taraf pendidikan rendah dalam kalangan wanita, adat resam
termasuk hukum agama dan kurangnya keberkesanan program perancangan keluarga.
Kedua ialah kadar kematian yang semakin rendah yang berpunca daripada kemajuan
teknologi perubatan dan kaedah penjagaan kesihatan yang baik, pemakanan yang sempurna
dan kurangnya penyakit berjangkit yang serius. Kadar kematian yang rendah, iaitu kurang
daripada satu peratus setahun dan kadar kelahiran yang masih tinggi menyebabkan kadar
pertambahan penduduk semula jadi tinggi di negara-negara sedang membangun pada masa ini
terutama di Afrika, Asia Selatan dan Amerika Selatan. Inilah yang dipanggil ledakan
penduduk.
Kebanyakan negara di benua tersebut merekodkan kadar pertumbuhan penduduk
melebihi 2.5 peratus setahun. Oleh sebab kadar kelahiran dan pertumbuhan penduduk tinggi,
maka wujudlah satu lagi ciri utama penduduk negara sedang membangun, iaitu penduduk
muda (umur bawah 40 tahun) melebihi 35 peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk
muda adalah punca kadar kesuburan tinggi dan kadar kematian rendah. Kadar kelahiran kekal
tinggi akan menyebabkan kadar kematian terus turun, kadar petambahan penduduk semula
jadi tinggi, dan proses demografi terus barada dalam peralihan. Proses peralihan demografi
akan tamat apabila kadar kelahiran bertemu dengan kadar kematian pada aras yang rendah
seperti yang dialami oleh negara-negara maju seperti Norway, Sweden dan Jepun.

c) Jelaskan masalah kependudukan yang dihadapi oleh sesebuah negara sedang membangun.

Sesebuah negara sedang membangun menghadapi pelbagai masalah kependudukan


seperti mengurangkan kadar kelahiran, menanggung beban penduduk muda yang tidak
produktif dari segi ekonomi memenuhi kehendak penduduk muda yang ramai seperti
kemudahan pendidikan, kesihatan dan peluang yang banyak. Dalam kebanyakan negara, dasar
mengawal pertambahan penduduk sukar dicapai kerana sebab-sebab tertentu seperti adat
resam dan amalan social seperti menggalakan kahwin muda dan mempunyai seramai anak
yang boleh. Keadaan begini biasanya berlaku di negara-negara miskin yang tidak mampu
menyediakan kemudahan pendidikan yang menyeluruh kepada semua penduduk yang
memerlukan. Biasanya kanak-kanak perempuan yang tertinggal daripada arus kemjuan sosial
melalui pendidikan. Oleh itu, mereka akan berkahwin pada usia yang masih muda dan
mempunyai kadar kesuburan tinggi.
Negara sedang membangun yang miskin tidak mampu menanggung beban
penduduk muda yang tidak produktif dari segi ekonomi. Penduduk muda yang ramai perlu
diberi pendidikan, dirawat jika sakit, diberi kemudahan riadah dan bersukan serta dilatih
untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Keperluan itu semua dibiayai dengan sumber
kewangan yang besar. Tanpa sumber kewangan yang cukup, kemudahan tidak boleh
disediakan dengan sempurna.
Penduduk muda yang ramai dan yang bertambah dengan pesat memerlukan
peluang pekerjaan yang banyak. Biasanya peluang pekerjaan dicipta melalui perkembangan
ekonomi yang biasanya digerakkan oleh pelaburan yang besar dalam bidang perindustrian,
perkhidmatan dan pengeluaran primer.Jika pekerjaan tidak mencukupi atau tidak ada
perkembangan ekonomi, maka ramai penduduk terutama yang muda dan baru memasuki
pasaran buruh tidak mendapat pekerjaan. Pengangguran boleh menimbulkan masalah sosial
dan ekonomi kepada negara.
2a) Huraikan maksud lebihan penduduk?

Lebihan penduduk ialah suatu keadaan yang berlaku dalam sesebuah negara atau
kawasan tertentu apabila sumber alam, peluang pekrjaan dan kemudahan sosial yang ada agak
terhad berbanding dengan jumlah penduduk yang ramai. Keadaan ini dipanggil lebihan
penduduk mutlak. Dalam keadaan tertentu, sumber alam yang terdapat dalam negara tidak
dapat dimajukan kerana kekurangan modal dan teknologi menyebabkan sumber alam tidak
dapat diolah untuk manfaat penduduk yang ramai. Keadaan ini dipanggil lebihan penduduk
relative. Kedua-dua keadaan demikian boleh menyebabkan penduduk terus berada dalam
kemiskinan, kedaifan, dan kemunduran dengan mengalami taraf dan kualiti hidup yang
rendah.

b) Terangkan kesan lebihan penduduk kepada sesebuah Negara.

Lebihan penduduk menimbulkan pelbagai kesan kepada sesebuah negara.


Antaranya ialah kepadatan, pengganguran, kemiskinan, kekurangan kemudahan asas dan
migrasi keluar. Kepadatan penduduk dalam satu-satu kawasan tertentu sama ada di desa atau
di bandar amat tinggi; di desa penduduk bertumpu di kawasan pertanian sara diri dan hidup
dalam ketidakcukupan makanan serta kemudahan asas yang lain. Di bandar-bandar utama,
sebahagian besar penduduk bertumpu dalam sektor tidak formal dan menjalankan pekerjaan
yang bergaji rendah, tinggal dalam kawasan setinggan dan sesak. Kadar pengangguran
sebenar adalah tinggi kerana penduduk yang begitu ramai sukar untuk mendapat pekerjaan.
Ekonomi yang miskin tidak mampu menjana peluang pekerjaan untuk penduduk yang ramai.
Putaran ganas kemiskinan menyebabkan ekonomi sukar berkembang kerana
kekurangan atau ketiadaan modal dan teknologi untuk memajukan ekonomi negara.Kerajaan
mendapati sukar untuk menyediakan kemudahan asas secukupnya seperti
kesihatan,pendidikan dan kebajikan untuk penduduk yang ramai,rata-ratanya miskin dan tidak
mampu.Penduduk terus mengalami kemiskinan serta taraf dan kualiti hidup yang
rendah.Negara akan mengalami kehilangan penduduk disebabkan migrasi keluar
penduduknya ke negara-negara lain untuk mencari pekerjaan terutama dalam kalangan
penduduk muda.

c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman penduduk


sesebuah negara.

Migrasi dalaman ialah perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang
tidak merentasi sempadan sesebuah negara. Pola paling dominan ialah migrasi desa ke
bandar, walaupun ada lagi pola lain seperti bandar ke bandar, desa ke desa dan bandar ke
desa. Antara faktor utama yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman sesebuah negara
ialah faktor-faktor penarik di kawasan destinasi dan faktor-faktor penolak di kawasan asal.
Faktor-faktor penarik di kawasan destinasi terdiri daripada hasil kemajuan ekonomi
di kawasan tersebut seperti peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang perkilangan,
perkhidmatan dan pertanian moden, kemudahan-kemudahan ekonomi dan sosial yang di bina
dan dimajukan seperti kewangan, insurans, pendidikan tinggi dan kemahiran teknikal,
kepakaran dalam bidang kesihatan, perumahan moden, hiburan dan reakreasi. Kemajuan
sedemikian biasanya berlaku di bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan perindustrian,
pertanian moden dan pelancongan di seluruh negara. Penduduk muda terutama di Bandar-
bandar kecil dan desa yang dibelenggu kemiskinan biasannya tertarik untuk berhijrah ke
pusat-pusat kemajuan untuk mencari peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka.
Di Malaysia, pusat-pusat kemajuan seperti Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang
telah menarik ramai penduduk dari kawasan-kawasan lain.
Faktor-faktor penolak dari kawasan asal terutama desa miskin dan bandar kecil
adalah keadaan kemiskinan,taraf dan kualiti hidup rendah,ketiadaan peluang
pekerjaan,penduduk berlebihan,kekurangan kemudahan sosial seperti pendidikan tinggi dan
kemahiran teknikal serta kepakaran kesihatan.Faktor-faktor ini telah menolak ramai penduduk
terutama golongan muda dari kawasan-kawasan kurang maju ke bandar-bandar utama negara
untuk mencari pekerjaan dan peluang memperbaiki kehidupan diri dan keluarga.
Migrasi dalaman yang berlaku dipengaruhi oleh faktor-faktor penarik dan penolak
telah digalakkan lagi dengan kemudahan pengangkutan awam yang maju dan murah dari
kawasan asal ke kawasan destinasi.Selain daripada faktor-faktor di atas,terdapat juga keadaan
yang menyebabkan penduduk berpindah tempat kediaman seperti perkahwinan,tindakan atau
dasar kerajaan memindahkan penduduk,keadaan tidak aman akibat peperangan atau
kekacauan,dan kejadian bencana alam yang serius berlaku di kawasan asal.

You might also like