P. 1
Sistem Perbankan Islam

Sistem Perbankan Islam

5.0

|Views: 10,900|Likes:

More info:

Published by: Nagathisen Katahenggam on Jan 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2013

pdf

text

original

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.

com)

Pengenalan Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjammeminjam dan sebagainya (Pengertian Muamalat, 2004).Muamalat dalam konteks yang biasa digunakan merujuk kepada sistem perbankan dan kewangan Islam.Sistem ini berlandaskan prinsip Syariah atau undang-undang Islam dan sesuai dipraktiskan dalam pembangunan ekonomi negara teokrasi Islam atau negara berlandaskan Islam .Konsep asas perbankan Islam bukan sahaja merangkumi pengharaman riba seperti yang biasa dikatakan, malah turut meliputi aspek moraliti dan kesamarataan yang menjadi asas kepada kebanyakan agama di dunia (Islamic Finance, 1997). Di dalam kitab-kitab agama samawi lain seperti Biblecontohnya, terdapat banyak kenyataan yang mengharamkan riba, malah ramai pemikir barat awal telah mengkritik konsep riba ini seperti Shakespeare dan Charles Dickens. Namun begitu, atas pengaruh sekularisme dan sistem kapitalis laissez faire, pengharaman atas sistem faedah yang mengekspotasi manusia telah diketepikan dan nafsu manusia untuk menjadi kaya dengan mengenepikan kebajikan orang lain menjadi lebih kuat. Zaman penjajahan yang mula berkembang pesat pada abad 18 telah menggantikan amalan kewangan setempat dan telah memperkenalkan konsep kewangan sekularis dengan lebih meluas diserata dunia. Menurut Mahmoud Amin El-Gamal, panduan utama yang menjadi asas kepada pembentukan konsep perbankan syarie adalah sumber-sumber dari Al-Quran, Sunnah, Hadith dan ijma dan qiyas bila perlu (Mahmoud Amin El-Gamal, 2000, hlm 3). Al-Quran menjadi panduan asas dan paling utama di mana peraturan kewangan dibuat berasaskan tafsiran ayatayat didalam al-Quran.Sunnah atau perilaku Nabi Muhammad (saw) semasa hayat baginda

1

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

turut digunakan bersama dengan tafsiran Hadith, iatu pertuturan Nabi Muhamamad (saw) yang telah direkod.Ijma dan Qisas ditafsirkan sebagai persetujuan ummah dalam sesuatu hal, contohnya dalam membuat sistem perbankan Islam yang seragam di semua negara manakala Qiyas pula adalah cara interpretasi yang digunapakai bagi menyelesaikan suatu percanggahan maklumat berlandaskan Al-Quran dan hadith. 1.0 Sejarah Kewangan Islam 1.1 Kewujudan Awal Kewangan Islam. Tatacara kewangan berlandaskan ajaran agama Islam bukanlah satu fenomena baharu tetapi telah lama dipraktiskan bermula dari awal peradaban tamadun Islam dan paling menyerlah pada Zaman Kegemilangan Islam pada abad the 7 ± 10. Waktu ini menampakkan empayar Islam berkembang dari tanah semenanjung Arab menjangkau Iran dan Sepanyol dan dikenali sebagai Empayar Abbasid.Dengan perkembangan empayar tersebut, tatacara kewangan berlandaskan Islam telah wujud dan mengalami inovasi dan pembaharuan. Satu bentuk sistem pasaran bebas yang menekankan kepada perdagangan antara negara telah wujud dan dikenali sebagai ³Islamic Capitalism´ (Subhi Y. Labib ,1969). Sistem ekonomi kewangan telah direka untuk meningkatkan penggunaan matawang Dinar dalam perdagangan dan menggabungkan semua sistem yang bebas sebelum ini kepada satu.Kemudahan-kemudahan seperti matawang pembayaran, akaun pemindahan, kemudahan pinjaman, sistem lejer dan pertukaran wang pada peringkat asas telah wujud.Walaupun pemerintah mempunyai pengaruh yang kuat dalam perdagangan pada awalnya, organisasi perniagaan dan agensiagensi berkait yang bebas telahpun wujud pada waktu ini.Kebanyakanalat perdagangan ini

2

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

yang diasaskan oleh sistem perdagangan Islam ini telah diadaptasi dan dimajukan lagi pada Zaman Pertengahan dan ketika kebangkitan semula benua eropah dari abad ke 13. 1.2 Perkembangan Perbankan Islam Moden Konsep perbankan Islam moden mula wujud pada tahun 1950an, namun begitu situasi politik dunia pada waktu itu dengan persaingan antara sistem kapitalis dan komunis menyukarkan perkembangan perbankan berasaskan teologi. Banyak negara-negara di benua arab ketika itu bercondong kearah kiri dan agak khuatir terhadap pengaruh kuasa agama dalam politik manakala negara-negara Islam di benua Afrika dan Nusantara dalam proses mencapai kemerdekaan. Bank berkonsepkan Islam yang pertama telah dibuka di Mit Ghamr, Mesir pada tahun 1963 tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini berasaskan model ³German Savings Bank´ yang diubahsuai berlandaskan konsep Islam (Clement M. Henry, Rodney Wilson, 2004, hlm 267). Pada tahun 1973, Islamic Development Bank (IDB) telah ditubuhkan pada sidang Menteri-Menteri Luar OIC (Organisation of Islamic Conference).Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB dan telah membantu mengembangkan bank Islam di negara-negara anggota.IDB juga terlibat dengan aktif dalam menggunakan dana bank untuk membangunkan masyarakat muslim sedunia (About IDB, 2007). Antara bank-bank Islam yang mula ditubuhkan adalah Dubai Islamic Bank pada tahun 1975 diukuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan 1977, Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank of Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahrain 1979, The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg, 1980 dan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Di sesetengah negara, sistem perbankan Islam telah menggantikan sepenuhnya sistem kewangan konvensional. Bank Negara Sudan telah mengarahkan semua

3

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

bank di negara tersebut untuk mengharamkan riba dan untuk menukar semua cara perbankan kepada sistem yang berlandaskan syariah pada tahun 1984.

1.3 Sejarah Kewangan Islam di Malaysia Di Malaysia, konsep kewangan syariah bukanlah sesuatu yang baru, sejak perkembangan Islam di kepulauan nusantara pada abad ke 12, undang-undang Islam dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Dalam Undang-Undang Melaka, terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan jual-beli (Abu Hassan Mohd Adam ,1973). Transaksi Islam juga telah digunapakai oleh masyarakat petani di Kedah, Perlis dan Perak sebelum kedatangan penjajah. Konsep yang digunapakai dikenali sebagai al-bay¶ al-Wafa iatu jualan dengan pilihan untuk membeli balik (Salleh Buang ,1989). Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu berkenaan. Selepas merdeka, permintaan untuk satu kewujudan satu institusi kewangan yang halal meningkat dan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai ³Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam´ telah ditubuhkan bagi mengkaji penubuhan sistem perbankan berkonsepkan syariah.Jawatankuasa ini telah membuat cadangan tentang jenis sistem perbankan yang boleh digunapakai dan selepas diteliti, parlimen telah meluluskan Akta Bank Islam 1983.Akta ini telah membuka ruang untuk penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada Julai 1983.Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan

4

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan menyediakan kemudahan kepada semua rakyat negara ini (Sudin Haron, 1999).Matlamat jangka panjang BIMB adalah untuk mewujudkan sistem perbankan Islam untuk beroperasi selari dengan perbankan konvensional. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk mempunyai lebih banyak institusi kewangan Islam untuk beroperasi dan membesarkan lagi pasaran kewangan Islam, maka BIMB telah meluluskan konsep yang dikenali sebagai ³Skim Perbankan Tanpa Faedah³ atau SPTF untuk membolehkan institusi kewangan sedia ada menggunakan infrastruktur yang wujud bagi menubuhkan cabang kewangan syariah. Berikutan ini, bank berkonsepkan syariah kedua telah mula beroperasi hasil dari penggabungan Bank Bumiputera dan Bank of Commerce pada tahun 1999.SPTF juga telah membolehkan bankbank sedia ada menyediakan cabang perbankan Islam seperti CIMB Islamic, HSBC Islamic, Maybank Islamic dan sebagainya. Bank-bank antarabangsa berlandaskan kewangan Islam juga telah bertapak di Malaysia seperti Kuwait Financing House dan Al-Rajhi Bank. Pada waktu sekarang, terdapat lebih 40 institusi kewangan wujud di Malaysia yang menggunakan konsep syariah yang merangkumi bidang takaful, pelaburan dan sebagainya. Bank Negara Malaysia juga telah mengasaskan National Syariah Advisory Council on Islamic Banking and Takaful (NSAC) pada tahun 1997 sebagai kuasa tertinggi dalam pembentukan interpretasi syariah dalam perbankan di Malaysia dan untuk berunding dengan institusi kewangan Islam di negara lain bagi menyeragamkan sistem ini di seluruh dunia. 1. Asas Kewangan Islam 1.1 Konsep Asas Pemilikan Harta Dan Perniagaan Dalam Islam

5

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Islam lebih menekankan kepada entiti masyarakat yang bersatu, dikenali sebagai Ummah berbanding dengan individu.Ini bermakna kebajikan dan pengukuhan entiti ummah adalah lebih penting dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna terdapat pengekangan terhadap keinginan individu untuk menggembangkan hartanya dengan perniagaan, Islam menggalakkan umatnya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nabi Muhammad (saw) sendiri adalah seorang saudagar pedagang, namun keadilan dan kesamarataan bagi masyarakat hendaklah menjadi faktor utama dalam perdagangan. Kekayaan itu tidak dikira sebagai sesuatu yang negatif tetapi satu rahmat dari Allah (swt) maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menggunakan harta tersebut untuk kebaikan sejagat. Menurut Al-Omar, ³Allah memiliki segala harta dan manusia hanyalah seorang penjaga´ (Al-Omar, Fuad & Abdel-Haq, Mohammed,1996hlm 5). Dari segi pemilikan harta pula, terdapat dua jenis pemilikan iatu: i) Pemilikian Bersama ± kemudahan asas seperti air, udara, api dan sebagainya ii) Pemilikian Individu ± barangan persendirian, haiwan peliharan, hak untuk menyewa, memajak atau menjual.

1.2 Zakat Zakat yang bermakna ³penyucian´ adalah satu pembayaran yang dibuat oleh seseorang yang mampu mengikut hukum untuk menyucikan harta dan diri pemilik harta tersebut (Al-Omar et.al., 1996). Menurut definasi Kamus Dewan, zakat diertikan sebagai "sejenis cukai yang diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya (rukun Islam yang keempat). Fungsi utama zakat adalah untuk memastikan kekayaaan dapat dirasai sama rata

6

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

oleh semua golongan manusia dan boleh ditakrifkan sebagai suatu institusi bantuan sosial yang telah wujud sepanjang sejarah peradaban Islam. Satu amaun tetap dikenakan kepada pemilik harta untuk pembayaran zakat, contohnya bagi satu tahun , zakat dikira sebagai 2.5% dari jumlah harta yang dimiliki atau antara 5%-10% dari pemilikan hasil pertanian.

1.3 Syariah Selaras dengan pembentukan sistem pentadbiran Islam, yang bermula dari penghijrahan Nabi Muhammad (saw) dan pengikut-pengikut baginda ke Madinah pada tahun 622 wujud satu sistem perundanngan yang berkonsepkan ajaran Islam yang dipanggil syariah. Walaupun pada awalnya, konsep syariah tidak berapa jelas tetapi menjelang abad ke-10, apabila segala interpretasi Al-Quran telah dikompilasikan,satu gambaran yang jelas telah mula wujud tentang konsep syariah. Syariah yang berlandaskan Al-Quran, Hadith dan Sunnah mempunyai peraturan tertentu dalam pemilikan harta dan kewangan.Contohnya, dalam perdagangan konsep riba atau faedah dan masyir iatu ramalan atau judi adalah dikategorikan sebagai haram.Dalam pandangan hukum syariah, semua perniagaan dan pelaburan yang dibuat oleh orang Islam hendaklah dilakukan dengan bertanggujawab dan mengikut hukum agama (Archer, Simon dan Abdel Karim, 2002).Menurut Al-Omar (1996), walaupun hukum syariah pada asasnya nampak seperti mempunyai banyak peraturan dan ³restrictions´, namun secara asasnya jika sesuatu itu tidak dihalang, maka perkara itu adalah dibenarkan.

7

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Kenyataan ini membolehkan konsep perbankan islam dapat dikembangkan mengikut hukum syariah dengan ruang untuk inovasi. 1.4 Pengharaman Riba Di dalam Al-Quran dan Hadis, pengharaman terhadap riba dinyatakan dengan jelas. Surah Al-Baqarah Ayat 275,278-79 menyatakan : [275]Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal). [278]Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. [279]Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:³Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.´ Riwayat Ahmad dan Abu Daud

8

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Sebab utama kenapa riba diharamkan dalam Islam adalah kerana sistem ini adalah tidak adil dan terdapat unsur-unsur pengeksploitasian didalamnya. Riba mempunyai ciri-ciri negatif seperti berikut: (i) tidak adil Sebagai contoh, seseorang yang memberi pinjaman dan meletakkan suatu kadar faedah/riba terhadap pinjaman itu akan menerima keuntungan tanpa perlu berusaha manakala peminjam tidak semestinya mendapat keuntungan dari pinjaman yang dibuat. Peminjam juga mungkin mengalami kerugian dalam perniagaan yang dilaburkan dengan yang yang dipinjam tadi tetapi masih perlu membayar balik faedah/riba.Ketidakadilan dapat dilihat apabila orang kaya dapat merasa faedah tetapi orang miskin merasa seperti dihukum. Pinjaman yang diberikan juga haruslah halal dan sah dan didefinisikan sebagai pinjaman yang dibuat untuk maksud kebajikan tanpa niat tertentu dan pinjaman bagi pelaburan dalam perniagaan yang halal bertujuan untuk mengambil keuntungan dan risiko yang secara bersama (Al-Omar et.al., 1996; Zineldin, 1990). (ii) Bersifat mengeksplotasi Riba menampakkan unsur pengekspotasian kerana orang yang kaya mendapat kelebihan berbanding orang miskin yang terpaksa meminjam.Islam menekankan perkongsian risiko dalam semua bidang perniagaan yang dibuat dan segala keuntungan dan kerugian haruslah dikongsi bersama peminjam dan yang meminjam (Warde, 2000; Akacem, Mohammad & Gilliam, Lynde, 2002). (iii) Riba tidak adil

9

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Konsep kewangan dalam Islam menekankan penggunaan kemudahan kewangan yang ada untuk dilabur dan mendapat keuntungan yang dapat dirasai oleh ramai pihak.Jika hanya menyimpan wang didalam bank dan membiarkan bank membayar faedah atas penyimpanan itu sebagai pendapatan, ia dianggap haram dan tidak adil kerana orang lain tidak ada akses kepada sumber kewangan untuk pelaburan. Dalam sistem perbankan konvensional, pihak bank hanya mendapat faedah keatas pinjaman yang dibuat untuk perniagaan manakala perbankan Islam menekankan konsep perkongsian keuntungan dan risiko. Kaedah ini dilihat lebih adil kerana kedua pelabur dan peniaga berkongsi untung rugi. Kesimpulannya, riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan balasan. Tetapi riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada kesusahan orang yang meminjamnya. 1.5 Pengharaman keatas Gharar. Gharar dijelaskan sebagai satu bentuk pertaruhan.Dalam konteks perniagaan, gharar boleh dilihat sebagai semua jual beli yang mengandung ketidakjelasan atau pertaruhan atau perjudian atau semua yang tidak diketahui hasilnya atau tidak diketahui hakikat dan ukurannya (Ustadzkhuna Al Fadhil, 2007). Larangan terhadap Gharar dinyatakan didalam Hadis seperti: Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. melarang jual beli hashah dan jual beli gharar," (Muslim [1513]).

10

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Hadis Hakim bin Hizam secara marfu¶, ³Jangan kamu jual apa yang tidak ada disisimu (padamu)´. Maksudnya : Jangan kamu menjual apa yang bukan milikmu, belum kamu pegang atau di luar kemampuanmu. Masuk juga didalamnya seperti menjual burung yang berada di angkasa atau ikan yang berada di laut dan yang sama denganya. Terdapat beberapa jenis gharar yang sering dipraktikkan dalam sistem kewangan konvensional seperti insurans dan spekulasi produk.Contohnya, dalam insurans, seorang yang mengambil insurans mungkin membayar premium sepanjang hayat untuk sesuatu yang tidak dijangka dan mungkin tidak dapat hasilnya jika tiada malapetaka berlaku.Gharar juga disifatkan merugikan kerana melibatkan pertaruhan sumber duit terhadap sesuatu yang tidak jelas dan mungkin merugikan. Terdapat beberapa jenis Gharar seperti : Jual beli barang yang belum ada (Ma¶dum) Jual beli barang yang tidak jelas (Majhul) Jual beli barang yang tidak mampu diserahkan.

y y y

2. Komponen Perbankan Islam Malaysia 2.1 Institusi Kawalan 2.1.1 Sejak penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983, industri kewangan berlandaskan syariah telah mengembang dengan pesat. Bank Negara Malaysia telah mengambil inisiatif aktif dalam memperkasakan institusi ini dengan penubuhan Islamic Interbank Monetary Market (IIMM) pada tahun 1994. IIIM berfungsi sebagai perantara bagi

11

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

institusi kewangan Islam di Malaysia untuk berinteraksi sesama sendiri dan untuk menyediakan peluang jangka pendek bagi pelaburan berlandaskan syariah (About IIIM, 2004). IIIM merangkumi perkara-perkara berikut : ‡ Perkongsian Interbank Komponen Perbankan Syariah Institusi-institusi perbankan yang berkenaan membuat perdagangan komponen kewangan Islam sesama sendiri; contohnya Bon Simpanan Islam atau ³Islamic Debt Securities´. ‡ Mudharabah Interbank Investments (MII) MII adalah suatu komponen perbankan yang membolehkan bank-bank Islam yang berfungsi sebagai bank pelaburan membuat pelaburan atas bank Islam lain yang berfungsi secara defisit. Ini membolehkan bank-bank yang kekurangan dana berkembang dan mendapat keuntungan tanpa perlu mendapat bantuan dari sistem bank konvensional yang mengamalkan riba. Pelaburan yang dibuat adalah berdasarkan konsep Mudharabah atau perkongsian keuntungan. Bank-bank yang terlibat akan membuat perjanjian lebih awal akan peratus keuntungan yang akan dikongsi pada tempoh akhir pelaburan itu. Perjanjian awal memastikan unsur gharar tidak wujud dalam pelaburan tersebut. 2.1.2 Bagi memastikan terdapat keseragaman dalam interpretasi syariah dalam konsep

perbankan di Malaysia, sebuah majlis penasihat telah ditubuhkan pada tahun 1997 yang dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan untuk Perbankan Islam dan Takaful (NSAC) di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia. NSAC mempunyai peranan sebagai:  Badan berkuasa tertinggi dan tunggal untuk menasihat BNM dalam bidang perbankan Islam dan Takaful

12

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com) 



Perantara interpretasi Syariah untuk bidang perbankan Islam dan Takaful Untuk mengkaji dan menganalisis cadangan-cadangan baru oleh bank dan institusi takaful bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peraturan syariah.

2.2 Ciri-ciri Perbankan Islam Tiga bank akan menjadi panduan bagi melihat konsep dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang disediakan. Bank-bank tersebut adalah bank berkonsepkan syariah sepenuhnya iatu Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat manakala CIMB Islamic adalah satu cabang perbankan dalam kumpulan CIMB Bank. Kesemua bank-bank Islam tersebut menggunapakai jenis perkhidmatan asas yang sama dengan perbezaan pada kadar keuntungan atau pengubahsuaiaan dalam bidang-bidang tertentu. Konsep asas yang digunapakai adalah seperti : 1) Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan) Suatu sistem amanah bagi penyimpan menyimpan harta/duit.Pihak penyimpan (bank) diamanahkan untuk menjaga harta tersebut dan harus memberi balik kepada penyimpan apabila diminta.Penyimpan tidak layak menerima keuntungan dari simpanannya tetapi pihak yang diamanahkan boleh menyalurkan sedikit pemberian mengikut budi bicara sendiri. 2) Mudharabah (perkongsian keuntungan) Merujuk kepada perjanjian yang dibuat antara pemberi dana (pelanggan) dengan usahawan atau pengurus dana (bank) bagi pihak usahawan melabur dana tersebut

13

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

dalam perniagaan berlandaskan syariah. Kadar keuntungan yang pemberi dana akan dapat adalah ditentukan terlebih dahulu manakala kerugian ditanggung oleh usahawan. 3) Musyarakah (usahasama) Satu usahasama bagi pelaburan dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan dan kerugian akan dikongsi bersama mengikut perjanjian yang dibuat terlebih dahulu. 4) Murabahah Merujuk kepada penjualan sesuatu barangan dengan kadar keuntungan dan kos-kos lain dipersetujui terlebih dahulu antara dua pihak yang terlibat. 5) Bai¶ Bithaman Ajil (pembayaran tertangguh) Penjualan sesuatu barangan dengan cara pembayaran ansuran dengan kadar keuntungan yang dipersetujui terlebih dahulu antara dua pihak yang terlibat. 6) Bai¶ al-Dayn Penjualan atau pembelian borang berkenaan tentang hutang antara bank. 7) Bai¶ al-Inah (penjualan dan pembelian balik) Penjualan aset kepada pelanggan dengan bayaran ansuran dan bank boleh membeli balik aset itu dengan harga rendah jika pembayaran dihentikan. 8) Al-Ijarah Thumma al-Bai¶ (sewaan dan pembelian) Bank menyewa sesuatu aset kepada pengguna dengan kadar tertentu dan pada akhir tempoh sewaan, aset dijual dengan kadar keuntungan yang telah disetujui. Contohnya sewa beli kereta. 9) Ijarah (sewaan)

14

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Perjanjian dimana pemilik akan menyewa peralatan, bangunan dan sebagainya kepada penyewa dengan kadar sewa yang dipersetujui. 10) Qardhul Hassan Pinjaman kewangan tanpa faedah yang diberi, peminjam boleh membayar lebih sebagai tanda terima kasih. 11) Bai¶ as-Salam Perjanjian dimana pembayaran dibuat dahulu bagi sesuatu barangan yang akan dihantar kemudian. 12 )Bai¶ al-Istijrar (kontrak) Perjanjian kontrak antara pembekal dengan pembeli bagi menyediakan sesuatu barangan bagi tempoh yang diminta dengan pembayaran yang telah dipersetujui. 13) Kafalah (jaminan) Jaminan bertulis oleh institusi kewangan yang menjamin kewangan atau perniagaan seseorang. 14)Rahnu (pinjaman pajak) Pembayaran akan diberi berdasarkan jenis barang yang dipajak. Barangan tersebut akan dirampas jika pelanggan gagal membayar balik yuran pajakan. 15) Hiwalah Merujuk kepada pertukaran pertukaran bayaran antara akaun kewangan sesama pelanggan.Bank boleh meletakkan suatu caj komisen yang berpatutan.

15

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

16) Sarf (foreign exchange) Pertukaran wang asing. 17) Sukuk Bon kewangan Islam. 18) Ujr (komisen) Caj yang dikenakan untuk perkhidmatan bank. 19) Hibah (pemberian) Pemberian yang diberi secara sukarela untuk perkhidmatan bank.

2.3 Perkhidmatan Mengikut Bank. Bank-bank berkonsepkan syariah di Malaysia seperti Bank Islam, Bank Muamalat dan CIMB Islamic secara amnya menggunapakai kaedah perbankan yang agak sama tetapi setiap bank mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang. Pelanggan bank dapat memilih konsep kewangan yang bersesuaian dengan keperluannya.Dinyatakan disini beberapa perkhidmatan umum yang disediakan oleh bank dan konsep yang digunapakai dirumuskan. 2.3.1 Bank Islam Malaysia Berhad Institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1983 ini memberikan perkhidmatan yang luas.Dengan 93 cawangan yang beroperasi dan banyak lagi dalam cadangan, Bank Islam sedang berkembang pesat (Bank Islam, 2009). Antara perkhidmatan yang disediakan adalah : 2.3.1.1 Simpanan

16

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com) 

Akaun Simpanan Wadiah Menyediakan simpanan berkonsepkan kontrak wadiah, bank bertanggungjawab menyimpan wang dengan selamat, dan bank boleh memberi pemberian (hibah) mengikut budi bicara bank.  Akaun Simpanan Mudharabah Kontrak Mudharabah menjadi pilihan ramai kerana simpanan yang dibuat akan digunakan oleh bank untuk melabur dalam perniagaan halal dengan perkongsian keuntungan antara bank dan pelanggan. BIMB menyediakan beberapa jenis akaun Mudharabah yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. 2.3.1.2 Pinjaman  Pinjaman Perumahan Berpandukan kontrak Bai Bithaman Ajil, pembayaran adalah tetap bagi setiap bulan, maka peminjam tidak perlu risau akan kenaikan kadar faedah yang tidak tetap seperti bank konvensional.  Pinjaman Peribadi Berpandukan konsep Bai-Murabahah, pendahuluan yang diberi oleh bank perlu dibayar dengan melalui ansuran dengan kadar keuntungan yang dipersetujui. Terdapat beberapa pakej yang disediakan sesuai dengan kelayakan pelanggan.  Pinjaman Sewa-Beli Kereta Bayaran ansuran adalah tetap, berdasarkan konsep Bai Bithaman Ajil, pembayaran balik termasuk jumlah keuntungan yang dipersetujui terlebih dahulu.BIMB juga memberi

17

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

perkhidmatan insuran motorkar Takaful, dimana berbanding dengan insuran konvensional, pengguna layak menerima keuntungan dari pembayaran premium insuran takaful mengikut konsep Mudharabah. 2.3.1.3 Amanah Saham Bank Islam juga mempunyai cabang Amanah Saham yang dikenali sebagai Amanah Saham Bank Islam. Amanah saham ini memberi peluang bagi para pelabur untuk melaburkan wang dengan jaminan risiko yang rendah, pendapatan amanah saham pula didapati dari perdagangan bon-bon wang berkonsepkan syariah. 2.3.1.4 Bon BIMB juga menjual bon-bon keluaran kerajaan (Government Islamic Issuance) dan bon-bon keluaran GLC seperti Khazanah Nasional yang boleh ditunaikan bila-bila masa.

2.3.2 Bank Muamalat Bank Muamalat ditubuhkan pada 1 Oktober 1999 hasil dari penggabungan antara Bank Of Commerce dengan Bank Bumiputra Malaysia. Bank ini bertujuan untuk mewujudkan persaingan dalam dunia perbankan Islam di Malaysia. 2.3.2.1 Simpanan  Akaun Simpanan Al-Wadiah dan Al-Mudarabah Seperti simpanan Wadiah BIMB, Bank Muamalat menyediakan perkidmatan simpanan harta bagi pelanggan, ini tidak terhad kepada wang tetapi merangkumi sijil tanah, bon-bon saham dan dokumen penting lain. Simpanan Al-Mudarabah pula membolehkan pemilk harta yang

18

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

tiada pengalaman dalam perniagaan bekerjasama dengan pihak bank yang mempunyai kepakaran pelaburan untuk membuat keuntungan. Keuntungan yang dihasilkan akan dikongsi bersama dengan kadar yang ditentukan, contohnya 70:30. 2.3.1.2 Pinjaman 

Pinjaman Berkonsep Bai´ Bithaman Ajil Pinjaman perumahan, kenderaan, perniagaan dan sebagainya diberikan mengikut konsep Bai Bithaman Ajil.Bank Muamalatakan membeli terus barangan tersebut dan menjual balik barangan tersebut kepada peminjam dengan pembayaran bertangguh (ansuran) dengan kadar keuntungan yang ditetapkan dahulu. Pemberian pinjaman juga akan diberikan berdasarkan keupayaan peminjam, contohnya, berdasarkan gaji minimum atau kestabilan pekerjaan.  Ijarah Bank memberi kemudahan untuk syarikat menjual secara memajak sesuatu aset yang dimiliki dan membeli balik dari bank dengan pembayaran tertangguh dengan kadar keuntungan yang ditetapkan. Pelanggan Bank Muamalat boleh mendapat modal untuk digunapakai dengan cara ini.Biasanya untuk barangan seperti kenderaan, jentera, peralatan dan sebagainya. 2.3.1.3 Kemudahan Kewangan Korporat.  MRF o Bank Muamalat menyediakan kemudahan kredit untuk syarikat besardikenali sebagai Muamalat Revolving Credit Facility-i (MRF), MRF adalah berdasarkan kontrak Al-Murabahah. Pihak bank akan membiayai pelanggan yang membeli Sijil Amanah Pembiayaan Muamalat, (Muamalat Revolving

19

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Financing Trust Certificate ) dengan disokong oleh aset dan pelaksanaan Muamalat Revolving Financing Sale Contract. Kemudahan ini boleh juga boleh digunakan untuk pembiayaan kontrak.  ³Shipping Guarantee´ o Surat jaminan yang keluarkan atas prinsip Kafalah oleh bank untuk memudahkan pelanggan mengambil barangan yang dibeli dari luar negara dari pelabuhan tanpa menunggu untuk menyiapkan segala urusan eksport yang mengambil masa lama.  Pembiayaan Projek o Berdasarkan konsep Al-Istisna dimana pelanggan akan meminta pihak bank Muamalat untuk membina sesuatu aset dengan kos ditanggung oleh bank, pihak bank akan melantik kontraktor untuk membuat projek itu dan selepas siap, akan dijual balik kepada pelanggan dengan pembayaran tertangguh dengan kadar keuntungan yang dipersetujui. Biasanya bagi syarikat yang menerima kontrak kerajaan, pembinaan projek perumahan dan sebagainya.

2.3.2 CIMB Islamic CIMB Islamic adalah cabang perbankan syariah dalam kumpulan perbankan CIMB, wujud dari prinsip kerajaan untuk mengembangkan perbankan Islam dengan menggunakan aset-aset bank yang sedia wujud. Bank ini menyediakan konsep-konsep baru yang inovatif dan banyak terlibat dalam transaksi syariah di peringkat antarabangsa dan telah banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

20

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

2.3.2.1

Simpanan 

EcoSave Savings Account-i CIMB Islamic menyediakan simpanan khas berasaskan Mudharabah yang dipanggil EcoSave Savings Account-i yang prihatin terhadap alam sekitar. Simpanan ini adalah ³paperless´ dan penyimpan akan diberikan pemberian RM 5 jika tiada transaksi menggunakan kertas setiap bulan dan 0.2% dari kadar keuntungan akan digunakan untuk projek-projek konservasi alam sekitar. 2.3.2.2 Pelaburan 

Why Wait Fixed Return Investment Account-i Pelaburan ini adalah antara pembaharuan yang dibawa oleh CIMB Islamic, pelabur dijanjikan pulangan tetap (kadar keuntungan tetap) terhadap jumlah yang dilabur, maka pelabur dapat mengeluarkan hasil keuntungan tanpa perlu tunggu untuk akaun itu mencapai tahap matang. 2.3.2.3 Takaful

Disediakan oleh cabang Takaful CIMB iatu CIMB Aviva Takaful. Perbezaannya dengan insuran biasa ialah pembayaran bulanan yang dibuat adalah dikira sumbangan kepada satu skim berdasarkan kontrak Tabaruk. Pihak bank akan mengambil sedikit upah bagi pengurusan sumbangan tersebut. Duit itu juga akan digunakan untuk pelaburan yang berlandaskan syariah dan keuntungan yang didapati boleh diberikan kepada penyumbang dana. Apabila diperlukan atas sebab-sebab yang diyatakan dalam perjanjian takaful, pemberian akan diberi dari wang yang dikumpulkan dalam skim yang mengandungi danadana dari semua penyumbang takaful.

21

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

2.3.2.4

Kemudahan Perniagaan 

Kemudahan Kredit Pusingan CIMB Islamic menyediakan kemudahan kredit bagi digunakan oleh perniagaan untuk digunakan bila-bila masa, menggunakan prinsip Bai¶ Bithaman Ajil, Bai¶ Al µInah atau Murabahah. Akses kepada dana pinjaman ini berterusan untuk sesuatu tempoh masa yang ditentukan dan perlu dibayar balik dengan kadar keuntungan yang dipersetujui dari masa ke semasa.  Letter of Credit-i Diberi dibawah konsep Wakalah, Documentary Credit atau Letter of Credit adalah surat jaminan yang dikeluarankan oleh bank dan menjamin pembayaran kepada penjual bagi pihak pelanggan bank. Wakalah dalam maksud ini bermaksud bank bertindak sebagai wakil bagi pelanggan bank (penjual) dan pembeli.Terdapat beberapa kemudahan menggunakan prinsip Kafalah yang disediakan oleh CIMB Islamic yang bersesuain dengan kehendak pelanggan. 3.0 Isu- Isu Perbankan Islam 3.1 Persoalan Perbankan Islam lebih mahal. Walaupun perkembangan pesat perbankan Islam dapat dilihat di Malaysia, namun terdapat satu persepsi bahawa kadar keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan Islam adalah lebih tinggi dari faedah yang dikenakan oleh bank konvensional. Persepsi ini wujud apabila kadar bayaran dilihat sekali lalu, tetapi apabila dikaji secara mendalam, jelas cara pinjaman yang diberikan oleh bank berasaskan syariah lebih menguntungkan dan tidak merisaukan. Bank konvensional pula biasanya tidak mempunyai kadar faedah yang tetap kerana

22

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

berpandukan BLR, BLR di sini bermaksud Base Lending Rate yang ditetapkan berdasarkan kadar faedah yang dikenakan Bank Negara Malaysia. Kadar ini turun-naik berdasarkan keadaan ekonomi semasa, apabila ekonomi mengembang terlalu cepat dan inflasi naik, kadar BLR akandinaikkan untuk mengurangkan pinjaman manakala BNM akan menurunkan kadar faedah pinjaman apabila ekonomi perlu dirangsang. Tidak ada satu tahap maksimum bagi BLR dan ia boleh melambung tinggi, ketika kegawatan ekonomipada tahun 1998, kadar BLR melambung sehingga 12.27% (Malaysian Base Lending Rate, 2009). Ditunjukkan disini perbezaan pembayaran pinjaman perumahan antara bank konvensional di Malaysia dan perbankan Islam berdasarkan maklumat yang diperolehi dari bank-bank tersebut.

Kadar Pembayaran Balik Pinjaman Perumahan di Malaysia Perbankan Konvensional
Alliance Bank (M) Berhad BLR+2.20% (Thn1-2), BLR+2.00% (seterusnya)

Perbankan Islam
3.00%(Thn 1), 5.00%(Thn 2), 6.20%(seterusnya) CIMB Islamic Bank Berhad

BIMB (Baiti Cakna HF-i)

Hong Leong Bank Berhad

2.38% (Thn 1), 3.38% (Thn 2),

5.65% (Thn 1-5), BFR-2.05% (seterusnya) *

23

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

BLR-1.30% (seterusnya)

*BFR ± Base Financing Rate

Mengikut kaedah yang digunapakai oleh bank konvensional, seperti Alliance Bank yang mengenakan kadar 2.20% + BLR, kadar faedah yang dibayar oleh peminjam pada Februari 2009 adalah sebenarnya 7.75%, kerana kadar BLR semasa (Februari 2009) Alliance Bank adalah 5.55% (Alliance Bank, 2009). Bank Islam pula mengenakan kadar keuntungan yang tetap mengikut konsep Bai Bithaman Ajil dimana kadar itu adalah tetap dan dipersetujui dari awal perjanjian pinjaman. Kadar ini tetap pada kadar 3.00% dan 5.00% pada tahun pertama dan tahun kedua dan 6.20% seterusnya. Jika dilihat, kadar BLR adalah sentiasa diantara 6% hingga 7%, maka dalam jangkamasa panjang, didapati kadar pinjaman Bank Islam adalah lebih menjimatkan. 3.2 Diskaun Perbankan Islam juga memberikan diskaun dalam perjanjian pinjaman perumahan yang diberi.Contohnya,kadar bayaran BFR (Base Financing Rate) sentiasa berubah. BFR biasanya ditetapkan pada kadar 10% tetapi peminjam tidak membayar kadar penuh, kadar yang dibayar adalah mengikut kadar BLR semasa tetapi tidak wujud unsur Gharar kerana kadar yang dipersetujui adalah 10%, tetapi bank memberi diskaun bagi perbezaan antara 10% dengan kadar BLR semasa. Contohnya, BLR semasa adalah 6% maka bank memberi diskaun 4%. Kelebihannya berbanding dengan BLR adalah BFR yang dikenakan tidak akan melebihi 10% walaupun BLR mencapai takat 13% atau lebih. Dalam keadaan ini, peminjam mendapat perlindungan dari ketidaktentuan kadar BLR yang mengikuti kadar faedah yang ditetapkan

24

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

oleh BNM. Walaupun kadar yang dipersetujui adalah 10%, bank masih memberikan diskaun kepada peminjam untuk kekal kompetatif. 3.3 Standard yang Berbeza. Pertambahan pesat bank-bank Islam di dunia berlaku tanpa satu standard kawalan yang seragam. Menurut Joseph Torbey, Presiden Union of Arab Banks seperti dipetik didalam akhbar The Daily Star (Dania Saadi, 2004) terdapat lebih 256 bank berasaskan syariah di dunia dengan jumlah dana melebihi USD 262 billion dan tumbuh dengan kadar 15-20 peratus setahun. Walaupun berkembang pesat, tidak wujud satu badan seperti NSAC di peringkat dunia bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti.Ketidakselarasan ini menyebabkan perkembangan perbankan syariah agak perlahan dan sukar di negara-negara bukan Islam kerana masih wujud banyak persoalan dan sikap prejudis tentang konsep kewangan tersebut khususnya di barat.Perjanjian Basel II tahun 2004, iatu satu perjanjian untuk penyelarasan sistem perbankan sedunia tidak menyebut tentang konsep perbankan syariah walaupun sektor ini berkembang dengan pesat.Ini disebabkan tidak wujud satu badan yang boleh menjadi wakil atau lobi untuk sektor perbankan ini.Badan ini juga boleh menggerakkan pertumbuhan sektor ini di negara barat dengan lebih pesat dan memperkenalkan perbankan Islam di pasaran baru.Kerajaan Malaysia juga kerapkali meminta untuk mewujudkan kordinasi antara negaranegara yang mempunyai operasi perbankan Islam yang aktif. Salah satu cara yang mudah untuk menubuhkan badan tersebut adalah dengan meluaskan skop Islamic Development Bank (IDB) untuk menjadi wakil bank-bank Islam sedunia dan mengeluarkan dasar yang sama untuk digunakan oleh semua bank-bank ahli. Adalah wajar untuk tindakan yang cepat diambil dalam hal ini untuk meletakkan kembali konsep kewangan Islam agar selari dengan kewangan komersial di dunia.

25

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

4. Kesimpulan Apabila idea untuk perbankan baru berkonsepkan syariah mula berkembang pada tahun 1970an, ramai penganalisis kewangan dan bank-bank komersial mengatakan konsep ini agak mustahil dan tidak mungkin dapat bertahan lama namun lebih 30 tahun selepas pengenalannya, bank-bank Islam semakin berkembang dengan pesat. Cara perbankan yang dianggap tidak mustahil pada awalnya mula diadaptasi oleh bank-bank komersial, bank-bank besar telah mewujudkan cabang perbankan Islam sendiri seperti HSBC Islamic, Deutsche Bank, Standard Chartered dan sebagainya.Pengiktirafan ini membuktikan bahawa sistem konvensional tidak boleh monopoli pasaran kewangan selama-lamanya.Sifat tidak mengeksploitasi syariah ini mempunyai kelebihan moralnya sendiri yang semakin mendapat perhatian orang bukan Islam.Berdasarkan pemerhatian di eropah, didapati orang bukan Islam di eropah tertarik dengan sistem kewangan yang beretika dan mempunyai nilai moral yang tinggi (Samuelsson, 1999).Pihak Vatican sendiri telah mengeluarkan kenyataan "The ethical principles on which Islamic finance is based may bring banks closer to their clients and to the true spirit which should mark every financial service," dalam suratkhabar rasminya Osservatore Romano (³Vatican offers Islamic finance´ 2009,6 Mac). Sokongan dari pihak Paus yang sebelum ini banyak mengkritik sistem kewangan kapitalis barat menunjukkan perbankan Islam ini menerima sokongan dari semua pihak dan sudah tiba masanya dunia bertanya, adakahkewangan ala Wall Street ini membantu mengekalkan stabiliti dunia. Krisis ekonomi yang kerap berulang menampakkaan kelemahan sistem laissez faire yang diguna pakai sekarang.Perkembangan kewangan syariah pastiakan menarik lebih ramai pelanggan untuk meletakkan nilai moral sebagai salah satu faktor utama dalam pelaburan, secara

26

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

langsung ini akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan membolehkan jurang ketidaksamarataan antara masyarakat dunia dapat diatasi. Dalam keadaan dunia sekarang yang sedang menghadapi kegawatan ekonomi, banyak bank-bank utama dunia mengalami kerugian besar, Citibank misalnya yang merupakan bank terbesar didunia sebelum ini menduduki kedudukan di belakang kumpulan CIMB Malaysia akibat dari kerugian besar kerana masalah ekonomi sekarang. Bank±bank Islam pula, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank (AFB), Datuk Mohamed Azahari Kamil tidak terjejas teruk akibat dari kegawatan ini dan tidak ada sebarang kejadian di mana bank-bank berkenaan menghadapi masalah tukaran kredit dan tiada derivatif kredit (³Bank Islam Tidak Terjejas´, 2008).Ini adalah kerana bank-bank Islam menyesuaikan khidmat yang disediakan dan hanya melabur dalam industri yang berhemah dan berlandaskan syariah dengan prinsip perkongsian keuntungan. Contohnya, antara penyebab masalah ekonomi di Amerika adalah disebabkan oleh pemberian kadar faedah yang terlalu rendah dan pinjaman kewangan kepada sesiapapun kerana bank hanya bermatlamatkan keuntungan. Apabila peminjam tidak mampu membayar, masalah ekonomi timbul apabila aset-aset terpaksa dirampas oleh bank dan tidak dapat dijual lagi dan bank mengalami kerugian besar. Jadi, adalah jelas prinsip kewangan syariah yang berlandaskan perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan tetap dapat menghalang masalah seperti ini wujud. Diharap perbankan syariah akan berkembang lebih pesat di seluruh dunia dan dapat wujud selari dengan perbankan konvensional padamasa depan.

27

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Islamic Finance (1991), Euromoney Publications diakses pada 27 Februari 2009 http://www.islamic-banking.com/ibanking/whatib.php

Subhi Y. Labib (1969), Capitalism in Medieval Islam, The Journal of Economic History hlm. 79-96 Diakses pada 27 Februari 2009 dari Jstor Database.

Abu Hassan Mohd Adam (1973), Adakah Hukum Kanun Melaka Mempengaruhi Undang-Undang Melayu Lama, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Al-Omar, Fuad & Abdel-Haq, Mohammed. (1996) Islamic banking:Theory, practise and challenges. London : Zed Books Ltd. Archer, Simon & Abdel Karim,2002) Islamic finance: Innovation and growth. London: Euromoney Books.

Zineldin, Mosad (1990) The economics of money and banking: A theoretical and empirical study of Islamic interest-free banking. Stockholm: Almqvist & Wiksell International.

Warde, Ibrahim. (2000) Islamic finance in the global economy. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Akacem, Mohammad & Gilliam, Lynde. (2002) Principles of Islamic banking: Debt versus equity financing. In Middle East Policy, Vol. IX, No.1, 123-138

Ustadzkhuna Al Fadhil Kholid Syamhudi. (2007) Muamalah Maliyah Dalam Konteks
Fikih Islam.

Diakses pada 18 Februari 2009 di http://kustoro.wordpress.com/category/ekonomi-syariah/

Samuelsson (1999). Islamisk Ekonomi, Lund (Terjemahan), Diakses pada 1 Mac 2009 di http://www.almujtaba.com/articles/economy/000874.html

28

Nagathisen Katahenggam (naga_my@yahoo.com)

Vatican offers Islamic finance system to Western Banks. (2009, Mac 06). World Bulletin. Diakses pada 10 Mac 2009 di http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=37814

Pengertian Muamalat (2004), Jabatan Mufti Melaka Diakses pada 17 Februari 2009 di http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/home.htm

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->