You are on page 1of 27

MOTIVASI, KECEMERLANGAN INSAN & ETIKA KERJA

DARI PERSPEKTIF ISLAM

PADA 28 April 2006

Jam 3:00 – 4:30 Petang

Di Mahkamah Sesyen Kangar Perlis

Oleh:
Abu ‘Amrullah Mhammad ADIS Al Merbawiy
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS
MOTIVASI, KECEMERLANGAN INSAN & ETIKA KERJA
DARI PERSPEKTIF ISLAM

• Oleh :
Abu ‘Amrullah Muhammad
ADIS El-Merbawiy
• Program Hari Mesra
Bersama Staff Baru UiTM
Perlis sesi I/2008
• Pada 21 – 22 Ogos 2008
• Dewan Baru UiTM Perlis
02600
Arau Perlis
Makna Motivasi (1)
• (pencergas atau peransang, pembakar semangat
untuk melaksanakan kerja);

• a) Iman dan Taqwa iaitu bagaimanakah kita umat


Islam melihat diri, ‘amal dan ganjaran duniawi dan
ukhrawi yang bakal kita terima selepas mati;
• b) Kecintaan Kepada Allah swt dan Rasulullah saw
– hubbu lillah wa li rasuluhi, iaitu kerana kedua-
duanya umat Islam menghabiskan usaha, keringat
dan tenaga, masa serta kesenangan mereka untuk
menyahut dan memenuhi seruan dan hasrat Allah
swt dan Rasulullah saw di dalam segala perkara
yang diminta kita lakukannya; samaada urusan
duniawi atau ukhrawi.;
• c) Kecintaan sesama Umat Islam – hubbu li al-
muslimin, sama seperti nabi cintakan Umat
baginda, kerana itu segala usaha demi umat
Islam akan dilakukan tanpa ragu-ragu dan
bertangguh, malah akan dilaksanakan secara
terbaik.;
• d) Keimanan kepada hari akhirat,- iman bi
yawm al-akhirah, di mana usaha mesti
berterusan mendapat pahala dan kebaikan
dalam catatan ilahi, kerana manusia hanya
mempunyai ‘satu’ peluang untuk menjalani
hidup ini. Itulah modal kita untuk kebaktian
kepada Allah swt atau penentangan
kepadaNya atau disia-siakan tanpa sesuatu
yang bermakna untuk ke syurga Allah swt.
Kecemerlangan Insan (2)
• Definisi Insan Hamba Ar Rahman:

“Keunggulan kecapaian nilai Insan –


Insan kamil, hamba yang soleh, hamba
Tuhan ar-Rahman (‘ibad al-rahman),
pembina tamadun manusia yang sujud
kepada Syariat Islamiyah dari Allah swt.,
dan menjadi warga akhirat yang terjamin
dengan kebahagiaan abadi
(eternal happiness).”
Ciri-Ciri Kecemerlangan
‘Ibad ar-Rahman’ (slave of Allah swt the Most
Gracious);
1. Kesantunan merendah diri berjalan di bumi
Allah swt (yamshuun ‘ala al-ard hawnan)
2. Mencari Kesejahteraan berdialog dengan
golongan Jahil (khaataba al-jaahiluun qaluu
salaama)
3. Malam hari mereka Sujud sembah Allah swt
dengan Bangun Malam (sujjadan wa qiyaama)
Ciri-Ciri Kecemerlangan
4. Memohon terhindar daripada Azab Allah swt (sarf ’an
azab jahannama)
5. Berhemah dalam belanja ( ‘adam al-israf wa al-iqtar)
6. Tidak Syirik (di‘ayat ilaahan aakhar ) dan melakukan
Jenayah Pembunuhan dan Penzinaan ( wala yaqtulu
al-nafs wala yaznun)
7. Bertawbat dan Beramal Soleh (man taaba wa aslaha)
8. Tidak Bersaksi Dusta (yasyhaduuna al-zuur) dan
Memelihara Kemuliaan diri di Tempat hina (marru bi al-
laghwi marru kiraama)
Ciri-Ciri Kecemerlangan
9. Sensitif dan Sangat Peka dengan Ayat Allah
swt (lam yakhirruu ‘alayha summan wa
‘umyanan)
10. Minta Pasangan Beriman (azwaaj qurrat
a‘yunin) dan Generasi Pemimpin Golongan
Bertaqwa (Imaman li al-muttaqiin)
11. Balasan dari Allah swt dengan Kesabaran
(yujzawna bima sabaruu) dan Mendapat
penghurmatan dan Kesejateraan (tahiyytan wa
salaama) Allah swt.
12. Kekal dengan balasan tersebut (khaalidiinn
fiha ) dan itulah tempat yang terbaik dan kekal.
(hasunat mustaqarran wa muqaama)
Erti Budaya Kerja (3)
“Satu himpunan nilai-nilai atau prinsip-
prinsip yang diterima oleh seseorang
atau sesuatu kumpulan sebagai amalan
ketika melaksanakan tugas atau kerja. Ia
mampu menentukan tingkat prestasi
kerja dan sekali gus pencapaian
sesebuah organisasi.”
- Prof. Dato’ Dr. Syed Othman
al-Habshi, Islam Sebagai Ransangan Terhadap
Prestasi Kerja, IKIM), 1994
Ciri-Ciri Budaya Kerja
1. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang
diterima sebagai dasar kepada budaya
kerja mestilah mencakupi segala bidang
tugas, menggenapi kesesuaian tugas,
matlamat, amalan dan prestasi yang
hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi.
Ciri-Ciri Budaya Kerja
2. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai tersebut
haruslah memiliki empat aspek
terpenting;
– Matlamat (objective) atau Niat (intention)
– Prinsip-prinsip atau Nilai-nilai terpilih untuk
sesuatu bidang tugas (pinciples or values)
– Keutamaan (priority) dan Tertib susunannya
– Falsafah (Islam sebagai gantian) yang
mendasari budaya kerja tersebut.
Ciri-Ciri Budaya Kerja
3. Budaya Kerja Islam mempunyai dua nilai
tambah;
3.1 Tawhid (monotheism – belief in the
unity of Allah almighty) dan Khilafah
(vicegerence)
3.2 Kesetiaan kepada kumpulan (ta‘alluq
jama‘iy – collective loyalty
Budaya kerja Islam (4)
Direalisasikan dan menghasilkan
kecemerlangan melalui tiga peringkat;

4.1 Peringkat Keseluruhan – Peringkat ini


adalah merupakan skop budaya yang lebih
menyeluruh seperti negara, masyarakat,
organisasi, keluarga dan lain-lain. Tegasnya ia
melibatkan semua bahagian skala besar.
(mujahadat li khayri al-ummah – striving for
the excellent Nation )
Peringkat Budaya Kerja
4.2 Peringkat Individu – Malakat fardiyah adalah sangat
penting kerana ia adalah sel-sel pembentukan
kumpulan. Jadi setiap individu perlu dibentuk mengikut
dan serasi dengan budaya kerja kumpulan. Individu
perlu memahami prinsip-prinsip yang memihak kepada
kepentingan individu sahaja, ada pula prinsip-prinsip
yang memihak kepada kumpulan sahaja dan sangat
penting difahami bahawa terdapat prinsip-prinsip yang
membawa kepentingan kepada kedua-duanya sekali.
(recognised the successful factors and being successful
figures)
Peringkat Budaya Kerja
4.3 Peringkat Kumpulan – Jamaa ‘ie ia
bertanggung jawab menjayakan budaya kerja di
peringkat kumpulan. Pengasingan peranan
diperingkat individu, hanya mempastikan skop
peranan dan tugas sahaja. Namun budaya
kerja berkumpulan lebih meminta ketahanan,
persefahaman, pengorbanan dan
kemenangan bersama – win-win situation,
(tadhiyyat wa ta‘aawun – sacrifice and co-
operation )
Penentu Budaya Kerja Islam
(5)
5.1 Niat yang benar (sidq al-niyyah).
5.2 Keutamaan dan Ketertiban. (fiqh
awlawiyyat wa murattabat – priority
and justice)
5.3 Membentuk Budaya Kerja
5.3 Membentuk Budaya Kerja
• Empat prinsip penting agar membentuk budaya kerja
secara peribadi ialah melalui Ketekunan dan
kemahiran (itqan wa maharah), daya kecemerlangan
(ihsan), rasa kecukupan (al-qana‘ah) dan
melaksanakan amanah (ta’diyat al-amanah).[1]
Manakala empat prinsip mampu membentuk daya kerja
berkumpulan (‘amal jama‘ie – team work ) ialah
orientasi berjama‘ah atau berpasukan (espirit de corp),
perbincangan (syura – consultation), kesetaraan atau
kesimbangan (tawazun – equallibrium) dan sikap kerja
berterusan (istiqamah – consistence).

[1] Ibid, IKS, hal. 134-5
Strategi-strategi berkesan
1. Pengenalan (ta‘aaruf), persefahaman
(tafaahum) dan penghurmatan (ihtiraam
atau ikraam) – recognition and
appreciation, menyumbang ke arah
pertimbangan, kesaksamaan dan
keadilan dalam segala tindakan.
2. Keselarasan Kepercayaan dan Amalan
(tawfeeq al-I‘tiqaad wa al-tatbeeq )
melahirkan kepercayaan rakan dan
organisasi terhadap individu dan
kumpulan.
Strategi-strategi berkesan
3. Mengiktiraf hak individu untuk
menyumbang. Ianya akan melahirkan sikap
bertanggung jawab, berikat setia (iltizam)
dan menghargai diri dan kumpulan
4. Memahami peranan dan hubungan kontrak
tugas dan kesetiakawan (ukhuwwah dan
mahabbat – the bond of brethren and
loving). Dengan ini mampu mengurangkan
golongan opportunist atau ‘curi tulang’ dan
memupuk keharmonian hubungan
setiakawan.
Strategi-strategi berkesan
5. Ikatan kemanusiaan itu lebih erat
berbanding dengan ikatan struktur
peraturan dan sistem organisasi. Budaya
menghargai prinsip kemuliaan, kejujuran,
saling mempercayai dan kebenaran akan
terserlah. (the dignity of man – karaamat
al-insan)
Etika Kerja Islam (6)
“Jadi aturan nilai-nilai membentuk ‘khuluq’ ini
datangnya daripada al-Quran dan al-Sunnah
Rasulullah saw berfungsi mencorakkan ‘amal
manusia Muslim. Aturan seumpama Muslim Legal
Procedures inilah dikatakan sebagai Muslim Ethics.

Dengannya membentuk dan mencorakkan segala


usaha dalam penghidupan manusia, ketika mereka
bekerja sebagai pedagang lalu terbentuk Etika
Perdagangan Islam, ketika mereka memerintah lalu
terbentuk Etika Pendtadbiran dan Pengurusan Islam “
Menghayati EKI
1. Matlamat tidak akan Menghalalkan cara. (the ends
never justify the means).
2. Matlamat Duniawi berkaitan dengan Kehidupan di
Akhirat (worldy lives are interelated with the lives
of hereafter)
3. Nilai Keagamaan Mencorakkan Pekerjaan
(Religious principles guide the human business)
4. Penggunaan Masa yang Optima (high appreciation
on time consuming)
Menghayati EKI
5. Melaksanakan Sifat-Sifat Terpuji
(Righteous Comittment)
6. Menilai dan Memperbaiki Pekerjaan (Self
Verification)
7. Tiada Pilih Kasih bahkan keutamaan
kepada yang layak. (Professional
Centred)
8. Perihatin Kepada Pekerja (Just to
Workers)
Menghayati EKI
9. Gaji yang Sebenar (Appropriated
Sallaray Scheme)
10. Tekun Bekerja dan Cekap (Hardworking
and Skillful)
11.Mengamalkan Syura ( Discussion and
Consultation Liverage)
Menghayati EKI
12. Pembahagian Tugas mengikut bidang
kepakaran (Specialization Oriented)
13. Kecekapan Perhubungan Awam
(excellent in public relation)
14. Mempermudahkan Urusan (devoid of
redtapes)
Rumusan
Melalui strategi-strategi di atas,
sesebuah organisasi itu dapat melahirkan
suatu persekitaran, budaya kerja dan etika
kerja yang cemerlang dan menempa
kejayaan individu ahli-ahlinya di dunia dan
akhirat serta mendapat keredaan dari Allah
swt. Dengan demikian mereka akan
menikmati sentuhan kebahagiaan sejati
anugerah Ilahi (gifted happiness of Divinity)
ke hati-hati golongan yang beriman, bekerja
gigih dan bertaqwa kepada pencipta mereka
Allah swt.
TERIMA KASIH
WASSALAAMU ‘ALAIKUM

You might also like