P. 1
Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

|Views: 4,261|Likes:
Kerja Kursus sewaktu PPISMP
Kerja Kursus sewaktu PPISMP

More info:

Published by: Mohd Shafuan Zulkafli on Jan 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2013

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN
Kamus Dewan edisi keempat, 2005, mukasurat 767, menyatakan bahawa kertas

kerja bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan). Terdapat dua jenis kertas kerja yang sering diguna pakai iaitu kertas kerja seminar dan kertas kerja projek. Kertas kerja seminar ialah kertas kerja yang dibuat bagi mengadakan sesuatu ceramah atau seminar. Kertas kerja projek pula dibuat bagi meminta kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek. Terdapat pelbagai cara dan format yang boleh diikuti untuk menyiapkan satu kertas kerja yang baik. Tugasan kali ini adalah tentang bagaimana hendak membuat satu kertas kerja projek dan contoh kertas kerja projek.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN
Objktif kajian ini adalah untuk mengetahui gaya penulisan untuk menghasilkan

satu - satu kertas kerja. Disamping itu, tujuan kajian ini ialah mendapatkan panduan – panduan bagi menghasilkan satu kertas kerja dan mengkaji beberapa contoh kertas kerja bagi melihat format bagi menulis kertas kerja yang baik. Selain itu, tujuan kajian ini juga ialah untuk mencari laras – laras bahasa yang sesuai untuk menulis kertas kerja projek.

1

1.3

KAEDAH KAJIAN
Bagi menyiapkan tugasan ini, kaedah keperpustakaan telah digunakan dengan

merujuk buku-buku, jurnal, laman-laman web yang berkaitan, serta merujuk tokoh-tokoh yang pakar tentang perkara yang berkaitan. Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah kerja lapangan. Maksud kerja

lapangan pula ialah merujuk contoh kertas kerja yang telah disiapkan oleh guru – guru sekolah dengan mengenalpasti format dan gaya penulisan di dalam kertas kerja tersebut untuk dijadikan panduan untuk menulis kertas kerja projek. 1.4

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dibataskan hanya untuk mengkaji dan menulis kertas kerja projek

sahaja.

1.5

DEFINISI KONSEP
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, mukasurat 767, kertas kerja

bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan). Abdull Sukor Shaari, Mohd Isha Awang, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003, p. 133, menyimpulkan bahawa kertas kerja adalah hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak. Khalayak ini boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa persidangan. Dalam tugasan ini merupakan satu garis panduan mengenai penulisan kertas kerja projek besertakan contoh akan dipaparkan. projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan

2

2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK
2.1 KONSEP KERTAS KERJA PROJEK
Kertas kerja projek ialah kertas kerja yang ditulis bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat sesuatu projek. Biasanya kertas kerja ini akan dibentangkan di dalam sesuatu mesyuarat untuk menyatakan permohonan – permohonan tertentu. Dalam satu – satu organisasi, pihak yang ingin mendapatkan kelulusan projek perlu membentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi dalam organisasi tersebut. Kertas kerja ini juga berfungsi sebagai satu penanda yang menunjukkan bahawa projek yang hendak dijalankan telah dirancang dan disusun dengan baik.

2.2

PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK
Satu – satu kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang – kurangnya

pengenalan, objektif, tarikh dan waktu perlaksanaan, kumpulan sasaran, tentatif program, jawatankuasa pengelola, perbelanjaan, penutup dan borang kelulusan. 2.2.1 PENGENALAN Pengenalan merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh namun ringkas. Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan. Pengenalan turut menyatakan apa yang hendak diperkatakan di dalam kertas kerja itu. 2.2.2 OBJEKTIF Objektif adalah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja tersebut. Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagi mendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif biasanya ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.

3

2.2.3 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN Bagi tarikh dan masa pula hendaklah dituliskan tarikh dan masa projek tersebut hendak dilaksanakan. Bagi kertas kerja projek yang baik, masa dituliskan dalam dua kategori iaitu masa bermula projek tersebut dan jangka masa projek tersebut dilaksanakan.

2.2.4 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah kumpulan – kumpulan yang dijadualkan untuk mengikuti projek tersebut. Dengan kata lain, projek tersebut dilaksanakan khas untuk golongan – golongan tertentu bagi mencapai objektifnya.

2.2.5 TENTATIF PROGRAM Dalam kebanyakan penulisan kertas kerja projek, ruangan ini hanya dituliskan seperti “rujuk lampiran…”. Tentatif program adalah susunan aturcara program atau projek tersebut dijalankan. Dalam tentatif hendaklah dimasukkan masa, hari dan aktiviti yang dijalankan.

2.2.6 JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa pengelola terbahagi kepada dua iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Dalam jawatankuasa induk biasanya diletakkan jawatankuasa tertinggi sesuatu badan atau organisasi sebagai penaung atau penasihat. Bagi jawatankuasa kerja pula ialah jawatankuasa yang ditubuhkan atau dilantik bagi melaksanakan projek tersebut.

4

2.2.7 PERBELANJAAN Dalam ruangan perbelanjaan pula hendaklah menyatakan anggaran

perbelanjaan sesuatu projek dan sumber kewangan. Perkara – perkara yang memerlukan bajet atau kewangan hendaklah dituliskan dan dianggarkan jumlahnya. Jumlah wang yang hendak dimohon perlulah sama jumlahnya dengan perbelanjaan.

2.2.8 PENUTUP Dituliskan dengan menyatakan kesimpulan kepada projek yang hendak dijalankan.

2.2.9 TANDATANGAN Tandatangan ini perlu bagi memberitahu siapakah penulis bagi kertas kerja tersebut. Tandatangan perlu berada di bawah penutup dan perlu dinyatakan jawatan penulis tersebut. Di sebelah kanannya perlu ada tandatangan penyemak kertas kerja tersebut beserta jawatannya.

2.2.10 BORANG KELULUSAN Borang kelulusan penting untuk memberitahu kertas kerja tersebut diluluskan atau tidak. Format penulisan borang ini mengikut corak dan kehendak sesebuah badan pentadbiran.

5

3.0 KERTAS KERJA PROJEK

SMK BUKIT SAWA 21400 MARANG, TERENGGANU KERTAS KERJA:BULAN MEMBACA & KEMPEN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU TAHUN 2009

ANJURAN BERSAMA:PUSAT SUMBER SEKOLAH & PANITIA BAHASA MELAYU

6

SMK BUKIT SAWA, MARANG A B C D TAJUK ANJURAN TARIKH SASARAN : : : : Pelancaran Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah 23 Julai 2009 Dan Sepanjang Tahun Semua guru dan pelajar SMK Bukit Sawa, Marang

1.0 Pengenalan:Pelancaran Bulan Membaca diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan kempen membaca peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.Mulai tahun 2005 kempen ini dilaksanakan selama dua bulan iaitu Julai dan Ogos dan seterusnya akan berterusan sepanjang tahun. Justeru tahun ini juga akan diadakan bulan bahasa seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. 2.0 Objektif:3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Murid menggunakan Bahasa Melayu dan mencintai bahasa kebangsaan. Murid berminat untuk membaca dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Mempertingkatkan kecekapan berbahasa Melayu dikalangan pelajar Memupuk potensi individu murid khususnya dalam melahirkan idea dan hujah serta berani dan berkeyakinan. Melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

3.0 Tarikh Dan Masa Pelaksanaan:Sepanjang bulan Julai dan Ogos.

4.0 Kumpulan Sasaran:Semua guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

7

5.0 Tentatif Program:5.1 Mesyuarat Jawatankuasa 5.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti 5.3 Majlis pelancaran 5.4 Derma majalah / bahan bacaan 5.5 Aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Berbahasa Melayu Bil 1 Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa 1 Julai 2009 Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru – guru Bahasa Melayu Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

2

-Penyediaan Brosur -Penyediaan Banner 10 Julai 2009 Pn khadijah Pengawas PSS

3

Majlis Pelancaran i. ii. Sesi pagi Sesi petang 23 Julai 2009 Pn. Julia Pn. Khadijah Hazwani Pn. Jainabi Pelajar di perhimpunan

4

Derma majalah dan bahan bacaan 23 Julai – 30 Ogos 2009 Pn. Khadijah Pn. Rodzilah Pn. Jainabi Guru dan pelajar

8

5

Aktiviti-aktiviti sepanjang kempen:i) Pertandingan membaca dan pengumpulan artikel dan akhbar Pertandingan menulis ulasan buku. Pengucapan awam 1 Julai – 30 Julai 2009 Pn Rodzilah – sesi pagi Pn Jainabi – sesi petang Cik rosidah – sesi pagi Pn suhainah – sesi petang Pn Intan Semua murid SMKBS AJK

ii)

23 Julai – 30 Ogos 2009

Semua murid SMKBS AJK Wakil pelajar Melayu, Cina dan India Pengawas pusat sumber

iii)

Setiap Isnin (bulan Ogos) Setiap Selasa dan Khamis (bulan Ogos)

iv)

Ulasan buku di perhimpunan (sehari sebuah buku) Projek Mural (berkaitan dengan Bahasa Melayu) Drama Bahasa Melayu Kempen Perbualan Harian dalam Bahasa Melayu

Pn Khadijah

v)

Sepanjang kempen dan tahun Bulan Julai

En Daelemi

6 Rendah

vi)

Pn Intan

Kelas 5 Zuhrah

vii)

Sepanjang bulan Julai dan Ogos

Pn Julia

Pelajar menyanyikan lagu ‘Gunalah Bahasa Kebangsaan Kita’ di tapak perhimpunan Semua murid

6

Penyampaian hadiah dan Majlis Penutup

3 Sept 2009

Pn Julia

9

6.0

Jawatankuasa Pengelola:Anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu

PENAUNG

: TN HAJI ROSLI B ABDUL RAHMAN (Pengetua SMKBS) : PN SITI MARIAM BT JONED : EN TAUFIK BIN OMAR : PN UMI KALTHOM BT MOHD NOR : PN JULIA BT KAMARUDDIN (Guru Kanan Bahasa Melayu) : PN KHADIJAH BT UMAR (Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah) : CIK ROSIDAH BT HASSAN : PN RODZILAH BT AZIDAN : : : : : PN SALMAH BT IBRAHIM PN ROSLINDA BT CHE MAT CIK JULIA AZUMI BT ISKANDAR EN ROSLI B WAHAB EN AFFENDI B MUDA DAN AJK JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER PENGAWAS PUSAT SUMBER

PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA P. SETIAUSAHA AJK

10

7.0

Perbelanjaan :-

Bil

Sumber Kewangan

Jumlah

1

SUWA – Pusat Sumber

RM 100.00

2

SMK KOKURIKULUM

RM 100.00

3

PANITIA BAHASA MELAYU

RM 200.00

4

JUMLAH

RM 400.00

8.0

Penutup:-

Diharapkan aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa Melayu ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para murid.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

……………………………………………….. (EN MOHD AFFENDI B. SAAD) Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah, SMK Bukit Sawa, Marang.

……………………………………………….. (PN JULIA BT KAMARUDDIN) Ketua Bidang Bahasa, SMK Bukit Sawa, Marang.

11

BAHAGIAN A PENGESAHAN KELULUSAN

Saya dengan ini ( meluluskan / tidak meluluskan ) Kertas Kerja Bulan Membaca & Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

Catatan:……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………

Cop Rasmi

Tarikh:

12

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada kajian yang telah saya laksanakan, saya mendapati kebanyakan kertas kerja projek yang telah saya kaji di pelbagai bahan rujukan, terdapat beberapa ciri yang perlu ada bagi menghasilkan satu – satu kertas kerja projek yang baik. Satu – satu kertas kerja projek yang baik perlu mempunyai sekurang – kurangnya perkara yang telah dinyatakan di dalam kajian saya. Kertas kerja projek yang dibuat juga boleh berubah – ubah formatnya mengikut satu – satu badan pentadbiran dan peredaran masa.

13

RUJUKAN

1. Nuraini Yusoff, (1990), Penulisan Berformat, Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd. 2. Ab Rahman Ab Rashid, Yap Kim Fatt, (2004), Bahasa Melayu Komunikasi 3, Selangor, Longman. 3. Abdul Sukor Shaari, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 4. Kamus Dewan Edisi Ke-4, (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

LAMPIRAN

15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->