You are on page 1of 51

PENDIDIKAN JASMANI PPISMP

SEMESTER 2
PEMBENTUKAN KURIKULUM

• RASIONAL , KRITERIA DAN CIRI – CIRI PEMBENTUKAN

KURIKULUM

• KEPENTINGAN PJ DALAM KBSR

• PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI
PEMBENTUKAN KURIKULUM

KRITERIA PEMBENTUKAN
KURIKULUM

BERPUSATKAN BERPUSATKAN BERPUSATKAN


PELAJAR MASALAH MATAPELAJARAN
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI
PEMBENTUKAN KURIKULUM

 REKA BENTUK PELAJAR


 Menganggap pemikiran ini akan berkembang jika diberi peluang
berdasarkan kegemaran dan keperluan.
 Elemen humanistik:
 Sepadukan kognitif dan afektif
 Tekan pemikiran, perasaan dan amalan.
 Pentingkan konsep kendiri.
 Penekanan silibus dan pengalaman.
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI
PEMBENTUKAN KURIKULUM
 REKA BENTUK MASALAH
 Melibatkan:

Situasi

Kehidupan

Masyarakat
 Aspek
 Sosial
 Politik
 ekonomi
RASIONAL, KRITERIA DAN CIRI-CIRI
PEMBENTUKAN KURIKULUM

 REKA BENTUK MATAPELAJARAN


 Ciri – ciri:
 Pendekatan yang sering digunakan.
 Berkaitan dengan silibus buku teks.
 Bermula dari sesuatu yang ringkas kepada yang kompleks.
 Mudah diingati dan memahami (teksonomi bloom)
KEPENTINGAN PJ DALAM KURIKULUM
KBSR
 Mempertingkatkan & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
 Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan ikut kemampuan diri.
 Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
 Aplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
kegiatan fizikal.
 Membentuk sahsiah dan disiplin.
 Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
JASMANI
 Proses mengesan:
 Perkembangan
 Kebolehan
 Kemajuan
 Pencapaian
 Sebahagian proses P & P yang dijalankan secara berterusan.
 Dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
JASMANI

 Boleh dibuat secara:


 Pemerhatian
 Penulisan
 lisan
 Hasilnya digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan
pembelajaran murid dan membaiki pengajaran guru.
DE F INISI KECERGASAN

KECERGASAN

Berada dalam keadaan cergas dari Berkeupayaan melaksanakan tugas


segi fizikal dan mental. harian dengan efisyen tanpa merasa
letih atau kelesuan

Dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di


samping itu masih memiliki tenaga untuk
menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan
kecemasan.
KECERGASAN F I Z IKAL

KECERGASAN FIZIKAL

BERLANDASKAN KESIHATAN BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR

1. Daya tahan kardiovaskular 1. Kepantasan

2. Daya tahan otot 2. Kuasa

3. Kekuatan otot 3. Koordinasi

4. Fleksibiliti 4. Keseimbangan

5. Komposisi badan 5. Ketangkasan

6. Masa tindak balas


BERLANDASKAN KESIHATAN
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke otot-otot yang bekerja dan
mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan

Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.

Kecekapan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan sistem respiratori
untuk memenuhi keperluan oksigen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka
masa yang panjang dapat diteruskan
BERLANDASKAN KESIHATAN

Dayatahan KDV boleh dibina dengan melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara
berpanjangan seperti aktiviti berikut:

a) Jogging sejauh 5 km
b) Berbasikal sejauh 20 km
c) Berenang sejauh 600 meter
d) Senamrobik selama 60 minit

Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular antaranya


adalah:

a) Cooper test (lari selama 12 minit)


b) Lari 2.4 km
c) Ujian Bleep (Pace Run)
d) Renang 600 meter.
BERLANDASKAN KESIHATAN

DAYA TAHAN OTOT

Keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi


rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang
panjang.

Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang
pada intensiti yang rendah.

Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-
ulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang
lama.
BERLANDASKAN KESIHATAN

Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan
otot tertentu seperti:

a) latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)


b) Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)
c) Ulangan perlakuan sehingga lesu.

Dayatahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti seperti:

a) Tekan tubi tanpa henti selama 1 minit


b) Harvard step up dengan mengikut rentak metronome
c) Dan lain-lain lagi.
BERLANDASKAN KESIHATAN
KEKUATAN OTOT

Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi
rintangan.

Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek
pada intensiti yang tinggi.

Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).


BERLANDASKAN KESIHATAN
Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan
a) Isotonik
b) Isometrik
c) Isokinetik

Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan:

a) Ujian Kekuatan Otot


b) Bangkit tubi bervariasi
c) Dynometer test
d) Set ujian kekuatan.
BERLANDASKAN KESIHATAN
FLEKSIBILITI

Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya.


Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah
daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot.

Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku melalui satu julat
atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan.

Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk
memanjang.
BERLANDASKAN KESIHATAN
Latihan meningkatkan kelenturan adalah kekerapan untuk melakukan senaman
regangan otot, ligamen dan tendon semasa sesi memanaskan badan.

Ujian Kelenturan
a. Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan
jangkau.
b. Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap kelenturan seseorang.
BERLANDASKAN KESIHATAN
KOMPOSISI BADAN

Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak.

Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding
berat badan.

Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
BERLANDASKAN KESIHATAN

Kadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)

• Latihan Pembakaran Lemak


• Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
• Menga w al kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.
• Meningkatkan kadar metabolisme.
Ujian Komposisi Badan
• Ukur lilit pinggul
• Berat / tinggi
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KEPANTASAN

Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan


pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KUASA

Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.


BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KOORDINASI

Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria


seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota
badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan
tepat.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KESEIMBANGAN

Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan


keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
KETANGKASAN

Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan


atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR
MASA TINDAK BALAS

Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu


stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.
OLAHRAGA
OLAHRAGA

ACARA

BALAPAN PADANG

Lari pecut Lompat jauh

Lari berganti - ganti Lompat tinggi

Lontar peluru
OLAHRAGA
ACARA BALAPAN

Lari pecut

o Posisi ‘ke garisan’

1. Kedua – dua belah kaki menyentuh permukaan trek.

2. Lutut kaki belakang menyentuh permukaan trek.

3. Kedua – dua tangan dibuka melebihi keluasan bahu dan diletakkan di atas
trek. Jari dikembangkan berbentuk gerbang.

4. Kedudukan kepala adalah separa dengan bahagian belakang badan dan


mata memandang ke bawah.
OLAHRAGA
 Posisi ‘bersedia’

1. Kedua – dua tumit ditekan ke belakang.

2. Lutut pada kaki hadapan dibengkokkan pada kedudukan 90 darjah.

3. Lutut pada kaki belakang berada pada kedudukan 120 ke 140 darjah.

4. Kedudukan pinggul adalah lebih tinggi sedikit dari kedudukan bahu


manakala bahagian belakang badan dihala ke hadapan.

5. Kedudukan bahu adalah ke hadapan melebihi kedudukan tangan.


OLAHRAGA

 Fasa lonjakan

1. Dada menegak dan terangkat semasa kedua – dua kaki menekan dengan
kuat pada blok.
2. Kedua – dua tangan diangkat dari permukaan sambil dihayunkan secara
bersilang.
3. Anjakan dari kaki belakang adalah kuat dan pendek. Anjakan kaki hadapan
adalah kurang kuat tetapi lebih panjang.
4. Kaki belakang dihayunkan ke hadapan sambil badan condong ke hadapan.
5. Lutut dan pinggul dilunjurkan sepenuhnya pada akhir pecutan.
OLAHRAGA
 Fasa pemecutan

1. Kaki hadapan dengan cepat diletakkan di atas bebola kaki untuk


memulakan langkah pertama.

2. Badan masih condong ke hadapan.

3. Kaki bawah adalah selari dengan permukaan trek semasa permulaan.

4. Jarak dan frekuensi langkah meningkat pada setiap langkah.

5. Dada ditegakkan selepas 20 – 30 langkah.


OLAHRAGA
 Ansur maju

1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.


2. Berlari dengan langkah panjang.
3. Berlari dengan lutut tinggi.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
5. Berlari dengan menyepak ke belakang.
6. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
7. Lari pecut pada jarak 20, 30, 40, meter.
8. Melakukan part- part-whole.
OLAHRAGA
Lari berganti-ganti

 Latihan ansur maju lari berganti-ganti

1. Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul


kawan yang berlari di hadapan.

2. Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah


dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan.
OLAHRAGA
 Latihan hantaran baton secara satatik

1. Dalam kumpulan 4 orang, berdiri 1 meter antara pelari. Pelari belakang


mula dengan memberi isyarat ‘up’. Bila isyarat diberi pelari hadapan
menghulurkan tangan (tapak tangan ke atas) untuk disentuh. Pelari ke 2
menghulurkan tangan kiri, pelari ke 3 menghulurkan tangan kanan dan
pelari ke 4 tangan kiri.

2. Ulang latihan pertama menggunakan baton.


OLAHRAGA
 Butiran pembelajaran bagi lari berganti – ganti

 Cara memegang baton


 Guna tiga jari
 Guna dua jari
 Guna satu jari
 Kedudukan pelari pertama semasa permulaan larian
 Posisi badan seperti lari pecut
 Gaya – gaya penyerahan baton
 Gaya dari bawah ke atas
 Gaya dari atas ke bawah
 Zon pertukaran baton
 Panjangnya 20 meter
 Tanda atau ‘check mark’
 5-7 meter dari garis mula pecutan
OLAHRAGA
ACARA PADANG

Lompat jauh

 Gaya lompat jauh


1. Gaya layar
2. Gaya gantung
3. Gaya tendang kayuh

 Fasa lompat jauh


1. Fasa penujuan
2. Fasa lonjakan
3. Fasa penerbangan/layangan
4. Fasa pendaratan
OLAHRAGA
 Fasa penujuan

1. Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari
tempat permulaan ke papan lonjak.

2. Berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang.

3. Langkah pertama dari titk permulaan mestilah dengan kaki melonjak.

4. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat


novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk
pelompat lelaki pakar.
OLAHRAGA
 Fasa lonjakan

1. Setibanya di paapn lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian


maksimum.

2. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi
keanjalan dari papan lonjakan itu.

3. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.


 Fasa penerbangan

1. Menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.

2. Untuk gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.


OLAHRAGA
 Fasa pendaratan

1. Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki
digerakkan ke hadapan.

2. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan


kemudian ke hadapan.
OLAHRAGA
 Latihan ansur maju

1. Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak


seberapa tinggi yang boleh.

2. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.

3. Berlari dan menanduk objek yang digantung.

4. Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.

5. Lompat berdiri melepasi halangan


OLAHRAGA
Lompat tinggi

 Gaya gunting
 Penujuan

1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira – kira 30 darjah.

2. Pelompat menggunakan 7 – 9 langkah.

3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,
memulakan larian dengan kaki kanan.

4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan,
memulakan larian dengan kaki kiri.
OLAHRAGA
 Lonjakan

1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar.

2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan


bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
 Layangan

1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.

2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.

3. Kaki lonjak dihayun ke atas.


OLAHRAGA
 Pendaratan

1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.


 Gaya fosbury flop
 Penujuan

1. Larian akan dilakukan dengan cepat dan beritma.

2. Guna larian 5- 9 langkah dengan 3 langkah terakhir secara melengkung.

3. Butiran lain seperti gaya gunting.


OLAHRAGA

 Lonjakan

1. Melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.

2. Kaki di hadapan badan.

3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.

4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.

5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.

6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.


OLAHRAGA
 Layangan

1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.

2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.

3. Kedua-dua lutut dibengkokkan.

4. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke
atas sambil mengangkat kepala ke atas.
 Pendaratan

1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.


OLAHRAGA
 Latihan ansur maju

1. Berjalan dan berlari dengan lutut tinggi.

2. Berlari dalam bulatan.

3. Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.

4. Melompat di atas palang kayu setinggi paras lutut.

5. Melompat menggunakan tali getah sebagai palang sambil ketinggian


ditinggikan sedikit demi sedikit.
OLAHRAGA
Lontar peluru

 Fasa – fasa lontar peluru

 Pegangan peluru

1. Memegang dengan tiga jari tengah.

2. Peluru tidak boleh mengenai bahagian tengah tapak tangan .

3. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

 Lakuan sedia

1. Berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakangkan kawasan lontaran.

2. Peluru diletakkan hampir leher dan di bawah telinga

3. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.


OLAHRAGA
 Lungsuran

1. Dalam keadaan badan condong, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri
ditendang ke bahagian hadapan bulatan .

2. Kaki kanan bergerak ke tengah bulatan.

 Lontaran

1. Rendahkan kaki kanan.

2. Kilaskan pinggang

3. Menolak dengan tangan kanan ke hadapan menyilang badan.

4. Secara serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki.

5. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.
OLAHRAGA
 Pulihan

1. Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan
dibawa ke belakang

 Latihan kemahiran lontar peluru

1. Latihan cara memegang peluru

2. Latihan menyesuaikan diri dengan keberatan peluru

3. Melontar kehadapan secara berdiri

4. Melangkah, mencondong, mengilas dan melontar

5. Melambung melepasi palang gol dan menyambut

6. Meniarap dan mengangkat beban

7. Tekan tubi
OLAHRAGA
 Ansur maju lontar peluru

1. Melontar bola lisut dengan gaya berdiri mengadap hadapan

2. Melontar bola lisut secara berpasangan

3. Melontar bola lisut untuk jarak tertentu

4. Mengadap arah lontaran dan melontar peluru latihan

5. Mengadap sisi dan melontar

6. Membelakangkan kawasan lontaran dan melontar

7. Melungsur dengan bantuan

8. Melungsur tanpa bantuan

9. Melungsur pendek dan melontar

10. Melungsur dan melontar dengan pulihan Parry O’ Brien

11. Memusing dan melontar

You might also like