You are on page 1of 4

SOLAT TAHAJUD DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

Pembentukan insan yang berkualiti merupakan sesuatu yang sukar dilakukan.


Pelbagai inisiatif dan usaha dilakukan oleh pelbagai pihak bagi melahirkan insan
berkualiti terutama dari sudut sahsiahnya. Sahsiah yang berkualiti mampu menjana
kecemerlangan dan kejayaan.
Secara sedar atau tidak, sebenarnya islam telah menganjurkan satu kaedah yang
berkesan bagi memangkin pembentukan insan berkualiti dengan sahsiah yang terpuji dan
hebat. Kaedah yang dimaksudkan ialah solat tahajud.
Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3
yang bermaksud,

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari,
kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu
sedikit”.

Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud,

“Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah
tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”.

Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang
yang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakala
dalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan,
dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solat
tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi
kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang
dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud,

“Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan


daripada penyakit”.
Namun bagaimanakah solat tahajud boleh memangkin pemantapan sahsiah
seseorang? Solat tahajud sebenarnya memberi kesan yang positif terhadap individu yang
melakukannya tidak kira dari segi kajian saintifik, kesihatan, mahupun keagamaannya.

Solat Tahajud merangsang Fungsi Sistem Limbik:


Merujuk kepada buku tulisan Mohammad Salleh, Ph.D dalam buku Terapi Solat
Tahajud, bahagian utama dalam sistem limbik adalah hipotalamus. Selain daripada
berperanan mengatur tingkah laku, kawasan ini juga mengatur bayak keadaan dalaman
tubuh seperti pengaturan dorongan untuk makan dan minum dan berfungsi sebagai
pengatur berat badan. Penekanan yang ingin diutarakan disini adalah pengaturan tingkah
laku. Rangsangan pada hipotalamus menghasilkan pelbagai rembesan neurohormonal
melalui HPA Axis yang menjadi dasar integrasi imunoneurohormonal yang sangat sensitif
terhadap stres atau tekanan perasaan. Imunoneurohormonal akan merangsang amigdala
yang mana mengawal pola marah dan perasaan takut dalam badan manusia. Apabila
sistem perasaan ini dapat dikawal, dan diseimbangkan melalui solat tahajud, seseorang
itu akan memiliki sahsiah yang tinngi. Seperti kata-kata yang sering kita dengar,
”seseorang yang kuat itu bukanlah seseorang yang kuat fizikalnya, tetapi seseorang yang
mampu menahan marahnya”.

Solat Tahajud Mendidik Jiwa Individu Supaya Menjauhi Sifat Malas


”Syaitan mengikat tengkuk seseorang dengan tiga ikatan ketika tidur. Lalu,
syaitan memukul tempat tiap ikatan pada tengkuk orang yang sedang tidur sambil
berkata: ’Tidurlah, kamu mempunyai malam yang cukup panjang’ Apabila seseorang
yang tidur itu bangun dan berzikir kepada Allah, lepaslah satu ikatan. Lalu, sekiranya ia
pergi berwuduk, terurailah satu lagi ikatan dan manakala ia solat, lepaslah ikatan terakhir
shingga ia menjadi bersemangat dalam beribadah, terlepaslah segala ikatan kesempitan
jiwa dan terlindunglah dari rasa malas” (Hadis Riwayat Bukhari).
Secara psykologinya, apabila seseorang berusaha membiasakan diri bagun untuk
solat diwaktu malam yang ketika itu semua orang tidur, maka individu tersebut
sebenarnya sedang memotivasikan diri agar melawan rasa malas yang menguasai diri.
Daya usaha ini akan mengaktifkan gelombang alfa (gelombang positif) dalam diri
manusia dan menurunkan gelombang beta dan teta (gelomang negatif). Kaedah solat
tahajud ini mampu mendidik jiwa manusia agar menjadi seseorang yang kental jiwanya
dan mampu mengendali perasaan malas yang menjadi penyebab utama kegagalan
seseorang di dalam kehidupannya. Setelah terkikisnya perasaan malas dari jiwa seseorang
itu, pucuk kerajinan akan tumbuh membesar dan seterusnya menghasilkan bunga-bunga
sahsiah yang harum dan menyenangkan setiap mata yang memandang.

Solat Tahajud Meningkatkan Kekuatan Dalaman dan Jiwa


Seperti kita tahu, sahsiah diri merupakan kekuatan dalam seseorang manusia.
Kekuatan dalaman ini amat berhubung kait dengan teguhnya iman. Melalui solat tengah
malam, keimanan seseorang dapat ditingkatkan. Iman adalah kepercayaan dan keyakinan
yang teguh kepada Allah dan rukun-rukun iman. Seseorang yang bangun semata-mata
beribadah kepada Yang Maha Pencipta dan Maha Agung akan merasakan diri mereka
hamba kepada-Nya. Ketaatan hanya untuk Allah yang Maha Pengampun.
Hati dididik dengan sifat ikhlas yang menjadi tunggak kepada peribadi unggul.
Keikhlasan yang terbina melalui memantapan iman melalui solat tahajud pasti mampu
mendorong individu agar tidak mudah putus asa dengan kegagalan yang menimpa dan
tidak akan kecewa apabila jasa yang disumbangkan tak dihargai kerana mereka
melakukan sesuatau berdasarkan keikhlasan dan hanya mengharapkan keredhaan Allah,
Tuhan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
Keimanan juga akan melahirkan sifat amanah iaitu satu sahsiah diri yang terpuji.
Amanah adalah sifat yang sukar diukur dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya
tindakan yang menunjukkan seseorang itu beramanah atau tidak. Tanpa amanah,
seseorang tidak akan diiktiraf sebagai individu bersahsiah tinggi. Apabila amanah
tertegak didalam diri, seseorang tidak akan bertindak berdasarkan kepentingan diri kerana
solat tahajud telah mendidik jiwanya bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya malah
mengetahui lintasan hatinya.
Jelas melalui keterangan yang diutarakan ini menunjukkan bahawa solat tahajud
merupakan satu kaedah yang bertepatan bagi membentuk individu yang mempunyai
sahsiah terpuji seterusnya memangkin pembentukan sesebuah tamadun yang gemilang.

You might also like