You are on page 1of 10

1.

Karangan jenis ini menghendaki anda mengemukakan isi dengan fakta


yang benar dan menepati kehendak soalan.
2. Bagi menulis karangan seperti ini, anda perlu mempunyai pengetahuan
yang luas dalam pelbagai bidang serta mempunyai fakta yang cukup.
3. Karangan ini bukan berbentuk khayalan dan cerita SERTA YANG
PALING PENTING ISI ANDA TIDAK DIREKA.
4. Antara tajuk yang boleh dibincangkan dalam karangan jenis ini adalah
termasuklah tempat-tempat pelancongan, ciptaan-ciptaan sains dan
teknologi, sumber-sumber alam, perayaan-perayaan dan peristiwa-
peristiwa semasa.
5. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan meminta anda memberikan
fakta-fakta tentang sesuatu perkara.
6. Kemukakan ini karangan yang bernas dan tepat serta tersusun sesuai
dengan tajuk yang diberikan.
7. Setiap isi yang diberikan hendaklah dikemukakan perlulah diberi huraian
dan disertakan dengan contoh-contoh.
Bahagian Karangan Jenis Fakta:
1. Pendahuluan
2. Isi
3. Penutup.
Ponteng sekolah merupakan antara masalah yang besar di
kalangan murid sekolah. Tuliskan sebab-sebab terjadinya
ponteng sekolah.
MEMANJAKAN ANAK KURANG KAWALAN IBU
BERLEBIHAN BAPA

SEBAB-SEBAB PONTENG SEKOLAH

MISKIN
INGINKAN
KEBEBASAN
CONTOH PENDAHULUAN

Ponteng sekolah bermaksud ketidakhadiran murid di sekolah untuk


tujuan pembelajaran tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Gejala buruk ini
sememangnya wujud di kebanyakan sekolah. Sebagai akibatnya, murid akan
ketinggalan dalam pelajaran, pencapaian akademiknya merosot, dan prestasi
sekolah seluruhnya terjejas.
CONTOH ISI

Satu daripada sebab berlakunya gejala ini ialah kurangnya kawalan daripada
ibu bapa. Rata-rata ibu bapa hari ini sibuk dengan tugas mencari rezeki hingga leka
untuk memberikan tumpuan yang lebih terhadap anak-anak. Hal ini memberi anak-
anak peluang untuk bertindak sesuka hati, misalnya berpeleseran dan melepak di pusat
membeli-belah, bergaul bebas, dan sebagainya.
Selain itu, terdapat sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak
melebihi hadnya. Pelbagai kemewahan diberikan untuk memenuhi kehendak anak
emasnya. Akibatnya, anak-anak seolah-olah merasakan bahawa mereka sudah
memperoleh segala-galanynya. Jadi, perlu apa lagi ke sekolah? Bukankah hal itu
membuang masa sahaja? Kehilangan minat untuk belajar memudahkan mereka
terdedah pada kehidupan bebas yang merugikan.
Di kalangan murid miskin, ponteng sekolah berlaku juga. Hal ini demikian
kerana sesetengah mereka terpaksa bekerja untuk menampung keperluan keluarga.
Ada yang terpaksa menjaga adik-adik kerana ibu bapa bekerja. Kasihan mereka,
pelajaran terabai masa depan tergadai.
Selain itu, inginkan kebebasan juga merupakan sebab-sebab terjadinya
ponteng sekolah. Di sekolah, semua pelajar terpaksa mematuhi undang-undang
sebagai seorang pelajar menyebabkan mereka tidak dapat kebebasan. Ponteng sekolah
menyebabkan mereka dapat kebebasan dengan melakukan apa sahaja tanpa sekatan.
PENUTUP

Sewajarnyalah gejala ponteng sekolah diberikan perhatian utama. Semua


pihak harus bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menanganinya. Hal ini
amat penting agar wawasan kerajaan untuk mewujudkan negara maju dengan adanya
generasi berilmu akan terlaksana.
Ponteng sekolah merupakan antara masalah yang besar di kalangan murid sekolah.
Tuliskan sebab-sebab terjadinya
Ponteng sekolah ponteng
bermaksud sekolah. murid di sekolah untuk tujuan
ketidakhadiran
PENDAHULUAN
pembelajaran tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Gejala buruk ini sememangnya
wujud di kebanyakan sekolah. Sebagai akibatnya, murid akan ketinggalan dalam pelajaran,
pencapaian akademiknya merosot, dan prestasi sekolah seluruhnya terjejas.
Satu daripada sebab berlakunya gejala ini ialah kurangnya kawalan daripada ibu
bapa. Rata-rata ibu bapa hari ini sibuk dengan tugas mencari rezeki hingga leka untuk
memberikan tumpuan yang lebih terdapat anak-anak. Hal ini memberi anak-anak peluang
I
untuk bertindak sesuka hati, misalnya berpelesiran dan melepak di pusat beli-belah, bergaul
S bebas, dan sebagainya.
Selain itu, terdapat sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak melebihi
I hadnya. Pelbagai kemewahan diberikan untuk memenuhi kehendak anak emasnya.
Sebagainya akibatnya, anak-anak seolah-olah merasakan bahawa mereka sudah memperoleh
- segala-galanynya. Jadi, perlu apa lagi ke sekolah? Bukankah hal itu membuang masa saja?
I Kehilangan minat untuk belajar memudahkan mereka terdedah pada kehidupan bebas yang
merugikan.
S Di kalangan murid miskin, ponteng sekolah berlaku juga. Hal ini demikian kerana
sesetengah mereka terpaksa bekerja untuk menampung keperluan keluarga. Ada yang
I terpaksa menjaga adik-adik kerana ibu bapa bekerja. Kasihan mereka, pelajaran terabai
masa depan tergadai.
Selain itu, inginkan kebebasan juga merupakan sebab-sebab terjadinya ponteng
P
sekolah. Di sekolah, semua pelajar terpaksa mematuhi undang-undang sebagai seorang
E pelajar menyebabkan mereka tidak dapat kebebasan. Ponteng sekolah menyebabkan mereka
N dapat kebebasan dengan melakukan apa sahaja tanpa sekatan.
U Sewajarnyalah gejala ponteng sekolah diberikan perhatian utama. Semua pihak harus
T
bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menanganinya. Hal ini amat penting agar
U
P wawasan kerajaan untuk mewujudkan negara maju dengan adanya generasi berilmu akan
Kebersihan memainkan peranan penting dalam
kehidupan kita sebagai murid.
Bagaimanakah cara anda menjaga kebersihan di
sekolah anda?

You might also like