You are on page 1of 33

1

KONSEP SEKOLAH BERKESAN: CABARAN DAN HARAPAN

AB MALEK KASIM
P 20595

ABSTRAK

Konsep sekolah berkesan yang diperkenalkan dalam sistem


pendidikan adalah bermatlamat untuk membawa sistem pendidikan ke arah
kecemerlangan. Seiringan dengan slogan “Pendidikan Bertaraf Dunia”,
konsep sekolah menuntut warga pendidik khususnya untuk mencapai tahap
kualiti yang tinggi dalam pendidikan. Justeru itu, konsep sekolah berkesan
harus dijadikan realiti jika hasrat inginkan kualiti pendidikan kita sama taraf
dengan pendidikan negara maju. Kajian ilmiah ini pada awalnya melihat
definisi dan pelaksanaan sekolah.Juga mengkaji tinjauan pengkaji mengenai
ciri-ciri sekolah yang berkesan dan tidak berkesan. Di samping itu, kajian
juga menilai sejauhmanakah sekolah-sekolah sudah berjaya
melaksanakannya? Jika sudah, sejauhmana kejayaannya? Jika gagal
melaksanakan apakah kekangan-kekangan yang dihadapinya. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian terhadap sekolah sendiri dalam usaha
melaksanakan sekolah berkesan.Kajian juga menyentuh secara keseluruhan
proses pelaksanaan sekolah berkesan termasuk tinjauan pengkaji-pengkaji
tentang sekolah berkesan.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
2

PENGENALAN

Salah satu wawasan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam


“Pengisian Wawasan Pendidikan 1993” ialah ‘Zero Defect’ atau Sekolah
Kecacatan Sifar telah mendapat sokongan kuat daripada peserta Seminar
Pendidikan pada 8 hingga 11 April 1993 di Institut Aminuddin Baki, Genting
Highlands. Selain daripada itu, aspirasi yang termaktub dalam Wawasan
2020, pihak kerajaan berharap kualiti pendidikan negara akan bertaraf
dunia.
Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kualiti
pendidikan ditingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang
diberi kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga peringkat
kebangsaan. Ada anugerah diberi untuk aspek bukan akademik pada
peringkat negeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’. ‘Johan
Pertandingan Landskap’ dan sebagainya. Untuk pencapaian akademik pula,
ada sekolah menerima ‘Sijil penghargaan UPSR’, Hadiah Kecemerlangan
Matematik UPSR’ dan sebagainya. Pada peringkat negeri anugerah yang
berprestij ialah Sekolah Harap Negeri dan pada peringkat kebangsaan
anugerah yang berpretij ialah Sekolah Harapan Negara dan Anugerah
Kualiti Kementerian Pendidikan. Keadaan ini mencerminkan pihak kerajan
amat komited untuk mewujudkan institusi pendidikan sekolah yang berkualiti
yang lebih dikenali sebagai sekolah berkesan.
Keperihatinan masyarakat terhadap keberkesanan di dalam
pencapaian akademik amat jelas dinyatakan dalam akhbar-akhbar
tempatan, seminar,bengkel pendidikan dalam mesyuarat-mesyuarat PIBG.
Kesedaran ibubapa tentang pentingnya pendidikan dapat dilihat di dalam
pemilihan sekolah-sekolah anak-anak mereka. Ibu-bapa lazimnya akan

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
3

mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah yang cemerlang dan berkesan


kerana beranggapan sekolah yang berkesan akan dapat memberi
kecemerlangan kepada pendidikan anak mereka.
Selaras dengan visi negara dan cabaran global dalam era teknologi
maklunat, kualiti dan keberkesanan pendidikan harus dicapai untuk
menentukan generasi-generasi yang dijana akan dapat bersaingan dalam
dunia yang semakin mencabar.

PERKEMBANGAN SEKOLAH BERKESAN


Perkembangan Sekolah Berkesan ini boleh dibahagikan kepada empat
peringkat (Peter Mortimore,1996):
*Pada peringkat pertama (1950-an),masyarakat menaruh keyakinan
yang penuh terhadap keupayaan sekolah. Masyarakat berpendapat bahawa
“education would overcome all the problems caused by ignorance and
poverty.” Namun demikian,pendidikan pada masa tersebut tidak dapat
memenuhi kehendak mereka.
*Pada peringkat kedua (1960-an),Coleman (1966) telah mendapati
bahawa,”There is no relationship between the amount of resources available
to schools and the achievement of the students who had attend them.”
Beliau berpendapat bahawa faktor kejayaan seseorang pelajar amat
bergantung kepada kriteria peribadi dan keluarganya. Ketika itu
kepercayaan penuh masyarakat terhadap kemampuan sekolah dalam
pendidikan anak-anak mereka telah pudar.
*Pada peringkat ketiga (1790-an sehingga 1980-an),Pergerakan
Sekolah Berkesan (Effective School Movement) telah menjadi
pudar.Penyelidik-penyelidik Konsep Sekolah Berkesan berpendapat
bahawa,”Schools are one of the competing influences on the lives of

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
4

children and young people,not power enough to surmount all the other
influences (genetics, familial social and financial) but strong enough to make
a difference to the lives of individuals.”
*Pada peringkat keempat (1990-an), sarjana-sarjana telah
menonjolkan konsep dan idea `Schools Improvement’. Misalnya Peter
Mortimore menegaskan bahawa “Effective organizations are able to improve
and thereby raise standards of achievement; relatively ineffective ones,
could go either way.”

PERSEPSI UMUM TENTANG KEBERKESANAN SEKOLAH


“Sekolah berkesan ialah pelajar di sekolah tersebut mendapat kejayaan
cemerlang dalam penilaian UPSR, PMR dan SPM .”

“Ialah cara pembelajaran dengan baik, pelajar yang cemerlang dan guru-
guru yang berpretasi.”

“Pelajar cemerlang, sekolah bersih, indah dan permai, guru yang bagus.”

“Ibu bapa, guru-guru dan murid bekerjasama bagi mencemerlangkan


sekolah dari segi akademik, kokurikulum, keceriaan dan sebagainya.”

“Menjadikan sekolah cemerlang dari semua aspek tetapi biar bidang


akademik lebih menjadi - menghasilkan murid yang mempunyai kesedaran,
displin dan cita-cita tinggi. Taat kepada Tuhan.”

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
5

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mencerminkan kepelbagaian matlamat


kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi penekanan kepada usaha
sekolah....
“....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani,berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

PERSEPSI KEBERKESANAN MENGIKUT PARA PENGKAJI


Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah
berasaskan ‘output’ iaitu pencapaian dalam ujian piawaian mata pelajaran
matematik dan bacaan. Di UK, pembolehubah proses seperti kedatangan,
kelakuan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan
sebagai pengukur keberkesanan.
Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari
segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan. Mengikut beliau,
keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan
penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehingganya kadar
bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama
seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga,
sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi
kesaksamaam peluang pendidikan.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
6

Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah


yang berkesan: (1) menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus
pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan, (2) analisis tren
yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari
semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan (4)
pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan ialah sekolah
yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil
kira latar belakang mereka.
Sergiovanni (1987) juga mendefinisikan keberkesanan sekolah
berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk
mengukur keberkesanan peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan
dalam kehadiran, (3) pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan
kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan untuk Matematik, Bahasa
Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibu bapa, (6)
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan
pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan (8) sokongan yang berkualiti untuk
pelajar istimewa.
Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan keberkesanan sekolah seperti
berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2) menggalakan
peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jika
diambil latarbelakang dan kebolehan asal mereka, (3) memastikan setiap
pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, (4) menggalakkan
semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
7

PERSEPSI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERHADAP


KEBERKESANAN SEKOLAH
KPM mempunyai kriteria tertentu bagi memilih Sekolah Harapan
Negara.Tiap-tiap tahun Bahagian Sekolah KPM akan memilih sebuah
sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di bandar dan sebuah
sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di luar bandar sebagai
Sekolah Harapan Negara.Kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:
matlamat sekolah dan penyebarannya kepada warga sekolah
‘blue print’sekolah
budaya sekolah
pencapaian akademik berasaskan peperiksaan UPSR
kepemimpinan Guru Besar/Pengetua
pencerapan pengajaran bilik darjah oleh Guru Besar/Pengetua
jawatankuasa kurikulum sekolah
pengurusan masa pembelajaran murid
pengurusan kelab dan persatuan
sokongan yang diberikan oleh PIBG
program memupuk sikap yang positif di kalangan guru.
hubungan antara guru dengan guru
ganjaran kepada pelajar
pengurusan kewangan
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam mengajar 3 M,
kemahiran berfikir dan kemahiran belajar
tindakan pemulihan bagi mengatasi masalah pelajar lemah
kerjasama di kalangan guru
kerjarumah yang diberi kepada pelajar

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
8

Kita dapat rumuskan bahawa pengertian keberkesanan bagi KPM adalah


seperti berikut:
mementingkan `outcome’ dari segi pencapaian akademik dalam
peperiksaan umum.
mementingkan `proses’ bagi mencapai kecemerlangan akademik- kerja
rumah, tindakan pemulihan, strategi pengajaran guru.
mementingkan pengurusan dan pentadbiran sekolah
mementingkan iklim - budaya sekolah, sikap yang positif di kalangan
guru, hubungan Guru Besar dengan guru, kerjasama di kalangan guru
dan displin sekolah.
mementingkan penglibatan ibu-bapa dalam PIBG

KONSEP SEKOLAH BERKESAN


Dalam sistem pendidikan di negara kita, terdapat pelbagai sekolah-sekolah
yang dikategorikan sebagai sekolah terbaik. Sekolah-sekolah yang terpilih
ini disifatkan sebagai sekolah-sekolah yang berkesan. Definisi-definisi
sekolah berkesan termasuklah:
I) Sekolah-sekolah yang mengadakan satu sistem pengajaran yang
berpandu dan berkesan. (Rowan,1983)
ii) Sekolah-sekolah yang efektif dalam pengajaran kanak-kanak
miskin atau kanak dari kaum minoriti. (Bickel 1983)
iii) Sekolah-sekolah yang efektif dari segi mengurangkan kesan SES
pelajar ke atas pencapaian pretasi akademiknya. (Mann 1985)

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
9

Menurut Peter Mortimore (1996), sekolah Berkesan atau “High


Performing School” ini merupakan sekolah yang memperolehi kejayaan di
atas jangkaan nilai pengambilan. Ia menghasilkan `kejayaan untuk semua’.
Adalah dipercayai bahawa di dalam Sekolah Berkesan `every child can
learn and that we have the knowledge we need to create schools in which
child will learn’.
Sekolah Berkesan juga merupakan satu sekolah di mana
pencapaiannya merupakan keupayaan yang maksimum. Di samping itu
sekolah berkesan juga merupakan organisasi yang mempunyai tahap
realiability yang tinggi.
Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian
Pendidikan Malaysia sekolah berkesan adalah berdasarkan pendapat
Edmonds (1979) iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan
dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik.
Sebagai rumusannya sekolah berkesan adalah sekolah yang
menitikberatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, penguasaan
kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat
membangkitkan suasana belajar, mengurangkan masalah displin pelajar
serta kepimpinan yang mampandandengan lain perkataan keberkesanan
sekolah adalah sama dengan sekolah berkualiti atau sekolah cemerlang.

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN


Peter Mortimore seorang Profesor terkemuka dari Institute of Education,
University of London telah mengenalpasti sebelas ciri sekolah berkesan.
Ciri-ciri tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan proses pembudayaan
kecemerlangan. Ciri-ciri yang mewujudkan keberkesanan sekolah ialah:

a. Kepimpinan Ikhtisas

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
10

Iaitu pengetua atau guru besar yang tegas mempunyai tuju yang jelas,
mengamalkan pendekatan penyertaan bersama di dalam pengurusan
sekolah dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disegani serta
dikehendaki.
b. Pengkongsian wawasan dan matlamat.
Sekolah seumpama ini mempunyai tuju hala yang dikongsi bersama oleh
semua anggota dan mempunyai semangat kekitaan serta kerjasama yang
tinggi.
c. Suasana pembelajaran yang unggul.
Sekolah memperlihatkan suasana yang aman dan teratur serta memiliki
suasana pembelajaran yang menggalakkan.
d. Penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran
semaksimum mungkin. Fokus sekolah adalah terhadap pretasi pelajar.
e. Pengajaran yang mempunyai tuju hala yang jelas.
Sekolah mendekati tugas pengajaran dengan jelas, bersistem dan boleh
diubahsuai mengikut keadaan.
f. Pengharapan yang tinggi kepada pelajar.
Sekolah mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya, dan
memaklumkan pelajarnya tentang pengharapan tersebut. Tidak ada siapa
yang dikeji, bahkan semuanya mendapat pujian dan galakan untuk meraih
pencapaian yang setinggi mungkin.
g. Penggalakan yang positif.
Sekolah seumpama ini memberi galakan yang hebat dan bersungguh
kepada pelajar-pelajarnya.

h. Pemantauan kemajuan.

10

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
11

Sekolah mempunyai sistem yang baik untuk memantau kemajuan pelajar-


pelajarnya supaya mereka mendapat maklum balas yang baik untuk
tindakan sewajarnya.
I. Hak dan tanggungjawab pelajar.
Pelajar-pelajar di sekolah diberikan tanggungjawab dan peranan yang
bertujuan untuk meningkatkan imej kendiri pelajar.
j. Permuafakatan sekolah dan rumah.
Sekolah berkesan menunjukkan penglibatan ibu bapa yang tinggi.
k. Organisasi Pembelajaran (A learning organizatian).
Sekolah berkesan mempunyai pengetua atau guru besar dan guru-guru
yang sentiasa belajar untuk memperbaiki kemahiran masing-masing dalam
pelbagai lapangan dengan mengamalkan budaya membaca.

Tulisan Yaakob bin Ederis,Pengetua Sek.Men.Keb.Taman Dato


Harun dalam kertaskerjanya yang bertema “Sekolah Berkesan Teras
kejayaan Wawasan Pendidikan” di Persidangan Pendidikan Nasional Ke-
Enam telah mencirikan sekolah berkesan seperti berikut:
a. Fungsi dan peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dengan jelas dalam bentuk
perancangan kurikulumnya yang strategik.
b. Pengetua/Guru Besar meletakkan harapan yang tinggi terhadap
kejayaan akademik di samping kejayaan di bidang yang lain.
c. Jawatankuasa kurikulum sekolah yang terdiri daripada Penolong
Kanan,Ketua-ketua Bidang serta Ketua Panitia dapat diurus dan
dikoordinasikan mengikut bidang dan peranan masing-masing.

11

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
12

d. Jawatankuasa kurikulum ini dapat berfungsi sepenuhnya terutama


dalam menentukan dasar dan pelaksanaan segala inovasi serta program
dan aktiviti yang telah dijadualkan.
e. Guru-guru dapat menerima dan melaksanakan pengajaran
pembelajaran yang berpusatkan murid. Guru berada dalam keadaan
sentiasa berusaha memperbaiki serta memudahcarakan amalan-amalan
pengajaran pemelajaran supaya menjadi lebih bermakna kepada murid-
murid.Guru menggunakan berbagai kaedah kemahiran belajar bagi
mewujudkan suasana pengajaran pemelajaran yang baik dan berkesan.
f. Semua murid walaupun mempunyai tahap pencapaian yang
berbeza-beza,dapat dilayan dan diberikan ilmu pengetahuan serta
kemahiran mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing dari segi
akademik.
g. Murid-murid mendapat masa belajar yang optima. Masa yang
diperuntukkan untuk pengajaran dan pemelajaran digunakan oleh guru
dengan berkesan.Semua murid dapat merasai suasana pengajaran yang
meyakinkan. Mereka mendapat peluang sepenuhnya mengikuti pengajaran
individu disamping berkesempatan belajar secara berkumpulan. Mereka
turut diberi tanggungjawab menyediakan suasana bilik darjah bersesuaian
mengikut keperluan pengajaran pemelajaran sesuatu mata pelajaran.
Kesimpulannya setiap murid dapat merasai bahawa kehadiran mereka di
dalam bilik darjah diperlukan.
h. Sekolah Berkesan berupaya memperlihatkan anjakan cara dan alat
bantu tradisional kepada pendekatan dan bahan bantu mengajar yang lebih
baik canggih. Pengajaran pemelajaran yang bergantung sepenuhnya
kepada buku teks, kapur dan papan hitam dan berpusat dalam bilik darjah
sepenuhnya akan berganjak kepada penggunaan bahan media teknologi

12

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
13

yang dapat disediakan pihak sekolah berdasarkan kewangan yang ada.


Pengurusan kewangan berkesan wang peruntukkan kerajaan dan
sumbangan kewangan dari sumber-sumber lain yang memberi keutamaan
kepada penyediaan bahan bantu mengajar akan mewujudkan suasana
pengajaran pemelajaran yang dikehendaki bersesuaian dengan matlamat
pencapaian akademik sekolah.Penggunaan komputer dan pendekatan
memperolehi maklumat menerusi internet misalnya dikira suatu
penambahan dan anjakan dalam pendekatan untuk meningkatkan mutu
dalam pengajaran pemelajaran.
I. Ibubapa/penjaga murid Sekolah Berkesan dapat melibatkan diri
secara positif dalam pemelajaran murid. Mereka mengambil rasa
tanggungjawab sepenuhnya membuat semakan buku tulis, kerja rumah serta
kerja kursus serta mengadakan hubungan dua hala dengan pihak sekolah.
Ini bermakna ibubapa bukan sahaja hadir ke sekolah pada hari yang
dikehendaki seperti hari menandatangani rekod kemajuan anak tetapi hadir
membincangkan kemajuan akademik anak apabila mereka merasa perlu
berbuat demikian. Suasana ini dapat wujud dengan baik kerana kedua-dua
pihak ibubapa dan guru sama-sama bersedia secara terbuka dan ikhlas
menrima hakikat ini demi mempertingkatkan pencapaian murid. Dengan ini
Sekolah Berkesan mampu memperlihatkan sistem ujian dan penilaian yang
sempurna kerana keputusannya akan menjadi bahan perbincangan untuk
menjana tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan.
j. Sekolah Berkesan juga harus melaksanakan inovasi dalam
pengajaran pemelajaran. Inovasi yang dilakukan perlu mempunyai sifat
boleh menambah minat, mempermudah kefahaman ilmu menerusi proses
pengajaran pemelajaran yang mudah diterima dan diikuti serta dapat

13

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
14

memungkinkan berlakunya persefahaman di antara murid dan guru. Inovasi


amat penting sebagai strategi dalam pengajaran dan pemelajaran
Menurut Glasser (1998) terdapat enam ciri untuk mencapai tahap
sekolah berkualiti atau sekolah berkesan iaitu:
1. Semua masalah displin dan bukannya insiden dihindarkan dari
sekolah dalam tempoh dua tahun. Masalah-masalah ini seharusnya
menurun secara signifikan dalam tempoh setahun.
2. Apabila sekolah telah mencapai tahap sekolah berkualiti,
pencapaian pelajar seharusnya bertambah baik berbanding masa lalu.
3. Pelajar mempamerkan bakat dan ketrampilan kepada guru-guru
mereka dengan memperoleh kredit daripada guru-guru mereka. Konsep
persekolahan digantikan dengan pendidikan yang berguna.
4. Semua pelajar melakukan kerja-kerja yang berkualiti.Semua hasil
kerja akan menerima gred yang cemerlang. Oleh itu mereka perlu
berusaha memperolehinya. Jika hasil kerja belum mencapai tahap kualiti,
guru-guru dan rakan-rakan pelajar membantu mereka untuk mencapai tahap
tersebut.

PROSES MEWUJUDKAN SEKOLAH BERKESAN/EFEKTIF


Di dalam mewujudkan Sekolah Berkesan memerlukan proses yang panjang
dan pendekatan yang bersesuaian. Hasilan dari sekolah berkesan ialah
kejayaan atau kejayaan sekolah berkenaan dalam beberapa bidang yang
menjadi matlamat / targetnya utamanya.

PENDEKATAN SEKOLAH BERKESAN KEJAYAAN

14

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
15

Mengikut “literature review” antara pendekatan yang digunakan untuk


mewujudkan sekolah berkesan ialah:

“The Goal-Attaiment Approach “ atau Pendekatan Pencapaian


Matlamat.”
Melalui pendekatan ini, seluruh sumber dan tenaga ditumpukan ke arah
mencapai matlamat sekolah dan sekolah itu dianggap berkesan dan berjaya
jika matlamat yang telah dipernyatakan tercapai.

“ The Process Approach “ atau Pendekatan Melalui Proses.”


Untuk pendekatan ini, ditegaskan kejayaan pelajar (student outcomes)
adalah hasilan dari proses pengajaran guru di bilik darjah di samping proses
kepemimpinan pengetua atau guru besar yang terlibat secara langsung
sebagai sebagai sebagai “instructuonal leader”

“ The Enviromental - Response Approach “ atau pendekatan


Gerakbalas Persekitaran”
Mengikut pendekatan ini, sekolah akan cuba seboleh mungkin memajukan
bidang-bidang yang boleh menyakinkan masyarakat “stake-holders” bahawa
sekolah sudah berkesan mengikut kriteria yang menjadi kayu ukurnya.
Apa jua pendekatan yang kita pilih, proses umumnya adalah
berdasarkan apa yang kita mahu, ditahap mana kita sekarang dan apa yang
patut kita buat.

WHAT SHOULD WE DO AND


WHERE ARE WE NOW HERE SHALL WE BEGIN WHERE DO WE WANT TO GO

15

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
16

Dalam proses menuju ke tahap sekolah berkesan, kita melihat di


mana patut mula dalam rantaian tindakbalas kita. Lain ststus semasa
sekolah, lain pula titik mula dan rantaian tindakbalasnya. Satu contoh model
rantaian tindakbalas:
mengembeling tenaga & usaha

meningkatkan pretasi akademik

bila aspek akademik meningkat

keyakinan guru meningkat


mereka terus mencintai profession keguruan

“Self-esteem” guru meningkat lebih menyukai & menyayangi pelajar

disukai / diminati pelajar

meningkatkan rasa saling hormat-menghormati


sayang - menyayangi

guru seronok mengajar, pelajar seronok belajar

pengajaran & pembelajaran menjadi lebih berkesan


meningkatkan aspek-aspek lain

sekolah terus maju

16

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
17

“everybody motivated and inspired to work hard smartly, happily and


continuously to achieve shared vision and values”

KAJIAN SEKOLAH BERKESAN DI MALAYSIA


Secara umum terdapat dua jenis tumpuan kajian, iaitu penkaji hanya
mengkaji ciri-ciri sekolah berkesan keseluruhannya dan yang memberi fokus
kepada kepimpinan sekolah berkesan. Kebanyakan kajian dijalankan
terhadap sekolah cemerlang yang mengukur faktor kecemerlangan
berasaskan pencapaian akademik pelajar.
Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipanggil Kajian
Keberkesanan Sekolah dalam tahun 1989. Fokus kajian ini ialah
memerihalkan iklim di sekolah yang berkesan dan yang tidak berkesan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berkesan mempunyai
beberapa ciri yang lebih baik daripada sekolah tidak berkesan. Antara ciri-
ciri sekolah yang berkesan yang dapat dikaji ialah kepimpinan yang tegas
dan cekap,penekanan kepada pencapaian akademik dan kelakuan pelajar
yang baik, harapan yang tinggi, penyeliaan yang rapi. perhubungan
pengetua-guru yang baik, pencapaian dan usaha guru dihargai, guru
merasa bangga mengajar, pelajar merasa bangga menjadi sebahagian
sekolah dan kemudahan-kemudahan fizikal yang baik.
Kajian yang dibuat oleh Abdul Karim,1988 juga telah dapat
mengenalpasti 12 ciri yang membezakan sekolah berkesan dan yang tidak
berkesan iaitu (1) kemahiran kepimpinan pengetua; (2) persepsi pengetua
terhadap peranan mereka; (3) pengalaman pengetua; (4) bilangan strategi
yang digunakan untuk menjayakan sekolah; (5) pengelibatan ibu bapa;
(6) jangkaan guru; (7) sikap guru terhadap pelajar;(8) perasaan guru
terhadap sekolah; (9) displin kendiri pelajar; (10) pengunaan sumber

17

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
18

dengan cekap dan berkesan; (11) persepsi guru terhadap laporan dan
arahan kerajaan dan (12) rasa kepuasan guru terhadap pelajar.

FAKTOR-FAKTOR SEKOLAH BERKESAN


Dapatan menunjukkan bahawa di dalam sekolah yang tidak berkesan,
pretasi kebanyakan pelajarnya kurang memuaskan. Hanya segelintir pelajar
yang mempunyai insiatif untuk memajukan diri mereka ke arah
kecemerlangan dapat memperolehi pencapaian yang lebih baik daripada
rakan-rakan mereka.
Di sebaliknya, pelajar-pelajar di dalam sekolah yang berkesan rata-
ratanya mempunyai pretasi yang cemerlang. Mereka yang mempunyai latar
belakang yang unggul berupaya mencapai pretasi yang jauh lebih baik, jika
dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang sebaya dengan mereka di
sekolah yang tidak berkesan ( Peter Mortimore, 1995)
Mengikut Peter Mortimore (1995), dalam bukunya `Key characteristics
of effective schools’ mengemukakan sebelas fakfor untuk sekolah berkesan
iaitu
1. Kepemimpinan profesional
*Tegas dan bermatlamat
*Pendekatan bersama
*Keunggulan pemimpin
2. Perkongsian visi dan matlamat
*Penyatuan matlamat
*Amalan berterusan
*Kekitaan dan usahasama
3. Kewujudan budaya pembelajaran
*Suasana yang teratur
*Persekitaran kerja yang menarik

18

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
19

4. Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran


*Memaksimumkan waktu belajar
*Penekanan terhadap akademik
*Penumpuan terhadap pencapaian

5. Pengajaran bermatlamat
*Pengurusan (bilik darjah) yang berkesan
*kejelasan maksud
*Pengajaran berstruktur
*Penyesuaian pengkaedahan

6. Pengharapan yang tinggi


*Harapan tinggi
*Perhubungan yang diharapkan
*Mencetuskan cabaran intelek

7. Pengukuhan yang positif


*Peraturan yang jelas dan adil
*Terdapat maklumbalas

8. Pemantauan terhadap perkembangan


*Pemantauan pencapaian murid
*Penilaian pencapaian sekolah
9. Hak dan tanggungjawab murid
*Meningkatkan nilai kendiri
*Pemeringkatan tanggungjawab

19

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
20

*Pengawalan kerja

10. Permuafakatan rumah-sekolah


*Penglibatan ibu-bapa dalam pembelajaran anak

11. Organisasi pembelajaran


*Pembangunan staf berasaskan sekolah

Dalam Fokus Pengurusan yang dikemukakan oleh Yang Berbahagia,


Datuk Dr. Shukor bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
menyatakan “ bahawa Sekolah Berkesan Tidak Akan Wujud Tanpa
Pengetua/Guru Besar Berkesan”.Peranan pengetua/guru besar ke arah
mewujudkan sekolah berkesan dapat dirumuskan seperti di bawah:

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR

Mendefinisikan Misi Sekolah


Merangka Matlamat Sekolah
Menyebar luas Matlamat Sekolah
Penyatuan Matlamat
Kesejawatan dan Kolaborasi

Mengurus Program Instruksional


Profesional Yang Terkedapan
Tegas dan Bermatlamat
Pendekatan Partisipatif
Penumpuan Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Pengajaran Bermatlamat

20

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
21

Menyelia dan menilai instruksi


Memantau kemajuan pelajar

Membina Iklim Pembelajaran Positif


Mempertahankan Waktu Instruksional
Penghargaan Yang Tinggi
Pengukihan Positif
Insentif terhadap Pembelajaran
Insentif kepada Guru
Mempertingkatkan Keunggulan Diri
Persekitaran Pembelajaran
`Learning Organisation’
Perkembangan Staf
Pemuafakatan Sekolah - Rumah

Terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan


sekolah,antaranya ialah persekitaran sekolah dan faktor masyarakat.
Kedua-dua faktor ini mungkin mempunyai kesan positif atau negatif
terhadap kecemerlangan sekolah. ini termasuklah status sosio-ekonomi
pelajar-pelajar serta penglibatan ibu bapa dan sumber-sumber yang boleh
diperolehi. Berdasarkan kajian-kajian lalu, jelaslah bahawa masyarakat
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pretasi sesebuah
sekolah.Coleman (1996) berpendapat bahawa faktor latarbelakang keluarga
pelajar dan status sosial ekonomi pelajar banyak memberi kesan terhadap
pencapaian akademik pelajar di sekolah.
Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap
pencapaian anak-anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap
masa depan anak-anak memainkan peranan penting untuk mendorong

21

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
22

anak-anak mereka lebih bergaiat untuk mencapai pretasi yang tinggi di


sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan salah satu daripada
pertubuhan di sekolah yang melibatkan perhubungan masyarakat dengan
sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa PIBG memainkan peranan yang
besar terhadap peningkatan pencapaian persekolahan pelajar. Ahli PIBG
yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka
dari masa ke semasa demi keberkesanan sekolah.
Persekitaran bilik darjah juga penting dalan situasi pembelajaran
pelajar ke arah mewujudkan sekolah berkesan. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff(1986), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat
meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
Menurut Atan Long (1986), menyatakan bahawa pengurusan bilik
darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai
melalui penggunaan bilik darjah.
Wallen C.J dan Bacon (1978), mengatakan bahawa iklim bilik darjah
juga tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah, berwarna-warni,
selesa, riang dan seronok sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran
yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan keadaan sebaliknya.
Keberkesanan sekolah amat berkaitan rapat dengan faktor guru.
Guru memainkan peranannya sebagai penyampai ilmu, pelaksana
kurikulum, pemgawal tingkahlaku pelajar, penilai pretasi pelajar dan
sebagainya. Menurut Taylor (1962) daripada kajiannya menunjukkan
keutamaan yang diberikan oleh pelajar-pelajar ialah kepada pengajaran
guru yang baik dan kurang kepada ciri-ciri keperibadian guru. Personaliti
juga sebagai penentu ciri guru yang baik.

22

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
23

Pendapat Willarad Waller (1932), guru yang berkesan hendaklah


mengekalkan jarak sosial daripada pelajar-pelajarnya. Ini bermakna untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan, guru perlu mengadakan aktiviti-
aktiviti yang bercorak intelektual.
Di samping itu, faktor kurikulum sekolah juga berperanan penting
untuk mewujudkan keberkesanan sekolah. Aktiviti kurikulum hendaklah
dijalankan secara terancang untuk meningkatkan peningkatan pretasi
pelajar. Sekolah haruslah melakukan perubahan-perubahan dalam bahan-
bahan pengajaran-pembelajaran. Pelbagai kaedah pengajaran yang
berkualiti haruslah dilakukan di dalam bilik darjah.Kualiti pengajaran
hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan yang cekap dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
memudahkan pelajar menerima pengajaran dengan lebih berkesan.
Kemudahan fizikal sekolah juga sedikit sebanyak boleh
mempengaruhi keberkesanan sekolah. Sekolah yang cemerlang sudah pasti
mempunyai kemudahan komputer untuk pembelajaran, penggunaan alat
bantuan mengajar yang baik dan kerusi meja yang selesa. Juga yang lebih
penting ialah bilangan guru dan opysen matapelajaran yang diajar
mencukupi.

PELAKSANAAN KONSEP SEKOLAH BERKESAN


Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, dalam Mesyuarat
Penyelarasan Hal-hal Profesional Kali ke 58 pada 13 Mei 1998 telah
mengemukakan sepuluh fokus pendidikan untuk dijadikan garis panduan
dalam pengurusan strategi ke arah Sekolah Berkesan
(Dato Dr Abdul Shukur Abdullah, 1998). Kesemua sepuluh fokus tersebut
adalah seperti yang berikut:

23

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
24

a. Pengetua yang berkesan


b. Sekolah yang berkesan
c. Guru yang profesional
d. Kurikulum yang relevan
e. Sistem penilaian dan Peperiksaan
f. Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan
pembelajaran
g. Pembinaan sistem institusi pelaksanaan dan pemantauan yang
berkesan: sistem pentadbiran pendidikan.
h. Pembangunan hubungan luar dan masyarakat
I. Pembinaan hubungan luar dan masyarakat.

CIRI-CIRI SEKOLAH YANG TIDAK BERKESAN


Menurut kajian yang dibuat pengkaji boleh dirumuskan bahawa ciri-ciri
sekolah yang tidak berkesan adalah seperti berikut:
a. Kurang visi di kalangan warga sekolah
Warga sekolah tidak berkesan di dapati tidak berwawasan, kurang
memahami dan berpengetahuan mengenai keperihalan sekolah, proses
perubahan yang berlaku dan juga budaya sekolah sendiri. Penghayatan
terhadap matlamat sekolah tidak dapat dihayati sepenuhnya dan tindakan
yang diambil tidak menjurus kepada visi yang dikehendaki.

b. Kepimpinan yang tidak berfokus

24

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
25

Sekolah-sekolah tidak berkesan didapati mempunyai amalan yang tidak


pernah berubah dan pengetua yang tidak boleh membantu. Pentadbir
kurang menjalankan pemantauan yang menyeluruh dan berterusan.
Perancangan kurikulum tidak dirancang dengan teliti selaras dengan
matlamat untuk meningkatkan pretasi sekolah. Guru-guru mengalami janji-
janji yang tidak ditepati, berasa kecewa dan tidak lagi mempercayai
pengetua mereka.
Teddlie dan Field (1993) mendapati bahawa pengetua yang tidak
berkesan mempunyai jangkaan akademik yang rendah berbanding dengan
guru mereka dan memberi penekanan yang lebih kepada aspek lain
daripada kemahiran akademik. Tindakan tanduk pengetua tidak memberi
kesan yang positif.

c. Hubungan yang tidak berfungsi


Sekolah-sekolah yang tidak berkesan mewujudkan hubungan yang tidak
memberikan kesan yang baik kepada warga sekolah. Guru-guru di dapati
tidak bermaya, terlalu mengikut kata hati sendiri dan tidak menerima nasihat
daripada pihak lain. (Rozenholtz 1989), mendapati hubungan staf di
sekolah yang tidak berkesan adalah tidak rasional, berpecah belah dan
reaktif. Keseronokan bekerja merupakan aspek penting yang diberi
perhatian untuk mencapai sekolah berkesan. Pentadbir harus mewujudkan
hubungan yang baik dengan guru dan memastikan guru-guru tidak rasa
tertekan dengan tugas yang dijalankan.

25

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
26

d. Amalan-amalan bilik darjah yang tidak efektif


@Pendekatan guru yang tidak konsisten terhadap kurikulum dan
pengajaran.Pengajaran dan pembelajaran guru kurang kepada pendekatan
`berpusatkan murid’. Pengajaran guru lebih kepada sebagai luahan ilmu
pengetahuan sahaja. Keadaan ini memyebabkan murid kurang berfikir untuk
menganalisis isu dan masalah.
@Guru juga mempunyai jangkaan yang rendah terhadap pelajar-pelajar
dalam sekolah-sekolah SES rendah. Keadaan ini mungkin berlaku di
sekolah-sekolah luar bandar.
@ Penekanan kepada pengawasan dan arahan mengenai amalan harian
dan aktiviti yang tidak selaras, tidak dibincangkan, tidak mencabar pelajar
dan tidak mempunyai rangka kerja yang jelas.
@ Tahap interaksi yang rendah antara guru dan pelajar.
Guru lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja perkeranian, pelajar-
pelajar tidak diselia dan pelajar kurang mengambil bahagian dalam tugasan-
tugasan mereka.
@ Pelajar menganggap guru mereka sebagai tidak mempedulikan mereka,
tidak memuji, membantu atau menganggap belajar itu penting.
@ Bilik darjah yang bising dengan banyak pergerakan yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran. Guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik
terutama guru-guru yang tidak terlatih atau guru ganti.
@ Guru kerap menggunakan kritikan dan maklum balas yang negatif.
Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar akan merasa rendah diri terhadap
pelajar-pelajar lain. Pelajar akan mengasingkan diri daripada pembelajaran
dan minat untuk belajar matapelajaran akan merosot. Perkataan yang kasar
dan kesat terhadap pelajar harus dielakkan.

26

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
27

@ Sekolah yang tidak berkesan juga memperlihatkan hubungan


PIBG dengan pihak sekolah tidak begitu rapat. Segala perancangan untuk
meningkatkan pretasi sekolah tidak dibincang secara bersama dan teliti.
PIBG hanya mengharapkan pihak sekolah sahaja menjalankan program-
program tersebut. Keadaan sebegini sudah pasti akan menyukarkan pihak
sekolah melaksanakan sekolah yang berkesan.

KEKANGAN PELAKSANAAN SEKOLAH BERKESAN

1. Masalah sikap kita sendiri.


Pelaksanaan sekolah berkesan amat bergantung kepada sikap para
pengetua, guru-guru dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan sekolah
berkesan, peranan pengetua mestilah mempunyai sikap yang positif dan
menjalankan kepimpinan yang berkesan. Jika pengetua tidak
menunjukkan semangat yang tinggi untuk melaksanakannya, sudah
pasti organisasi sekolah tidak akan berjalan dengan berkesan.
Begitu juga dengan guru-guru seharusnya mempunyai sikap yang
positif dan beritlizam untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai
sekolah berkesan. Jika guru tidak memberi sokongan yang kukuh terhadap
para pentadbir, sudah pasti segala perancangan yang dibuat tidak akan
mendapat hasil yang cemerlang. Sokongan daripada pihak PIBG juga
penting. Tanpa bantuan daripada ibu bapa, sekolah akan menghadapi
masalah yang besar dari segi mendapat bantuan kewangan untuk
menambah kemudahan fizikal sekolah dan kepercayaan ibu bapa
terhadap sekolah akan berkurangan. Kesimpulan dapat dikatakan
gabungan ketiga-tiga ini amat penting dalam menjayakan konsep
sekolah berkesan.

27

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
28

2. Masalah kekurangan kemudahan P & P seperti kemudahan komputer,


alatan OHP dan sebagainya.
Pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD haruslah
menyediakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang
penting untuk menjalankan inovasi dalam pengajaran. Pihak sekolah
kemungkinan tidak mampu menyediakan segala kemudahan ini.
Kemudahan ini penting bagi menjamin kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru lebih baik dan berkesan.

3. Masalah sekolah kekurangan guru terlatih dalam opsyen


matapelajaran.
Masalah ini juga boleh menyebabkan sesebuah sekolah tidak
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru
ganti yang bukan opysen sudah pasti tidak mengajar dengan baik
terutama matapelajaran B.Inggeris. Pihak kementerian seharusnya

memandang serius perkara ini dan tindakan harus diambil untuk


menempatkan guru-guru terlatih di sekolah yang kekurangan guru
terutama di luar bandar. Jika keadaan ini tidak diatasi pihak sekolah
akan menghadapi masalah keberkesanan pengajaran.

4. Masalah persekitaran masyarakat yang berbeza.


Masyarakat memainkan peranan penting dalam membudayakan
kecemerlangan di kalangan anak-anak mereka. Masyarakat di luar

bandar setengah daripadanya tidak begitu mementingkan budaya

28

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
29

kecemerlangan terhadap anak mereka. Mereka cuma tahu anak mereka ke


sekolah sahaja. Keadaan ini sudah pasti menyulitkan pihak sekolah

dalam melaksanakan sekolah berkesan. Sebabnya pembelajaran anak-


anak harus diteruskan di rumah bukan saja disekolah.
Bagi masyarakat bandar, budaya kecemerlangan memang sudah jelas.
Mereka amat prihatin terhadap pelajaran anak-anak. Penghantaran anak-
anak ke kelas tuisyen adalah satu keperluan. Jika keadaan ini berlaku,
pihak sekolah tidak akan menghadapi masalah besar dalam melaksanakan

konsep sekolah berkesan.

ISU DAN PERSOALAN:


Konsep “Tanpa Cacat” atau “Sekolah Berkesan” telah diperkenalkan suatu
ketika dahulu dan dalam masa yang sama kita digemparkan dengan
pelbagai masalah salah laku sekolah. Di sekolah-sekolah dewasa ini
terdapat ramai pelajar yang berasa tidak seronok. Fenomena ini dizahirkan
melalui mesej tingkah laku seperti masalah ponteng sekolah ( Mohd
Tajuddin, 1995; Thi Lip Sam, 1994; Azizah Lebai Nordin, 1997), tingkah laku
lepak (Iran Herman, 1995), berlumba motorsikal, kes-kes jenayah, melawan
guru dan pelbagai salah laku kecil yang lain (Mohammad Hj.Ikhsan, 1994)
dan penglibatan dalam kumpulan samseng dan gengsterisme di sekolah
(Berita Harian,31 Mac 2000). Masalah kemerosotan akademik terutama
subjek B.Inggeris,sains dan matematik kebanyakkan sekolah masih lagi
belum mencapai tahap yang tinggi. Keadaan ini juga berpunca daripada
keadaan sekolah yang tidak berkesan.
1. Adakah sekolah kita berkesan?

29

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
30

Secara realitinya, konsep Sekolah Berkesan merupakan satu konsep yang


terlalu ideal. Walaubagaimanapun, konsep sekolah ini boleh tercapai jika
semua indikator dapat bergabung bersama untuk menjayakannya.
Tambahan pula, isu menentukan ukuran keberkesanan sesebuah sekolah
amat sukar. Jika dilihat masa kini, tidak banyak sekolah yang mampu
melaksanakan konsep sekolah berkesan yang sebenar.
Jika ada pun, kemungkinan sekolah tersebut berjaya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun dari segi
keberkesanan mendidik dari akhlak dan moral yang baik amat sukar
dijalankan. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan pihak sekolah amat
mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata.

2. Adakah sekolah masa kini hanya mementingkan pencapaian


akademik semata-mata?
Sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan merupakan faktor
utama yang menyebabkan sekolah terpaksa memberi tumpuan yang lebih
ke arah menghasilkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu
keberkesanan sekolah untuk mendidik pelajar supaya mempunyai nilai-nilai
murni amat sukar diserapkan. Keadaan ini jelas pada masa sekarang,
keruntuhan akhlak di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Justeru, untuk
melaksanakan konsep sekolah berkesan, pihak sekolah harus
mengimbangkan pendidikan untuk peperiksaan dengan pendidikan moral
yang baik. Di samping itu gabungan tenaga yang bersungguh-sungguh
untuk menjayakan konsep sekolah berkesan antara pihak pentadbir dengan
para guru dan masyarakat sekeliling amat penting.

30

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
31

3. Bagaimanakah kesediaan para pentadbir sekolah dan guru untuk


melaksanakan Sekolah Berkesan?
Dalam melaksanakan sekolah berkesan, pengetua atau guru besar
memainkan peranan amat penting. Tanpa pengetua berkesan, sudah pasti
sekolah tidak berkesan. Tidak ramai pengetua yang mampu untuk
melaksanakan konsep sekolah ini kecuali pengetua yang mempunyai azam
yang kuat untuk mencapai sekolah berkesan. Kebanyakan pengetua masih
mengamalkan sistem birokasi yang ketat dalam menjalankan tugas di
sekolah. Keadaan ini akan mengongkong guru-guru dalam melaksanakan
kreatif dan inovasi mereka dalam pengajaran.Guru-guru yang berkesan
adalah guru yang berjaya dalam pengajaran dan pembelajarannya dengan
mengaptasikan penggunaan alat-alat bantuan pengajaran yang canggih dan
moden. Di samping mengamalkan pelbagai bentuk pengajaran. Adakah
keadaan ini berlaku di sekolah?

4. Sejauhmanakah PIBG mampu membantu pihak sekolah mencapai


konsep Sekolah Berkesan?
PIBG juga memainkan peranan penting dalam menjayakan konsep sekolah
berkesan. Sokongan yang padu akan membantu pihak sekolah dalam
menjayakan rancangan yang telah dirancangkan. Bagi sekolah yang
cemerlang, hubungan dengan PIBG dan pihak luar amat erat. Ibu bapa
harus mengambil tahu tentang program-program yang dijalankan di sekolah.
Ini akan memudahkan para ibu bapa memantau proses pengajaran dan
pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Tetapi masakini, kebanyakan ibu
bapa tidak begitu rapat dengan pihak sekolah. Mereka cuma datang ke
sekolah untuk mengambil rekod peperiksaan sahaja. Jarang mereka datang
ke sekolah untuk membincangkan soal pendidikan anak mereka.

31

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
32

KESIMPULAN
Melihat kepada konsep-konsep, ciri-ciri sekolah, faktor-faktor keberkesanan
Sekolah Berkesan, dapatlah kita simpulkan untuk ke arah merealisasikan
konsep sekolah, pihak sekolah harus jelas mengenai falsafah mengenai
sekolah berkesan. Juga pihak tuan pengetua harus mengetahui dari segi
perancangan strategik yang perlu diambil. Kejayaan sekolah berkesan
bermula dari bilik darjah yang diurus dengan berkesan oleh guru-guru
berkesan dengan menggunakan alatan bantuan mengajar yang berkesan
dan mencukupi dan hubungan pelajar dan guru yang cukup mantap.
Jadi dapatlah kita ringkaskan, kejayaan sekolah berkesan berdasarkan
model di bawah ini:
SEKOLAH BERKESAN

Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar Berkesan Kurikulum Yang Relevan

Guru-Guru Berkesan Sistem Penilaian & Peperiksaan


Berkesan
Hubungan luar dan masyarakat

RUJUKAN
1. Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993. `Wawasan
Pendidikan Agenda Pengisian’
2. Chan Yuen Fook (Pensyarah Institut Aminuddin Baki), 1999.
`Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan.’
3. Yaakob Bin Ederis,Pengetua SMKB.Taman Dato’ Harun: “Sekolah
Berkesan Teras Kejayaan Wawasan Pendidikan”.

32

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
33

4. Sharifah Alwiah Alsagoff, 2000: Keberkesanan Sekolah:Satu


Perspektif Sosiologi.
5. Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut
Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan
Institusi Pendidikan.
6. Seminar Kepengetuaan 1/2000 : Kepimpinan Untuk Sekolah Yang
Sihat Dan Selamat.

33

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

You might also like