You are on page 1of 72

Penguat (rangkaian)

Penguat wayarles

Penguat atau Repeater adalah sebuah peranti yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia
digunakan untuk memanjangkan sambungan rangkaian (kabel atau wayarles) yang melebihi dari
had maksima yang dibenarkan. Kekuatan isyarat akan semakin menyusut apabila ia melalui
kabel yang panjang, sekiranya ia melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat
tersebut akan terus menyusut dan hilang. Repeater akan menerima isyarat digital dari salah satu
portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum menghantar isyarat tersebut keluar.

Fungsi repeater ini sama dengan Stereo Amplifier di rumah di mana isyarat dari pemain CD, atau
pemain Kaset akan memasuki amplifier, isyarat tersebut kemudian dikuatkan sebelum dihantar
keluar ke pembesar suara.

Fungsi repeater sebagai penguat isyarat hampir sama dengan sistem stereo di rumah

Repeater akan menguatkan dan mengulang semula apa saja isyarat yang diterima sebelum ia
dihantar keluar. Repeater tidak melihat pada kualiti data sebaliknya ia hanya melihat denyut data
digital secara individu dan terus menguatkannya. Ia tidak mempunyai kepintaran memilih data.
Sekiranya isyarat tersebut mengandungi frame data yang tidak baik atau hingar, ia juga turut
dikuatkan.
Penguat
Penguat (bahasa Inggeris: amplifier) ialah mana-mana alat yang boleh mengubah, ataupun
selalunya akan menaikkan amplitud sesuatu isyarat. Isyarat itu selalunya adalah voltan ataupun
arus elektrik. Walau bagaimanapun, secara umumnya apabila disebut perkataan penguat,
biasanya ia akan merujuk kepada penguat elektronik, selalunya dalam sistem audio. Hubungan
antara input dan output penguat - biasanya dinyatakan sebagai fungsi frekuensi input - dipanggil
fungsi pindah penguat, manakala magnitud fungsi pindah dipanggil gandaan.

Satu lagi alat yang menekankan penukaran kuasa dari satu jenis ke jenis yang lain (sebagai
contoh, satu isyarat cahaya dalam foton ditukar kepada satu isyarat DC dalam ampere) dikenali
sebagai pemindah, pengubah ataupun penderia. Walau bagaimanapun, tiada satupun dari alat ini
yang menguatkan kuasa.
Penguat audio

Penguat audio bersepadu Mission Cyrus 1 Hi Fi

Penguat audio atau alat penguat bunyi ialah sejenis penguat elektonik yang digunakan untuk
menguatkan bunyi isyarat berkuasa rendah( frekuensi dalam linkungan pendengaran manusia
iaitu antara 20 Hertz hingga 20,000 Hertz) hingga ke peringkat yang bersesuaian untuk
menggerakkan pembesar suara dan ini adalah peringakat terakhir dalam rangkaian tipikal
ulangan bunyi. Keutamaan dalam rangkaian ini adalah alat penguat bunyi berkuasa rendah yang
boleh melakukan pengawalan nada, campuran/efek, atau sumber audio seperti pemain cakera
padat dan pemain kaset. Kebanyakan alat penguat bunyi ini memerlukan isyarat berkuasa rendah
untuk sokongan bagi penyelarasan garisan. Sementara isyarat masuk alat penguat bunyi ini
mungkin hanya boleh membaca bacaan pada kadar 10 mikrowatt, isyarat keluarnya mungkin di
antara sepuluh,seratus atau seribu watts.
Penyambung piawai

Penyambung mini-DIN berdiameter 9.5 mm dan terdapat dalam tujuh corak, dari tiga hingga
sembilan pin. Setiap corak direka sebegitu agar palam yang satu corak tidak boleh dipadankan
dengan soket bercorak lain. Aspek penting yang memastikan setiap satu dari tujh penyambung
mini-DIN dijadikan piawaian rasmi adalah ketujuh-tujuhnya berlainan sekali dari satu sama lain,
tanpa apa-apa pertindihan serentak secara langsung dari segei (1) susun atur pin, (2) saiz dan
kedudukan kunci benam, (3) takuk kambi logam pelindung bulat dan penambahan berlogam -
berbeza dari penyambung mini-DIN bukan piawai yang mungkin mengalami pertindahan sifat
bertindan secara langsung dengan satu sama lain atau dengan penyambung mini-DIN yang
piawai.

(muka palam atau penyambung jantan ditunjukkan)

AMARAN. Tiada rujukan dipetik bagi susun atur pin ini. Rajah mini-DIN 9-pin mungkin tidak
mengikut piawaian; piawaiannya berbentuk penjarakan tak seragam pada baris pertama dan
penjarakan seragam pada baris kedua.

3-pin

 Apple LocalTalk Network


 VESA Stereoscopic shutter sync (diagram)
 SGI StereoView (diagram)
 Behringer Mixer Power Supplies
4-pin

mini-DIN 4 pin untuk S-Video

 Apple Desktop Bus (Pinout diagram)


 S-Video (Pinout diagram)
 Thomson SpeedTouch 605 Console Serial Port / DSL Router (diagram)
 Bekalan kuasa bervoltan rendah seperti Seagate Pushbutton External Drive Power Supply

5-pin

 Penyambung input bekalan kuasa bervoltan rendah pada pelbagai kelengkapan


 Antara muka kawalan kamera video SONY LANC(Diagram)
 Penyambung input/output 5-pin MIDI yang digunakan oleh Creative Technology Sound
Blaster X-Fi Front I/O Panel dan Creative LivedriveII (diagram)
 Altec Lansing ACS 45 (2.1)
6-pin

Port sambungan PS/2 berkod warna (ungu untuk papan kekunci, hijau untuk tetikus)

 Penyambung papan kekunci/tetikus PS/2 serasi IBM PC Penyambung papan


kekunci/tetikus PS/2
 Antara muka moden-radio TNC radio amatur
 Output DC bekalan kuasa untuk sebilangan peranti elektronik
 Papan kekunci Acorn Archimedes
 Sistem audio 2.1 saluran Klipsch (2 speaker/1 subwufer)
 Kad Leadtek dan VisionTek GeForce2 Ti sebagai TV-out
 Sambungan ruas ke pendikit Saitek x52 Flight
 Sambungan Creative Cambridge SoundWorks Ps 2000 Digital dari wufer ke volum
utama
 Output kawalan perantaraan pada sesetengah paparan LED matriks bintik Ferrograph
(papan operasi pusat hubungan)
 Semua set kepala Chatterbox
 Port DATA Yaesu FT-450 (view of rear panel, 6-pin DATA port on far left)

7-pin
 Commodore Plus/4
 Penyambung bersiri iRobot Roomba
 Altec Lansing ATP3
 Skrin penyandar kepala XO Vision
 Digital Equipment Corporation DECserver 90L/90L+/90TL/90M
 Kabel penyesuai 10-pin ke 7-pin Märklin 610479
 Palam DIM 8-pin boleh dipasang pada soket 7-pin piawai

8-pin

 Sony VISCA Camera Control


 Apple Macintosh Serial Port
 Allen-Bradley MicroLogix 1100 PLC
 Port Pengawal NEC Turbo Duo
 Multimedia Extension Connector
 Penyambung video 8-pin ATI Radeon.
 Penyambung MIDI port bersiri Roland lama (Mac/PC).
 Sanyo/Fischer Camcorder A/V out (model lama)
 Mitsubishi FX0 PLC
 Penyambung papan kekunci/tetikus bersiri Sun Microsystems (3/80 melalui
UltraSPARC).
 Port bersiri Sun Microsystems SPARCstation IPC & IPX.
 Port bersiri Sun Microsystems SPARCstation IPC & IPX Audio In/Out.
 Directed Car Screens.
 port bersiri dan I/O Neptune Systems Aquacontroller
 Port antaramuka Yaesu CAT (Penghantar-terima bantuan komputer)
 Kawalan jauh pemain CD Numark CDN25+G
 Sambungan pembesar suara kiri Altec Lansing ADA885
 Hewlett Packard ScanJet ADF (C5195)
 Port Yaesu FT-450 TUNER (Panel belakang, 8-port TUNER pin di kiri tengah)

9-pin

 Sega Mega Drive II / 32X


 Tetikus Acorn Archimedes
 Creative GigaWorks T40 (untuk Creative Docking Station X-30)
 Pembesar suara Logitech Z-340
 Pembesar suara Logitech Z-3e
 Penyambung port Video In Video Out (VIVO) Nvidia dan ATI Technologies untuk kad
video GeForce dan Radeon
 Tetikus bas
 Dension Gateway
 Vizualogic Car Screens
 Freebox HD (SCART ke Mini-Din 9 plus 2 RCA : merah putih)
 Kam, cetronic and numark dule CD DJ decks
 Input analog SCT XCAL2

Pasangan berlingkar
Setiap pasangan berlingkar.

Kabel UTP

Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian
komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian
kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter.
twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair
bergantung kepada jumlah bilangan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga
banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.

Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan
adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilin. Dari 8 buah kabel yang ada pada
kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah
penyambung kepada kabel twisted pair.

Kategori

Piawai EIA/TIA 568 menetapkan spesifikasi kabel twisted pair dalam penyambungan rangkaian
komputer. EIA/TIA menggunakan istilah kategori (Cat) untuk membezakan beberapa jenis kabel
twisted pair. Jenis-jenis twisted pair yang wujud pada masa ini adalah:

Kategori
Penerangan
(Cat)

1 Biasanya digunakan untuk menghantar suara pada sambungan telefon dan bukan untuk
penghantaran data.

Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 4 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang


2
wayar.

Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 10 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang


3
wayar dengan 3 pintal bagi setiap 12".

Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 16 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang


4
wayar.

Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 100 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang
5
wayar.

Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 1000 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang
6
wayar.

Kabel twisted pair menggunakan penyambung telefon RJ45 untuk sambungan ke komputer
(telefon menggunakan RJ11). Perumah RJ45 menyediakan penyambungan lapan kabel
berbanding dengan RJ11 yang menyediakan hanya empat penyambungan kabel.

Pemasangan

Twisted pair dipasang pada RJ45


Warna pasangan wayar dengan kod warna masing-masing pasangan

Setiap pasang wayar didalam kabel twisted pair dikodkan dengan warna, salah satu wayar dalam
pasangan mempunyai warna penuh iaitu biru, oren, hijau dan perang dan berpintal pada wayar
pasangan masing-masing yang berlatarbelakangkan warna putih dengan jaluran warna yang
sama.

Dua kod piawai digunakan dalam pemasangan wayar iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu:

1. Pemasangan Lurus (Straight-Through)


2. Pemasangan Terbalik (Cross Over)

Pemasangan lurus

Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer. Kabel
pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung
komputer dan hab.

Pemasangan terbalik

Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.


Piawai bagi kod-kod warna RJ45

Penyambungan dilakukan mengikut kod-warna wayar

Perakaman elektrik

Perakaman bunyi bermula sebagai suatu proses mekanik yang dikekalkan sehingga dekad 1920-
an apabila satu siri perekaan yang utama dalam bidang elektronik menukarkan sepenuhnya
perakaman bunyi serta industri perakaman yang masih muda itu. Ini termasuk transduser-
transduser bunyi seperti mikrofon dan pembesar suara, peranti-peranti perakaman seperti
perakam pita, serta juga berbagai-bagai peranti elektronik seperti meja pencampuran yang
kesemuanya itu direka bentuk untuk menguatkan dan mengubah suai isyarat-isyarat bunyi
elektrik. Selepas fonograf Edison yang mungkin merupakan kemajuan yang paling penting
dalam bidang perakaman bunyi ialah sistem-sistem elektronik yang diireka oleh dua orang ahli
sains Amerika Syarikat antara tahun 1900 dan 1920.
Pada tahun 1906, Lee De Forest mereka "Audion", injap elektronik tiub vakuum triod, yang amat
menguatkan isyarat-isyarat elektrik yang lemah, dan peranti ini kemudian menjadi asas untuk
semua sistem bunyi elektrik yang kemudian sehingga perekaan transistor. Ini diikuti dengan
cepat oleh perekaan litar jana semula, litar jana semula super, dan litar penerima superheterodin,
dengan kesemuanya direka dan dipatenkan oleh Edwin Armstrong, genius elektronik, antara
tahun 1914 dan 1922.

Rekaan-rekaan Armstrong menyebabkan perakaman dan pengeluaran semula bunyi elektrik


fideliti tinggi menjadi suatu kenyataan praktik, dan memudahkan perkembangan amplifier
elektronik, serta banyak peranti yang lain; menjelang awal dekad 1930-an, sistem-sistem ini telah
menjadi piawai dalam industri perakaman dan radio. Rekaan-rekaan Armstrong yang penting itu
juga memungkinkan penyiaran pemancaran julat jauh suara dan muzik yang bermutu tinggi.
Pentingnya litar superheterodin Armstrong tidak boleh diperkecilkan — ia adalah komponen
yang utama untuk hampir semua peranti penghantar dan penerima amplifikasi dan frekuensi
radio analog pada abad ke-20.

Pemultipleksan
Pemultipleksan ialah proses penghantaran serentak dua atau lebih isyarat melalui sebuah
saluran perhubungan. Kegunaanya adalah mempertingkatkan bilangan saluran
perhubungan(communication channel) supaya lebih banyak maklumat boleh dihantar dengan ini
dapat menjimatkan kos.

Sebelum pemultipleksan ditemui, penghantaran beberapa isyarat dari sumber yang berlainan dari
satu tempat ke tempat lain satu saluran perhubungan digunakan untuk setiap isyarat.

Sebagai contoh, dalam sebuah kapal angkasa, beberapa penukar (transducer) memerlukan
beberapa pemancar untuk menghantar isyarat tersebum sebelum tiba di bumi (suhu, tekanan,
kelajuan, paras cahaya, kadar aliran, paras cecair, maklumat yang hendak disampaikan dan
sebagainya).
Ini akan meningkatkan kos dan kekompleksan (contohnya memberatkan kapal dan menggunakan
kuasa yang banyak).Oleh itu, keadaan yang ideal adalah dengan menggabungkan kesemua
isyarat maklumat dan menghantarnya secara serentak ke bumi menggunakan hanya sebuah
saluran radio.

Beberapa isyarat masukan akan digabungkan oleh pemultipleks (multiplexer) ke dalam satu
isyarat rencam dan kemudiannya di hantar melalui satu saluran perhubungan,

Isyarat termultipleks akan dimodulatkan dan dipancar.Di hujung penerima, sebuah


penyahmultipleks (demultiplexer) akan membahagi-bahagikan isyarat ke dalam bentuk asal.

Penyiaran radio ialah perkhidmatan penyiaran audio (bunyi) ke udara dalam bentuk gelombang
radio (sebentuk sinaran elektromagnet) dari pemancar ke antena penerima. Stesen radio boleh
dihubungkan dalam rangkaian radio untuk menyiarkan rancangan bersama, sama ada secara
bersindiket atau siaran serentak. Penyiaran audio juga boleh dilakukan melalui FM kabel,
rangkaian talian tempatan, satelit dan Internet.

Jenis

Skema pemancaran dan penerimaan radio.

Jenis stesen radio yang paling dikenali adalah yang bersiaran melalui gelombang radio, terutama
sekalo stesen AM dan FM, apalagi dibahagi kepada jenis-jenis penyiaran seperti komersil, awam
dan bukan untung di samping juga stesen radio kampus dan radio hospital yang ditemui di
negara maju.

Biarpun dikelubungi oleh radio edaran Internet, terdapat banyak stesen yang bersiaran melalui
jalur gelombang pendek dengan menggunakan teknologi AM yang boleh diterima sejauh ribuan
batu (lebih-lebih lagi pada waktu malam). Contohnya, BBC menyediakan intisari rancangan
penuh yang dipancarkan melalui gelombang pendek. Siaran radio sedemikian amat mudah
dipengaruhi keadaan atmosfera dan kegiatan matahari.
Selain itu, wujud juga pelbagai jenis stesen radio bukan penyiaran, termasuk stesen pangkal
untuk rangkaian polis, bomba dan ambulans, stesen pangkal tentera, stesen pangkal hantaran
untuk perkhidmatan teksi, lori, dan kurier, sistem penyiaran kecemasan, dan radio amatur.

Gelombang radio

Gelombang pendek

Gelombang pendek banyak digunakan untuk penyiaran antarabangsa oleh badan-badan


penyiaran kebangsaan, pertubuhan agama, tentera dan lain-lain.

AM
Stesen-stesen siaran radio AM (2006)

AM merupakan sistem penyiaran terawal yang dibangunkan. AM ialah singkatan bagi modulasi
amplitud, iaitu kaedah menyiarkan gelombang radio dengan mengubah-ubah amplitud isyarat
pembawa untuk membalas amplitud isyarat pemancar.

Kebanyakan negara menggunakan jalur frekuensi yang sama untuk pemancaran AM. Benua
Eropah juga menggunakan jalur the gelombang panjang. Radio AM kini semakin pudar dan
banyak memberi laluan kepada sistem FM.

Kelebihan

Salah satu kelebihan AM adalah isyarat ringkasnya boleh dikesan (dijadikan bunyi) dengan
peralatan yang ringkas. Sekiranya isyarat cukup kuat, punca kuasa pun tidak perlu. Pada zaman
awal radio, ramai kanak-kanak yang menceburi projek radio kristal. Satu lagi kelebihan AM
adalah memerlukan lebar jalur yang lebih sempit berbanding FM.

Kelemahan

Isyarat AM mudah terjejas oleh gangguan dari ribut elektrik (kilat) dan gangguan elektromagnet
seumpamanya.

Pemancaran AM tidak boleh dirambatkan melalui ionosfera pada waktu siang kerana daya
penyerapan yang kuat dalam lapisan D ionosfera. Dalam persekitaran saluran yang sesak, ini
bermakna kuasa saluran-saluran setempat yang berkongsi satu frekuensi mesti dikurangkan pada
waktu malam atau dipancarkan secara terus ke arah penerima untuk mengelakkan gangguan,
biarpun boleh mengurangkan bilangan pendengar pada waktu malam. Sesetengah stesen
menggunakan frekuensi yang tidak dikongsi dengan stesen lain di Amerika Utara, iaitu stesen
saluran jelas (clear-channel station) yang selalunya boleh diperdengarkan di seluruh negara pada
waktu malam. Pada waktu malam, ionosfera tidak lagi menyerap, sebaliknya membolehkan
isyarat bersiaran ke jarak yang lebih jauh melalui pantulan ionosfera. Walaupun begitu, isyarat
boleh terpudar dengan teruk sekali pada waktu malam.

FM
Stesen-stesen siaran radio FM (2006)

FM ialah singkatan bagi modulasi frekuensi yang berfungsi melalui gelombang udara VHF
dalam julat frekuensi 88 hingga 108 MHz di merata dunia (kecuali Jepun dan Rusia). Jepun
menggunakan jalur 76 hingga 90 MHz. Rusia pula mewarisi dua jalur yang digunakan secara
meluas oleh Kesatuan Soviet, iaitu 65.9 hingga 74 MHz dan 87.5 hingga 108 MHz. Stesen FM
lebih laris di kawasan-kawasan yang lebih maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat, khususnya
memandangkan FM berkebolehan dari segi fideliti bunyi lebih tinggi dan siaran stereo.

Radio FM dicipta oleh Edwin H. Armstrong pada 1930-an khususnya untuk tujuan mengatasi
masalah gangguan statik yang dialami oleh radio AM. Pada masa yang sama, pelebihan fideliti
dicapai dengan menjauhkan lagi jurang minimum antara stesen dari 10 kHz ke 200 kHz.
Contohnya, perbezaan antara frekuensi FM terendah di Malaysia, 87.5 MHz, dan kedua
terendah, 88.3 MHz, ialah 200 kHz (0.2 MHz). Pelebaran jurang ini adalah untuk memanfaatkan
ciri-ciri penyekat hingar dalam FM yang berjalur lebar.

Sebenarnya, 200 kHz tidak diperlukan untuk menampung isyarat audio; sebaliknya, cuma 20
kHz hingga 30 kHz diperlukan untuk isyarat FM berjalur sempit. Lebar jalur 200 kHz
membolehkan sisihan isyarat ±75 kHz dari frekuensi yang ditetapkan, ditambah pula dengan
jalur adang 20 kHz untuk menghapuskan gangguan saluran bersebelahan. Lebar jalur yang lebih
besar membolehkan penyiaran isyarat audio berlebar jaluar 15 kHz dengan "subpembawa" stereo
38 kHz, iaitu isyarat gendong yang menumpang isyarat utama. Muatan lebihan yang tidak
terpakai digunakan oleh sebilangan penyiar untuk memancarkan fungsi-fungsi utiliti seperti
muzik latar untuk tempat awam, isyarat perantaraan GPS atau data pasaran kewangan.

Masalah gangguan waktu malam yang dialami radio AM diselesaikan dengan cara yang berbeza
sekali. Ketika sistem FM dipasang dahulu, bilangan frekuensi yang disediakan dalam spektrum
FM 100 kali lebih berbanding radio AM. Ini bermakna biarpun berkuasa lebih tinggi, namun
liputan sesebuah isyarat FM tetap rendah berbanding AM, maka pasarannya lebih tertumpu pada
setempat berbanding radio AM. Mutu penerimaan FM pada waktu malam sama dengan waktu
siang.
Radio amatur

Siaran radio amatur dikelola oleh pengendali radio bebas atau "ham", terutamanya sebagai hobi,
dilesenkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan diberi pengenal.

Radio jalur antara penduduk

Radio jalur antara penduduk (citizen band, CB) biasanya merupakan penyiaran tanpa lesen yang
disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Jenis radio ini selalu
digunakan oleh pemandu lori untuk saling berhubungan.

Penyiaran
Penyiaran ialah pengedaran isyarat audio dan/atau video yang memancarkan rancangan kepada
audiens, baik orang ramai mahupun golongan-golongan tertentu.

Terdapat pelbagai jenis sistem penyiaran yang berbeza-beza keupayaannya. Sistem penyiaran
yang terkecil merupakan sistem siar raya berinstitusi yang memancarkan perbualan dan muzik
dalam lingkungan tempat-tempat terbatas seperti sekolah atau hospital, dan stesen radio atau
televisyen berkuasa rendah yang memancarkan program dalam kawasan setempat yang kecil.
Penyiar radio dan televisyen kebangsaan menikmati liputan seluruh negara melalui menara
pemancar ulang, sistem satelit dan edaran kabel. Penyiaran radio dan televisyen satelit boleh
meliputi kawasan-kawasan sebesar seluruh benua, manakala saluran Internet boleh mengedar
teks atau audio dan video berstrim ke seluruh dunia. Individu juga boleh menggunakan
perkhdimaan Internet untuk mengedarkan bunyi atau video penstriman atau podcast.

Turutan kandungan dalam penyiaran dipanggil jadual. Seperti ikthiar teknologi yang lain,
lahirnya istilah-istilah teknikal berkenaan penyiaran. (Rujuk istilah-istilah penyiaran) Rancangan
televisyen dan radio diedarkan melalui penyiaran radio atau cable, atau kedua-duanya serentak.
Dengan mengekodkan isyarat dan memiliki kelengkapan penyahkodan di rumah, kelengkapan
penyahkodan juga membolehkan penerimaan perkhidmatan saluran berlanggan dan pay-per-
view.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh stesen-stesen untuk bersiaran secara
berterusan dan cekap, setiap satunya berbeza mengikut cara pembiayaannya:

 Pendermaan masa dan kepakaran oleh sukarelawan (penyiar komuniti)


 Pembiayaan langsung kerajaan (penyiaran awam)
 Pembiayaan tidak langusng kerajaan (lesen televisyen dan radio)
 Geran dari yayasan amal atau entiti perniagaan
 Penjualan iklan atau tajaan
 Langganan atau keahlian ahli

Penyiar boleh bergantung pada lebih daripada satu model perniagaan tersebut.

Penyiaran awam
Penyiaran awam merangkumi perkhidmatan radio, television dan media elektronik lain yang
menerima pembiayaan awam yang berbentuk dermaan, cukai khusus seperti yuran lesen
televisyen atau pembiayaan terus dari kerajaan.

Penyiar awam tidak semestinya bersifat "bukan komersil." Di Malaysia, RTM sungguhpun
banyak dibiayai kerajaan, tetapi juga memperoleh pendapatan dari penyiaran iklan dan penajaan
rancangan. Di United Kingdom pula, Perbadanan Penyiaran British (BBC) dibiayai sepenuhnya
oleh yuran lesen dan tidak dibenarkan menerima pembiayaan melalui iklan atau penajaan.

Penyiaran awam boleh meliputi seluruh atau sebahagian negara, bergantung pada keluasan
negara dan stesen. Di sesetengah negara, penyiaran awam dikuasai oleh sebuah pertubuhan
sahaja (seperti RTM di Malaysia, BBC di UK dan ABC di Australia). Di negara lain pula,
wujudnya lebih daripada satu pertubuhan penyiaran awam yang meliputi kawasan-kawasan
tertentu di negara atau berkumandang dalam bahasa-bahasa yang berbeza. Contohnya di
Switzerland, penyiar awam SRG SSR idée suisse dibahagi kepada TSR (bahasa Perancis), SF
(bahasa Jerman), RSI (bahasa Itali) dan RTR (bahasa Romansh). Di Amerika Syarikat, stesen
penyiar awam sentiasa dilesenkan di peringkat tempatan, tetapi boleh bersekutu dengan
rangkaian kebangsaan (seperti Public Broadcasting Service (PBS) dan National Public Radio
(NPR)) atau kekal bebas.

Dalam sejarah penyiaran kebanyakan negara, penyiaran awam merupakan satu-satunya bentuk
penyiaran yang ada. Kini, wujudnya penyiaran swasta di negara-negara ini yang menimbulkan
persaingan hebat kepada penyiar awam.
Televisyen kabel

Kabel sepaksi sering digunakan untuk memancarkan TV kabel ke rumah.

Televisyen kabel ialah sejenis sistem penyediaan televisyen ke pengguna melalui isyarat
frekuensi radio yang dipancarkan ke set televisyen melalui gentian optik atau kabel sepaksi tetap,
dibandingkan dengan kaedah "ke udara" dalam penyiaran televisyen tradisi (melalui gelombang
radio) yang memerlukan antena televisyen. Selain rancangan televisyen, rangkaian TV kabel
juga boleh menyalurkan rancangan radio FM, Internet berkelajuan tinggi, telefoni dan
perkhidmatan bukan televisyen seumpamanya.

Singkatan CATV selalu dianggap sebagai singkatan "Cable TV", tetapi asalnya bermaksud
Community Antenna Television, iaitu asal-usul TV kabel pada tahun 1948: di tempat-tempat
yang sukar menerima isyarat dari udara kerana kawasan bergunung-ganang, "antena komuniti"
besar dipasang, dan disambung kabel ke rumah-rumah.

Televisyen kabel paling meluas di Amerika Utara, Eropah, Australia dan Asia Timur, bahkan
juga boleh didapati di kebanyakan negara lain, terutamanya di Amerika Selatan dan Timur
Tengah. Televisyen kabel kurang berjaya di benua Afrika, kerana pemasangan kabel di kawasan
yang tidak padat penduduknya tidak cekap dari segi kos, namun "kabel wayarles" atau sistem
berasaskan gelombang mikro digunakan.
Internet

Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai
pautan

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian
komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah
sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai
protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang
terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan
internetworking.


Kemunculan Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang
dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects
Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah
rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket
(packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada
TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada
rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
Internet hari ini

Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal
(protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini
disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet
Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen
yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan
piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB).
Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP,
ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel,
Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC,
MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan
lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet
memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh
dicapai di seluruh dunia.

Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC,
ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna
unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[1] Mengikut perangkaan
penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41
peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus)
dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai
mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.[2] Mengikut senarai tapak web
yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti
dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.[3]

Budaya Internet

Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya
Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan
hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian
serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan,
Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.

Isu moral dan undang-undang

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan
kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah
biasa dan sukar hendak dikawal selia.

Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak.
Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan
sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan
dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin
Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.

Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web.
Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan
maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya
menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan
menerimanya secara membabi buta.

Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan
mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna
internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan
mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti
Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan
saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.

Capaian Internet

Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada
penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan Sweden. Terdapat dua bentuk
capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan jalur lebar.
Penggunaan Internet di tempat awam

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang
menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga
sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan
berinternet, seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan
Telefon web.

Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi atau Hotspot, seperti WiFi-
cafe. Pengguna hanya perlu membawa komputer riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai
kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.

Televisyen

Peti TV berskrin leper (Sony Trinitron).

Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk
memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun
warna, lazimnya diiringi bunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen,
rancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan
perkataan tele (τῆλε, "jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan") dari bahasa Latin.

Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima
komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan
dan berita. Sejak 1970-an, kemunculan pita video, cakera laser, DVD dan kini Blu-ray juga
menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.

Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun
kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio
sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa
tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.

Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran radio dalam saluran-saluran yang ditetapkan
dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz[1]. Isyarat TV juga kini dipancarkan dengan bunyi stereo
atau bunyi keliling di kebanyakan negara. Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan
dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun swasta kian beralih
ke teknologi televisyen digital.
Sebuah peti televisyen biasa terdiri daripada bermacam-macam litar elektronik di dalamnya,
termasuk litar penerima dan penyahkod isyarat penyiaran. Peranti paparan visual yang tiada
penala sewajarnya dipanggil monitor, bukannya televisyen. Sesebuah sistem televisyen boleh
memakai pelbagai piawaian teknikal seperti analog (PAL, NTSC, SECAM), digital (DVB,
ATSC, ISDB dsb.) ataupun definisi tinggi (HDTV). Sistem televisyen juga digunakan untuk
pantauan keselamatan, kawalan proses industri, dan panduan senjata, di tempat-tempat yang
sukar atau terlalu bahaya untuk diperhati dengan dekat.

Televisyen amatur (ham TV atau ATV) juga digunakan untuk acara eksperimen, suka ria dan
perkhidmatan awam oleh pengendali radio amatur. Stesen TV amatur pernah digiatkan di
kawasan bandar raya sebelum kemunculan stesen TV komersil.[2]

Sejarah awal

Di peringkat terawal pembangunannya, televisyen menggunakan gabungan teknologi optik,


mekanik dan elektronik untuk merakam, memancarkan dan memaparkan imej visual. Menjelang
akhir 1920-an, diusahakan pula sistem televisyen yang menggunakan teknologi optik dan
elektronik sahaja yang menjadi asas kepada semua sistem televisyen masa kini. Sungguhpun
demikian, pengetahuan yang diperoleh dari usaha sistem berteknologi mekanik adalah penting
demi pembangunan televisyen yang elektronik sepenuhnya.

Kali pertama imej bergerak dipancarkan secara elektrik adalah melalui mesin faks mekanik yang
terawal, termasuk pantelegraf yang dimajukan pada akhir abad ke-19. Konsep pemancaran imej
bergerak televisyen yang berkuasa elektrik mula-mulanya dilakarkan sebagai "telefonoskop"
(konsep gabungan telefon dan gambar bergerak) pada tahun 1878, sejurus selepas terciptanya
telefon. Pada ketika itu, para pengarang cereka sains sudah pun membayangkan pada suatu hari
kelak cahaya juga boleh dipancarkan melalui wayar seperti bunyi.

Cara pengimbasan untuk memancarkan imej dipraktikkan dengan penggunaan pantelegraf pada
tahun 1881, dengan menggunakan mekanisme imbasas berasaskan bandul. Semenjak itu, teknik
pengimbasan dalam apa jua caranya digunakan dalam hampir setiap teknologi pemancaran imej
yang digunakan sehingga hari ini, termasuk televisyen. Inilah konsep yang bernama "perasteran",
iaitu proses menukar imej visual menjadi searus denyut elektrik.

1880-an: Cakera Nipkow


Pada tahun 1884, Paul Gottlieb Nipkow, seorang penuntut universiti berusia 20 tahun di Jerman,
mematenkan sistem televisyen elektromekanik yang menggunakan sejenis cakera pengimbas
berputar yang ditebuk lubang-lubang yang membentuk lingkaran ke pusat untuk proses
perasteran. Lubang-lubang cakera dijarakkan bersudut sama agar cakera tersebut dalam satu
putaran dapat membolehkan cahaya melalui setiap lubang hingga mencapai pengesan buatan
selenium peka cahaya yang menghasilkan denyut elektrik. Apabila imej difokuskan pada cakera
yang berputar, setiap lubang mengimbas "sehiris" mengufuk dari seluruh imej.

Rekaan Nipkow tidak dapat dipraktikkan sehingga kemajuan dalam teknologi tiub penguat
dicapai pada tahun 1907. Walaupun demikian, ciptaan tersebut hanya berguna untuk
memancarkan gambar "hafton" pegun yang terdiri daripada bintik-bintik pelbagai saiz yang
terjarak sama rata, melalui talian telegraf atau telefon. Rekaan-rekaan selanjutnya menggunakan
pengimbas gelendong cermin berputar untuk merakam imej, dan tiub sinar katod (CRT) sebagai
peranti paparan, namun gambar bergerak masih tidak boleh dihasilkan kerana kepekaan
pengesan selenium yang tidak memadai.

1920-an: Penemuan John Logie Baird

Penerima TV 405 baris hitam putih Murphy dari UK, 1951.

Pencipta berbangsa Scotland, John Logie Baird menunjuk cara pemancaran imej bayang-bayang
bergerak di London pada 1925, diikuti imej monokrom pada tahun 1926. Cakera imbasan Baird
menghasilkan imej berleraian 30 baris yang cukup untuk memperlihatkan muka manusia dari
pilin kembar kanta. Penting sekali pada tahun 1927, Baird turut mencipta sistem rakaman video
pertama di dunia, iaitu "Phonovision" yang mana isyarat output kamera TV-nya dimodulatkan
kepada julat audio di mana beliau dapat merakamkan isyarat tersebut pada cakera audio 10 inci
dengan menggunakan teknologi rakaman audio biasa. Pada hari ini masih wujudnya sebilangan
kecil rakaman 'Phonovision' ciptaan Baird itu yang berjaya ditafsirkan dan dipaparkan dalam
bentuk imej yang boleh ditonton dengan menggunakan teknolgi pemprosesan isyarat digital pada
tahun 1990-an[3].
Pada tahun 1926, jurutera Hungary, Kálmán Tihanyi mereka sistem televisyen yang
menggunakan unsur-unsur imbasan dan paparan elektronik sepenuhnya, menggunakan prinsip
"storan cas" dalam tiub imbasan (atau "kamera").[4][5][6][7]

Pada tahun 1927, pencipta Rusia, Léon Theremin membangunkan sistem televisyen berasaskan
gelendong cermin yang menggunakan teknik selang-seli untuk mencapai leraian imej 100 baris.

Juga pada tahun 1927, Herbert E. Ives dari Bell Labs memancarkan imej bergerak dari cakera 50
bukaan yang menghasilkan 16 bidang seminit melalui kabel dari Washington, D.C. ke Bandaraya
New York, dan juga melalui pancaran radio dari Whippany, New Jersey. Ives menggunakan
layar tayangan sebesar 24 kali 30 inci (60 kali 75 sentimeter). Bahan-bahan rakamannya
termasuk Setiausaha Perdagangan Herbert Hoover.

Pada tahun 1927 juga, Philo Farnsworth menjayakan sistem televisyen berhasil yang pertama di
dunia dengan imbasan elektronik kedua-dua peranti penerimaan dan paparan,[8] yang ditunjukkan
kepada media akhbar pada 1 September 1928.[8][9]

1930-an: Penerimaan orang ramai

Braun HF 1, Jerman, 1959

Televisyen julung kalinya digunakan secara praktikal di Jerman, apabila siaran televisyen
seharian dimulakan di negara tersebut pada tahun 1929. Pada tahun 1936, Sukan Olimpik di
Berlin disiarkan kepada stesen televisyen di Berlin dan Leipzig di mana orang awam boleh
menyaksikan acara-acara temasya sukan secara langsung.[10]

Pada zaman awal televisyen, peti televisyen elektromekanik komersil dijual dari tahun 1928
hingga 1934 di United Kingdom,[11] Amerika Syarikat dan Rusia.[12] Televisyen komersil terawal
yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan
peranti TV yang terdiri daripada tiub neon di belakang cakera berputar mekanik berlubang
(cakera Nipkow) yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan
lagi dengan kanta pembesar. "Televisor" ciptaan Baird ini juga boleh digunakan tanpa radio.
Televisor yang dijual pada tahun 1930–1933 merupakan televisyen keluaran besar-besaran yang
pertama. Kira-kira 1,000 unit Televisor berjaya dijual.[13]

Peti televisyen elektronik komersil pertama dengan tiub sinar katod dikilangkan oleh Telefunken
di Jerman pada 1934,[14][15] diikuti oleh pembuat elektronik yang lain di Perancis (1936),[16]
Britain (1936),[17] dan Amerika Syarikat (1938).[18][19] Peti TV keluaran kilang Amerika yang
termurah sebelum Perang Dunia II, iaitu model imej sahaja tahun 1938 berskrin 3 inci (8 cm),
berharga AS$125, bersamaan dengan AS$1,863 pada tahun 2007. Model termurah yang berskrin
12 inci (30 cm) berharga $445 ($6,633).[20]

Pada tahun 1936, Kálmán Tihanyi menerangkan prinsip televisyen plasma, iaitu sistem panel rata
yang pertama.[21] [22]

Tahun pengenalan TV mengikut negara ██ 1930 — 1939 ██ 1940 — 1949 ██ 1950 — 1959 ██ 1960
— 1969 ██ 1970 — 1979 ██ 1980 — 1989 ██ 1990 — 1999 ██ Tiada maklumat

Kira-kira 19,000 unit televisyen elektronik telah dikilangkan di Britain, dan 1,600 unit lagi di
Jerman, sebelum Perang Dunia II. Lebih kurang 7,000–8,000 peti TV elektronik dihasilkan di
A.S.[23] sebelum War Production Board menghentikan pengilangan TV pada April 1942.

Penggunaan TV di Amerika Syarikat naik melangit selepas Perang Dunia Kedua setleah
didorongi pengilangan TV dibenarkan semula pada Ogos 1945, kemajuan teknologi dari
peperangan, peluasan rangkaian penyiaran TV ke rantau barat, kejatuhan harga TV hasil
pengeluaran besar-besaran, bertambahnya masa lapang dan pendapatan boleh guna. Peratusan
pemilik peti TV di A.S. meningkat dari 0.5% pada tahun 1946, kepada 55.7% pada tahun 1954,
dan 90% pada tahun 1962.[24] Di Britain, bilangan pemilik TV meningkat dari 15,000 pada tahun
1947, 1.4 juta pada tahun 1952, kepada 15.1 juta pada tahun 1968.
Peti televisyen

Komponen

Peti TV moden terdiri daripada peranti paparan, antena atau input frekuensi radio (RF) (biasanya
penyambung F), dan penting sekali, penala TV yang membezakan peti TV dari monitor yang
menerima isyarat yang sudah diproses, tidak lupa juga pembesar suara. Kebanyakan peti TV juga
dilengkapi terminal input tambahan untuk peranti lain seperti pemain DVD, konsol permainan
video dan fon kepala. Terminal input yang paling kerap dijumpai termasuk RCA (untuk video
komposit dan komponen), mini-DIN (untuk S-Video), HDMI, SCART (Eropah) dan D-terminal
(Jepun). Sesetengah peti TV mewah dilengkapi port Ethernet untuk menerima maklumat dari
Internet, seperti nilai saham, cuaca atau berita. Kebanyakan peti TV yang dibuat sejak awal
1980-an juga dilengkapi pengesan inframerah untuk mengesan isyarat yang dihantar oleh alat
kawalan jauh.

Teknologi paparan

Peti TV masa kini menggunakan pelbagai teknologi paparan seperti CRT, LCD, Plasma, DLP,
dan OLED. Sesetengah projektor yang dipasang penala juga dianggap sebagai televisyen.

Penyiaran dan kandungan televisyen

Rancangan

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan rancangan TV disiarkan kepada umum. Selepas
penerbitan, langkah seterusnya adalah memasarkan dan menghantar hasilnya kepada mana-mana
pasaran yang ingin membelinya. Selalunya ada dua peringkat pengedaran rancangan TV:

1. Tayangan pertama – penerbit menghasilkan rancangan yang terdiri dari satu atau lebih episod
lalu menayangkannya dalam sesebuah stesen atau rangkaian yang telah membayar tanggungan
kos penerbitan, atau menerima lesen dari penerbit untuk berbuat demikian.

1. Bersindiket – inilah istilah umum yang mentakrifkan penggunaan rancangan selanjutnya


(selepas tayangan pertama), bukan sahaja tayangan lanjutan di negara pertamanya, bahkan juga
penggunaan antarabangsa yang tidak semestinya diuruskan oleh penerbit asal. Selalunya, kerja
pensindiketan melibatkan syarikat-syarikat lain, stesen televisyen atau individu; dalam erti kata
lain, mereka boleh menjual rancangan kepada pasaran yang dibenarkan oleh kontrak dari
pemegang hak cipta, iaitu selalunya pihak penerbit.
Pembiayaan

Bilangan peti televisyen bagi setiap 1000 penduduk dunia ██ 1000+ ██ 500-1000 ██ 300-500 ██ 200-
300 ██ 100-200 ██ 50-100 ██ 0-50 ██ Tiada maklumat

Penyiaran televisyen di seluruh dunia berbagai-bagai juga cara pembiayaan, sama ada
pengiklanan, pelesenan (sejenis cukai), langganan, dan sebagainya, atau kesemuanya sekali.
Demi melindungi punca pendapatan, saluran TV langganan biasanya disulitkan untuk
memastikan pelanggan berbayar sahaja boleh mendapatkan kod nyahsulit untuk menerima
isyaratnya. Saluran tanpa penyulitan pula dipanggil siaran percuma (free to air, FTA).

Pengiklanan

Liputan yang luas membolehkan televisyen menjadi media yang amat menarik untuk para
pengiklan. Kebanyakan rangkaian dan stesen televisyen menjual blok-blok waktu penyiaran
kepada pengiklan atau "penaja" untuk membiayai rancangan mereka. Kadar pengiklanan setiap
rancangan ditentukan oleh rating (kadar penontonan) yang diraih oleh rancangan berkenaan
melalui kaji selidik sepanjang masa. Sesetengah penyiar awam di dunia tidak menerima iklan,
sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan melalui lesen, cukai atau derma serta
penjualan rancangan ke penyiar lain.

Cukai dan lesen

Di sesetengah negara, khidmat televisyen dibiayai dengan lesen televisyen, sejenis cukai yang
dibiayai penonton secara terus tanpa pergantung pada pengiklanan. Contohnya, saluran-saluran
sedemikian langsung tidak menyiarkan iklan, jika ya pun sedikit sahaja, termasuk yang berikut:
ABC (Australia), dan BBC (United Kingdom).

Contohnya, BBC langsung tidak menyiarkan iklan di saluran-salurannya di UK, sebaliknya


dibiayai oleh lesen tahunan yang dibayar oleh semua isi rumah yang memiliki televisyen. Yuran
lesen ini ditetapkan oleh kerajaan, tetapi BBC tidak bertanggungjawab kepada kerajaan atau
dikawal oleh kerajaan. Oleh yang demikian, penyiar awam ini benar-benar bebas.
Dua saluran TV utama BBC ditonton oleh lebih kurang 90% penduduk negara setiap minggu,
dan menguasai 27% jumlah penontonan keseluruhan,[25] meskipun 85% isi rumah menerima
pelbagai saluran, yang mana 42% daripadanya dapat menerima lebih kurang 200 saluran
percuma melalui satelit dan 43% lagi menerima lebih 30 saluran melalui perkhidmatan Freeview.
[26]
Lesen yang membiayai tujuh saluran TV BBC yang bebas iklan kini berharga £139.50
setahun (kira-kira AS$215) tak kira berapa peti TV yang dimiliki sesebuah isirumah. Apabila
sesebuah acara sukan yang sama disiarkan di BBC dan saluran swasta, BBC selalunya menarik
bilangan penonton yang teramai, menandakan bahawa para penonton lebih gemar menonton TV
tanpa gangguan iklan.

Perbadanan Penyiaran Australia (Australian Broadcasting Corporation, ABC) tidak menyiarkan


iklan (kecuali ABC Shop) kerana dilarang oleh undang-undang Akta ABC 1983. ABC menerima
pembiayaan dari kerajaan Australia sekali setiap tiga tahun. Dalam Belanjawan Persekutuan
2006/07, ABC menerima Au$822.67 juta[27] yang meliputi kebanyakan komitmen pembiayaan
ABC, termasuk sekali saluran radio, pemancar dan laman web ABC. ABC juga memperoleh
hasil dari kedai-kedai ABC Shop di seluruh negara Australia.

Di Perancis, saluran-saluran biayaan kerajaan boleh menyiarkan iklan, tetapi sesiapa yang
memiliki peti TV perlu membayar cukai tahunan (la redevance audiovisuelle).[28]

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibiayai oleh hasil pendapatan kerajaan dan pengiklanan
sejak pemansuhan lesen televisyen pada akhir 1990-an. Oleh itu, rakyat Malaysia membiayai
RTM secara tidak langsung dengan membayar cukai pendapatan tahunan.

Langganan

Sesetengah saluran TV dibiayai oleh langganan, oleh itu isyarat yang disiarkan adalah sulit untuk
memastikan hanya pelanggan yang berbayar mencapai kod nyahsulit. Kebanyakan perkhidmatan
langganan juga dibiayai oleh pengiklanan.

Genre

Genre televisyen merangkumi beraneka jenis rancangan yang bertujuan menghibur,


memaklumkan, dan mendidik para penonton. Genre hiburan yang paling mahal biasanya
merupakan drama dan minisiri.

Antara genre-genre hiburan yang paling diminati termasuk rancangan-rancangan aksi seperti
polis, jenayah, detektif, seram, atau thriller, sementara genre drama bukan aksi pula termasuk
drama medikal dan lipur lara. Rancangan cereka sains boleh tergolong dalam kategori aksi atau
drama, tertakluk pada penekanan sama ada pada persoalan falsafah ataupun pengembaraan
menakjubkan. Komdei ialah jenis rancangan popular yang merangkumi komedi situasi (sitkom)
dan animasi untuk tontonan dewasa seperti Family Guy.

Rancangan hiburan yang paling murah pula termasuk rancangan permainan, temu bual, aneka
ragam, dan realiti. Rancangan permainan memperlihatkan para peserta merebut hadiah dengan
bersoal jawab dan menyelesaikan teka-teki. Rancangan temu bual mewawancara tokoh-tokoh
terkenal seperti selebriti hiburan, ahli politik dan usahawan niaga. Rancangan aneka ragam
menampilkan pelbagai penghibur seperti pemuzik, pelawak dan tukang silap mata yang
diperkenalkan oleh seorang pengacara atau juruacara. Terdapat juga rancangan campuran genre
temu bual dan aneka ragam,terutamanya rancangan temu bual tersohor yang mana adanya
persembahan dari penghibur di antara segmen-segmen temubual.

Rancangan televisyen realiti sering memaparkan orang-orang biasa (bukan pelakon) yang
menghadapi cabaran atau pengalaman luar biasa, tak kira mengejar kemasyhuran (Akademi
Fantasia), ditahan polis (COPS) mahupun menurunkan berat badan (The Biggest Loser). Ada
juga jenis rancangan realiti yang memaparkan kehidupan seharian selebriti seperti (Gugu Gaga
Erra) atau selebriti melakukan kerja orang keramaian (The Simple Life).

Kesan kepada kesihatan

Menonton televisyen secara berlebih-lebihan boleh mengakibatkan kesihatan badan dan minda
terganggu. Penyakit-penyakit seperti kegemukan, masalah jantung dan diabetes. Jadi, para doktor
selalunya mengehadkan tontonan TV kepada kanak-kanak kepada 1-2 jam sehari.

Bunyi
Bunyi ialah penggangguan tenga mekanik yang merambat melalui jirim dalam bentuk
gelombang (melalui cecair dalam bentuk gelombang mampatan, dan melalui pepejal dalam
bentuk gelombang mampatan dan ricih). Bunyi disifatkan secara lebih terperinci melalui ciri-ciri
gelombang yang generik, iaitu frekuensi, jarak gelombang, tempoh, amplitud, kelajuan, dan arah
(kelajuan dan arah juga digabungkan menjadi vektor halaju, atau jarak gelombang dan arah
digabungkan menjadi vektor gelombang).

Manusia merasai bunyi melalui deria pendengaran. Kita mengenali bunyi sebagai getaran yang
melalui udara dan boleh didengari manusia. Namun begitu, saintis dan jurutera mengamalkan
definasi yang lebih luas bagi bunyi yang merangkumi getaran ferkuensi rendah dan tinggi di
udara yang tidak boleh didengari manusia, dan getaran yang melalui semua bentuk jirim, iaitu
gas, cecair, pepejal, dan plasma.

Jirim yang menampung bunyi dipanggil medium. Bunyi merambat sebagai gelombang tekanan
ulang alik, lalu menghasilkan pemampatan dan rarefaksi. Zarah-zarah dalam medium dialihkan
oleh gelombang lalu berayun. Kajian saintifik mengenai penyerapan dan pemantulan gelombang
bunyi dipanggil akustik.

Hingar (bunyi bising) sering didefinasi sebagai bunyi yang tidak diingini. Dalam bidang sains
dan kejuruteraan, hingar ini merupakan komponen tidak diingini yang mengaburkan isyarat yang
diingini.
Radio amatur

Contoh peralatan radio amatur.

Contoh peralatan radio amatur.

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan
radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana
dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar
bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang
begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah
bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja
malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian
besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui
satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat
bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse".


Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat
penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui
gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan
seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat
sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di
negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara


lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang
pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka
yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada
sebelumnya.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya
tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada
antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak
elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam
memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika
bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang
telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society
(MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan
dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service
Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang
untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak
berkuasa yang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu
lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara
point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau
repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan
menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di
gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain
pada jarak yang lebih jauh.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan
seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung.
Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar
ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio
amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan
oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional
(seluruh negara).
Bunyi stereofonik
Bunyi stereofonik atau stereo ialah kaedah pengeluaran bunyi dengan menggunakan sekurang-
kurangnya dua saluran audio melalui penyusunan pembesar suara secara simetri agar
memperdengarkan bunyi dari pelbagai arah seolah-olah mendengar sekeliling secara semula jadi,
berbanding dengan bunyi monaural atau "mono" iaitu audio dari satu saluran sahaja di pusat
medan pendengaran (seumpama medan pendengaran).

Rakaman stereo digunakan untuk penyiaran FM dan Penyiaran Audio Digital (DAB) serta
sesetengah sistem televisyen. Jurutera bunyi menggunakan pelbagai kaedah rakaman stereo,
termasuk menggunakan sepasang mikrofon berarah, sepasang mikrofon semua arah yang disusun
selari, atau mana-mana teknik yang lebih rumit. Sesetengah rakaman monofonik seperti rakaman
asal Oklahoma! (1943), Carousel (1945), dan South Pacific (1949) oleh barisan pelakon
Broadway, pernah sekali dikeluarkan semula dalam bentuk stereo "palsu" untuk
memperdengarkan bunyi yang seolah-olah asalnya dirakam secara stereo.

Siaran stereo pertama dijayakan melalui sistem telefon oleh Clement Ader pada tahun 1881.
BBC mengumandangkan siaran radio stereo pertama pada Disember 1925. Pada 1930-an, Alan
Blumlein dari syarikat EMI mempatenkan piring hitam stereo, filem stereo, dan juga bunyi
keliling.[1] Harvey Fletcher dari Bell Labs menyelidik teknik-teknik rakaman dan pengeluaran
bunyi stereofonik. Filem wayang komersil pertama yang ditayangkan dengan bunyi stereofonik
ialah Fantasia oleh Walt Disney (1940). Menjelang pertengahan 1950-an, bunyi berbilang
saluran menjadi kebiasaan dalam pembikinan filem-filem Hollywood yang berbelanja besar.[2]
Pada tahun 1953, Remington Records mula merakam sebilangan sesinya dalam stereo, dengan
piring hitam stereofonik pertama yang dijual kepada awam pada tahun 1958. Suruhanjaya
Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat mengumumkan piawaian teknikal FM
stereofonik pada April 1961, di samping melesenkan penyiar-penyiar FM stereo seharian yang
dilancarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 1984, bunyi televisyen berbilang saluran diterima
pakai oleh FCc sebagai piawaian pemancaran televisyen stereo di Amerika Syarikat.

Kaedah rakaman

Teknik X-Y: stereofoni keamatan

Peletakan mikrofon stereo X-Y.


Untuk ini, dua batang mikrofon searah terletak di tempat yang sama, menghala satu sama lain
pada sudut antara 90° dan 135° (lihat juga "The Stereophonic Zoom" oleh Michael Williams).
Kesan stereo dicapai melalui perbezaan dalam tahap tekanan bunyi antara kedua-dua mikrofon
tersebut. Perbezaan dalam tahap 18 dB (16 hingga 20 dB) diperlukan untuk memperdengarkan
arah pembesar suara. Disebabkan tiadanya perbezaan dalam ketaksaan masa tiba/fasa, maka sifat
sonik dalam rakaman X-Y kekurangan penghayatan ruang dan kedalaman berbanding dengan
rakaman bersedia A-B. Apabila dua batang mikrofon berbentuk angka lapan digunakan,
bersemuka ±45° berhubungan dengan punca bunyi, maka persediaan X-Y menjadi "Blumlein
Pair." Imej sonik yang dihasilkan adalah realistik, seakan-akan "hologram". (Lihat juga keamatan
akustik).

Teknik A-B: stereofoni masa tiba

Peletakan mikrofon stereo A-B.

Ini menggunakan dua batang mikrofon semua hala yang disusun selari dan dijarakkan sesama
sendiri, merakam maklumat stereo pada masa ketibaan bunyi serta beberapa maklumat perbezaan
tahap (amplitud), khususnya jika cukup dekat dengan punca bunyi. Pada jarak kira-kira 60 cm
(0.6 m), masa lengah (perbezaan masa tiba) bagi isyarat mencapai mikrofon pertama dan disusuli
mikrofon yang satu lagi di tepi adalah kira-kira 1.5 milisaat (1 hingga 2 milisaar). Jika jarak
antara kedua-dua mikrofon tersebut dijauhkan lagi, maka sudut penerimaannya berkurangan.
Pada jarak 70 cm, adalah lebih kurang bersamaan dengan sudut penerimaan sediaan ORTF
hampir sekena.

Teknik ini boleh menghasilkan keluaran fasa apabila isyarat stereo diadunkan menjadi mono.
Teknik M/S: stereofoni Tengah/Sisi (Mid/Side)

Teknik mikrofon stereo M/S.

Teknik sekenaan ini menggunakan sebatang mikrofon dwiarah yang menghala ke sisi dan
sebatang lagi mikrofon (biasanya sejenis kardioid, meskipun Alan Blumlein melukis penggunaan
transduser semua hala dalam paten asalnya) menghala ke punca bunyi pada sudut 90°. Saluran
kini dan kanan dihasilkan melalui matriks yang ringkas, iaitu Kiri = Tengah + Sisi; Kanan =
Tengah − Sisi (isyarat sisi yang terbalik kekutuban). Tatarajah ini menghasilkan isyarat yang
serasi mono sekali, dan jika isyarat Tengah dan Sisi dirakam (bukannya Kiri dan Kanan yang
dimatrikskan), maka lebar stereo boleh diolah setelah rakaman dijalankan, menjadikannya
berguna khususnya untuk projek berasaskan perfileman.
Teknik hampir sekena: stereofoni campuran

Teknik mikrofon stereo ORTF.

Teknik-teknik ini menggabungkan prinsip-prinsip teknik A-B dan X-Y (pasangan sekena).
Contohnya, teknik stereo ORTF dari Office de Radiodiffusion Télévision Française (Pejabat
Penyiaran Radio dan Televisyen Perancis, Radio France) memerlukan sepasang mikrofon
kardioid diletakkan 17 cm dari satu sama lain pada jumlah sudut 110° antara kedua-dua
mikrofon tersebut, maka menghasilkan sudut penerimaan stereofonik 96° (Sudut Rakaman
Stereo [Stereo Recording Angle], SRA).[3] Dalam teknik stereo NOS dari Nederlandse Omroep
Stichting (Radio Belanda), jumlah sudut antara mikrofon adalah 90° dan jarak antaranya ialah
30 cm, untuk merakam maklumat stereo pada masa tiba dan juga maklumat tahap tekanan.
Perhatikan bahawa jarak 17 cm tiada kena-mengena dengan jarak telinga manusia. Isyarat yang
dirakam pada amnya dimaksudkan untuk main semula melalui pembesar suara, bukan fon
telinga.

Stereo "palsu"

Ketika memulihkan atau remastering rakaman monofonik, pelbagai teknik "pseudo-stereo",


"quasi-stereo", atau "rechanneled stereo" digunakan untuk menimbulkan suasana seolah-olah
bunyi tersebut asalnya dirakam secara stereo. Teknik-teknik sedemikian pada mulanya
melibatkan kaedah-kaedah perkekasan (lihat Duofonik) atau, kebelakangan ini, gabungan
perkakas dan perisian. Multitrack Studio, dari Bremmers Audio Design (Belanda),[4]
menggunakan turas khas untuk menimbulkan kesan "pseudo-stereo": turas "tunda" (shelve)
mengarahkan frekuensi rendah ke saluran kiri dan frekuensi tinggi ke saluran kanann, dan turas
"sikat" (comb) pula melengahkan sedikit pemasaan isyarat antara kedua-dau saluran, tidak ketara
pada telinga manusia (turas sikat membolehkan julat pengolahan antara 0 dan 100 milisaat),
sambil menyumbang kepada kesan "membesarkan" lagi ruang pengumandangan rakaman mono
asli

Litar pseudo-stereo khas ciptaan Kishii dan Noro dari Jepun, dipatenkan di Amerika Syarikat
pada tahun 2003,[7] setelah sudah diberi paten untuk peranti-peranti yang seumpamanya
terdahulu.[8] Teknik-teknik stereo buatan telah digunakan untuk menambah baik pengalaman
mendengar rakaman monofonik atau menjadikan rakaman tersebut lebih berdaya jual di pasaran
hari ini yang cenderung kepada stereo. Sesetengah pihak meluahkan kebimbangan mengenai
penggunaan kaedah-kaedah sebegini.[9]

Pemproses isyarat digital

DSP-1 Nintendo

Pemproses isyarat digital atau DSP ialah mikropemproses khas yang direka khusus untuk
pemprosesan isyarat digital, biasanya dalam masa-nyata.

Ciri DSP
 Prestasi optimum dengan data tidak henti-henti.
 Ingatan program dan data yang berasingan (seni bina Harvard).

 Arahan khusus untuk operasi SIMD (Satu Arahan, Banyak Data - Single Instruction, Multiple
Data).

 Cuma pemprosesan selari, tiada multitugas.

 Kebolehan bertindak sebagai peranti capaian ingatan terus jika dalam suasana penganjur.

 Mengambil data digital dari penukar analog ke digital (ADC) untuk diproses dan kemudian
menghantar hasil ke penukar digital ke analog (DAC) untuk ditukar kembali ke analog.

masukan analog -----> ADC ----> DSP ----> DAC ---> keluaran analog
^^^
pemprosesan data digital

Pemprosesan isyarat digital

Pemprosesan isyarat digital boleh dilakukan menggunakan mikropemproses biasa. DSP boleh
mengoptimumkan:

Pengendali data
 Aritmetik tepu, di mana operasi yang menghasilkan limpahan (overflow) akan kekal di nilai
maksimum (atau minimum) yang boleh ditampung daftar dan tidak terlepas (maksimum+1 tidak
sama dengan minimum seperti dalam CPU am, sebaliknya kekal pada maksimum). Kadangkala
pelbagai cara operasi bit lekit (sticky bit) tersedia.
 Operasi darab-tumpuk (MAC), yang bagus untuk mana-mana operasi matriks, seperti
perlingkaran untuk penapisan, hasil darab bintik, ataupun penilaian polinomial (lihat skim
Horner, juga darab-tambah terlakur). MAC kitaran tunggal merupakan anggapan dalam banyak
DSP, jadi kebanyakan dari ciri berikut diterbitkan (terutamanya seni bina Harvard dan penalian
paip).

 Arahan khas untuk pengalamatan bermodul dalam penimbal gelang dan mod pengalamatan bit-
terbalik untuk rujukan-silang FFT.

Aliran atur cara

 Penalian paip yang dalam. Ini mengakibatkan kesilapan meramal cabang mahal, namun ia
meningkatkan daya pemprosesan sistem.
 Ramalan cabang. Sama ada dengan jadual dinamik atau dikod keras sebagai penggelungan
overhed-sifar. Untuk meringankan hentaman cabang akibat pelaksanaan arahan gelung-dalam
yang kerap, sesetengah pemproses mempunyai ciri ini. Terdapat dua cara pengendalian: satu
suruhan berulang dan gelung multi-suruhan.

Sejarah

Pada 1978, Intel mengeluarkan pemproses 2920 sebahai "pemproses isyarat analog". Ia
mempunyai ADC/DAC atas-cip dengan pemproses isyarat dalaman, namun ia tidak mempunyai
pendarab perkakasan dan tidak begitu laku. Tahun berikutnya, AMI mengeluarkan AMI S2811.
Ia direka bentuk sebagai persisian mikropemproses dan perlu diset semula oleh hos. AMI S2811
juga tidak berapa terjual di pasaran.

Pada 1979 juga, Bell Labs memperkenalkan cip DSP tunggal pertama, Mikropemproses Mac 4.
Kemudian pada 1980 DSP lengkap tersendiri yang pertama -- NEC µPD7720 dan AT&T DSP1
-- dipertunjukkan di Persidangan Litar Keadaan-Pepejal Antarabangsa IEEE '80. Kedua-dua
pemproses diilhamkan oleh penyelidikan dalam telekomunikasi PSTN. Altamira DX-1
merupakan satu lagi DSP awal, ia menggunakan talian paip integer kuad dengan cabang lengah
dan ramalan cabang.

DSP pertama yang dikeluarkan Texas Instruments (TI), TMS32010 pada 1983, mendapat
kejayaan yang besar, dan TI kini menguasai pasaran DSP tujuan am / pelbagai guna. Satu lagi
reka bentuk yang berjaya ialah Motorola 56000.

Kira-kira lima tahun kemudian, generasi kedua DSP mula tersebar. Generasi ini mempunyai 3
ingatan untuk menyimpan dua kendalian serentak dan menyertakan perkakasan untuk memecut
gelungan, selain mempunyai unit pengalamatan yang boleh mengalamat gelung. Sesetengah DSP
ini boleh mengendalikan pemboleh ubah 24-bit dan model tipikal cuma memerlukan kira-kira
21ns untuk proses MAC (multiply-accumulate). Contoh DSP generasi ini ialah DSP16A AT&T
atau DSP56001 Motorola.
Kemajuan utama dalam generasi ketiga ialah kemunculan unit dan arahan penggunaan-khusus
dalam laluan data, atau kadang-kadang sebagai pemproses bersama. Ini membolehkan
pemecutan perkakasan terus masalah matematik rumit yang amat khusus, seperti penjelmaan
Fourier dan operasi matriks. Sesetengah cip, seperti MC68356 Motorola, malah mempunyai
lebih dari satu teras pemproses yang bekerja secara selari. Contoh DSP dari generasi ini ialah
TMS320C541 dan TMS320C80 dari TI yang dikeluarkan pada 1995.

Generasi keempat DSP dicirikan oleh perubahan dalam set arahan dan pengekodan/penyahkodan
arahan. Sambungan SIMD dan MMX ditambah, VLIW dan seni bina superskalar muncul.
Seperti biasa, kelajuan-jam telah bertambah, operasi MAC kini boleh dilakuakan dalam 3ns
sahaja.

Prestasi DSP kini jauh lebih hebat. Puncanya adalah dari kemajuan kedua-dua teknologi dan seni
bina seperti peraturan reka bentuk, cache dua-peringkat, litar (E)DMA dan sistem bas luas. Tentu
sahaja, terdapat banyak jenis DSP untuk pelbagai tugas khas, dari semurah 1.50 hinggalah 300
dolar.

Kebanyakan DSP menggunakan aritmetik titik-tetap, kerana dalam pemprosesan isyarat dunia
nyata, julat tambahan yang disediakan oleh titik terapung tidak diperlukan, dan terdapat manfaat
kelajuan yang besar; namun DSP titik terapung yang lebih berkuasa biasa digunakan untuk
tujuan saintifik atau bila julat tambahan atau ketepatan diperlukan. CPU tujuan am mendapat
idea dan dipengaruhi daripada DSP dengan sambungan seperti sambungan MMX dalam set
suruhan seni bina (ISA) Intel IA-32.

Umumnya, DSP merupakan litar bersepadu khusus, namun fungsi DSP boleh juga dicapai
menggunakan cip FPGA.

Frekuensi sangat tinggi


Frekuensi sangat tinggi atau frekuensi amat tinggi (bahasa Inggeris: Very high frequency,
VHF) ialah julat frekuensi radio dari 30 MHz hingga 300 MHz. VHF juga dikenali sebagai jalur
meter atau gelombang meter kerana julat lebar jalurnya adalah dari sepuluh hingga satu meter.
Frekuensi-frekuensi terdekat di bawah VHF ditandakan HF, manakala frekuensi-frekuensi
terdekat dikenali sebagai frekuensi ultra tinggi (UHF).

VHF selalu digunakan untuk siaran radio FM pada 88–108 MHz dan siaran televisyen (bersama
UHF). VHF juga sering digunakan untuk sistem pengemudian terestrial (khususnya VOR),
komunikasi marin, dan komunikasi pesawat.

Ciri-ciri penyebaran frekuensi-frekuensi VHF sesuai untuk komunikasi terestrial jarak pendek,
dengan julat biasanya lebih jauh daripada garis penglihatan pemancar (lihat rumus di bawah).
Berbeza dengan frekuensi tinggi (HF), ionosfera biasanya tidak memantul radio VHF, maka
pemancaran terhad pada kawasan setempat. VHF juga kurang terjejas oleh hingar atmosfera dan
gangguan daripada kelengkapan elektrik berbanding frekuensi rendah. Meskipun lebih mudah
terhalang oleh ciri-ciri tanah berbanding HF dan frekuensi lebih rendah, VHF kurang terjejas
oleh bangunan dan objek-objek besar lain berbanding frekuensi lebih tinggi.

Adalah juga lebih mudah untuk membina pemancar, penerima, dan antena yang lebih cekap
untuk VHF pada zaman awal radio, berbanding UHF. Di kebanyakan negara, spektrum VHF
digunakan untuk penyiaran audio dan televisyen, dan juga radio dua hala komersial (seperti yang
dikendali oleh teksi dan polis), komunikasi audio dua hala marin, dan radio pesawat.

Sebahagian besar spektrum VHF yang bernilai dari segi teknikal dan komersial yang diambil
oleh pemancaran televisyen telah menarik perhatian banyak syarikat dan kerajaan baru-baru ini,
dengan pembangunan piawaian penyiaran televisyen digital yang lebih cekap. DI sesetengah
negara kebanyakan spektrum ini mungkin akan disediakan (barangkalinya untuk dijual) dalam
sedekad akan datang.

[sunting] Rumus garis penglihatan

Julat pemancaran VHF ialah satu fungsi kuasa pemancar, kepekaan penerima, dan jarak ke ufuk,
kerana isyarat VHF tersebar di bawah keadaan normal seperti fenomena garis penglihatan.

Berikut ialah satu anggaran untuk mengira jarak ufuk garis penglihatan:

 jarak dalam batu = yang mana Af ialah ketinggian antena dalam kaki

 jarak dalam kilometer = yang mana Am ialah ketinggian antena dalam meter

Antena



 Antena adalah suatu peranti yang digunakan untuk merambat gelombang radio atau
elektromagnetik atau digunakan untuk menerima gelombang radio atau elektromagnetik.
 Pemancaran adalah satu proses permindahan gelombang radio atau elektromagnetik dari
talian penghantaran ke ruang bebas melalui antena pemancar. Manakala penerimaan pula
ialah satu proses penerimaan gelombang radio atau elektromagnetik dari ruang bebas
melalui antena penerima.
 Pada kebiasaannya, sebarang bahan konduktor yang membawa arus elektrik boleh
dijadikan antena. Jika bahan konduktor berkenaan membawa arus yang berubah-ubah, ia
akan memancar satu gelombang elektromagnet yang tidak efisien.
 Apabila satu antenna digunakan untuk memancar gelombang radio, arus elektrik akan
dialirkan dan digetarkan oleh pemancar di sepanjang wayar atau rod antena tersebut.
Tenaga yang dihasilkan dari getaran cas-cas akan dipancarkan ke dalam ruang bebas
sebagai gelombang radio. Antena yang digunakan untuk tujuan penerimaan isyarat akan
mengenakan suatu arus elektrik dalam wayar atau rod besinya. Arus ini akan digandakan
oleh gelombang radio yang diterima.

Televisyen digital
Televisyen digital (DTV) ialah sistem telekomunikasi untuk penyiaran dan penerimaan gambar
bergerak dan bunyi melalui isyarat digital, dibandingkan dengan isyarat analog yang digunakan
oleh televisyen analog (tradisional). DTV menggunakan data modulasi digital yang
dimampatkan secara digital dan memerlukan penyahkodan dengan sejenis set televisyen yang
direka khas, atau sejenis penerima standard dengan set-top box, atau sebuah PC yang dipasang
kad televisyen. Teknologi yang diperkenalkan pada akhir 1990-an ini menarik perusahaan
penyiaran televisyen dan industri elektronik penggua kerana menawarkan peluang kewangan
baru.

Televisyen digital lebih fleksibel dan efisyen berbanding televisyen analog yang kita ada
sekarang. Televisyen digital membawa gambar yang lebih jelas, mutu bunyi lebih bagus dan
lebih banyak rancangan berbanding analog.

Maklumat teknikal

Format dan lebar jalur

Dalam amalan kini, televisyen definisi tinggi (HDTV) yang biasanya disalurkan melalui DTV,
memakai satu daripada dua format berikut: 1280 × 720 piksel dalam mod imbasan progresif
(720p) atau 1920 × 1080 piksel dalam mod berjalin (1080i). Kedua-duanya menggunakan nisbah
aspek 16:9. (Sesetengah televisyen mampu menerima peleraian HD 1920 × 1080 pada kadar
gambar imbasan progresif 60 Hz — iaitu 1080p60 — namun format ini belum menjadi piawai,
lebih-lebih lagi tiada penyiar yang mampu memancarkan isyarat ini ke udara pada mutu yang
memuaskan lagi.)

Secara perbandingan, TV definisi biasa boleh memakai salah satu daripada pelbagai format yang
mengambil bentuk pelbagai nisbah aspek, bergantung pada teknologi penyiaran yang digunakan
di negara. Bagi siaran nisbah aspek 4:3, format 640 × 480 dipakai di negara-negara NTSC,
sementara 720 × 576 (diubah kepada 768 × 576) pula di negara-negara PAL. Untuk siaran 16:9
pula, format 704 × 480 (diubah kepada 848 × 480) digunakan di negara-negara NTSC, sementara
format 720 × 576 (diubah kepada 1024 × 576) digunakan di negara-negara PAL. Namun begitu,
para penyiar boleh mengurangkan peleraian ini untuk menjimat lebar jalur (contoh, kebanyakan
saluran DVB-T di United Kingdom menggunakan peleraian mengufuk 544 atau 704 segaris).[1][2]
Mutu gambar yang didapati agak memuaskan kerana penjalinan—peleraian mencancang efektif
dikurangkan menjadi 288 garis.

Setiap saluran DTV dibenarkan disiarkan pada kadar data sehingga 19 megabit sesaat, atau 2.375
megabait sesaat. Bagaimanapun, penyiar tidak perlu menggunakan seluruh lebar jalur untuk
cuma satu saluran penyiaran. Sebaliknya, siaran boleh dibahagikan merentangi beberapa
subsaluran video yang berbeza-beza mutu dan kadar mampatannya, termasuk perkhidmatan
siaran data bukan video yang membenarkan strim data lebar jalur tinggi sehala ke komputer.

Penyiar boleh memilih untuk menggunakan isyarat digital definisi biasa dan bukannya HDTV,
kerana kelaziman kini membolehkan lebar jalur saluran DTV (atau "multipleks") dibahagikan
menjadi pelbagai subsaluran, menyediakan pelbagai suapan rancangan yang berlainan sekali
pada saluran yang sama. Kebolehan menyediakan sama ada satu suapan HDTV tunggal atau
pelbagai suapan resolusi lebih rendah ini selalu digelar sebagai pengagihan "bajet bit" atau
multicasting. Kadang-kadang ini boleh disusun secara automatik, menggunakan pemultipleks
statistik (atau "stat-mux"). Dengan adanya beberapa pelaksanaan, peleraian imej mungkin kurang
terbatas oleh lebar jalur; contohnya dalam DVB-T, penyiar boleh memilih antara skema-skema
modulasi yang berbeza, memberikan pilihan untuk mengurangkan kadar bit pemancaran dan
memudahkan penerimaan untuk penonton yang lebih jauh atau bergerak-gerak.

Penerimaan

Terdapat sebilangan kaedah berbeza untuk menerima televisyen digital. Salah satu kaedah paling
lama untuk menerima DTV (dan TV secara amnya) ialah penggunaan antena. Kaedah ini
dipanggil televisyen terestrial digital (DTT). Dengan DTT, pilihan penonton terhad kepada apa-
apa saluran yang dipetik antena itu, dan mutu isyarat pun berbeza-beza.

Kaedah-kaedah lain turut direka untuk menerima TV digital, termasuk kabel digital dan satelit
digital. Di sesetengah negara di mana pancaran isyarat TV biasanya dicapai oleh gelombang
mikro, MMDS digital digunakan. Piawaian-piawaia laun, seperti DMB dan DVB-H direka untuk
membolehkan peranti mudah alih seperti telefon bimbit menerima isyarat TV. Satu lagi kaedah
ialah IPTV, iaitu menerima TV melalui Protokol Internet dengan mutu perkhidmatan (QoS) yang
terjamin. Akhirnya, satu lagi alternatif ialah menerima isyarat TV melalui prasarana Internet
terbuka, iaitu TV Internet.

Kini, tidak kira bagaimana DTV diterima, kebanyakan penonton akan menerimanya melalui
sejenis set-top box yang menyahkod isyarat digital kepada isyarat yang difahami televisyen —
iaitu televisyen berfungsi sebagai monitor semata-mata. Walaupun begitu, makin banyak set TV
dipasang penerima bersepadu yang dipanggil iDTV.

Sesetengah isyarat disertakan penyulitan dan menetapkan syarat penggunaan (seperti "tidak
boleh dirakam" atau "tidak boleh ditonton pada paparan yang jarak pepenjurunya melebihi 1 m")
disokong kuasa undang-undang bawah Perjanjian Hakcipta WIPO dan perundangan negara yang
melaksanakannya, seperti Akta Hakcipta Alaf Digital di Amerika Syarikat. Capaian ke saluran
yang disulitkan boleh dikawal oleh kad pintar yang boleh tanggal, contohnya melalui piawaian
Antaramuka Umum (DVB-CI) untuk Eropah dan melalui Titik Penggunaan (Point Of
Deployment, POD) untuk IS atau dinamakan CableCard.

Parameter perlindungan untuk penyiaran DTV terestrial

Parameter sistem Kanada EBU [9, 12] Jepun & Brazil [36,
AS [5]
(nisbah perlindungan) [13] ITU-mode M3 37][3]

+19.5 dB +15.19
C/N untuk Saluran AWGN +19.3 dB +19.2 dB
(16.5 dB[4]) dB

+34.44
DTV sesaluran kepada TV analog +33.8 dB +34 ~ 37 dB +38 dB
dB

TV analog sesaluran kepada DTV +7.2 dB +1.81 dB +4 dB +4 dB

+19.5 dB +15.27
DTV sesaluran kepada DTV +19 dB +19 dB
(16.5 dB[4]) dB

DTV Saluran Sebelah Lebih Rendah kepada TV −17.43


−16 dB −5 ~ −11 dB[5] −6 dB
analog dB

DTV Saluran Sebelah Lebih Tinggi kepada TV −11.95


−12 dB −1 ~ −10[5] −5 dB
analog dB

TV analog Saluran Sebelah Lebih Rendah −47.33 −34 ~ −37


−48 dB −35 dB
kepada DTV dB dB[5]

TV analog Saluran Sebelah Lebih Tinggi −48.71 −38 ~ −36


−49 dB −37 dB
kepada DTV dB dB[5]

DTV Saluran Sebelah Lebih Rendah kepada


−27 dB −28 dB −30 dB −28 dB
DTV

DTV Saluran Sebelah Lebih Tinggi kepada DTV −27 dB −26 dB −30 dB −29 dB

Interaksi

Di antara penonton TV dan sistem TV berlakunya interaksi yang boleh difahami dalam cara
berbeza, bergantung pada bahagian sistem DTV yang mana terlibat; mungkin itulah interaksi
dengan STB sahaja (untuk beralih ke saluran TV lain atau melayar EPG).

Sistem-sistem DTV moden boleh menyediakan interaksi antara pengguna akhir dan penyiar
melalui penggunaan laluan balik. Selain kabel sepaksi dan gentian optik yang boleh dua hala,
modem dialup, sambungan Internet, atau apa-apa kaedah lain biasanya digunakan untuk laluan
balik dengan rangkaian satu hala seperti siaran satelit dan antena.

Selain tidak memerlukan laluan balik yang berasingan, kabel juga menikmati saluran komunikasi
yang disetempatkan pada kawasan perumahan dan bukan bandar (terestrial) atau kawasan yang
lebih besar (satelit). Ini menyediakan cukup lebar jalur yang boleh diubahsuai untuk
membolehkan video atas permintaan sebaiknya.

Penutupan analog

Kini, kebanyakan negara mengendali perkhidmatan simulcast iaitu penyiaran disediakan untuk
tontonan dalam kedua-dua bentuk analog dan digital pada masa yang sama. Sambil penyiaran
digital semakin popular besar kemungkinan perkhidmatan analog sedia ada akan dihentikan. Ini
sudahpun berlaku di beberapa negara di mana penyiar telah meawarkan insentif kepada para
penonton agar menggalakkan mereka beralih ke digital atau cuma beralih perkhidmatan sama
ada mereka hendak beralih atau tidak. Dalam kes-kes lain, dasar kerajaan diperkenalkan untuk
menggalakkan proses peralihan, terutamanya berkenaan penyiar terestrial.

Campur tangan kerajaan biasanya melibatkan penyediaan dana untuk penyiar serta, adakalanya,
bantuan kewangan kepada penonton, untuk membolehkan terlaksananya peralihan menjelang
batas waktu yang diberikan.

Video

Video (berasal dari kata bahasa Latin, "Saya lihat") ialah teknologi memprosess isyarat
elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari
teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang saintifik,
pengeluaran dan keamanan.

Keterangan

Hijau: NTSC. Kuning: PAL. Oren: SECAM. Olive: Tiada maklumat


Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama ada isyarat
digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape (VHS, Betamax). Video
boleh dicipta dengan mechanical cameras (dirakam pada filem seluloid), video cameras
(merakam isyarat elektrik dalam format PAL atau NTSC) atau kamera digital (kebiasaannya
merakam dalam format digital MPEG-4 atau DV). Kualiti video biasanya bergantung kepada
jenis rakaman dan simpanan.

Frekuensi ultra tinggi


Frekuensi ultra tinggi (bahasa Inggeris: Ultra high frequency, UHF) menandakan julat (jalur)
gelombang elektromagnet yang frekuensinya antara 300 MHz dan 3 GHz (3,000 MHz), juga
dikenali sebagai jalur desimeter atau gelombang desimeter kerana jarak gelombangnya antara
10 hingga satu desimeter. Gelombang radio yang frekuensinya melebihi jalur UHF terletak
dalam jalur-jalur SHF (frekuensi super tinggi) dan EHF (frekuensi teramat tinggi); semuanya
tergolong dalam julat frekuensi gelombang mikro. Isyarat-isyarat frekuensi lebih rendah pula
jatuh dalam jalur-jalur VHF atau lebih rendah. Lihat spektrum elektromagnet untuk senarai
penuh jalur frekuensi.

Kegunaan

UHF dan VHF adalah jalur frekuensi yang paling banyak digunakan untuk pemancaran isyarat
televisyen. Telefon bimbit moden juga memancarkan dan menerima isyarat dalam spektrum
UHF. UHF digunakan secara meluas oleh agensi-agensi perkhidmatan awam untuk komunikasi
radio dua hala, biasanya menggunakan modulasi frekuensi jalur sempit, tetapi perkhidmatan
digital juga makin banyak. Selama ini penyiaran radio amat sedikit dalam jalur ini sehingga
baru-baru ini; rujuk penyiaran audio digital untuk maklumat selanjutnya. Sistem Kedudukan
Sejagat turut menggunakan UHF.

2.45 GHz, kini banyak digunakan untuk Wi-Fi, Bluetooth dan telefon tanpa tali telah
dicadangkan untuk pemindahan tenaga tanpa wayar. Eksperimen-eksperimen perintis telah
dijalankan, namun kaedah ini belum lagi dilaksanakan secara besar-besaran.

Radio amatur juga beroperasi dalam beberapa jalur UHF.

Ciri-ciri dan kelebihan


Rencana utama: Penyebaran radio

Pemancaran gelombang radio dari titik ke titik dipengaruhi banyak faktor. Kelembapan
atmosfera, aliran zarah-zarah dari matahari dipanggil angin suria, dan waktu semuanya
mempengaruhi pemancaran isyarat. Semua gelombang radio diserap sedikit oleh kelembapan
atmosfera. Penyerapan atmosfera mengurangkan, atau mengecilkan, kekuatan isyarat radio
melalui jarak jauh. Kesan-kesan pengecilan bertambah mengikut frekuensi. Isyarat UHF
biasanya lebih mudah terjejas oleh kelembapan berbanding jalur-jalur lebih rendah seperti VHF.
Lapisan atmosfera Bumi yang dipanggil ionosfera diisi dengan zarah-zarah bercas yang boleh
memantulkan gelombang radio. Pemantulan gelombang radio boleh membantu memancarkan
isyarat radio melalui jarak jauh kerana gelombang melantun ulang-alik dari langit ke bumi. UHF
kurang merasai kesan pemantulan berbanding frekuensi lebih rendah (VHF, dsb.) Pemancaran
UHF boleh dipertingkatkan dengan penyaluran troposfera kerana suhu atmosfera berubah-ubah
sepanjang hari.

Kelebihan utama pemancaran UHF ialah gelombang pendek secara fizikal yang dihasilkan oleh
frekuensi tinggi. Saiz pemancaran dan kelengkapan penerimaan, (khususnya antena), dikaitkan
dengan saiz gelomabng radio. Antena yang lebih kecil boeh digunakan dengan jalur frekuensi
lebih tinggi.

UHF luas digunakan dalam sistem radio dua hala dan telefon tanpa tali. Isyarat UHF dipancar
sepanjang jarak garis penglihatan. Pemancaran yang dijana oleh radio dua hala dan telefon tanpa
tali tidak mampu pergi sejauh sehingga mengganggu pemancaran setempat. Sebilangan
komunikasi keselamatan awam dan perniagaan dikendali pada UHF. Aplikasi awam seperti
GMRS, PMR446, UHF CB, dan 802.11b ("Wi-Fi") adalah contoh-contoh penggunaan UHF
yang popular. Pengulang digunakan untuk menyebarkan isyarat UHF apabila perlunya jarak
yang lebih jauh daripada garis penglihatan.

Spektrum elektromagnet
Spektrum elektromagnet merupakan julat semua sinaran elektromagnet. Manakala "spektrum
elektromagnet" sesuatu objek ialah julat frekuensi sinaran elektromagnet yang dipancarkan,
dipantulkan atau disiarkan.

Gelombang elektrognetik ini boleh bergerak dalam ruang-ruang kosong termasuklah vakum.
Dengan memasang sebuah antena yang sesuai pada litar elektrik, gelombang elektromagnetik
boleh disebarkan secara berkesan dan juga boleh diterima pada kadar jarak tertentu.

Melalui teknologi terkini, bit-bit data boleh dihantar melalui gelombang elektromagnetik melalui
frekuensi yang digunakan. Semakin kecil lebar frekuensi yang digunakan maka proses
pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Spektrum ini secara langsung berkaitan dengan:

 Panjang gelombang didarabkan dengan frekuensi ialah kelajuan cahaya: 300 Mm/s, iaitu
300 MmHz
 Tenaga dari foton adalah 4.1 feV per Hz, yaitu 4.1μeV/GHz
 Panjang gelombang didarabkan dengan tenaga per foton adalah 1.24 μeVm

Spektrum elektromagnetik boleh dibahagi kepada beberapa bahagian seperti:

 gelombang radio
 gelombang mikro
 inframerah
 spektrum optik
 ultraungu
 sinar X
 sinar gamma

Sinaran elektromagnet

Gelombang elektromagnetik boleh dibayangkan sebagai gelombang berayun melintang menerus sendiri
(self-propagating) yang terdiri dari medan magnet dan elektrik. Gambarajah ini menunjukkan laras
melintang gelombang mengutub bergerak dari kiri ke kanan.

Sinaran elektromagnet (electromagnetic radiation atau EM radiation) merupakan gelombang


propagasi sendiri di angkasa dengan komponen elektrik dan magnet. Komponen ini berayun
pada sudut tepat sesama sendiri dan arah arah propagasi, dan dengan berfasa sesama sendiri.
Radiasi elektromagnetik dikelaskan menurut jenis menurut frekuensi gelombang: jenis ini
termasuk, kadar peningkatan frekuensi, gelombang radio, mikrogelombang, sinaranan terahertz,
sinaran inframerah, cahaya nampak, sinaran ultraungu, sinar-X dan sinar gamma. Dalam
sesetengah konteks keseluruhan julat dirujuk hanya sebagai 'cahaya'. [1].

Radiasi EM membawa tenaga dan momentum, yang boleh dipindahkan apabila ia berinteraksi
dengan jisim.

ciri-ciri
 Gelombang sinaran elektromagnet dihasilkan oleh pergerakan zarah bercas (elektrik).
 Gelombang ini digelar “sinaran elektromagnet" kerana mereka memancar dari zarah bercas.
Mereka bergerak melalui ruang kosong dan juga menerusi udara & bahan-bahan lain.

 Ahli sains mendapati bahawa sinaran elektromagnet mempunyai dwi-“sifat” (sifat penduaan).
Selain dari bertindak sebagai gelombang, ia juga bertindak selaku aliran zarah (digelar "foton")
yang tidak berjisim.
 Foton dengan tenaga paling tinggi adalah berkaitan dengan panjang gelombang paling pendek.

 Julat sepenuhnya panjang gelombang (& tenaga foton) digelar “spektrum elektromagnet”.

 Pancaran sinaran elektromagnet ialah satu gelombang merambat di dalam ruang dengan juzuk
elektrik & magnet. Juzuk ini berayun pada sudut tepat di antara satu dengan yang lain & dengan
arah perambatan (propagation).

 Istilah pancaran sinaran elektromagnet juga digunakan sebagai satu sinonim untuk gelombang
sinaran elektromagnet secara am, walaupun mereka tidak memancar atau bergerak bebas di
dalam ruang. Contoh: cahaya bergerak menerusi serat optik, atau tenaga elektrik bergerak di
dalam kabel sepaksi.

 Pancaran sinaran elektromagnet membawa tenaga & momentum yang boleh dilepaskan apabila
bertindak-balas dengan jirim.

Fizik

Teori

Gelombang elektromagnetik pada awalnya diramal oleh James Clerk Maxwell dan
kemudiannya disahkan oleh Heinrich Hertz. Maxwell menghasilkan persamaan bentuk
gelombang magnetik dan elektrik, mendedahkan sifat semula jadi seperti gelombang medan
elektrik dan magnetik, dan bentuk simetrinya. Disebabkan kepantasan gelombang EM diramal
oleh persamaan gelombang menyamai dengan kelajuan cahaya yang diukur, Maxwell
merumuskan bahawa cahaya itu sendiri adalah gelombang EM.

Menurut persamaan Maxwell, medan elektrik berbeza masa menghasilkan medan magnetik dan
sebaliknya. Dengan itu, sebagai medan elektrik berayun menghasilkan medan elektrik berayun,
medan magnetik sebaliknya menghasilkan medan elektrik berayun dan seterusnya. Ayunan
medan ini bersama-sama menghasilkan gelombang elektromagnet.

Teori kuantum, berkenaan interaksi antara radiasi elektromagnetik dan jisim seperti elektron
digambarkan oleh teori elektrodinamik kuantum.

Spektrum elektromagnet
Rencana utama: Spektrum elektromagnet
Spektrum elektromagnetik dengan cahaya ditonjolkan.

Legend:
γ = Sinar gamas
HX = Sinar-X kuat (Hard X-ray)
SX = Sinar-X lemah (Soft X-ray)
EUV = Ultra ungu lampau (Extreme ultraviolet)
NUV = Ultra ungu dekat (Near ultraviolet)
Cahaya nampak
NIR = Inframerah dekat (Near infrared)
MIR = Inframerah sederhana (Moderate infrared)
FIR = Inframerah jauh (Far infrared)

Gelombang radio:
EHF = Gelombang mikro - frekuensi teramat tinggi (Extremely high frequency)
SHF = Gelombang mikro - frekuensi super tinggi (Super high frequency)
UHF = Gelombang mikro - frekuensi ultra tinggi (Ultrahigh frequency)
VHF = Frekuensi amat tinggi (Very high frequency)
HF = Frekuensi tinggi (High frequency)
MF = Frekuensi sederhana (Medium frequency)
LF = Frekuensi rendah (Low frequency)
VLF = Frekuensi amat rendah (Very low frequency)
VF = Frekuensi suara (Voice frequency)
ELF = Frekuensi amat rendah (Extremely low frequency)

Biasanya, radiasi EM dikelaskan menurut panjang gelombang kepada tenaga elektrik, radio,
gelombang mikro, infra, kawasan nampak yang kita terima sebagai cahaya, lampau ungu,
pancaran-X dan pancaran gamma.

Kelakuan radiasi EM bergantung kepada jarak gelombangnya. Frekuensi tinggi mempunyai jarak
gelombang lebih pendek, dan frekuensi lebih redah mempunyai jarak gelombang lebih panjang.
Apabila radiasi EM bertindak balas dengan satu atom dan molekul, kelakuannya bergantung
kepada jumlah tenaga setiap quantum yang di bawa nya. Radiasi elektromagnetik boleh
dibahagikan kepada oktaf — sama seperti gelombang bunyi — berakhir dengan lapan puluh satu
oktaf.[2]

Rujukan
1. ↑ National Synchrotron Light Source, U.S.A., yang merujuk keseluruhan spektrum EM sebagai
'cahaya'
2. ↑ Isaac Asimov, Isaac Asimov's Book of Facts. Hastingshouse/Daytrips Publ., 1992. Page 389.

 Hecht, Eugene (2001). Optics, edisi 4th ed., Pearson Education. ISBN 0-8053-8566-5.

 Serway, Raymond A.; Jewett, John W. (2004). Physics for Scientists and Engineers, edisi 6th ed.,
Brooks/Cole. ISBN 0-534-40842-7.

 Tipler, Paul (2004). Physics for Scientists and Engineers: Electricity, Magnetism, Light, and
Elementary Modern Physics, edisi 5th ed., W. H. Freeman. ISBN 0-7167-0810-8.
 Reitz, John; Milford, Frederick; Christy, Robert (1992). Foundations of Electromagnetic Theory,
edisi 4th ed., Addison Wesley. ISBN 0-201-52624-7.

 Jackson, John David (1975). Classical Electrodynamics, edisi 2nd ed, John Wiley & Sons. ISBN 0-
471-43132-X.

 Allen Taflove and Susan C. Hagness (2005). Computational Electrodynamics: The Finite-
Difference Time-Domain Method, 3rd ed., Artech House Publishers. ISBN 1-58053-832-0.

Pautan luar
 (Inggeris) Electromagnetism - satu bab dari buku teks di talian
 (Inggeris) Gelombang Elektromagnetik dari persamaan Maxwell di Projek PHYSNET.

 (Inggeris) Ecolibria:Lebih maklumat dan ujian bagi EMR di Australia

 (Inggeris) Penukaran frekuensi kepada jarak gelombang dan sebaliknya - elektromagnetik, radio
dan gelombang bunyi

 (Inggeris) BukuE berkenaan Radiasi Elektromagnetik dan RF

 (Inggeris) The Science of Spectroscopy - disokong oleh NASA. Pendidikan Spektroskopi wiki dan
filem - pengenalan kepada cahaya, kegunaannya di NASA, sains angkasa, astronomi, perubatan
dan kesihatan, penyelidikan persekitaran, dan barangan pengguna.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sinaran_elektromagnet"

Kategori: Sinaran elektromagnet

Frekuensi
Kuantiti frekuensi dalam bidang sains merupakan ukuran jumlah kejadian satu peristiwa
berulang dalam seunit masa. Unit SI bagi frekuensi ialah hertz (Hz).Unit lain yang kerap
digunakan ialah putaran seminit (rpm). Kadar denyut jantung dan tempo muzik pula lazimnya
diukur dalam unit rentak seminit {BPM).

Pengukuran

Frekuensi dihubungkan dengan tempoh satu kitar lengkap terhasil, T melalui formula:

Bagi sebuah gelombang yang mempunyai halaju v dan panjang gelombang λ, frekuensi diberikan
oleh
Modulasi frekuensi
"FM" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat FM (nyahkekaburan).

Dalam telekomunikasi, modulasi atau pemodulatan frekuensi (FM) menyampaikan maklumat


melalui gelombang pembawa dengan mengubah frekuensi (berbanding dengan modulasi
amplitud, yang mana amplitud pembawa boleh ubah sedangkan frekuensinya malar). Dalam
aplikasi analog, frekuensi semerta pembawa secara langsung adalah berkadar pada nilai semerta
isyarat input. Data digital boleh dihantar dengan mengalihkan frekuensi pembawa dalam satu
lingkungan nilai-nilai diskret mengikut teknik yang dikenali sebagai penguncian anjakan
frekuensi.

FM sering digunakan dalam frekuensi radio VHF untuk penyiaran muzik dan percakapan
berfideliti tinggi (lihat penyiaran FM). Bunyi TV normal (analog) juga disiarkan menggunakan
FM. Satu bentuk jalur sempit digunakan untuk komunikasi suara dalam seting radio komersil dan
amatur. Jenis FM yang digunakan untuk penyiaran secara amnya digelar "FM luas" (wide-FM),
atau W-FM. Bagi radio dua hala, "FM sempit" (narrow-FM, N-FM) jalur sempit digunakan
untuk menjimat lebar jalur. Tambahan pula, FM sempit digunakan untuk menghantar isyarat ke
angkasa.

FM juga digunakan pada frekuensi sederhana oleh kebanyakan sistem VCR analog, termasuk
VHS, untuk merakam bahagian luminans (hitam dan putih) isyarat video. FM adalah satu-
satunya kaedah munasabah bagi merakam atau menerima video dari pita magnet tanpa
mengalami herotan yang keterlaluan, kerana isyarat video ada sejulat komponen frekuensi yang
amat besar — dari beberapa hertz hingga beberapa megahertz, terlalu luas untuk ditangani
penyama disebabkan hingar electronik kurang -60 dB. FM juga memastikan pita berada di takat
ketepuan, dan oleh itu juga bertindak sebagai suatu bentuk pengurangan hingar audio, dan satu
penghad yang ringkas boleh menutupi kelainan dalam output main balik, sementara kesan
penangkapan FM menanggalkan cetak tembus dan pra-gema. Nada pandu yang berterusan, jika
dibubuh pada isyarat — seperti yang dilakukan pada V2000 dan kebanyakan bentuk Hi-band —
boleh memastikan ketaran mekanikal terkawal serta membantu pembetulan asas masa.

FM juga digunakan pada frekuensi audio untuk mensintesis bunyi. Teknik yang dikenali sebagai
sintesis FM ini dilariskan oleh alat sintesis terawal lalu menjadi ciri-ciri standard untuk kad
bunyi komputer peribadi.
Isyarat audio (atas) boleh dibawa oleh gelombang radio AM atau FM.

Aplikasi dalam radio

Satu contoh modulasi frekuensi. Rajah ini memaparkan isyarat pemodulatan, atau mesej, xm(t), yang
menindan pada gelombang pembawa, xc(t)

Isyarat yang dimodulatkan, y(t), terhasil dari pemodulatan frekuensi xc(t) dengan xm(t).
Edwin Armstrong membentangkan kertas kerja beliau: "A Method of Reducing Disturbances in
Radio Signaling by a System of Frequency Modulation", yang julung kalinya menghuraikan
radio FM, di hadapan bahagian New York Institut Jurutera Radio pada 6 November 1935. Kertas
itu diterbit pada tahun 1936. [1]

FM jalur lebar (W-FM) memerlukan lebar jalur yang lebih luas berbanding modulasi amplitud
oleh isyarat pemodulatan yang sama, namun ini juga menyebabkan isyarat lebih kuat berbanding
hingar dan gangguan. Modulasi frekuensi juga lebih kaut berbanding fenomena lenyapan
amplitud isyarat ringkas. Kesannya, FM dipilih sebagai piawai modulasi untuk pancaran radio
frekuensi tinggi, berfideliti tinggi: maka lahirnya istilah "radio FM".

Penerima radio menggunakan sejenis pengesan khas untuk isyarat FM serta menunjukkan
fenomena yang bergelar "kesan tawanan", iaitu penala dapat menerima dengan jelas yang mana
lebih kuat antara dua stesen yang bersiaran pada frekuensi yang sama. Namun begitu, apa yang
menyusahkan, hanyutan frekuensi atau kekurangan daya kememilihan elektronik boleh
menyebabkan satu stesen atau isyarat tiba-tiba dipintas isyarat lain di saluran bersebelahan.
Hanyutan frekuensi biasanya menimbulkan masalah dengan penerima yang amat lama atau
murah, sementara daya kememilihan yang tidak cukup boleh menjejaskan mana-mana penala
sahaja.

Isyarat FM juga boleh digunakan untuk membawa isyarat stereo: lihat FM stereo. Ini terhasil
dengan menggunakan pemultipleksan dan penyahmultipleksan sebelum dan selepas proses FM,
inipun bukan sebahagian FM sebenar. Seluruh artikel ini mengabaikan proses pemultipleksan
dan penyahmultipleksan stereo yang digunakan dalam "FM stereo", sebaliknya menumpu pada
proses pemodulatan dan penyahmodulatan FM yang seiras dalam proses stereo dan mono.

Amplifier pensuisan frekuensi radio kecekapan tinggi boleh digunakan untuk memancar isyarat
FM (dan isyarat-isyarat amplitud malar yang lain). Untuk suatu kekuatan isyarat yang diberi
(diukur pada antena penerima), amplifier pensuisan menggunakan kurang kuasa bateri dan
biasanya lebih murah berbanding amplifier linear. Ini memberi FM satu lagi kelebihan
berbanding skema-skema modulasi lain yang memerlukan amplifier linear seperti AM dan
QAM.

Teori

Andailah isyarat data jalur dasar yang dipancarkan ialah

dan dihadkan dalam amplitud menjadi

and the sinusoidal carrier is


yang mana fc ialah frekuensi dasar pembawa dan A ialah amplitud sembarangan. Modulator
menggabungkan pembawa dengan isyarat data jalur dasar untuk mendapatkan isyarat yang
dipancar,

yang mana

Dalam persamaan ini, ialah frekuensi seketika pengayun manakala ialah sisihan
frekuensi yang melambangkan anjakan maksimum dari fc dalam satu arah, andai xm(t) terhad
dalam julat ±1.

Walaupun kelihatan bahawa ini mengehadkan frekuensi-frekuensi yang digunakan kepada fc ± fΔ,
namun ini mengabaikan perbezaan antara frekuensi seketika dan frekuensi spektrum. Spektrum
frekuensi isyarat FM sebenar mempunyai komponen yang mencapai frekuensi tidak terhingga,
namun menjadi amat kecil lepas suatu takat.

Penaburan harmonik pembawa gelombang sinus yang dimodulatkan isyarat gelombang sinus
boleh dilambangkan dengan fungsi Bessel - ini menyediakan asas untuk pemahaman matematik
bagi modulasi frekuensi dalam domain frekuensi.

Indeks modulasi

Seperti indeks-indeks modulasi yang lain, dalam FM kuantiti ini menandakan berapa banyak
pembolehubah yang dimodulatkan berubah sekitar takat yang tidak dimodulatkan. Bagi FM,
indeks ini berkaitan dengan perubahan dalam frekuensi isyarat pembawa:

yang mana fm ialah frekuensi pemodulatan tertinggi bagi xm(t). Jika , maka modulasinya
adalah FM jalur sempit, dan lebar jalurnya kira-kira 2fm. Jika , maka modulasinya FM
jalur lebar and its bandwidth is approximately 2fΔ. Apabila lebih memakai lebar jalur, FM jalur
lebar boleh banyak meningkatkan nisbah isyarat untuk hingar.

Dengan gelombang FM dimodulatkan nada, jika frekuensi modulasi dimalarkan dan indeks
modulasi ditingkatkan, maka lebar jalur (tidak boleh abai) isyarat FM meningkat, tetapi ruang
antara spektrum-spektrum tidak berubah; beberapa komponen spektrum makin kurang kuat
sementara komponen lain makin lebih kuat. Jika sisihan frekuensi dimalarkan dan frekuensi
modulasi meningkat, maka ruang antara spektrum meningkat juga.
[sunting] Hukum Carson

Hukum Carson menyatakan bahawa hampir semua (~98%) kuasa isyarat yang dimodulatkan
frekuensi terletak dalam lingkungan lebar jalur BT

yang mana fΔ ialah sisihan kemuncak frekuensi seketika f(t) dari frekuensi pembawa pusat fc
(andaikan xm(t) berada dalam julat ±1).

[sunting] Fungsi Bessel

Amplitud pembawa dan jalur sisi digambarkan untuk pelbagai indeks-indeks modulasi bagi
isyarat FM. Berdasarkan fungsi Bessel.

Indeks
Pembawa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
modulasi

0.00 1.00

0.25 0.98 0.12

0.5 0.94 0.24 0.03

1.0 0.77 0.44 0.11 0.02

1.5 0.51 0.56 0.23 0.06 0.01

2.0 0.22 0.58 0.35 0.13 0.03

2.41 0 0.52 0.43 0.20 0.06 0.02

2.5 −.05 0.50 0.45 0.22 0.07 0.02 0.01

3.0 −.26 0.34 0.49 0.31 0.13 0.04 0.01

4.0 −.40 −.07 0.36 0.43 0.28 0.13 0.05 0.02

5.0 −.18 −.33 0.05 0.36 0.39 0.26 0.13 0.05 0.02

5.53 0 −.34 −.13 0.25 0.40 0.32 0.19 0.09 0.03 0.01

6.0 0.15 −.28 −.24 0.11 0.36 0.36 0.25 0.13 0.06 0.02

7.0 0.30 0.00 −.30 −.17 0.16 0.35 0.34 0.23 0.13 0.06 0.02

8.0 0.17 0.23 −.11 −.29 −.10 0.19 0.34 0.32 0.22 0.13 0.06 0.03
8.65 0 0.27 0.06 −.24 −.23 0.03 0.26 0.34 0.28 0.18 0.10 0.05 0.02

9.0 −.09 0.25 0.14 −.18 −.27 −.06 0.20 0.33 0.31 0.21 0.12 0.06 0.03 0.01

10.0 −.25 0.04 0.25 0.06 −.22 −.23 −.01 0.22 0.32 0.29 0.21 0.12 0.06 0.03 0.01

12.0 0.05 −.22 −.08 0.20 0.18 −.07 −.24 −.17 0.05 0.23 0.30 0.27 0.20 0.12 0.07 0.03 0.01

[sunting] Pelaksanaan

Satu kaedah biasa menjana isyarat FM adalah menyuapkan isyarat maklumat ke dalam input
VCO. Satu kaedah biasa untuk memulihkan isyarat maklumat adalah melalui pembezalayan
Foster-Seeley.

Rangkaian televisyen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Jangan dikelirukan dengan saluran televisyen.

Rangkaian televisyen ialah sejenis rangkaian pengedaran kandungan televisyen di mana


pengendali pusat menyalurkan rancangan kepada sebilangan banyak stesen televisyen. Sehingga
pertengahan 1980-an, rancangan televisyen di kebanyakan negara di dunia didominasi oleh
sebilangan kecil rangkaian penyiaran. Sebilangan besar rangkaian televisyen terawal (cth. BBC,
NBC atau CBS) berakar umbi dari rangkaian radio awal.

Di sesetengah negara di mana kebanyakan rangkaian menyiarkan kandungan yang seiras dari
pusat ke semua stesen, justeru kebanyakan pemancar individu berfungsi sebagai "stesen
pengulang" besar sahaja, maka orang ramai cenderung menyamakan maksud istilah rangkaian,
saluran dan stesen dalam perbualan seharianl; cuma para penggiat industri berkenaan TV yang
membezakan istilah-istilah tersebut. Dalam industri TV, adakalanya sistem peningkatan (tiering)
diwujudkan di kalangan kumpulan-kumpulan rangkaian, berasaskan sama ada intisari rancangan
disalurkan secara serentak dari pusat, dan sama ada kawalan utama pusat berkeupayaan teknikal
dan pentadbiran untuk mengambil alih rancangan sekutu-sekutunya dalam masa nyata apabila
dirasakan perlunya, terutamanya berita gempar.

Sesebuah rangkaian boleh tetapi tidak semestinya menerbitkan segala rancangan sendiri. Jika
tidak, syarikat-syarikat penerbitan seperti Warner Bros. dan Sony Pictures boleh mengedarkan
kandungannya kepada pelbagai rangkaian. Sering kali terdapat rancangan terbitan sesebuah
syarikat penerbitan tertentu yang dipertontonkan di dua atau lebih rangkaian yang bersaingan.
Begitu juga, sesetengah rangkaian mengimport rancangan televisyen dari luar negara atau
memanfaatkan rancangan lama dari arkib untuk mengisi intisari rancangan.
Stesen televisyen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Rencana ini adalah tentang lokasi atau syarikat pemancaran TV. Untuk isyarat
televisyen, sila lihat Saluran televisyen.

Stesen televisyen ialah sejenis stesen penyiaran yang menyiarkan kedua-dua audio dan video
sekaligus ke penerima televisyen di suatu kawasan tertentu. Asalnya, stesen TV bersiaran dengan
menghantar isyarat radio yang dikodkan khas ke udara, dipanggil televisyen terestrial. Sesebuah
stesen televisyen lazimnya dikurniakan lesen oleh badan kerajaan untuk menggunakan
sebahagian spektrum radio tertentu (iaitu saluran) untuk menyalurkan isyaratnya. Sesetengah
stesen menggunakan penterjemah penyiaran LPTV untuk menancarkan atau menyiarkan semula
isyaratnya ke kawasan lebih jauh. Stesen televisyen merupakan satu bentuk saluran televisyen,
tetapi bukan semua saluran televisyen adalah stesen juga.

Kebanyakan stesen televisyen kini menjalani proses penukaran dari analog (NTSC, PAL, atau
SECAM) ke digital (ATSC, DVB, atau ISDB).

Di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, stesen TV biasanya cuma mempunyai satu unit
pemancar (atau dua, jika stesen itu menyiarkan isyarat digital di samping isyarat analog
biasanya); kebanyakan stesen-stesen ini adalah berdikari atau bergabung dengan rangkaian
televisyen seperti ABC, CBS, Fox, atau NBC.

Di negara-negara lain pula, stesen TV sering disamakan dengan rangkaian televisyen seluruh
negara yang menyalurkan seluruh atau kebanyakan besar rancangan televisyen kepada stesen-
stesen. Di negara-negara ini, isyarat-isyarat yang dipancarkan di tempat-tempat berbeza
selalunya tidak menunjukkan ciri-ciri individu yang ketara di mata orang awam (kecuali
sesebuah rangkaian itu menampakkan variasi setempat yang disiarkan dari beberapa pemancar
yang berlainan) jadi dari sudut pandangan penonton, tiadanya kelainan yang nyata antara
rangkaian dan stesen.

Stesen televisyen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Rencana ini adalah tentang lokasi atau syarikat pemancaran TV. Untuk isyarat
televisyen, sila lihat Saluran televisyen.

Stesen televisyen ialah sejenis stesen penyiaran yang menyiarkan kedua-dua audio dan video
sekaligus ke penerima televisyen di suatu kawasan tertentu. Asalnya, stesen TV bersiaran dengan
menghantar isyarat radio yang dikodkan khas ke udara, dipanggil televisyen terestrial. Sesebuah
stesen televisyen lazimnya dikurniakan lesen oleh badan kerajaan untuk menggunakan
sebahagian spektrum radio tertentu (iaitu saluran) untuk menyalurkan isyaratnya. Sesetengah
stesen menggunakan penterjemah penyiaran LPTV untuk menancarkan atau menyiarkan semula
isyaratnya ke kawasan lebih jauh. Stesen televisyen merupakan satu bentuk saluran televisyen,
tetapi bukan semua saluran televisyen adalah stesen juga.

Kebanyakan stesen televisyen kini menjalani proses penukaran dari analog (NTSC, PAL, atau
SECAM) ke digital (ATSC, DVB, atau ISDB).

Di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, stesen TV biasanya cuma mempunyai satu unit
pemancar (atau dua, jika stesen itu menyiarkan isyarat digital di samping isyarat analog
biasanya); kebanyakan stesen-stesen ini adalah berdikari atau bergabung dengan rangkaian
televisyen seperti ABC, CBS, Fox, atau NBC.

Di negara-negara lain pula, stesen TV sering disamakan dengan rangkaian televisyen seluruh
negara yang menyalurkan seluruh atau kebanyakan besar rancangan televisyen kepada stesen-
stesen. Di negara-negara ini, isyarat-isyarat yang dipancarkan di tempat-tempat berbeza
selalunya tidak menunjukkan ciri-ciri individu yang ketara di mata orang awam (kecuali
sesebuah rangkaian itu menampakkan variasi setempat yang disiarkan dari beberapa pemancar
yang berlainan) jadi dari sudut pandangan penonton, tiadanya kelainan yang nyata antara
rangkaian dan stesen.

Saluran televisyen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Istilah saluran televisyen secara amnya bermaksud stesen televisyen atau yang seumpamanya
dalam televisyen kabel/satelit. Selalunya, khususnya di luar AS dan dalam konteks TV
kabel/satelit, istilah saluran TV dikelirukan dengan istilah rangkaian televisyen yang sebetulnya
memaksudkan segugusan stesen TV yang bertaburan luas dan saling berkongsi gabungan atau
pemiliknya serta sebahagian atau seluruh rancangan TV.

Istilah ini juga memaksudkan suatu kedudukan fizikal atau maya yang menyalurkan pengedaran
saluran TV (dalam erti kata tadi). Contohnya di negara-negara luas di Amerika Utara, "saluran 2"
merupakan jalur penyiaran 54 hingga 60 MHz, dengan frekuensi pembawa 55.25 MHz untuk
video analog NTSC (VSB) dan 59.75 MHz untuk audio analog (FM).

Istilah ini lagi dikelirukan di tempat-tempat lain, contohnya di negara-negara kecil di Eropah dan
Asia, di mana saluran terestrial biasanya dipetakan dari saluran fizikal ke kedudukan bernombor
yang biasa dipakai (contohnya, RTM1 bukannya bersiaran melalui "saluran 1" tertentu, namun
tetap ditala pada input "1" di kebanyakan set TV Malaysia).
[sunting] Stesen televisyen
Rencana utama: Stesen televisyen

Stesen televisyen ialah sejenis stesen penyiaran yang menyiarkan kedua-dua audio dan video
sekaligus ke penerima televisyen di suatu kawasan tertentu. Asalnya, stesen TV bersiaran dengan
menghantar isyarat radio yang dikodkan khas ke udara, dipanggil televisyen terestrial. Sesebuah
stesen televisyen lazimnya dikurniakan lesen oleh badan kerajaan untuk menggunakan
sebahagian spektrum radio tertentu (iaitu saluran) untuk menyalurkan isyaratnya. Sesetengah
stesen menggunakan penterjemah penyiaran LPTV untuk menancarkan atau menyiarkan semula
isyaratnya ke kawasan lebih jauh. Stesen televisyen merupakan satu bentuk saluran televisyen,
tetapi bukan semua saluran televisyen adalah stesen juga.

[sunting] TV kabel/satelit

Oleh sebab sesetengah kawasan sukar menerima isyarat dari udara (khususnya di kawasan
bergunung), maka diperkenalkannya kaedah pengedaran alternatif seperti TV satelit dan kabel.
Saluran TV yang didirikan khusus untuk siaran kabel atau satelit ini mengaburkan perbezaan
antara maksud stesen TV dan rangkaian TV.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Saluran_televisyen"

Kategori: Saluran televisyen | Kejuruteraan penyiaran

TV1
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari RTM1)

Lompat ke: pandu arah, gelintar

TV 1

Jenis VHF Gelombang I dan III, UHF

Negara Malaysia

Ketersediaan Seluruh Malaysia dan luar negara


Slogan Saluran Inforia

Jabatan Penyiaran Malaysia,


Pemilik
Kementerian Penerangan Malaysia

Tarikh pelancaran 28 Disember, 1963

Laman web
www.rtm.gov.my

Logo petama RTM 1

Logo kedua RTM 1

TV 1 atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen
televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan,
dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember
1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan
hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen
yang pertama dan tertua di Malaysia.

TV 1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan
nama baru kepada Saluran Inforia (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan, Datuk
Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 4 Ogos 2004 yang bertindak sebagai medium kepada
kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan
seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni
yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1
yang baru ini. Selain itu, TV 2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 20 Ogos 2004.

Pada 1 April 2006, saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan
ditukar kepada RTM1. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran
Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik
mungkin. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan
"Informasi"(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris).

Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran
komersial, TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga.

Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 2:00am. Siaran 24 jam
hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.

RTM1, RTM2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di
Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, RTM1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III. Walau
bagaimana pun, RTM 1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di
Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5.

RTM1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5, kemudian
saluran 1).

Isi kandungan
[sorok]

Radio Televisyen Malaysia


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Radio Televisyen Malaysia


Negara Malaysia

Nasional, juga tersedia di Singapura dan


Ketersediaan
Brunei

Diasaskan

Laman web
http://www.rtm.gov.my

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang
memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM
mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta
dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada
2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima
(54%) dan Astro (29%).[1]
Isi kandungan
[sorok]

 1 Sejarah RTM
o 1.1 Penubuhan di awal 1920-an

o 1.2 Awal 1950-an

o 1.3 Pasca pembentukan Malaysia

o 1.4 Era Pendigitalan RTM

 2 Rangkaian Televisyen RTM

o 2.1 Semasa

o 2.2 Akan Datang

 3 Rangkaian Radio RTM

 4 Rujukan

 5 Pautan luar

[sunting] Sejarah RTM

[sunting] Penubuhan di awal 1920-an

Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik
kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau
kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui
gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan
Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang
pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh
Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit
Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ
Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan
Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir
Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya
di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran
British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian
daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka
turut mengambilalih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka,
Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali
berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan
Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya
perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

[sunting] Awal 1950-an

Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan
Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah
ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang
penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen
kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga
bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang
menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan
oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

[sunting] Pasca pembentukan Malaysia

Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen


diperkenalkan pada 28 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan
Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan memulakan
siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan
televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan TV
mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969.

Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan
televisyen berjalan seiring.Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24
jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar
yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan,
petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar.

Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari
1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini
bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan
banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang
sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo
diperkenalkan pada 20 Jun 1975.

Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga
turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke
semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'.
Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti Radio 1
(Klasik Nasional), Radio 2 (FM Stereo sekarang dikenali sebagai Muzik FM), Radio 3 (stesen
tempatan), Radio 4 (Inggeris, sekarang Traxx FM), Radio 5 (Mandarin, sekarang Ai FM) dan
Radio 6 (Tamil, sekarang Minnal FM) di samping perkhidmatan Siaran Orang Asli dan Suara
Malaysia yang sedia ada. Pada keseluruhannya, semua negeri sekarang sudah mempunyai stesen
radio tiganya sendiri.

Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan satu lagi detik penting dalam
sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran TV Warna oleh Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn,
diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan
warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat
meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar
negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan
pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan
penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran,
Bakat TV, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi
berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Logo RTM dari tahun 1987 hingga 2004

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan
pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah
penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi
Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).

Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan
telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net
diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di
negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.

[sunting] Era Pendigitalan RTM

RTM akan memperkenalkan lebih 20 saluran digital secara percuma pada masa akan datang
melalui RTMi. Buat permulaan, siaran percubaan beberapa siaran telah dilakukan mulai
September 2006 di sekitar Lembah Kelang. Pendigitalan ini selaras dengan seluruh negara
ASEAN lain yang memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka
melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun 2015. Muzik Aktif melalui saluran Astro
180 merupakan saluran pertama di bawak projek pendigital televisyen ini. Antara saluaran pada
akan datang ialah Arena, CY, Bestari dan Harmoni.
[sunting] Rangkaian Televisyen RTM

[sunting] Semasa

 TV1
 TV2

 RTM i

 Muzik Aktif - di saluran 180 Astro

[sunting] Akan Datang

 Seluruh negara
o RTM Arena (saluran sukan)

o RTM CY (saluran kanak-kanak dan remaja)

o RTM Harmoni (saluran kebudayaan)

o RTM Bestari (saluran gaya hidup)

o RTM Bicara (saluran bual bicara)

o RTM Antarabangsa 1 (Saluran TV antarabangsa bahasa Melayu melalui satelit)

o RTM Antarabangsa 2 (Saluran TV antarabangsa bahasa Inggeris melalui satelit)

o Bonology.comTV

o News Active (siaran percubaan)

o Games Active (siaran percubaan)

 RTM TV Negeri (State television available after digital switchover in Malaysia on 2015)

o TV Johor (TVJh)

o TV Kedah (TVKd)

o TV Kelantan (TVKt)

o TV Kuala Lumpur (TVKL)

o TV Labuan (TVLb)

o TV Melaka (TVMk)

o TV Negeri Sembilan (TVNS)

o TV Pahang (TVPh)
o TV Perak (TVPk)

o TV Perlis (TVPs)

o TV Pulau Pinang (TVPP)

o TV Putrajaya (TVPj)

o TV Sabah (TVSb)

o TV Sarawak (TVSw)

o TV Selangor (TVSg)

o TV Terengganu (TVTg)

o TV Wilayah Persekutuan (TVWP)

 RTM TV by race (Available after digital switchover in Malaysia on 2015)

o RTM Empayar (Melayu)

o RTM Dinasti (Cina)

o RTM Monghul (India)

o RTM Kolonial (Barat)

o RTM Al-Quds (Timur Tengah)

o RTM Global (Seluruh dunia)

o RTM Asyik (Indigenous peoples)

o RTM Borneo (Borneo)

 RTM TV Community (Available after digital switchover in Malaysia 2015)

o TV Parlimen

o TV Kampus 1 (IPTA university exclusive)

o TV Kampus 2 (IPTS university exclusive)

o TV Pendidikan 1 (Lower school)

o TV Pendidikan 2 (Secondary school)

o TV Pendidikan 3 (Community college)

o TV Rakyat (Comment and target from residents to government)

o TV Penerangan (Khas Penerangan Kerajaan untuk Rakyat)


o TV Di Raja

o TV ATM (Military Channel)

o TV Negara (Patriotic video clips and music)

o TV Keselamatan

[sunting] Rangkaian Radio RTM


 Nasional
o Klasik Nasional

o Muzik FM

o KL FM

o TraXX FM

o Ai FM

o Minnal FM

o Asyik FM

 Negeri
o Perlis FM

o Kedah FM

o Mutiara FM

o Perak FM

o Selangor FM

o Negeri FM

o Melaka FM

o Johor FM

o Pahang FM

o Terengganu FM

o Kelantan FM

o Sarawak FM
o Sarawak Saluran Etnik - WAI FM

o Sarawak Rangkaian Merah - Red FM

o Sabah FM

o Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - Sabah V FM

 Daerah

o Kedah - Langkawi FM

o Sarawak - Sibu FM

o Sarawak - Limbang FM

o Sarawak - Miri

o Sarawak,Sri Aman - RaSA FM

o Sabah - Sandakan FM

o Sabah - Tawau FM

o Johor Bahru-FM Stereo Johor Bahru

You might also like