You are on page 1of 5

KOMPONEN 3

(PENGURUSAN AM)

TUGASAN 3

SOALAN 3 A
Keberkesanan pengurusan kurikulum dalam sesebuah sekolah berdasarkan
kepada kerjasama, penglibatan dan penyertaan guru-guru ke arah pencapaian
objektif yang telah ditetapkan.

Berdasarkan proses-proses pengurusan organisasi yang dikemukakan Henry


Fayol, Huraikan dengan jelas proses yang dapat diamalkan dalam pengurusan
sekolah. Kukuhkan huraian anda dengan memberi contoh-contoh yang berlaku
dalam pengurusan sekolah.

JAWAPAN 3 A
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab guru haruslah menyedari
tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan system pendidikan di
Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad
80 – an dengan perkenalan program KBSR dan KBSM, memerlukan guru pula
mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih, demi
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian
mencabar.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran
dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih berkesan, guru hari ini
hendaklah sentisa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu
pengetahuan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa untuk mencapai
objektif ini maka kita mestilah mengikuti langkah-langkah serta saranan yang
dikemukakan oleh teori-teori yang dikaji pakai, salah seorangnya ialah Henry
Fayol yang merupakan salah seorang pencipta teori pengurusan yang berkesan
berfikiran moden.

Proses pengurusan yang diutarakan yang dikemukakan oleh Henry Fayol


mengandungi lima peringkat proses pengurusan iaitu merancang, mengelola,
mengarah, menyelaras dan mengawal.

Mengikut Azman Che Omar, 2001, perancangan membawa maksud satu proses
menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi
tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman
organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengruhi kehidupan
sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.

Di dalam bilik darjah, peranan utama seorang guru ialah melibatkan diri dalam
pengajarannya. Kejayaan seseorang guru sebagai pengajar bergantung kepada
perancangan yang dirancangkan . Kejayaan setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran memerlukan perancangan yang baik. Ini bermakna amat penting
bagi guru menguasai kemahiran merancang.

Pada pendapat Henry Fayol Perancangan ialah melibatkan segala aktiviti


menentukan objektif pembelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan
kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan
menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan
kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran,
pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka sebagai contoh guru yang
mengajar murid-murid kia 2 M mestilah menggunakan objektif yang bersesuaian
dengan minat yang setaraf dengan pemikiran mereka. Pemilihan isi pelajaran
hendaklah berkaitan dengan objektif pelajaran yang ditentukan. Isi pengajaran
yang dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid-murid
mencapai objektif pelajaran mereka.Disamping itu guru harus mempelbagaikan
kaedah dan strategi dalam pembelajaran.Contohnya belajar sambil bermain
adalah salah satu kaedah yang paling digemari oleh murid-murid dan ia juga
bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang suka kepada permainan dan
bermain . Melalui cara ini murid-murid dapat menguasai objektif pengajaran
dengan cepat dan berkesan.

Pemilihan strategi mengajar pula mestilah berkait rapat dengan pencapaian


objektif pelajaran .Sebagai contoh guru memberi pujian kepada murid-murid bagi
setiap jawapan yang betul . Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha
memilih dan menyediakan bahan-bahan pengajaran yang sesuai untuk
digunakan oleh guru dan murid-murid. Contohnya penggunaan ICT yang berlatar
belakangkan kartun yang bertepatan dan bersesuaian dengan objektif
pembelajaran .Dengan cara penyediaan alat bantu mengajar ini akan membantu
guru melkasanakan pengajarannya dengan berkesan dan seterusnya membantu
guru untuk menarik minat murid terus belajar.

Kerja-kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan-


kemudahan dalam bilik darjah. Misalnya menyusun kerusi meja murid dalam
bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam suasana
pengajaran.

Pengelolaan :
Mengelola adalah aktiviti mengatur dan melaksanakan perancangan yang telah
dibuat . Ia melibatkan pengemblengan semua elemen yang ada di sekolah yang
terdiri daripada manusia ,material (bangunan, kawasan ,kewangan
,peralatan)dan aktiviti (pengajaran dan pembelajaran) .Dalam memastikan
proses pengelolaan berjalan dengan lancar beberapa langkah perlu dititik
beratkan. Di antaranya adalah menentukan secara terperinci kesemua kerja
yang mesti dilakukan dalam usaha untuk mencapai arah tuju organisasi. Ini
bermaksud setelah matlamat, sasaran dan objektif telah ditetapkan dalam
perancangan yang disusun, maka di sinilah tugas guru yang bertindak sebagai
pengelola memastikan aktiviti yang dilaksanakan menepati apa yang telah
dirancangkan.Sebagai contoh guru telah menyediakan satu aktiviti ,jadi guru
seharusnya mengelola aktiviti tersebut disamping murid-murid melaksanakan
aktiviti yang disediakan . Pembahagian kerja di dalam aktiviti atau bahagian
secara logik yang boleh dilakukan oleh individu atau kumpulan. Amat perlu bagi
memastikan aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar . Ia bertujuan
untuk mewujudkan satu penyelarasan dalam pelaksanaan kerja dan penghasilan
mutu kerja yang berkualiti. Langkah-langkah ini diharap mampu menghasilkan
keberkesanan kerja dan membuat pengubahsuaian dalam usaha mengekalkan
atau meningkatkan keberkesanan prestasi murid.

MENYELARAS
Penyelarasan mengikut definisinya ialah satu integrasi dan penyatupaduan
pelbagai aktiviti organisasi semuanya dapat bekerja dan bergerak secara
harmoni ke arah mencapai arah tuju organisasi. Ia adalah satu proses bagi
menyelaraskan objektif dan aktiviti jabatan yang saling memerlukan didalam
organisasi demi mencapai arah tuju organisasi.

Patut diketahui bahawa penyelarasan ini terbahagi kepada tiga jenis.


Pertamanya ialah “pergantungan bebas” yang bererti prestasi unit atau jabatan
didalam organisasi tidak bergantung antara satu sama lain. Keduanya
“pergantungan berurutan” iaitu apabila prestasi sesuatu unit bergantung kepada
pencapaian unit sebelumnya untuk membolehkan unit berkenaan
melaksanakan kerja. Ketiganya ialah “pergantungan saling memerlukan.
Mekanisma penyelarasan antaranya ialah kewujudan lapisan pengurusan.
Manakala rancangan yang sedia ada adalah sebagai panduan. Disamping itu,
sistem maklumat pengurusan adalah memindah dan menyimpan maklumat dari
satu jabatan ke jabatan lain.

You might also like