Professional Documents
Culture Documents
DEVA RIDZAM
In 1944, Ghazali entered public service as a probationary officer, and in 1947, was
appointed acting district officer of his own hometown. He went on to serve four prime
ministers.
His achievements over four decades of public service were many and varied. He
was the longest-serving permanent secretary-general of the Ministry of External
Affairs, a senator, Minister for Special Functions and Information, Minister of Home
Affairs and, finally, Minister of Foreign Affairs.
Under our first prime minister Tunku Abdul Rahman, Ghazali helped shape the
country's foreign policy and was intimately involved in the formation of Malaysia, the
founding of the Association of Southeast Asian Nations, the Organisation of the
Islamic Conference, the International Islamic University Malaysia and more.
He was the dynamo behind the all-Malaysian team under Tunku Abdul Rahman,
helping to conceptualise the OIC, establish its organisational structure and write its
charter.
1
He was a progressive Muslim. While he did not wear faith on his sleeve, he was
always concerned for the dignity, welfare and solidarity of the ummah. He travelled
widely to many Muslim countries to gain acceptance of the importance of education
for the Muslim world. The establishment of the International Islamic University
Malaysia was largely due to his efforts.
Ghazali is best known for his contributions to Malaysian foreign policy and
diplomacy. Tun Abdullah Ahmad Badawi, in his farewell speech as foreign minister
to Wisma Putra officials in 1989, imparted Ghazali's advice to him on foreign policy:
"It has to be credible."
This meant two things. First, we must have an accurate sense of self in terms of our
interests as we relate to the world, our capacities and our challenges. Second, our
foreign policy must reflect the reality of Malaysia as a country open to the world and
outward-looking.
Indeed, Ghazali was the foreign policy guru for a whole generation of Malaysian and
Asean diplomats. Malaysian diplomats under his demanding tutelage were schooled
as realists. One of his recommended books for budding diplomats was Niccolo
Machiavelli's The Prince.
He stressed that civil servants should be required to read widely and be trained to be
thorough, attentive and articulate. Above all, they should uphold and defend the
national interests.
Ghazali always insisted that our diplomats be courageous and eloquent, and to seek
knowledge. In his recollections in Number One Wisma Putra, he emphasised that
our diplomats "must be intelligent, must analyse things... must be accurate and up-
to-date... they must be fighters..."
At least once a week he made it a point to meet heads of department -- the infamous
"Prayer Meeting". Every officer prayed not to be singled out for intense questioning.
Officers were required to think on their feet and win arguments, not raise voices.
Ghazali wanted Malaysians to play in a different and bigger league. He did his job
with formidable intellectual powers and a strategic vision of Malaysia and Asean's
future and their place in the world. He often saw more than others could, and was
able to perceive complex issues with clarity.
He was praised for his energy and eloquence, wit and clarity. He remained an
internationalist (what we would call a "multilateralist" today) throughout his career
and even in retirement.
2
He inspired awe and resentment in equal measure. He certainly did not suffer fools
gladly. Indeed, he rarely suffered them at all. Yet he was always respected. Those
who thought him pompous and elitist nonetheless recognised him as a man of vision
and integrity, consistent on important issues.
Some resented his popularity and independence, and his skill in dealing with the
outside world and the media. Ultimately, Ghazali had to go. His departure from
public service was a loss to the country. It is time to revive the tradition and brand he
left behind in foreign policy and diplomacy.
For starters, perhaps the Institute of Diplomacy and Foreign Relations could be
renamed the "Ghazali Shafie School of Diplomacy and Foreign Relations" and
turned into a full-fledged independent academic institution, where the best minds
from our country, the region and the world can come to teach, study and do
research.
Ghazali was among our premier statesmen and nation-builders. The nation owes
him a debt of gratitude.
Devinder Singh
TUN Ghazali Shafie revolutionised athletics during his near three-decade reign as
the Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) president with the laying of running
tracks in almost every state a legacy of his leadership.
3
Ghazali, who presided over the golden years of Malaysian track and field in the
1960s and 1970s, was also a visionary when MAAU became one of the first national
associations to formulate a long term development plan.
The plan, which was put in place soon after he was elected president in 1962, led to
sustained dominance at the Southeast Asian level while winning honours at Asian
level, including a staggering five gold medals at the 1966 Bangkok Asian Games.
Malaysian athletes regularly qualified for the Olympic, and Ghazali's departure from
the athletics scene in 1989 preceded a decline in the fortunes of the sport from which
it has yet to recover.
Datuk Dr M. Jegathesan, a sprinter in the 1960s and who later served under Ghazali
as an MAAU vice president, said Ghazali's passing at age 88 on Sunday was a
great loss to Malaysian athletics.
"He was a legend in his own time. I knew him first as an athlete and then as an office
bearer and athletics was his passion.
"In those days, there was no government help for sports and we were left to fend for
ourselves but Tun worked tirelessly to raise funds for MAAU's programmes.
"We were the No 2 nation in Asia in 1966 and were Sea Games champions several
times. Under his tutelage, care and mentorship, Malaysian athletics enjoyed its
golden years," said Olympic Council of Malaysia deputy president Jegathesan, who
still holds the 200m national record after 42 years.
Datuk A. Vaithilingam, a former MAAU council member, said Ghazali was also
responsible for instituting other changes.
"I knew King Ghaz since 1962 when he took over MAAU. He had full control and
democracy was his style, there was discipline, efficiency, transparency and mutual
respect.
"He launched a five-year development plan in 1967 and by 1972 all states had
qualified coaches and officials.
"Race walking and a competition calendar were introduced at national and state
levels while states were urged to streamline their administration.
"All-weather tracks were installed in most states while the Malaysian Schools Sports
Council and the Armed Forces were invited to sit on the council.
"His interest in the welfare of athletes was inspiring as he reigned during the height
of athletics' excellence in Malaysia," said Vaithilingam.
4
New Straits Times, 16 January 2010
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie
meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya malam ini.
Ghazali, 88, meninggal dunia di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya kira-kira
7.45 malam, kata anak saudaranya, Adam Azman.
5
Menurut Adam, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan
di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama pada 8 pagi esok.
Ghazali yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang meninggalkan dua orang anak lelaki
iaitu Bachtiaer dan Sheriffudin.
Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.
Ghazali ialah ahli politik yang berkhidmat dari era Tunku Abdul Rahman hingga Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut digelar 'King Ghaz' kerana tegas dalam menjalankan tugas-tugasnya.
Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik UMNO sehingga
1978.
Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan
merupakan Naib Presiden UMNO pada 1981.
Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972.
Allahyarham bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1974 di kawasan Parlimen
Lipis di mana beliau menang tanpa bertanding.
Beliau memulakan kerjaya dengan kerajaan pada 1941 sebagai ahli Pasukan
Sukarelawan Malaya.
Pada tahun 1961, beliau ditugaskan sebagai Pegawai Projek untuk penubuhan
Malaysia dan menganggotai Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 untuk
penubuhan Malaysia.
Ghazali mula menjawat jawatan dalam Kabinet apabila dilantik menjadi Menteri
Tugas-Tugas Khas pada 1970 dan pada tahun 1971 diberi tambahan tugas sebagai
Menteri Penerangan di samping Menteri Tugas-Tugas Khas.
6
Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan
dan pada 1981 pula diberi tanggungjawab sebagai Menteri Luar sebelum meletak
jawatan dari Kabinet pada tahun 1984.
Selepas keluar dari perkhidmatan kerajaan, Ghazali menyertai sektor swasta dan
pernah memegang jawatan Pengerusi beberapa syarikat seperti Paremba,
Landmarks Holdings Bhd. dan MUI Finance.
Pada 10 Jan 1982, beliau yang ketika itu selaku Menteri Luar Negeri terselamat
apabila pesawat Cessna yang dipandunya dari Kuala Lumpur menuju Kuala Lipis
terhempas di Kampung Janda Baik sehingga mengorbankan pengawal peribadi dan
pembantu juruterbang. – BERNAMA
7
ketika ditemui pada majlis pengkebumian Allahyarham di Makam Pahlawan, Masjid
Negara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
menyifatkan Ghazali sebagai seorang yang penuh dengan idea dan pendekatan
'luar biasa' serta pemikiran di luar kotak.
Jelas beliau, pendekatan yang diamalkan ketika memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri satu ketika dulu, masih diteruskan sehingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ghazali
merupakan seorang yang banyak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
tugas-tugas menjaga keamanan ketika zaman darurat.
"PDRM banyak belajar daripada Ghazali terutama dalam melakukan tindakan selain
idea bagi meningkatkan profesionalisme pasukan polis," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,
King Ghaz terlibat secara langsung dalam pembangunan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) selepas negara diancam komunis dan ia sumbangan yang tidak ternilai
kepada rakyat dan negara ini.
"Semasa itu beliau terlibat membantu orang awam dan rakyat epun yang ditawan di
Bangunan AIA tanpa sebarang kejadian buruk," katanya ketika ditemui di majlis
pengkebumian Allahyarham Ghazali.
Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.
Shafie Afdal berkata, beliau mengenali Ghazali ketika era kemerdekaan dan tokoh
penting dalam usaha membentuk Malaysia.
"Sumbangan dan khidmat baktinya amat besar kepada negara dan tidak akan
dilupakan oleh segenap masyarakat di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
mengucapkan takziah atas pemergian King Ghaz yang disifatkan tegas ketika
memegang jawatan Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada
1989-1991.
8
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata, Allahyarham boleh
disifatkan sebagai 'Bapa' kepada Kementerian Luar Negara sehingga nama
kementerian itu sinonim dengan Wisma Putra.
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali pula
berkata, jasa King Ghaz kepada negara amat besar.
Kerana sifat tegas itulah beliau diberikan gelaran 'King Ghaz' oleh mereka yang
pernah mengenali beliau.
Biarpun tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet sejak 1984, King Ghaz pernah
sesekali dilihat menghadiri majlis syarahan umum atau perbincangan ilmiah anjuran
pelbagai pihak termasuk kumpulan kajian strategik tempatan dan antarabangsa.
Sumbangan beliau kepada negara bermula pada tahun 1941 apabila menjadi ahli
Pasukan Sukarelawan Malaya.
Pada tahun 1961 pula beliau ditugaskan sebagai Pegawai Projek untuk penubuhan
Malaysia dan menganggotai Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.
King Ghaz mula menyandang jawatan dalam Kabinet pada tahun 1970 apabila
dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dan kemudiannya Menteri Tugas-Tugas
Khas dan Penerangan pada tahun 1972.
9
Beliau kemudiannya menyandang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan
Penerangan sehingga Julai 1981 sebelum menjadi Menteri Luar dan meletak
jawatan pada 1984.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi
menyifatkan King Ghaz sentiasa bersikap hands on dan mengetahui sesuatu isu
dari segala sudut semasa memimpin Kementerian Dalam Negeri.
"King Ghaz dihormati, disegani dan kadangkala digeruni oleh lawan dari dalam dan
luar negara. Idea dan pendekatan beliau pada masa itu merupakan pendekatan di
luar kotak.
"Walaupun sekarang isu yang saya hadapi adalah berbeza seperti keganasan dan
pendatang asing pengalaman, beliau tetap relevan kepada saya yang sekarang ini
memikul amanah yang sama," katanya.
Bekas diplomat, Datuk Dr. Rajmah Hussain yang pernah menjadi Duta Wanita
Malaysia yang pertama ke Amerika Syarikat (AS) pernah memberitahu sebuah
akhbar berbahasa Inggeris lebih dua tahun lalu bahawa King Ghaz merupakan
mentor beliau.
"Dengan King Ghaz, anda perlu sentiasa bersedia sepanjang masa. Beliau sentiasa
mengharapkan pegawainya memberikan yang terbaik," jelas Rajmah kepada akhbar
berkenaan.
Dalam laporan tersebut, beliau turut mengimbau kenangan mengikuti King Ghaz ke
India sebagai pegawai baru di Wisma Putra.
Ketika itu King Ghaz meminta Rajmah menyediakan pelbagai dokumen dan selepas
semua tugasan di India selesai, pembantu King Ghaz pada ketika itu memberitahu
Rajmah secara berbisik bahawa beliau sudah 'lulus' semua ujian yang diberikan oleh
bosnya.
Ketika diwawancara oleh sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris Zainal Abidin
menyifatkan King Ghaz memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
pembentukan Malaysia.
"Beliau begitu rapat dengan Allahyarham Tun Razak, jika tidak silap, mereka
merupakan rakan sekolah. Beliau juga berjaya meyakinkan rakyat Sabah dan
Sarawak yang tidak banyak tahu mengenai politik.
10
"King Ghaz adalah seorang pemimpin yang mampu meyakinkan sesiapa sahaja
termasuk semua pihak ketika di Kementerian Luar. Ya, beliau sangat berpengaruh.
"Dan ketika pembentukan Malaysia, beliau belum pun menjadi seorang menteri atau
timbalan menteri. Hanya seorang penjawat awam. Tanpa King Ghaz perbincangan
akan tidak ke mana-mana.
"Saya boleh katakan King Ghaz bukan sahaja bertindak sebagai jurucakap dalam
proses pembentukan Malaysia tetapi pemangkin kepada idea pembentukan
Malaysia. Saya berasa bertuah bekerja bersama King Ghaz," katanya dalam
wawancara itu.
Meminati budaya dan sastera tempatan, kelihatan ceria ketika menyampaikan puisi
SUDAH lebih seminggu Tun Mohd Ghazali Shafie meninggal dunia, namun
sehingga kini masih ramai bercakap mengenai jasa, pengorbanan dan peribadinya
sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.
Sesuai dengan gelarannya King Ghaz, beliau meninggalkan legasi yang tidak
ternilai sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, termasuk dilantik memikul
tanggungjawab Menteri Dalam Negeri, Menteri Luar dan Menteri Penerangan.
Terkenal sebagai tokoh yang tegas, berperwatakan garang tetapi bijak, beliau
sebenarnya mempunyai jiwa yang halus kerana amat meminati seni budaya dan
sastera tempatan. Allahyarham pernah terbabit secara langsung dalam majlis
bacaan sajak dan puisi sekitar 70-an.
Perkara itu didedahkan penggubah lagu klasik dan lagu puisi, Datuk Ibrahim Bachik
yang pernah menghasilkan lagu daripada sajak yang ditulis sendiri King Ghaz
bertajuk Cempaka Bunga.
Cempaka Bunga sajak tulisan Mohd Ghazali kemudian menjadi lagu tema untuk
sesi bacaan sajak Cempaka Berbunga yang diadakan setiap bulan sekitar 70-an.
Ibrahim berkata, sekitar akhir 60-an dan awal 70-an, sekumpulan penyair yang
diketuai Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang memulakan
11
sesi bacaan sajak yang diadakan di panggung terbuka seperti di padang berdepan
Bangunan MCA, Jalan Ampang.
Katanya, pada awalnya sesi bacaan sajak itu dikenali sebagai 'gentar rasa' yang
kebanyakan sajak yang dipersembahkan berunsur antikerajaan dan protes.
"Apabila sesi bacaan sajak gembira diperkenalkan, Mohd Ghazali yang ketika itu
Menteri Penerangan turut serta. Kehadirannya tidak dijangkakan dan beliau hadir
bukan atas kapasiti Menteri Penerangan. Kehadirannya tanpa undangan hanya
sebagai peminat puisi.
"Perkumpulan kami sangat terkejut dan teruja dengan kehadirannya dan lebih
membanggakan beliau turut mengambil bahagian mendeklamasikan sajak. Sajak
yang selalu disampaikan ialah ciptaan Usman Awang dan beberapa penyair
terkemuka waktu itu.
Ibrahim menceritakan, King Ghaz nampak sangat berbeza ketika turut serta dalam
sesi bacaan sajak dan wajahnya sentiasa ceria, malah akan tergelak besar jika sajak
yang disampaikan lucu dan menarik.
"Saya nampak beliau seolah-olah melupakan dirinya berstatus Menteri ketika berada
dalam kelompok kami, malah perwatakan garang yang ada padanya tidak kelihatan
langsung. Mungkin sesi bacaan sajak menjadi tempat beliau melepaskan tekanan
dan kepenatan selepas seharian bertugas," katanya.
Beliau menjelaskan, dia tidak terlalu rapat dengan Allahyarham kerana ketika itu
bertugas sebagai penerbit siaran radio di RTM yang mana Mohd Ghazali adalah
Menteri Penerangan.
"Sebagai penerbit kecil di stesen radio saya berasakan sangat jauh dengan
Allahyarham tetapi dekat apabila Mohd Ghazali menyertai kumpulan deklamasi
sajak berkenaan," katanya yang kini masih dikenali sebagai penyanyi lagu puisi.
Beliau menceritakan, Mohd Ghazali nampak garang dan tegas tetapi hakikatnya
bekas 'bosnya' itu sangat mesra dan berjiwa halus terutama membabitkan sastera
dan budaya masyarakat Melayu.
12
DIGERUNI, DISEGANI DAN BERKESAN
Chamil Wariya
TARIKH sebenarnya saya tidak berapa ingat lagi. Tetapi peristiwa yang telah
mendekatkan saya dengan Allahyarham Tun Muhammad Ghazali Shafie yang
pulang ke rahmatullah 24 Januari lalu, berlaku di Grik, Perak pada 1973. Hari itu,
saya ditugaskan oleh pengarang berita Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin
(sekarang Tan Sri) untuk menyertai rombongan Allahyarham melawat ke kem-kem
pasukan keselamatan di sana.
Walaupun Darurat sudah ditamatkan pada 1960, Malaysia masih lagi berhadapan
dengan ancaman keganasan Parti Komunis Malaya (PKM), yang berpangkalan di
sempadan Malaysia-Thailand yang mahu menggulingkan kerajaan pilihan rakyat
dengan cara-cara yang tidak demokratik.
Grik, yang terletak berhampiran dengan Thailand, dianggap sebagai kawasan hitam
dalam strategi Malaysia memerangi pengganas komunis.
Tan Sri Ghazali atau lebih terkenal dengan panggilan King Ghaz ketika itu adalah
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri - jawatan yang baru sahaja disandangnya. Beliau
menyertai Kabinet Tun Razak pada 1970 sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan
setahun kemudian diberi tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penerangan.
Bagi saya, peluang menyertai rombongan media King Ghaz ke Grik itu adalah
pengalaman pertama saya meliputi seorang pemimpin yang begitu gah dan digeruni
oleh para wartawan - lama dan baru. Pemberita-pemberita kanan menggambarkan
Tan Sri sebagai seorang tinggi egonya, menganggap beliau sahaja yang pandai,
suka mengherdik wartawan yang mengajukan pertanyaan-pertanyaan yang beliau
anggap bodoh.
Ada juga yang mengadu bahawa pertanyaan yang dianggap baik oleh si wartawan,
selalunya dianggap tidak cukup baik oleh King Ghaz. Anak desa kelahiran Kuala
Lipis, yang kemudian melanjutkan pelajaran di University of Wales di Aberystwyth
dan di London Shool of Economics and Political Science (LSE) ini menetapkan
piawaian yang tinggi bukan sahaja untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk orang lain.
Tetapi pada waktu yang sama ada juga yang menyanjung King Ghaz sebagai
pemimpin yang mempunyai otak bergeliga di kalangan generasinya -seorang
bintang politik yang sedang naik dalam pentadbiran Tun Razak pada waktu itu.
Kepada apa juga pertanyaan dan apa juga permasalahan yang diajukan kepadanya,
beliau dikatakan sering memberi jawapan yang bernas ada kalanya tidak dijangka.
Allahyarham terkenal sebagai pemimpin yang selalu berfikir di luar kotak dalam
mencari penyelesaian kepada apa juga persoalan. Kenyataan-kenyataan beliau
mengandungi pemikiran-pemikiran tinggi yang memang menarik untuk dijadikan
petikan kepala-kepala berita.
13
Kerana itu, apabila saya ditugaskan untuk mengikuti rombongan media Tan Sri ke
Grik, saya berasa gerun juga. Kebimbangan utama saya ialah apakah saya
berupaya untuk melaporkan dengan tepat yang dinyatakan dalam persidangan
media. Maklumlah saya wartawan mentah dan pemahaman saya tentang isu-isu
komplek negara agak dangkal juga. Pada waktu yang sama saya memang tidak
sabar-sabar untuk bertemu menteri yang dianggap hebat dan garang itu; yang sama
ada disukai atau dibenci oleh para wartawan.
Pada akhir lawatan ke kem-kem pasukan keselamatan di Grik itu, King Ghaz,
gelaran yang diberi kepadanya sewaktu berkhidmat di Wisma Putra di mana beliau
menjadi setiausaha tetapnya, memberikan sidang akhbar memperihalkan
perkembangan-perkembangan terbaru kejayaan pasukan keselamatan mengawal
dan memamtahkan pergerakan dan serangan PKM di kawasan sempadan.
Mesej
Saya sendiri, yang masih rebung dalam bidang pemberitaan, tidak menyalahkan
Allahyarham kerana memberi reaksi sedemikian. Padan muka pemberita yang
bertanya kerana is menunjukkan si pemberita tidak mengikuti perkembangan. Tetapi
untuk menganggap soalan itu bodoh, saya fikir tidak patut.
Saya sendiri tidak mempunyai sebarang pertanyaan yang mahu dikemukakan tetapi
saya memberanikan diri untuk mencelah: "Saya tahulah Tan Sri anggap Tan Sri
sahaja yang cerdik, orang lain tidak. Tetapi tidak salah kalau soalan bodoh pun Tan
Sri jawab."
King Ghaz segera mengalihkan pandangan ke arah saya. Saya sangka beliau akan
memarahi saya, tetapi sebaliknya sekadar bertanya: "Kamu dari akhbar mana? Apa
yang kamu nak tanya."
14
Ketakutan, saya hanya menggelengkan kepala. Saya berasa lega. Hati saya
berbisik: "Kalau apa yang berlaku dipanjangkan kepada pengetahuan Ketua
pengarang Kumpulan Utusan, Mazlan Nordin, habislah aku..."
Tetapi apa yang saya risaukan itu tidak berlaku. Sebaliknya peristiwa itu telah
mendekatkan saya dengan King Ghaz sehingga Allahyarham menjadi salah satu
sumber penting berita untuk saya sebagai pemberita, baik semasa berkhidmat
dengan Utusan, Suara Rakyat dan sewaktu di BBC London kemudiannya.
Sewaktu di Utusan, setiap kali King Ghaz melawat kawasan pilihan rayanya di
Kuala Lipis, tugasan itu diberikan oleh Mazlan kepada saya. Apabila saya bertanya
mengapa Mazlan memberitahu atas "permintaan menteri”. Apabila saya bertanya
lagi mengapa tidak diberi kepada orang lain, Mazlan berkata: "King Ghaz suka cara
kamu membuat laporan tentangnya, katanya menggambarkan apa yang beliau ingin
sampaikan"
Ulung
Rangkaian persahabatan yang beliau bina sewaktu berkhidmat dengan Wisma putra
ketika menjadi Setiausaha Tetapnya, telah menampilkan King Ghaz sebagai
diplomat ulung negara yang memudahkan tugasan beliau. sebagai Menteri Dalam
Negeri antara 1973 hingga 1981 dan sebagai Menteri Luar antara 1981 hingga
1984.
Sebagai seorang pemberita yang rapat dengan King Ghaz, saya diizinkan untuk
berada dalam kawasan yang dijadikan bilik operasi pasukan polis di dalam
bangunan itu. Di situlah saya melihat sendiri ketangkasan Allahyarham
menguruskan kemelut yang jika tidak dikendalikan dengan betul boleh
berkesudahan dengan pertumpahan darah. Maklumlah, pengganas JRA yang telah
berjaya membolos masuk ke Malaysia sebagai pelancong dan kemudian menawan
bangunan AIA tidak memandang tinggi nyawa diri sendiri, apa lagi nyawa tebusan
mereka. Mereka juga lengkap bersenjata api dan bom tangan khabarnya.
15
Beberapa hari selepas krisis itu berakhir, King Ghaz bersetuju untuk mengadakan
temuramah eksklusif dengan saya menceritakan pengalamannya menguruskan
krisis itu. Berdasarkan temuramah itu, saya telah menghasilkan satu siri rencana
dalam Utusan Malaysia.
Sekalipun antara 1976 hingga 1983 saya ke London untuk berkhidmat dengan
Bahagian Melayu Perkhidmatan Luar Negara Perbadanan Penyiaran British (BBC),
tetapi saya terus mengekalkan hubungan yang baik dengan Allahyarham. Setiap kali
Allahyarham ke ibu negara Inggeris itu, saya mengadakan pertemuan dengan
beliau.
Cubaan pertamanya untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti pada
1973 gagal. Dua percubaan selepas itu berakhir dengan kekalahan. Pada pemilihan
UMNO pada Julai 1984, beliau menawarkan diri untuk mempertahankan kedudukan
Majlis Tertinggi (MT), tetapi tewas. Berikutan kekalahan itu, Allahyarham membuat
keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar.
Kata beliau kepada saya pada waktu itu, "kalau orang UMNO tidak lagi mahu saya
duduk dalam MT, maka elok sahaja saya meletakkan jawatan menteri tanpa perlu
saya digugurkan oleh Perdana Menteri."
Keputusan seorang yang dianggap gentleman dalam politik itu, secara rasmi
menamatkan kerjaya cemerlang Allahyarham dalam kerajaan, bermula sebagai
pegawai di Kementerian Luar Negeri, kemudian dilantik sebagai anggota Jemaah
Menteri pada 1970 hinggalah ke pertengahan 1984.
16
40 TAHUN REKOD PERKHIDMATAN CEMERLANG GHAZALI
SHAFIE
Oleh Deva Mohd. Ridzam
Hanya beberapa orang sahaja di negara ini yang mampu menyaingi rekod
cemerlang Tun Ghazali Shafie dalam perkhidmatan awam. Ghazali yang
sememangnya tiada galang ganti dilahirkan di Kuala Lipis dan menyertai
perkhidmatan awam pada 1944. Tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai
Pegawai Daerah di kampung halamannya.
Bermula dari bawah, beliau terus mencipta kejayaan demi kejayaan termasuklah
bertanggungjawab memperkasa dasar luar negara ke tahap sekarang selain
memainkan peranan penting dalam memperkasakan negara bangsa. Ini
termasuklah penglibatan beliau dalam penubuhan Malaysia di bawah kepimpinan
Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman. Beliau terus berkhidmat
dengan cemerlang di bawah tiga perdana menteri seterusnya.
Kehebatan beliau ini dibuktikan dengan pelbagai jawatan yang disandang ketika
berkhidmat. Antaranya sebagai orang paling lama memegang jawatan Setiausaha
Tetap Kementerian Luar, Senator, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penerangan,
Menteri Dalam Negeri dan akhir sekali Menteri Luar.
Beliau juga antara mereka yang terlibat dalam penubuhan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam banyak perkara beliau bukan sahaja terlibat dalam mencipta sejarah negara
tetapi terlibat secara aktif dalam melaksanakan perubahan. Untuk lebih memahami
negara ini adalah penting kita menyelami beliau secara lebih mendalam.
Buku yang ditulisnya pada 1998 bertajuk "Memoir Ghazali Shafie Dalam Penubuhan
Malaysia" yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan
sebuah buku yang wajib dibaca.
Sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Luar yang juga Ketua Perisikan, beliau
memainkan peranan penting dalam menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
17
Beliau bekerjasama rapat dengan pemimpin Order Baru di Indonesia seperti Ali
Murtopo dan Benny Murdani dalam usaha untuk menyingkir Presiden Sukarno serta
membaik pulih hubungan antara dua negara berjiran.
Sebagai Menteri Dalam Negeri (1973-1981) beliau turut memainkan peranan dalam
usaha gencatan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sebelum itu ketika beliau
menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penerangan (1971-1973) beliau telah
membawa perubahan besar terhadap Radio dan Televisyen Malaysia.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, beliau yang menganggotai Majlis Gerakan Negara
yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah membantu usaha untuk menyatukan
semula negara ini. Bersama dengan beberapa orang yang terpilih menganggotai
Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC) beliau turut terlibat dalam mendraf prinsip
Rukun Negara serta merumuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Beliau juga merupakan tenaga utama dalam pasukan yang dikuasai oleh rakyat
Malaysia di bawah Tunku sebagai Setiausaha Agung OIC dalam menjadi
pertubuhan itu satu kenyataan dengan menubuhkan struktur organisasi dan
piagamnya.
Beliau juga sangat dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam
untuk menjayakan masyarakat dunia yang bebas dan mampu menentukan nasibnya
sendiri. Ghazali telah berusaha keras untuk memastikan Malaysia terlibat dengan
serius dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 1960-an serta
menjadi jaguh dalam memperjuangkan dasar anti aparteid yang diamalkan oleh
Afrika Selatan.
Oleh itu beliau telah menjelajah banyak negara Islam untuk menerangkan serta
mendapatkan sokongan mengenai pentingnya pendidikan untuk pembangunan
dunia Islam. Oleh itu Ghazali telah mendapat sokongan padu dalam penubuhan
UIAM yang dibiayai oleh OIC yang kemudiannya di tempatkan di Malaysia.
18
Melalui penubuhan UIAM ia bukanlah bermaksud untuk menjadi sebuah institusi
teologi tetapi melahirkan Muslim profesional seperti doktor, ahli ekonomi, peguam,
arkitek dan sebagainya yang akan berpegang teguh kepada ajaran dan etika Islam.
Dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Luar pada 1999 kepada pegawai Wisma
Putra, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan
hanya satu baris ayat yang diberikan oleh Ghazali apabila diminta nasihat tentang
dasar luar negara. "Ia perlu dipercayai".
Itulah yang dilakukan beliau dengan menaikkan nama Malaysia dan ASEAN melalui
kuasa intelek dan strategiknya. Malah para pegawainya akan sentiasa mengingati
kesungguhan beliau menjalankan tugas dengan lebih banyak berada di kawasan
dan majlis berbanding orang lain dengan keupayaan merungkai isu yang kompleks
secara jelas dan berasas.
Mungkin untuk permulaan, kerajaan dapat mengubah nama Institut Diplomasi dan
Hubungan Antarabangsa (IDFR) kepada Sekolah Diplomasi dan Hubungan
Antarabangsa Ghazali Shafie. Ia perlu dijadikan sebuah institusi akademik yang
19
bebas di mana tokoh-tokoh besar dalam negara dan serantau malah dunia boleh
menjadi pengajar, belajar dan membuat kajian.
Datuk Deva Mohd. Ridzam ialah bekas Duta Malaysia ke Kemboja, Belgium,
Luxembourg dan Kesatuan Eropah.
I READ the well-written and fine tribute to the late Tun Muhammad Ghazali Shafie
by Datuk Deva M. Ridzam (NST, Jan 26) and was very moved by it.
King Ghaz had an enormous impact on the lives and careers of diplomats who
served under him during the 1960s and 1970s. I was one of them before I moved to
the private sector.
It was indeed my privilege to have served with him in the early years of Malaysia, in
particular during the period of the Indonesian Confrontation.
It was a time when our diplomacy was in its infancy. Yet with limited resources, we
won the diplomacy war and discredited then Indonesian president Sukarno's
worldwide campaign against Malaysia as a "neo-colonialist plot".
We worked long hours and hidden from public view. We fought well and prevented
the hostilities from becoming an open and protracted conflict with a more powerful
neighbour. That experience is embedded in my mind to this day.
We learnt the hard way that diplomacy is a nation's first line of defence.
It was not about cocktail parties, pomp and ceremony. When diplomats fail, soldiers
go to war and people die.
Diplomacy is too serious a vocation to be left in the hands of the uninitiated, like
former US president George W. Bush and former British prime minister Tony Blair,
who blundered into the quagmire that Iraq and Afghanistan are today, not to mention
the enormous drain on America's treasury.
I need not repeat what Deva, a distinguished diplomat himself who was trained by
Ghazali, has written about the man.
The late Ghazali was a class act of incomparable quality, a true Malaysian foreign
policy icon and a brilliant strategist who had become part of our illustrious history.
20
I am grateful to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for giving him a state funeral,
befitting his status as a true patriot and foreign policy wonk and professional.
We should do a biography of this illustrious son of Pahang and Wisma Putra should
commission a distinguished historian to undertake this exercise.
In addition, I think we should support Deva's proposal that the government establish
a "Ghazali Shafie School of Diplomacy and Foreign Relations".
21