P. 1
Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

|Views: 14,717|Likes:
Published by Kulanz Salleh
Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Dapatkan artikel/penulisan ilmiah saya yang lain http://kulanzsalleh.com
Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Dapatkan artikel/penulisan ilmiah saya yang lain http://kulanzsalleh.com

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Kulanz Salleh on Jan 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $3.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/16/2014

$3.99

USD

pdf

1

ISI KANDUNGAN


Tajuk 2


PENGENALAN 2

DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2

STRUKTUR ORGANISASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3

RUMUSAN 7


Lampiran 8

Rujukan 9












2
TAJUK: STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA (KPM)

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang
merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara
langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan
generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka
berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Justeru itu pendidikan
berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai
aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005).

Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini tidak dapat dinafikan lagi
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran
yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang
luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi
bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang.


DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai
satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan
ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat
pendidikan. Beliau melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses
perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan
pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan,
3
penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian
pendidikan.

Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan
melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun
atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan
mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi.
Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang
telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya
menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi
pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.
Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir
adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai
digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-
duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).


STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk
berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem
pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.

Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat
besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;
i. Eksekutif
ii. Pengurusan
iii. Penyeliaan
iv. Teknikal
v. Pelaksana

4
Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat
bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat
Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.

Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
















Rajah 1: Hirarki struktur Organisasi KPM

Lampiran 1 memaparkan struktur organisasi jentera pentadbiran KPM.
Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas
bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian
professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian
pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan
bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap
bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian
pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha.

Eksekutif
(Pembuat Polisi)
Peringkat Organisasi
Pengurusan
Penyeliaan
Teknikal
Pelaksanaan
Pengarah
Negeri dan
Pegawai Tadbir
Pegawai Pendidikan
Penyeliaan
Pengetua dan
Penolong Pengetua
Guru-guru
Menteri Pendidikan
dan
Pengarah-Pengarah


5
1. Pentadbiran Peringkat Persekutuan (Organisasi Eksekutif)

1.1 Menteri
Ketua keseluruhan organisasi KPM ialah Menteri Pelajaran. Peranan dan
tugas Menteri Pelajaran adalah rumit dan merangkumi semua hal ehwal
pendidikan semasa. Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab dalam
hal-hal penggubalan dan pelaksanaan dasar pendidikan, merancang
program selaras dengan aspirasi dan matlamat negara seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
i. Merancang/mengagih tugas kepada bahagian/ unit.
ii. Mengurus/mengarah.
iii. Mendapat kerjasama daripada kakitangan lain.
iv. Menggunakan sumber dengan sepenuhnya.
v. Membuat keputusan
vi. Menilai

Menteri juga bertanggungjawab kepada parlimen untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan. Akta pelajaran 1961
memberi kuasa dan kewibawaan kepada Menteri Pelajaran ke atas
hampir semua hal berkaitan pendidikan dalam negara. Menteri Pelajaran
dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri dan seorang setiausaha Politik.

2.2 Peringkat Pusat
Peringkat pusat berkuasa penuh merumus dan membuat dasar
pendidikan. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran
merupakan orang yang memainkan peranan penting pada peringkat ini.
i. Ketua Setiausaha KPM selaku Ketua Pentadbiran dan
bertanggungjawab penuh kepada Menteri Pelajaran.
ii. Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan bertanggungjawab
penuh dalam bidang ikhtisas.
iii. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran memainkan
peranan penting dalam bidang eksekutif.
6
2. Struktur Peringkat Negeri (Organisasi Pengurusan)
Peringkat organisasi kedua ini diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri
dan bantu oleh dua Timbalan Pengarah, mereka bertanggungjawab terus
kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Pengarah pelajaran negeri adalah
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-
projek dan aktiviti-aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing. Di
Sabah dan Sarawak, Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah
pelajaran Negeri bertanggung jawab kepada Ketua Menteri.

3. Struktur Peringkat Daerah (Organisasi Penyeliaan)
Peringkat ini terdiri daripada Pejabat Pelajaran Daerah (Semenanjung)
dan Pejabat Pelajaran Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak).
Rasional penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah ialah untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping menjadi pusat rujukan
ibu-bapa. Pejabat Pelajaran daerah juga bertindak sebagai agen kepada
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran dari segi
pelaksanaan dasar, program-program dan aktiviti-aktiviti di peringkat
daerah. Antara peranan dan tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah
ialah:
i. Memberi khidmat nasihat kepada Pengetua/ Guru Besar.
ii. Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum.
iii. Memberi maklumat kepada Pejabat Pelajaran Negeri berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mengenalpasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus.
v. Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan.
vi. Kemasukan Pelajar ke sekolah menengah dan pertukaran pelajar.

4. Struktur Peringkat Sekolah (Organisasi Teknikal)
Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi
pentadbiran pada paras yang paling bawah sekali dalam organisasi
pentadbiran pendidikan Negara. Ia merupakan unit pentadbiran
pendidikan yang paling penting kerana segala usaha ke arah
7
kecemerlangan pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Kejayaan
atau kegagalan sesuatu aktiviti, program yang dirancangkan oleh pihak
jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan
ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat
sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir
pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid,
ibu-bapa dan komuniti).


RUMUSAN

Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya
mengamalkan sistem pentadbiran berpusat atau birokratik. Sistem ini dilihat
mempunyai banyak kelebihan dan setakat ini tidak terdapat banyak masalah
dalam pelaksanaannya. Namun begitu perlu diingat bahawa sistem
pengurusan dan pentadbiran birokrasi adakalanya mempunyai kelemahan
kerana ia boleh menyekat perkembangan profesional sekiranya para
pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu menitikberatkan peraturan-peraturan
dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan prosedur tidak
sesuai lagi dengan situasi semasa. Justeru peraturan dan prosedur ini
hendaklah sentiasa dikaji dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu.
Diharapkan dengan adanya pentadbiran dan pengurusan yang cekap di
semua peringkat, pendidikan di negara ini akan mampu mencapai matlamat
yang diharapkan.








8
Lampiran 1

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia





























9
RUJUKAN

Robiah Sidin (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Bandar Baru Sungai
Buluh: Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala
Lumpur. Fajar Bakti.

http://www.moe.gov.my

Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik.TAJUK: STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu. pengurusan kakitangan pendidikan. Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. (Yahaya Don. 2005). masyarakat. pengelolaan pendidikan. 2 . mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan. ke arah pencapaian matklamat pendidikan. dan negara. Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang. ekonomi ataupun sosial. keluarga. Beliau melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri. pengarahan pendidikan.

disusun atur. Pelaksana 3 . Eksekutif ii.penyelarasan pendidikan. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar. Penyeliaan iv. dikelola. i. namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu. STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan iii. diarah. mengarah. secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan. Teknikal v. menyusun atur. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan. memimpin. dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. mengelola. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas keduaduanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002). Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang. Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan. mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi.

Peringkat Negeri. Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha. 4 . Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah. Peringkat Organisasi Eksekutif (Pembuat Polisi) Menteri Pendidikan dan Pengarah-Pengarah Pengarah Negeri dan Pegawai Tadbir Pengurusan Penyeliaan Pegawai Pendidikan Penyeliaan Teknikal Pengetua dan Penolong Pengetua Pelaksanaan Guru-guru Rajah 1: Hirarki struktur Organisasi KPM Lampiran 1 memaparkan struktur organisasi jentera pentadbiran KPM. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan.Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran. iaitu: Peringkat Persekutuan. Dua belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran.

Ketua Setiausaha KPM selaku Ketua Pentadbiran dan bertanggungjawab penuh kepada Menteri Pelajaran. Mengurus/mengarah. Merancang/mengagih tugas kepada bahagian/ unit. Peranan dan tugas Menteri Pelajaran adalah rumit dan merangkumi semua hal ehwal pendidikan semasa. Menggunakan sumber dengan sepenuhnya. 2.1. ii. Mendapat kerjasama daripada kakitangan lain. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran memainkan peranan penting dalam bidang eksekutif. Membuat keputusan vi. v. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran merupakan orang yang memainkan peranan penting pada peringkat ini. Menilai Menteri juga bertanggungjawab kepada parlimen untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan. Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri dan seorang setiausaha Politik. Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab dalam hal-hal penggubalan dan pelaksanaan dasar pendidikan.1 Menteri Ketua keseluruhan organisasi KPM ialah Menteri Pelajaran. ii.2 Peringkat Pusat Peringkat pusat berkuasa penuh merumus dan membuat dasar pendidikan. i. Pentadbiran Peringkat Persekutuan (Organisasi Eksekutif) 1. 5 . merancang program selaras dengan aspirasi dan matlamat negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang ikhtisas. Akta pelajaran 1961 memberi kuasa dan kewibawaan kepada Menteri Pelajaran ke atas hampir semua hal berkaitan pendidikan dalam negara. i. iii. iv. iii.

Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan. iv. v. Struktur Peringkat Daerah (Organisasi Penyeliaan) Peringkat ini terdiri daripada Pejabat Pelajaran Daerah (Semenanjung) dan Pejabat Pelajaran Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak). Memberi maklumat kepada Pejabat Pelajaran Negeri berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Di Sabah dan Sarawak. Antara peranan dan tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah ialah: i. iii. Memberi khidmat nasihat kepada Pengetua/ Guru Besar. Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum. pendidikan yang paling penting Ia merupakan unit pentadbiran kerana segala usaha ke arah 6 . program-program dan aktiviti-aktiviti di peringkat daerah. ii. Struktur Peringkat Negeri (Organisasi Pengurusan) Peringkat organisasi kedua ini diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan bantu oleh dua Timbalan Pengarah. 4. mereka bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Kemasukan Pelajar ke sekolah menengah dan pertukaran pelajar. Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah pelajaran Negeri bertanggung jawab kepada Ketua Menteri. 3.2. Mengenalpasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus. Rasional penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah ialah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping menjadi pusat rujukan ibu-bapa. projekprojek dan aktiviti-aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing. vi. Pengarah pelajaran negeri adalah bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program. Struktur Peringkat Sekolah (Organisasi Teknikal) Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras yang paling bawah sekali dalam organisasi pentadbiran pendidikan Negara. Pejabat Pelajaran daerah juga bertindak sebagai agen kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran dari segi pelaksanaan dasar.

Diharapkan dengan adanya pentadbiran dan pengurusan yang cekap di semua peringkat. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid. jabatan pendidikan Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti. Sistem ini dilihat mempunyai banyak kelebihan dan setakat ini tidak terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya.kecemerlangan pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Justeru peraturan dan prosedur ini hendaklah sentiasa dikaji dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu. Namun begitu perlu diingat bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran birokrasi adakalanya mempunyai kelemahan kerana ia boleh menyekat perkembangan profesional sekiranya para pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu menitikberatkan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan prosedur tidak sesuai lagi dengan situasi semasa. program yang dirancangkan oleh pihak negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah. ibu-bapa dan komuniti). RUMUSAN Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem pentadbiran berpusat atau birokratik. pendidikan di negara ini akan mampu mencapai matlamat yang diharapkan. 7 .

Lampiran 1 Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia 8 .

Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Bhd.moe. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Pentadbiran Pendidikan.RUJUKAN Robiah Sidin (1989). Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989).my 9 . Lumpur. Asas Pentadbiran Pendidikan. Yahya Don (2005). Kuala http://www. Bandar Baru Sungai Buluh: Pustaka Cipta Sdn.gov. Bhd. Fajar Bakti.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->