You are on page 1of 3

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani
7-1-2010

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman


pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,
neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-
aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal
dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang


membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta
tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program


pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

[sunting] Maksud Pendidikan Kesihatan


Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung
dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

[sunting] Objektif Pendidikan Jasmani


Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan
kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam
kehidupan seharian

[sunting] Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,


memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat
[sunting] Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan
Jasmani?
 Penglibatan murid secara aktif dan selamat
 Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
 Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

[sunting] Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan


Kesihatan?
 Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
 Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
 Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

[sunting] Kecergasan
 Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal
secara berterusan .
 Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

[sunting] Kecergasan Fizikal


[sunting] Koordinasi
 Imbangan
 Ketangkasan
 Kuasa
 Masa Respons
 Kepantasan

[sunting] Berasaskan pelakuan motor


 Berasaskan kesihatan
 Daya tahan kardiovaskular
 Daya tahan Otot
 Kekuatan
 Kelenturan
 Komposisi badan

[sunting] Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga,
gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

[sunting] Kesukanan
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan
pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan,
kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

[sunting] Kesihatan Diri dan Keluarga


 Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
 Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan
keibubapaan

[sunting] Gaya Hidup Sihat


 Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan
menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
 Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran
merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

[sunting] Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran


Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas

You might also like