P. 1
NUTRIEN MAKANAN

NUTRIEN MAKANAN

3.0

|Views: 18,153|Likes:
Published by Cikgu khairie
Kalsium, karbohidrat, vitamin dan lain-lain
Kalsium, karbohidrat, vitamin dan lain-lain

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Cikgu khairie on Jan 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

10/27/2013

pdf

INSTITUT PERGURUAN TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA II

NUTRIEN MAKANAN
DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD KHAIRI B. ABU BAKAR 730303-02-5059 SHAHIRA BT SALLEH 700831-09-5088

KSPK KH 2007
PENSYARAH : PN RAHMAH BT. ABDUL RAHMAN JABATAN EKONOMI RUMAH TANGGA

Teknologi Rumah Tangga

DAFTAR ISI
PROFIL PENULIS SHAHIRA BT SALLEH AHMAD KHAIRI BIN ABU BAKAR ..... M/S 2 ..... M/S 3

SEKALUNG PENGHARGAAN REFLEKSI SHAHIRA BT SALLEH AHMAD KHAIRI BIN ABU BAKAR

..... M/S

4

..... M/S ..... M/S

5 7

1. PENGENALAN 2. NUTRIEN 3. PROTIEN 4. KARBOHIDRAT 5. LEMAK 6. VITAMIN 7. GARAM MINERAL 8. AIR 9. KESAN MASAKAN TERHADAP NUTRIEN 10. KEPENTINGAN NUTRIEN KEPADA FUNGSI OTAK 11. BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

..... M/S

9

..... M/S 11 ..... M/S 14 ….. M/S 17 ….. M/S 21 ..... M/S 24 ….. M/S 28 ….. M/S 37 ….. M/S 39 ..... M/S 43 ..... M/S 46

Khairi/kakA/trt-kspk/07

1

Teknologi Rumah Tangga

PROFIL PERIBADI

NAMA NO. KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR ALAMAT SEKOLAH ALAMAT KEDIAMAN

: Ahmad Khairi Bin Abu Bakar : 730303 – 02 - 5059 : 03 Mac 1973 : SMK Sungai Limau, 06910 Yan, Kedah : No 14N, Lorong Lambaian 4, Taman Lambaian Jerai 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.

PENGALAMAN MENGAJAR

: 1. SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah. 2. SMK Sungai Limau, 06910 Yan, Kedah

SUBJEK DIAJAR

: 1. KHB Pilihan 1 ( Tingkatan 1 ) 2. KHB Pilihan 3 ( Tingkatan 1 ) 3. KHB Pilihan 4 ( Tingkatan 1 ) 4. Pen. Sivik & Kewarganegaraan ( Ting.1 )

NAMA ISTERI ALAMAT SEKOLAH SUAMI

: Rubiah Binti Mat Tahir : Maahad Mahmud Yan, Jalan Kampung Acheh, 06910 Yan, Kedah Darul Aman.

BILANGAN ANAK

: 2 Orang 1. Nurul Syafiqah Bt Ahmad Khairi 2. Muhammad Syafiq Irham Bin Ahmad Khairi

Khairi/kakA/trt-kspk/07

2

Teknologi Rumah Tangga

PROFIL PERIBADI

NAMA : NO. KAD PENGENALAN : TARIKH LAHIR : ALAMAT SEKOLAH :

SHAHIRA BINTI SALLEH 700831-09-5088 31 OGOS 1970 SMK DATO’ JAAFAR HASSAN, 02450 BUKIT KETERI, PERLIS

ALAMAT KEDIAMAN :

NO. 4A, KM 9, JALAN KAKI BUKIT, 02400 BESERI, KANGAR, PERLIS

PENGALAMAN MENGAJAR :

1. KOTA KINABALU HIGH SCHOOL, SABAH 2. SMK DATO JAAFAR HASSAN, PERLIS (12 TAHUN)

SUBJEK DIAJAR :

KEMAHIRAN HIDUP (ERT) - TING. 1, 2 DAN 3 EKONOMI RUMAH TANGGA - TING. 4

NAMA SUAMI : ALAMAT SEKOLAH SUAMI :

AZNI RAIS BIN MOHD. JANI SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH, 02100 KAKI BUKIT, PERLIS

BILANGAN ANAK :

3 ORANG : 1. AINA NABILA BINTI AZNI RAIS 2. AUNI ATHIRAH BINTI AZNI RAIS 3. MUHD. AFIF FAHRI BIN AZNI RAIS

Khairi/kakA/trt-kspk/07

3

Teknologi Rumah Tangga

SEKALUNG PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua menyempurnakan Kerja Kursus Teknologi Rumah Tangga ini. Sepanjang

mengikuti subjek ini, banyak ilmu pengetahuan yang telah dicurahkan kepada kami oleh Pn. Rahmah. Segala ilmu yang diperolehi amat berguna dan memberi keyakinan kepada kami untuk mengajar topik Ekonomi Rumah Tangga bagi pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 1- Tingkatan 3. Semoga segala jasa yang dicurahkan oleh Pn. Rahmah akan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak terbabit yang telah memberi bantuan terutamanya;

Isteri tercinta; - Pn. Rubiah bt. Mat Tahir

Suami tercinta; - En. Azni Rais b. Mohd. Jani

Anak-anak tersayang;   Nurul Syafiqah Muhammad Syafiq Irham

Anak-anak tersayang; - Aina Nabila bt. Azni Rais - Auni Athirah bt. Azni Rais - Muhd. Afif Fahri b. Azni Rais

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama terlibat dalam perjalanan kerja kursus ini. Jasa kalian akan dikenang selagi hayat dikandung badan. Terima kasih buat semua.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

4

Teknologi Rumah Tangga

REFLEKSI INDIVIDU
Al-hamdulillah, bersyukur saya kepada Allah S. W. T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah ditaklifkan kepada saya bagi kursus Teknologi Rumah Tangga II di bawah seliaan Puan Rahmah Bt. Abd. Rahman dari Jabatan ERT.

Kehidupan sihat bermula daripada pemakanan yang baik. Bagi menjalani gaya hidup yang sihat, kita mempunyai banyak pilihan di dalam pengambilan jenis makanan yang kita sukai. Pengambilan nutrien yang seimbang di dalam diet harian akan mempengaruhi tubuh kita, kerana tubuh manusia adalah organisme hidup yang mengagumkan, dengan kemampuan untuk membesar, mengawal, memperbaiki dan mempertahankan diri jika diberi pemakanan yang seimbang, berkualiti tinggi dan semula jadi.

Justeru itu, tugasan saya pada kali ini cuba menyingkap keperluan menjaga diet yang seimbang bagi setiap hidangan yang kita ambil setiap hari. Nutrien makanan yang terdiri daripada protien, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian serta air amat penting untuk survival tubuh badan kita.

Di dalam tugasan saya kali ini juga, saya telah mengupas dan memberikan fakta mengenai kesan-kesan ataupun impak kepada tubuh badan kita sekiranya keperluan nutrien yang sewajarnya tidak dapat dipenuhi di dalam

Khairi/kakA/trt-kspk/07

5

Teknologi Rumah Tangga

diet seharian kita. Pelbagai jenis penyakit, ketidak seimbangan hormon dan masalah bakal timbul sekiranya nutrien di dalam tubuh badan kita tidak mencukupi. Jelas sekali bahawa memenuhi keperluan nutrien di dalam pengambilan diet seharian amat penting kepada kita.

Melalui tugasan saya ini juga, yang saya siapkan dalam bentuk MS Office dan MS Power Point, saya amat berharap agar ianya dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat dan fakta mengenai kepentingan nutrien kepada tubuh badan. Saya juga amat berharap agar tugasan ini mampu menyediakan diri saya dengan ilmu yang secukupnya mengenai nutrien dan pemakanan seimbang yang mana akan saya gunakan kelak ketika mendidik para pelajar saya di sekolah.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Rahmah Bt. Abd. Rahman atas tunjuk ajar beliau kepada saya semasa proses penyediaan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih. Disediakan oleh:

............................................. ( Ahmad Khairi Bin Abu Bakar )

Khairi/kakA/trt-kspk/07

6

Teknologi Rumah Tangga

REFLEKSI INDIVIDU

Dalam melaksanakan kerja kursus berkaitan dengan nutrien ini, banyak maklumat telah saya perolehi dan sangat berguna untuk faedah bersama. Saya berharap dapat mempraktikkan ilmu ini terhadap keluarga mahupun pelajarpelajar saya kelak.

Telah diketahui bahawa keperluan nutrien akan berubah sepanjang hidup dari peringkat bayi hingga usia tua. Antara faktor-faktor yang

mempengaruhi keperluan nutrien adalah dari segi umur bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua. Seterusnya dari segi jantina iaitu antara lelaki dan perempuan. Aktiviti fizikal juga memainkan peranan sama ada aktif atau kurang aktif individu itu. Keadaaan kesihatan seseorang sama ada pesakit dan si pulih, vegetarian, ibu mengandung, ibu yang menyusukan bayi dan akhirnya saiz tubuh juga mempengaruhi keperluan nutrien.

Pengambilan makanan adalah penting dan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Tubuh badan yang sihat terhasil daripada amalan

pemakanan yang baik. Oleh itu, kita perlu mengamalkan diet yang seimbang kerana amalan ini memberikan kesan yang baik terhadap mental dan fizikal kita.

Saya berharap dengan terhasilnya MS Words dan MS Power Point berkaitan dengan Nutrien Makanan ini dapat membantu para guru dan

Khairi/kakA/trt-kspk/07

7

Teknologi Rumah Tangga

pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif lagi hendaknya. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

Pn. Shahira bt. Salleh

Khairi/kakA/trt-kspk/07

8

Teknologi Rumah Tangga

Pelbagai jenis makanan

1. PENGENALAN

Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mengandungi sekurang-kurangnya satu jenis nutrien. Contohnya gula dan garam. Gula mengandungi karbohidrat dan garam mengandungi nutrien. Lada sulah merupakan perisa makanan.

Makanan terdiri daripada bentuk, rupa, warna, tekstur, rasa dan bau yang berlainan. Makanan mempunyai satu atau gabungan pelbagai rasa iaitu masin, manis, pahit, masam dan pedas.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

9

Teknologi Rumah Tangga

Tekstur

makanan

bermaksud

kelembutan,

kelicinan,

kekerasan,

kegaringan dan kekasaran sesuatu makanan. Warna dan bau makanan boleh menimbulkan selera atau sebaliknya. Warna menggambarkan mutu makanan. Kebanyakan makanan mempunyai bau yang unik. Contohnya durian dan sate boleh dikesan melalui baunya. Makanan yang rasanya masin tergolong dalam hidangan jenis savouri.

Contoh hidangan savouri ialah mi goreng, nasi lemak, karipap, ayam goreng, ikan dan sate. Contoh hidangan manis ialah kuih manis, kek, ais krim dan buah-buahan. Makanan dapat memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial manusia. Kadang kala keputusan untuk makan dipengaruhi oleh lebih daripada satu keperluan di atas. Kita makan apabila terasa lapar.

Pemakanan adalah kajian saintifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia. la meliputi jenis dan kuantiti nutrien untuk proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan tubuh. Diet yang dirancang dengan baik mengandungi semua nutrien dalam kuantiti yang

diperlukan untuk memastikan kesihatan yang optimum.

Makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut fungsi makanan iaitu:

Khairi/kakA/trt-kspk/07

10

Teknologi Rumah Tangga

1. Pembina tubuh.  Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel rosak melalui nutrien, protein, garam mineral dan air.

2. Makanan pemberi tenaga.  Makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh badan melalui nutrien tenaga, lemak dan protein. Tenaga digunakan untuk menjalankan segala aktiviti luar dan dalam tubuh seperti pergerakan ,gerakan jantung, pernafasan dan perkumuhan.

3. Makanan pelindung dan pencegah penyakit.  Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan melalui nutrien.

2. NUTRIEN

Nutrien adalah bahan kimia yang terkandung di dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Air dan selulosa bukanlah nutrien tetapi is sangat perlu dalam sistem

Khairi/kakA/trt-kspk/07

11

Teknologi Rumah Tangga

pemakanan manusia. Pengambilan nutrien dalam kadar dan kuantiti tertentu dinamakan diet. Nutrien perlu diambil dalam keadaan diet seimbang. Nutrien terhasil dari gabungan elemen karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisma. Metabolisme bertindak dalam dua cara iaitu;

1. Penguraian molekul-molekul besar hasil pencernaan seperti glukosa,gliserol,asid lemak dan asid amino kepada unit-unit yang halus iaitu atom. Tindak balas ini dinamakan

katabolisme dan menghasilkan tenaga. Tindak balas ini juga berlaku dalam hati oleh enzim-enzim yang terdapat di dalamnya.

2. Pembinaan unit dari dalam sel daripada molekul-molekul ringkas kepada struktur yang lebih kompleks seperti glikogen, trigiserid(lemak) dan protien. Tindak balas ini dinamakan anabolisme dan menggunakan tenaga.

Metabolisme asas ialah penggunaan tenaga oleh badan untuk prosesproses hidup seperti:

Khairi/kakA/trt-kspk/07

12

Teknologi Rumah Tangga

1. menetapkan suhu badan. 2. pengaliran darah yang didorong oleh denyutan jantung. 3. pernafasan dan pencernaan. 4. merehat regang otot-otot semasa badan berehat

sepenuhnya.

Kalori diaktifkan sebagai bentuk haba yang digunakan dalam badan bagi metabolisme asas, kegiatan atau pekerjaan harian. Satu kalori makanan ialah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1kg air sebanyak 1C.

Setiap nutrien mempunyai komposisi, sumber, fungsi serta kesan kelebihan dan kekurangan. Kumpulan nutrien mengikut fungsi dalam tubuh boleh dibahagikan kepada tiga iaitu nutrien untuk tenaga contohnya lemak, karbohidrat dan protein, nutrien untuk tumbesaran contohnya protein dan garam mineral dan nutrien untuk mengawal proses tubuh contohnya vitamin, garam mineral dan protein. Sesetengah nutrien boleh melakukan lebih daripada satu fungsi dalam tubuh. Contohnya protein dan garam mineral.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

13

Teknologi Rumah Tangga

3. PROTIEN

Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan nitrogen (N). Fungsi utama protein adalah untuk membina sel tubuh untuk tumbesaran. la juga membekalkan tenaga dan haba jika kekurangan karbohidrat dan lemak dalam badan.

Unit asas bagi protein ialah asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino penting yang diperlukan untuk mensintesis protein. Protien haiwan mengandungi mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam tubuh badan manusia misalnya protien haiwan yang boleh didapati di dalam daging tanpa lemak, ikan, telur, susu dan keju. Manakala protien kelas tumbuhan pula mengandungi asid amino penting yang boleh dibina dalam badan misalnya protien sayur-sayuran yang boleh didapati di dalam kacang, minyak kelapa sawit, biji-bijian padi, gandum dan barli.

Sumber protien

Khairi/kakA/trt-kspk/07

14

Teknologi Rumah Tangga

3.1

Asid Amino

Protien mengandungi 22 jenis asid amino dalam plbagai jumlah dan kombinasi. Kesemuanya terdapat 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa untuk tujuan tumbesaran dan untuk memperbaiki tisu. Kanak-kanak pula memerlukan 10 jenis asid amino untuk tujuan pembesaran.

Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa ialah:

1. Leusina 2. Isoleusina 3. Lisin 4. Metionina 5. Fenilalanina 6. Treonina 7. Triptofan 8. Vanila

Antara jenis asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak pula ialah:

1. Hestidina 2. Arginina

Khairi/kakA/trt-kspk/07

15

Teknologi Rumah Tangga

3.2

Fungsi Utama Protein

Antara fungsi utama protein kepada tubuh badan ialah: 1. Membina sel-sel baru 2. Memperbaiki tisu-tisu yang rosak 3. Membina enzim dan hormon 4. Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak. 5. Mengelakkan dihinggapi penyakit kwasyiorkor.

3.3

Kekurangan Protien

Pengambilan protien yang kurang di dalam diet seharian boleh menimbulkan beberapa masalah kepada tubuh badan antaranya ialah:

1. Menyebabkan penyakit marasmus dan edema 2. Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya tahan terhadap penyakit. 3. Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut. 4. Menyebabkan terencat akal ( mental retardation ) serta kecacatan otak yang berkekalan. 5. Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang tidak sempurna dan biasanya mengidap anemia.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

16

Teknologi Rumah Tangga

6. Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan berlakunya penyakit sembelit.

4. KARBOHIDRAT

Karbohidrat mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (0). la merupakan pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti tubuh. Unit asas bagi karbohidrat boleh ialah glukosa. Semua karbohidrat

mengandungi

gula. Karbohidrat

dikelaskan

kepada

monosakarida,

disakarida dan polisakarida.

4.1 Pengkelasan Karbohidrat

1. Monosakarida  Merupakan kumpulan gula ringkas. Ia terdapat di dalam madu, anggur dan tumbuh-tumbuhan. Jenis ini paling senang larut di dalam air dan ia merupakan sejenis gula hablur yang manis.  Ia terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu: 1. Glukosa atau dekstrosa – terdapat di dalam buah-buahan terutam anggur, sayur-sayuran,

Khairi/kakA/trt-kspk/07

17

Teknologi Rumah Tangga

bawang, jagung manis dan keledek. Ia diangkut oleh saluran darah dalam bentuk glukosa. 2. Fruktosa – Jenis gula yang lebih manis dan boleh didapati di dalam buah-buahan yang masak dan madu. 3. Galaktosa – Dikenali sebagai gula susu yang dihasilkan selepas proses ‘pencernaan ’.

2. Disakarida   Dikatagorikan di dalam kumpulan gula kompleks. Terbahagi kepada: 1. Sukrosa (gula tebu) - Terdapat di dalam buahbuahan dan sayur-sayuran tertentu. 2. Laktosa – Gula susu yang terdapat di dalam susu mamalia dan di dalam gula. 3. Maltosa – Gula biji-bijian yang diperoleh daripada bijirin yang sedang bercambah dan bijirin yang direndam.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

18

Teknologi Rumah Tangga

3. Polisakarida  Terbahagi kepada: 1. Selulosa – Sejenis karbohidrat kompleks yang terdapat di dalam bahan bersabut dan pada dinding sel tumbuhan. Ia sukar dicernakan tetapi dapat menolong proses pencernaan dengan membersih saluran makanan. Ia

terdapat di dalam buah-buahan dan sayursayuran. 2. Kanji – Merupakan karbohidrat ang paling berguna dalam diet pemakanan. Ia boleh didapati di dalam pohon sagu, ubi kayu, ubi keledek, bijirin dan kekacang. 3. Destrin – merupakan kanji yang telah bertukar kerana dimasak seperti roti yang dibakar, kerak dan bijirin untuk sarapan pagi (cereals). 4. Glikogen – Merupakan karbohidrat haiwan yang disimpan buat sementara waktu dalam jumlah kecil di dalam hati dan tisu-tisu otot haiwan. Glikogen berasal dari glukosa yang kemudiannya ditukar kembali dalam bentuk glukosa untuk digunakan oleh tubuh badan.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

19

Teknologi Rumah Tangga

4.2 Fungsi Karbohidrat

Karbohidrat memainkan peranan yang amat penting kepada sistem tumbesaran tubuh badan. Antara fungsinya ialah:

1. Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti tubuh badan. 2. Bijirin dan roti membekalkan zat protien kepada tubuh badan. 3. Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas) badan. 4. Disimpan di dalam badan. Sumber yang berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen dan akan digunakan semula. 5. Makanan mengandungi karbohidrat memberi tambahan selera kepada hidangan sedia ada. 6. Karbohidrat diperlukan di dalam proses metabolisme lemak dan protien.

Nasi sebagai sumber protien

Khairi/kakA/trt-kspk/07

20

Teknologi Rumah Tangga

5. LEMAK

Lemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen(0). Walau bagaimana pun, kandungan oksigen di dalam lemak adalah amat sedikit. Lemak merupakan sumber makanan tenaga dan ia membekalkan tenaga yang lebih berbanding karbohidrat. Oleh kerana lemak tidak larut di dalam air, ia mesti dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk kegunaan di dalam tubuh badan.

Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Klasifikasi lemak dapat dilihat menunjukkan komposisi, sumber, fungsi, kesan kelebihan dan kekurangan lemak

Elakkan pengambilan lemak berlebihan

Khairi/kakA/trt-kspk/07

21

Teknologi Rumah Tangga

5.1 Sumber Lemak

Lemak dihasilkan daripada 2 sumber utama iaitu:

1. Lemak Haiwan     Lemak susu seperti krim, keju dan mentega. Lemak daging seperti lemak beku (suet). Kuning telur. Ikan berlemak seperti ikan terubuk, ikan patin, jelawat dan sebagainya.

2. Lemak Tumbuhan     Minyak kekacang. Minyak sayur-sayuran. Minyak kelapa. Minyak kelapa sawit dan sebagainya.

5.2 Fungsi Lemak

1. Membekalkan tenaga terutama untuk memanaskan tubuh badan dan menetapkan suhu badan. 2. Lemak membentuk simpanan bahan api.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

22

Teknologi Rumah Tangga

3. Lemak haiwan membekalkan vitamin A, D, E, K yang larut kepada tubuh badan. 4. Lemak daripada hati ikan membekalkan tambahan vitamin A dan E. 5. Lemak bertindak sebagai penebat di sekeliling badan dan mencegah haba keluar daripada badan. 6. Melambatkan seseorang menjadi cepat lapar. 7. Lemak membekalkan asid penting kepada tubuh badan iaitu: a. Asid Linoliek b. Asid Linolenik c. Asid Arasidomik

5.3 Kesan Kekurangan Lemak

Kekurangan sumber lemak di dalam diet harian memberi kesan kepada sistem tubuh badan manusia. Antara kesannya ialah:

a. Seseorang itu akan menjadi cepat lapat. b. Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin A yang terdapat di dalam lemak.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

23

Teknologi Rumah Tangga

c. Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di dalam lemak menjadi kritikal, seseorang itu akan menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang berkudis dan berair). d. Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada

bahagian tangan, dada, belakang dan bahagian paha. e. Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa gatal dan bernanah) yang sering berlaku kepada kanakkanak.

6. VITAMIN

Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak mempunyai nilai tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidak boleh disintesis oleh tubuh. Keperluan vitamin adalah dalam jumlah yang sangat kecil tetapi mempunyai implikasi atau kesan yang sangat ketara. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.

a.

Vitamin larut air.  adalah Vitamin B Kompleks dan Vitamin C.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

24

Teknologi Rumah Tangga

Tidak boleh disimpan di dalam badan. Perlu dibekalkan setiap hari

b.

Vitamin larut lemak.  adalah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K.  Boleh disimpan di dalam badan dan tidak perlu dibekalkan setiap hari.

Sayur-sayuran

Buah-buahan

Khairi/kakA/trt-kspk/07

25

Teknologi Rumah Tangga

6.1 Fungsi, Sumber Dan Kesan Kekurangan Beberapa Jenis Vitamin.

Vitamin

Sumber

Fungsi

Kesan kekurangan  Rabun malam.

Lobak merah, lada, limau, hati, A betik, tomato, telur, sayur-sayuran  Memelihara kesihatan kulit. hijau.  Pertumbuhan terjejas.  Beri-beri Yis, telur, hati, susu, bijirin yang  Menjaga fungsi respirasi sel. B tidak digiling, sayuran hijau.  Memelihara sistem saraf.  Gangguan sistem saraf  Memelihara kesihatan kulit. Buah-buahan sitrus, jambu batu,  Membantu penyerapan besi. C betik,tomato, sayuran hijau.  Membantu dalam penyembuhan luka. selesema.  Skurvi (gusi berdarah).  Kulit kurang sihat.  Mudah dijangkiti  Pelagra.  Kulit kering dan bersisik.  Memelihara penglihatan yang baik  Xeroftalmia (mata kering)

Khairi/kakA/trt-kspk/07

26

Teknologi Rumah Tangga

Susu, telur, mentega, minyak hati,  Membantu ikan kod. Vitamin ini dihasilkan oleh D

penyerapan

kalsium  Rikets.

dan fosforus.

badan apabila didedahkan kepada  Membina tulang dan gigi yang  Kerosakan gigi. cahaya matahari. Bijirin yang tidak digiling, minyak  Memelihara E tumbuhan, telur, mentega, sayuran sistem pembiakan. hijau. Sayur-sayuran hijau, kubis, tomato,  Membantu K bayam. Vitamin ini dibemtukkan darah. oleh bakteria di usus besar. luka dalam pembekuan  Darah lambat membeku di kesihatan  Kemandulan. kuat.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

27

Teknologi Rumah Tangga

6.2 Kaedah Mengelakkan Kehilangan Vitamin C.

1. Memakan buah-buahan dan sayuran segar. 2. Elakkan merendan sayuran terlalu lama. 3. Sayuran dimasak dalam jangka masa singkat dan perlu dihidangkan semula. 4. Jangan panaskan semula sayuran yang telah dimasak. 5. Buah-buahan perlu disimpan di tempat yang lembab.

7. GARAM MINERAL

Tubuh badan manusia mengandungi 7% garam mineral. Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan. Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin. Unsur-unsur garam mineral ini diperolehi daripada haiwan dn tumbuhan yang dimakan.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

28

Teknologi Rumah Tangga

7.1

Zat Besi ( Iron )

Zat Besi amat penting kepada system tubuh badan manusia kerana ia diperlukan oleh hemoglobin di dalam sel darah merah untuk membawa oksigen kepada tisu-tisu di dalam badan. Zat Besi boleh kekal lama di dalam system tubuh manusia kerana sel darah merah manusia dapat bertahan selama 6 minggu. Selepas itu, sel-sel darah merah akan pecah dan membebaskan zat besi yang akan digunakan lagi oleh sel darah merah yang baru di dalam sum-sum tulang (bone marrow) .

7.1.2 Sumber Zat Besi

Zat Besi boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan antaranya ialah:

1. Daging. 2. Telur. 3. Sayur-sayuran hijau. 4. Kacang dal. 5. Bijirin (cereals). 6. Hati. 7. Buah pinggang.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

29

Teknologi Rumah Tangga

8. Prun. 9. Emping oat (cereals). 10. Roti putih.

7.1.3 Kesan Kekurangan Zat Besi

Kekurangan zat besi di dalam tubuh badan akan menyebabkan kesihatan tubuh badan terganggu. Antara kesannya ialah:

1. Badan cepat letih. 2. Tidur kerap terganggu. 3. Sakit Kepala. 4. Sukar bernafas. 5. Anemia. 6. Gementar. 7. Hilang selera makan.

7.2 Kalsium

Kalsium merupakan antara garam galian yang amat penting kepada tubuh badan. Ini kerana kandungan kalsium dalam badan merupakan 2% daripada jumlah berat badan manusia. Sebanyak 98% daripada kandungan kalsium boleh

Khairi/kakA/trt-kspk/07

30

Teknologi Rumah Tangga

didapati pada tulang dan 1% kalsium berada pada gigi. Tubuh badan manusia mempunyai sejumlah hormon yang digunakan untuk menstabilkan kandungan kalsium di dalam darah. Hormon ini juga menentukan jumlah bekalan kalsium yang cukup kepada semua tisu yang memerlukan saraf dan sel otot (nerve and muscle cells).

7.2.1 Fungsi Kalsium

Antara fungsi kalsium di dalam tubuh badan manusia ialah:

1. Pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 2. Pengecutan otot (muscle contraction). 3. Memelihara selaput sel ( maintaining cell membrane). 4. Pembekuan darah. 5. Pengaktifan enzim (activations of enzymes).

7.2.2 Sumber Kalsium

Antara sumber makanan yang mengandungi kalsium ialah:

1. Susu dan makanan berasaskan susu. 2. Sardin.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

31

Teknologi Rumah Tangga

3. Ikan salmon di dalam tin apabila dimakan dengan tulangnya sekali. 4. Sayur-sayuran hijau tua. 5. Buah-buahan bukan jenis limau. 6. Kekacang jenis kering.

7.2.4 Kesan Kekurangan Kalsium

Antara gejala akibat kekurangan kalsium di dalam tubuh badan ialah:

1. Kadar pembekuan darah kurang. 2. tumbesaran remaja menjadi perlahan. 3. Pembentukan tulang dan gigi terganggu. 4. riket. 5. osteoporosis.

7.3 IODIN

Iodin diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan hormon tiroid (thyroid hormones). Ketiadaan iodin di dalam tubuh badan akan menyebabkan kelenjar tiroid membesar dan membengkak dan mengakibatkan berlakunya penyakit Beguk. Kandungan iodin di dalam tubuh badan boleh hilang setiap hari.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

32

Teknologi Rumah Tangga

Maka, keperluan iodin harian hendaklah dibekalkan dlam sajian makanan atau diet harian untuk sepanjang hayat.

7.3.1 Sumber Iodin

1. Makanan laut seperti kerang, siput dan udang. 2. Makanan dari tumbuhan yang tumbuh di tanah yang mengandungi iodine seperti di tepi pantai. 3. Daging dari haiwan yang menggunakan campuran iodin di dalam makanannya. 4. Garam campuran iodin.

7.4 FOSFORUS Fungsi fosforus ialah:

1. Membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 2. Mengatur keseimbangan asid dalam tubuh badan. 3. Mengatur metabolisme protein, vitamin dan lemak.

Sumber fosforus adalah bergantung kepada makanan protein yang diambil oleh seseorang. Sekiranya kandungan protein yang diambil oleh

Khairi/kakA/trt-kspk/07

33

Teknologi Rumah Tangga

seseorang itu mencukupi, maka keperluan kepada fosforus juga adalah mencukupi.

7.5 NATRIUM Kegunaan natrium di dalam tubuh badan ialah:

1. Membina plasma darah dan asid hidroklorik di dalam perut. 2. Membantu mengekal tekanan osmosis dlam badan. 3. Menetapkan keseimbangan asid-bes yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tujuan pencernaan. Sumber Natrium adalah daripada:

1. Garam biasa. 2. Air laut dan garam mineral. 3. Telur masin. 4. Susu. 5. Lobak merah. 6. daging dan roti.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

34

Teknologi Rumah Tangga

Fungsi, sumber dan kesan kekurangan pelbagai garam mineral.

Garam mineral

Sumber

Fungsi

Kesan kekurangan

 Membina tulang dan gigi yang kuat.  Rikets.  Memelihara kesihatan sistem saraf  Osteoporosis. Susu, keju, telur, ikan bilis, Kalsium sayur-sayuran hijau.  Membantu darah. dalam pembekuan  Darah lambat beku di luka  Kekejangan otot dan otot.  Kerosakan gigi.

 Membina tulang dan gigi yang kuat.  Rikets. Fosforus Susu, keju, telur, sayur Menjaga proses respirasi sel. sayuran hijau.  Kerosakan gigi.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

35

Teknologi Rumah Tangga

 Keletihan Besi Hati, hijau. telur, satur-sayuran  Membina hemoglobin dalam sel  Anemia darah merah.

Makanan laut seperti udang,  Membina hormon tiroksina Iodin ketam, ikan rumpai laut dan susu. mengawal pertumbuhan.

yang  Goiter.

 Memelihara kesihatan sistem saraf Natrium Garam biasa. dan otot.  Menentukan darah. tekanan osmosis  Kekejangan otot.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

36

Teknologi Rumah Tangga

8. AIR

Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari berubah mengikut keadaan persekitaran dan kegiatan seseorang individu itu. Individu yang aktif dan tinggal di kawasan yang beriklim panas memerlukan lebih banyak jumlah air untuk memperseimbangkan jumlah air yang hilang dari tubuh badan melalui perpeluhan, pernafasan, air kencing dan najis. Purata pengambilan air bagi setiap individu yang aktif adalah 1-2 liter air setiap hari. 70% daripada berat badan manusia adalah berat air.

Air minuman 8.1 Sumber Air

1. Air dibekalkan kepada tubuh badan adalah dalam bentuk cecair yang diminum.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

37

Teknologi Rumah Tangga

2. Semua makanan mengandungi air. Terdapat makanan yang mengandungi 90% air seperti buah-buahan dan sayuran.

8.2 Fungsi Air.

1. Bertindak sebagai pelarut. 2. Membantu system pencernaan. 3. Sebagai pengangkut bahan makanan yang telah dicernakan dari usus ke bahagian lain dalam badan. 4. Merupakan bahan yang menetapkan suhu badan dengan mengeluarkan lebihan haba melalui peluh.

8.3 Kesan Kekurangan Air.

1. Berat badan menurun. 2. Cepat letih dan lesu. 3. Kulit menjadi lebam 4. Proses pencernaan terganggu dan mengakibatkan sembelit.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

38

Teknologi Rumah Tangga

9. KESAN MASAKAN TERHADAP NUTRIEN.

Proses memasak boleh mengakibatkan beberapa perubahan fizikal dn kimia berlaku kepada makanan. Perubahan asas yang terdapat ialah:

1. apabila dimasak, makanan menjadi lebih sedap dan dapat menambah selera. 2. Dapat melembutkan gentian-gentian kenyal yang dapat membantu dalam proses pencernaan. 3. Kandungan zat makanan bertambah apabila sesuatu

masakan itu dicampur dengan bahan masakan yang lain dan dimasak dengan betul. 4. Makanan yang dimasak dengan haba yang tinggi lebih selamat kerana baktiria yang terdapat di dalam makanan akan mati.

Makanan yang dimasak juga tidak dapat mengelak dari berlakunya kehilangan zat makanan. Justeru itu, peraturan memasak seperti menyiang, membersih dan proses memasak makanan perlu dilakukan dengan betul.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

39

Teknologi Rumah Tangga

9.1 Kesan Masakan Terhadap Protien.

Protien ikan dan daging apabila dimasak dengan suhu yang rendah dan dengan cara yang betul akan lebih mudah dicernakan dan menjadi kurang liat. Ini kerana gentian pengikat protein tersebut telah dipecahkan oleh haba. Sebaliknya, jika dimasak dengan api yang kuat, ptotein akan mengecut dan menyebabkan daging menjadi keras dan liat.

Sumber protien yang telah dimasak

9.2 Kesan Masakan Terhadap Karbohidrat.

Makanan yang mengandungi karbohidrat biasanya dimasak dengan menggunakan haba lembab dan haba kering. Sekiranya karbohidrat dimasak dengan menggunakan haba lembab seperti memasak nasi, beras akan meyerap

Khairi/kakA/trt-kspk/07

40

Teknologi Rumah Tangga

air, mengembang dan akhirnya biji beras akan pecah. Ini memudahkan proses pencernaan.

Karbohidrat yang telah dimasak

Apabila memasak dengan menggunakan haba kering pula seperti memanggang roti, molekul kanji akan pecah dan menyebabkan ai bertukar warna menjadi coklat dan jika ia dibiarkan akan menyebabkan ia menjadi hangus dan menjadi karbon.

9.3 Kesan Masakan Terhadap Vitamin.

Vitamin yang terdapat di dalam makanan amat mudah untuk hilang sekiranya makanan tersebut dimasak. Vitamin B1 dan vitamin C pada sayursayuran dan buah-buahan amat mudah hilang sekiranya ia dimasak. Ini kerana, Vitamin ini amat senang larut di dalam air apabila ia dimasak dengan

Khairi/kakA/trt-kspk/07

41

Teknologi Rumah Tangga

menggunakan haba yang kuat. Vitamin C pula amat mudah hilang sekiranya makanan tersebut terdedah kepada udara dan direndam di dalam air.

Bagi vitamin D pula, ia amat tahan kepada haba dan tidak mudah larut di dalam air. Vitamin A tidak musnah oleh haba tetapi amat mudah hilang apabila terdedah kepada udara.

9.4

Kesan Masakan Kepada Lemak.

Haba memberi kesan yang amat besar kepada lemak. Apabila dipanaskan pada suhu yang tertentu, lemak akan menjadi cair. Apabila dipanaskan terlalu lama, ia akan teroksida dan berbau. Keadaan ini akan memusnahkan vitamin A, D dan E yang terdapat pada kandungan lemak.

Sup mengandungi lemah yang dimasak

Khairi/kakA/trt-kspk/07

42

Teknologi Rumah Tangga

9.5

Kesan Masakan Kepada Garam Mineral.

Garam mineral akan hilang di dalam masakan kerana ia amat mudah larut di dalam air. Oleh itu, cuba elakkan merendam sayyuran dan buah-buahan terlalu lama di dalam air.

10. KEPENTINGAN NUTRIEN KEPADA FUNGSI OTAK

Otak manusia memerlukan nutrien yang seimbang

Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

43

Teknologi Rumah Tangga

10.1 Protein

Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex,hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein.

10.2 Lemak

Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel (membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak.

10.3 Glukos

Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.

10.4 Garam galian

Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

44

Teknologi Rumah Tangga

10.5 Vitamin

Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting untuk fungsi otak.

Khairi/kakA/trt-kspk/07

45

Teknologi Rumah Tangga

BIBLIOGRAFI
Teknologi dan Perkhidmatan Katering, Dewan Bahasa Dan

Pustaka,Kuala Lumpur, 1989.

Buku Sumber Pilihan ERT, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 2002.

Kemahiran Hidup Bersepadu Ting. 1-3, Kementerian Pendidikan Malaysia, Mahir Publications Sdn. Bhd., 2002.

Ekonomi Rumah Tangga Ting. 4-5, Kementerian Pendidikan Malaysia, Zeti Enterprise, 2002.

Risalah-risalah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006

Laman Web

www.ring.com/health/food/food.htm www.moh.gov.my/fqc/index.htm www.myhealth.gov.my www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/ www.nutriweb.org.my

Khairi/kakA/trt-kspk/07

46

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->