You are on page 1of 14

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI

DAN MENGENAL HURUF TUNGGAL JAWI YANG BOLEH DAN


TIDAK BOLEH DISAMBUNG DENGAN KAEDAH
DALIL AVU ZAR ZAD

Dalilah binti Desa


SK. Bukit Kalam W.P Labuan

Abdul Kahar bin Abdul Rahim


SK. Pantai W.P Labuan

PENGENALAN

Jawi adalah salah satu cabang daripada Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Rata-
rata sekolah didapati penguasaan menulis dan membaca Jawi telah dikuasai oleh
pelajar-pelajar yang bersekolah agama pada waktu petang . Di sekolah agama
petang mereka belajar jawi dalam tempoh peruntukan waktu yang panjang
berbanding di Sekolah Kementerian Pelajaran. Hasilnya, pelajar-pelajar yang tidak
bersekolah agama amat lemah di dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi
Jawi. Ini bermakna, satu kaedah atau teknik yang praktikal mesti dicari bagi
mengatasi masalah ini.
ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan


dua Inovasi iaitu Teknik Dalil dan Teknik AVU ZAR zad bagi 4 sampel. Teknik
Dalil digunakan untuk mengatasi masalah menukarkan tulisan rumi kepada Jawi.
Manakala Teknik AVU ZAR zad pula digunakan untuk meningkatkan kemahiran
menyambung Huruf Tunggal Jawi. Iaitu murid- murid tahun 2 Optimis ( sampel
bagi tahap satu sekolah rendah ) . Murid tahun 6 Bestari (sampel bagi tahap 2
sekolah rendah ) SK. Bukit Kalam, murid tahun 4 SK. Pantai ( sekolah rendah )
dan pelajar dari 4 buah sekolah menengah ( model sekolah menengah ) di W.P
Labuan yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah
dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Tujuan 4 model ini
1
digunakan adalah untuk mengetahui tahap tindakbalas dan reaksi tingkah laku 4
sampel tersebut terhadap Teknik Dalil Avu zar zad. Sebagai permulaan kajian,
satu ujian pengesanan pencapaian pengetahuan sedia ada murid diberikan
kepada 4 kategori pelajar tersebut .Hasilnya , murid yang paling lemah dalam
penulisan jawi dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi dapat dikenal pasti
dengan keputusan 10 orang murid dari murid tahun 2 ( tahap I ) 10 orang murid
tahun 6 ( tahap II ) SK. Bukit Kalam, 10 orang pelajar tahun 4 SK. Pantai dan 35
orang pelajar sekolah menengah. Bagi kategori sekolah rendah kajian ini
dijalankan ketika mata pelajaran Jawi selama setengah jam. Setiap minggu.
Manakala bagi sekolah menengah pula satu program khas untuk Pelajar-pelajar
PMR anjuran Jabatan Pelajaran W.P Labuan telah diadakan bagi memantapkan
kemahiran Jawi mereka. Jadi satu Ujian pengesanan telah dijalankan di situ bagi
mengenal pasti pelajar-pelajar bermasalah. Selepas Teknik Dalil Avu zar zad di
perkenalkan kepada sampel-sampel ini didapati peratus lulus pelajar sekolah
rendah dan menengah telah meningkat dengan ketara .

1. REFLEKSI PEMBELAJARAN LALU

Saya dan suami mengajar di sekolah yang berbeza tetapi mengajar mata
pelajaran yang sama dengan status yang sama. Jadi, kami sering berbincang
tentang masalah P & P dan jalan keluarnya. Kami telah mengajar Jawi selama
sembilan tahun. Selama itu jugalah kami telah menghadapi dengan 2 masalah
utama iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk menguasai Jawi .Sudahlah
peruntukan masa untuk bidang ini Cuma setengah jam sahaja. Bagi kami
mengajar Jawi ini sama sahaja mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu Cuma
bentuk tulisannya sahaja yang berbeza jadi peruntukan waktu selama setengah
jam memang tidak mencipta satu formula paling mudah bagi pelajar untuk menulis
jawi dan meningkatkan kemahiran mengenal huruf yang boleh disambung serta
menyambung huruf-huruf tunggal jawi.. Bagi kemahiran menyambung huruf
tunggal Jawi pula . Banyak soalan yang sering kami terima dari para pelajar
diantaranya ialah “ustaz, huruf alif boleh disambungkan tak dengan huruf dal ? “
“Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya ?” . Setelah teknik
kami cipta ini melalui proses pencerakinan dan proses penambahbaikan yang
2
agak lama akhirnya pada pertengahan bulan April, kami telah membuat sentuhan
terakhir terhadap formula itu. Setelah itu barulah kami bersedia untuk menulis
kajian tindakan ini. Walaupun bidang Jawi yang menjadi sub Mata Pelajaran
Pendidikan Islam ini tidak dinilai di dalam peperiksaan UPSR namun ia tetap akan
diukur di dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Ini
bermakna mahir atau tidak mahir seseorang pelajar itu menulis dan membaca
Jawi adalah bertitik tolak di sekolah rendah.Kami berharap kajian tindakan ini
dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam mereka seterusnya
menyemarakkan rasa minat dan cinta terhadapnya.

2. FOKUS KAJIAN

Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan


Islam pelajar di dalam peperiksaan PMR dan SPM . Ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Jadi kami rasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar
ini sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah Oleh itu kajian kami
menekankan aspek :
2.1 Menulis jawi bagi perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan
menggunakan Teknik Dalil .

2.3 Mengenalkan huruf Jawi yang boleh disambung dan seterusnya menyambung
huruf – huruf tunggal Jawi dengan menggunakan Teknik Avu Zar Zad.

3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Jawi dalam usaha kearah
meningkatkan pencapaian para pelajar di dalam Peperiksaan PMR dan SPM di
sekolah menengah nanti.
3.2 Objektif Khusus
memadai .Walaupun kami mengajar di sekolah yang berbeza . Masalah yang
sama itu yang sering menghantui para pelajar sehingga memberi implikasi negatif
kepada mereka iaitu tidak minat dengan mata pelajaran Jawi dan mereka rasa ia
tidak penting kerana tidak dinilai di dalam UPSR. Situasi itu amat membimbangkan
dan tidak boleh dibiarkan. Jadi. Untuk menangani masalah itu pelbagai jenis
3
kaedah dan teknik telah kami gunakan bagi menarik minat para pelajar. Menyedari
akan situasi itu, kami telah membuat kajian terhadap kaedah ejaan jawi terkini dan
mengkaji dan mencari apakah pendekatan terbaik untuk Murid dapat menulis suku
kata terbuka dan tertutup dengan betul dengan menggunakan Teknik Dalil .
3.2.1 Murid dapat mengenal huruf-huruf yang boleh atau tidak boleh disambung
seterusnya menyambung huruf – huruf tunggal dengan betul dengan
menggunakan Teknik Avu Zar Zad.

4. KUMPULAN SASARAN

Seramai 10 orang daripada 24 orang pelajar tahun Dua Optimis (Kelas KIA), 15
orang daripada 16 orang pelajar 6 Bestari SK. Bukit Kalam ( kelas pelajar
bermasalah ), 10 daripada 31 pelajar tahun 4 SK. Pantai dan 35 orang pelajar
daripada 55 orang pelajar empat buah sekolah menengah terpilih telah melalui
ujian untuk dipilih sebagai pelajar sasaran untuk menjadi model kajian tindakan inI.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Masalah telah dikenalpasti melalui beberapa cara iaitu melalui pemerhatian


semasa proses pengajaran dan pembelajaran , latihan di dalam buku ketika mata
pelajaran Jawi, ujian bulanan, ujian pra dan pos. Kami rasa amat sedih melihat
pencapaian menulis jawi para pelajar. Keadaan ini jika dibiarkan akan menjadikan
pelajar hilang minat terhadap mata pelajaran ini ibarat ‘ api di dalam sekam ‘.

5.1.1 Pemerhatian ketika Pengajaran dan Pembelajaran

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi dijalankan . Pelajar di dalam kelas
telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A ( Amat mahir ), Kumpulan
B ( mahir ) dan C ( lemah ). Memandangkan peruntukan masa untuk mata
pelajaran Jawi Cuma setengah jam seminggu , maka kumpulan c sering
ketinggalan. Masalah ini dihadapi juga oleh rakan sealiran saya.

4
5.1.2 Ujian Pra

Proses kajian dimulakan dengan mengadakan Ujian Pra bagi mengenalpasti murid
yang bermasalah dalam dua kemahiran. Pertama Kemahiran menulis Jawi .Ujian
diberi dalam dalam bentuk menjawikan tulisan rumi. Kemahiran kedua yang diuji
ialah Menyambung huruf-huruf Tunggal Jawi. Ujia Pra ini dijalankan tehadap 4
kategori pelajar (i) 24 pelajar sekolah rendah tahap 1 iaitu tahun 2 Optimis (ii) 17
pelajar sekolah rendah tahap II iaitu tahun 6 Bestari, SK. Bukit Kalam (iii) 10
daripada 31 pelajar tahun empat SK. Pantai (iv) 55 pelajar daripada empat buah
sekolah menengah . Ujian untuk empat buah sekolah menengah itu dijalankan
secara berpusat di dalam program anjuran Jabatan Pelajaran W.P Labuan di
mana saya dijemput sebagai penceramahnya. Soalan yang dikemukakan adalah
merangkumi semua subtopik di dalam Jawi. Berikut adalah keputusan prestasi
yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tersebut di dalam Ujian Pra.

Jadual 1 : Analisis keputusan Pra


pelajar ( Tahun 2 Optimis )
PRA GUNA PRA GUNA
Julat DALIL AVU ZAR ZAD
Markah Gred ( Tulis suku kata terbuka dan ( mengenal huruf yang boleh dan
tertutup ) tidak boleh disambung serta
menyambungnya )
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Murid % Murid %
10 A 0 0% 0 0%
8-9 0 0% 0 0%
6–7 B 0 0% 0 0%
4–5 C 0 0% 0 0%
2–3 D 5 50 % 3 30 %
0 -1 E 5 50 % 7 70 %
% Lulus 0% 0%
% Gagal 100 % 100 %

Jadual 2 : Analisis keputusan Pra


( Tahun 6 Bestari 10 orang pelajar )

5
PRA GUNA DALIL PRA GUNA
Julat ( Tulis suku kata terbuka dan AVU ZAR ZAD
Markah Gred tertutup )
( mengenal huruf yang boleh dan tidak
boleh disambung serta menyambungnya )
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Murid % Murid %
10 A 0 0% 0 0%
8-9 0 0% 0 0%
6–7 B 0 0% 0 0%
4–5 C 0 0% 0 0%
2–3 D 1 10 % 3 30 %
0 -1 E 9 90 % 7 70 %
% Lulus 0% 0%
% Gagal 100 % 100 %

Jadual 3 : Analisis keputusan Pra ( Tahun 4 SK. Pantai )


PRA GUNA DALIL PRA GUNA
Julat ( Tulis suku kata terbuka dan AVU ZAR ZAD

Markah Gred tertutup ) ( mengenal huruf yang boleh dan


tidak boleh disambung serta
menyambungnya )
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Murid % Murid %
10 A 0 0% 0 0%
8-9 0 0% 0 0%
6–7 B 1 10 % 0 0%
4–5 C 1 1 0% 0 0%
2–3 D 0 0% 3 30 %
0 -1 E 8 % 80 7 70 %
% Lulus 20 % 0%
% Gagal 80 % 100 %

Jadual 4 :
Analisis keputusan Pra pelajar 4 buah sekolah menengah ( 35 orang )
( sebelum guna teknik DALIL )
PRA GUNA
Julat Markah DALIL
Gred ( Tulis suku kata terbuka dan tertutup )
Bilangan Peratus
Murid %
6
31 – 40 A 0 0%
21 – 30 B 1 3%
11 – 20 C 14 40 %
0 - 10 D 20 57 %
% Lulus 43 %
% Gagal 57 %

Jadual 4 :
Analisis keputusan Pra pelajar 4 buah sekolah menengah ( 35 orang )
( Sebelum guna teknik Avu Zar Zad )
PRA GUNA
Julat Markah AVU ZAR ZAD
Gred ( mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh disambung
serta menyambungnya )
Bilangan Peratus
Murid %
9 – 10 A 8 23 %
7–8 B 6 17 %
5–6 C 2 6%
3–4 D 3 8%
0-2 E 16 46 %
% Lulus 46 %
% Gagal 54 %

5.1.3 Ujian Pos

Ujian Pos digunakan untuk menguji dan mengukur tahap kefahaman pelajar
terhadap kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran
menyambung huruf-huruf tunggal dengan menggunakan Teknik Dalil Avuzarzad.
Ujian Pos telah di jalankan sebanyak dua kali bagi sekolah rendah dan sekali bagi
sekolah menengah.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Pos

Analisis di bawah merangkumi dua jenis kemahiran :

7
1) Kemahiran menulis perkataan mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup.

2) Kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal Jawi.

Jadual 7 : ANALISIS PRA DAN PASCA GUNA TEKNIK DALIL

Sekolah / % pra DALIL % pasca DALIL


Gagal Lulus Gagal Lulus
Tahun
Tahun 2 Optimis
SK.Bukit Kalam 100 % 0% 0% 100 %
Tahun 6 Bestari
SK.Bukit Kalam 100 % 0% 0% 100 %
Tahun 4
SK.Pantai 80 % 20 % 0% 100 %
Gabungan 4 buah
sekolah menengah 57 % 43 % 17 % 83 %

Jadual 7 : ANALISIS PRA DAN PASCA GUNA TEKNIK AVU ZAR ZAD

Sekolah / % pra AVZZ % pasca AVZZ


Gagal Lulus Gagal Lulus
Tahun
Tahun 2 Optimis 100 % 0% 20 % 80 %
SK.Bukit Kalam
Tahun 6 Bestari 100 % 0% 0% 100 %
SK.Bukit Kalam
Tahun 4 80 % 20 % 0% 100 %
SK.Pantai
Gabungan 4 buah
sekolah 54 % 46 % 6% 94 %
menengah

Berdasarkan analisa di atas didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi
pemangkin perubahan markah byang ketara terhadap para pelajar. Pelajar
sasaran bagi SK. Bukit Kalam dipilih dari kalangan pelajar yang selalu gagal dalam
8
semua mata pelajaran. Manakala bagi pelajar SK.Pantai adalah dari pelajar
GALUS .Secara keseluruhannya, didapati perubahan bagi sekolah rendah amat
membanggakan berbanding sekolah menengah . Faktor utama pelajar sasaran
sekolah menengah tidak mencapai keputusan lulus penuh adalah kerana saya
menjalankan ujian pra dan mengajar teknik Dalil Avu Zar Zad ini selepas memberi
ceramah terhadap mereka ketika dijemput memberi ceramah untuk pemantapan
ejaan Jawi Terkini. Jadi penumpuan untuk Topik Kajian Tindakan sekadar
dilakukan dengan cara ‘ minum air sambil menyelam’.

5.3 Pelaksaan Tindakan / Pemerhatian / Penilaian

1. Penyelidik telah mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah melalui


pemerhatian semasa pengajaran, latihan dalam buku latihan, Ujian Pra.
2. Penyelidik memberi dua jenis kertas soalan yang berbeza kemahiran dalam
tempoh masa yang berbeza. Pertama, soalan menulis suku kata terbuka dan
tertutup Jawi kepada Tulisan Rumi. Kedua, soalan untuk menyambung huruf-
huruf Tunggal Jawi .
3. Setelah mereka selesai, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka
dianalisa dan tidak bincangkan kerana soalan itu akan digunakan semula untuk
ujian pos.
4. Setelah pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk menjadi pelajar sasaran kajian
ini, proses untuk pemulihan pun bermula dengan memperkenalkan satu
Formula mudah untuk mengatasi masalah mereka yang diberi nama ‘ Teknik
Dalil Avu Zar Zad ‘.
5. Peringkat pertama pelajar-pelajar diperkenalkan Teknik Dalil iaitu
menggunakan Jadual kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf yang
mewakili huruf-huruf tunggal rumi bersamaan huruf tunggal jawi dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada tulisan rumi mereka
6. Pelajar - pelajar menerima soalan latih tubi menulis huruf - huruf rumi tunggal .
Mereka dikehendakki menulis huruf jawi yang mempunyai persamaan dengan
huruf Jawi dengan melihat Kunci Huruf dan tidak dibenarkan melihat Kunci
huruf pada latihan yang sama kali kedua.
7. Murid menerima soalan latih tubi yang mengandungi soalan menjawikan suku
kata terbuka dan tertutup.
9
8. Guru memantau kumpulan sasaran dan menulis jawapan di papan tulis. Pelajar
menandakan jawapan mereka samada betul atau salah.
9. Pelajar diminta menulis jawapan mereka dengan tidak menyambungkan huruf-
huruf tunggal Jawi.
10. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran itu barulah penyelidik
memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad.
11. Teknik ini digunakan untuk menepis soalan huruf apa yang boleh dan tidak
boleh disambung daripada para pelajar .
12. Di dalam teknik ini para pelajar telah diberi satu jadual seperti di bawah:

13. Berasarkan teknik di atas, pelajar telah diberi beberapa soalan yang
mengandungi perkataan yang ditulis dalam bentuk huruf tunggal Jawi. Pelajar
dikehendakki menyambung huruf-huruf tersebut dengan menggunakan Jadual
Teknik Avu Zar Zad di atas dengan cara berikut:
14. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu huruf seperti di dalam
baris pertama, maka simbol tambah (+) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi, jika
huruf selain huruf baris di atas simbol tolak ( - ) ditulis selepas huruf itu.
15. Setelah selesai simbol-simbol itu ditulis, pelajar diminta menyambung huruf-
huruf . Caranya, apabila selepas sesuatu huruf mengandungi simboi tambah
(+), maka huruf itula boleh disambungkan dengan dengan huruf di
hadapannya. Tetapi, jika selepas sesuatu huruf ditulis simbol tolak (-), maka
huruf itu tidak boleh disambung. Mudah dan tepat. Di mana huruf hamzah, alif,
va, wau, zai, ro, zal dan dal dan dikenali sebagai Avu Zar Zad di mana huruf-
huruf ini tidak boleh di sambung . Bagi ayat Selain huruf di atas di dalam baris

10
kedua jadual Avu Zar Zad ialah huruf huruf yang tiada di dalam baris pertama.
Huruf –huruf . Seperti contoh di bawah ini:

16. Setelah pelajar-pelajar memahami teknik tersebut, saya pun memberi ujiaan pos
untuk menilai tahap perubahan tingkah laku mereka terhadap teknik yang
diperkenalkan.
17. Alangkah gembiranya rasa di jiwa apabila melihat perubahan positif para pelajar.
18. Seterusnya, kami pun membuat proses yang sama terhadap 3 model lagi dan terus
menyambung penulisan kajian tindakan kami ini.

5.4 Refleksi Kajian

Semasa aktiviti ujian pos dilaksanakan, kami merasa sangat gembira dan terharu
apabila melihat pelajar-pelajar kami yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis
perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggaljawi mampu
melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala mereka
untuk melihat kiri kanan bagi mencari jawapan dari rakan seperti sebelum ini.
Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapannya mereka tanpa ragu-ragu.
Dari pemerhatian kami, masih ada pelajar yang menyambung huruf dengan huruf
yang betul tetapi mereka tidak tahu untuk menulis bentuk huruf apabila
bersambung.Dari sini kami telah merangka beberapa cara untuk mengatasi
masalah tersebut untuk di masukkan ke dalam cadangan kajian
seterusnya.Namun, kami tetap berpuas hati kerana pelajar kami telah mengenal
huruf yang boleh dan tidak boleh disambung secara total. Malah kami tidak perlu

11
lagi menjawab soalan “Ustazah… huruf ni boleh sambung tak ?”. Syukur…………
A lhamdulillah

6. Cadangan untuk Kajian seterusnya.


Penulisan Kajian Tindakan ini banyak membuka dimensi pemikiran baru kami
terhadap dunia pendidikan ini.Kami dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan
diri kami dan pelajar kami. Kami telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk
tindakan masa depan kami iaitu :
1) Menggunakan dua teknik ini seawal mungkin bakal pelajar kami pada tahun
hadapan.
2) Menggunakan teknik ini dengan kerap di dalam latihan latih tubi agar
mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan
kemahiran menulis sesuatu perkataan .
Kami juga telah menulis satu modul ( rujuk lampiran ) ejaan terkini untuk diguna
pakai oleh rakan-rakan setugas. Modul itu digunakan selepas pelajar-pelajar telah
menguasai kedua-dua Jadi, kami akan terus menambahbaik modul kami dan sedia
mendengar teguran membina sesiapa sahaja.

7. Penutup
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, kami dapati terdapat
perubahanpositif dari segi amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian kami
ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proes P & P lebih menarik, berkesan dan
menjimatkan masa. Akhir kata ingatlah janganlah kita memandang rendah
terhadap pelajar-pelajar kita sedangkan kita masih belum menggilap kemahiran
mereka seperti kata-kata ini ,
“ INGATKAN KACA RUPANYA PERMATA”

12
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

BilBil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Proses penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) Selama 5 tahun

2 Menulis Proposal Kajian 15 APRIL 2008

3 Merancang tindakan 16 APRIL 2008

4 Mengenal pasti pelajar untuk pelajar sasaran


17 APRIL 2008
5 Ujian Pra tahun 2 Optimis
21 APRIL 2008
6 Ujian Pra tahun 6 Bestari
28 APRIL
7 Ujian Pra tahun 4 Sk. Pantai 16 JUN2008

8 Ujian Pra dan pengajaran mengguna teknik Dalil Avu Zar Zad
dan Ujian Pos 4 buah sekolah menengah
26 OGOS 2008
9 Melaksanakan pengajaran dengan mengguna Teknik Dalil untuk
kemahiran 25 OGOS 2008
menulis suku kata terbuka dan tertutup untuk 10 pelajar Tahun 2
Optimis

10 Ujian pos 2 Optimis 28 OGOS 2008

11 Melaksanakan pengajaran dengan mengguna Teknik Dalil untuk 26 OGOS 2008


kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup untuk 10 pelajar
Tahun 6 Bestari.

12 Ujian Pos 6 Bestari 29 OGOS 2008

14 Ujian Pra, pengajaran dan ujian Pos Pelajar tahun 4 SK. Pantai 6 SEPTEMBER 2008

15 Refleksi Kajian 7 SEPTEMBER 2008

16 Menulis laporan penuh Kajian Tindakan 8 SEPTEMBER 2008


17 Menghantar Proposal Kajian ke Jabatan Pelajaran Labuan 10 SEPTEMBER 2008

13
KOS KAJIAN

Bil. Jenis bahan Jumlah Kos


1 Kertas A4 2 rim RM20.00
2 Laminating paper RM 60.00
3 Ribbon RM 3.00
4 Fail keras RM 6.00
5 Marker pen RM 10.00
6 JUMLAH RM 99.00

Bibliografi
1. Manual Kursus Kajian Tindakan, Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan.
2. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksaan Kurikulum Pendidikan Islam
KBSR 2008.
3. Seminar penyelidikan Kebangsaan 2007

14

You might also like