You are on page 1of 26

Konsep kesenian

•Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan ,indah dan


ada kesan kepuasan kesenian dalam proses penghayatan seni itu.

•Seni turut meliputi aspek-aspek gerak-geri,warna dalam catan dan karya


seni lukis ,bunyi dan muzik ,liuk lampai gerak dalam tarian dan kombinasi
tarian
•Seni diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok:
a) Keindahan
b) Kemanfaatan

• Dalam islam ,kesenian harus dapat :


a) Menyampaikan kebenaran Ilahi
b) Menerapkan akhlak-akhlak mulia
c) Terjalin secara indah

• Perasaan yang menyenangkan ini merupakan perasaan yang mengalami


keindahan
-Pendapat lain menyatakan bahawa seni ialah penciptaan bentuk-bentuk
yangmengandungi nilai-nilai ekstetik bersepadu dengan nilai ekstetik Islam.

-seni yang tidak membawa mudarat dan kerosakan adalah diharuskan

-seni yang mungkin memberi mudarat atau kesusahan adalah dimakruhkan

-seni yang merosakkan diri dan keimanan adalah diharamkan.

-Ensiklopidia Indonesia mencatatkan bahawa kesenian meliputi penciptaan


seni dari segala hal atau benda kerana keindahan bentuknya senang untuk
orang melihat dan mendengar.

-misalnya ,barang kesenian seperti perabot dan pakaian yang digunakan


seharian,ada juga yang berupa benda yang digunakan atau pakai dalam
upacara tertentu sahaja seperti upacara keagamaan.
Medium hiburan Lambang
identiti bangsa

Fungsi kesenian
Melayu

Media untuk pendidikan


Kesenian diperlukan
dalam upacara ritual
Seni tari

Seni Jenis kesenian


Seni kraf
muzik
Melayu
tangan

Seni suara
• Seni tari
-merupakan satu perlakuan bersiafat teknikal dan adakalanya agak
kompleks.
-tarian memperlihatkan gerak-geri,lenggang lenggok,dan pergerakan jari
yang lemah gemalai

-ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan

-unsur ini digabungkan secara unik dan menarik perhatian orang ramai
untuk menikmatinya.

-tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-bunyian atau muzik


dan nyanyian yang terdiri daripada kata-kata yang puitis.

-dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari berhubung rapat dengan


ritual,iaitu tatacara dalam upacara keagamaan
I. Makyung

-makyung popular di negeri sebelah pantai timur,terutamanya Kelantan


-dimainkan setelah selesai musim menuai
-dalam kalangan masyarakat nelayan,makyung dimainkan dalam
upacara memuja pantai
-merupakan gabungan antara unsur drama,komedi,tarian,dan muzik.
-dimainkan di kawasan tanah lapang,sementara penonton duduk
dihadapan atau berkeliling-makyung mempersembahkan bermacam-
macam cerita yang berunsur nasihat,pengajaran dan komedi
-watak utama dilakonkan oleh gadis cantik yang beraksi sebagai tuan
puteri raja atau permaisuri
-pelakon lelaki pula berperanan sebagai raja atau
pemerintah,panglima,pengawal, atau orang suruhan.
-makyung biasanya memakai pakaian tuan puteri atau permaisuri beserta
makhkota di kepala,manakala pakyung memakai pakaian seperti raja
dengan tanjak diatas kepala.
2. Tarian kuda kepang

-tarian ini dipersembahkan dalam upacara sambutan dan majlis-majlis


keramaian.
-dikatakan ada hubungan dengan kuasa ghaib.
Tarian ini masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor.
-kuda kepang ialah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh.
-kuda ini tidak berkaki,Cuma ada bahagian kepala,badan dan ekor sahaja.
-kuda ini dihiaskan dengan bulu pada ekor dan diikatkan tali pada lehernya.
-tali ini digantung di leher penari semasa menarikan tarian ini.
-pada bahagian sebelah menyebelah kepala kuda itu dilukiskan matanya.
-selain kuda-kudaan ,disediakan juga pemecut atau tali tas yang
digunakan ketua penari
-setiap kali pemecut dibunyikan ,penari-penari akan menukar langkah
-alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah
jidur,angklung,gendang,gong,dan kenong.
-perkataan ‘kepang’ membawa maksud anyaman.
3.Tarian Mak Inang

-terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman Kerajaan Melaka dan masih
ditarikan hingga hari ini.
-sesuai dengan adat resam Melayu yang menyanjug tinggi kehalusan budi
dan tatatertib dalam tingkah laku dan tutur kata.
-dalam tarian ini,penari menggerakkan tangan dan kaki secara bersama
dengan lemah lembut.
-biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan.
-perkataan ‘inang’ merujuk kepada perempuan yang menjadi pengasuh
kepada anak raja dan bangsawan.
-tarian Mak Inang,diambil dari aktiviti merisik untuk mencari jodoh.
-bunyi-bunyian yang digunakan dalam persembahan tarian Mak Inang ialah
biola,rebana,dan gong.
4. Tarian zapin

-berasal dari Arab-Parsi.


-asalnya tarian ini hanya menggunakan penari-penari lelaki sahaja.
-tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri atau tempat seprti di
Perak,Selangor dan Johor.
-Antara ragam tarian ini,dinamakan sebagai baris dasar,pusing tiga
balik,bunga silang dan wainad.
-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus,rebana dan
marwas.seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat muzik yang lain.
-mereka biasanya akan memakai seluar panjang kerana tarian ini
memerlukan gerakan yang cepat.
5.Tarian ronggeng

-tarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan apabila Melaka jatuh ke
tangan Portugis.
-terdapat persamaan antara rentak tarian ronggeng dengan rentak tarian yang
yang berasal dari Portugis.
-ditarikan secara berpasangan,lelaki dan perempuan.
-pada peringkat akhir tarian ,iramanya semakin rancak dan pada masa ini penari
akan menari dengan rancak dan cepat menggambarkan suasana gembira.
-pada masa dahulu,ronggeng dimainkan oleh sebuah orkestra kecil yang terdiri
daripada pemain biola rebana dan gong untuk memberikan sukatan rentak.
-pada hari ini,alat muzik moden digunakan seperti gitar dan piano,akordion
serta trompet.
-rentak lagu ronggeng yang terkenal ialah Jingkling Nona,dan Joget Pinang
Muda.
6. Boria

-popular d negeri Pulau Pinang.


-perkataan boria berasal daripada perkataan ‘bori’ iaitu satu kaum yang berasal
dari Gujerat ,India.
-dalam satu persembahan boria terdapat dua bahagian,iaitu lakonan yang
berbentuk lawak jenaka dan nyanyian.
-lakonan dan nyanyian pula akan digabungkan dalam sesuatu tema yang akan
dipersembahkan.
-lakonan yang dibuat secara spontan ,tidak memerlukan skrip.
-dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan.
-peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi.
-tukang karang akan memulakan nyanyian diikuti dengan kelasi.
• Seni kraf tangan

-memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh


pembuatnya.

-ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa.

-dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan
penduduk tempatan secara kecil-kecilan.
1. Seni tembikar

-tembikar sayung atupun dikenali dengan panggilan labu tanah.


-fungsi usus iaitu sebagai bekas untuk menyimpan air minum dan selalu juga
digunakan dalam upacara-upacara tertentu yang melibatkan air,
-perusahaan ini terdapat di negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar,Sayong,Parit dan
Pulau Tiga.
-tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung ini.
-tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering.
-kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki.
-tanah itu diayak untuk mengasingkan sampah dengan pasir kasar.
-tanah debu ini dicampur dengan air dan diuli seperti adunan tepung.
-setelah diuli barulah tanah liat ini dibentukuntuk menjadi seperti labu atau
buyung.
-labu kemudian dibakar,dan setelah dikeluarkan ia dimasukkan ke dalam sekam
padi yang bertujuan untuk menghitam labu-labu itu.
2. Tenunan kain songket

-negeri Terengganu ,Kelantan dan Pahang amalkan tradisi tenun kain songket.
-di negeri kelantan tenunan kain songket ini diamalkan sejak Zaman
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
-kemahiran menenun diajar pada anak-anak gadis.
-perkataan songket ber\asal dari perkataan ‘songkit’ yang bermaksud satu
teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui
benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek.
-proses ini dilakukan apabila benang karat butang yang disediakan untuk
membuat reka corak atau sulaman benang emas.
-mengambil masa yang lama.
-proses bermula daripada mencelupkan warna pada benang sutera atau kapas
hinggalah kepada proses menenun.
-motif atau corak diilham kan dari alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.
3.Anyaman kelarai

- memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik.


-pada zaman dahulu ,kemahiran menganyam merupakan satu kebolehan yang
perlu dimiliki oleh anak-anak gadis.
-kemahiran ini bukan dimonopoli kaum wanita sahaja kerana orang lelaki juga
mahir menghasilkan kelerai.
-anyaman kelerai digunakan bagi menghasilkan alat-alat seperti
bakul,tikar,dinding,atau skrin,beg,tudung saji dan sebaginya,
-antara jenis kelerai ialah kelerai jari lidi,kelerai mata ketitir,kelerai bunga
berembang,
kelerai mata lalat,kelerai papan pecah,dan kelerai tompok jantung.
SENI SUARA:

-Menurut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta


bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada
estetika.

-Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu :

 Seni Vokal
 Seni Muzik
SENI VOKAL

Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat.

 Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal
yang bergabung dengan
muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam
masyarakat Melayu ialah :

Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam
upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara
bercukur kepala.

Nazam atau naban

Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa


Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para
sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan
kemerduan suara.
Marhaban, nasyid dan qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi


Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan
berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu.
Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi
memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
Lagu yang digabungkan dengan muzik antara lain:

 Dikir

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir
Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan
rebana atau kompang.

Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan


sejenis
alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
Beduan

Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian


gendang.
Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi
dengan pukulan rebana.

Dikir barat

Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan


dengan
pukulan rebana.

 Ghazal

Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan


iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
SENI MUZIK

Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang


menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-
bunyian. Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik.
Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian
yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik
sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan
pancaindera,penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan
MUZIK TRADISI WARISAN ISTANA:

Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :

a. Tradisi tinggi (great tradition)

b. Tradisi rendah (little tardition)

Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang


merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat
kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan
latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat
menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan
dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para
pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui
tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu
berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan
dalam gamelan termasuklah saron, bonang,kerompong, gendang dan gong.
TRADISI MUZIK RAKYAT:

Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah
dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan.

 Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada


minat anggota masyarakat itu sendiri.

Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu


daripada keluarganya.

 Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling


mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain.

 Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam


masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang
berunsur keislaman seperti dikir,ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
TRADISI MUZIK MELAYU YANG LAIN:

Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling
diwarisi dari zaman praislam.

Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik
seperti Gong, rebab, gendang dan serunai.

Di samping berbagai– bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda
kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam.

Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai
hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi.

 Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum
berkembang di alam melayu.

 Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang
mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan
yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di
Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.

You might also like