You are on page 1of 24

PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Bab ini akan memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan dengan sistem
perundangan Malaysia di mana setelah selesai membaca bab ini para pelajar akan lebih
memahami dan berupaya menerangkan perkara-perkara berikut:

 Apakah itu undang-undang?


 Klasifikasi undang-undang; undang-undang awam dan undang-undang
persendirian.
 Sumber Undang-Undang; bertulis dan tidak bertulis.
 Institusi Mahkamah; hirarki dan bidangkuasa.

1.1 APAKAH ITU UNDANG-UNDANG

Perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepada


siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan
masing-masing. Bagi seorang peguam, undang-undang itu suatu yang istimewa di mana
ianya merupakan peluang bagi mereka menawarkan kepakaran kepada pihak yang
mempunyai masaalah berkaitan dengan undang-undang. Bagi kebanyakan orang awam,
undang-undang mungkin merupakan suatu yang menyusahkan mereka apabila terpaksa
menuruti arahan-arahan dan peraturan-peraturan tertentu dalam menjalani kehidupan
harian mereka. Bagi ahli-ahli politik terutamanya yang menguasai kerajaan dan
menduduki badan perundangan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melihat
undang-undang sebagai suatu pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar
pemerintahan dan dengan itu berusaha membuat atau meminda undang-undang untuk di
sesuaikan dengan dasar-dasar tersebut. Bagi pihak polis pula, undang-undang bagi
mereka adalah sebagai satu sumber kuasa yang membolehkan mereka menahan orang-
orang yang melanggar undang-undang.

Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang membawa


maksud ‘suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk
mentadbir sesebuah masyarakat’. John Austin dalam bukunya The Province of
Jurisprudence Determined menyatakan bahawa undang-undang ialah ‘suatu kumpulan
arahan-arahan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang di perintah dan
di kuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yang
mengingkarinya’. John Salmond dalam bukunya Jurisprudence pula memberi definasi
undang-undang sebagai ‘kumpulan prinsip-prinsip yang di iktiraf dan di gunapakai oleh
sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah
suatu kumpulan peraturan yang di kuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi
menjaga keamanan dan keadilan.

Secara am nya undang-undang merupakan suatu kumpulan peraturan-peraturan


yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang di wujudkan oleh pemerintah dengan
tujuan untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu

1
atau kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil,
harmoni dan tenteram. Peraturan-peraturan ini di iktiraf dan di terima oleh masyarakat.
Masyarakat akur bahawa sebarang bentuk perlanggaran terhadap peraturan-peraturan ini
akan mengakibatkan mereka di kenakan tindakan berbentuk hukuman atau denda.
Berbeza dengan peraturan yang bersifat norma-norma budaya yang di ikuti dan di
amalkan dalam masyarakat yang tidak berkuatkuasa sebagai undang-undang,
perlanggaran ke atas nya tidak di kenakan denda atau hukuman akan tetapi pelaku-pelaku
tersebut mungkin di pandang serong atau mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling.

1.2 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang boleh di klasifikasikan kepada dua bentuk iaitu undang-undang


awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi mengatur
perhubungan di antara individu dengan Negara manakala undang-undang persendirian
yang juga di kenali sebagai undang-undang sivil berfungsi mengatur hubungan di antara
individu dengan individu yang lain. Contoh undang-undang awam dan undang-undang
persendirian adalah seperti senarai berikut:

Undang-Undang Awam

a. Undang-Undang Perlembagaan; mentakrifkan struktur kerajaan dan hak-hak asasi


rakyat atau individu di bawah pemerintahan nya.
b. Undang-Undang Pentadbiran; mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh
badan eksekutif atau pentadbiran kerajaan.
c. Undang-Undang Jenayah; menggariskan pelbagai jenis kesalahan yang mungkin di
lakukan oleh rakyat terhadap Negara serta denda atau hukuman yang menanti mereka
yang melakukan jenayah. Ianya bertujuan untuk menghalang rakyat dari melakukan
jenayah.

Undang-Undang Persendirian (Sivil)

a. Undang-Undang Kontrak; menggariskan hak dan tanggungjawab yang wujud


akibat perjanjian yang boleh di kuatkuasakan di sisi undang-undang.
b. Undang-Undang Tort; berkaitan dengan pemberian pampasan berikutan daripada
kecederaan peribadi atau kerosakan harta benda yang di akibatkan oleh kecuaian atau
perlanggaran hak peribadi atau harta seseorang individu oleh individu yang lain.
c. Undang-Undang Amanah; berkaitan dengan hak dan tanggung jawab serta
perhubungan di antara pemegang amanah dengan waris (beneficiary).
d. Undang-Undang Tanah; berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, hak-hak dan
tanggung jawab tuan punya tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syarat
dan sekatan ke atas tanah dan lain-lain.
e. Undang-Undang Keluarga; berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan
tanggung jawab ke atas harta dan anak-anak.
f. Undang-Undang Syarikat; berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat,
hak-hak dan tanggung jawab syarikat sebagai warganegara korporat yang mempunyai

2
entiti undang-undang yang berasingan, hak-hak dan tanggung jawab pemegang-
pemegang saham, pengarah-pengarah syarikat serta lain-lain.
g. Undang-Undang Perkongsian; berkaitan dengan hak dan tanggung jawab di antara
ahli-ahli perkongsian, di antara ahli perkongsian dengan pihak ke tiga, juga peraturan-
peraturan yang berkaitan dengan penubuhan, tempoh serta pembubaran perkongsian.
h. Undang-Undang Ejensi; berkaitan dengan perhubungan di antara prinsipal dan ejen.
Hak dan tanggung jawab prinsipal dan ejen. Bidang kuasa ejen, pewujudan dan
penamatan hubungan ejensi dan lain-lain.

Perbezaan ketara di antara undang-undang awam dan undang-undang persendirian


(sivil) ialah undang-undang awam melibatkan hubungan di antara kerajaan dengan rakyat
manakala undang-undang persendirian (sivil) pula melibatkan hubungan di antara rakyat
dengan rakyat. Oleh sebab itu jika kita perhatikan dalam kes-kes mahkamah yang
melibatkan undang-undang awam contoh nya undang-undang jenayah, perbicaraan yang
di jalankan adalah di antara pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau
pegawai pendakwa dari pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalankan prosiding
jenayah atau pendakwaan keatas individu-individu yang melanggar undang-undang
jenayah tersebut. Manakala dalam undang-undang persendirian (sivil) seperti kes-kes
yang melibatkan perselisihan di antara dua pihak berkaitan dengan kontrak perjanjian,
perbicaraan adalah di antara dua pihak yang bersengketa tersebut. Selalunya dengan di
wakili oleh peguam masing-masing. Tindakan undang-undang ini di panggil sebagai
prosiding sivil di mana pihak yang mendakwa di panggil sebagai plaintif manakala pihak
yang di dakwa di panggil sebagai defendan. Dalam kes-kes rayuan, pihak yang membuat
rayuan di panggil sebagai appellant manakala pihak yang bertentangan di panggil
sebagai responden. Maknanya appellant dan responden dalam kes rayuan boleh jadi
plaintif atau defendan dalam kes asal bergantung kepada keputusan hakim yang berpihak
kepada siapa dalam perbicaraan asal kes berkenaan.

Gambarajah 1.1 di bawah menunjukkan pembahagian pelbagai jenis undang-undang


secara ringkas.

3
U n d a n g -U n d a n g

U n d a n g -U n d a n g U n d a n g -U n d a n g
Aw am P e r s e n d ir ia n

P e r le m b a g a a n P e n t a d b ir a n Jenayah K o n tra k T o rt Am anah Tanah K e lu a r g a

J u a la n E je n s i P e r k o n g s ia n S y a rik a t
B a ra n g -B a ra n g

B il P e r t u k a r a n

In s u r a n

S e w a B e li

Undang-Undang Perdagangan

Undang-undang perdagangan bukanlah suatu cabang undang-undang yang


berasingan. Ianya merupakan suatu kumpulan undang-undang yang berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti perdagangan. Undang-undang ini berfungsi mengatur perhubungan di
antara kalangan yang melibatkan diri dalam urusan perniagaan. Undang-undang ini
merupakan sebahagian daripada undang-undang persendirian (sivil) yang merangkumi di
antaranya; undang-undang kontrak; undang-undang ejensi; undang-undang sewa-beli;
undang-undang jualan barang-barang; undang-undang syarikat; undang-undang insuran;
undang-undang hak cipta; undang-undang perbankan dan institusi kewangan; undang-
undang bil pertukaran dan lain-lain.

1.3 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sumber undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan
sumber tidak bertulis. Sumber bertulis merupakan sumber yang paling penting kepada
undang-undang Malaysia. Ianya adalah undang-undang yang di gubal oleh badan
perundangan iaitu Parlimen di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi
peringkat negeri. Ia di kenali sebagai sumber bertulis kerana sifatnya yang menggariskan
peraturan undang-undang dalam bentuk bertulis, nyata, spesifik dan tetap. Sumber
undang-undang bertulis adalah seperti berikut:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Perlembagaan Negeri

4
c. Perundangan Persekutuan
d. Perundangan Negeri
e. Perundangan Subsidiari

Sumber tidak bertulis pula merupakan jenis undang-undang yang tidak terdapat
dalam bentuk tulisan iaitu ianya tidak di gubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri, juga tidak terdapat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri. Sumber undang-
undang tidak bertulis adalah seperti berikut;

a. Undang-Undang Inggeris
b. Undang-Undang Islam
c. Undang-Undang Adat
d. Keputusan Kehakiman

Gambarajah 1.2 berikut menerangkan berkaitan pembahagian sumber undang-undang


Malaysia:

S u m b e r U n d a n g -U n d a n g
M a la y s ia

U n d a n g - U n d a n g B e r tu lis U n d a n g - U n d a n g T id a k B e r t u lis
( S ta tu t) (C o m m o n L a w )

P e rle m b a g a a n A k ta P a r lim e n U n d a n g -U n d a n g K e p u tu s a n U n d a n g -U n d a n g
P e rs e k u tu a n S u b s id ia r i H a k im Adat
P e rle m b a g a a n E nakm en U n d a n g -U n d a n g U n d a n g -U n d a n g
N e g e ri N e g e ri C om m on Law & Is la m
E k u it i I n g g e r is

1.3.1. Sumber Undang-Undang Bertulis

Perlembagaan Persekutuan

Malaysia adalah sebuah persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri dan
mempunyai sebuah perlembagaan bertulis yang di kenali sebagai perlembagaan
peresekutuan. Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
Artikel 4(1) perlembagaan persekutuan menyatakan ‘perlembagaan ini adalah undang-
undang teragung persekutuan dan mana-mana undang-undang yang di luluskan selepas
hari kemerdekaan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat
mana percanggahan tersebut’. Badan perundangan iaitu Parlimen yang menggubal atau
meminda undang-undang di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di
peringkat negeri adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang di tetapkan oleh
perlembagaan persekutuan. Perkara ini di jelaskan oleh Atikel 73 iaitu ‘Dalam
menggunakan kuasa legislatif yang di turunkan oleh perlembagaan’:

5
a) Parlimen boleh menggubal undang-undang untuk seluruh atau mana-mana
bahagian persekutuan dan undang-undang itu berkesan di luar dan di dalam
persekutuan.

b) Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang untuk seluruh atau


mana-mana bahagian negeri itu.

Perlembagaan Persekutuan juga melalui Artikel 74 menetapkan bidang kuasa


kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam mentadbir pemerintahan dengan
menyediakan senarai persekutuan yang menyenaraikan perkara-perkara yang tertakluk di
bawah bidang kuasa persekutuan, senarai negeri yang menyenaraikan perkara-perkara
yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan senarai bersama yang
menyenaraikan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggung jawab bersama
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Berikut adalah di senaraikan secara ringkas
perkara-perkara yang termasuk dalam senarai-senarai tersebut:

Senarai Persekutuan (Senarai I, Jadual Sembilan)

 Hal ehwal luar negeri


 Pertahanan
 Keselamatan dalam negeri
 Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan
 Pilihanraya
 Kewangan
 Perdagangan, komersial dan perusahaan
 Perkapalan, pelayaran dan perikanan
 Perhubungan dan pengangkutan
 Kajian, siasatan dan penyelidikan termasuk banci, suruhanjaya siasatan dll.
 Pendidikan
 Perkhidmatan hospital dan kesihatan
 Buruh dan keselamatan social
 Kebajikan orang-orang asli
 Perkara-perkara yang berhubung dengan Wilayah Persekutuan

Senarai Negeri (Senarai II, Jadual Sembilan)

 Undang-undang syariah dan adat istiadat Melayu


 Hal ehwal tanah
 Pertanian dan perhutanan
 Kerajaan tempatan
 Pengurusan bekalan air
 Jentera pentadbiran kerajaan negeri
 Hari kelepasan negeri
 Penyu dan perikanan sungai

6
 Perpustakaan, muzium, rekod purbakala.

Senarai Bersama (Senarai III, Jadual Sembilan)

 Kebajikan masyarakat
 Biasiswa
 Hidupan liar dan taman negara
 Perkhidmatan haiwan
 Perancangan bandar dan desa
 Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar
 Kesihatan awam dan kebersihan
 Perparitan dan pengairan
 Pemulihan tanah lombong dan tanah yang binasa oleh hakisan
 Langkah-langkah keselamatan kebakaran, pembinaan dan penyelenggaraan
bangunan
 Kebudayaan dan sukan
 Perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan perumahan
 Undang-undang berkaitan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah,
pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau
mewarisi harta berwasiat atau tak berwasiat.
 Perkapalan yang beratnya kurang daripada 15 tan.
 Pengeluaran, pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang di jana oleh
kuasa air
 Penyelidikan pertanian dan perhutanan
 Panggung wayang dan tempat hiburan awam
 Pilihanraya bagi dewan negeri

Seperti yang di nyatakan sebelum ini, Perlembagaan Persekutuan merupakan


undang-undang tertinggi Negara. Di samping menggariskan bidang kuasa persekutuan
dan negeri ianya juga menetapkan hak-hak asasi individu yang menjadi rakyat negara ini.
Peruntukan-peruntukan perlembagaan ini hanya boleh di pinda jika mendapat sokongan
majoriti dua-pertiga daripada ahli kedua-dua dewan parlimen. Berbeza dengan pindaan
ke atas undang-undang biasa yang cuma memerlukan sokongan majoriti mudah dari ahli
ke dua-dua dewan parlimen.

Perlembagaan Negeri

Setiap 13 buah negeri di dalam Persekutuan Malaysia mempunyai perlembagaan


masing-masing yang mengatur dan mengawal perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Perlembagaan negeri mempunyai peruntukan-peruntukan penting yang di
senaraikan dalam jadual ke lapan Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan ini
termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pertabalan dan kuasa pemerintah
(Sultan, Yam Tuan Besar, Raja) dalam konteks pemerintahan raja berperlembagaan,
perlantikan menteri besar, pembentukan dan pembubaran dewan undangan negeri,
persidangan dewan undangan negeri, majlis mesyuarat negeri, peruntukan kewangan

7
negeri, kakitangan kerajaan negeri dan pindaan ke atas perlembagaan negeri. Artikel 71
perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa jika peruntukan-peruntukan penting ini
tiada atau bercanggah dengan perlembagaan persekutuan maka parlimen berhak untuk
membuat atau meminda peruntukan-peruntukan tersebut.

Perundangan Persekutuan

Undang-undang bertulis yang di gubal dan di luluskan oleh badan perundangan


persekutuan iaitu parlimen selepas 1946 sehingga kemerdekaan pada tahun 1957 adalah
di kenali sebagai ordinan manakala undang-undang yang di gubal oleh parlimen selepas
kemerdekaan di kenali sebagai akta. Contoh perundangan persekutuan adalah seperti;
Ordinan Kontrak 1950 yang kini di kenali sebagai Akta Kontrak 1950 selepas semakan
pada tahun 1974; Akta Syarikat 1965; Akta Sewa Beli 1967; Akta Perkongsian 1961;
Akta Jualan Barang-Barang 1957 dan lain-lain. Parlimen dalam menggubal undang-
undang adalah tertakluk kepada perlembagaan persekutuan di mana mereka hanya
mempunyai kuasa penggubalan undang-undang bagi perkara-perkara di dalam senarai I
iaitu senarai persekutuan dan senarai III iaitu senarai bersama, jadual 9 perlembagaan
persekutuan.

Perundangan Negeri

Undang-undang bertulis yang di gubal dan di luluskan oleh badan perundangan


negeri iaitu dewan undangan negeri di semua negeri kecuali Sarawak di kenali sebagai
enakmen. Di Sarawak ianya di kenali sebagai ordinan. Selain daripada itu perkataan
ordinan juga di guna pakai bagi undang-undang yang di buat oleh Yang Di Pertuan
Agong semasa tempoh darurat apabila parlimen tidak bersidang. Sepertimana parlimen
yang tertakluk kepada perlembagaan persekutuan, dewan undangan negeri dalam
menggubal dan meluluskan undang-undang adalah tertakluk kepada perlembagaan
negeri. dewan undangan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal dan meluluskan
undang-undang bagi perkara-perkara yang termaktub dalam senarai II iaitu senarai negeri
dan senarai III iaitu senarai bersama, jadual 9 perlembagaan persekutuan. Perkara yang
tidak termaktub dalam mana-mana senarai di jadual 9, adalah di dalam bidang kuasa
negeri. Berikut adalah beberapa contoh undang-undang bertulis negeri iaitu Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam Terengganu 1955; Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Kelantan 1983; Enakmen Undang-Undang Islam Selangor 1984 yang
terpakai dan berkuat kuasa di dalam wilayah pentadbiran negeri-negeri berkenaan sahaja.
Undang-undang yang di gubal oleh badan perundangan samada parlimen atau dewan
undangan negeri juga di kenali sebagai undang-undang statut. Undang-undang statut
merupakan sumber undang-undang yang penting berbanding dengan sumber-sumber lain
kerana ianya di gunakan secara meluas dalam memansuh, meminda, menggubal dan
menyusun semula undang-undang yang di gunapakai dari sumber-sumber tidak bertulis
seperti keputusan kehakiman dan undang-undang common law dan ekuiti Inggeris.

8
Perundangan Subsidiari

Perundangan subsidiari juga di kenali sebagai perundangan perwakilan atau


perundangan subordinate. Ianya merupakan suatu bentuk undang-undang bertulis yang di
gubal dan di luluskan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti Yang Di Pertuan
Agong, menteri-menteri dan pihak berkuasa tempatan melalui kuasa yang di peruntukkan
kepada mereka oleh akta-akta parlimen dan enakmen-enakmen dewan undangan negeri.
Perundangan subsidiari ini di wujudkan untuk menjimatkan masa parlimen dan dewan
undangan negeri dimana badan-badan perundangan ini boleh menumpukan lebih masa
untuk membincangkan dan menangani isu-isu kepentingan nasional lain yang lebih
utama. Kuasa penggubalan undang-undang ini di perturunkan kepada badan-badan dan
pihak-pihak yang lebih pakar dan berupaya memperinci setiap sudut kepentingan dan
kesan undang-undang yang di luluskan terhadap orang ramai dan kerajaan. Dalam
keadaan-keadaan kecemasan, kerajaan perlu bertindak pantas. Oleh itu dalam keadaan-
keadaan tersebut adalah perlu bagi Yang Di Pertuan Agong atau Perdana Menteri atau
menteri-menteri di berikan kuasa oleh badan perundangan untuk mengeluarkan arahan-
arahan atau perintah-perintah tertentu dalam menangani keadaan supaya kembali
terkawal. Undang-undang subsidiari ini adalah lebih fleksibel dan mudah di sesuaikan
untuk menangani kepentingan semasa, kepentingan setempat dan kepentingan ramai.
Contoh undang-undang subsidiari ini adalah seperti undang-undang yang di keluarkan
oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran
dan Majlis Daerah berkaitan dengan peraturan-peraturan tempat letak kereta, cukai pintu,
pelesenan premis perniagaan, hiburan serta lain-lain aspek berkaitan dengan pentadbiran
kerajaan tempatan. Contoh lain adalah seperti kod etika tata-laku bagi badan-badan
profesional seperti doktor, jurutera, peguam, arkitek, akauntan dan lain-lain lagi.

1.3.2. Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis

Undang-Undang Inggeris

Sebagai bekas tanah jajahan Inggeris, prinsip common law dan undang-undang
ekuiti Inggeris adalah merupakan sumber undang-undang tidak bertulis yang di
gunapakai secara meluas dalam sistem undang-undang di Malaysia semasa baru
mencapai kemerdekaan dan sehingga kini pengaruh nya masih tetap wujud walau pun
telah banyak berkurangan. Common law Inggeris mula terbentuk di England pada zaman
pertengahan melalui keputusan yang di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan.
Dengan kemunculan raja-raja yang sangat berkuasa, kerajaan yang kuat, kewujudan
sistem kehakiman yang berpusat serta dengan adanya kumpulan kerani undang-undang
yang profesional menyimpan semua rekod-rekod berkaitan keputusan yang telah di buat
oleh hakim-hakim dalam perbicaraan mahkamah telah memungkinkan wujud nya
undang-undang yang seragam dan sama (common) untuk seluruh England. Undang-
undang ekuiti pula ialah cabang undang-undang yang di tadbir oleh Lord Chancellor
sebagai wakil raja melalui pejabatnya yang kemudian di kenali sebagai mahkamah
chancery yang berfungsi melihat isu undang-undang dari perspektif ekuiti iaitu keadilan
dan kesaksamaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian. Ianya berbeza

9
dengan konsep common law yang lebih terikat kepada peraturan-peraturan atau keputusan
kehakiman yang terdahulu tanpa mengira samada ianya adil atau tidak. Jika terdapat
konflik di antara common law dan undang-undang ekuiti, maka peraturan undang-undang
ekuiti akan di guna pakai.

Namun demikian tidak semua undang-undang Inggeris di terima pakai di


Malaysia. Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia pada hari ini adalah tertakluk
kepada seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Di Semak 1972), manakala
seksyen 5(1) akta yang sama memberi perhatian khusus berkaitan pemakaian undang-
undang perdagangan Inggeris di Malaysia.

Seksyen 3. Pemakaian Common Law U.K., undang-undang ekuiti dan statut-statut


tertentu.
(1).Kecuali jika ada peruntukan yang telah di buat atau yang bakal di buat oleh mana-
mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, mahkamah hendaklah –

(a) Di Malaysia Barat atau mana-mana bahagian daripada nya memakai common
law England dan undang-undang ekuiti sebagaimana yang di jalankan di
England pada 7 April 1956.

(b) Di Sabah memakai common law England dan undang-undang ekuiti bersama
dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau berkuatkuasa di
England pada 1 Disember 1951.

(c) Di Sarawak memakai common law England dan undang-undang ekuiti,


bersama dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau
berkuatkuasa di England pada 12 Disember 1949, … … …

Peruntukan seksyen 3(1) di atas telah membangkitkan banyak percanggahan


tafsiran di kalangan pengamal dan cerdik pandai undang-undang berkaitan dengan
ketidak-seragaman tarikh serta ketiadaan pemakaian statut bagi Malaysia Barat
berbanding dengan pemakaian statut di Sabah dan Sarawak. Namun demikian kita
tinggalkan perbincangan berkaitan dengan perkara tersebut kerana ianya di luar skop
modul ini.

Apa yang penting untuk kita ketahui di sini ialah kesan seksyen 3(1) di atas
terhadap pemakaian undang-undang Inggeris ialah, di Malaysia Barat undang-undang
Inggeris iaitu common law dan ekuiti yang wujud sebelum 7 April 1956 adalah di pakai.
Di Sabah dan Sarawak pula, Undang-undang Inggeris iaitu common law, ekuiti dan statut
yang wujud sebelum 1 Disember 1951 bagi Sabah dan sebelum 1 Disember 1949 bagi
Sarawak adalah di pakai.

Walau bagaimana pun pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia adalah


tertakluk kepada dua keadaan iaitu:

10
 Ketiadaan undang-undag bertulis tempatan yang boleh di gunapakai dalam
menangani masaalah undang-undang yang berbangkit. Undang-undang Inggeris
hanyalah sebagai pengisi kekosongan (lacuna) yang wujud dalam sistem undang-
undang Malaysia.

 Hanya undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana


tempatan sahaja yang akan di gunapakai.

Seksyen 5 (1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Di Semak 1972) memberi perhatian
khusus terhadap pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di Malaysia.

Seksyen 5. Pemakaian Undang-Undang Inggeris Dalam Hal Ehwal Perdagangan;

(1) Di dalam semua persoalan atau isu-isu yang timbul atau yang perlu di putuskan
dalam negeri-negeri di Malaysia Barat selain negeri-negeri Melaka dan Pulau
Pinang yang berkaitan dengan undang-undang perkongsian, syarikat-syarikat,
perbankan, prinsipal dan ejen, pengangkutan udara, darat dan laut, insuran marin,
purata, insuran hayat dan kebakaran dan yang berkaitan dengan undang-undang
perdagangan secara umum, undang-undang yang terpakai adalah sama dengan
yang di gunapakai di England dalam kes-kes serupa pada masa berkuatkuasa nya
akta ini, jika persoalan atau isu-isu telah timbul atau telah di putuskan di England
melainkan dalam mana-mana kes, peruntukan lain telah atau akan di buat oleh
mana-mana undang-undang bertulis.

Implikasi daripada seksyen 5(2) ini kepada pengunaan prinsip undang-undang


perdagangan Inggeris di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah
prinsip undang-undang perdagangan Inggeris akan terus terpakai di negeri-negeri tersebut
jika tiada undang-undang tempatan yang dapat di rujuk untuk menyelesaikan masaalah
berkaitan dengan undang-undang perdagangan. Namun demikian dengan ada nya statut-
statut tempatan berkaitan urusan perdagangan yang telah banyak di luluskan oleh badan
perundangan seperti Akta Syarikat 1965 (Di semak 1973), Akta Perkongsian 1961 (Di
Semak 1974), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, Akta Kontrak 1950 (Di Semak
1974), Akta Insurans 1963 (Di Semak 1972) dan lain-lain lagi, maka tidak lagi wujud
kebergantungan penuh kepada prinsip undang-undang perdagangan Inggeris bagi negeri-
negeri ini.

Undang-Undang Islam

Undang-undang Islam atau juga di kenali sebagai undang-undang syariah adalah


salah satu sumber undang-undang Malaysia. Pengaruh undang-undang Islam di Malaysia
telah bertapak sejak kurun ke 15 dengan ketibaan Islam di Melaka. Teks undang-undang
Melayu terawal seperti undang-undang Melaka dan ikhtisar undang-undang Pahang
menggunakan prinsip-prinsip asas undang-undang Islam. Semasa penjajahan Inggeris
undang-undang Islam di iktiraf oleh mereka apabila wujudnya Ordinan Perkahwinan
Mohamedan 1880. Ordinan ini menggariskan prosedur-prosedur berkaitan pendaftaran
perkahwinan dan perceraian, harta dan lain-lain yang berkuatkuasa ke atas orang-orang

11
Islam. Ordinan ini terus berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka sehingga 1959.
Mahkamah semasa penjajahan Inggeris juga mengiktiraf undang-undang Islam. Ini di
buktikan oleh kes Ramah v Laton (1927) 6, F.M.S.L.R., 128. Dalam kes ini Mahkamah
Rayuan memutuskan bahawa dalam negeri-negeri Melayu bersekutu, undang-undang
Islam adalah bukan undang-undang asing tetapi merupakan undang-undang tempatan
yang berkuatkuasa dalam negeri tersebut. Pada hari ini, pemakaian undang-undang Islam
di Malaysia adalah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 3 yang
memperuntukkan bahawa ‘Islam sebagai agama persekutuan’. Perlembagaan Persekutuan
melalui jadual sembilan telah dengan jelas memperuntukkan uandang-undang Islam di
bawah bidangkuasa badan perundangan negeri. Badan perundangan negeri berkuasa
menggubal perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang Islam dan juga kuasa untuk
menubuhkan mahkamah syariah bagi mentadbir undang-undang Islam di negeri masing-
masing. Mahkamah syariah mempunyai hirarki nya yang tersendiri. Perkara 121, fasal
(1A) perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai
kuasa terhadap apa-apa perkara yang telah di peruntukkan sebagai di bawah bidangkuasa
mahkamah syariah. Walau bagaimana pun, bidangkuasa mahkamah syariah adalah
terbatas. Undang-undang Islam cuma boleh di kuatkuasakan kepada orang-orang Islam
sahaja dan tidak ke atas orang-orang bukan Islam. Misalnya dalam kes-kes penjagaan
anak, jika salah seorang samada ibu atau bapa bukan beragama Islam maka kes tersebut
akan dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya di mahkamah syariah. Bagi kes
tangkapan khalwat yang melibatkan pasangan yang terdiri daripada orang islam dan
orang bukan islam, pertuduhan hanya di kenakan ke atas yang beragama islam sahaja
manakala yang bukan beragama islam akan lepas bebas.

Undang-Undang Adat

Adat dan tradisi yang di amalkan sejak turun temurun oleh penduduk-penduduk
tempatan di Malaysia adalah juga merupakan sumber undang-undang Malaysia.
Mengikut Abdul Monir (1989) syarat-syarat asas untuk sesuatu adat dan tradisi itu boleh
di sahkan sebagai undang-undang yang berkuatkuasa dalam sesuatu masyarakat ialah:

 Sesuatu adat itu mestilah di buktikan wujud dan di amalkan oleh sebahagian
besar masyarakat.

 Sesuatu adat itu mestilah di buktikan telah menjadi amalan sejak turun temurun
dan pengamalan adat tersebut mestilah secara tetap dan berterusan.

 Sesuatu adat itu mestilah sah mengikut undang-undang, perlu di sisi undang-
undang, munasabah dan nyata atau tertentu.

Di Malaysia, adat-adat penting yang menjadi sumber undang-undang ialah


seperti adat orang-orang Melayu, adat natif Sarawak dan adat natif Sabah. Adat orang-
orang Melayu terbahagi kepada dua iaitu adat temenggung dan adat perpatih. Adat
temenggung menjadi amalan di kebanyakan negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah
Naning di Melaka yang mengamalkan adat perpatih. Adat temenggung lebih
mementingkan lelaki, mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga dan dalam hal pewarisan

12
harta, lelaki mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Undang-undang adat
temenggung adalah bersifat kekerasan. Contohnya seorang yang membunuh akan di
hukum bunuh. Adat temenggung juga mengamalkan autokrasi di mana semua kuasa
terletak dalam tangan pemerintah. Adat perpatih pula lebih mengutamakan golongan
wanita. Ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta dan jurai keturunan yang di
perturunkan hanya melalui wanita. Undang-undang adat perpatih lebih bersifat
pemulihan. Contohnya jika seseorang itu di lukakan dia akan di beri ganti rugi dalam
bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya
bahawa orang yang melakukan kesalahan boleh mengubah perangai mereka. Undang-
undang adat perpatih ini mempunyai ciri-ciri demokrasi iaitu orang ramai di lindungi oleh
undang-undang dan pemerintah sendiri pun tertakluk kepada undang-undang.

Di Sarawak undang-undang adat penduduk tempatan di tadbirkan melalui


Ordinan (Peristiharan) Adat Natif 1996. Ordinan ini menyusun undang-undang adat Iban,
adat Bidayuh dan adat Kayan-Kenyah. Adat-adat lain seperti Lun Bawang, Kelabit,
Kajang, Renan, Bisaya dan Melanau Liko masih dalam proses penyusunan. Di antara
adat-adat yang di sebutkan di atas, adat Iban adalah lebih menonjol dan di gunakan secara
meluas sebagai undang-undang adat di kalangan kaum tersebut di Sarawak.

Adat Iban lebih tertumpu di bahagian ke dua negeri Sarawak di mana sebahagian
besar orang-orang Iban menetap. Orang-orang Iban juga terdapat di bahagian pertama.
Ketiga, keempat dan kelima dalam jumlah yang lebih kecil. Adat Iban merangkumi
hampir keseluruhan aspek kehidupan orang-orang Iban. Sebahagian daripada adat-adat
Iban yang di iktiraf sebagai undang-undang ialah seperti perkara-perkara yang berkaitan
dengan pentadbiran, perkahwinan, pengambilan anak angkat, sumbang mahram, harta
dan tort. Di Sarawak terdapat mahkamah natif yang mempunyai hirarki yang tersendiri
yang membicarakan kes-kes yang melibatkan undang-undang adat natif mengikut
bidangkuasa masing-masing.

Di Sabah suatu siri susunan undang-undang yang di sediakan oleh G.C. Wooley
dalam tahun 30an menggariskan prinsip-prinsip asas adat masyarakat tempatan seperti
adat Tuaran, adat Dusun, adat Murut, adat Kwijan dan Timogun. Perkara-perkara penting
yang menjadi amalan adat penduduk-penduduk asal ini yang di terima sebagai undang-
undang ialah seperti peraturan pentadbiran, perkahwinan, pengambilan anak angkat,
sumbang mahram dan hal-hal yang berkaitan dengan harta. Seperti di Sarawak, di Sabah
juga terdapat mahkamah natif dengan hirarki yang tersendiri mempunyai bidangkuasa
membicarakan kes-kes yang melibatkan undang-undang adat natif.

Keputusan Kehakiman

Keputusan-keputusan yang di buat oleh hakim yang di simpan secara kemas dan
sistematik yang menjadi rujukan untuk kes-kes yang berikutnya telah melahirkan sistem
common law England serta negara-negara lain yang memakai sistem undang-undang
yang sama seperti England. Keputusan kehakiman atau doktrin duluan kehakiman
(doctrine of judicial precedent) merupakan salah satu sumber undang-undang Malaysia
yang tidak bertulis. Keputusan yang di buat oleh seseorang hakim dalam perbicaraan kes

13
di mahkamah yang di asaskan kepada prinsip undang-undang yang tertentu akan
mengubah undang-undang yang sedia ada atau mewujudkan suatu undang-undang baru.
Walau bagaimana pun hakim-hakim tidak boleh membuat keputusan dengan sewenang-
wenang sahaja, mereka terikat dengan peraturan stare decisis iaitu mestilah berpandukan
kepada prinsip undang-undang dalam kes-kes yang telah di putuskan oleh mahkamah
yang lebih tinggi atau pun keputusan-keputusan mahkamah di hirarki dan bidangkuasa
yang sama. Menurut Ahmad Ibrahim et.al (1987) peraturan stare decisis menetapkan
bahawa doktrin duluan kehakiman mengikat dalam dua cara iaitu:

i) Keputusan mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi dalam kes-kes yang


serupa akan mengikat mahkamah-mahkamah yang lebih rendah hirarki
daripadanya. Keputusan mahkamah rendah tidak mengikat mahkamah
yang lebih tinggi hirarki daripadanya.

ii) Mahkamah yang sama atau di hirarki dan bidangkuasa yang sama terikat
kepada keputusan-keputusan yang di buat terdahulu samada oleh hakim
yang lain sebelumnya atau mahkamah lain yang sama taraf dengan nya.
Contoh nya keputusan mahkamah Agong (dalam struktur hirarki
mahkamah yang lama) adalah mengikat mahkamah Rayuan (dalam
struktur hirarki mahkamah yang baru)

Tidak semua perkara yang di sebut oleh hakim semasa penghakiman akan
menjadi suatu yang mengikat. Hujahan penghakiman seseorang hakim boleh di
bahagikan kepada dua kategori iaitu ratio decidendi dan obiter dictum. Ratio decidendi
bermakna alasan dalam membuat keputusan. Alasan-alasan yang di gunakan oleh hakim
dalam membuat keputusan penghakimannya adalah berpandukan prinsip-prinsip dan
peraturan-peraturan undang-undang yang utama. Ratio decidendi inilah yang mengikat
keputusan kes-kes terkemudian di mahkamah yang sama atau mahkamah yang lebih
rendah hirarkinya. Obiter dictum adalah merujuk kepada komen sampingan yang tidak
relevan dengan keputusan kes yang di sampaikan oleh hakim semasa penghakiman.
Obiter dictum bukanlah suatu yang mengikat. Untuk membezakan di antara ratio
decidendi dan obiter dictum memerlukan tahap kepakaran undang-undang yang tinggi,
oleh itu elok kita tinggalkan perbincangan berkaitan dengannya kepada mereka yang
lebih pakar. Keputusan kehakiman boleh di dapati dalam pelbagai lapuran undang-
undang. Untuk kes-kes di Malaysia kita boleh dapatkan keputusan-keputusan hakim
dalam lapuran-lapuran berikut:

Singkatan Tajuk Tarikh Kawasan


C.L.J Current Law Journal 1981-semasa Malaysia
F.M.S.L.R. Federated Malay State Law Report 1906-1941 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
M.L.J. Malayan Law Journal 1932-semasa Malaysia, Singapura dan Brunei

14
1.4 INSTITUSI MAHKAMAH

Adalah penting untuk kita mengetahui berkenaan dengan hirarki serta bidang -
kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia supaya kita lebih memahami bagaimana ianya
berfungsi serta apakah bidang kuasa setiap mahkamah dalam menjalankan proses
pentadbiran keadilan di negara kita. Dengan berkuatkuasanya Akta Perlembagaan
(Pindaan) 1994 yang mulai berkuatkuasa pada 24 Jun 1994, susunan hirarki mahkamah
adalah sebagaimana gambarajah 1.3 di bawah:

Gambarajah 1.3, Susunan Hirarki Mahkamah Malaysia.

M ahkam ah
P e rs e k u tu a n

M ahkam ah
M ahkam ah R ayuan
A ta s

M a h k a m a h T in g g i M a h k a m a h T in g g i
M a la y a S a b a h & S a ra w a k

M ahkam ah M ahkam ah
S esyen S esyen

M ahkam ah M ahkam ah M ahkam ah M ahkam ah


M a jis tr e t Juvana M a jis tr e t Juvana

M ahkam ah
Rendah

M a h k a m a h T u n tu ta n M a h k a m a h T u n tu ta n
K e c il K e c il

M ahkam ah
P e n g h u lu

15
Susunan hirarki mahkamah-mahkamah di atas boleh di bahagikan kepada dua
iaitu mahkamah atas yang terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Tinggi Malaya serta Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah
rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah
Juvana, Mahkamah Tuntutan Kecil dan Mahkamah Penghulu. Sebelum kita teruskan
perbincangan berkaitan dengan susunan hirarki dan bidang kuasa mahkamah yang
terkini, elok juga kita lihat dahulu susunan hirarki mahkamah yang berkuatkuasa sebelum
ini supaya kita akan memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan doktrin duluan
kehakiman serta perjalanan kes-kes yang telah di putuskan di mahkamah yang
melibatkan rayuan-rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Gambarajah 1.4, Susunan Hirarki Mahkamah Sebelum 1 Januari 1987

M a jlis P r iv i

M ahkam ah
P e rs e k u tu a n

M a h k a m a h T in g g i M a h k a m a h T in g g i
M a la y a B o rn e o

M ahkam ah M ahkam ah
S esyen S esyen

M ahkam ah M ahkam ah
M a jis tr e t M a jis tr e t

M ahkam ah
P e n g h u lu

16
Gambarajah 1.5, Susunan Hirarki Mahkamah Dari 1 Januari 1987 Hingga 23 Jun 1994

M ahkam ah
Agong

M a h k a m a h T in g g i M a h k a m a h T in g g i
M a la y a B o rn e o

M ahkam ah M ahkam ah
S esyen S esyen

M ahkam ah M ahkam ah
M a jis tr e t M a jis tr e t

M a h k a m a h T u n tu ta n M a h k a m a h T u n tu ta n
K e c il K e c il

M ahkam ah
P e n g h u lu

Pada tempoh di antara 1 Januari 1987 hingga 23 Jun 1994, struktur mahkamah
hanya mempunyai satu peringkat rayuan sahaja iaitu Mahkamah Agong. Pindaan
perlembagaan pada tahun 1994 adalah bertujuan untuk mewujudkan semula dua
peringkat rayuan sepertimana yang di amalkan sebelum 1 Januari 1987 iaitu dengan
kewujudan Mahkamah Persekutuan dan Majlis Privi yang berfungsi mendengar rayuan-
rayuan bersabit dengan kes-kes yang di putuskan di Mahkamah Tinggi. Selepas pindaan
perlembagaan 1994, Mahkamah Agong telah di namakan semula sebagai Mahkamah
Persekutuan Malaysia. Mahkamah Rayuan yang mempunyai hirarki yang lebih rendah
daripadanya telah di wujudkan. Mahkamah Tinggi Malaya di kekalkan namanya
manakala Mahkamah Tinggi Borneo di tukarkan kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan

17
Sarawak. Struktur hirarki mahkamah-mahkamah rendah adalah kekal sepertimana
sebelumnya.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan juga mahkamah


rayuan terakhir untuk kes-kes sivil dan juga jenayah di Malaysia. Ianya di ketuai oleh
Ketua Hakim Negara yang juga merupakan pemegang kuasa tertinggi badan kehakiman
Malaysia. Setiap perbicaraan di Mahkamah Persekutuan akan di dengar oleh satu korum
yang mengandungi tidak kurang daripada tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan atau
jumlah ganjil lain yang lebih besar sepertimana yang di putuskan oleh Ketua Hakim
Negara mengikut keperluan kes-kes tertentu. Dalam kes-kes yang melibatkan isu undang-
undang yang rumit, jumlah hakim yang bersidang mungkin bertambah kepada lima atau
tujuh orang. Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti
hakim-hakim yang bersidang. Sebagai mahkamah yang tertinggi, keputusan yang di buat
oleh Mahkamah Persekutuan merupakan ketetapan terakhir berhubung perselisihan di
antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada lagi rayuan boleh di buat ke atas keputusan yang
di berikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidangkuasa


Mahkamah Persekutuan adalah sepertimana berikut:

 Bidangkuasa Rayuan
 Bidangkuasa Asal
 Bidangkuasa Rujukan
 Bidangkuasa Penasihat

Bidangkuasa Rayuan

Sebahagian besar tugas Mahkamah Persekutuan adalah berkaitan dengan bidang


kuasa rayuan. Mahkamah Persekutuan mendengar kes-kes rayuan bersabit keputusan
yang di buat oleh Mahkamah Rayuan yang di bawa di hadapan nya. Dalam kes-kes
jenayah, pihak pendakwaraya boleh membuat rayuan terhadap pembebasan atau
hukuman yang telah di putuskan oleh Mahkamah Rayuan. Manakala pihak yang di
persalahkan pula boleh membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan atau hukuman
berdasarkan peraturan undang-undang atau fakta atau campuran kedua-dua nya. Perayu
dalam kes-kes sivil boleh merujuk kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan
berdasarkan kepada peraturan undang-undang atau berdasarkan kepada penerimaan atau
penolakan bukti oleh mahkamah yang lebih rendah dalam struktur hirarki. Rayuan
kepada Mahkamah Persekutuan adalah melalui perbicaraan semula. Mahkamah
Persekutuan mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan bukti-bukti lanjut melalui
affidavit (keterangan bersumpah secara bertulis), deposition (keterangan bersumpah
secara lisan di mahkamah) dan juga melalui pemeriksaan lisan di mahkamah.

18
Kebenaran Mahkamah Persekutuan mesti lah terlebih dahulu di perolehi sebelum
sesuatu kes yang telah di putuskan oleh Mahkamah Rayuan di rayu kepada Mahkamah
Persekutuan dalam keadaan-keadaan:

i) Di mana jumlah atau nilai perkara yang menjadi pertikaian (tidak termasuk
faedah) adalah RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) atau lebih
atau rayuan melibatkan secara langsung atau tidak langsung, tuntutan keatas
harta atau hak-hak sivil dengan jumlah dan nilai yang sama.

ii) Dimana keputusan adalah berkaitan dengan persoalan ke atas mana-mana


peruntukan perlembagaan termasuk pertikaian mengenai kesahan mana-mana
undang-undang bertulis yang di katakan bercanggah dengan peruntukan
perlembagaan.

Bidang kuasa Asal

Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa asal yang eksklusif berkaitan


dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlembagaan iaitu:

 Mengenai kesahan mana-mana undang-undang yang di buat oleh perundangan


persekutuan atau negeri yang mana ianya di luar bidangkuasa badan-badan
perundangan tersebut.

 Pertikaian atau apa-apa persoalan di antara negeri dengan persekutuan atau di antara
negeri dengan negeri yang lain.

Bidang kuasa Rujukan

Mahkamah Persekutuan boleh mendengar kes-kes yang di rujukkan kepadanya


untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan perlembagaan yang
berbangkit dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain. Selepas membuat
pertimbangan, Mahkamah Persekutuan akan menyerahkan keputusan yang di tentukan
oleh mereka berkaitan dengan perkara tersebut untuk di ambil tindakan oleh mahkamah
yang merujuk.

Bidang kuasa Penasihat

Yang Di Pertuan Agong akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk


mendapatkan pandangan berkaitan dengan perkara-perkara yang telah atau bakal timbul
akibat atau kesan daripada mana-mana peruntukan perlembagaan. Permohonan Yang Di
Pertuan Agong untuk nasihat Mahkamah Persekutuan ini di jalankan secara terbuka.
Mahkamah Persekutuan juga memberikan keputusan atau pendapat berkaitan dengan
perkara yang di minta nasihat tersebut juga secara terbuka.

19
Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan di ketuai oleh seorang Presiden dan 13 orang hakim


Mahkamah Rayuan yang lain (sah pada 17 Ogos 2004). Presiden Mahkamah Rayuan
bertanggung jawab kepada Ketua Hakim Negara. Mahkamah Rayuan di tubuhkan dengan
tujuan untuk menjalankan bidang kuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan.
Perbicaraan di Mahkamah Rayuan adalah di jalankan dengan satu korum yang terdiri
daripada sekurang-kurang nya tiga orang hakim atau jumlah ganjil lain yang lebih besar
mengikut keperluan sepertimana yang di tentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan.
Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti hakim-hakim
yang bersidang.

Artikel 121(1B) perlembagaan persekutuan memperuntukan bahawa Mahkamah


Rayuan dalam bidang kuasa rayuan nya boleh mendengar rayuan bagi kedua-dua kes sivil
dan jenayah dari Mahkamah Tinggi dan rayuan berkaitan kes-kes jenayah sahaja dari
Mahkamah Sesyen. Dalam kes-kes sivil, tiada rayuan boleh di bawa ke Mahkamah
Rayuan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

i) Apabila ianya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang daripada


RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) tidak termasuk faedah
kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.

ii) Dimana penghakiman ke atas perbicaraan asal di buat dengan persetujuan ke


dua-dua belah pihak.

iii) Dimana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat
peruntukan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada
mahkamah di mana perbicaraan asal di jalankan.

iv) Dimana di nyatakan dengan jelas oleh peruntukan undang-undang bahawa


penghakiman yang di buat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak
boleh di buat rayuan.

Di samping mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes-kes


rayuan terhadap keputusan-keputusan sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi serta kes-
kes jenayah tertentu dari Mahkamah Sesyen, kes-kes yang berkaitan dengan persoalan
undang-undang dari Mahkamah Majistret boleh juga di bawa kepada Mahkamah Rayuan
dengan kebenaran nya dan Mahkamah Rayuan boleh membuat semakan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan dengan perkara tersebut.

20
Mahkamah Tinggi

Terdapat dua Mahkamah Tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya di ketuai masing-masing oleh
Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Mereka bertanggung-jawab
kepada Ketua Hakim Negara. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai status dan
budang kuasa yang sama. Bidang kuasa dan tanggung jawab Mahkamah Tinggi boleh di
bahagikan kepada:

 Bidangkuasa asal
 Bidangkuasa rayuan
 Bidangkuasa penyeliaan

Bidangkuasa Asal

Bidangkuasa asal Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad. Ia boleh mendengar kes-
kes jenayah yang membawa hukuman mati. Ia boleh membicarakan kes-kes sivil tanpa
had nilai. Mengenai bidangkuasa asal perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi,
orang yang di tuduh, misalnya dalam kes bunuh mestilah terlebih dahulu di hadapkan ke
Mahkamah Majistret untuk sebutan awal kes. Selepas Mahkamah Majistret berpuashati
wujudnya kes prima facie terhadap yang tertuduh, baharulah ianya di rujuk untuk
perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Prosedur ini ialah suatu yang wajib, sekiranya tidak di
ikuti akan menyebabkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi boleh di istiharkan sebagai
tidak sah.

Mengenai bidang kuasa asal perbicaraan kes-kes sivil, Mahkamah Tinggi


mempunyai kuasa yang tidak terhad. Ia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
kes-kes yang berkaitan dengan perceraian dan perkahwinan; perkapalan; kes-kes
kebangkrapan dan syarikat; perlantikan dan pengawalan penjaga-penjaga kepada kanak-
kanak serta orang kurang upaya dan harta benda mereka; pemberian probet wasiat dan
surat kuasa pentadbiran wasiat. Walau bagaimana pun ia selalunya membicarakan kes-
kes sivil yang melibatkan jumlah dan nilai yang melebihi RM250,000-00 (RM: Dua
Ratus Lima Puluh Ribu) kerana jumlah yang kurang daripada itu adalah di bawah bidang
kuasa Mahkamah Sesyen.

Bidang Kuasa Rayuan

Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan kes-kes


jenayah dan sivil yang di putuskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Semua perbicaraan adalah dalam bentuk perbicaraan semula.

Bidang Kuasa Penyeliaan

Mahkamah Tinggi juga di beri kuasa penyeliaan umum dan penyemakan ke atas
semua mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai kuasa:

21
 Menyelia tata-laku dan menyemak keputusan-keputusan yang telah di buat oleh
mahkamah-mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan
tribunal.

 Meminta rekod-rekod mana-mana perbicaraan di mahkamah-mahkamah rendah


samada kes-kes sivil atau jenayah pada mana-mana tahap perbicaraan.

 Memindahkan kes-kes yang di bicarakan di mahkamah rendah ke Mahkamah


Tinggi atau memberi apa-apa arahan kepada mahkamah rendah yang mana pada
pendapat mereka adalah perlu untuk kepentingan keadilan.

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen adalah hirarki tertinggi di kalangan mahkamah-mahkamah


rendah. Ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kedua-dua kes jenayah dan sivil.
Bidang kuasa jenayah nya meliputi kesemua jenis kesalahan kecuali kes-kes yang
melibatkan hukuman bunuh. Bidang kuasa sivil nya termasuk semua jenis tindakan dan
saman yang melibatkan jumlah dan nilai tidak kurang daripada RM25,000-00 (RM: Dua
Puluh Lima Ribu) dan tidak lebih daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh
Ribu). Tiada had ke atas jumlah dan nilai di kenakan dalam kes-kes yang melibatkan
kemalangan kenderaan bermotor, tuan tanah dan penyewa dan pengambilan barangan
atau harta benda yang di jadikan sebagai cagaran dalam kes-kes sewaan atau perletakkan
barangan atau harta benda dalam tanah seseorang.

Mahkamah Majistret

Terdapat dua jenis Majistret iaitu Majistert kelas I dan Majistret kelas II. Majistret
kelas I mempunyai bidang kuasa jenayah untuk mmbicarakan semua jenis kesalahan
yang mana penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 10 tahun atau
kesalahan-kesalahan yang mana hukuman nya di kenakan denda sahaja dan kesalahan-
kesalahan di bawah seksyen 392 (berkaitan rompakan) dan seksyen 457 (berkaitan pecah
rumah) kanun keseksaan.

Apabila tertuduh di sabitkan kesalahan, Majistret kelas I mempunyai kuasa


memberi hukuman tidak melebihi:

 Lima tahun penjara


 Denda tidak melebihi RM10,000-00
 Rotan tidak melebihi 12 sebatan; atau
 Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran hukuman-hukuman di atas.

Majistret kelas I mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes yang
melibatkan jumlah tidak melebihi RM25,000-00 (RM: Dua Puluh Lima Ribu). Ia juga
mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan tuntutan ke atas harta
tak alih, tuntutan ke atas sewaan, tuntutan ke atas bayaran sewaan daripada penyewa

22
yang masih lagi menduduki premis selepas perjanjian sewaan tamat (mesne profit) dan
tuntutan ke atas kerosakan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM24,000 (RM: Dua
Puluh Empat Ribu) atau dalam kes sewaan, bayaran sewaan tidak melebihi RM2,000-00
(RM: Dua Ribu) sebulan atau RM24,000-00 (RM: Dua Puluh Empat Ribu) setahun.

Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang


mana penetapan hukuman maksima nya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau
kesalahan yang mana hukuman nya di kenakan denda sahaja. Majistret kelas II
mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi:

 6 bulan penjara
 Denda tidak melebihi RM1,000-00 (RM: Satu Ribu), atau
 Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran kedua-dua di atas.

Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes


tuntutan hutang yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM5,000-00 (RM: Lima Ribu).

Bidang kuasa tambahan Mahkamah Majistret ialah menjalankan perbicaraan awal


ke atas kes-kes jenayah yang akan di rujuk ke Mahkamah Tinggi bagi mempastikan
wujudnya kes prima facie untuk di teruskan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Juvana

Mahkamah Juvana di wujudkan khusus untuk perbicaraan ke atas kesalahan-


kesalahan oleh pesalah juvana iaitu yang berumur di antara 10 hingga 18 tahun kecuali
kesalahan-kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh. Perbicaraan ini di jalankan oleh
Majistret kelas I dengan di bantu oleh dua orang biasa sebagai penasihat di mana salah se
orang daripada nya mesti lah seorang perempuan. Kuasa penghakiman adalah di tangan
Majistret manakala tugas penasihat adalah memberi nasihat kepada Majistret mengenai
jenis hukuman yang bersesuaian. Pesalah juvana boleh membuat rayuan kepada
Mahkamah Tinggi terhadap keputusan yang di putuskan oleh Mahkamah Juvana.

Mahkamah Tuntutan Kecil

Di bawah peraturan-peraturan Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987 yang berkuat


kuasa pada 1 Ogos 1987, Mahkamah Tuntutan Kecil telah di tubuhkan khusus untuk
mendengar kes-kes berkaitan tuntutan ke atas hutang atau tuntutan-tuntutan lain yang
bersabit dengan wang tunai yang tidak melebihi jumlah dan nilai RM5,000-00 (RM:
Lima Ribu) pada tarikh tuntutan di buat. Mahkamah ini di adili oleh sekurang-kurang nya
se orang yang mempunyai bidang kuasa Majistret kelas II.

23
Mahkamah Penghulu

Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah paling bawah dalam susunan hirarki


mahkamah di Malaysia. Perbicaraan di adili oleh Penghulu atau Ketua Kampung yang di
lantik oleh kerajaan negeri. Mahkamah ini boleh membicarakan kes-kes jenayah di mana
denda yang di kenakan tidak melebihi RM25-00 (RM: Dua Puluh Lima). Dalam kes-kes
sivil ia boleh membicarakan kes-kes yang melibatkan tuntutan ke atas hutang atau
tuntutan-tuntutan lain yang bersabit dengan wang tunai yang tidak melebihi RM50-00
(RM: Lima Puluh).

Mahkamah-mahkamah dan badan-badan separa kehakiman lain yang terdapat di


Malaysia yang mempunyai bidang kuasa khusus yang tidak termasuk dalam susunan
hirarki mahkamah di atas ialah seperti:

 Mahkamah Natif Sabah dan Sarawak


 Mahkamah Syariah
 Mahkamah Perusahaan
 Mahkamah Buruh
 Mahkamah Perlombongan
 Mahkamah Tentera
 Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan
 Tribunal Sewa
 Tribunal Perkhidmatan Awam
 Tribunal Tuntutan Pengguna

24

You might also like