You are on page 1of 65

Skema Kertas Model Peperiksaan 2015

Set 2

ASMAWI BIN ABDULLAH


SMK Purun, Triang, Pahang
www.jabatan-geografi-smkpurun.blogspot.com

1 (a) Bezakan kadar tukaran adiabatik


kering dengan kadar tukaran
adiabatik basah.

i. Kadar tukaran adiabatik kering (KTAK) berlaku sekiranya


bungkusan udara yang tidak tepu dengan wap air naik dan
turun secara menegak. Kadar penurunan dan kenaikan suhu
ialah 10C bagi setiap 1000 meter kenaikan ketinggian.
ii. Kadar tukaran adiabatik basah (KTAB) berlaku jika
bungkusan udara tepu naik dan turun secara menegak.
Udara tepu merujuk kepada bungkusan udara yang suhunya
0C atau ke bawah (suhu negatif) serta mempunyai 100
peratus kelembapan bandingan. Kadar KTAB ialah 5C bagi
setiap 1000 meter kenaikan/penurunan.

1 (b) Mengapakah berlakunya


penurunan suhu mengikut
ketinggian muka bumi?

i. Pengaruh kadar tukaran adiabatik. Sama ada kadar tukaran


adiabatik kering (KTAK) atau kadar tukaran adiabatik basah
(KTAB). Bagi KTAK menunjukkan kadar penurunan atau
kenaikan suhu ialah 10C bagi setiap 100C meter kenaikan
ketinggian, manakala KTAB pula ialah 5C bagi setiap 1000
meter kenaikan/penurunan.
ii. Lapisan atmosfera yang hampir dengan permukaan bumi
menerima pengaruh haba pendam yang lebih banyak
berbanding dengan lapisan atasnya. Oleh sebab itu, di
bahagian ini lebih pangs. Haba pendam ini disimpan oleh
elemen-elemen di permukaan bum seperti batuan dan jalan
tar.

1 (c) Bagaimanakah proses kenaikan menegak


bungkusan udara (air parcel) boleh
menghasilkan kerpasan?
i. Bungkusan udara yang berada berhampiran dengan permukaan bumi
akan dipanaskan oleh bahangan matahari menyebabkan suhu di
dalamnya meningkat lebih tinggi daripada suhu sekitar. Bungkusan ini
mengembang, ringan dan cenderung untuk naik ke alas.Lapisan
atmosfera yang hampir dengan permukaan bumi menerima pengaruh
haba pendam yang lebih banyak berbanding dengan lapisan atasnya.
Oleh sebab itu, di bahagian ini lebih panas. Haba pendam ini disimpan
oleh elemen-elemen di permukaan bum seperti batuan dan jalan tar.
ii. Bungkusan udara yang naik akan menyejukkan wap-wap air di
dalamnya mengikut kadar tukaran adiabatik kering (KTAK), iaitu suhu
akan jatuh sebanyak 10C bagi setiap 1000 meter kenaikan. Pada
ketika ini bungkusan udara belum tepu lag i (suhunya belum mencapai
0C dan kelembapan bandingan belum 100%).

1 (c) Bagaimanakah proses kenaikan menegak


bungkusan udara (air parcel) boleh
menghasilkan kerpasan?
iii.

Apabila suhu dalam bungkusan udara mencapai 0C,


penyejukan mengikut kadar tukaran adiabatik basah
(KTAB) pula akan mengambil alih, iaitu penurunan suhu
sebanyak 5C bagi setiap 1000 meter ketinggian.
Sehingga kelembapan bandingannya 100%, bungkusan
udara menjadi tepu, berat dan hujan akan turun. Jika
penurunan suhu mencapai angka negatif, salji pula akan
turun.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.

Aktiviti industri pencuci dan pelarut banyak


membebaskan "gas kloroflorokarbon (CFCs) dan
halons." yang mampu untuk memutuskan ikatan
kovalen gas ozon seterusnya menipiskan lapisan
ozon. CFCs dalam bentuk cecair digunakan sebagai
bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan
elektronik, elektrik, mikrocip dalam komputer dan
pelbagai jenis logam. CFCs dalam bentuk gas pula
pula digunakan sebagai pencuci peralatan
perubatan.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.

Aktiviti industri pendingin hawa (air


conditions) Penggunaan CFCs dalam industri
ini melibatkan pendinginan kenderaan,
bangunan dan perumahan. Juga dalam
penggunaan peti sejuk dan alai pendingin
beku. CFCs dikeluarkan apabila berlaku
kebocoran peralatan dan peringkat servis
serta penyelenggaraan.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.

Aktiviti industri keluaran foam dan aerosol


(propellan). Industri keluaran foam, CFCs digunakan
dalam industri keluaran kusyen, tilam, mesin
pembasuh dan peralatan pencukuran. Pengeluaran
CFCs berlaku di peringkat pembuatan, penggunaan
dan pembuangan. Industri aerosol atau propellan, CFCs
dikeluarkan dengan banyak dalam penggunaan tin
penyemburan pewangi dan kosmetik, penyemburan
racun serangga, penyemburan cat dan lain-lain.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.

Aktiviti pengangkutan/kenderaan.
Meliputi sumber kenderaan bermotor
yang merupakan sumber utama yang
menghasilkan gas nitrogen dioksida hasil
daripada pembakaran bahan api fosil
yang tidak lengkap. Gas nitrogen dioksida
jugs boleh memusnahkan lapisan ozon.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.
Aktiviti pertanian. Kegiatan
pertanian clan penternakan
membebaskan gas metana clan
nitrogen oksida yang juga boleh
merosakkan lapisan ozon.Penggunaan
alat penyemburan untuk menyembur
racun serangga.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.
Aktiviti domestik. Aktiviti pembakaran terbuka
dilakukan di tapak pelupusan sampah yang juga
membebaskan gas CFCs terutama pembakaran
plastik dan polistren. Penggunaan alat penyemburan
aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFC
can halon menyebabkan penipisan lapisan ozon.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.
Aktiviti penyahhutanan. Penebangan hutan yang
berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan
karbon dioksida dalam atmosfera seterusnya gas CFC.
Kemusnahan hutan tropika sahaja telah menyebabkan
pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke
atmosfera setiap tahun. Lebihan karbon dioksida ini
menyebabkan suhu bumf semakin meningkat.

2(a) Jelaskan aktiviti manusia yang

menyebabkan berlakunya penipisan


lapisan ozon.
Ujian nuklear di kutub/benua Antartika. Ujian
peluru berpandu menyebabkan kebocoran lapisan
ozon. Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera
juga boleh merosakkan lapisan ozon. Kesannya,
bahangan matahari menerobosi lapisan atmosfera
dengan mudah, dan suhu bumf meningkat.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.

Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia


kerana pancaran UV yang mempunyai gelombang antara 290-320
namometer boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Penyakit
barah kulit. seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam
kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian selsel yang tidak teratur. Penyakit mata seperti katarak clan buts akibat
terlalu lama terdedah kepada sinaran UV. Melemahkan sistem
imunisasi badan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah can
ticak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti racang
paru-paru. Memusnahkan asid-asid nukleik (RNA can DNA) clan
protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hicup
akibat terdedah kepada sinar UV yang berterusan.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Kesan negatif kepada sektor pertanian. Radiasi UV
yang berlebihan menjejaskan produktiviti pertanian kerana
mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan
clan menjejaskan proses fotosintesis. Sebagai contoh,
kajian yang dijalankan oleh ahli botani dari Universiti
Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa
kandungan lemak clan zat protein untuk tanaman kacang
soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu (UV)
yang berlebihan.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Kesan negatif kepada sektor perikanan. Sinar UV
yang berlebihan boleh mematikan mikroorganisma di
dalam air seperti plankton can zoo plankton. Kesannya,
sumber makanan kepada ikan akan berkurang yang
suclah tentu menjejaskan pula bekalan protein bagi
manusia. Pendapatan nelayan akan merosot. Selain itu,
sinaran UV yang berlebihan juga boleh merosakkan
habitat ikan seperti terumbu karang.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Menjejaskan sektor pembalakan. Sinar UV yang
berlebihan menyebabkan tumbuhan semula jaci hutan
menjadi layu clan keguguran claun. Tumbuhtumbuhan
mengambil masa yang lebih lama untuk membesar.
Hal ini akan mengurangkan pengeluaran kayu balak
dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara
yang bergantung kepada industri pembekalan atau
industri yang berasaskan kayu-kayuan.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Menjejaskan bekalan air domestik. Kesan penipisan
lapisan ozon mengakibatkan cuaca menjadi panas
melampau dan boleh menyebabkan fenomena kemarau.
Masalah ini seterusnya menyebabkan sumber-sumber
air khususnya sungai can tasik Berta empangan
menyebabkan akan berkurang hingga menyebabkan
bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Menjejaskan aktiviti sosial (impak sosial).
Cuaca panas mengehadkan
mobiliti/pergerakan penduduk. Aktiviti riadah
dan sukan terjejas. Risiko rebakan penyakit
seperti demam panas/strok haba. Menjejaskan
interaksi sosial.

2(b) Bincangkan kesan penipisan

lapisan ozon terhadap alam sekitar


manusia.
Risiko penenggelaman kawasan penempatan manusia.
Penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan suhu dunia.
Kesannya, bukan sahaja mengakibatkan glacier di Artik clan
Antartika cair, bahkan menyebabkan pengembangan isi padu
air laut. Seterusnya risiko banjir laut clan penenggelaman
kawasan daratan pantai yang menjadi petempatan terpadat
manusia. Menjelang tahun 2020, saintis meramalkan paras laut
akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan ini akan
menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives,
Bangladesh serta Amazon di Amerika Selatan.

3(a) Huraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar resapan air


tanih di Tropika Lembap.
Bentuk dan keamatan hujan. Kadar
resapan tinggi ketika hujan renyai
berbanding dengan hujan lebat tetapi
sekejap. Hal ini kerana hujan renyai akan
membolehkan air hujan mempunyai tempoh
untuk menyerapa masuk ke dalam liang
pori tanih.

3(a) Huraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar resapan air


tanih di Tropika Lembap.
Jenis dan keporosan batuan. Kadar
resapan tinggi di kawasan batuan
poros seperti batu kapur dan pasir
kerana peratus liang porenya adalah
banyak.

3(a) Huraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar resapan air


tanih di Tropika Lembap.
Tumbuhan litupan. Kadar resapan tinggi
di kawasan hutan tebal/primer kerana
kanopi hutan menjalankan proses pintasan
yang menyebabkan halaju air hujan
menimpa tanah adalah perlahan dan akan
menyusup masuk ke dalam tanih.

3(a) Huraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar resapan air


tanih di Tropika Lembap.
Kecerunan muka bumi. Kadar
resapan tinggi di kawasan cerun landai
berbanding dengan cerun curam
kerana kawasan cerun curam halaju
larian air permukaan adalah tinggi.

3(a) Huraikan faktor-faktor yang

mempengaruhi kadar resapan air


tanih di Tropika Lembap.
Aktiviti manusia. Kadar resapan
rendah di kawasan muka bumi yang
diturap dengan tar/ bitumen, konkrit
dan aspalt oleh manusia kerana liang
pore tanih tertutup.

3(b) Bagaimanakah kadar resapan air tanih


mempengaruhi proses-proses dalam kitar
hidrologi?

Apabila kadar resapan air hujan ke


dalam tanah tinggi, maka sedikit
sahaja air yang bertakung dan
mengalir di permukaan. Oleh itu,
larian air permukaan menjadi
rendah.

3(b) Bagaimanakah kadar resapan air tanih


mempengaruhi proses-proses dalam kitar
hidrologi?
Kadar resapan tinggi juga akan menyebabkan
simpanan air tanih dalam sistem akuifer
adalah banyak. Oleh itu, isi padu air bawah tanah
adalah tinggi dan ini menjamin bekalan a;r yang
tetap kepada sungai apabila air bawah anah
mengalir sebagai ali an air bawah tanah (based
flow) menuju ke sungai dan tasik.

3(b) Bagaimanakah kadar resapan air tanih


mempengaruhi proses-proses dalam kitar
hidrologi?

Kadar resapan rendah menyebabkan


larian air permukaan menjadi tinggi dan
boleh melimpahi kawasan tanah rendah.
Apabila daya tampung saliran seperti
sungai tidak mampu untuk menampung isi
padu air yang banyak lagi, maka fenomena
banjir boleh berlaku.

3(b) Bagaimanakah kadar resapan air tanih


mempengaruhi proses-proses dalam kitar
hidrologi?

Kadar resapan rendah juga


menyebabkan simpanan air dalam tanah
berkurang. Apabila sistem akuifer
kekurangan air, aliran air bawah tanah
menjadi sedikit dan bekalan air kepada
sungai terganggu. Paras air sungai dan tasik
merosot.

3(c) Jelaskan aktiviti manusia yang boleh


mengurangkan kadar resapan air tanih di
sesebuah kawasan.
Aktiviti Penyahhutanan. Pemusnahan hutan bagi tujuan
pembalakan, pertanian, pembinaan infrastruktur akan
mengganggu keupayaan tanih untuk menyerap air hujan.
Kadar susupan (infiltrasi) terjejas. sebaliknya lebih banyak
air hujan akan mengalir sebagai larian air permukaan. Hal ini
demikian kerana tumbuhan gaga) berfungsi untuk memintas
air hujan yang menyebabkan halaju titisan hujan menimpa
tanah adalah tinggi. Titisan hujan ini tidak meresap ke dalam
tanah sebaliknya mengalir di permukaan.

3(c) Jelaskan aktiviti manusia yang boleh


mengurangkan kadar resapan air tanih di
sesebuah kawasan.
Aktiviti pembandaran (penurapan muka
bumi). Penurapan muka bumf dengan tar
(bitumen), aspalt dan konkrit menyebabkan
liang-liang pore tanih ditutup. Kesannya air
hujan tidak boleh meresap masuk ke dalam
tanah sebaliknya akan mengalir di permukaan
sebagai larian air permukaan (surface run off).

3(c) Jelaskan aktiviti manusia yang boleh


mengurangkan kadar resapan air tanih di
sesebuah kawasan.
Aktiviti pertanian. Amalan pertanian tanpa tanaman
tutup bumi seperti pokok kekacang juga mengurangkan
kadar resapan air ke dalam tanih kerana permukaan
bumi terdedah kepada larian air permukaan. Penggunaan
sungkupan plastik atau bumbung kaca dalam pertanian
moden masa kini juga menghalang susupan air hujan.
Pertanian tanpa teres menyebabkan larian air
permukaan bergerak dengan laju dan tidak sempat
menyusup masuk ke dalam tanah.

3(c) Jelaskan aktiviti manusia yang boleh


mengurangkan kadar resapan air tanih di
sesebuah kawasan.
Pembinaan sistem perparitan dan konkrit
cerun. Titisan hujan tidak menyusup masuk ke
dalam tanah sebaliknya mengalir di dalam sistem
longkang dan parit yang dibina. Cerun-cerun bukit
di tepi lebuh raga juga disimen. Binaan ini sama
sekali menghalang kadar resapan air hujan ke
dalam tanah kerana telah menutupi liang-liang
pore tanah tersebut.

3(c) Jelaskan aktiviti manusia yang boleh


mengurangkan kadar resapan air tanih di
sesebuah kawasan.
Pembinaan empangan/ tasik buatan manusia.
Pembinaan empangan menyebabkan kawasan
hutan yang selama ini menjadi kawasan tadahan
hujan ditenggelami air. Kesannya, proses susupan
air hujan tidak berlaku lagi. sebagai contoh, di
Empangan Kenyir, Terengganu. Begitu juga dengan
pembinaan tasik buatan manusia seperti di
kawasan taman terra air.

4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan


perikanan akuakultur?
Akuakultur ialah [sektor perikanan air tawar] yang terbahagi kepada
perikanan air tawar dan perikanan aii payau dan air masin
(marinkultur). [Perikanan air tawai banyak dilakukan di dalam sungai,
tasik, kolam, paya dan sawah padi] manakala [marinkultur pula
dijalankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir
pantai, atau teluk yang terlindung].

Kunci Idea:
sektor perikanan air tawar = 1m
Perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik,
kolam, paya, dan sawah padi
= 1m
marinkultur pula dijalankan di muara sungai, paya bakau atau
paya nipah, pinggir pantai, atau teluk yang terlindung =1m

4(b) Bagaimanakah perikanan akuakultur


menjana kemajuan ekonomi setempat?
i. Mewujudkan rantaian ekonomi yang berkaitan
seperti perniagaan pasar malam dan pasar tani
yang menjual hasil ternakan di samping nilai
tambah dalam industri pembuatan makanan
ikan/pallet.
ii. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Kesannya, pengangguran berkurang
dan pendapatan perkapita penduduk akan
bertambah kepada pengusaha dan pekerja.

4(c) Jelaskan dua masalah yang dihadapi untuk


memajukan perikanan akuakultur di
Malaysia.
i. Masalah kekurangan modal berlaku dalam
kalangan nelayan pinggir pantai yang dibelenggu
kemiskinan bagi mengusahakan ternakan
akuakultur. Terpaksa bergantung kepada bantuan
kerajaan.
ii. Kekurangan teknologi untuk menghasilkan benih
ikan yang bermutu dan cepat bernasil, teknologi
pengawetan dan lain-lain yang menyebabkan
kualiti produk menjadi rendah.

4(d) Cadangkan langkah yang boleh diambil


untuk memajukan perikanan akuakultur di
Malaysia.
i. Menyediakan bantuan modal secara bererusan.
Kerajaan menambahkan keupayaan modal kepada
pengusaha akuakultur menerusi kemudahan
kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bagi
memajukan sektor berkenaan.
ii. Meneroka pasaran baharu ke luar negara. Kualiti
produk akuakultur dipertingkatkan untuk
menembusi pasaran antarabangsa seperti
pengeksportan udang harimau ke Jepun.

5(a) Berdasarkan jadual 1, kira peratus perubahan


guna tenaga bagi setiap sektor ekonomi terpilih di
Malaysia antara tahun 1998 hingga 2012.
Sektor Ekonomi Terpilih

Perubahan

% Perubahan

Pertanian, perhutanan, ternakan dan


perikanan

47.8

3.56%

Perlombongan dan kuari

0.2

0.50%

Pembuatan/perkilangan

1105.2

50.70%

Pembinaan

36.5

5.02%

Kewangan, insurans, hartanah dan


perkhidmatan perniagaan

358.7

88.90%

Pengangkutan, penyimpanan dan


perhubungan

232.2

56.00%

5(b) Kenal pasti sektor ekonomi yang


mengalami peratus perubahan yang paling
tinggi,

Sektor ekonomi yang paling banyak


mengalami perubahan ialah;
kewangan, insurans, hartanah dan
perkhidmatan perniagaan (88.9%).

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.
Mempelbagaikan ekonomi negara. Ekonomi
negara tidak bergantung kepada sektor primer dan
sekunder sahaja. Risiko kemelesetan ekonomi boleh
dikurangkan apabila berlaku kejatuhan dalam produk
pertanian dan industri. Kini sektor perkhidmatan
menjadi sektor yang paling pesat berkembang di
Malaysia.

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.
Meningkatkan KDNK dan pendapatan negara.
Produk kewangan dan kepakaran dalam pelbagai
perkhidmatan dieksport ke negara-negara lain. Kini
sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar
KDNK negara terutamanya dari subsektor
pelancongan, kewangan, insurans dan lain-lain.

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.

Sumber pertumbuhan ekonomi baharu


terutamanya di koridor pembangunan
seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar,
ECER dan NCER menjadi pemangkin kepada
perkembangan sektor ekonomi setempat.

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.

Peluang pekerjaan yang lebih lugs


kepada penduduk; meningkatkan
pendapatan perkapita penduduk, kuasa
beli, tabungan dan taraf hidup penduduk.

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.

Kesan pengganda. Memajukan sektor


primer, sekunder dan tertier yang berkaitan
seperti pengangkutan, pembinaan,
perdagangan, perindustrian, pertanian dan
lain-lain.

5(b) .dan jelaskan sumbangan sektor

ekonomi tersebut terhadap pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia.

Meningkatkan kualiti hidup.


Perlindungan insurans dan hartanah
kesihatan, pendidikan, keselamatan
keselesaan dan lain-lain.

5(c) Mengapakah aktiviti penyelidikan dan


pembangunan (R&D) bagi setiap sektor ekonomi
perlu dipertingkatkan?

Meningkatkan kualiti produk untuk


membolehkannya berdaya saing di pasaran
tempatan atau antarabangsa. R&D menjadi
teras utama untuk sesuatu produk berdaya
saing global dengan kos yang kompetetif.

5(c) Mengapakah aktiviti penyelidikan dan


pembangunan (R&D) bagi setiap sektor ekonomi
perlu dipertingkatkan?

Memenuhi cita rasa pengguna yang


semakin berubah dan memerlukan
kelainan. R&D dapat memenuhi keperluan
pasaran terkini terutama yang melibatkan
reka bentuk dan kepelbagaian, produk.

5(c) Mengapakah aktiviti penyelidikan dan


pembangunan (R&D) bagi setiap sektor ekonomi
perlu dipertingkatkan?

Meningkatkan produktiviti produk/hasil


dalam jangka masa yang cepat. Keberhasilan
yang cepat dapat memenuhi keperluan
segera di pasaran dengan menjamin
kesegarannya, contohnya produk pertanian.

5(c) Mengapakah aktiviti penyelidikan dan


pembangunan (R&D) bagi setiap sektor ekonomi
perlu dipertingkatkan?

Mengurangkan kos operasi;


meningkatkan kecekapan operasi
seperti pengurusan dan pemasaran.

5(c) Mengapakah aktiviti penyelidikan dan


pembangunan (R&D) bagi setiap sektor ekonomi
perlu dipertingkatkan?

Mengurangkan kebergantungan kepada


sumber alam seperti sumber kuasa/tenaga
dan bahan mentah khususnya sumber
yang tidak boleh diperbaharui.

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Meningkatkan aliran perdagangan intra
ASEAN. Melalui penghapusan sekatan/ halangan
tarif, penghapusan dasar perlindungan,
peraturan/birokrasi, cukai yang lebih rendah.
Mencapai Imbangan perdagangan. Mengimbangi
eksport import antara negara ASEAN

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Meluaskan pasaran bersama. Pasaran dalam
negara yang mengamalkan pasaran bebas
ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan
perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari
saiz pasaran yang besar melebihi 530juta orang.

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Mengurangkan tekanan/ ancaman globalisasi
ekonomi. Mengurangkan monopoli pasaran dari
negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan
lain-lain di dalam pasaran ASEAN. Tekanan dan
spekulasi pasaran berkurang Berta mengurangkan
ancaman lambakan produk dari China.

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Mengelakkan persaingan produk sesama ASEAN.
Mengelakkan persaingan produk yang sama di
pasaran yang sama. Meningkatkan kerjasama antara
pengilang atau pengeluar dan rangkaian pemasaran
dalam konteks pengkhususan pengeluaran,
perkongsian teknologi, dan kepakaran.

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Keuntungan kos berbanding. Saling
keuntungan/menikmati Faedah kos berbanding
seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah,
pengkhususan dan perkongsian komponen
produk. Harga barangan akan menjadi lebih
rendah.

6(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
Menjamin Bekalan barangan dalam pasaran.
Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa
ada/berterusan terutama barangan keperluan
harian pengguna seperti produk makanan,
pakaian, barangan elektrik dan sebagainya.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.
Kepada pengguna/penduduk.

Harga barangan lebih murah; Menguntungkan


pengguna. AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah/
penghapusan cukai bagi sesetengah produk. Faktor ini
menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan
menjadi lebih murah; pengguna boleh menikmati barangan
dan kos perkhidmatan yang lebih murah. Kuasa bell
pengguna bertambah/ pendapatan boleh guns meninglkat,
mampu untuk memiliki barangan berjenama dan berkualiti.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.
Kepada pengguna/penduduk.

Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna.


Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran
AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak
pilihan. Monopoli pasaran dikurangkan; bergantung
sepenuhnya kepada pilihan pengguna. Persaingan antara
produk menyebabkan harganya menjadi lebih murah;
pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli
barangan yang murah dan berkualiti.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.
Kepada pengguna/penduduk.

Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti


ekonomi. Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang
tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan
perkhidmatan menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya
perkilangan dan pertanian dipertingkatkan. Kesannya, kegiatan
ekonomi pertanian, pemprosesan, dan pembuatan dalam negara
akan berkembang pesat untuk menampung permintaan dari
pasaran AFTA. Menjana peluang pekerjaan yang banyak kepada
penduduk tempatan; mengurangkan kadar pengangguran.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.
Kepada pengusaha/pengilang.

Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran.


AFTA membuka kerjasama yang lebih erat antara
pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos,
mengelakkan persaingan produk sejenis, meningkatkan
kecekapan pengeluaran dan lain-lain. Faedah dari segi
pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling
melengkapi (complementary) diperolehi.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.
Kepada pengusaha/pengilang.

Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran.


Bagi menjamin daya saing produk di pasaran bebas AFTA,
maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi
mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian
cita rasa pengguna. Kesannya, syarikat-syarikat Malaysia akan
menikmati faedah dari segi perkembangan R&D, penggunaan
teknologi dan inovasi baharu oleh syarikat-syarikat swasta
(MNCs) atau kerajaan (GLC) yang berlumba-lumba menjaga
kualiti produk masing-masing.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.

Kepada perkembangan ekonomi Malaysia (ekonomi makro)


Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan
Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN meningkat kerana
boleh menikmati faedah daripada penghapusan sekatan
perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/tarif yang lebih
rendah. Defisit imbangan perdagangan (import eksport)
diperbaiki. Pendapatan eksport Malaysia meningkat.
Meningkatkan kerjasama perdagangan antara negara. Karenah
birokrasi/peraturan rigid dalam perdagangan boleh
diminimakan.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.

Kepada perkembangan ekonomi Malaysia (ekonomi makro)


Perluasan pasaran. Saiz pasaran semakin lugs/ jumlah
penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530
juta orang. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila
sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk Malaysia bebas berada
di pasaran negara ASEAN lain. Kesan positif perluasan pasaran
termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang
atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa bell
pengguna meningkat; harga produk dalam AFTAjauh lebih murah.
Bekalan barangan di pasaran AFTA sentiasa ada dan berterusan.

6(b) Bincangkan pelbagai faedah yang


diperoleh Malaysia hasil daripada
penyertaannya dalam AFTA.

Kepada perkembangan ekonomi Malaysia (ekonomi makro)


Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi
Malaysia. AFTA mengurangkan monopoli pasaran dari negaranegara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan lain-lain di dalam
pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang.
Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat
dikurangkan. Ancaman lambakan produk dari negara China
yang tidak berkualiti boleh dikurangkan. Pengguna boleh pilih
produk buatan Malaysia yang lebih berkualiti pada harga yang
lebih murah.

You might also like