You are on page 1of 60

SKEMA JAWAPAN MODEL 3

1(a) Takrifkan maksud tekanan


udara.
Tekanan udara ialah [berat udara] yang terdapat di
atmosfera [yang dikenakan ke atas permukaan
bumi] pada satu-satu masa tertentu. Tekanan
udara dikira pada [turus tegak bermula dari had
teratas lapisan udara hingga ke permukaan bumi].
Tekanan udara diukur dalam unit milibar dengan
menggunakan alat Barometer.

1(a) Takrifkan maksud tekanan


udara.
Kunci Idea:
Berat udara = 1M
yang dikenakan ke atas permukaan bumi = 1M
turus tegak bermula dari had teratas lapisan
udara hingga ke permukaan bumi = 1M

1(b) Jelaskan kaitan di antara daya


cerun tekanan dengan suhu dan
tiupan angin.
i.

ii.

Kaitan daya cerun tekanan dengan suhu Suhu tinggi


tekanan udara menjadi rendah, manakala suhu
rendah tekanan udara menjadi tinggi. Hal ini
mewujudkan daya cerun tekanan, iaitu perbezaan
antara kawasan tekanan udara tinggi dengan
kawasan tekanan udara rendah.
Kaitan daya cerun tekanan dengan angin. Angin
akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke
kawasan tekanan udara rendah. semakin besar
perbezaan daya cerun tekanan, maka semakin
kencang angin bertiup.

1(c) Bagaimanakah daya kariolis


mempengaruhi pola tiupan angin
dunia?
i.

Daya koriolis ialah daya yang terhasil akibat putaran


bumi di atas paksinya. Berdasarkan Hukum Ferrel,
daya koriolis akan bertindak memesongkan
pergerakan angin dunia.
ii. Di hemisfera utara, pergerakan angin akan
terpesong ke kanan dan di hemsifera selatan angin
terpesong ke kiri. Pesongan yang paling kuat berlaku
di kedua-dua kutub dan semakin lemah menghala ke
khatulistiwa. Di khatulistiwa nilai daya koriolis adalah
sifar.

1(d) Jelaskan perbezaan antara


proses kejadian angin katabatik
dengan angin anabatik.
i. Angin katabatik. Pada malam hari, puncak gunur
g membebaskan bahangan bumi ke angkasa
lebih cepat berbanding dengan permukaan lurah.
Hal ini menyebabkan suhu sekitarnya menjadi
lebih cepat sejuk, lalu membentuk tekanan udara
yang tinggi. Sedangkan permukaan lurah yang
berada di bawah gunung masih panas lagi yang
membentuk tekanan udara rendah. Kesarinya,
angin akan bertiup dari puncak gunurg
menuruni/menuju ke lurah.

1(d) Jelaskan perbezaan antara


proses kejadian angin katabatik
dengan angin anabatik.
ii. Angin anabatik. Pada Siang hari puncak gunung
lebih cepat menerima panas matahari daripada
lurah gunung yang dalam keadaan tertutup.
Kesannya, puncak gunung bersuhu tinggi dan
tekanan udaranya menjadi rendah berbanding
dengan kawasan lurah. Di kawasan lurah yang
masih sejuk pula membentuk tekanan udara
yang rendah. Oleh itu, angin akan bertiup
menaiki atau mendaki lurah ke puncak gunung.

2(a) Berdasarkan jadual 1, lukis rajah


tiupan angin yang menunjukkan
kekerapan dan kelajuan angin di
Stesen Meteorologi M pada tahun
2013. Gunakan skala yang
sesuai.

2(a) Berdasarkan jadual 1, lukis rajah


tiupan angin yang menunjukkan
kekerapan dan kelajuan angin di
Stesen Meteorologi M pada tahun
2013. Gunakan skala yang
sesuai.

2(a) Berdasarkan jadual 1, lukis rajah


tiupan angin yang menunjukkan
kekerapan dan kelajuan angin di
Stesen Meteorologi M pada tahun
2013. Gunakan skala yang
sesuai.
Pemarkahan.

Tajuk
:1 m
Petunjuk dilukis
:2 m
Skala betul
:1 m
Plot angin tenang betul
:1 m
Plot kelajuan (2 m x 1 arch)
:6 m
Kebersihan & kesempurnaan :1 M
MAX 12

2(b)Terangkan perbezaan antara


proses kejadian bayu laut dengan
bayu darat.

2(b)Terangkan perbezaan antara


proses kejadian bayu laut dengan
bayu darat.
Bayu laut: Fenomena ini berlaku pada waktu
siang. Pada waktu siang, daratan menjadi lebih
cepat panas berbanding dengan lautan.
Kesannya, tekanan udara di daratan rendah.
Manakala di laut pula, suhunya yang sejuk/ rendah
menyebabkan laut mengalami tekanan udara yang
tinggi. Oleh itu, angin akan bertiup dari laut ke
darat. (Prinsip tiupan angin ialah dari kawasan
tekanan tinggi ke Kawasan tekanan rendah).

2(b)Terangkan perbezaan antara


proses kejadian bayu laut dengan
bayu darat.

2(b)Terangkan perbezaan antara


proses kejadian bayu laut dengan
bayu darat.
Bayu darat: Fenomena ini berlaku pada waktu
malam. Pada waktu malam daratan pula lebih
cepat sejuk berbanding dengan lautan. Kesannya,
daratan mengalami tekanan udara yang tinggi.
Sedangkan lautan masih panas/ bersuhu tinggi
bagi yang menyebabkan tekanan udaranya
menjadi rendah. Oleh sebab itu, angin akan
bertiup dari darat ke laut. (Prinsip tiupan angin
ialah dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan
tekanan rendah).

2(c) Jelaskan pengaruh angin


tempatan terhadap kegiatan
manusia.
Pelancongan pantai. Aktiviti pelancongan di
tepi pantai seperti berkelah dan bersantai dapat
dijalankan dengan balk kerana angin bayu bertiup
dengan nyaman. Tiupan angin yang lebih kencang
menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional
dan perahu layar dapat dijalankan. Sebagai
contoh, pertandingan Monsoon Cup di Terengganu
dijalankan pada musim tengkujuh kerana tiupan
anginnya lebih kencang.

2(c) Jelaskan pengaruh angin


tempatan terhadap kegiatan
manusia.
Perikanan. Aktiviti perikanan pinggir pantai di
pantai timur semenanjung (Pahang, Terengganu
dan Kelantan) tergendala pada musim tengkujuh
kerana tiupan angin kencang yang menyebabkan
laut bergelora dan merbahaya kepada nelayan
pantai. Aktiviti perikanan berjalan dengan balk
pada mass sebelum dan selepas musim tengkujuh
kerana tiupan angin yang sederhana
menyebabkan laut lebih tenang.

2(c) Jelaskan pengaruh angin


tempatan terhadap kegiatan
manusia.
Industri kecil dan sederhana. Aktiviti IKS
seperti perusahaan batik dapat dijalankan dengan
balk dalam keadaan berangin Berta cuaca panas
kerana kain batik yang dijemur cepat kering
berbanding dengan cuaca lembap. Begitu juga
dengan perusahaan ikan kering dan keropok yang
memerlukan aktiviti menjemur dalam keadaan
cuaca berangin.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.

Faktor hujan memainkan peranan


utama mempengaruhi kadar larian
air permukaan. Namun begitu,
faktor-faktor lain juga turut
membantu.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.

Pengaruh faktor hujan ialah:

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Kuantiti/jumlah hujan. Semakin banyak
hujan maka kadar larian air permukaan
semakin tinggi. Hal ini demikian kerana bekalan
air hujan yang banyak akan menambahkan isi
padu air larian. Justeru hujan lebat pada musim
tengkujuh/banjir menambahkan kadar larian air
permukaan berbanding dengan jumlah hujan
yang sedikit pada musim kemarau.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Bentuk hujan mengikut masa. Hujan yang
perlahan (renyairenyai) dalam jangka yang
lama, larian air permukaannya rendah kerana
air hujan banyak menyusup masuk ke dalam
tanah. Berbanding dengan hujan lebat dalam
jangka yang singkat, akan menambahkan kadar
larian air permukaan.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Saiz titisan hujan. Saiz titisan hujan yang
besar biasanya menghasilkan kadar larian air
permukaan yang tinggi kerana kadar susupan
adalah sedikit berbanding dengan saiz titisan
hujan yang kecil. Saiz titisan kecil mudah
meresap masuk melalui liangliang pore tanah.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.

Faktor-faktor lain yang


mempengaruhi kadar larian
air permukaan, iaitu:

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Faktor geologi (keporosan batuan). Batuan
yang poros seperti batu pasir yang bersaiz kasar
mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran
daripada peratus liang pore yang dimilikinya adalah
banyak. Oleh sebab itu, batuan jenis ini kadar
larian air permukaan ke atasnya adalah berkurang.
Berbeza dengan tanah list yang mempunyai
peratus liang pore yang sedikit dan sifatnya yang
menakung air menyebabkan kadar larian air
permukaan adalah tinggi.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Faktor kecerunan. Berkait dengan cerun
curam dan cerun landai. Semakin curam sudut
cerun maka halaju pergerakan larian air
permukaan semakin tinggi. Keadaan sebaliknya
berlaku apabila cerun itu menjadi semakin
landai, maka halaju larian air permukaan
semakin perlahan.

3(a) Sejauh manakah faktor hujan


mempengaruhi kadar larian air
permukaan.
Faktor tumbuh-tumbuhan. Hutan primer
(rimba) kanopinya tebal Berta berlapis-lapis.
Keadaan ini dapat memintas air hujan dengan
berkesan. Oleh itu, larian air permukaan adalah
sedikit berbanding dengan susupan. Manakala
bagi hutan sekunder larian air permukaan
adalah tinggi di sebabkan oleh proses cegatan
silaranya berkurang.

3(b) Jelaskan bagaimana kegiatan


manusia boleh mengganggu
keseimbangan sistem hidrologi.
Aktiviti penyahhutanan. Pemusnahan hutan
secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi
(pepeluhan) tumbuhan berkurang dan ini
mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara
menjadi keying yang akan mengganggu pula proses
pemeluwapan dan hujan. Kitar hidrologi kekurangan air
akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi ini.
Selain itu, tindakan ini juga akan mengurangkan proses
pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah
semakin berkurang.

3(b) Jelaskan bagaimana kegiatan


manusia boleh mengganggu
keseimbangan sistem hidrologi.
Aktiviti pembandaran. Pembandaran melibatkan
aktiviti penurapan muka bumi sama ada dengan tar,
bitumen atau aspalt. Akibatnya, lianghang pore tanah
akan ditutup. Tindakan ini akan menjejaskan proses
susupan air hujan ke dalam tanah. Kadar susupan yang
berkurang akan mengganggu pula sistem akuifer dan
aliran air bawah tanah yang juga semakin berkurang.
Pada masa yang sama air hujan banyak mengalir di
permukaan sebagai larian air permukaan dan ini boleh
mewujudkan fenomena banjir seperti banjir kilat.

3(b) Jelaskan bagaimana kegiatan


manusia boleh mengganggu
keseimbangan sistem hidrologi.
Aktiviti perindustrian. Perindustrian banyak
membebaskan bahan pencemar ke udara yang mampu
untuk bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin
tinggi kadar pencemaran bererti semakin banyak
nukleus ini wujud. Nukleus higroskopik ini mampu untuk
bertindak menyerap wap-wap air dalam proses
pemeluwapan untuk turun bersama-samanya sebagai
hujan. Oleh itu, di kawasan industri hujan mungkin lebih
kerap berlaku. Hal ini menyebabkan input air kepada
kitar hidrologi telah bertambah. Dan segi kualiti kitar
hidrologi di kawasan perindustrian pula adalah tidak
bersih kerana air hujannya tercemar dengan hujan asid.

3(b) Jelaskan bagaimana kegiatan


manusia boleh mengganggu
keseimbangan sistem hidrologi.
Pembinaan empangan khususnya empangan
hidroelektrik. Aktiviti ini boleh mengganggu dan
membantu kitar hidrologi. Dari segi gangguan, aktiviti
akan mengurangkan kadar larian air permukaan kerana
kawasan-kawaan cerun bukit telah ditenggelami air
menjadi sebuah tasik buatan yang besar. Dari segi
membantu pula empangan akan menambahkan kadar
sejatan dari permukaan tasik yang telah terbentuk.
Seterusnya meningkatkan kelembapan udara,
membentuk awan untuk menurunkan hujan.

3(b) Jelaskan bagaimana kegiatan


manusia boleh mengganggu
keseimbangan sistem hidrologi.
Aktiviti penghutanan semula atau penghijauan
persekitaran. Hutan yang ditebang dan ditanam semula
atau kawasan lapang yang ditanami dengan
pokokpokok peneduh akan membantu untuk
meningkatkan kadar pepeluhan seterusnya proses
pemeluwapan dalam atmosfera. Pada masa yang sama
pokokpokok itujuga akan menjalankan fungsi pintasan
untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah
seterusnya aliran air bawah tanah.

4(a) Apakah yang dimaksudkan


dengan sumber kepelbagaian
biologi hutan?
Kepelbagaian [spesies fauna dan flora] yang
ada dalam hutan termasuklah habitat dan
rantaian makanan. spesies fauna merujuk
kepada [binatang/hidupan liar] seperti gajah,
harimau, tapir dan lain-lain manakala spesies
flora merujuk kepada [tumbuhan semula jadi]
yang ada di dalam ekosistem hutan seperti
bungs reflesia/pakma, pokok periuk kera, pakupakis dan pokok-pokok balak.

4(a) Apakah yang dimaksudkan


dengan sumber kepelbagaian
biologi hutan?
Kunci Idea:
spesies fauna dan flora = 1 M
binatang/hidupan liar = 1 M
tumbuhan semula jadi = 1 M

4(b) Dalam kontek ekologi, mengapakah


sumber kepelbagaian biologi hutan
perlu dipelihara dan dipulihara?
i.

Warisan ekologi. Menjamin keberterusan


hidupan liar dan tumbuhan berharga untuk
kepentingan generasi akan datang sebagai
sumber kajian saintifik, perubatan dan lainlain.
ii. Pengekalan habitat. Hutan berfungsi
sebagai habitat kepada pelbagai hidupan
liar dan orang asli selain sebagai sumber
makanan dan tempat pembiakan pelbagai
organisms dalam ekosistem hutan.

4(c) Bagaimanakah langkah pemeliharaan


sumber kepelbagaian biologi hutan dapat
dijalankan dengan berkesan di Malaysia?
i.

ii.

Menguatkuasakan undang-undang dan Akta


Perhutanan dengan lebih tegas seperti
meningkatkan kompaun, hukuman penjara,
menyita premis dan menarik batik lesen
operasi misalnya kepada syarikat pembalakan
yang melanggar peraturan.
Menambahkan anggota penguatkuasa/ renjer
hutan dan PERHILITAN untuk menjalankan
pemantauan, rondaan dan tangkapan bersama
dengan pasukan polls, tentera dan Rela secara
usaha sama dan bersepadu.

4(d) Cadangkan langkah yang boleh diambil


oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO)
untuk menjamin kelestarian sumber
kepelbagaian biologi hutan di Malaysia.
i.

ii.

Meryertai dan menganjurkan kempen kesedaran alam


sekitar bersama dengan agensi kerajaan. sebagai contoh,
Persatuan Pen-inta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat
Alam Sekitar (SAM) berkerjasama den(jan Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dalam kempen penghijauan persekitaran,
misalnya aktk iti penanaman pokok-pokok.
Melaksanakan pendidikan alam sekitar untuk melindungi
hutan melalui penyebaran risalah, media cetak dan media
elektronik. Di camping menjadi pemantau untuk
melaporkan aktiviti pemusnahan hutan kepada pihak
berkuasa.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Pendapatan negara. Hasil eksport petroleum
yang berkualiti tinggi ke luar negara. Aliran masuk
wang ke dalam negara; pendapatan eksport
negara meningkat.Digunakan untuk membiayai
pembangunan dalam negara.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Peluang pekerjaan kepada penduduk. Buka
peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti
cari gali, kilang pemprosesan, jurutera,
pengurusan dan lain-lain yang dapat mengelakkan
pengangguran. Meningkatkan pendapatan
perkapita penduduk. Kuasa bell bertambah, taraf
hidup penduduk meningkat.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Menggalakkan perkembangan industri hiliran.
Industri penapisan petroleum dan pencairan gas
asli. Industri pembuatan petrokimia seperti plastik,
ethelene, polyathelene. industri pemprosesan dan
pembuatan seperti minyak pelincir dan baja urea.
Industri pembuatan barangan pengguna seperti
cat, gentian/ fiber dan polisterene. Industri jana
kuasa haba/ termal; TNB dan YTL.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Mengubah struktur ekonomi negara;
kepelbagaian ekonomi. Kepelbagaian ekonomi
yang berkaitan wujud seperti pengangkutan,
perkhidmatan, perniagaan dan perindustrian.
sektor hartanah meningkat; Nilai tanah untuk
perumahan, tapak kilang, pusat perkhidmatan dan
kemudahan bandar bertambah di kawasan industri
perlombongan/ pemprosesan.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Penambahan modal/dana dalam negara.
Menarik pelabur acing melabur dalam sektor
perlombongan petroleum dan gas asli seperti
syarikat SHELL dan BRITISH PETROLEUM (BP).
Pelaburan dari GLC seperti Petronas yang melabur
di dalam dan di luar negara. Modal dalam negara
bertambah untuk mengukuhkan ekonomi.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Teknologi dan kepakaran. Peningkatan
teknologi menerusi pemindahan teknologi dan
R&D. Kepakaran; tenaga pakar import dan tenaga
pakar tempatan menerusi latihan lanjutan. Contoh
dalam bidang kejuruteraan cari gali, kawalan mutu
kepelbagaian produk, kepakaran pengurusan dan
lain-lain.

5(a) Jelaskan sumbangan sektor


perlombongan petroleum dan gas asli
kepada pembangunan ekonomi negara
Malaysia.
Pembangunan ekonomi setempat. Pembangunan
infrastruktur yang lengkap seperti jaringan pengangkutan
dan perhubungan, bekalan air dan elektrik, prasarana
pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Pembangunan
bandar; kewujudan bandar baharu sebagai "supporting
centre" kepada industri perlombongan seperti menjadi
ibu pejabat organisasi, kemudahan kepada pekerja dan
sebagainya. Perkembangan pelabuhan yang menjadi
asas kemudahan pengangkutan dan logistik petroleum
dan gas asli yang dicari gali di laut.

5(b) Bagaimanakah aktiviti perlombongan


dan pemprosesan petroleum dan gas
asli menjejaskan kualiti alam sekitar di
Malaysia.
Pencemaran marin atau laut. Pencemaran
semasa aktiviti cari gali dan penggerudian.
Tumpahan petroleum mentah semasa mengangkut
ke kapal. Proses pembauran berlaku
menyebabkan ketulan-ketulan minyak mentah
terapung di permukaan laut. Sebagai contoh, di
luar pantai Terengganu.

5(b) Bagaimanakah aktiviti perlombongan


dan pemprosesan petroleum dan gas
asli menjejaskan kualiti alam sekitar di
Malaysia.
Kerosakan ekosistem maritim. Kemusnahan
terumbu karang semasa aktiviti penggerudian
dijalankan. Kerosakan habitat hidupan laut akibat
tumpahan minyak semasa aktiviti cari gali dan
pengangkutan; kemusnahan plankton dan
zooplankton, rantaian makanan dan lain-lain
elemen ekologi lautan. Sebagai contoh, di luar
pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak.

5(b) Bagaimanakah aktiviti perlombongan


dan pemprosesan petroleum dan gas
asli menjejaskan kualiti alam sekitar di
Malaysia.
Pencemaran udara. Perlepasan sisa gas dan
pembakaran gas asli di kawasan industri
pemprosesan. Pembakaran/perlepasan gas asli ini
akan membebaskan bahan-bahan pencemar
udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida,
metana dan sebagainya. Sebagai contoh, di
Bintulu, Sarawak.

5(b) Bagaimanakah aktiviti perlombongan


dan pemprosesan petroleum dan gas
asli menjejaskan kualiti alam sekitar di
Malaysia.
Peningkatan suhu sekitar. Peningkatan suhu
setempat di kawasan pemprosesan melalui
pembakaran gas. Misalnya di Kerteh, Terengganu,
gas-gas asli yang dibakar selama 24 jam boleh
menaikkan suhu sekitarnya.

5(b) Bagaimanakah aktiviti perlombongan


dan pemprosesan petroleum dan gas
asli menjejaskan kualiti alam sekitar di
Malaysia.
Perubahan landskap fizikal dan kerosakan
ekosistem daratan. Pembinaan kawasan loji
pemprosesan menyebabkan perubahan landskap
fizikal yang ketara. Aktiviti penebangan pokok,
penebusgunaan kawasan paya untuk dijadikan
tapak loji pemprosesan petroleum dan gas asli
akan merosakkan ekosistem daratan kawasan
sekitarnya.

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Kerjasama
Pertubuhan
Item
Ekonomi Asia
Negara-Negara
Perbezaan
Pasifik
Asia Tenggara
(APEC)
(ASEAN)
Status
Pertubuhan separa Pertubuhan rasmi
pertubunan rasmi dan tidak
dan didaftar di
didaftar di bawah
bawah PBB.
PBB.

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Item
Perbezaan
Sejarah
penubuhan

Kerjasama
Ekonomi Asia
Pasifik
(APEC)
Dibentuk melalui
persidangan
pertamanya pada
November 1989, di
Canberra, Australia.

Pertubuhan
Negara-Negara
Asia Tenggara
(ASEAN)
Ditubuhkan melalui
Deklarasi Bangkok
1967. Dibentuk melalui
dua perjanjian, iaitu:
Deklarasi Kerukunan
ASEAN (Declaratian of
ASEAN Concord) dan
Perjanjian Persahabatan
dan Kerjasama di Asia
Tenggara (Treaty

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Item
Perbezaan
Ciri geo politik
negara
anggota

Kerjasama
Ekonomi Asia
Pasifik
(APEC)

Pertubuhan
Negara-Negara
Asia Tenggara
(ASEAN)

Keanggotaannya lebih
lugs dan terbuka
kepada mans-mans
negara yang dilingkungi
oleh Lautan Pasifik.
Meliputi 5 buah benua.
Pelbagai ideologi politik.
Pertembungan antara
demokrasi dan pasaran
bebas dengan komunis

Terhad kepada negaranegara di rantau Asia


Tenggara sahaja.
Meliputi Asia Tenggara
kebenuaan dan
kepulauan. Sebahagian
besar negara demokrasi
yang mengamalkan
pasaran bebas kecuali
Myanmar

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Item
Perbezaan
Jumlah negara
anggota dan
kepelbagaian
negara

Kerjasama
Ekonomi Asia
Pasifik
(APEC)

Pertubuhan
Negara-Negara
Asia Tenggara
(ASEAN)

Terdiri daripada 21 buah


negara. Sebahagian
daripada negara ASEAN,
tiga buah negara
anggota NAFTA
(Amerika Syarikat,
Kanada dan Mexico),
dua anggota ANZAC
(Australia dan New
Zealand), negara-

Hanya terdiri daripada


11 buah negara-negara
Asia Tenggara sahaja,
iaitu: Malaysia,
Thailand, Indonesia,
Singapura, Filipina,
Brunei,
Vietnam, Kemboja,
Laos. Myanmar dan
Timur Leste.

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Item
Perbezaan
Ciri ekonomi
negara
anggota

Kerjasama Ekonomi Asia


Pasifik
(APEC)
Jurang ekonomi yang besar
antara negara anggota. Ada
negara maju dan kaya dari
kumpulan G7 yang diwakili oleh
Amerika Syarikat, Jepun dan
Kanada dan negara-negara
membangun seperti Indonesia,
Filipina, Thailand dan lain-lain.
Terdiri daripada negara
berpendapatan perkapita tinggi
seperti Jepun, Amerika Syarikat.
Negara berpendapatan perkapita
sederhana seperti Korea Selatan

Pertubuhan
Negara-Negara
Asia Tenggara
(ASEAN)
Tidak wujud jurang
ekonomi yang
besar antara
negara anggota
kecuali dengan
Singapura.
Terdiri daripada
negara sedang
membangun; tiada
negara maju.

6(a) Bezakan antara ciri keanggotaan dalam


Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
dengan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Item
Perbezaan
Skop
kerjasama

Kerjasama
Ekonomi Asia
Pasifik
(APEC)

Pertubuhan
Negara-Negara
Asia Tenggara
(ASEAN)

Fokus kepada
Kerjasama meliputi
kerjasama perdagangan semua aspek, iaitu
dan ekonomi sahaja.
ekonomi, sosial dan
politik. Tetapi
mengamalkan dasar
berkecuali: Wilayah
Aman, Bebas dan
Berkecuali (Zone of
Peace, Free and Neutral,
ZOPFAN). iaitu tidak

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Manfaat dari segi peninglkatan aliran perdagangan
antara negara anggota. Dilaksanakan menerusi prinsip
librelisasi perdagangan. Strategi memperkukuhkan
sistem perdagangan pelbagai hala dan terbuka untuk
kepentingan bersama negara-negara Asia Pasifik.
Mengurangkan halangan dalam perdagangan barangan,
perkhidmatan dan pelaburan dalam kalangan negara
anggota agar selaras dengan prinsip GATT, sesuai dan
tidak mudarat kepada wilayah ekonomi yang lain.

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Perluasan pasaran dan kesankesan positif dari perluasan
pasaran. Dasar buka pintu kepada negara anggota lain seperti
yang dibuat oleh negara China kini. Mengamalkan prinsip pasaran
bebas; membolehkan semua pasaran negara anggota APEC dapat
ditembusi tanpa halangan/sekatan yang ketat. Pasaran tidak
dimonopoli oleh negara tertentu sahaja.Saiz pasaran diperluaskan
menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa
bell yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual
ke serata negara. Projek Jalinan Maklumat Elektronik APEC
(APEC Electronik Information Network - APEC ELIN)
membolehkan maklumat dan kuasa pasaran sesebuah negara
anggota dapat diketahui dengan mudah.

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Kemasukan modal asing (FDI) bagi menjana ekonomi sesebuah
negara. Kemasukan pelabur asing lebih bebas dan mudah dari negara
anggota APEC yang akan menambahkan dana dalam negara dan
seterusnya menjana ekonomi tempatan. Perkongsian modal/
kewangan dilangsungkan menerusi pelbagai konsep dan prinsip
selperti pelaburan silang, pelaburan bersama serta pelaburan
langsung dan lain-lain. Pelaburan modal asing biasanya datang
daripada negara-negara anggota APEC yang maju khususnya
Amerika Syarikat dan Jepun. Di samping membantu untuk
mengembangkan ekonomi negara yang lebih mundur, negara APEC
yang maju pula dapat menikmati keuntungan daripada skim insentif
pelaburan, taraf perintis serta kos buruh yang murah yang disediakan
atau tersedia wujud di negara yang dilaburinya

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Manfaat pembangunan teknologi dan R&D.
Kemasukan teknologi moden dari negara maju
khususnya Hi Tech. akan menggalakkan perkembangan
R&D dalam negara yang memberikan manfaat kepada
penduduk setempat. Negara-negara APEC yang kurang
maju boleh menikmati keuntungan pemindahan
teknologi dari negara yang lebih maju apabila kerjasama
yang lebih erat wujud. Hal ini dicapai dan diselaraskan
melalui projek APITIN (Asia Pacific Investment and
Tecnology Information Network).

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Manfaat dari pengaliran buruh dan perkongsian kepakaran.
Kemasukan buruh asing yang lebih mudah dari negara-negara APEC
bagi menampung kekurangan buruh dalam negara dalam pelbagai
sektor ekonomi. Perkongsian kepakaran menerusi latihan lanjutan luar
negara, pinjaman tenaga pakar dari luar atau program usaha sama
antara universiti. Misalnya menerusi projek Pembangunan Sumber
Manusia (HRD) Pelbagai Hala Asia Pasifik (Asia Pacific Multilateral
Human Resource Development Initiative) telah mengabungkan 13
buah universiti di rantau Asia Pasifik dalam satu jaringan internet yang
memudahkan pertukaran maklumat mengenai pendidikan, latihan
kemahiran dan teknologi tinggi bagi tujuan HRD sesama negara APEC
dikembangkan.

6(b) Bagaimanakah APEC dapat


memberikan manfaat kepada negara
anggota?
Manfaat dalam konteks pembangunan sumber alam sekitar
yang lestari. Perkongsian teknologi baharu dalam pengurusan dan
penjagaan alam sekitar. Penyelesaian bersama mengenai isu-isu
alam sekitar serantau seperti pemanasan global, pencemaran laut,
jerebu rental sempadan, pencerobohan perairan perikanan di luar
daripada ZEE, isu kepupusan sumber marin dan lain-lain. Sebagai
contoh, projek pembangunan sumber marin Asia Pasifik yang
diketuai oleh Kanada, New Zealand dan Indonesia akan
menekankan kepada pelindungan pinggir pantai dan perairan
daripada pencemaran khususnya yang berkaitan dengan minyak
dan bahan radioaktif.

You might also like