You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURA


T
1 Mukadimah 2
2 Istilah 3-5
3 Pengenalan 6-7
4 Keruntuhan akhlak remaja
-Seks bebas dan jenayah seksual
-Samseng dan gengsterisme
-Ponteng sekolah
-Black metal
-Dadah, merokok dan lari rumah 8-13
5 Faktor-faktor keruntuhan akhlak
remaja islam
14-15
6 Kaedah mengatasi masalah
keruntuhan akhlak remaja islam
16-17
7 Kesimpulan 18
8 Rujukan 19

1
MUKADIMAH
‫الرحيم الرحمن هللا بسم‬
Alhamdulillah, kami memanjatkan sepenuh kesyukuran dan pujian ke
hadrat Allah S.W.T Tuhan semesta alam kerana dengan limpah rahmat
serta izin-Nya dapatlah tugasan ini disiapkan dengan jayanya dan berjalan
dengan lancar.

Kumpulan kami telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan satu


tugasan yang bertajuk “Keruntuhan Akhlak Remaja Islam”.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami


pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial,
emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang
yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Umum sedia maklum bahawa banyak remaja islam di Malaysia,


terutamanya melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga
dengan gaya hidup mereka yang menyimpang dari ajaran agama islam
yang sebenar.

Para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelut sosial
dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi
dan politik yang pesat di negara ini. Banyak pihak memperkatakan
tentang permasalahan sosial golongan remaja. Antara masalah sosial yang
dikenal pasti membabitkan golongan remaja hari ini ialah seperti seks
bebas yang bermula daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan
dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram. Malah
terdapat juga penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri,
merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini amatlah
mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan
berada di tahap membimbangkan.

2
ISTILAH

Keruntuhan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa
maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan.
Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan
dan kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan di
atas.
Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak
remaja Islam masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga
meliputi rosaknya akhlak remaja apabila mereka melakukan perbuatan-
perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya
masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat,
bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum
minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam
jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.

Akhlak
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud
budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau
jahat.
Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian
iaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak
yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada
pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis dan
ahli sufi.
Menurut Kamus al-Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimah al-Khuluq
membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama.

Menurut Abd. Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada
Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud
kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.
Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak
Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang
bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran". Akhlak Nabi
Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah
kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi
3
Muhammad s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-
Quran.
Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998: 86), akhlak dari segi istilah
membawa maksud segala perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,
apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang, tingkah laku yang
diamalkan sekian lama dan diterima oleh semua masyarakat sebagai
sebahagian daripada cara hidup itu dinamakan akhlak. Akhlak itu perlu
dipelajari agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan yang buruk,
mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak boleh dikerjakan.
Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan
perbuatan dan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia,
terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan
larangan serta petunjuk Al- Quran dan hadis.
Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak
adalah hai'ah atau sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telah
tetap sehingga dengan mudah dan senang mendorong ke arah perlakuan
atau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir atau dirancang. Di
samping itu akhlak juga mengandungi substance atau kejiwaan yang
direalisasikan dalam bentuk kelakuan. Akhlak juga difahami sebagai
prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan
oleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk
hubungan seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya
di dunia ini dicapai secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu, akhlak
ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan
berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan,
keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati.
Takrif akhlak menurut Dr. Haron Din (2001: 4), mempunyai dua bentuk
iaitu akhlak Islam dan akhlak falsafah atau etika. Menurut beliau, akhlak
Islam ialah akhlak yang bersumber kepada wahyu al-Quran dan al-
Sunnah. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang bersumber kepada
daya usaha kemampuan pemikiran manusia.
Berdasarkan pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa akhlak itu
ialah kumpulan sifat yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkan
dorongan dan pertimbangan sifat itu, suatu perbuatan itu dapat dikatakan
baik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat itu, seseorang
dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya. Akhlak yang baik
ialah benar, ikhlas, syukur, amanah, menepati janji, sabar, pemaaf,
pemurah dan lain-lain manakala akhlak yang tidak baik ialah dusta,
sombong, takbur, dengki, dendam, mengumpat, riak, khianat dan lain-lain.
Akhlak yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah akhlak buruk yang

4
dimiliki oleh remaja sehingga tercetusnya permasalahan sosial dalam
masyarakat dan negara.

Remaja
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1121), remaja bermaksud mulai
dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin.
Menurut Kamus Za'ba (2000: 975), remaja ialah orang yang berumur dalam
lingkungan 12 hingga 21tahun.
Remaja yang dimaksudkan dalam tugasan ini ialah remaja Melayu yang
beragama Islam yang tinggal di negara ini. Remaja yang diperkatakan dalam
kajian ini ialah semua golongan remaja yang terpengaruh dengan anasir-anasir
luar yang negatif sehingga rosak akhlak mereka. Akhlak remaja menjadi rosak
apabila mereka terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar batas kesusilaan
masyarakat seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Apabila remaja terbabit
terjebak dengan situasi sedemikian maka remaja tersebut diklasifikasikan
sebagai remaja yang runtuh akhlaknya.

Islam
Berdasarkan dari modul Pendidikan Islam, Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat,
dan menyerah diri. Segi istilah pula ialah patuh, tunduk, dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagian dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Islam ialah agama penutup bagi agamm-agama Samawi (agama yang turun dari
langit).
Islam adalah agama yang lengkap,merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan
kehidupan di dunia dan di akhirat.

5
PENGENALAN

Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh


keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka
masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan
remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa
Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun
1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan
jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450
atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas
pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah
kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu
dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan
sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal
(Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di
kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di
merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah
sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991.
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut
pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54
remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara
tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan,
diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang
dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes),
1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).

6
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah
psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912
penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat
serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat
di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan
Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3
Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi.
Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun
1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga
bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi
gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir
masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”.
Satu kajian di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati
sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas
sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan
hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah
(Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

7
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Seks bebas dan jenayah seksual


Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular
dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan
kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan
seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan
dua.Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan
bahawa beliau menemui kondom  yang disimpan dalam beg oleh pelajar
wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu
ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.
Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga
adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia
bertambah serius.
Seorang lagi guru  di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan
bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre
(KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut
kerana mendapati  pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman
keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan
terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam  pengedaran
pil ecstasy. Pelajar terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat ,
pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di
sekolah itu.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain
Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar
Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara
jenayah seksual yang mereka lakukan seperti  mencabul kehormatan ,
merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan
sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah
seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar
nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di  institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur

8
berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram
di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja
bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat
pemulihan akhlak. 
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di
bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah
di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada
murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah ,
bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh
sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di
bawah meja selepas guru mereka meninggalkan  bilik darjah. Namun apa
yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup
mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah
bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita
pada hari ini?. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini?.
Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak
berakhlak yang perlu dipersalahkan?. Ibu bapa hendaklah menjadi
pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh
media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan
lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah  mempengaruhi
tingkah laku anak-anak  dan para pelajar. 
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan
penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi
telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para
pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu
daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah
penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan
remaja.
Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan
keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif
yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk
langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan
minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat
mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah
yang lebih positif.

9
Samseng  Dan Gengsterisme

Gejala samseng atau gengsterime  di sekolah menengah di seluruh negara 


juga semakin membimbangkan .Mereka  ternyata  semakin berani
mencabar undang-undang  dan tidak takut  melakukan kesalahan jenayah 
termasuk menggunakan senjata merbahaya..  Berita Harian , 12 Julai 2001
lalu melaporkan  dalam tempoh  10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar
jenayah  membabitkan   remaja lelaki dan pelajar meningkat  sebanyak 35
peratus  dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan
dengan kerjasama polis  telah mengenal pasti  pelajar di 456 sekolah 
menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini
bukan  sedikit dan menunjukkan  gejala ini  ini berada pada tahap
membimbangkan . 
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan  diperlihatkan  kepada
pembabitan  pelajar  dalam kes jenayah  berat seperti  membunuh,
merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang
terlibat dengan  dadah, mabuk,  memiliki senjata api menceroboh , judi
dan membuli.
Peristiwa  terbaru ialah kejadian membakar  sekolah  dan rumah guru
yang dilakukan oleh pelajar  sekolah. Seawal belasan tahun  pelajar sudah 
terjebak dengan jenayah ekstrem  seperti  membunuh , merogol dan
menyamun. Mereka  yang sudah menjinakkan diri dengan  kes seperti
mencuri  motosikal, pecah rumah  dan memukul orang , tidak  mustahil
akan  terbabit dengan jenayah  berat seperti  membunuh, sindiket senjata
api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api.  Mengikut laporan
Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen,    statistik kesalahan
membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar sekolah menengah di seluruh     mengikut negeri-negeri dari tahun
1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh,
123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. 
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan  berlakunya  gejala-gejala
tersebut seperti  faktor  rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa
dan diri  pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja  mudah

10
terpengaruh dengan media yang memberikan  ganjaran keseronokan  dan
mula  tersesat dengan  meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan
media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya
luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran  mereka.  Selain itu 
rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga
menyumbang kearah  kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya
ini berlaku  pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan 
menjadikan  perbuatan tidak sihat sebagai  jalan keluar  kepada
permasalahan mereka.

Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial  yang baru
di  kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan  menunjukkan  pelajar terbabit dengan
gejala itu agak membimbangkan  iaitu 32092 orang  pada tahun 1993,
154305 (1995)  dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama
di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti  sebagai
kumpulan majoriti  yang terbabit dengan gejala  ponteng. Daripada 
keseluruhan  pelajar  yang dikenal pasti terbabit dengan  masalah ponteng,
kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan  pelajar lelaki dan baki 3
peratus  adalah pelajar perempuan.
 Menurut Setiausaha  Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk
Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara  berlaku di kalangan
pelajar  peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga  terutama 
mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir
bandar. 
 Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya  gejala
ponteng di kalangan pelajar  sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi
untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan ,
pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan,  pusat membeli
belah, melayari internet di kafe siber  dan terikut-ikut atau terpengaruh
dengan rakan sebaya.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah  adalah masalah serius yang  perlu
diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu  dengan
mengesan  punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan  kaedah  yang
berkesan  untuk menanganinya

11
Black Metal 
Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian
meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah
epidemik atau wabak yang  menjangkiti remaja melayu babak demi
babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa
bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini
sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana
kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah
masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri
sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan
bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur
pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang
sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan
mereka. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah
sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black
Metal  sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam
upacara membakar ayat Al Quran dan  mengikuti upacara  yang diketuai
`tok guru` yang berselubung hitam.
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan
agenda Yahudi  dengan menafikan  tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi
perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila
terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan
budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada  simpulan
bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung
mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua
pihak dari  seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama
yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen,
kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani
dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak. 

12
Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah 
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari
dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan
menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun
1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448
kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah
ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-
lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia
yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan
dalam serbuan polis  yang disyaki ponteng dan menghidu gam. 
Masalah merokok di  kalangan pelajar pula semakin bertambah
bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03
1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok
diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin
menonjolkan  emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba,  dan
mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan  serta
mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu
melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk
tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau
menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini
mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila
mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti
terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan
sebagainya.

13
FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK
REMAJA ISLAM
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti
keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang
tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut.
Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak
remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat
dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada
mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar
belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan
akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan,
didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa 
dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.
Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa
panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan
keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku 
yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah
dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan
pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya 
yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap
ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan
pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak.
Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat
yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan
mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor
keruntuhan akhlak.

14
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan
dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang
tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta
tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan
moral.
Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan
dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak,
memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-
kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa
membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam
menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang
sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya
menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini.
Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-
rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan
secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan
akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di
sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah
pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar
mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu
dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di
rumah.

15
KAEDAH-KAEDAH MENGATASI MASALAH
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah
berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah
seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut
beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan
perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan
anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama
anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan
keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada
anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan
teknik pengajaran luar kelas.

16
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan
undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa
takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan
beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa 
dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti
polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan
merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah
diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut. 
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan
peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu
bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-
pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima
teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

17
KESIMPULAN
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar
dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk
mengawalnya sudah  sampai ke tahap yang dianggap terdesak.
Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak
mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih
bersifat  tujuan akademik dan tertumpu kepada  punca masalah dan
biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak  punca yang
diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun
ia hanya berakhir  di meja perbincangan,  forum atau seminar. Memang
ada program yang  dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya
memberi  manfaat kepada segelintir  mereka sahaja dan  lebih bersifat
komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat  perlulah berganding
bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab  mendidik anak-
anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya
mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat  makro. Oleh itu adalah
wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
malalui interaksi  mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan
satu kempen yang menyeluruh  untuk menyedarkan remaja dan pelajar
supaya menghindarkan  diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh
merosakkan  diri  dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga
perlu  didedahkan dengan  pengetahuan undang-undang agar mereka
gementar dengan hukuman. 
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan
semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi
dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di
kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus
dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar
terhadap aset yang tidak ternilai ini.

18
RUJUKAN

Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian  Sosiologi  Dan Pendidikan.


Tanjong Malim :  Quantum Books.

Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline


and  Profession.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial.


Kuala Lumpur:Institut Perkembangan Minda. 

Utusan Malaysia, Januari 1992

Utusan Malaysia, 11 Mac 1993

Berita Harian, 22 September 1993

Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas.

Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.

Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga


Kamus Za’ba.
Kamus al-Mawrid
www.scribd.com (keruntuhan akhlak,masalah sosial remaja islam dan
masalah remaja.)

19

You might also like