You are on page 1of 16

PENDUDUK

BAB 1

KONSEP PENDUDUK

1.1. KONSEP PENDUDUK

1.1.1. PENDUDUK SEBAGAI SUMBER

Penduduk di dalam sesebuah negara dianggap sebagai sumber manausia yang penting dan
berharga kepada negara berkenaan. Penduduk diukur dari segi kuantiti dan kualiti.

1.1.1.1 Secara kuantiti

Sumber manusia diukur dari aspek bilangan atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang
dimiliki, taburan penduduk dan struktur umur dan jantina. Negara yang ramai penduduk
mempunyai tenaga kerja yng cukup untuk menjana pembangunan ekonomi, kutipan cukai, saiz
pasaran luas dan bilangan tentera yang ramai.

1.1.1.2. secara kualiti

sumber manusia diukur melalui ciri-ciri fizikal dan kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran,
keterbukaan, mobiliti. Ciri- ciri ini ditentukan oleh perancanagan sumber manusia yang berkesan
seperti peranacangan kelahiran, penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan pembangunan
ekonomi yang matang.

1.1.2.0 PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

1.1.2.1 Perubahan Sosioekonomi

Pendudukan sebagai sumber tenaga penting menukarkan ekonomi tradisional kepada ekonomi
moden- pertanian kepada industri dan perkhidmatan
Dari segi sosial sektor pendidikan, kesiahatn, teelekomunikasi berkembang kerana adanya
penduduk yang berkualiti dan mencukupi

1.1.2.2. Perubahan landskap budaya (Alam sekitar Manusia)

Fenomena budaya dilihat menerusi kewujudan petempatan, pusat perindustrian, Jaringan


pengangkutan, telekomunikasi fenomena pembandaran, pelabagai guna tanah pertanian.
Fenomena ini terhasil daripada gubahan manusia ke atas alam sekitar fizikal.

1.1.2.3. Perubahan landskap fizikal (Alam sekitar fizikal)

Manusia bertindak terhadap persekitaran fizikal dengan pelbagai cara. Manausia bertindak
terhadap tanih, air, udara, flora dan fauns. Penggubahan ini mendatang kesan ke atas landskap
fizikal seperti penebukan bukit, penarahan dan pemotongan bukit, aktiviti penyahhutanan seperti
pembalakan, pertanian, penorokaan tanah baru, pembinaan empangan dsb.

BAB 2

TABURAN PENDUDUK

1.2.1 Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk.

Taburan penduduk bermaksud sebaran atau agihan penduduk di atas ruang bumi . Sebaran ini
menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang berpenduduk padat,
sederhana padat, dan berpenduduk jarang
Kepadatan penduduk pula bermaksud nisbah diantara jumlah penduduk di sesebuah kawasan
berbanding dengan keluasannya. Formula kepadatan penduduk dikira dengan kaedah berikut :

1.2 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

Contoh Soalan

Berdasarkan jadual di bawah kira kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia tahun 1996 dan
lukis peta koroples yang menunjukkan taburan penduduk Malaysia pada tahun 1996.

1.3 MENGAPA TABURAN PENDUDUK TIDAK SEIMBANG

a) Faktor Fizikal

i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduk


tanah rendah – tumpuan penduduk

b) Faktor Ekonomi

i. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan

c) Faktor Politik
i. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan

d) Faktor Sosial

i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social

e) Faktor kemudahan pengangkutan

i. jalan raya yang baik


ii. jalan kereta api yang baik
iii. pengangkutan awam yang cekap

f) Faktor Sejarah

i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuan


ii. Penghijrahan dari luar.

1.4 LANGKAH MENSEIMBANGKAN TABURAN PENDUDUK

a) Membangunkan kawasan luar Bandar


b) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar Bandar
c) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar
d) Mengadakan rancangan-rancangan pembangunan wilayah- pembukaan wilayah baru
e) Memodenkan sector pertanian
f) Membawa industri ke kawasan luar bandar.

BAB 3

PERTUMBUHAN PENDUDUK

A) Konsep Perumbuhan Penduduk

- merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan satu arah pertambahan penduduk sama
ada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesbuah negara dalam suatu tempoh tertentu.
Angka ini diukur dalam unit % atau per/1000 orang. Misalnya pertumbuhan penduduk Malaysia
pada tahun 1999 ialah 2.5% atau 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000
orang penduduk)
- Kadar pertumbuhan penduduk dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
a) kadar pertumbuhan penduduk semula jadi – kadar pertumbuhan kasar
b) kadar pertumbuhan bersih – mengambil kira perbezaan migrasi dan emigrasi

B) Mengira kadar petumbuhan penduduk semula jadi


Formula : Peratus kadar kelahiran-peratus kadar kematian
Langkah-langkah pengiraan :
Kadar kelahiran kasar = bilangan kelahiran
--------------------- x 1000
Jumlah penduduk

Peratus kadar kelahiran = Kadar Kelahiran Kasar


--------------------------- x 100
1000

i. Kadar Kematian kasar = Jumlah kematian


-------------------- x 1000
Jumlah penduduk

Peratus kadar kematian = kadar kematian kasar


-------------------------- x 100
1000

Contoh data Malaysia pada tahun 2000


Jumlah penduduk 25 000 000 orang
Jumlah kelahiran 600 000 orang
Jumlah kematian 90 000 orang

PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA

C) Faktor- factor yang mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk


a) Kadar Kelahiran
b) Kadar Kematian

Ca) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi (Negara Membangun)


i. kadar fertility tinggi- kahwin di usia muda
ii. kegagalan amalan perancangan keluarga
iii. tahap pendidikan rendah
iv. tahap kesihatan yang baik – penjagaan kesihatan ibu dan bayi- mengurangkan risiko kematia
ibu dan bayi
v. dasar kerajaan – menggalakkan bilangan penduduk ramai untuk pembangunan ekonomi.

Cb) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah (Negara maju)

i. kadar fertility rendah – kahwin di usia yang lewat


ii. amalan perancangan keluarga- mengehadkan bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas /
kos hidup tinggi
iii. wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup membujang
iv. dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal –
jepun dan singapura

Cc) Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi (negara membangun)


i. taraf hidup yang rendah – kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baik
ii. taraf kesihatan yang rendah- banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal.
iii. Politik- perang saudara, pencerobohan
iv. Adat/agama – adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri (system sutee di
India0

Cd) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah (negara maju)


i. taraf hidup tinggi- makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatan
ii. taraf perubatan dan kesihatan moden- banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan
kaedah rawatan moden
iii. dasar kerajaan- membasmi penyakit dari awal – imunisasi
iv. pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara
Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.
2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk
adalah seiring dengan daya pengeluaran negara

3. Selain itu dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :

i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung
kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari
segi pertahanan.

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau
sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk
bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang
rendah
Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada

MASALAH PENDUDUK LEBIHAN

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa


2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak
mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang
ramai
3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan,
kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda
4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran
5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah social
6. taraf hidup rendah- negara tidak maju
7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta
huruf tinggi
8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung
jumlah penduduk.
9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi
10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan


meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.
2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup
3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan
4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan
5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing
6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara
7. menguatkan pertahanan negara

PENDUDUK KURANG

MAKSUD PENDUDUK KURANG : Sumber yang banyak untuk dimajukan tetapi tidak
mempunyai penduduk secukupnya untuk meneksploitasi sumber-sumber tersebut.

MASALAH-MASALAH PENDUDUK KURANG

1. Taburan penduduk tidak sekata- kawasan luar bndar kurang penduduk, penduduk tertumpu di
kawsan Bandar, kerajaan sukar menyediakan kemudahan asas di luar Bandar kerana
penduduknya yang sedikit.
2. Sumber kurang dimajukan kerana kekurangan tenaga kerja.- hanya sumber yang
mendatangkan keuntungan sahaja dimajukan-sumber lain terbiar dan membazir seperti menjadi
tanah terbiar atau menjadi stok sumber sahaja.
3. Perkembangan perusahaan lambat kerana masalah kekurangan tenaga kerja.
4. Terpaksa bergantung kepada buruh asing untuk membangunkan ekonomi negara- pengaliran
keluar wang ke negara luar.
5. Saiz pasaran domestic terhad- jumlah penduduk sedikit , kuasa beli penduduk rendah maka
pasaran barangan dan perkhidmatan sukar dikembangkan.

KESAN POSITIF PENDUDUK KURANG

1. Taraf hidup tinggi, pendapatan yang lumayan kerana persaingan untuk mendapatkan pekerja
menyebabkan kadar upah tinggi.
2. Sumber tidak diancam kepupusan atau kehabisan, tekanan terhadap umber berkurangan kerana
jumlah sumber yang ada berupaya menampung dan memenuhi keperluan penduduk.
3. Pendapatan perkapita meningkat
4. Taraf social penduduk meningkat-kemudahan pendidikan berkualiti, kadar buta huruf rendah,
kualiti kesihatan meningkat, perhubungan dan pengangkutan maju dan lain-lain kemudahasan
asas cukup.
5. Pendidikan yang tinggi- masyarakat yang berpengetahuan
6. Menggalakan penggunaan teknologi dalam industri untuk mengelakkan masalah kekurangan
tenaga kerja.
7. Makanan berlebihan
8. Tempat tinggal mencukupi dan selesa.
9. Peluang kerja banyak/ pengangguran rendah

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN


FENOMENA DAN MASALAH LEBIHAN PENDUDUK

1. Melaksanakan dasar keluarga kecil- langkah perundangan seperti yang dilaksanakan di negeri
China- dasar satu keluarga satu anak-tindakan undang-undang seperti cukai pendapatan tinggi
2. pelbagai insentif diberikan kepada mereka yang memiliki seorang anak seperti keutamaan
memiliki rumah ,biasiswa dan subsidi rawatan
3. program preancangan keluarga melalui pencegahan kehamilan seperti pil perancang,
penjarakan kelahiran
4. menggalakkan migrasi keuar dan transmigrasi – bekerja di negara lain
5. meningkatkan teknologi pengeluaran dan r & D bayak sumber alam dapat doeksploitasii dan
dibangunkan intuk keperluan penduduk- membuka peliung pekerjaan
6. mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara agar tidak terllalu bergantung kpada satu sumber
sahaja- seperti industri, perhidmatan, perniagaan, perdaganagan –meningkatkan pendapatan
perkapita dan menignkatkan taraf hidup rakyat

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH KURANGAN PENDUDUK


1. galakan untuk menigkatkan kadar kelahiran- kemudahan cuti bersalin ,pengurangan dan rebat
cukai, rawatan percuma- contoh singapura
2. program sosial- program mencari jodoh bagi mereka yang tlah lanjut usia
3. mengurangkan had umur berkahwin
4. menignktakan pendapatan perkapita dan traf hidup- supaya dapat menampung keperluan
keluarga

PENDUDUK OPTIMUM

MAKSUD PENDUDUK OPTIMUM: Sesebuah negara dikatakan berada pada paras penduduk
optimum apabila bilangan penduduknya bersama-sama faktor pengeluaran yang lain
menggunakan sumber semula jadi yang ada, dan dapat mengeluarkan hasil yang optimum.
Bilangan penduduk yang ada sama dengan sumber-sumber yang ada an mengelaurkan hasil yang
optimum
Keseimbangan antara penduduk dengan sumber pengeluaran di sesebuah negara
Sumber seperti manusia, sumber alam, ekonomi, modal dan teknologi dijana ke tahap maksimun
untuk mencapai tahap sosio ekonomi dan dapat menanpung taraf hidup yang tinggi.

CIRI-CIRI NEGARA YANG MENCAPAI PENDUDUK OPTIMUM

1. kadar kelahiran rendah


2. jangka hayat tinggi
3. kualiti hidup penduduk tinggi
4. kuasa beli tinggi
5. tingkat teknologi tinggi
6. pendapatan perkapita tinggi
7. pemuliharaan alam sekitar baik
8. contoh – sweden dan jepun

ARAH ALIR PERTUMBUHAN PENDUDUK, LEDAKAN PENDUDUK, KONSEP


PERTUMBUHAN PENDUDUK SIFAR

1. prtumbuhan negatif – kadar kematian melebihi kadar kelahiran


2. pertumbbuhan sifar- kadar kematian sama denngan kadar kelahiran
3. pertumbuhan positif- kadar kelahiran lebih kadar kematian
4. pertumbhan abnormal- kadar kelahiran dan kematian terganggu akibat perpeangan

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP


KAWASAN BANDAR

KESAN POSITIF
1. Membekalkan tenaga kerja untuk pelbagai sektor di Bandar- pembinaan, perindustrian,
perdagangan dll
2. Mempercepatkan pembangunan ekonomi Bandar-
3. Pasaran yang luas/kuasa beli pnduduk Bandar
4. Kemudahan prasarana yang mencukupi untuk menampung perkembangan penduduk Bandar
seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan riadah, hospital dll
untuk menampung penduduk yang semakin bertambah

KESAN NEGATIF

1. Tekanan terhadap sumber tanah- persaingan penggunaan sumber tanah untuk petempatan,
perindustrian, perdagangan dll
2. Kesesakan tempat tinggal- setinggan
3. Masalah pengangguran- penduduk ramai peluang kerja sedikit
4. Taraf hidup yang rendah- golongan yang tidak mampu bersaing kerana pendidikan rendah
5. Pencemaran alam sekitar- air, udara, sampah sarap – kesan kepada penduduk- kesihatan
6. Masalah dalam penyediaan kemudahan asas-kesesakan lalu lintas
7. Masalah social- penyakit-penyaki social seperti jenayah, pelacuran penyakit-penyakit denggi,
malaria dll

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT TERHADAP KAWASAN LUAR


BANDAR
KESAN POSITIF

1. Menggalakkan industri perlombongan kerana tenaga kerja yang cukup- perlombongan emas,
berlian, batu arang dll
2. Mempercepatkan pembangunan kawsan luar Bandar bila sumber dapat dimajukan – proses
pembandaran akan berlaku dengan cepat menjadikan kawasan luar sebagai Bandar

KESAN NEGATIF

1. Tekanan terhadap tanah pertanian- saiz tanah pertanian semakin sempit penduduk semakin
ramai- tanah menjadi tidak ekonomik
2. Hasil pertanian semakin berkurangan- penduduk ramai , penduduk menjadi miskin dan
mengalami masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
3. Penceobohan ke atas kawasan hutan simpan untuk menjadikan kawsan pertanian- mengancam
hidupan liar
4. Pengangguran meningkat – nisbah tanggungan tinggi menyebabkan kadar kemiskinan
meningkat.

BAB 4
PIRAMID PENDUDUK DAN MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

1.1.1.0 Kumpulan penduduk muda


i. berumur 0-19 tahun
ii. tidak produktif
iii. 1/3 terdapat di Negara maju
iv. ½ terdapat di Negara membagun
v. Ditanggung oleh penduduk dewasa
vi. Perlu kepada kemudahan pendidikan yang baik

1.1.2.0 Kumpulan penduduk dewasa


i. berumur 20-59 tahun
ii. aktif dari segi sosio dan ekonomi
iii. menanggung kumpulan penduduk muda dan tua
iv. golongan yang produktif
v. 2/3 terdapat di Negara maju
vi. 1/3 di Negara meembangun

1.1.3.0 kumpulan penduduk tua


i. berumur 60 tahun ke atas
ii. kumpulan penduduk yang tidak aktif
iii. kumpulan pesara atau tidak produktif
iv. ditangggung oleh kerajaan atau kumpulan penduduk muda

BAB 5

MIGRASI PENDUDUK

MAKSUD MIGRASI : Migrasi atau penghijrahan merujuk kepada perpindahan penduduk dari
satu tempat ke satu tempat yang lain melintasi sempadan daerah atau negeri atau negara.
Perpindahan ini mungkin di sebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan social

MIGRAN : Merujuk kepada orang yang berhijrah

IMIGRASI : Merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat

EMIGRASI : Merujuk kepada orang yang berpindah keluar dari sesebuah negara atau tempat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI

1. FAKTOR EKONOMI
i. berpindah dari kawsan yang lembab ekonominya ke kawasan yang pesat dengan pembangunan
untuk mencari peluang pekerjaan.
ii. Keluasan tanah yang sempit khususnya tanah petanian di luar bandar disebabkan pembahagian
tanah system pusaka menyebabkan tanah tidak ekonomik dikerjakan- penduduk berhijrah untuk
mencari pekerjaan lain
iii. Penggunaan jentera dalam pertanian- berlaku pengangguran di desa- terpaksa berhijrah ke
kewasan lain

2. FAKTOR SOSIAL
i. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi- terpaksa berhijrah ke bandar- bandar
utama
ii. Mengikut keluarga yang berhijrah.
iii. Faktor agama- tempat-tempat yang ada kaitan dengan agama- contoh Mekah bagi orang Islam
Ammritsar bagi orang sikh dan Banares bagi penganut hindu.

3. FAKTOR POLITIK
i. Dasar kerajaan – migrasi ke wilayah baru, dasar transmigrasi
ii. Perperangan – Vietnam, Bosnia, Afghanistan – lari meninggalkan kampung masing-masing

JENIS-JENIS MIGRASI

1. MIGRASI DALAMAN

A. MIGRASI MUSIMAN
i. berlaku secara bermusim atau berkala
ii. berlaku di kalangan pengembala kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi –
mencari air dan padang rumput untuk ternakan
iii. Kegiatan pindah ternak di Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di
pergunungan dan musim sejuk di turun ke lembah

B. MIGRASI DARI LUAR BANDAR KE BANDAR


i. Penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kerana :
· kemiskinan.
· pengangguran
· upah yang rendah
· tanah yang tidak eonomik untuk dikerjakan
· kurang kemudahan asas- pendidikan, perhubungan

C. MIGRASI BANDAR KE BANDAR


i. tiada kemudahan penddidkan di bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke
bandar besar untuk melanjutkan pelajaran
ii. penghijrahan secara berpetingkat- dari bandar kecil ke bandar lebih besar dan seterusya ke ibu
negara

D. MIGRASI BANDAR KE LUAR BANDAR / BANDAR KE PINGGIR BANDAR


i. golongan pesara- menikmati hidup yang lebih segar di luar bandar
ii. pembangunan pesat di bandar- banyak rumah dirobohkan- diganti dengan bangunan pencakar
langit/ bangunan komersial- terpaksa mencari tapak kediaman baru
iii. pembinaan kawasan perumahan di pinggi Bandar- kemudahan pengangkutan awam yang
cekap, kenderaan sendiri yang selesa- penduduk Bandar tinggal di pinggir Bandar berulang alik
ke tempat kerja setiap hari.

E. MIGRASI LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR


i. Pembukaan kawasan pertanian baru – FELDA, JENGKA, DARA migrasi penduduk luar
Bandar ke kawasan pertanian baru
ii. Tujuan- membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan
miskin.
iii. Peroindahan secara haram – membuka tanah secara haram untuk pertanain

F. TRANSMIGRASI
i. Migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang oleh kerajaan
ii. Tujuan- mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau-
contoh pulau jawa ke pulau Sumatera dan Kalimantan.

MIGRASI ANTARABANGSA

FAKTOR EKONOMI
I
i. Di tempat asal imigran tidak ada peluang pekerjaan- kadar pengangguran yang tinggi kerana
bilangan penduduk yang ramai sedangkan peluang pekerjaan terhad- contoh India, Bangladesh,
Indonesia, dll
ii. Gaji dan upah yang rendah di negara asal- pekerjaan sedikit, bilangan penduduk ramai
iii. Pelung pekerjaan yang banyak di Malaysia – sektor perladangan, pembinaan, perkilangan-
penduduk tempatan tidak berminat

FAKTOR SOSIAL
i. Kebuluran di negara asal- abad ke 19 di benua China menyebabkan mereka datang untuk
bekerja di lombong-lombong di negara ini
ii. Kemudahan pengangkutan untuk datang ke Malaysia- melalui udara, laut dan darat
iii. Taraf hidup yang baik di Malaysia berbanding dengan tempat asal mereka- kadar upah yang
tinggi berbanding dengan negara asal mereka

FAKTOR POLITIK
i. Dasar penjajahan british yang menggalakkan kemasukan orang cina dan India masuk ke negara
ini untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan.
ii. Keadaan politik ayang tidak stabil di negara asal mereka menyebabkan mereka berhijrah ke
Malaysia – contoh Indonesia, Thailand dan kemboja
iii. Keadaan negara Malaysia yang aman damai- menjadi tarikan penduduk negara lain untuk
berhijrah ke sini

KESAN MIGRASI
KESAN KE ATAS TEMPAT ASAL
1. Kesan Positif

ii. Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan lebih eknomik dengan tidak menggunakan tenaga
kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperelehi
iii. Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang
menganggur berpindah ke Bandar
iv. Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk
menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkan
v. Migran yang berhijrah keluar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal mereka-
menguntungkan dari segi pulangan wang asing
vi. Menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti penduduk pulau jawa yang menghadapi
lebihan penduduk

2. Kesan Negatif

ii. Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana
kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan mereka
iii. Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandar
iv. Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa- kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum
wanita berada di desa- wanita lebih ramai di desa
v. Pengaruh budaya kuning yang diperolehi di Bandar di bawa balik ke desa
KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU
1. Kesan Positif

ii. Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk
iii. Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh
doctor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan.

2. Kesan Negatif.

i. Imigrasi menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian


budaya dan adapt resam menyukarkan perpaduan nasional
ii. Rakyat tempatan kehilangan peluang pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran
untuk mendapatkan peluang pekerjaan
iii. Migran akan menghantar balik ke negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana
pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.
iv. Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan kawasan mengikut kaum- kaum
pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan persengketaan kaum.

TEORI PENDUDUK MALTHUS


1. Malthus menyatakan penduduk lebih cenderung bertambah lebih cepat daripada pengeluaran
bekalan makanan
2. Penduduk bertambah secara geometri (1,2,4,8,16,32,64,…) manakala bekalan makanan pula
bertambah secara arimetik (1,2,3,4,5,6,…..)
3. Oleh itu bekalan makanan tidak mampu menampung penduduk yang kian bertambah
4. Perimbangan boleh dicapai dengan cara menyekat pertambahan penduduk. Di antara caranya
ialah dengan kebuluran, perperangan, penyakit yang membawa kematian, mencegah kelahiran
dan membujang.

KRITIKAN TERHADAP TEORI MALTHUS./KELEMAHAN TEOARI MALTHUS


1. Pengeluaran makanan bertambah kerana teknologi dalam pengeluaran makanan- benih yang
bermutu tinggi, baka baik, baja kimia, racun serangga membolehkan hasil pengeluaran pertanian
bertambah berlipat kali ganda.
2. Kemajuan dalam system pengangkutan- bekalan makanan dapat diagihkan ke kawasan yang
mengalami masalah kekurangan bekalan makanan
3. Pertambahan penduduk tidak bertambah secepat seperti yang diramalkan oleh Maltuhs kerana
kejatuhan dalam kadar kelahiran terutamanya di negara maju
4. Teori Malthus tidak tepat di negara maju tetapi boleh diterima di negara mundur

BAB 6
PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR
1.0. ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUMBER
1.1. KOMPONEN BIOSFERA

i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
dan mikro organisme , bakteria, protoza dll
ii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll
iii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya
dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak
iv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll

1.2. KOMPONEN LITOSFERA

i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan
bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium

1.3 KOMPONEN HIDROSFERA

i. meliputi laut, tasik,paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2% air masin.
2.8% air tawar
ii. Lautan komponen terpenting- 5 lautan utama : hindi, atlantik, pasifik, antartik dan artik
iii. Lautan – sumber alam yang pentig- untuk bekal air hujan, menyerderhanakan suhu, protein
dan mineral
iv. Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumbr air tawar terpenting

1.3. KOMPONEN ATSMOSFERA

i. Atmosfera merupakan kompenen udara yang terdapat disekeliling bumi-ketebalan 1000m


ii. Sumber utama ialah gas- 70%, terdiri daripada beberapa jenis gas spt nitrogen(78%),
oksigen(20%),Argon(0.9%),Karbon dioksida(0.03%) lain-lain(Neon, Helium, Kripton dan
Xenon)
iii. Terbahagi kepada beberapa lapisan:
- troposfera; menampung kehidupan manusia ,haiwan dan tumbuhan
· troposfera ; penebat bahangan matahari dan bumi . Membolehkan suhu bumi stabil
· stratosfera; 50 km dari permukaan bumi- tidak berawan- gas ozon menyerap sinaran ungu
matahari
1.4. KLASIFIKASI SUMBER ALAM

1.4.1. Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui


Sumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti, diwujudkan
atau dicipta. Kejadian mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun. Contoh ;bahan fosil
Ada dua jenis ; yang boleh dikitar semula spt mineral dan yang tidak boleh dikitar semula seperti
gas asli dan arang batu
1.4.2. Sumber alam yang boleh diperbaharui
Terdiri dari dua jenis
i. sumber yang berterusan dan tidak pupus- air,uidara, ombak, suria
ii. sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula seperti hutan, tanah pertanian,

KESAN PERTUMBUHAN DAN TUMPUAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL


i. Kesan terhadap geomorfologi- penebukan bukit
ii. kesan terhadap sistem hidrolgi- laut, tasik. Kola,. Sungai
tadahan hujan
iii. kesan terhadap atmosfera- bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara
iv. kesan ke atas sistem ekologi- organisme-organism hidup dan persekitarannya

SOALAN-SOALAN LATIHAN
1. Bagaimana pertumbuhan penduduk semua jadi dikira?
2. Mengapa kadar kelahiran meningkat?
3. Mengapa kadar kematian merosot?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk lebihan, penduduk kurang dan penduduk
optimum?
5. Bincangkan masalah-masalah penduduk di negara membangun?
6. Terangkan masalah-masalah penduduk di negara-negara maju?
7. Jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap alam sekitar?
8. Nyatakan sebab-sebab berlakunya migrasi dalaman dalam sesebuah negara?
9. Mengapa Malaysia menjadi tumpuan imigran dari negara-negara lain?
10. Apakah kesan migrasi ke atas negara yang ditinggalkan dan negara yang dituju?

You might also like