P. 1
Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

|Views: 4,954|Likes:
Published by miss iza
kemahiran dalam bahasa
kemahiran dalam bahasa

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: miss iza on Feb 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

Kemahiran mendengar dan bertutur

Disediakan oleh: Razniza Bt Mohammad

Pensyarah : En Mohammad Noor

Apakah kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur?

Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level). Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut. Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Melalui kajian beliau juga menyatakan bahawa, pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.  Dalam buku Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia (1990) menyatakan bahawa :  Ahli linguistik telah bersetuju bahawa proses mendengar terbahagi kepada dua aras iaitu:  Aras pertama dimana pendengar mendengar dan mengenali bunyi bahasa.  Dalam aras pertama mengutamakan kepekaan serta tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengari.  Aras kedua pula,mendengar dan memahami bunyi bahasa.  Dalam aras ini lebih mengutamakan pemahaman pendengar terhadap maksud dan butir-butir bunyi yang didengari. 

Kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.  Ia merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan di ajuk.  Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.  Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)
Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum menguasai kemahiran yang lain.  Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaiutu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.  Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Mengapakah kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur perlu dikuasai sebelum kanak-kanak menguasai kemahiran lain?

Kerana kemahiran lisan adalah asas dan tunjang kepada peningkatan penguasaan semua pembelajaran atau kecekapan berbahasa. Pelajar yang telah mencapai tahap kemahiran yang memuaskan harus boleh menyusun fikiran dan idea-idea dengan baik dan dapat melahirkan nya dalam bentuk ujaran yang baik juga. Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan menghasilkan satu tabiat berbahasa yang baik dan kebiasaan berbahasa dengan baik itu pula membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan sempurna dan berkesan. Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara semulajadinya menunjukkan kanak-kanak mula-mula mendengar, kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap. Penguasaan bahasa lisan yang baik memudahkan kanak-kanak menginterpretasikan lambinglambang yang tertulis dengan berkesan.

 


Perkembangan personaliti, bagi mengelak rasa rendah diri dan bersifat pasif. Masalah sahsiah akan timbul sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Perkembangan sosial, kanak-kanak yang mahir dalam kemahiran lisan berani untuk berkawan dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Ini kerana mereka mudah meluahkan perasaan, memberi pendapat dan pandangan. Secara tidak langsung membantu kanak-kanak menonjolkan diri mereka. Perkembanganmental, kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai tidak berfikir dengan jelas. Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiranfikiran tadi dalam bentuk tulisan.

Apakah sebab-sebab penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur sukar dikuasai?

Kekeliruan dalam membezakan bunyi
 Kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar  Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar  Tidak memahami makna sebenar apa yang terkandung dalam perkataan atau ayat.

Kelemahan dalam memahami Apa yang didengar
 Setiap

pertuturan seharusnya menggunakan dan ayat yang sesuai  Pendengar yang cekap berjaya mengaitkan apa yang didengar semasa dan selepas pertuturan  Pendengar yang cepat memahami akan cepat bertindak balas terhadap pertuturan tersebut

Kelajuan dalam pertuturan
 Pertuturan

yang laju boleh menimbulkan masalah kepada pendengar  Tidak dapat membezakan perkataan dan bunyi bahasa  Sukar memahami apa yang diperkatakan

Sejauh manakah kemahiran mendengar dan bertutur melibatkan proses mental?

 

Teori pembelajaran menyatakan bahawa ada perhubungan antara bahasa yang dituturkan dengan pemikirannya. Chomsky telah mengistilahkan sebagai competence(keupayaan) dan performance (pertuturan). Competence berada dalam otak dan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu melahirkan kalimat-kalimat yang terbatas banyaknya. Ianya juga merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Performance adalah unsur yang berada diluar dan dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini adalah bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya.

 

Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur?

Mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.  Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.  Mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan.  Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

Bibliog rafi
 Juriah

Long, Raminah Hj. Sabran 1990, Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.  Kamarudin Haji Husin 1990, Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  Kamarudin Hj Husin 1998, Pedagogi Bahasa Pengkaedahan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->