You are on page 1of 37

Disediakan oleh:

Mohd Hafiz Hamzah


Razniza bt Mohammad
Nurul Ayuni bt Azizan
Nurul Suaidah bt Othman
Siti Suhaili Bt A.Rahman

KUMPULAN 3

KAEDAH PENGAJARAN
l kan ha
si silk
ha PENDEKATAN an
PEMBELAJARAN

TEORI BAHASA
STRATEGI
PENGAJARAN

k an
s il
KAEDAH ha
PENGAJARAN

TEKNIK
PENGAJARAN
kan
hasil
 Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara
atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.
 Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu
siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk
mencapai sesuatu matlamat.
 Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang
tertentu.
 Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah
laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
Kaedah

 Cara atau peraturan membuat sesuatu


( terutamanya yang bersistem
atau yang biasa)

Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007


 Kaedah

Cara atau peraturan membuat sesuatu.

Satu siri tindakan guru yang sistematik


dengan tujuan mencapai objektif pelajaran
spesifik dalam jangka masa pendek.

Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam


satu prosedur yang tersusun berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

( Edward M. Anthony (1963 ) ).


KAEDAH
 Mangantar Simanjuntak (1982) :
satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang di gunakan.
 Parera (1986) :
satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan
secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada
bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan
semuanya berdasarkan kepada pendekatan
 Ishak Ramly (2006) :
satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan
sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran.
KAEDAH
 Kaedah pengajaran adalah cara menyampaikan maklumat atau
menjalankan aktiviti pengajaran.
 Dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu
kemahiran membaca.
 Biasa dilaksana untuk menyokong sesuatu pendekatan.

KAEDAH
MENGAJAR

KAEDAH KAEDAH KAEDAH KAEDAH


INDUKTIF DEDUKTIF ELEKTRIK GABUNGJALIN
Jenis-jenis kaedah :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )
1. Kaedah terus
2. Kaedah semulajadi
3. Kaedah askar atau tentera
4. Kaedah ajuk-hafaz
5. Kaedah linguistik
6. Kaedah oral-aural
7. Kaedah terjemahan
8. Kaedah psikologi
9. Kaedah kod-kognitif
10. Kaedah khusus
1. Kaedah Terus :
 Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah
kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan
bahasa kedua kepada kanak-kanak.
 menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini
mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
 Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas
iaitu:
1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada.
3. timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan.
4. mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-
undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,
mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu
yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
Kaedah Terus

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana


kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai
tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua
dahulu.

Tujuan
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-
empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar,
bertutur, mmembaca dan menulis.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa
yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. 
Teknik Mengajar
1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-
pelajar it uterus dengan bahasa yang hendak dipelajari.
Kanak-kanak diperkenalkan dengan system bunyi bahasa itu.
Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru
oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.
2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan
dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti,
perrkataan berlawan dan lain-lain.
3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat
yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar
dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya
diajar selepas penguasaan struktur ayat .
4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-
bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.
Sifat-sifat

• Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan


bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini
menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa
pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara
mendengar dan bertutur.
• Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang
hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.
• Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah
ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini
merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran
bahasa.
Kelemahan-kelemahan
1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-
pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka
merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan
perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah
mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh
sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini


terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di
sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan


bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan
yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk
perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.
2. Kaedah Semulajadi :
 hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh
murid.
 Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Linguistik :
 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa
yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi
bunyi.
 memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan
mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur )
• Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan.
• Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
• Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara berulang
kali.
• Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistic dengan
memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.
• Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah
sebutan penutur jati bahasa itu.
• Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih –
lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang
diajar itu.
• Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih
tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistic,
disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
• Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh
bahan yang telah sisusun rapi.
• Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar
diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan
yang teratur.
• Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit
pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang
bermakna.
• Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan
sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya.
 Setelah pelajar menguasai bacaan,
latihan diteruskan pula kepada aktiviti
menulis.
 Mula-mula latihan menulis ini dikawal
oleh bahan-bahan yang telah dipelajari ,
dan hanya selepas itu baharulah latihan
menulis bebas dibenarkan.
Tujuan Kaedah Oral-aural
( Dengar-Tutur )
•  Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini
adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran
bahasa , iaiitu : mendengar , bertutur,membaca dan
menulis.
• Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan.
• Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan
asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.
• Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam
bahasa.
Kaedah Nahu Terjemahan
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan


juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. 

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke


bahasa natif dan sebaliknya.

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang


dapat digunakan dalam penulisan.

4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna


buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan
mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Teknik Mengajar

1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu


dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai
undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan.
Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.

2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu


dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam
bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh membuat
ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata
itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari. Dalam
pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga
dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa
asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.
Sifat-sifatnya

1 ) Kaedah ini bersifat deduktif.

2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa


tulisan daripada bahasa lisan.
Kaedah Bacaan

Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short


cut “ untuk penguasaan bahasa.

• Tujuan
1) Untuk memperkembangkan kebolehan
mereka membaca.

2) Membolehkan pelajar mempelajari


bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.
Teknik Mengajar
1) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan
supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca
bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut
sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan
pola-pola pertuturan yang simple.
2) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk
mereka memahami teks yang dibaca.
3)
Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan
yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan
struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang
penting pada fahaman teks.
4) Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada
bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar
mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama
dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat
secara aktif tidak diutamakan.
5) Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa
dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan
dengan system bunyi bahasa yang dipelajari
dengan cara mendengar dan bertutur dengan
menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah
tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini
diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.
Kelemahan
1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam
bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.

2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak


dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca
sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca.

3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat


membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta
memahami bahan bacaan lain.ataupun menghasilkan
pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami
dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.
Kaedah Kod Kognitif

 J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan


pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan.

 Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus


bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa
adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang
kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-
rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat.

 Pada umumnya Diller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini


mempunyai andaian berikut terhadap bahasa :
 Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan.
– Boleh digunakan untuk berfikir.
– Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
– Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
• Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian
berikut terhadap pembelajaran bahasa ( khusus
bahasa kedua ):
– Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa
dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.
– Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama
seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .
– Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur
bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa
dalam situasi yang bermakna.
– Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada
taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk
menggunakan bahasa akan berkembang secara automatic.
Kaedah Komunikatif

1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .


 Penganjur kaedah ini berpegang kepada
beberapa prinsip penajaran bahasa pertama,
pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses
perolehan bahasa kanak-kanak.
 Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –
kanak melibatkan proses kognitif dan proses
interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa
( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif
( ketepatan penggunaan bahasa mengikut
konteks penggunaan )
2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar
dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka
memberi perhatian terhadap makna.
- Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna
terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat
yang tertentu.
- Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah,
perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan
struktur bahasa yang diajar.
3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini
mementingkan huraian unsure-unsur
bahasa dalam teks dan wacana .
4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu
semata-mata kepada aktiviti latih amal atau
latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi
pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-
aktiviti penggunaan unsure-unsur
tatabahasa yang dilatih tubi.
5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan
bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-
kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah.
- Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-
pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam
situasi-situasi tertentu.
- Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa ,
tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan
pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-
unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.
6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah
ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang
untuk melibatkan diri secara aktif dalam
melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh
guru.
- Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini
memerlukan pellajar-pelajar memilih dan
menggunakan unsure-unsur bahasa yang
telah dilatih dalam praaktiviti untuk
berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.
7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan
untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat
menguasai struktur tersebut dan konteks
pewujudannya.
- Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar
menguasai unsure-unsur bahasa dalam
praakktiviti.
8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan
kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah.
- Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak
dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.
- Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran
bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.
- Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada
guru.
- Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk
belajar.
- Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan kaedah
ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.
KAEDAH PSIKOLOGI
 Ada perkaitan dengan kaedah terus. Ia
berdasarkan penggambaran fikiran dan
asosiasi idea.
 Mementingkan alat bantu mengajar
sebagai memudahkan pembelajaran.
 Tidak menghalang penggunaan bahasa
ibu malah ia boleh digunakan jika perlu.
KAEDAH EKLEKTIK
 Adalah kaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik dalam pengajaran
bahasa yang terdapat dalam kaedah-
kaedah lain.
 Guru menggunakan daya usaha dan
daya kreatif kreatif mereka sendiri.
Mereka bebas mengajar mengikut
kebolehan dan kemampuan kanak-
kanak.
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI ,PENDEKATAN ,
KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
berdasarkan Bercorak abstrak Bersifat konkrit Lebih khusus atau
pertimbangan terhadap spesifik
teori pembelajaran,
pendekatan kaedah dan
teknik mengajar

rancangan yang teratur Satu pandangan, Cara mengajar Wujud dalam bentuk
untuk mencapai matlamat pendirian, pegangan atau yang disusun dan aktiviti,strategi atau
atau kejayaan falsafah bagi melihat, dilaksanakan taktik,dan bahan atau alat
memahami dan mendekati yang berkaitan.
untuk mengajar
sesuatu perkara
kemahiran
bahasa

1. Strategi 1. Pendekatan empirisis 1. Kaedah tubi 1. Teknik imlak


penggabungjalinan 2. Pendekatan rasionalis 2. Kaedah terus 2. Teknik kloz
kemahiran-kemahiran (mentalis) 3. Kaedah dengar dan 3. Teknik bacaan nyaring
bahasa, misalnya 3. Pendekatan komunikatif sebut 4. Teknik bercerita
pertuturan, membaca
4. Kaedah bersiri 5. Teknik Drama
dan menulis.
5. Kaedah terjemahan 6. Teknik korus
2. Strategi penyerapan 6. Kaedah tentera 7. Teknik dialog
nilai-nilai murni dalam
pengajaran sesuatu mata
pelajaran.

3. Strategi integrasi fakta-


fakta dalam berbagai-
bagai mata pelajaran.

You might also like