You are on page 1of 49

Disediakan oleh:

Nur Afifah Sauti


Razniza Mohammad
Wan Nor Azilah Wan A. Rahman

ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
MASYARAKAT CINA
PENGENALAN
 Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang
larang yang agak unik.
 Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib.
 Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
 Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti
berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.
KELAHIRAN
 Pelbagai adat resam dan pantang larang
tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat
sewaktu mengandung dan selepas lahir
 Pelbagai bentuk adat resam dan pantang
larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal
lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti
keguguran, kecacatan atau kematian.
SEBELUM
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG
 Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung
sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap
tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
 Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
 Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki.
Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan
mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
 Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat
sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin,
mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
PANTANG LARANG
 Terdapat banyak pantang larang yang
perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan
dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
 Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah
bersalin.
 Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari
supaya kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan.
 Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina.
 Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa
bila harapan tidak tercapai.
 Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan
terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi
yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja.
 Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil
dilarang sama sekali makan makanan yang
�tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi
akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu
sukar untuk bersalin.
 Untuk menentukan sama ada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat
bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila
kandungan berusia empat bulan ke atas.
 Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut
kelihatan tajam.
SELEPAS KELAHIRAN
BERPANTANG
 Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak
terpaksa berpantang selama empat puluh hari
hari.
 Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana
dibimbangi masuk angin.
 Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit
dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin
dan untuk mengeringkan tali pusat.
 Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah
petanda bagi masyarakat Cina.
 Anak tersebut dipercayai akan menjalani
kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan
dengan hidup yang kurang baik.
 Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk
fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal
sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
 Masyarakat Cina mempercayai sekiranya
terdapat lebih daripada satu pusar di atas
kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.
 Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam
masakan mereka.
 Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya
digoreng.
 Masakan panas dan pedas ini dipercayai
dapat mengeluarkan angin daripada badan
wanita yang bersalin disamping menguatkan
semula tenaga.
KENDURI
 Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina
juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi
mencapai umur sebulan.
 Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah
dan kuning yang berintikan kacang dan tau su
serta telur yang diwarnai merah kemudiannya
diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.
 Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
MENCUKUR JAMBUL
 Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina
juga mengamalkan adat mencukur rambut
 Mereka mencukur rambut bayi kerana
beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara.
 Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi
rambut baru.
 Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
MEMBERI NAMA
 Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang
dimulai dengan nama keluarga.
 Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di
kalangan adik-beradik dan sanak-saudara
 . Nama ketiga pula merupakan nama bagi
panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu
mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta
dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
 Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru
lahir.
ASPEK MEMBERI NAMA:
 Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud
yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan
dan kesejahteraan.
 Bunyi nama mestilah sedap didengar.
 Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan
matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
 Nama yang diberikan patut mempunyai
timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
 Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas,
air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
 Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus
disusun secara seimbang yang mengandungi unsur
Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang
baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup
seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.
 Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai
untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan
mereka mengambil masa yang agak lama,
khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan
adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab
tertentu.
PERKAHWINAN
 Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan
satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka.
 Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek
moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.
 Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu
dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
 Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan
yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah.
 Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu
perkahwinan yang diatur samada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan
implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua
lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing.
 Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.
MERISIK
 Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis
yang dihajati.
 Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama ,
keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini
penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
 Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya
ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan
taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
 Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai
saudara mara lain.
 Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat
Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara
kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah
berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.
MEMINANG
 Setelah kedua-dua pihak berpuas hati
dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan.
 Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
 Ibu pengantin pengantin perempuan pula
akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan
meja dalam jamuan makan dan memilih hari
yang paling sesuai.
 Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah.
 Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.
 Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan..
 Setelah kedua-dua pihak sudah saling
mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
BERTUNANG
 Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar
Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua pasangan tersebut.
 Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su.
 Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan.
 Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung
ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
 Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan .
 cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua
bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.
 Bagi membukitkan persetujuan, gadis
berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas
merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada
tukang tilik.
 Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan
mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan
si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik
bersama-sama maklumat yang sama tentang
dirinya.
.
 Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang
sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat
pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
 Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua
pasangan.
 Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai,
tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor
dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang
hendak berkahwin.
 Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan
dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu
 Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa
upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain
seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
 Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
 Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang
hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai akan diberi.
 Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan
rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.
 Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak
lelaki.
MAJLIS
PERKAHWINAN
 Hari perkahwinan akan dilangsungkan
setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak.
 Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya
terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari.
 Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan.
 Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat
Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera
dan disulam benang emas.
 Kemudian setiap pakaian dihias dengan
pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan
kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.
 Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang
ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan
akan duduk bersama buat kali pertama.
 Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-
masing.
 Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu.
 Selepas acara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga
masing-masing.
 Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di
samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing.
 Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum
teh sangat penting dan masih diamalkan.
 Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri.
 Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
 Dalam upacara ini pasangan pengantin akan
memberi teh yang disediakan kepada saudara
mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah
kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
 Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina
ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
 Jamuan makan ini diadakan secara besar-
besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
 Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-
pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
 Pada masa yang sama kedua pengantin akan
cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli
keluarga kedua belah pihak.
 Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,
pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching
Su di hadapan beberapa orang saksi.
KEMATIAN
SEMASA KEMATIAN
 Apabila berlaku kematian, mayat akan
dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi
penghormatan terakhir kepada si mati.
 Setelah dimandikan mayat disapu dengan
minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk
mengharumkan si mati terutama apabila berada
di alam akhirat.
 Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan
dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan.
 Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat
Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk
dipakai sewaktu meninggal dunia.
 Si mati turut dipakaikan dengan aksesori
yang lain terutamanya wanita.
 Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir
dengan bersalutkan logam.
 Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya.
 Apabila berlaku kematian, ahli keluarga,
saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki
menangis atau meratapi pemergian si mati.
 Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat
apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan
ditanam.
 Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu
diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan
si mati telah membuat jasa.
 Tangisan ,mengungkit keburukan si mati
dilarang sama sekali.
 Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati
akan tersiksa.
 Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang
piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati
agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
 Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang
lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.
 Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai
untuk menangisi si mati.
 Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke
kawasan perkuburan amat digalakkan.
 Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga
dan sahabat handai terhadap kematian itu.
 Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
 Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah
perkuburan untuk dikebumikan.
 Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung
mayat dengan menggunakan pengusung yang
diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .
 lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati.
Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran
lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.
 Namun pada zaman sekarang mayat yang telah
diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke
dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar
mayat ke tanah perkuburan.
 Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan
perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.
Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-
lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang
kesedihan atau takziah.
 Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu
kegemaran si mati ketika hidup.
 Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk
mengiringi jenazah.
 Iringan muzik akan bermula dari rumah
sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan
muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati
dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
 Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si
mati akan memakai baju berwarna hitam.
 Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi
warna merah yang dikatakan mempersenda
si mati dan keluarganya.
 Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut.
 Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti
jubah hitam yang lengkap dengan topi.
 Kemudian mereka akan memakai baju jejaring
yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini
dipakai di bahagian luar baju hitam.
 Ketika mayat diusung dengan menggunakan
lori khas, beberapa kertas yang disalut logam
akan dicampak sepanjang sepanjang
perjalanan.
 Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara
ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan
pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
 http://malaysiana.pnm.my/01/0102cna_p
engenalan.htm

You might also like