You are on page 1of 25

ASAS KIMIA KEBAKARAN

KONSEP PERLINDUNGAN KEBAKARAN


MENYELURUH

Salah satu dari manifesto kerajaan sempena menyambut alaf baru ialah untuk
meningkatkan kualiti hidup (quality of life) semua rakyat negara ini dalam segala
bidang. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga boleh menyumbang ke arah
ini berasaskan bahawa kualiti hidup tidak akan sempurana tanpa perlindungan
kebakaran yang sempurana. Usaha kita ke arah ini ialah dengan memastikan setiap
rakyat negara ini memperolehi perlindungan kebakaran minima yang sepatutnya,
tidak kira di mana jua ia berada.

Pada masa ini, tahap perlindungan kebakaran dan tahap perkhidmatan yang
diberikan masih boleh diperbaiki. Masih banyak rungutan orang ramai yang tidak
berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Dalam banyak hal ia nya
berpunca dari kelewatan kereta bomba tiba ke tempat kejadian.

Kelewatan ini bukan berpunca dari Bomba lambat respons tetapi adalah disebabkan
jarak balai bomba yang terlalu jauh. Keadaan ini boleh diatasi sekiranya konsep
perlindungan kebakaran difahami dan diatasi dengan lebih menyeluruh.
STANDARD FIRE CURVE
“ STANDARD FIRE CURVE ”
Peringkat p ermulaan Peringkat Peringkat
nyalaan kemerebakan pereputan
2000

Flashover
c
1500

1000

B
500

200 D
A
Masa
Minit
0 5 10 15 20
KIMIA KEBAKARAN

Pengenalan

Kimia kebakaran ataupun Sain Kebakaran adalah satu


matapelajaran yang mengkaji berkenaan dengan asal-usul
sesatu kebakaran, sifat - sifat api, punca-punca kebakaran,
kemerebakan kebakaran serta tindakan yang harus diambil
bagi mengelakkan kebakaran serta memadam kebakaran.

“ API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN


DAN
BESAR MENJADI LAWAN YANG GANAS”

Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada


kebakaran serta ingin memadamnya anda harus mengetahui
tentang kebakaran itu sendiri kerana ianya akan memudahkan
pemadaman kebakaran yang berlaku
SEGITIGA KEBAKARAN

Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas pengoksigaan


ataupun tindakbalas kimia yang pantas. Unsur-unsur yang terlibat
di dalam tindakbalas adalah Bahanapi , Oksigen, dan Haba.

Jika tiada salah satu daripada 3 unsur diatas maka kebakaran itu
tidak akan berlaku / wujud. Hasil daripada gabungan tindakbalas ini
maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu “ Segitiga
Kebakaran”
1. Tiga Segi Kebakaran (Fire Triangle)

Kebakaran tercetus akibat daripada rangkaian


tindakbalas kimia yang melibatkan TIGA elemen
utama iaitu Bahan, Oksigen dan Haba.

OKSIGEN HABA

BAHAN API
Justeru itu, teknik pemadamannya ada pertalian
rapat dengan tiga unsur diatas iaitu mengasingkan
satu atau lebih elemen ini supaya tindakbalas kimia
terputus. Sekaligus kebakaran dapat di padamkan
Tiga Segi Kebakaran
Bahanapi
Adalah suatu unsur yang didalamnya terkandung gas/wap
mudahbakar dan jika ingin mambebaskannya ia perlu
dipanaskan terlebih dahulu ( haba diberikan ). Gas / wap
mudahbakar ini akan mula dibebaskan apabila suhu bahanapi
itu mencapai takat sambaran. Contoh bahanapi adalah
kayu, petrol, kain dsbnya.

Oksigen

Adalah sejenis gas yang membantu proses kebakaran. Peratusan


kandungan Oksigen yang diperlukan didalam udara semasa kebakaran
adalah diantara 16% hingga 21% Apabila gas / wap mudahbakar ini
bercampur dengan oksigen tadi maka kebakaran akan berlaku.

Haba
Adalah sejenis tenaga. Haba yang diperlukan semasa
proses kebakaran adalah untuk menaikkan suhu bahanapi
itu kepada nilai tertentu supaya gas/wap mudahbakar itu
dapat dibabaskan keluar dari bahanapi itu.
TINDAKAN BERANTAI

Walaupun kita membincangkan berkenaan ketiga-tiga unsur yang


menyebabkan kebakaran berlaku terdapat satu lagi unsur yang turut
memainkan peranan semasa kebakaran, iaitu apabila kebakaran
itu berlaku, ia akan berlaku secara berterusan sehinggalah
bahanapi itu habis. Faktor yang ke empat adalah

Tindakbalas Berantai.

Tindakbalas berantai ini akan menyebabkan kebakaran itu menjadi


marak/besar. Unsur yang terlibat adalah unsur radikal-radikal
bebas di dalam udara seperti OH-,OH+,H-,H+,O- dan O+.Hasil
daripada kebakaran lazimnya akan membebaskan haba, air, asap,
cahaya tenaga yang banyak.
Punca-punca Kebakaran

Punca-punca Kebakaran adalah terlalu banyak untuk


disenaraikan.Kebanyakan punca-punca ini adalah
disebabkan oleh faktor kemanusiaan, berlaku dengan
sendiri dan kemalangan/tidak sengaja. Contoh punca-
punca yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut:-

• Arsun/kianat
• kerosakan Elektik
• Merokok
• Geseran
• Terlalu panas
• Kebakaran spontan
• Kanak-kanak
• Alatan terlalu panas
• Semasa kimpalan/pemotonggan
• Petir
• Tindakbalas kimia
• Kemalangan dll.
3. Teori Kemerebakan Api

Terdapat beberapa cara api merebak dan


diantaranya termasuk kaedah berikut;

• Pengaliran (Conduction).

• Olak haba (Convection) dan

• Bahangan (Radiation).
lantai

Pengaliran

i. Pengaliran

Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir


seperti . logam, batu, simen, dinding bangunan lantai
dan sebagainya. Bahan ini di panggil pengalir haba yang
baik. Bahan pengalir ini akan menjad panas dan jika ada
bahanapi yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan
naik dan apabila sampai di suhu nyalaan ia akan terbakar
dengan sendiri.
UDARA PANAS NAIK KEATAS ii. Olakhaba

Pemindahan haba yang


berlaku di dalam mudahalir
seperti cecair atau gas.
Apabila cecair atau gas itu
dipanaskan ia akan
mengembang dan menjadi
ringan. Gas yang panas akan
naik keatas dan gas yang
sejuk akan turun kebahagian
bawah secara pusingan
UDARA SEJUK TURUN
sehinggalah keseluruhan
gas/udara itu menjadi panas .
Jika kebakaran berlaku di
dalam bangunan gas - gas
yang panas ini akan naik
keatas bersama - sama asap
melalui bahagian lubang
tangga , lubong lift dsbnya.
iii. Bahangan

Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang eletromagnet dan


bukan bermakna gas panas bergerak melalui udara. Haba ini
berpindah mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut
Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca
kebakaran berjauhan . Semasa kebakaran bangunan, bahagan
kebakaran akan di pindahkan bangunan / bahanapi yang tidak
dilindungi , bermakna cahaya boleh sampai. Bahangan boleh
bergerak melalui kaca tingkap . Apabila bahanapi mendapat haba
secara bahangan suhunya akan naik jika sampai ke suhu nyalaan
ia akan terbakar.
iv. Terus menerus

Kebakaran yang merabak ini adalah berlaku di sebabkan


kombinasi pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara
diatas. Jika api itu merebak ia akan merebak sehingga
keseluruhan bahanapi itu habis terbakar.

Contohnya jika kertas terbakar kertas itu akan terbakar


sehingga keseluruhannya habis. Proses yang berlaku
adalah secara pengaliran.
CARA-CARA PEMADAMAN

Setelah kita mengetahui asal - usul kebakaran, bagaimana ia


merebak barulah kita akan membincangkan cara - cara untuk
memadam kebakaran tersebut. Cara pemadaman kebakaran yang
salah akan menyebabkan kesan yang lain seperti kecederaan,
kebakaran membesar , letupan dan pembaziran. Telah dipelajari
kebakaran wujud daripada

3 unsur utama iaitu Haba, Bahanapi, Oksigen. Teknik


pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau
mengurangkan tiga unsur tadi daripada saling bertindakbalas.

Adalah mustahak untuk menurunkan suhu bahanapi itu


daripada takat sambaran supaya pengeluaran wap/gas
mudahbakar terhenti

Contoh tindakan adalah seperti pemadaman menggunakan


air dan gas co2. Ia akan serap haba daripada kebakaran
Teknik-teknik pemadaman adalah seperti
berikut :

i. Melaparkan / Starvation

ii. Melemaskan / Smoothering

iii. Menyejukkan / Cooling


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kaedah - Kaedah
Pemadaman

Bahan Api

Meyekat Bekalan Bahan


Api Haba

MELAPARKAN Tutup Injab Bekalan

Pisahkan Bahan Api


Oksigen

Oksigen
Menyekat Oksigen
Haba

MELEMASKAN Gunakan Foam

Gunakan Karbon
Dioxida
Bahan Api

Haba
Oksigen
Menurunkan Haba /
Suhu

MENYEJUKKAN Air menyerap Haba


danmenyejukan
Bahan Api

Bahan Api
Melaparkan / Starvation

i. Dengan memindahkan bahanapi/bahan mudahbakar yang


belum terbakar disekeliling kebakaran itu ke tempat lain.
Contohnya memindahkan tangki minyak ke dalam tangki kedua
apabila tangki minyak pertama terbakar.
ii. Dengan memindahkan yang terbakar itu daripada bahanapi
yang belum terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas
LPG yang terbakar ke tempat lapang
iii Dengan memecah atau menghancurkan bahanapi yang terbakar itu
kepada bahanapi yang lebih kecil supaya ia mudah dipindahkan,
seperti memadamkan kebakaran belukar kecil dengan mengunakan
pemukul api / ‘fire beater’
Melemaskan/ Smothering

Jika bekalan oksigem / udara dapat dikurangkan daripada


kebakaran maka ia akan padam. Proses utama ini adalah
menghalang kemasukan oksigen ke dasar api
Menyejukkan /Cooling

Bahanapi akan mengeluarkan wap /gas mudahbakar


apabila suhunya mencapai takat sambaran. Teknik
menyejukkan adalah memindah/menyerapkan keluar haba
yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran itu
akan turun, seterusnya proses mengeluarkan wap/gas
mudahbakar berkurangan
www // bombans.gov.my.
KELAS-KELAS API
KELAS JENIS KEBAKARAN CONTOH BAHAN APA
API DIGUNAKAN

i KAYU i JENIS AIR


A PEPEJAL ii KAIN ii DEBU KERING
iiiKERTAS iii BUIH

i MINYAK i BUIH
B CECAIR ii CAT ii DEBU KERING
iii VARNISH iii CO2
iv AIR SECARA SEMBURAN

i LPG i DEBU KERING


C GAS ii METHANE Ii BUIH
iiiBUTHANE Iii CO2

i POTASSIUM i DEBU KERING


D LOGAM / ELEKTRIK ii SODIUM Ii CO2
iiiMAGNESIUM
BINGKAI KAYU
ii GETAH/ PEMBALUT
CABEL
iii PLASTIK PVC

E LEMAK / MINYAK MASAK i SISA MINYAK i CO2


MASAKAN Ii INNER GAS
ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan


perkakasan asas yang digunakan bagi
memadam kebakaran diperingkat awal
atau saiz kebakaran masih kecil.

Kefahaman mengendalikannya adalah


penting.
SEKIAN TERIMA KASIH

Burung Selasih Terbang Malam


Sekian Terima Kasih Wassalam
Soalan ? (Perbincangan)

You might also like