You are on page 1of 24

PERKEMBANGAN KOGNITIF

PENGENALAN
Untuk memperincikan tajuk perkembangan fizikal ini, saya akan mengguna kan teori
Jean Piaget. Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980), seorang biologis
Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-
kanak.Menurut beliau, bayi perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta
membezakan pelbagai rangsangan.Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa,
kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk
memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya.

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK.


Saya akan menggunakan teori Piaget untuk mengembangkan tajuk ini dan saya
membuat rujukan serta pendapat dari hasil tulisan Lee Shok Mee (1990:26) dan Abdul
Rahim M. Ali (2001 : 82) mengenai teori ini. Paget telah mengemukakan empat tahap
perkembangan kognitif manusia iaitu :-

1. Peringkat Sensori Motor (dari masa lahir hingga umur 2 tahun)


Pada peringkat bayi,tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Bayi mengetahui alam
sekitarnya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang lain.Pada kira-kira umur 2
tahun, kanak-kanak memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek,iaitu ia
sedar,objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau
disentuh.Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku
tau tabiat seperti menghisap ibu jari.Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan
yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang
dapat dilihat atau disentuh. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah
penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat
kefahaman yang abstrak.

2. Peringkat Praoperasi (dari umur 2 hingga 7 tahun)


Peingkat ini menonjolkan sifat naluri dan pemikiran simbolik.’Praoperasi’ ber maksud
kanak-kanak mula berfikir secara lojik tetapi belum dapat menguasai kebolehan
memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang lojik. Salah satu aktiviti
nalui dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman
hidup.Contohnya, main masak-masak,berlagak sebagai pemandu kereta mahupun
doktor.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan dan
penggunaan bahasa.Masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup
dengan benda bukan hidup.Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan
diri sendiri dengan pandangan orang lain.Piaget menamakan keadaan ini egosentrime
(memusatkan kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain).

3. Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun)


Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat
berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau mengguna- kan objek
maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep
keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang
ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti
dan bentuk bersiri seperti ’lebih berat’, ’lebih tinggi’ dan sebagainya.
Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan
ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak
masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep
ketuhanan,neraka dan syurga.

4.Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun)


Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara
logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup
membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan
”apa yang mungkin berlaku” daipada ”apa yang bakal berlaku”.Oleh kerana pemikir
operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah
sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.Ia juga
menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran.Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti
tenaga graviti dan demokrasi.Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan
kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan
sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
---------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 April

Labels: Pedagogi Pendidikan, Perkembangan Kanak-kanak


Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Menurut Jean Piaget.
Perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah
mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan
tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan
(Asmawati Desa, 2004).
Siapa Jean Piaget?
Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah kita
mengenali dahulu siapakah tokohnya.
Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-
kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa
pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori
perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan
epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi
melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai
umur dan perkembangan. walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya
mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai
satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar

Mohamed, 2001).
Tahap Praoperasi (2-7 tahun).
Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-7) tahun.
Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi
tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:
I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara
seperti kebolehan mengira.
II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan
sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu
objek dan sebagainya.
Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan,
pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan
pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran
dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).
Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:
I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan
II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).
Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam
pemikirannya.
Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan
membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa
yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu
‘egocentrism’, ‘konsep sebab-akibat’, ‘peningkatan peralihan bahasa’ dan ‘pembentukan identiti
diri’ (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).
Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga
menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila
ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik
di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa,
2004).
Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek.
Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau
panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya
apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi
empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi
empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).
RUJUKAN:
Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan
Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
1 comment share

TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif sebagian besar ditentukan oleh manipulasi dan interaksi aktif anak
dengan lingkungan. Pengetahuan datang dari tindakan. Piaget yakin bahwa pengalaman-
pengalaman fisik dan manipulasi lingkungan penting bagi terjadinya perubahan perkembangan.
Sementara itu bahwa interaksi sosial dengan teman sebaya, khususnya berargumentasi dan
berdiskusi membantu memperjelas pemikiran yang pada akhirnya memuat pemikiran itu menjadi
lebih logis (Nur, 1998).

Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif


sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman
realitas melalui pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka।
Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang baru di lahirkan
sampai mengijak usia dewasa mengalami empat tingkat perkembangan kognitif. Empat tingkat
perkembangan kognitif itu adalah.
1) Sensori motor (usia 0 - 2 tahun)
2) Pra operasional (usia 2 – 7 tahun)
3) Operasional kongkrit (usia 7 – 11 tahun)
4) Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa)
Berdasarkan tingkat perkembangan kognitif Piaget ini, untuk siswa SLTP dengan rentang usia 11
– 15 tahun berada pada taraf perkembangan operasi formal। Pada usia ini yang perlu
dipertimbangkan adalah aspek-aspek perkembangan remaja। Dimana remaja mengalami tahap
transisi dari penggunaan operasi kongkrit kepenerapan operasi formal dalam bernalar। Remaja
mulai menyadar keterbatasan-keterbatasan pemikiran mereka, di mana mereka mulai bergelut
dengan konsep-konsep yang ada di luar pengalaman mereka sendiri.

Piaget menemukan bahwa penggunaan operasi formal bergantung pada keakraban dengan daerah
subyek tertentu। Apabla siswa akrab dengan suatu obyek tertentu, lebih besar kemungkinannya
menggunakan menggunakan operasi formal (Nur, 2001).

Menurut Piaget (dalam Slavin, 1994:145), perkembangan kognitif sebagian besar bergantung
kepada seberapa jauh anak aktif memanipulasi dan aktif berinteraksi dengan lingkungannya।
Berikut ini adalah implikasi penting dalam pembelajaran fisika dari teori Piaget.

1) Memusatkan perhatian pada berpikir atau proses mental anak, tidak sekedar pada hasilnya।
Disamping kebenaran jawaban siswa, guru harus memahami proses yang digunakan anak
sehingga sampai pada jawaban tersebut. (Bandingkan dengan teori belajar perilaku yang hanya
memusatkan perhatian kepada hasilnya, kebenaran jawaban, atau perilaku siswa yang dapat
diamati). Pengamatan belajar yang sesuai dikembangkan dengan memperhatikan tahap kognitif
siswa yang mutakhir, dan jika guru penuh perhatian terhadap metode yang digunakan siswa
untuk sampai pada kesimpulan tertentu, barulah dapat dikatakan guru berada dalam posisi
memberikan pengalaman sesuai dangan yang dimaksud.

2) Memperhatikan peranan pelik dari inisiatif anak sendiri, keterlibatan aktif dalam kegiatan
pembelajaran। Didalam kelas Piaget, penyajikan pengetahuan jadi (ready-made) tidak mendapat
penekanan, melainkan anak didorong menemukan sendiri pengetahuan itu melalui interaksi
spontan dengan lingkungannya. Sebab itu guru dituntut mempersiapkan berbagai kegiatan yang
memungkinkan anak melakukan kegiatan secara langsung dengan dunia fisik. Menerapkan teori
Piaget berarti dalam pembelajaran fisika banyak menggunakan penyelidikan.
3) Memaklumi akan adanya perbedaan invidual dalam hal kemajuan per- kembangan।Teori
Piaget mengasumsikan bahwa seluruh siswa tumbuh melewati urutan perkembangan yang sama,
namun pertumbuhan itu berlangsung pada kecepatan yang berbeda. Sebab itu guru mampu
melakukan upaya untuk mengatur kegiatan kelas dalam bentuk kelompok kecil dari pada bentuk
kelas yang utuh.

Implikasinya dalam proses pembelajaran adalah saat guru memperkenalkan informasi yang
melibatkan siswa menggunakan konsep-konsep, memberikan waktu yang cukup untuk
menemukan ide-ide dengan menggunakan pola-pola berpikir formal.

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fit Teori Piaget

1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang
tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti
contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
dengan
persekitarannya.
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan
skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh
itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia
ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru
baginya berkenaan “sebiji epal”.
3. Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap
magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi
dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Tahap Perkembangan Kognitif

 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari
tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun
begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik
di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.Piaget
juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-
kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan
kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka
kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula
belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,
berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia
telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas
tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik
dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat
hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan
pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan
mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan
berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang
terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu
berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal
bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan
(Burbulus & Linn 1988)

Leave a Reply

ra Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :


1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti
contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan
skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-
kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru
baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,
kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap
yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)


 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Dari lahir hingga 2 tahun.dadad Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya
dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai
pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam
perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat
perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir
melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),
penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan
perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu
atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman
boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak
pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk
mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem
pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala
dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan
sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia
akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah
dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di
waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu
sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau
mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di
antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai
sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi
sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan
sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara
aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku
apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang
pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh
tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah.
Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan
perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk


memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi
masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang
diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu
dalam rumahtangga.

h sem Monday, January 29, 2007

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak
yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan
buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak
masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna
menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara
seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan
tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di
mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan
pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa
lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya
pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )


2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih
dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada
dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat
kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.
Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-
akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti
adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak
memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan

berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Soalan- soalan :

1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut kecuali

a) persepsi
b) ingatan
c) bayangan
d) pengamatan
2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................

a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan
susunannya
b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah
bentuk dan susunannya
c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal sesuatu
objek
d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah
sama kuantitinya

3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah :

a) pemikiran konkrit
b) egosentrik
c) operasi formal
d) pemikiran kritis

4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah ........................

5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia secara


keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.

6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau lebih
dimensi pada masa yang sama.
Posted by rezha at 11:50 PM 0 comments

TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)


Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7
hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku
pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-
kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami
unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan
padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti
mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh
melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi
atau proses pemikirannya sendiri.

Soalan Objektif

1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun, kanak-
kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ...........

a) Operasi Formal

b) Pra-Operasi
c) Operasi Konkrit

d) Operasi Motor

2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya memahami
pada objek yang dapat dilihat sahaja. ``

Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk menggambarkan
penyataan di atas.

a) Deria Motor

b) Operasi Konkrit

c) Pra-Operasi

d) Operasi Formal

3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi Konkrit;

a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek.

b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak.

c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan.keadilan


dan makna hidup.

d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.

Soalan Subjektif

Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanak-kanak pada
tahap Operasi Konkrit.

Jawapan untuk soalan objektif

1. c, 2.b, 3.a

Posted by ain at 11:45 PM 0 comments

ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET


Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak
kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap
menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan.

Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan
struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran
wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan
Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan
kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan
set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan
set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada
tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan
pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan
oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa
menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini
adalah bercanggah dengan teori Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian
Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui.
Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil
dan tidak menepati piawaian.

Posted by ain at 11:43 PM 0 comments

APLIKASI TEORI PIAGET


~PERKEMBANGAN BAHASA~

Setiap benda hidup saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan dalam
kehidupan. Tumbuh-tumbuhan walaupun tidak kelihatan secara jelas jenis perhubungan yang
berlaku, namun perkaitan tetap wujud seperti terjadinya proses pendebungan bagi menghasilkan
induk baru. Haiwan juga berhubungan dengan mewujudkan suara dan bunyi-bunyian yang hanya
akan difahami oleh spesiesnya sahaja. Semut contohnya saling berkomunikasi dengan menggunakan
sesungut apabila bertembung dengan semut-semut yang lain. Begitu juga bagi manusia yang akan
berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas dan komplikated iaitu penggunaan
bahasa yang pelbagai antara bangsa yang berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata,
ekspresi emosi dan sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah
bermula sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak.

Dalam teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada tahap praoperasi
iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Menurut para ahli psikologi, sehingga kanak-kanak
berumur empat tahun, mereka sudah menguasai kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis,
dan wacana yang berhubungan dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979). Kanak-kanak
mudah menyerap semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga
dan masyarakat di mana dia dibesarkan. Seperti contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu jika
dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris, lama-lama kelamaan
akan fasih dalam bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya
bermula dengan perkembangan bahasa ego yang berfungsi untuk mengungkap keinginan diri tanpa
memerhatikan keinginan dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-
anak menginginkan suatu keperluan, iaitu jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu kepada
ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat menanggapi keinginan
orang lain dalam berkomunikasi secara pragmatis dan secara perlahan mula menunjukkan minat
untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu.
Kemudian, pembentukan bahasa berkembang lagi setelah anak-anak mula bersekolah sehinggalah
mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti bahasa penulisan yang lebih
formal. Sebenarnya perkembangan dan pembentukan bahasa tidak pernah berakhir sehingga akhir
hayat seseorang. Pembentukan bahasa akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan
perkembangan tersebut berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila manusia berlumba-lumba
ingin menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya. Permintaan inilah yang mewujudkan
kursus-kursus pembelajaran bahasa di institusi-institusi pendidikan. Proses asimilasi, akomodasi dan
adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah
dewasa.

Posted by ain at 11:41 PM 0 comments

Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)

skpx 2083 psikologi perkembangan

 falsafah fitrah kejadian manusia


 prenatal dan kelahiran
 bayi
 kanak-kanak awal
 kanak-kanak pertengahan dan akhir
 remaja
 dewasa awal
 dewasa pertengahan
 dewasa akhir
 kematian
 teori freud
links

 ukm
 psikologi perkembangan
 http://jamiahhm.blogspot.com
 GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR
 Perbezaan gaya kognitif individu
 ameenbooks.com.my

Blog Archive

 ▼  2007 (8)
o ▼  April (1)
 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
o ►  February (2)
 PENGENALAN
 TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
o ►  January (5)
 TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
 TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
 ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET
 APLIKASI TEORI PIAGET
 Teori Kematangan Kognitif Piaget

About Us

 lis_capri
 ba-e-yah
 kuSayang
 rezha
 ain

KATA-KATA HIKMAH...

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu
penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah
bila dibelanjakan –Saidina Ali bin Abi Talib-

Kerika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali kita terpaku lama
pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu
sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...

RENUNGKAN LAH....

Kelebihan membaca Bismillah

1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah


sebanyak 400 kebaikkan. 2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada
syaitan,kecurian, maut mendadak dan bala.

3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di
saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga.

4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu. 10
HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.

1. Mati hatinya.

2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).

3. Digemari syaitan akannya.

4. Dimurkai Allah.

5. Disoal padanya pada hari kiamat.

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

7. Dikutuk para malaikat.


8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.

9. Lupa pada segala-galanya.

10.Terbuka aibnya pada hari kiamat.


ucapan kepada budak2 psikologi
ula jadi proses tumbesaran mereka.

You might also like