You are on page 1of 8

DATUK MAHARAJA LELA

BIODATA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia:


20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak
yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah
anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk,
Sulawesi. Semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan
dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
"Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya.
PEJUANG BANGSA
 Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai
perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar
Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau
merancang dan membuat pakatan untuk membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British
Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang
yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati
bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November
1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari
14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau
dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di
Taiping.
 Melalui perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan
Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew Clarke, pada
20 Januari 1874. Negeri Perak terpaksa menerima seorang Residen
Inggeris yang pertama bagi negeri Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan menjadikan negeri
Perak sebagai tanah jajahan Inggeris di negeri-negeri selat yang
mendatangkan banyak hasil kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan
sedemikian telah ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga
oleh Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875
Birch diserang dan dibunuh.

Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka menganggap
peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan
Inggeris. Pada 7 November 1875 Inggeris telah menghimpunkan satu
angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir Salak. Serangan
Inggeris itu dapat dipatahkan oleh Perwira-perwira Melayu yang
dipimpin Datuk Maharaja Lela. Dalam pertempuran itu Kapten Innes
pemerintahan pasukan Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban.

 Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan
Negeri Perak yang merupakan bangsa yang bertanggungjawab
kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan
bangsanya sendiri.

Beliau merupakan keturunan Daeng Salili adalah anak Raja Bugis
yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah 111, beliau datang ke Perak dan dilantik
sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan
Lela.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang
British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang
kaya-kaya Seri Agar Diraja (Lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan
Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen
British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian
Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri
oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.
 perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan
Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew
Clarke, pada 20 Januari 1874. Negeri Perak terpaksa
menerima seorang Residen Inggeris yang pertama bagi negeri
Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan
menjadikan negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris di
negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak hasil
kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian telah
ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga oleh
Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875
Birch diserang dan dibunuh.
 Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka menganggap
peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan Inggeris.
Pada 7 November 1875 Inggeris telah menghimpunkan satu angkatan tentera
yang besar lalu menyerang Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan
oleh Perwira-perwira Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela. Dalam
pertempuran itu Kapten Innes pemerintahan pasukan Inggeris dan dua orang
askarnya telah terkorban.

Namun beliau dianggap bersalah kerana disabitkan terhadap kes pembunuhan
J.W.W.Birch oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22
Disember 1876. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati di tali gantung
sebagaiorang yang bermaruah demikebebasan dari penjajah kuffar.

Inilah iktibar yang perlu diambil kira oleh seorang syuhada'. Seorang yang telah
dilantik secara sah sebagi seorang mufti bangun untuk menegakkan keadilan.
Beliau bukan sahaja telah menyelamatkan negeri Perak bahkan tetapi telah
menyelamatkan Negeri perak dari dijajah pemikiran serta wabak doktrin-doktrin
kufar. Maka Allah telah memilih penghabisan nyawa Syuhada' Dato' Maharaja
Lela sebagai seorang Syahid. Moga pemergian Dato' Maharaja Lela akan
melahirkan lebih ramai lagi semangat dan jiwa kental di negeri Perak seperti
beliau.

GAMBAR-GAMBAR DATUK MAHARAJA
LELA

You might also like