You are on page 1of 43

BAB 2

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK

SISTEM PNEUMATIK
(PNUEMATIC SYSTEM)
OBJEKTIF :

MENERANGKAN SIMBOL-SIMBOL ASAS UNTUK KOMPONEN PNEUMATIK DALAM


SISTEM KAWALAN.
MENGENALPASTI JENIS-JENIS INJAP YANG DIGUNAKAN.
MENERANGKAN KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KAWALAN PNEUMATIK.
MENERANGKAN LITAR KAWALAN PNEUMATIK DAN ELEKTRO-PNEUMATIK
TERMASUK PENGGUNAANNYA.
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.1 Pengenalan

Pneumatik telah lama memainkan peranan penting sebagai pemangkin prestasi teknologi kerja
mekanikal. Ia juga digunakan dalam pembangunan teknologi automasi. Kebanyakan
penggunaan udara termampat digunakan untuk fungsi-fungsi seperti berikut:

Memastikan status pemproses (sensors)

Pemprosesan maklumat (processors)

Mengerakkan pengerak.

Melakukan kerja.

Perkataan pneumatik berasal daripada gabungan perkataan klasik greek, dimana ia “ pneuma”
bermakna angin/udara manakala “matic” bermakna pengerakan. Gabungan perkataan tersebut
memberi maksud kawalan pengerakan oleh udara. Dalam industri, ia merujuk kepada
penggunaan udara pemampat untuk memindahkan tenaga dan pengerakan.

Pneumatik digunakan untuk melakukan kerja pemesinan dan kerja peroperasian. Contohnya
seperti :

Menebuk (Drilling)

Memutar(Turning)

Memotong(Sawing)

Mengisar(Milling)

Mengemas(Finishing)

Membentuk (Forming)

Kawalan Kualiti (Quality Control)

Contoh penggunaannya adalah seperti rajah 2.1 dan rajah 2.2.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 26


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.1 : Penukar laluan untuk dua conveyer.

Rajah 2.2 : Pemotong pneumatik.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 27


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.2 Kelebihan dan Kelemahan

Dalam suatu sistem mesti terdapat kelebihan dan kelemahan termasuklah sistem pneumatik.
Perkara ini selalu dititik beratkan dalam pemilihan sistem yang lebih efesien terutamanya
dalam industri. Jadual 2.3 dibawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan untuk sistem
pneumatik.

Kelebihan Murah kerana udara sumber tenaga yang tidak terhad

Udara tidak meletup dan tidak bertoksik.

Udara termampat boleh dihantar dalam jarak yang jauh.

Udara termampat boleh disimpan.

Laju.

Mudah untuk kawal kelajuan dan pengerakannya.

Bersih.

Tahan lebihan beban.

Kelemahan Udara akan menyerap kelembapan yang akan mempengaruhi sistem.

Udara ekzos yang bising.

Tekanan udara terhad bergantung kepada kapasiti pemampat.

Jadual 2.3 : Kelebihan dan kelemahan untuk sistem pneumatik

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 28


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.3 Struktur & Aliran Isyarat Sistem Pneumatik

Sistem Pneumatik mengandungi interaksi antara kumpulan-kumpulan elemen yang berbeza.


Gabungan kumpulan-kumpulan elemen membentuk kawalan untuk aliran isyarat, bermula
daripada bahagian masukan( input) hingga ke bahagian pengerakan (output).

Elemen kawalan mengawal elemen pengerakan mengantung kepada isyarat yang terima
daripada elemen pemprosesan. Peringkat asas sistem pneumatik adalah :

Sumber tenaga (Energy supply) Elemen kawalan(Control elements)

Elemen masukan (Input elements) Komponen kuasa( Power Components


( actuator))
Elemen pemprosesan (Processing elements
(processor))

Rajah 2.4 menunjukkan eleman-elemen dalam sistem diwakili dengan simbol dimana ia
menunjukkan fungsi elemen tersebut.

Rajah 2.4 : Elemen-elemen dalam sistem pneumatik

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 29


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Injap kawalan terus boleh digunakan sebagai masukan(input), pemprosesan, atau elemen
kawalan. Ciri yang membezakan untuk mengelaskan sesuatu komponen kepada kumpulan-
kumpulan elemen adalah konfigurasi dalam sistem pneumatik. Rajah 2.5 menunjukkan litar
diagram dan elemen-elemen pneumatik.

Rajah 2.5 : Litar diagram dan elemen-elemen pneumatik

2.4 Penghasilan dan Pengagihan Udara

Bekalan udara yang termampat untuk sistem pneumatik harus dikira secukupnya dan
disediakan supaya sesuai dengan penggunaannya. Udara termampat oleh pemampat udara akan
dihantar ke sistem pengagihan udara di kilang. Untuk menjamin kualiti udara yang diterima,
unit khidmat udara perlu disediakan sebelum mengaplikasikan pada sistem kawalan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 30


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.6 : Sistem Mampatan udara

2.4.1 Unit Khidmat Udara(Air Service Unit)

Unit khidmat udara adalah gabungan komponen seperti berikut :

Penapis udara (air filter)

Pengawal udara (air regulator)

Pelicin udara (air lubricator)

Bagaimanapun, penggunaan pelicin udara tidak perlu disediakan untuk bahagian kuasa bagi
sistem kawalan dan ia hanya digunakan jika diperlukan untuk beberapa peralatan pneumatik.

Penapis udara Menapis udara termampat dan menghalang segala kotoran dalam udara
masuk ke dalam sistem.

Pengawal udara Melaraskan tekanan ke dalam sistem.

Pelicin udara Melicinkan bahagian-bahagian peralatan pneumatik yang bergerak.


Contohnya silinder dan motor.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 31


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.7 : Unit Khidmat Udara dan simbolnya.

2.5 Injap

Fungsi injap adalah untuk mengawal tekanan dan kadar aliran tekanan. Ia bergantung kepada
rekabentuk, injap boleh dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:

Injap kawalan berarah (Directional control valves)

o Elemen masukan (Input elements)

o Elemen pemprosesan (Processing elements)

o Elemen kawalan (Control elements)

Injap tak balik (Non-return valves)

Injap kawalan aliran (Flow control valves)

Injap kawalan tekanan (Pressure control valves)

Injap tutup (Shut-off valves)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 32


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Injap Kawalan Berarah


2.5.1 (Directional Control Valves)

Injap kawalan berarah mengawal arah perjalanan udara dengan menghasilkan isyarat,
membatalkan atau mengarahkan isyarat. Injap dikenalpasti dengan :

Bilangan saluran/laluan (ways) : 2 –way, 3-way, 4-way, …

Bilangan kedudukan(positions) : 2 positions, 3 positions, …

Kaedah pengerak injap (actuated): pengerak manual, pengerak mekanikal, pengerak


pneumatik, pengerak elektrik,

Kaedah pengerak balik(return actuated) : spring, angin, …

Contoh injap kawalan berarah berfungsi sebagai elemen isyarat adalah injap tuil beroda (roller
lever valve) dimana ia digunakan untuk mengesan kedudukan batang piston silinder.

Rajah 2.7 : injap tuil beroda (3/2 way roller lever valve)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 33


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Untuk elemen pemprosesan, injap kawalan berarah boleh mengarah dan membatalkan isyarat
bergantung kepada isyarat masukan yang diterima.

Rajah 2.8 : 3/2 way air actuated valve : single pilot valve, with spring return

Untuk elemen kawalan, injap kawalan berarah mestilah memerlukan kuantiti udara yang
diperlukan untuk komponen kuasa (power component).

Rajah 2.9 : 5/2 way valve for cylinder control: double pilot valve

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 34


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.5.2 Injap Tak Balik (Non-Return Valve)

Injap ini hanya membenarkan isyarat melaluinya pada satu arah sahaja. Prinsip injap ini
diaplikasikan pada injap shuttle dan injap quick exhaust. Injap tak balik adalah bentuk eleman
yang ringkas. Contoh lain ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Rajah 2.10 : Injap-injap jenis injap tak balik.

2.5.3 Injap Kawalan Aliran

Injap kawalan aliran mengehadkan udara dalam arah tertentu untuk mengurangkan laju aliran
udara dan mengendalikan aliran isyarat. Injap kawalan harus disesuaikan dengan keperluan
aplikasi. Jika injap kawalan aliran dilengkapi dengan injap check maka ia akan berfungsi juga
pada arah berlawanan dengan aliran bebas penuh.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 35


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.11 : Simbol injap kawalan aliran

2.5.4 Injap Kawalan Tekanan(Pressure Control Valve)

Injap kawalan tekanan digunakan dalam sistem pneumatik. Ia mempunyai tiga kumpulan
utama seperti berikut:

Injap penghad tekanan(pressure limiting valves)

Injap pengatur tekanan(pressure regulating valves)

Injap rangkaian tekanan( pressure sequance)

Injap penghad tekanan digunakan pada bahagian awalan pemampat untuk memastikan
tekanan yang diterima dihadkan untuk keselamatan dan tekanan bekalan pada sistem
ditetapkan pada tekanan yang sesuai. Injap pengatur tekanan akan memastikan tekanan adalah
tetap sepanjang masa walaupun berlaku tekanan dalam sistem berubah-ubah. Injap pengatur
tekanan beroperasi melalui binaan gegendang dalamannya. Injap rangkaian tekanan digunakan
jika isyarat masukan diterima bergantung kepada jumlah tekanan yang dihadkan diperlukan
terutamanya sistem kawalan maju. Rajah menunjukkan injap rangkaian tekanan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 36


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.12 : Injap rangkaian tekanan (Pressure Sequance valves)

2.5.5 Injap Gabungan (Combination Valve)

Rajah 2.13 : Injap Penundaan Masa( Time delay valve)

Gabungan fungsi dengan pelbagai elemen boleh menghasilkan fungsi yang baru. Contohnya
injap penundaan masa dimana gabungan antara injap kawalan aliran sehala, takungan, dan
injap kawalan berarah 3/2 way. Ia bergantung kepada tetapan yang dilakukan dengan skru
pendikit yang akan mengubah banyak atau sedikit jumlah udara per masa ke dalam takungan
udara. Apabila tekanan di takungan sama dengan tekanan kawalan, ia akan membenarkan
aliran isyarat. Antara injap gabungan adalah termasuk:

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 37


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Penghasil denyutan (Pulse generator)

Modul ingatan(Memory module)

Modul pelangkah(Stepper module)

2.6 Elemen Pemprosesan (Processing Element)

Untuk membantu injap kawalan berarah pada peringkat pemprosesan, pelbagai elemen
gunakan dimana keadaan mengawal isyarat untuk melakukan tugasan. Contoh elemen adalah :

Injap dua masukan tekanan (Dual pressure valve/ AND valve)

Injap shuttle (OR valve)

Injap shuttle membenarkan gabungan dua masukan isyarat ke dalam fungsi ATAU. Ia
mempunyai dua masukan dan satu keluaran. Isyarat keluaran terhasil apabila salah satu
masukan dikenakan tekanan.

Rajah 2.14 : Injap Shuttle (Shuttle valve)

2.7 Komponen Kuasa (Power Component)

Bahagian kuasa mengandungi elemen kawalan iaitu pengerak dan komponen kuasa. Pengerak
boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis linear dan berputar. Pengerak adalah pelengkap
untuk elemen kawalan, dimana ia akan memindahkan udara untuk mengerakkan pengerak.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 38


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Biasanya injap ini disambungkan secara terus kepada bekalan udara utama dan dipasang terus
kepada pengerak untuk mengurangkan kehilangan melalui rintangan.

Rajah 2.15 : Pengerak (actuator)

Pengerak dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

Pengerak linear

Silinder satu tindakan (Single-acting cylinder)

Silinder dua tindakan (Double-acting cylinder)

Pengerak berputar

 Motor udara (Air motor)

Rajah 2.16 : Pengerak linear dan berputar

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 39


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.8 Sistem (System)

Umumnya, pengerakan silinder adalah tindakbalas melalui injap kawalan berarah. Pilihan injap
kawalan berarah (bilangan sambungan, bilangan kedudukan,jenis pengerak) adalah bergantung
kepada jenis penggunaan.

2.8.1 Litar Kawalan untuk Silinder Satu Tindakan


(Control Circuit for the Single Acting Cylinder)

Piston silinder satu tindakan bergerak apabila suis tekan ditekan. Apabila suis tekan dilepaskan,
piston secara automatik akan kembali kepada kedudukan asalnya.

Untuk menyelesaikannya injap 3/2 way digunakan untuk silinder satu tindakan. Injap akan
bertukar daripada kedudukan asalnya kepada kdudukan ia bekerja, apabila suis tekan ditekan.
Litar mengandungi ciri-ciri asas seperti berikut:

Silinder satu tindakan,spring return

Injap kawalan berarah 3/2 way: suis tekan(push button) untuk bekerja dan spring untuk
kembali ke kedudukan asal.

Bekalan udara

Sambungan udara di antara injap dan silinder.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 40


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.17 : Litar kawalan silinder satu tindakan

Kedudukan asal:

Pada kedudukan permulaan (di sebelah kiri litar) dikenali sebagai kedudukan berehat bagi
sistem. Bekalan udara ditutup dan piston silinder dalam keadaan menarik. Dalam injap saluran
dalm keadaan terbuka atu ekzos.

Apabila suis tekan ditekan :

Menekan suis tekan akan mengerakan injap 3/2 way melawan spring. Diagram(di sebelah
kanan) menunjukkan injap dalam kedudukan bekerja. Sekarang bekalan udara telah
bersambung melalui injap kepada saluran silinder satu tindakan. Jumlah tekanan yang
bertambah menyebabkan piston bergerak ke hadapan melawan daya daripada spring silinder
sehingga ia mencapai peringkat maksimum.

Apabila suis tekan dilepaskan :

Apabila suis tekan dilepaskan, serta- merta injap kembali kepada kedudukan asal dan piston
silinder juga kembali ditarik kepada kedudukan awalnya.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 41


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Litar Kawalan untuk Silinder Dua Tindakan


2.8.2
(Control Circuit for Double-acting Cylinder)

Piston silinder dua tindakan akan bergerak ke hadapan apabilasuis tekan ditekan dan piston
kembali kepada asal apabila suis tekan dilepaskan. Silinder dua tindakan boleh melakukan kerja
dalam dua arah pengerakan, apabila tekanan bekalan udara sesuai untuk menolak dan menarik
piston.

Injap kawalan berarah 5/2 way mengawal silinder dua tindakan. Isyarat membenarkan atau
membatalkan pada injap jika suis tekan ditekan atau dilepaskan. Litar mengandungi :

Silinder dua tindakan

Injap kawalan berarah 5/2 way : suis tekan(push button) untuk bekerja dan spring untuk
kembali kepada kedudukan asal.

Bekalan udara yang disambungkan kepada injap 5/2 way.

Sambungan udara diantara injap dan silinder.

Rajah 2.18 : Litar kawalan untuk silinder dua tindakan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 42


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Kedudukan asal:

Dalam kedudukan asal (di sebelah kiri litar) semua penyambungan dilakukan. Dalam keadaan
tak bergerak, udara akan masuk dari sebelah kanan silinder manakala udara akan keluar dari
sebelah kiri silinder.

Apabila suis tekan ditekan:

Apabila suis tekan ditekan akan mengerakkan injap 5/2 way dalam kedudukan bekerja. Dalam
kedudukan ini, bekalan udara akan masuk dari sebelah kanan silinder manakala udara akan
keluar dari kiri silinder ke saluran ekzos. Maka piston akan bergerak ke hadapan hingga
mencapai tahap maksimumnya.

Apabila suis tekan dilepaskan:

Apabila suis tekan dilepaskan, spring dalam injap akan bertindakbalas supaya injap kembali
kepada kedudukan asalnya. Piston silinder akan kembali kepada kedudukan asalnya.

2.9 Simbol dan Penerangan Komponen

Pembangunan sistem pneumatik dibantu oleh pendekatan yang sama untuk perwakilan elemen
dan litar. Simbol-simbol digunakan untuk elemen-elemen menunjukkan ciri-ciri seperti
berikut :

Kaedah pengerak (actuation) dan pengerak balik (return actuation)

Bilangan sambungan ( semua dilabelkan untuk pengenalan)

Bilangan pertukaran kedudukan

Prinsip asas operasi

Mudah mewakili laluan aliran

2.9.1 Bekalan Udara dan Penghasilan

(Air Supply and Generation)


Simbol-simbol untuk sistem bekalan boleh diwakili satu elemen atau gabungan elemen. Jika
bekalan udara menggunakan semua komponen asas, ia boleh menggunakan symbol yang
diringkaskan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 43


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.19 : Simbol-simbol bekalan udara

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 44


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.9.2 Injap kawalan berarah (Directional Control Valve)

Injap kawalan berarah diwakili bilangan sambungan dikawal, bilangan kedudukan dan laluan
aliran. Ia dilakukan untuk mengelak daripada berlakunya sambungan yang salah pada saluran
masukan dan keluaran.

Rajah 2.20 : Simbol-simbol untuk injap kawalan berarah

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 45


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.21 : Saluran dan kedudukan ( Port and position (ways))

Sistem pernomboran digunakan untuk menanda injap kawalan berarah menurut DIN ISO 5599-
3. Terlebih dahulu sistem abjad digunakan dan kedua-dua sistem diwakili seperti berikut :

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 46


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.22 : Contoh penandaan

2.9.3 Kaedah Pengerak (Method of Actuation)

Kaedah pengerak injap kawalan berarah adalah bergantung kepada keperluan kerja yang
dilakukan. Pelbagai jenis pengerak seperti berikut :

Pengerak manual

Pengerak mekanikal

Pengerak pneumatik

Pengerak elektrikal

Pengerak gabungan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 47


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.23 : Simbol-simbol pengerak injap kawalan berarah

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 48


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Injap Tak Balik dan Terbitan


2.9.4 (Non-Return Valve and Derivatives)
Injap tak balik adalah asas untuk pembangunan gabungan komponen-komponen. Terdapat dua
jenis binaan bagi injap tak balik iaitu mempunyai spring dan tanpa spring. Untuk membenarkan
aliran melalui injap tak balik melaluinya daya udara mestilah lebih besar daripada daya spring
yang melawan.

Rajah 2.24 : Simbol-simbol injap tak balik

2.9.5 Injap Kawalan Aliran (Flow Control Valve)

Kebanyakan injap kawalan aliran adalah jenis boleh laras dan membenarkan kawalan aliran
dalam dua arah. Anak panah menunjukkan komponen boleh dilaraskan bukan merujuk kepada
arah aliran. Ada juga injap kawalan aliran mengawal pada satu arah sahaja.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 49


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.25 : Simbol-simbol injap kawalan aliran

2.9.6 Injap Kawalan Tekanan (Pressure Control Valve)

Injap kawalan tekanan berfungsi mempengaruhi keseluruhan tekanan bagi sistem. Injap
pengatur tekanan umumnya digunakan boleh dilaraskan dengan mampatan spring. Simbol-
simbol akan membezakan ia berdasarkan jenis berikut :

Injap pengatur tekanan tanpa saluran pelega (pressure regulating valve without relief
port)

Injap pengatur tekanan dengan saluran pelega (pressure regulating valve with relief
port)

Injap rangkaian tekanan (pressure sequence valve)

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 50


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.25 : Simbol-simbol untuk injap kawalan tekanan

2.9.7 Pengerak Linear (Linear Actuator)

Pengerak linear atau silinder boleh diterangkan dengan jenis binaan dan kaedah ia bekerja.
Silinder satu tindakan dan silinder dua tindakan adalah bentuk yang asas untuk pelbagai
rekabentuk.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 51


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.26 : Simbol-simbol pengerak

2.9.8 Pengerak Berputar (Rotary Actuator)

Pengerak berputar terbahagi kepada pengerakan berterusan dan sudut putaran terhad. Motor
udara kebiasaannya berkelajuan tinggi sama ada kelajuan tersebut tetap atau boleh laras.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 52


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.26 : Simbol-simbol pengerak berputar

2.9.9 Simbol-Simbol Bantuan (Auxiliary Simbols)


Terdapat beberapa simbol-simbol yang penting untuk tambahan yang digunakan bagi sistem
pneumatik.

Rajah 2.27 : Simbol-simbol tambahan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 53


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Pembangunan Sistem Pneumatik


2.10
(Development of Pneumatic System)
Untuk pembangunan sistem pneumatik, kesemua elemen memainkan peranan penting dalam
sistem. Rajah 2.28 menunjukkan gabungan elemen termasuk komponen-komponen yang
terlibat.

Rajah 2.28 : Pembangunan sistem pneumatik

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 54


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Kawalan Terus Silinder Pneumatik


2.10.1
(Direct Control of a Pneumatic Cylinder)

Cara mudah untuk mengawal silinder satu tindakan dan dua tindakan menggunakan kawalan
isyarat secara terus. Silinder digerakkan secara terus melalui pengerak injap sama ada secara
manual atau mekanikal.

2.10.1.1 Kawalan Terus Silinder Satu Tindakan

( Direct Control of Single-Acting Cylinder)

Silinder satu tindakan berdiameter 25mm akan mengapit komponen apabila suis tekan ditekan.
Selagi suis tekan ditekan, silinder akan terus berada dalam kedudukan mengapit. Apabila suis
tekan dilepaskan, silinder akan kembali kepada kedudukan asalnya.

Penyelesaian :

Injap kawalan berarah 3/2 way digunakan untuk mengawal silinder satu tindakan. Litar
kawalan adalah seperti dalam rajah dibawah.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 55


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.30 : Litar kawalan pneumatik

Operasi litar :

Untuk litar ini berfungsi suis tekan membenarkan udara melalui injap dari saluran 1 ke 2
menggunakan injap 1S terus ke ruang dalaman silinder 1A. Tekanan yang terkumpul dalam
ruang dalaman silinder akan melawan daya yang disebabkan oleh spring balik. Maka silinder
akan bergerak ke hadapan. Apabila suis tekan dilepaskan, silinder akan ditarik semula kepada
kedudukan asalnya. Udara dalam ruang dalaman silinder akan disalurkan pada saluran ekzos 3
pada injap 1S.

Litar Kawalan Tak Terus Silinder Pneumatik


2.10.2
( Indirect Control of Pneumatic Cylinder)

Silinder dengan diameter piston yang besar memerlukan udara yang tinggi. Elemen kawalan
dengan kadar aliran yang kecil mseti digunakan untuk mengerakkannya. Jika daya yang besar
diperlukan untuk mengerakkan pengerak injap, litar kawalan tak terus perlu digunakan.
Tambahan isyarat yang diterima adalah kecil daripada daya yang diperlukan oleh silinder.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 56


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Kawalan Tak Terus Silinder Satu Tindakan


2.10.2.1
(Indirect Control of Single-acting Cylinder)

Silinder satu tindakan dengan piston berdiameter besar akan mengapit komponen apabila suis
tekan ditekan. Selagi suis tekan ditekan, silinder akan terus berada dalam kedudukan mengapit.
Apabila suis tekan dilepaskan, silinder akan kembali kepada kedudukan asalnya.

Penyelesaian :

Apabila suis tekan ditekan, injap 1S akan membenarkan udara melaluinya seterusnya
mengaktifkan injap 1V, dimana injap 1V akan berada dalam kedudukan bekerja apabila
menerima udara sahaja. Apabila injap 1V dalam kedudukan bekerja maka saluran 1 akan
bersambung dengan saluran 2 yang akan membawa udara masuk ke dalam ruang dalaman
silinder untuk piston bergerak ke hadapan.

Apabila suis tekan dilepaskan, injap 1S dan 1V akan kembali kepada kedudukan asalnya. Maka
saluran 2 akan bersambung dengan saluran 3 iaitu saluran ekzos injap 1V.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 57


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.31 : Litar kawalan tak terus

Peralatan Pneumatic(Pneumatic Devices)


2.11

Peralatan pneumatik yang dibincangkan adalah komponen asas yang menjadi nadi dalam
peralatan pneumatik seperti penghantar (transmitter), perakam (recorder), pengawal
(controller), penukar (converter), dan penunjuk (indicator). Peralatan ini biasanya
digunakan dalam loji-loji pemprosesan seperti loji penapisan minyak. Komponen asas ini
dikendalikan oleh satu system kendalian komponen pneumatik menggunakan prinsip
pesongan dan prinsip suapbalik yang terdiri daripada pengesan pneumatik jenis imbangan
daya (force balance) atau imbangan melalui system pengepak (flapper) dan muncung
(nozzle) serta dikawal oleh geganti (relay).

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 58


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Peralatan Pneumatik Asas


2.11.1
(Basic Pneumatic Devices)
Antara peralatan pneumatik asas adalah :

a) pengepak dan muncung (flapper & nozzle)


b) geganti ( relay)
c) gegendang (diaphragm)
d) belos (bellow)
e) pegas (spring)

secara umumnya komponen asas ini digunakan sebagi pengesan perubahan (pengesan
alat) pada peralatan pneumatik.

2.11.1.1 Prinsip Kendalian Peralatan Pneumatik Asas

(Basic Pneumatic Devices Principle Operation)

Pengepak dan Muncung (Flapper and Nozzle)

Merujuk kepada rajah 2.24, jarak di antara pengepak dengan muncung memainkan peranan
yang penting dalam jumlah tekanan balik muncung.

Rajah 2.23 : Pengepak dan Muncung

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 59


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Prinsip kendalian:

Pengerakan pengepak (flapper) ke kanan dan ke kiri akan mengubah tekanan keluaran. Apabila
pengepak bergerak menghampiri muncung, ia akan menyekat pengaliran udara daripada
muncung maka tekanan keluaran akan meningkat dan menghampiri nilai sebenar tekanan
bekalan.

Apabila pengepak bergerak menjauhi muncung, tekanan keluaran akan menurun


daripada tekanan bekalan. Perubahan tekanan keluaran boleh dikawal dengan gerakan
pengepak (flapper).

Geganti (Relay)

Ia digunakan untuk menguatkan tekanan balik muncung. Tekanan maksima yang dikuatkan
geganti adalah bersamaan dengan tekanan bekalan. Terdapat dua jenis geganti iaitu geganti
tindakan terus dan geganti tindakan balikan. Rajah 2.24 menunjukkan geganti tindakan terus.

Geganti

Rajah 2.24 : Geganti tindakan terus

Prinsip Kendalian:

Apabila pengepak merapati muncung, tekanan balik muncung akan bersamaan dengan bekalan
masukan (air supply). Tekanan balik ini akan menekan dengan dengan kuat gegendang
(diaphragm) dimana gegendang berfungsi menukarkan daya tekanan kepada anjakan.

Anjakan yang terhasil adalah berkadar terus dengan tekanan balik. Pengerakan
gegendang akan menyebabkan palam injap (stem) menutupi liang ekzos (palam injap terduduk)
mengakibatkan liang ekzos tertutup manakala liang bekalan terbuka sepenuhnya. Oleh
itu, tekanan balik geganti akan menjadi sama dengan tekanan bekalan masukan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 60


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Belos (Bellows)

Belos ialah silinder bergelung yang boleh dikembangkan atau dikempiskan secara mengufuk.
Belos digunakan untuk menukar tekanan kepada daya. Kebanyakan belos diperbuat
daripada campuran tembaga, gangsa fosforus dan loyang. Bahan tersebut menjadikan ia tahan
karat.

Gegendang (Diaphragm)

Ia juga melakukan penukaran yang sama seperti belos, iaitu menukarkan tekanan kepada
daya. Ia diperbuat daripada logam dan digunakan untuk melakukan kerja bertekanan
rendah. Kepekaan bergantung kepada luas permukaannya.

Pegas (Spring)

Anjakan spring berkadar terus dengan daya. Spring menukarkan anjakan kepada daya.
Perubahan suhu mempengaruhi anjakan spring dan menyebabkan ralat berlaku. Ralat boleh
diatasi dengan spring diperbuat daripada bahan yang mempunyai ciri-ciri stabil terhadap
perubahan suhu.

Prinsip Kendalian Peralatan Pneumatik


2.11.1.2
(Pneumatic Instrument Principle Operation)

Peralatan pneumatik dikendali menggunakan prinsip pesongan dan prinsip suap balik.
Berikut adalah prinsip kendalian peralatan pneumatik menggunakan prinsip pesongan dan
prinsip suapbalik yang terdiri daripada pengesan pneumatik jenis imbangan daya dan
imbangan gerakan.

Prinsip Pesongan (Diversion Principle)


2.11.1.2.1

Merujuk kepada rajah 2.25 prinsip pesongan digunakan untuk menukar isyarat masukan
dalam bentuk gerakan atau pesongan kepada isyarat keluaran dalam bentuk tekanan.
Prinsip pesongan ini menggunakan peralatan pneumatik asas seperti pengepak dan muncung.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 61


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.25: Prinsip Pesongan diaplikasikan untuk menukar anjakan kepada tekanan

Prinsip pesongan juga digunakan untuk menukar isyarat masukan tekanan kepada isyarat
keluaran anjakan. Rajah 2.26 menunjukkan isyarat masukan iaitu udara termampat ditukar
isyarat keluarannya kepada anjakan dalam bentuk pesongan jarum penunjuk.

Rajah 2.26: Pertukaran isyarat tekanan kepada isyarat anjakan menggunakan prinsip pesongan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 62


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.11.1.2.2 Prinsip Suapbalik (Feedback Amplifier)

Prinsip suapbalik terbahagi kepada dua jenis pengesan iaitu imbangan daya (force balance) dan
imbangan gerakan (motion balance).

Pengesan Imbangan Daya (Force Balance)

Rajah 2.27 : Pengesan imbangan daya (force balance)

Prinsip kendalian:

Apabila tekanan masukan, Pi dikenakan pada sebelah kiri pengepak melalui belos masukan,
maka pengepak pada sebelah kanan akan tertolak ke bawah dan mendekati muncung. Apabila
pengepak menghampiri muncung maka ia akan menambahkan tekanan keluaran, Po. Tekanan
keluaran akan disuapbalik pada belos suapbalik yang akan menolak pengepak ke atas bagi
mengimbangi tekanan masukan. Tekanan keluaran yang dihasilkan oleh pengesan adalah stabil.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 63


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Pengesan Imbangan Gerakan

Rajah 2.27: Pengesan imbangan gerakan

Prinsip kendalian:

Kenaikan tekanan masukan dalam tiub bourdon akan menarik hujung sebelah kiri penghadang
paras ( baffle level) dan mendekati muncung. Peningkatan tekanan pada muncung akan
meningkatkan tekanan suapbalik dan mengubah kedudukan tuil muncung. Kedudukan tuil
muncung akan berubah sehingga ia selari dengan penghadang paras. Apabila ia berada selari
dengan penghadang paras maka pengesan berada dalam keadaan keseimbangan, maka tekanan
keluaran adalah stabil.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 64


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Injap Kawalan ( Control Valve)


2.12

Injap kawalan adalah peralatan yang banyak digunakan dalam loji pemprosesan. Injap kawalan
memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi pemprosesan. Ia digunakan untuk
mengawal aliran bendalir dalam paip dan mengawal tekanan dalam tangki. Injap kawalan ini
akan berkendali samada buka atau tutup bergantung kepada isyarat yang diterima oleh
pengawal. Kebanyakan dalam loji kawalan, injap kawalan menggunakan udara termampat
sebagai pengeraknya. Terdapat beberapa jenis injap kawalan digunakan di loji, antaranya
seperti berikut:

i. injap rama-rama (butterfly valve)

ii. injap bebola (ball valve)

iii. injap glob (globe valve)

iv. injap jarum (needle valve)

v. injap gegendang (diaphragm valve)

Rajah 2.28: Injap Kawalan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 65


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

2.12.1 Pengerak (Actuator)

Pengerak kumpulan pneumatik biasanya digunakan untuk injap kawalan tetapi ada juga yang
menggunakan pengerak kumpulan hidraulik, elektrik dan manual. Pengerak injap kawalan
dalam kumpulan pneumatik terbahagi kepada dua jenis iaitu gegendang dan piston. Pengerak
jenis piston digunakan apabila melibatkan aplikasi bertekanan tinggi sehingga mencapai
tekanan 150 PSIG. Pengerak injap kawalan jenis gegendang bekerja dalam dua jenis tindakan
iaitu tindakan terus dan songsang. Rajah 2.29 menunjukkan pengerak injap kawalan jenis
gegendang.

Rajah 2.29: Pengerak injap kawalan jenis gegendang

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 66


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 2 :SISTEM PNEUMATIK

Rajah 2.30: Pengerak injap kawalan jenis piston

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 67

You might also like