You are on page 1of 14

Isi Kandungan

Pengenalan………………………………………………………………. 1

Faktor baka ………………………………………………………………2

Faktor persekitaran……………………………………………………….5

Rumusan………..…………………….…………………….....................10

Penutup ………………………………………………………………….11

Bibliografi ………….................................................................................13

0
LAPORAN KAJIAN PERKEMBANGAN MANUSIA

FAKTOR YANG LEBIH BERPENGARUH TERHADAP PETUMBUHAN DAN


PERKEMBANGAN MANUSIA SAMAADA BAKA ATAU PERSEKITARAN

Pengenalan

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti isu yang sering mendapat perhatian dan
menjadi perdebatan dan kontroversi di kalangan masyarakat sedunia. Isu faktor yang
manakah lebih mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia, sama ada baka atau
persekitaran.

Kejadian manusia bermula daripada satu sel hasil persenyawaan benih ibu dan benih bapa
yang membentuk janin. Kandungan yang dikandung oleh ibu selama lebih kurang sembilan
bulan sebelum dilahirkan dinamakan janin dan dinamakan bayi selepas dilahirkan. Bayi akan
berubah secara beransur-ansur menjadi kanak-kanak yang membesar. Proses pembesaran ini
dinamakan pertumbuhan dan perkembangan.

Pertumbuhan boleh didefinisikan sebagai pembesaran atau peningkatan saiz samaada dari
keseluruhan tubuh atau mana-mana bahagian tubuh. Manakala perkembangan menurut Atan
Long, adalah perubahan yang kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat
dilihat jelas perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih
awal. Ini bermakna pertumbuhan adalah bersifat kuantitatif dimana sifat fizikal dari segi saiz
dan kematangan akan berkembang sehingga ke satu tahap perubahan itu akan terhenti.
Manakala perkembangan merupakan perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur
dan perubahan daaripada jenis evolusi dan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.
Perkembangan juga boleh ditakrifkan dengan perubahan yang kualitatif yang melibatkan
kognitif, biologi dan sosioemosi. Proses Perubahan ini akan sentiasa berkembang untuk
mendewasakan dan mematangkan manusia bermulanya dari janin sehingga akhir hayat
manusia.

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan perkembangan sesuatu yang hidup atau


bahagiannya yang tertentu dari peringkat awal sehingga mencapai kematangannya termasuk
peningkatan saiz. Pertumbuhan badan ini melibatkan perubahan daripada pelbagai bahagian

1
tubuh, bentuk tubuh dan keseluruhan organ serta sistem dalaman tubuh yang meliputi aspek
perkembangan mental, fizikal, sosial, dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan ini
melibatkan proses yang teratur dan sistematik serta corak pertumbuhan bersistem ini
mempunyai perkaitan dengan fungsi dan kepentingan sesuatu sistem semasa peringkat
tertentu.

Bermulanya dari detik persenyawaan, pertumbuhan dan perkembangan ini melibatkan


peringkat sel, membentuk lembaga dan seterusnya otak sehinggalah manusia matang dan
meninggal. Menurut kamus wikipedia bahasa melayu, Otak adalah mengingati pengalaman
lepas, merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Otak merupakan organ bagi pusat kawalan
utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Kemudian
ia menganalisa maklumat ini dan menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi
dan tindakannya. Otak merupakan salah satu organ yang berkembang sejak dari dalam rahim.
Perkembangan ini berlaku kepada semua individu dan perkembangan manusia ini adalah
selaras dengan kematangan otak. Kadar pertumbuhan otak tercepat adalah pada peringkat
sebelum lahir iaitu ketika didalam rahim ibu. Selepas dilahirkan kadar pertumbuhan otak
paling cepat adalah pada tahun pertama kelahiran. Ia akan berkembang sehingga 90% otak
orang dewasa apabila menjelang umur 2 tahun. Perkembangan otak ini memainkan peranan
penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan yang sempurna.

Semua proses pertumbuhan dan perkembangan ini dipengaruhi oleh beberapa Faktor. Antara
faktor perkembangan manusia adalah baka dan persekitaran. Baka ialah pembawaan yang
diwarisi manakala persekitaran adalah faktor luaran seperti pemakanan,kesihatan, sosial,
pengambilan rokok untuk ibu menagandung, dadah, radiasi dan sebagainya.

1. Faktor Baka

Faktor endogen adalah faktor yang datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri iaitu faktor
baka. Teori yang diuatarakan oleh Arnold Gesell (1889-1961) menyatakan keunikkan dan
perkembangan kanak-kanak akan ditentukan oleh faktor baka. Menurut Gesell lagi, individu
mampu berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut
kadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. D.S
Wright dan Ann Taylor menyokong teori tersebut dengan mentakrifkan perkembangan
sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada

2
struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan
umur.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi untuk menunjukkan baka
mempengaruhi perkembangan individu seperti Galton (1865), Goddard(1890), Newman
(1937) dan shieldo (1962). Kajian tersebut menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza yang dikaitkan dengan kecerdasan ibubapa.
Pakar genetic tingkah laku telaah menggunakan tiga startegi untuk mengkaji sumbangan baka
kepada perkembangan iaitu, perbandingan dalam jenis, pemeliharaan yang dipilih dan kajiana
keluarga. Kajian tersebut menunjukkan bahawa banyak tingkah laku adalah diwarisi.

Telah dinyatakan di atas, seseorang manusia terjadi hasil daripada proses persenyawaan
kedua ibu dan bapanya. Penggabungan gen-gen daripada ibu dan bapa untuk diwariskan
kepada anak berlaku semasa proses persenyawaan. Di dalam proses persenyawaan, satu
ovum akan bergabung dengan satu sperma. Apabila sperma dan ovum bercantum, ia akan
membentuk sel yang dinamakan zigot. Di dalam setiap sel terdapat nukleus yang terdiri
daripada 23 pasang kromosom. Didalam ilmu kimia, sebuah rantai kromosom yang panjang
disebut DNA. DNA ini disusun kedalam ratusan unit yang di sebut gen yang dapat
menentukan maklumat baka untuk melahirkan keturunan. Setiap sifat seperti bentuk fizikal,
warna kulit, warna rambut, jenis darah, warna mata, jantina dan penyakit akan ditentukan
oleh maklumat yang terdapat di dalam kromosom. Oleh kerana sel di dalam tubuh anak
membawa maklumat baka daripada ibu dan bapa atau keturunan sebelumnya , maka anak
bakal mempunyai sifat-sifat tersebut.

1.1 Kognitif

Seperti yang telah dinyatakan, ahli psikologi mengaitkan kecerdasan dan kebolehan intelek
berkait dengan kebolehan ibubapa seseorang. Ini bermaksud kepintaran akal dan bakat
seseorang ditentukan oleh baka. Maka ibubapa yang pintar akan dapat melahirkan anak yang
pintar. Seperti di singapura, kerajaan singapura telah menyarankan bahawa jika seseorang
pelajar universiti yang ingin berkahwin maka pasangannya juga perlu setaraf dengannya dari
segi pendidikan supaya anak yang akan dilahirkan mewarisi kepandaian seperti ibubapanya.
Situasi ini disarankan adalah supaya generasi baru yang dilahirkan akan mempunyai
pemikiran intelektual yang berkualiti.

1.2 Sosioemosi dan Fizikal

3
Perkembangan sosioemosi seseorang individu juga adalah berdasarkan baka daripada
ibubapa. Jika ibu atau bapa mempunyai sifat pemarah, maka sifat tersebut akan diwarisi oleh
anaknya. Anak yang dilahirkan tersebut akan mempunyai ciri-ciri pemarah dan agresif.
Selain perkembangan emosi, baka juga memainkan peranan penting dalam menentukan sifat
fizikal individu. Anak akan mewarisi bentuk fizikal seperti ibubapanya, contohnya seorang
perempuan yang kurus dan rendah berkahwin dengan lelaki yang tinggi dan gemuk. Maka
kemungkinan anak-anaknya akan mewarisi bentuk badan seperti badan yang kurus dan tinggi
atau bentuk badan yang gemuk dan rendah. Begitu juga dengan warna mata, keturunan
seseorang yang mempunyai mata berwarna hijau, anaknya dan cucu-cucunya juga
mempunyai warna mata yang sama.

1.3 Taraf kesihatan

Ahli sains mempercayai bahawa taraf kesihatan seseorang juga ditentukan oleh baka. Taraf
kesihatan yang baik akan membantu melancarkan proses pertumbuhan dan perkembangan
dan begitu juga sebaliknya. Ibubapa yang mengidap penyakit keturunan akan menurunkan
penyakit tersebut kepada anaknya. Contoh penyakit yang diwarisi adalah hemofilia, darah
tinggi, kencing manis dan talasemia.

Rajah 1

Melalui hasil pencarian di laman web http://www.hemofilia.or.id/keturunan.php. Hemofilia


adalah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom X, di mana berlaku mutasi pada
gen. Rajah 1 adalah contoh bagaimana penyakit hemofilia diturunkan kepada anak. Bapa
yang mengidap penyakit ini akan memindahkan kromosom X kepada anak perempuan. Maka

4
anak perempuan akan menjadi pembawa kepada penyakit ketutunan ini. Anak lelaki seperti
didalam rajah adalah bebas daripada penyakit ini kerana bapa tidak menyumbang kromosom
X kepadanya. Melainkan, ibu adalah pembawa penyakit tersebut, besar kemungkinan
penyakit tersebut akan diwariskan kepada anak lelakinya.

Penyakit hemofilia ini melibatkan masalah kepada pembekuan darah walaupun luka yang
kecil sahaja. Jika darah tidak boleh dibekukan implikasinya kepada pesakit adalah kematian
kerana sel-sel dalam badan tidak berupaya membekukan darah sekaligus boleh menyebabkan
kehilangan darah. Namun begitu penyakit ini telah dapat diatasi dan dikawal. Talesemia pula
adalah sejenis penyakit keturunan dimana individu tidak boleh menghasilkan hemoglobin
yang normal iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dan berfungsi untuk membawa
darah ke seluruh tubuh. Penyakit ini akan menyebabkan kelesuan, sesak nafas dan pucat.
Penyakit-penyakit keturunan ini akan mengganggu proses perkembangan dan pertumbuhan
bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar. Seseorang indiviudu tidak dapat
memperkembangkan dirinya secara optimum mengikut peringkat umur mereka jika
menghidapi pelbagai penyakit. Ini adalah kerana tubuh badan perlu fokus untuk melawan
penyakit yang dihadapi dan seterusnya melambatkan proses pertumbuhan dan perkembangan.
Berkemungkinan pertumbuhandan perkembangan terus akan terbantut bergantung kepada
penyakit yang dihadapi dan sejauh mana badan berupaya untuk melawan penyakit tersebut.

2. Faktor Persekitaran

Seterusnya ialah faktor persekitaran. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa faktor


persekitaran yang menjadi faktor utama pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
Berdasarkan teori Robert havinghurst, perkembangan kanak-kanak adalah berdasarkan
kepada sosio budaya, antropologi dan faktor persekitaran. Persekitaran bermaksud keadaan di
luar diri seseorang individu tersebut yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangannya. Keadaan faktor persekitaran ini mempunyai kesan yang besar terhadap
pertumbuhan dan perkembangan individu ketika bayi berada di dalam kandungan mahupun
setelah dilahirkan. Terdapat pelbagai faktor dalam persekitaran yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembanga manusia. Namun begitu, faktor utama persekitaran yang
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan adalah pemakanan dan kesihatan.
Pemakanan dan kesihatan ini saling berkait rapat ketika bayi di dalam kandungan ibu untuk
membantu proses pertumbuhan dan perkembangannya.

5
Menurut buku Perkembangan Kanak-kanak yang ditulis oleh Rozumah Baharuddin, janin
yang terbentuk di dalam rahim ibu pada peingkat kedua iaitu ketika usia janin dalam
peringkat minggu ke 4 hingga minggu ke 8 adalah peingkat yang paling kiritikal untuk
pembentukan lembaga. Pada peringkat ini saraf tunjang, jantung, semua organ deria seperti
mata, telinga, kaki tangan dan lelangit akan terbentuk. Manalaka pada peringkat janin dalam
usia 9 hingga 36 minggu otak mula berkembang.

2.1 Pemakanan

Ini bermakna bermula dari peringkat awal janin terbentuk ibu yang mengandung perlu
mendapatkan pengetahuan dan mengamalkan pemakanan yang berzat, seimbang dan perlu
menghindarkan diri daripada mengambil benda-benda yang boleh mengganggu pertumbuhan
organ dan perkembangan otak bayi yang dikandung dan untuk dirinya. Janin memerlukan zat
makanan yang tertentu dan mencukupi baginya untuk pertumbuhan organ yang lengkap dan
perkembangan otak yang menyeluruh. bagi ibu pula, pemakanan yang berkhasiat dan
seimbang boleh memberinya tenaga dan menghindarkan penyakit ketika mengandung.
Keseimbangan pemakanan yang diambil perlu mengikut piramid makanan seperti yang
disyorkan oleh doktor.

Dewasa ini, banyak kajian telah menunjukkan bahawa perkembangan otak dan emosi boleh
diperkembangakn ketika janin berusia enam bulan sehingga 9 bulan. Terdapat pelbagai iklan
yang dipaparkan di televisyan mengenai susu yang boleh membantu perkembangan otak
janin. Untuk itu, Ibu boleh mengambil pemakanan seimbang ataupun susu yang mengandungi
zat untuk perkembangan otak janin. Ibu juga boleh berkomunikasi dengan janin seperti
berkomunikasi dan mengusap-usap perut ibu suapaya dapat membantu memperkembangkan
otak dan emosi bayi yang dikandungnya Rangsangan ibu memainkan peranan penting dalam
membentuk kesihatan mental dan keperibadian anak seawal usia kandungan 6 bulan. Ini
dapat memberikan janin kasih sayang sekaligus membantu pertumbuhan dan
perkembangannya. Penyataan tersebut disokong oleh Ustaz Hamzah Jaafar, pensyarah di
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM). Menurut beliau,“Kalau ibu hendak anak
otak yang pintar haruslah menjaga makanan dari sudut yang halal. Dalam masa yang sama
pemakanan berfungsi untuk melahirkan anak yang baik.’

Selepas dilahirkan, bayi masih lagi memerlukan khasiat makanan yang cukup untuk bayi
tersebut membesar dan berkembang. Pemberian susu ibu adalah penting kerana susu ibu
mengandungi semua zat makan yang diperlukan dan antibodi di dalam susu ibu mencukupi

6
bagi bayi untuk menghalangnya daripada terkena jangkitan kuman atau penyakit. Terdapat
banyak kebaikan penyusuan ibu antaranya ialah bayi tersebut mempunyai berat badan yang
mencukupi, kurang mengalami alergi ( Arshad,2001), dapat mencegah dan mengurangkan
risiko dhinea, dapat mengelakkan bayi dari jangkitan pernafasan ( seperti pneumonia dan
bronkitis), dapat mengelakkan bayi dari jangkitan bakteria saluran urinari dan otitis media
iaitu jangkitan pada bahagian tengah telinga( Silverfedal dan rakan,2002), dapat
mengurangkan risiko kanser pada kanak-kanak dan kanser payudara pada ibu (Bernier,1994),
risiko SIDS rendah ( Frederickson,1993), perkembangan kognitif dan saraf yang baik
(Brody,1994) serta dapat menggalakkan penglihatan yang jelas ( Makrides dan Rana,1995).
Jika bayi dijangkiti kuman dan berpenyakit, keadaan ini boleh menyebabkan pertumbuhan
dan perkebangan bayi terganggu.

Khasiat makanan yang diserap tersebut akan membekalkan tenaga untuk kanak-kanak
membesar, memperbaiki dan membina sel yang baru. Pemakanan yang seimbang dan
berkualiti dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh badan untuk membantu
perkembangan dan pertumbuhan. Sekiranya makanan yang diambil tidak berzat maka ini
akan membantutkan perkembangan dan pertumbuhan badan. Contoh penyakit akibat daripada
kekurangan zat adalah seperti penyakit kwashiorkor iaitu penyakit yang menyerang kanak-
kanak akibat kekurangan protein. Penyakit skurvy iaitu penyakit yang terjadi akibat
kekurangan vitamin c. Untuk itu pemakanan perlu dipandang serius oleh semua pihak
terutamanya ibubapa kerana dengan adanya makanan yang simbang dan berzat, akan dapat
menghasilkan badan yang sihat seterusnya menghasilkan otak yang cerdas. Dengan adanya
badan yang sihat dan otak yang cerdas, kognitif kanak-kanak akan dapat berkembang
mengikut pola perkembangan kanak-kanak jika dilihat dari teori Jean Piaget. Jika pemakanan
yang diambil tidak berzat, ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan emosi kanak-
kanak mahupun golongan dewasa. Manusia akan menjadi kemurungan dan tertekan, maka
akan timbul isu kekurangan berat badan serta pemikiran yang tidak sihat.

2.2 Kesihatan

Selain daripada pemakanan, salah satu faktor penting dalam membentuk perkembangan dan
pertumbuhan adalah faktor kesihatan. Penjagaan kesihatan ketika peringkat pembentukkan
lembaga amat penting. Pada masa ini jika ibu tidak menjaga kandungannya, janin mudah
diserang penyakit yang boleh membantutkan proses pertumbuhannya. Contohnya, ibu yang

7
mendapat penyakit german measles semasa peringkat pembentukan lembaga besar
kemungkinan akan melahirkan anak yang buta, pekak atau mengidap sakit jantung. Di
peringkat minngu ke 9 hingga minggu ke 36, iaitu peringkat perkembangan otak, ibu perlu
juga untuk menjaga kesihatan agar otak janin dapat berkembang secara optimum. Kajian
telah dibuat mengenai ibu yang mengandung di peringkat ini dan telah dipukul oleh suami
atau terhentak kandungannya, anak yang dilahirkan tersebut mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dari segi mental dan fizikal yang perlahan atau terbantut. Masa perkembangan
bayi di dalam kandungan adalah masa yang paling mustahak untuk diberi perhatian dan
penjagaan yang rapi. Pada masa ini faktor persekitaran yang merbahaya akan menggaggu
proses perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas dilahirkan.

Kesihatan kanak-kanak yang baik akan mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan.


Jika kanak-kanak mengidap pelbagai penyakit, ini akan membantutkan proses pertumbuhan
dan perkembangan dari pelbagai aspek. Kesihatan disini bermaksud bebas daripada penyakit,
persekitaran tempat tinggal yang tidak tercemar, sumber air yang bersih dan bebas dari asap
kilang dan kenderaan serta semua perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada bayi
dan kanak-kanak yang boleh mengganggu tumbesarannya. Tidur dan rehat yang mencukupi
akan dapat membantu tubuh membesar dengan sempurna, otak juga akan menjadi cergas
apabila manusia mendapat tidur yang mencukupi. Bukan sahaja bayi malah orang dewasa
juga perlu mementingkan kualiti tidur yang baik. Tidur yang sebaik-baiknya bagi bayi adalah
8 hingga 10 jam manakala bagi orang dewasa adalah 6 jam.

2.3 Faktor dadah, alcohol dan rokok

Pada peringkat kritikal iaitu peringkat pembentukkan lembaga, jika ibu mengambil dadah,
menghisap rokok dan mengambil alkohol, janin yang sedang membentuk lembaga akan
terganggu pertumbuhannya dengan bahan yang diambil oleh ibu dan besar kemungkinan bayi
yang dilhirkan nanti akan cacat atau mengidapi pelbagai penyakit. Contohnya, ibu yang
mengambil alkohol, implikasinya kepada bayi apabila dilahirkan akan mengalami fetal
alcohol syndrome, ibu yang terkena radiasi atau menjalani x-ray serta ibu yang menghisap
rokok mungkin juga akan memberi kesan dan mengakibatkan kecacatan pada janin. Seperti
yang diketahui umum kandungan rokok adalah sangat merbahaya kepada orang dewasa
apatah lagi janin dan bayi.

8
2.4 Kecederaan semasa proses kelahiran

Kecederaan semasa proses kelahiran juga merupakan faktor persekitaran yang boleh
mempengaruhi perkembangan manusia. Kebiasaannya bayi dilahirkan dalam keadaan
biasatetapi terdapat ibu yang sukar melahirkan anak dan terpaksa mendapatkan pertolongan
orang lain. Di dalam keadaan ini sekiranya orang yang menolong tersebut bukan orang yang
terlatih maka kemungkinan besar ia akan mencederakan anak yang dilahirkan itu. Kecederaan
ini boleh timbul daripada pelbagai keadaan. Salah satu kemingkinan adalah bayi lemas dan
tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan bahagian-
bahagian otak itu mati. Jika bayi ini cepat diselamatkan, mungkin ia akan mengalami
kecacatan otak, tetapi jika terlambat bayi akan lemas dan menyebabkan kematian. Selain itu,
ibu yang tidak dapat menahan kesakitan untuk bersalin akan diberi ubat penahan sakit.
Malangnya jika ubat tersebut diberi ketika bayi masih didalam kandungan, ubat tersebut akan
meresap kepada bayi melalui tali pusatnya. Akibatnya juga akan mendatangkan kecacatan
kepada bayi.

2.5 Persekitaran sosial

Dari segi sosial pula, kanak-kanak perlu dibesarkan dengan persekitaran yang kondusif.
Persekitaran yang bebas daripada segala macam masalah sosial. Pergaulan jiran dan rakan-
rakan memainkan peranan dalam membentuk corak perkembangan manusia dari segi mental
dan emosi. Gangguan emosi juga boleh meyebabkan gangguan pertumbuhan dan
perkembangan seperti sering dimarahi atau dibanding bezakan dengan adik beradik yang lain.
Sosial yang buruk dan wujudnya pelbagai gejala tidak sihat dan jenayah seperti gengsterism
dan rompakan akan mendedahkan kanak-kanak kepada gejala buruk dan seterusnya
menyebabkan kanak-kanak mudah terjebak dengan tingkah laku jenayah. Ini akan
menyebabkan perkembangan mental positif kanak-kanak terjejas kerana kanak-kanak akan
mempelajari dan memperkembangkan pemikirannnya berdasarkan model yang diperhatikan.

Pengaruh kelas social juga memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan
kanak-kanak. Anak yang lahir dari keluarga yang kelas atasan ataupun sederhana mempunyai
dorongan yang baik dalam membentuk perkembangannya. Keluarga sebegini dapat
menyediakan suasana pebelajaran yang kondusif sekaligus membantu perkembangan yang
optimum. Sebaliknya, jika kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan,
dimana ibubapanya tidak berkemampuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
baik seperti pemakan yang tidak seimbang dan berkhasiat. Maka pertumbuhan dan

9
perkembangan kanak-kanak akan terjejas. Seperti contoh, kanak-kanak terlalu kurus dan
tidak bertenaga akan berasa penat untuk bermain dan belajar kerana kekurangan khasiat dari
pemakanan mereka.

Institusi kekeluargaan juga memainkan peranan penting juga untuk mengembangkan


personaliti kanak-kanak. Keluarga yang harmoni adalah faktor yang boleh merangsang
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak seterusnya menjadi insan yang berketrampilan
dan berperibadi. Jika ibu mahukan anak yang baik, ibu itu sendiri mesti mempunyai tingkah
laku yang baik untuk dicontohi. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan
potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective
parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu
supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak
ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara. Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada
anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan
tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara
menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai
nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi.

Rumusan

Setelah kajian dan perbandingan mengenai baka dan persekitaran ini diperhati dan diteliti.
Saya dapati, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah hasil daripada interaksi antara
baka dan persekitaran. Setiap manusia pasti akan mengalami pertumbuhan dan
perkembangan di dalam diri tetapi pertumbuhan dan perkembangan ini adalah berbeza bagi
setiap individu bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Faktor baka mungkin akan
mewariskan beberapa sifat keturunannya, tetapi untuk membantu memperkembangakan
manusia tersebut secara optimum adalah faktor persekitaran. Baka tidak boleh dikawal kerana
ianya telah ditetapkan dan tidak boleh diubah-ubah. tetapi untuk proses pertumbuhan dan
perkembangan manusia faktor persekitaran boleh dikawal untuk menggalakkan proses
tersebut. Faktor - faktor ini adalah saling berkait rapat dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan manusia. Tanpa adanya baka maka tidak akan adanya keturunan dan variasi
dan tanpa bantuan persekitaran, individu tidak dapat berkembang sepenuhnya. Begitu juga
dengan kepintaran akal dan bakat seseorang ditentukan oleh baka tetapi memerlukan keadaan
persekitaran bagi menonjolkan bakat tersebut. Contoh yang boleh diambil disini adalah, jika
pasangan tersebut mempunyai ciri-ciri kecerdikan, kepandaian tersebut mungkin akan

10
diwarisi oleh anak. Namun, jika terdapat gangguan faktor persekitaran seperti umur,
pemakanan dan ubat-ubatan anak yang bakal lahir mungkin akan mendidap penyakit seperti
sindrom down dan sebagainya. Walau sebijak manapun ibubapanya tetapi jika tidak diberi
penjagaan ketika proses perkembangan dan pertumbuhan janin dan bayi, maka manusia
tersebut akan terganggu prosesnya. Begitu juga dengan anak yang didera oleh bapanya, dia
juga akan mendera anaknya apabila dewasa kelak. Keadaan ini berlaku akibat daripada faktor
persekitaran yang membentuk anaknya untuk bersikap seorang pendera. Ini bukanlah
daripada faktor baka tetapi hasil daripada faktor persekitaran iaitu institusi kekelaurgaannya.
Tetapi jika anak tersebut diberi kesedaran dan pengetahuan yang boleh membentuk
pemikiran yang positif, tidak akan berlaku pengulangan deraan untuk generasinya akan
datang.

Tidak mustahil juga jika individu yang lahir dari keluarga yang miskin tidak mampu untuk
berkembang dengan baik, malah ada juga perkembangan mental mereka jauh lebih baik
daipada kanak-kanak yang lahir dari kelas atasan, jika semua faktor persekitaran dapat
dipenuhi dan faktor yang mengganggu proses pertimbuhan dan perkembangan dapat di elak.
Pendapat ini dapat diterangkan dengan lebih jelas lagi dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w
bersabda, yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu
bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi".

Dengan adanya proses yang teratur dan sistematik ini, corak pertumbuhan dapat diramal dan
jika terdapat gangguan pertumbuhan pada janin atau bayi dan kanak-kanak ianya dapat
dikesan lebih awal. Pemantauan bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang
sedang membesar dapat dikenalpasti agar bebas daripada sebarang permasalahan. Penting
juga kepada semua terutama ibubapa untuk mempunyai pengetahuan mengenai teori
perkembangan manusia supaya dapat memberikan penjagaan rapi dari segi pemakanan dan
kesihatan yang teliti. Pengesanan lebih awal tersebut akan dapat membantu merawat punca
penyakit jika didapati terdapat gangguan semasa proses pertumbuhan dan perkembangan
tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih maka ibubapa perlu mendapatkan
khidmat nasihat dan rawatan susulan supaya gangguan rersebut akan dapat diatasi dan proses
pertumbuhan dan perkembangan selari dengan kematangan otak sekaligus kanak-kanak dapat
menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat melahirkan generasi yang mantap dari segi
pemikiran, emosi dan jasmani dan sosial.

11
Penutup

Perkembangan dalam satu bidang akan mempengaruhi perkembangan dalam bidang yang
lain. Umpamanya, perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan
kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya,
meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa
atau nenek moyangnya. Jika seorang kanak-kanak mempunyai kecerdasan visual yang
diwarisi daripada ibubapanya dan diberi peluang untuk berkomunikasi dan bebas
mengembangkan potensinya, ini membolehkan perkembangan kemahiran motor kasar kepada
motor halus semakin baik, kanak-kanak yang mewarisi bakat semulajadi daripada ibubapanya
dalam bidang melukis akan dapat mengahsilkan lukisan yang cantik

Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah
mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak, strategi pendidikan dan
strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan
perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita-citakan. Untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan
yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam
lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini, ciri
-ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai
kecemerlangan.

Rujukan
1. Shahrol Lail Sujak, 2005. Hayat Manusia : Perwatakan Seorang Manusia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Jamilah Jamalidin, 2002. Perkembangan Manusia dari Janin ke Dewasa: Faktor
Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

12
3. Atan Long, 1978, Psikologi Pendidikan: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-
kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Rahil Mahyuddin & Habibah Elias,2002. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan :
Pengaruh Perwarisan dan Persekitaran. Selangor: Karisma Publications.
5. Lester D. Crow & Alice Crow diterjemah oleh Habibah bt. Elias, Psikologi
Pendidikan untuk perguruan: pertumbuhan dan perkembangan, Kuala
Lumpur, dewan bahasa dan pustaka.
6. http://www.scribd.com/doc/13829674/PENGENALAN-PKK
7. http://www.scribd.com/doc/14163533/TEORI-PERKEMBANGAN-KANAK
8. http://www.scribd.com/doc/17888356/kajian-perkembangan-kanakkanak
9. http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm
10. http://books.google.com.my/books?id=nAVqCBb-
dFsC&pg=PA59&dq=faktor+baka+dalam+perkembangan+manusia&lr=#v=onepage
&q=faktor%20baka%20dalam%20perkembangan%20manusia&f=false
11. http://www.hemofilia.or.id/keturunan.php

13

You might also like