You are on page 1of 17

KATA MAJMUK

DISEDIAKAN OLEH :
NAZIRUL AMIN BIN AZMI

2 FEBUARI 2010
PENGENALAN :
∞ kata majmuk merupakan suatu proses menggabungkan
dua kata dasar atau lebih menjadi satu rangkai kata
yang memberi makna.
∞ Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan.
∞ Contohnya : kerusi malas; (kata majmuk-
tiada unsur penyisipan)
pinggan mangkuk ; (bukan kata majmuk-
unsur penyisipan dan)
PEMBAHAGIAN KATA
MAJMUK :
1) Bentuk yang telah mantap
2) Penggandaan Kata Majmuk
3) Pengimbuhan kata majmuk
JENIS-JENIS KATA MAJMUK
1. Kata majmuk yang terdiri
daripada rangkaian kata bebas
 Contohnya : biru laut , gambar rajah ,alat tulis,
bandar raya, jam tangan, meja tulis, air hujan,
terima kasih, bom tangan, d.s.b….
2) Kata majmuk yang digunakan
sebagai gelaran
 Contohnya : Perdana Menteri
Ketua Menteri
Naib Canselor
Duta Besar
Raja Muda
Penolong Pendaftar
Pemangku Raja
3) Kata majmuk yang terdiri
daripada istilah khusus
 Contohnya :model linear
lesung sendi
cari gali
segi tiga
reka bentuk
atur cara
batu kapur
kertas kerja
4) Kata majmuk yang mendukung
maksud kiasan; simpulan bahasa
 Contohnya : kaki ayam
makan angin
pilih kasih
buah hati
duit kopi
bulan madu
manis mulut
anak emas
CIRI-CIRI KATA MAJMUK
1) Bentuk yang telah mantap
 Terdapat beberapa jenis kata majmuk yang telah
mantap penggunaannya, walaupun kata majmuk
itu terdiri daripada dua kata dasar.
 Kata majmuk ini dieja bercantum menjadi satu
perkataan.
Contoh-contoh kata majmuk yang
telah mantap
1. Antara bangsa antarabangsa
2. Beri tahu beritahu
3. Suka rela sukarela
4. Bumi putera bumiputera
5. Suruhan jaya suruhanjaya
6. Olah raga olahraga
7. Kerja sama kerjasama
8. Warga negara warganegara
PERHATIAN
 Terdapat sebilangan kata yang bukan terdiri
daripada kata majmuk tetapi seakan-akan
ejaannya menyerupai kata majmuk dan dieja
bercantum.
Contohnya
1) Kata nama Peribadi , dinihari, peribahasa, perikemanusiaan,

2) Kata adjektif Sukacita, dukacita

3) Kata sendi nama Kepada, daripada

4) Kata hubung Apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali,


kadangkala, apakala, walhal

5) Kata tanya Bagaimana, kenapa


2) Penggandaan kata majmuk
§ Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
alat-alat tulis balai-balai raya

suku-suku kata jirim-jirim organik

Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar

garis-garis pusat model-model linear

Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri

kapal-kapal terbang gambar-gambar rajah


Pengecualian kata majmuk yang
telah mantap
 kata majmuk yang telah mantap penggunaanya
dieja secara keseluruhannya sekiranya perkataan
itu menunjukkan gandaaan.
contohnya:
1. Pesuruhjaya-pesuruhjaya
2. Warganegara-warganegara
3. Tandatangan-tandatangan
4. Jawatankuasa-jawatankuasa
5. Setiausaha-setiausaha
3) Pengimbuhan kata majmuk

(i) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang


merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah.
contohnya :
campur aduk bercampur aduk temu bual
menemu bual
daya serapan daya serapan
(ii) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan apitan, ejaanya menjadi bercantum.
Contohnya :

i. campur aduk mencampuradukkan


ii. daya serap kedayaserapan
iii. garis kasar menggariskasarkan
iv. satu padu menyatupadukan
v. urus niaga diurusniagakan

You might also like