You are on page 1of 71

BAB 5

METODOLOGI KAJIAN

5.1 Pengenalan

Oxford Compact English Dictionary mendefinisikan kajian sebagai “the


systematic investigation into and study of materials, and sources, in order to
establish facts and reach new conclusions” (ODEC, 1996). Graziano dan Raulin
(1996) mendifinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang
sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Brew (2001) telah
menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud kajian
itu sendiri, iaitu:

 Kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya kepada umum


 Kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu
 Kajian merupakan suatu proses sistematik kajian, kepentingan umumnya
yang mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk serta
memandu bidang akademik dan/atau praktis
 Kajian adalah mengenai ilmu lanjutan dan pemahaman
108

Graziano dan Raulin (1996) telah mengkategorikan beberapa fasa bagi kajian
sesuatu penyelidikan ke dalam jadual yang mana konsep fasa bagi kajian
membekalkan model konseptual satu dimensi. Merujuk kepada Jadual 5.1, kajian
bermula dengan idea, dan alirannya melalui fasa yang berturut-turut bertindih di
dalam proses penyelidikan. Setiap fasa mengandungi sifatnya tersendiri, tugasan
yang berbeza disempurnakan pada setiap penyediaan fasa seterusnya.

Jadual 5.1 : Fasa kajian penyelidikan (Sumber : Graziano dan Raulin, 1996)

Fasa janaan idea Mengenalpasti kecenderungan topik kajian


Fasa pendefinisian masalah Memperhalusi idea yang tidak jelas dan umum yang dijana
pada langkah sebelumnya kepada soalan-soalan yang teliti
untuk dikaji
Fasa rekabentuk prosedur Memutuskan setiap prosedur spesifik yang akan digunakan
di dalam pengumpulan dan analisis statistikal data
Fasa pemerhatian Kumpul data pemerhatian daripada subjek kajian
Fasa analisis data Analisa data yang dikumpul menggunakan prosedur
statistikal yang sesuai
Fasa interpretasi Bandingkan keputusan yang yang didapati dengan yang
diramal melalui asas teori (adakah keputusan menyokong
teori?)
Fasa komunikasi Sediakan laporan bertulis atau oral terhadap kajian yang
dijalankan

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi


melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi
melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Secara umumya,
Fielding dan Schreier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis
metodologi kajian iaitu:
109

(i) Kajian kuantitatif


• Merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenalpasti
yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah
oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa
menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000).
• Kaedah kajian kuantitatif yang biasa ialah kajian eksperimental dan
kajian tinjauan (Fellows dan Liu, 1997).
(ii) Kajian kualitatif
• Menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk
pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi
manusia dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran
di mana mereka tinggal.
• Kajian kualitatif termasuklah kajian tindakan, kajian kes dan juga
kajian etnografi (Creswell, 1994).
(iii) Kaedah hybrid
• Kaedah kajian integrasi antara kaedah kajian kuantitatif dan keadah
kajian kualitatif.

5.2 Metodologi Projek

Metodologi boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang sistematik


bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi
pengaturcaraan. Sebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang
digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Terdapat beberapa
jenis metodologi pembangunan yang boleh digunakan dalam membangunkan
sesebuah aplikasi sistem. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah bersesuaian
dengan projek yang akan dibangunkan.
110

5.2.1 Pengenalan

Metodologi yang dipilih untuk melaksanakan projek ini ialah metodologi


prototaip. Proses prototaip terdiri daripada proses melaksanakan sistem percubaan
dengan cepat dan murah untuk dinilai oleh pengguna akhir. Prototaip merupakan
versi awal bagi sesuatu aplikasi sistem dan akan menjadi sumber awal bagi sesuatu
sistem. Pendekatan ini melibatkan proses memperincikan hasil awalan secara iteratif
iaitu satu proses yang mengulang langkah-langkah dalam pembangunan sesebuah
aturcara beberapa kali sehingga ia memenuhi keperluan pengguna. Pendekatan ini
makin popular dan diiktiraf sebagai satu kaedah pembangunan sistem yang efektif.

5.2.2 Pendekatan Metodologi

Terdapat dua jenis pendekatan metodologi prototaip iaitu Prototaip Evolusi


dan Prototaip Keperluan / Siap Buang. Di dalam tesis ini, hanya akan ditekankan
terhadap aplikasi Prototaip Evolusi sahaja.

5.2.2.1 Prototaip Evolusi

Prototaip Evolusi merupakan metodologi pembangunan aplikasi sistem yang


boleh direalisasikan dengan lengkap. Ia menggunakan teknik dan alat bantu yang
sama seperti prototaip keperluan, kecuali ia tidak akan dibuang, malah ia akan
menjadi aplikasi sistem yang sebenar. Objektif pendekatan ini ialah untuk
menghasilkan satu sistem yang berfungsi kepada pengguna akhir. Bermula dengan
111

keperluan pengguna yang difahami dengan jelas, prototaip dibina dan dinilai
sehingga spesifikasinya dipenuhi sebelum diimplementasikan sebagai aplikasi akhir.
Fasa-fasa yang terlibat ialah ditunjukkan seperti di dalam Rajah 5.1 di bawah.

(i) Kenalpasti keperluan utama


 Dalam menghasilkan projek ini keperluan utama yang diperlukan
adalah suatu Intelligent Decision Support System (DSS) bagi pemilihan
kontraktor binaan. Ia dibangunkan dengan menggunakan beberapa
perisian seperti Visual Basic 6.0, Expert Choice dan sebagainya.
(ii) Bangunkan prototaip
 Sistem yang terdapat di dalam DSS.
(iii) Kajisemula prototaip bersama pengguna
 Selepas prototaip dibangunkan, kajian semula adalah perlu bagi
memastikan DSS yang akan dihasilkan memenuhi kehendak pengguna.

Kenalpasti
keperluan utama

Bangunkan
prototaip

Kaji semula prototaip


bersama pengguna

Prototai tidak Baiki dan


p ubahsuai
diterim keperluan
a?

ya

Bina aplikasi
sitem terakhir
(sistem sebenar)
112

Rajah 5.1 : Carta alir prototaip evolusi


(iv) Baiki dan ubahsuai keperluan
 Jika sistem yang dihasilkan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan,
perhatian yang sewajarnya perlu bagi tindakan untuk mengubahsuai
prototaip yang telah dihasilkan sebelum ini. Sebarang kesalahan akan
diperbetulkan dan dibuat pemantauan dari masa ke semasa.
(v) Bina sistem yang terakhir
 Jika semua pihak telah berpuashati dengan prototaip yang
dicadangkan, maka DSS dihasilkan akan disebarkankan dan sedia
digunakan oleh klien.

5.2.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi

Pemilihan metodologi dibuat selepas menganalisa kelebihan dan


kelemahannya untuk digunakan sebagai metodologi bagi projek ini. Metodologi
prototaip evolusi dipilih bagi membangunkan projek ini kerana memenuhi keadaan-
keadaan berikut:

(i) Menyokong pembangunan Decision Support System yang memerlukan


spesifikasi yang terperinci. Oleh itu, ia amat bersesuaian dengan
pembangunan suatu sistem bijak (intelligent system). Penilaian pengguna
ke atas prototaip dari masa ke semasa akan menjelaskan aspek-aspek
yang perlu diberi perhatian agar sistem yang akan dibangunkan mampu
memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.
(ii) Meningkatkan penglibatan dan komitmen pengguna serta dapat
memperbaiki kualiti sistem yang dikehendaki kerana pengguna dapat
memberikan maklumbalas yang cepat apabila berinteraksi dengan
pembangun sistem itu sendiri.
113

(iii) Dapat menjimatkan kos pembangunan kerana pengguna terlibat dalam


versi prototaip yang dibina, maka sistem yang terhasil dapat memenuhi
keperluan pengguna dan ralat dalam sesebuah sistem dapat dikesan pada
peringkat awal kerana pengguna lebih arif apa yang mereka perlukan.
(iv) Sistem yang dihasilkan jarang mengalami risiko kegagalan dan tidak
memerlukan pengemaskinian yang banyak kerana sebarang kesalahan
dapat dikesan dengan cepat kerana pengguna memahami apa yang
diperlukan dalam sistem tersebut.

5.3 Perancangan Projek

Sebelum perlaksanaan sesebuah projek, satu perancangan gerak kerja harus


dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
Tanpa perancangan yang teliti, pelbagai masalah akan timbul seperti melebihi
tempoh masa yang ditetapkan, melebihi kos atau tidak memenuhi kehendak
pengguna. Dari itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah kajian
tentang kesesuaian metodologi yang dipilih, perkakasan serta perisian yang terlibat.
Bagi mencapai objektif dalam kajian yang telahpun dikenalpasti, terdapat beberapa
metodologi kajian yang telah digunakan.

√ Membuat kajian literatur dalam bidang subjek yang terlibat bagi menyokong
aspek teori.
√ Mendapatkan maklumat tambahan daripada JKR Negeri Johor dan MBJB
mengenai proses / fasa pembinaan yang terlibat terutamanya proses
penenderan yang dipraktiskan..
√ Membuat beberapa siri temubual dengan pegawai dari JKR Negeri Johor,
MBJB dan dari firma yang terlibat dalam industri pembinaan bagi
mendapatkan gambaran realiti keadaan semasa dalam industri pembinaan
dan juga mendapatkan pendapat mereka serta pengalaman dalam subjek yang
terlibat.
114

√ Mencari maklumat secara online untuk mendapatkan maklumat dan bahan


sama ada secara email atau explorasi Internet.

Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah amat penting bagi


memastikan projek yang ingin dibangunkan dapat disiapkan dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Bagi membangunkan dan melancarkan pembangunan aplikasi DSS
secara terancang, perancangan projek dibahagikan kepada beberapa fasa utama yang
telah dikenalpasti dalam menjayakan kajian. Rajah 5.2 di bawah menunjukkan fasa-
fasa yang terlibat di dalam keseluruhan pembangunan kajian.

F1

F2
Factors of
Literature F
Tender
Review
Evaluation F3

F4

Knowledge Interview the


Acquisition Questionnaire F’
Experts
Phase

Distribute to All Respondent Yes

Analysis of Need
Feedback Results Refinement
of Result?

No
Modelling
Phase
Refinement Rapid
of System Prototyping

Yes

Evaluation Improvement
Testing
Phase Needed?

No

Dissemination Contractors Tender


Phase Evaluation System

Rajah 5.2 : Aliran fasa yang terlibat dalam pembangunan kajian

Dalam fasa yang pertama iaitu Knowledge Acquisition Phase, satu kajian
literatur berkenaan faktor penilaian tender dijalankan melalui bacaan-bacaan
115

daripada jurnal, majalah, buku ilmiah, rujukan tesis yang lepas dan daripada
maklumat internet. Daripada beberapa faktor yang diperolehi daripada bahan bacaan
tersebut (rujuk Rajah 5.2 sebagai F1, F2, F3 dan F4 yang dirujuk sebagai sub-faktor),
satu gabungan faktor yang dikenali sebagai faktor utama penilaian tender akan
disimulasikan yang merangkumi semua aspek-aspek penting tentang tajuk yang
berkaitan yang disimbolkan dengan F.

Dalam pada masa yang sama, pilot study akan dilakukan bagi memastikan
bahawa faktor-faktor yang telah diperhalusi itu akan merangkumi semua faktor-
faktor penilaian tender yang sepatutnya. Kesimpulan daripada hasil yang diperolehi
kemudiannya dirujuk kepada pakar yang terdiri daripada panel penilai tender dari
JKR serta penguasa tempatan supaya faktor yang dikemukakan itu boleh digunapakai
dan relevan dalam praktis semasa di Malaysia. Segala pandangan dan komen pakar
tersebut akan diambil kira untuk menghasilkan suatu keputusan yang baru yang telah
diubahsuai dikenali sebagai F’.

Faktor ubahsuai yang muktamad akan digunapakai dalam merangka dan


menghasilkan satu senarai soalselidik. Soalselidik ini juga akan dirujuk kepada
pakar bagi memastikan soalan-soalan yang dibentuk bertepatan dengan faktor-faktor
yang disenaraikan. Sekiranya perlu diperbaiki, senarai soalselidik itu akan disemak
dan dibentuk semula bagi tujuan penyemakan yang seterusnya. Proses ini dilakukan
beberapa kali sehingga suatu senarai soalselidik yang muktamad dan telus diperolehi.

Langkah seterusnya, kajian soalselidik ini dihantar kepada responden yang


telah dikenalpasti untuk mendapatkan maklumbalas tentang soalan yang diajukan
yang melibatkan enam penguasa tempatan utama di Johor iaitu Majlis Bandaraya
Johor Bahru, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis
Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Majlis
Perbandaran Kulai. Proses ini akan mengambil masa yang agak panjang bagi
memastikan semua responden telah memberikan jawapan yang dikehendaki dan
lengkap bagi tujuan analisis keputusan. Setelah semua hasil jawapan dikumpul,
116

penyemakan dan menganalisa keputusan dilakukan. Dalam proses ini, pelbagai cara
boleh diaplikasikan dan kebiasaannya analisa statistik dilakukan bagi memperolehi
jawapan yang lebih bersistematik. Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak
bertepatan dengan objektif kajian, proses penyemakan semula akan dilakukan iaitu
dengan merujuk semula kepada pakar di penguasa tempatan untuk memperbaiki dan
mengubahsuai faktor penilaian tender atau senarai soalselidik tersebut supaya
keputusan yang lebih baik dan jitu akan diperolehi.

Dalam proses menganalisa keputusan, semua parameter hasil daripada kajian


soalselidik yang telah dilakukan akan dikenalpasti serta disusun mengikut senarai
keutamaan dan mengikut faktor major yang telah dikenalpasti yang berkaitan.
Proses ini memerlukan penelitian yang tinggi untuk menghasilkan satu sistem
prototaip yang baik. Senarai yang disusun itu akan disemak dan diubah semula bagi
menghasilkan satu keputusan yang muktamad bagi meneruskan fasa permodelan.

Sekiranya keputusan daripada soal-selidik itu memuaskan, barulah fasa kedua


iaitu Modelling Phase dilaksanakan. Dalam fasa memodelkan keputusan, proses
yang terlibat melibatkan Prototyping yang mana dua proses penilaian akan
dilaksanakan di dalam fasa ini yang melibatkan penilaian secara formatif serta
summative. Peringkat formative dijalankan secara berterusan semasa proses
pembangunana prototaip dilakukan. Segala kemajuan akan sentiasa dirujuk kepada
pakar, di dalam konteks ini adalah panel penilai tender bagi mempertingkatkan,
menyemak, mengemaskini dan menilai pembangunan prototaip semasa. Peringkat
penilaian summative pula melibatkan penilaian sistem prototaip selepas proses
pembangunan. Beberapa pakar dari pihak JKR serta penguasa tempatan akan
dijemput untuk memberi pandangan mereka tentang hasil prototaip. Komen serta
cadangan akan diambil perhatian dan beberapa ubahsuai akan dilakukan bagi
mempertingkatkan lagi sistem prototaip sehinggalah prototaip yang dihasilkan
memenuhi kriteria dan memberi kepuasan kepada pihak penguasa tempatan.
117

5.4 Perolehan Maklumat (KA)

Pengekstrakan maklumat yang betul pada masa yang sesuai adalah penting
dalam sebarang projek kajian. Tambahan pula, penyelidik secara umumnya mencari
teknik perolehan maklumat secara inovatif bagi meyakinkan usaha kajian dengan
desakan kesuntukan masa serta kekurangan sumber.

Ramai penyelidik berhempas-pulas dengan masalah pemilihan kaedah yang


sesuai bagi menjawab soalan kajian yang mereka cuba kaji. Walaupun selepas
menentukan topik bagi kajian dan mengenalpasti kaedah kajian, memformulasi
rangkakerja perolehan maklumat yang sesuai sangat penting dalam sebarang projek
kajian terutamanya yang mempunyai hubungan dengan topik pengurusan, seperti
pengurusan pembinaan. Perolehan maklumat diperlukan bukan sahaja untuk
mengekstrak dan menggabungkan maklumat daripada sumber-sumber explicit yang
didokumenkan, tetapi juga untuk mengeluarkan dan menghalusi ilmu daripada pakar
yang berpengalaman. Seperti juga di dalam bidang lain, penyelidik di dalam
lapangan pengurusan pembinaan juga berdepan dengan cabaran mempertimbangkan
maklumat pengenalpastian, pembetulan dan penyulingan maklumat yang relevan
daripada pelbagai penerbitan yang berkembang cepat, ilmuan serta sumber-sumber
lain, seperti internet.

Kebanyakan aktiviti penyelidikan dalam pengurusan pembinaan


membataskan kepada sempadan domestik, negara dan budaya disebabkan oleh
peningkatan yang signifikan bersama perisai teknologi serta peningkatan trend
globalisasi. Loosemore (1999) membangkitkan secara relatif aktiviti penyelidikan
yang rendah tahapnya di dalam pengurusan pembinaan merentasi sempadan negara.
Menurut Palaneeswaran (2003) alasan untuk ini boleh didasarkan daripada pelbagai
faktor yang menyumbang, seperti:
118

√ Kekurangan ilmu dalam menggunakan landasan perolehan ilmu yang moden


√ Keengganan untuk berubah/belajar, terutamanya di dalam konteks sumber
kurang relevan dalam senario tempatan
√ Desakan sumber (kos, masa dan kemudahan lain)
√ Kekurangan model yang relevan bagi perolehan maklumat berstruktur
√ Kekurangan ilmu berkenaan sumber maklumat

Fasa KA yang sempurna melibatkan mengekstrak, menstruktur dan


mengorganisasi maklumat daripada satu atau lebih sumber. Maklumat daripada
pakar perlu diekstrak dan diwakilkan dalam satu bentuk yang boleh ditinjau yang
menghasilkan model konseptual. Oleh kerana pakar tidak secara explicit sedar
konsep yang diutarakan, fasa ini boleh melibatkan perbincangan dan perundingan
yang mengambil masa yang sangat panjang.

Menurut Welbank (1983), kaedah yang paling biasa dalam mencari fakta
dalam sebarang kajian adalah melalui pemantauan dan pensampelan daripada rekod
sedia ada, temubual atau perbincangan berkumpulan, serta soalselidik. Semua
kaedah ini terdapat dalam fasa perolehan maklumat, walaupun, sebagaimana kita
boleh lihat, perlunya lebih daripada satu kaedah di dalam satu-satu kajian. T erdapat
banyak kaedah bagi KA. Maklumat boleh diperoleh secara langsung daripada pakar,
melalui persoalan ringkas dalam suatu cara yang explicit, ia mungkin juga diperolehi
secara tidak langsung daripada pemerhatian atau melalui sumber-sumber kepakaran
yang lain seperti manual latihan, atau boleh juga diperolehi melalui gabungan teknik-
teknik yang berkenaan dan bersesuaian. G. C. Helmstadler (1970) telah melabelkan
kaedah biasa bagi perolehan ilmu sebagai:
119

 Tenasiti – kesanggupan untuk menerima idea sebagai ilmu yang sahih kerana
idea berkenaan telahpun diterima sekian lama atau selalu diulang yang mana
terdapatnya aura bagi kebenaran yang tidak dapat dipersoal.
 Intuisi – tanpa sebarang usaha intelectual atau penglibatan proses yang
melibatkan pancaindera tetapi disebabkan persepsi atau naluri individu.
 Autoriti – penerimaan sesuatu idea sebagai ilmu sahih disebabkan sumber
yang dihormati dan dipercayai seperti penulisan keagamaan dan sebagainya
yang didakwa sebagai sahih.
 Rationalism – cara pemikiran yang mana ilmu dibangunkan melalui proses
kewarasan sahaja, maklumat dinyatakan secara berhati-hati dan diikuti oleh
peraturan logikal bagi menyampaikan kesimpulan yang boleh diterima.
 Empiricism – cara peningkatan ilmu melalui pemerhatian terhadap kejadian
yang sebenar iaitu diketahui melalui pengalaman yang dialami melalui
pancaindera.
 Sains – penggabungan elemen rationalism dan empiricism, mengadaptasi
logik rasional dan memeriksa setiap langkah melalui pemerhatian empirikal.

Analisis sistem adalah aktiviti yang lebih mudah berbanding KA. Di dalam
analisis sistem, jenis maklumat yang diperlukan adalah jelas. Seseorang pakar di
dalam sesuatu bidang tidak hanya seorang yang tahu banyak fakta dan prosedur.
Melalui bertahun-tahun pengalaman yang diperolehi tidak keterlaluan jika dikatakan
keputusan yang bijak dan tepat dapat dilakukan walau dalam apa situasi apapun.
Sesetengah ilmu yang diperolehi daripada pengalaman terdahulu, tidak dapat dicari
di dalam buku ataupun di dalam set peraturan prosedur sekalipun. Biasanya, orang
yang berpengalaman membuat justifikasi berdasarkan intuisi atau naluri, di mana
untuk membuat sesuatu keputusan atau justifikasi tidak memerlukan pernyataan
secara explicit.

KA akan melibatkan banyak masa diluangkan untuk perbincangan dan


berhujah. Kuputusan perlulah direkod, dan kesimpulan atau model yang dibangunkan
perlulah dipersetujui oleh pakar. Ini memerlukan penggunaan yang efektif dalam
120

percakapan serta perkataan yang ditulis, perwakilan yang diagramatik dan


interpretasi gerak bahasa. Komunikasi yang lemah akan menyebabkan perolehan
maklumat yang kurang berkesan dan tidak meyakinkan.

Penyelidik yang membuat KA perlu melalui proses pembelajaran secara


berterusan. Apabila membuat sesuatu tugas, penyelidik perlu bersedia untuk
mempelajari suatu domain ilmu yang baru, dan cukup memahami terminologi serta
prinsip bagi melicinkan proses perbincangan dengan pakar yang diperakukan.
Penyelidik perlu sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang memerlukannya
menguasai ilmu di dalam sesuatu subjek seperti logik formal, teori kebarangkalian
dan psikologi, dan berkebolehan menghargai kerelevanan pemkembangan di dalam
subjek-subjek berkenaan. Penyelidik juga perlu berfikiran terbuka dan mampu
mengelesaikan masalah dalam situasi dan cara yang berbeza.

Apa yang diperlukan di dalam KA merupakan suatu huraian yang lengkap


dan tepat daripada pakar yang menyampaikan maklumat, dan dengan cara bagaimana
maklumat berkenaan diuruskan, di dalam ruangan kepakaran yang spesifik yang
dikaji. Butir-butir yang sebenar apa yang terlibat sangat bergantung kepada domain
maklumat, jadi tiada huraian yang tetap dan muktamat dapat diberi. Pada suatu
peringkat yang simplistik maklumat berkenaan boleh dianggap sebagai fakta atau
peraturan, tetapi di dalam praktis ia adalah terlalu simplistik walhal ilmu adalah lebih
kompleks, melibatkan andaian dan cabaran kepada kepercayaan. Ia merupakan cara
bagaimana pakar menguruskan, mengawal dan memanipulasi ilmu serta yang
penting juga adalah bagaimana pakar mengurus dengan ketidaklengkapan dan
ketidaktentuan.

Di dalam perolehan maklumat, penyelidik perlu mempunyai kepercayaan


terhadap faedah kajian yang dijalankan serta nilai keputusan yang diperolehi.
Penyelidik mempelajari tentang apa yang mungki serta apa yang bernilai di dalam
KA. Bagi seseorang pakar mengekalkan semangat dan kesanggupan bekerjasama,
beliau perlu melihat bahawa usahanya adalah produktif dan menguntungkan semua
121

pihak. Ini bermaksud bahawa pada peringkat awal lagi beliau perlu juga
mengutarakan pendapat mengenai tentatif keputusan atau model. Walaupun beliau
tidak bersetuju dengan model yang dicadangkan, pendapat dan kritikan membina
beliau perlu diambilkira, dan ini merupakan kaedah yang baik di dalam memperolehi
fakta, peraturan ataupun penerangan lanjut. Walaupun pakar mungkin akan terlupa
serta tertinggal maklumat-maklumat penting semasa sesi soaljawab, beliau akan
berasa jauh lebih mudah untuk mengkritik atau menilai suatu formulasi yang
diutarakan kepada beliau secara bebas. Cleal dan Heaton (1988) telah mengenalpasti
4 pengelasan bagi KA iaitu:

♦ Analisis teks – KA tanpa menggunakan bantuan pakar tetapi melalui


penggunaan buku-buku teks dan manual sahaja.
♦ Analisis temubual – menghendaki penyelidik mempelajari protokol verbal /
lisan, respon soalselidik dan sebagainya dengan mendapatkan maklumat
secara langsung daripada pakar.
♦ Analisis kelakuan – memerlukan penyelidik untuk membuat kajian
pemerhatian seperti menjalankan penggambaran filem ke atas pakar. Secara
umumnya, adalah tidak mencukupi jika hanya membuat pemerhatian
terhadap kelakuan atau prestasi pakar tetapi juga memerlukan perbicaraan
lisan dan penerangan bagi sesuatu keputusan.
♦ Induksi mesin – melalui penggantian KA dengan tugas yang kurang rumit
dengan mengumpulkan sejarah kes. Bagaimanapun, terdapat had bagi teknik
ini. Kaedah ini tidak akan dibincangkan dengan lanjut disebabkan
ketidaksesuaian dengan praktis pengurusan pembinaan.

Analisis teks
122

Melalui kaedah ini, penyelidik perlu mengasimilasi maklumat melalui cara


yang rumit. Sekiranya analisis teks merupakan sumber utama maklumat, penyelidik
perlu menyelesaikan masalah dan dilema tanpa sebarang rujukan kepada pakar
luaran. Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin tidak meyakinkan dan tidak
menyokong faktor praktikal. Ini memungkinkan penyelidik menemui kesukaran
untuk membuat penilaian dan mungkin tidak menyedari kebanyakan masalah domain
yang timbul. Tambahan lagi, secara umumnya kaedah ini memerlukan penyelidik
untuk menjadi pakar di dalam suatu domain yang mana pakar yang sebenar lebih
mengetahui mengenainya.

Masalah bagi penggunaan analisis teks melalui penggabungan dengan teknik


lain adalah penyelidik mungkin akan mula memperoleh sesetengah ciri-ciri pakar
tanpa mempunyai pemahaman yang sesuai tentang kepakarannya. Hasil yang positif
ialah apabila penyelidik dan pakar berupaya menggunakan bahasa yang sama dan
saling memahami di dalam menghuraikan masalah.

Menurut Cleal dan Heaton (1988), sekiranya analisis teks digunakan semasa
fasa permulaan KA sebagai jalan ke arah ‘mendidik’ penyelidik, penyelidik
kemudiannya akan berupaya berbual dengan pakar di dalam bahasa yang seiring
tetapi mungkin penyelidik akan memikirkan maksud sesuatu benda tetapi pakar pula
menggunakannya di dalam cara yang berlainan. Kesukaran simantik kerap berlaku
semasa proses KA dan hanya boleh ditangani dengan menuntut pakar untuk
menerangkan segala keraguandan diikuti dengan proses rekabentuk iteratif yang
mana memerlukan pakar untuk memberi komen terhadap setiap peraturan, prosedur,
praktis konvensional, prestasi sistem dan sebagainya.

Analisis Temubual
123

Analisis temubual adalam teknik explicit KA. Ia memerlukan penyelidik


untuk berinteraksi dengan pakar. Teknik explicit bergantung kepada domain pakar
yang memberitahu penyelidik tentang ilmu yang dikehendaki melalui cara yang
komprehensif dan boleh difahami. Bertanyakan pakar mengenai kepakaran mereka
mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ia mudah diinterpretasi. Menyediakan
soalselidik yang telah direkabentuk dengan baik, ia lebih mudah untuk dianalisa dan
menterjemahkan maklumat berkenaan. Walaubagaimanapun, terdapat juga
kelemahan berkaitan analisis temubual, antaranya, penyelidik perlu tahu soalan
bagaimana yang perlu ditanya. Ini akan menjadi rumit sekiranya penyelidik
mempunyai ilmu yang sedikit di dalam kepakaran yang perlu dikaji. Kemudian,
sekiranya soalselidik adalah terlalu terhad atau terbatas terhadap jawapan yang
dibenarkan, penyelidik mungkin akan terlepas maklumat yang mana sangat penting
atau tertinggal beberapa parameter yang mana dipraktiskan oleh pakar di dalam
kepakarannya. Penyelidik perlu menentukan tentang maklumat bagaimana
diperlukan dan juda memutuskan bagaimana maklumat berkenaan akan dianalisa
sebelum membuat soalselidik. Soalselidik berkenaan perlulah jelas dan tidak berat
sebelah.

Masih terdapat beberapa masalah penyelidik perlu titikberatkan. Pendekatan


pertama untuk mengelakkan masalah berkenaan adalah dengan lebih bertanyakan
soalan yang terbuka dan tidak terhad. Soalselidik yang secara primernya adalah
soalan terbuka akan menghasilkan lebih banyak data, di dalam cara yang kurang
berstruktur tetapi munasabah. Bagaimanapun, secara idealnya soalan sedemikian
akan menghasilkan data yang mana tidak mustahil untuk diinterpretasikan.

Teknik asas bagi kaedah analisis temubual adalah untuk mendefinisikan


daerah kecenderungan (bagi kes KA, aspek ilmu pakar dititikberatkan). Setelah
daerah kecenderungan digariskan secukupnya, ia perlu didefinisikan dalam terma
yang mengandungi domain. Secara tipikalnya, elemen yang dipilih bagi mewakili
domain perlu mengambilkira semua aspek di mana pakar fikir ianya adalah penting.
Penentuan elemen berkenaan memerlukan penyelidik untuk menemubual pakar,
mengkaji tugasan dan mempersetujui aspek-aspek pentingnya. Setelah domain telah
124

dihuraikan secukupnya dalam terma elemennya, pakar diperlukan untuk meletakkan


elemen berkenaan kepada pandangan dan persepsi beliau sendiri.

Analisis Kelakuan

Selain daripada menjalankan analisis temubual, penyelidik juga boleh


membuat analisis melalui pemerhatian. Teknik pemerhatian dan pemantauan boleh
dijalankan dalam pelbagai bentuk. Ini melibatkan memecahkan kelakuan pakar
secara mekanistik dan mengkaji setiap praktis yang dilakukan. Analisis juga boleh
dilakukan dengan lebih holistik, umpamanya merakamkan kelakuan pakar di dalam
video dan kemudian menentukan kepakaran beliau daripada pemerhatian.

Kelebihan teknik sebegini adalah penyelidik tidak akan terlepas atau


tertinggal sebarang perkara penting yang perlu diketahui dan dikaji. Ia dapat
menangkap perlaksanaan tugas oleh pakar dan boleh dilihat bahagian demi bahagian,
atau dengan pergerakan yang perlahan ataupun cara-cara lain mengikut kelapangan
masa penyelidik. Teknik ini tidak memerlukan pakar untuk mengulang tugas yang
sama berulang kali. Penyelidik boleh meneliti daerah yang berasingan dan
membandingkan apa yang pakar katakan dengan apa yang telah dilakukannya.
Dengan ini, jumlah masa pakar yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan
adalah pada tahap yang minimum.

Pemerhatian terhadap pakar memberi data yang berkualiti yang mana tidak
akan didapati dengan cara lain. Ia membekalkan sekurang-kurangnya satu contoh
bagaimana pakar mempraktikkan ilmunya bagi melaksanakan sesuatu tugas.
125

5.4.1 Tinjauan Soalselidik

Kekukuhan fakta teoritikal serta keyakinan di dalam penyelidikan serta


potensinya adalah sangat penting kepada bukan sahaja golongan professional di
dalam sesuatu bidang malahan juga masyarakat umum yang kebiasaannya merujuk
berdasarkan keputusan major terhadap bukti dan bukan menerima apa sahaja yang
dinyatakan tanpa ada sebarang cabaran terhadap polisi, fakta dan praktis
konvensional yang kukuh serta relevan. Keyakinan tersebut tidak akan berkembang
malahan tidak akan kekal sekiranya hasil penyelidikan dari masa ke semasa didapati
berdepan dengan kesalahan yang serius. Individu yang tidak terlatih ataupun cuai
sama ada di dalam bidang akademik mahupun sektor sosial atau perniagaan, boleh
menghasilkan keputusan yang mengelirukan. William A. Belson (1981) telah
menyenaraikan antara kesalahan ketara yang biasa dilakukan oleh penyelidik di
dalam membuat tinjauan, iaitu:

√ Menggunakan sampel yang sangat kecil bagi mewakili sampel yang umum
yang mempunyai skop yang besar
√ Menggunakan hanya respon oleh sukarelawan bagi mewakili hasil keputusan
secara umum dan bukan golongan ilmuan mahupun profesional
√ Penggunaan keputusan daripada tinjauan secara pos yang mana peratusan
mengembalikan soalselidik yang lengkap adalah sangat rendah
√ Menggunakan perwakilan sebagai populasi secara umum terhadap bukti
perbincangan berkumpulan
√ Bertanya soalan yang mana belum diuji bahawa ia mudah difahami
sebagaimana dimaksudkan
√ Bertanya maklumat yang sensitif dan terlalu bergantung kepada ingatan
memori melalui soalan yang tidak matang yang direkabentuk secara lewa
126

√ Menggunakan penemuduga yang tidak terlatih serta penyeliaan yang tidak


dilakukan dengan baik
√ Interpretasi terhadap keputusan numerikal sama ada tidak matang atau
terlampau kompleks

Penyelidik yang berpengalaman dan bijak yang memahami kedua-dua kaedah


metodologi serta saintifik tidak akan terperangkap di dalam kesalahan yang major
dan tidak memungkinkan mengheret pembuat keputusan terperangkap bersamanya.
Mengenalpasti kesalahan yang mungkin merupakan pendekatan yang realistik bagi
mengenalpasti jenis soalan yang mengelirukan serta tidak matang yang biasa berlaku
dan sebagai pertimbangan terhadap kelaziman pembohongan di sebalik kekeliruan
(William A. Belson, 1981).

Masalah yang perlu dititikberatkan oleh penyelidik semasa melakukan sesi


temubual ialah berkaitan dengan persepsi pakar mengenai nilai kajian yang
dijalankan. Sekiranya pakar merasakan terancam dan tidak bersedia untuk terdedah
dengan sistem kajian, kegagalan kajian mungkin akan berlaku. Salah satu kunci
kejayaan ialah adanya kerjasama sepenuhnya bagi kedua-dua pihak pengurusan dan
pakar yang terlibat. Mungkin sesetengah pakar akan melihat bahawa kajian sistem
adalah bagi menggantikan khidmatnya sebagai seorang pakar, lebih daripada
mengurangkan bebanan kerja dan memberi ruang kepada mereka untuk
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks, mecabar dan penting. Secara
umumnya, kajian sistem yang dijalankan disalahfaham oleh sesetengah profesional
kerana sistem yang diwujudkan adalah bagi membekalkan panduan lebih daripada
kepakaran. Adalah penting bagi pakar untuk mengenalpasti perkara sebegini dan
melihat sistem sebagai suatu bantuan daripada ancaman kepada mereka.

Kajian in menggunakan kaedah tinjauan soalselidik sebagai salah satu kaedah


mendapatkan maklumat bagi mendapatkan maklumat daripada mereka yang
berpengalaman bagi memenuhi salah satu objektif yang diutarakan iaitu
mengenalpasti prosedur di dalam pemilihan kontraktor pembinaan bagi projek-projek
kerajaan. Salah satu ciri soalselidik ini ialah soalan-soalan umum bagi temubual
127

tidak berstruktur dilaksanakan terlebih dahulu dikenali sebagai pilot study sebelum
peringkat temubual seterusnya iaitu temubual semi-struktur serta temubual
berstruktur dijalankan ke atas responden. Keputusan daripada soalselidik adalah
bersandarkan kepada gabungan pengalaman dan kebijaksanaan sepenuhnya dan
dipertimbangkan sangat penting dan berharga di dalam mempengaruhi hasil kajian.
5.4.2 Masalah Berkaitan Dengan KA

KA terdedah dengan beberapa masalah major yang boleh memberi kesan


terhadap fasa penyelidikan. Secara umunya masalah berkenaan boleh diinterpretasi
melalui bagaimana maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi daripada pakar serta
bagaimana maklumat berkenaan kemudiannya distruktur kepada suatu bentuk asas
maklumat yang sesuai dan relevan.

Kebiasaannya, penyelidik dimerlukan untuk berbincang dan menemubual


beberapa pakar bagi sesuatu praktis yang hampir sama. Ini akan menimbulkan
beberapa masalah. Biasanya, pakar akan mengemukakan praktis atau data yang agak
bertentangan antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan penyelidik menghadapi
resolusi konflik yang serius yang mana perlu diambil bagi mewakili apa yang
dikajinya. Kadangkala, maklumat yang berkonflik adalah hasil daripada maklumat
yang kabur. Ini perlu diselesaikan melalui mengutarakan kembali masalah yang
timbul dan menentukan alasan mengapa terjadinya konflik atau kekaburan.

Masalah lain melalui KA adalah persepsi pakar mengenai nilai kajian yang
akan dijalankan. Sekiranya pakar merasa terancam atau didedahkan dengan perkara
baru yang belum lagi dirasakan sesuai dipraktiskan, kemungkinan penyelidikan
berjaya adalah rendah. Salah satu kunci kejayaan bagi KA adalah kerjasama penuh
oleh kedua-dua pengurusan dan pakar yang terlibat.
128

Antara lain masalah major yang dihadapi semasa KA adalah menterjemahkan


perolehan maklumat kepada prosedur, peraturan dan praktis yang sesuai yang mana
boleh disesuaikan dan diinput ke dalam kajian yang dilakukan.

Salah satu cara bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan KA


adalah dengan mengadaptasi suatu pendekatan berstruktur. Cleal dan Heaton (1988)
melaporkan bahawa syarikat-syarikat seperti Scicon dan pusat sistem berasaskan
maklumat menekankan keperluan untuk membangunkan suatu spesifikasi formal.
Ini melibatkan pemantauan ke atas struktur tugas yang terlibat, kelas aktiviti fungsian
dan keperluan pengguna. Salah satu kelebihan yang didakwa daripada pendekatan
ini ialah ia membenarkan penyelidik untuk berurusan dengan pengkalan ilmu yang
lebih luas dan besar. Apa yang menjadi masalah bagi pendekatan ini adalah tiada
cara yang mudah bagi menentukan struktur ini.

Penyelesaian lain ialah dengan menyekat domain di bawah pertimbangan.


Sebagai contoh, pertimbangkan diagnosis kegagalan daripada menggunakan
permodelan. Kaedah ini akan mengurangkan banyak masalah berkaitan KA tetapi ia
membataskan aplikasi.

5.5 Decision Support System (DSS)

Decision Support System (DSS) merupakan sistem berasaskan komputer yang


menyediakan sokongan interaktif kepada pengguna semasa proses membuat
keputusan. Teknologi DSS adalah sangat relevan dengan setiap bidang industri
moden kini, daripada pandangan untuk mendapatkan keputusan yang lebih konsisten
dan meyakinkan. Selari dengan kemajuan teknologi, jumlah maklumat dan ilmu yang
perlu diuruskan oleh jurutera semakin meningkat. Ini membuatkan pencarian
terhadap teknologi komputer yang lebih maju untuk mencapai kebolehfungsian yang
129

lebih tinggi, fleksibeliti dan perlaksanaan yang lebih berkesan terhadap intelligent
system itu sendiri. Ilmu kejuruteraan adalah dipertimbangkan sebagai calon teknologi
primer untuk membina generasi baru intelligent system.

Idea bagi Intelligent Decision Support System (IDSS) semakin luas


diperdebatkan di serata tempat. Kita dapat memerhati banyak persidangan dan
bengkel melaporkan beberapa usaha penyelidikan dalam subjek berkenaan. Para
penyelidik adalah terdiri daripada pelbagai komuniti dalam lapangan yang pelbagai
seperti sains komputer, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan
awam, sains senibina dan sebagainya tetapi masih kita tidak dapat melihat halatuju
konsepnya, atau sekurang-kurangnya tiada konsep penerimaan konsep intelligent
system secara meluas.

DSS lebih cenderung kepada sistem perisian yang besar. Ini bermaksud
pelaburan yang besar dan pembangunan jangkamasa yang panjang. Demikian,
sistem yang cekap dan berkesan perlu dilengkapi dengan fleksibeliti sebagai
persediaan pembangunan teknologi masa depan dan penyesuaian umum terhadap
permasalahan yang mungkin akan timbul kelak pada masa hadapan.

Fenomena kegilaan teknologi maklumat telah mempengaruhi kebanyakan


penyelidik membangunkan IDSS. Penyelidik dalam pelbagai bidang telah mencuba
beberapa pendekatan bagi membangunkan model yang sesuai bagi menghuraikan
dan memformalkan masalah membuat keputusan yang kritikal. Mereka juga cuba
memetakan model berkenaan dalam program komputer dan kurang atau lebih telah
mengalihkan program mereka kepada keperluan dan kualiti otak manusia.

Kebanyakan sistem berasaskan komputer dilihat mempunyai peranan secara


pra-dominan dengan menyediakan keputusan yang dilihat logikal dan bersistem.
130

Demikian, ia dioperasikan sedemikian sebagai sama ada untuk mengesahkan


keputusan yang dikemukakan (bertindak dalam fasa analisis) atau untuk
menghasilkan maklumat untuk produksi (bertindak dalam fasa yang teratur).

Pembangunan teknik decision making berasaskan komputer masih, sehingga


sekarang, di atas suatu dasar yang sedikit demi sedikit diikuti dengan keperluan
spesifik kumpulan yang membangunkan. Proses ini, merencanakan penyelesaian
bagi keperluan yang khusus, harus dikenalpasti sebagai halatuju pembangunan
semulajadi dalam semua situasi kejuruteraan. Matlamat dalam aktiviti kejuruteraan
bukanlah sekadar mengikuti secara sistematik melalui proses decision making
dengan mengubah setiap fasa pada satu-satu masa ke dalam prosedur berasaskan
komputer. Pembangunan dimulakan dalam daerah yang mempunyai keperluan yang
tinggi atau yang mempunyai justifikasi yang lebih mudah. Teknik keratan-keratan
faktor penilaian ke atas keputusan telah dibangunkan, tiada dasar yang umum, tetapi
semua kewujudannya adalah di bawah satu objektif dan matlamat yang khusus.

Jika teknik yang sedia ada (atau program sedia ada) dikategorikan di bawah
satu objektif dan matlamat yang khusus, peranannya di dalam lingkungan proses
membuat keputusan yang meliputi setiap aspek menjadi jelas. Ia juga membantu
untuk menjelaskan bidang penilaian di mana telahpun berjaya dikomputerkan dan
bidang yang berkenaan yang telah diabaikan. Teknik pengumpulan dalam IDSS
membenarkan pengguna yang berpotensi untuk memilih atau mengumpulkan
maklumat yang relevan, daripada yang disenaraikan yang mana akan memberi
kesesuaian kepada keperluannya kelak melalui keputusan yang dihasilkan.

Kepentingan IDSS kepada dunia pengkomputeran khususnya dalam bidang


kejuruteraan awam, seni bina dan sebagainya tidak dapat disangkal lagi. IDSS dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam setiap keputusan yang dihasilkan.
131

Berikut merupakan beberapa kepentingan IDSS yang dirasakan bertepatan dengan


objektif pembangunannya.

√ Memendekkan masa penghasilan sesuatu keputusan


√ Mengurangkan kesalahan membuat keputusan
√ Menjadikan pengurusan terhadap keputusan tenaga kerja lebih efektif
√ Membantu inisiatif R&D yang lebih bermakna disebabkan integrasi dengan
amalan produksi semasa
√ Membawa kepada perubahan / pindaan yang lebih mudah bagi pengguna
√ Menyediakan lebih potensi penggunaan komputer dalam kehidupan seharian
√ Membantu memastikan keputusan yang sesuai, lebih telus, meyakinkan dan
relevan daripada teknik manual yang dipraktiskan sekarang yang kurang
meyakinkan
√ Membantu dalam melengkapi input yang lebih kepada pengguna kepada
keputusan yang dibuat
√ Mengurangkan tenaga kerja pengurusan dan kejuruteraan
√ Menyediakan analisis fungsi yang lebih baik bagi mengurangkan pengajian
prototaip
√ Menyediakan keputusan yang dapat digunakan dengan lebih meyakinkan lagi

5.5.1 Konsep DSS

Menurut Abdullah (2003), konsep DSS adalah berdasarkan andaian mengenai


peranan komputer di dalam menyokong membuat keputusan:

 DSS memerlukan sokongan manusia yang mana ianya tidak boleh


diselesaikan oleh komputer sahaja. Ia mesti menyokong pembuat keputusan
tetapi bukan menggantikan justifikasinya.
132

 Kelebihan utama DSS ialah kepada masalah semi-struktur dan tidak


berstruktur, di mana analisis boleh disistemkan pada komputer tetapi
justifikasi pembuat keputusan diperlukan untuk mengawal prosesnya.
 Penyelesaian masalah yang efektif merupakan interaktif dan memerlukan
komunikasi di antara pengguna dan sistem sendiri.

5.6 Analytic Hierarchy Process (AHP)

AHP merupakan satu rangkakerja logik dan penyelesaian masalah yang


dicapai melalui persepsi mengorganisasi, perasaan, pengadilan dan memori ke dalam
suatu daya hierarki yang mempengaruhi hasil keputusan (Saaty, 1994). Ia
diperkenalkan oleh Saaty dalam tahun 1970an. Melalui teknik ini, penyelesaian
masalah yang kompleks boleh dihuraikan kepada beberapa sub-bahagian. Dengan
cara ini, ia menyediakan pendekatan berstruktur bagi memahami masalah serta ia
juga membantu penyertaan pakar memfokuskan kepada setiap kriteria pada satu-satu
masa (Saaty, 1980). Sifat tersendiri AHP secara umunya adalah struktur berhierarki
yang sistematik, perbandingan secara bijak serta penilaian kepada
ketidakkonsistenan. Perisian terkini bagi AHP, ‘Expert Choice 2000 Professional’
termasuk suatu alternatif mode ideal memsistesis yang mana membenarkan jumlah
alternatif ditambah lebih daripada satu. Ini membolehkan pengiraan keutamaan
terhadap alternatif sedia ada apabila memperkenalkan alternatif yang baru. Expert
Choice (EC) merupakan perisian untuk menstruktur hierarki dan memsintesis
justifikasi dengan cepat dan mudah serta menyingkirkan pengiraan yang
merumitkan. Beberapa sifat perisian EC adalah:

♦ Ia menawarkan paparan mesra pengguna yang membuatkan pembinaan


model keputusan mudah dan jelas;
♦ Ia menawarkan suatu pandangan model yang mengandungi sama ada suatu
pandangan pokok atau pandangan berkelompok terhadap hierarki keputusan;
133

♦ Ia tidak memerlukan justifikasi numerikal daripada pembuat keputusan tetapi


lebih kepada perbandingan kesepadanan yang dilaksanakan secara
numerikal, lisan atau grafik. Ini adalah kerana EC menukarkan justifikasi
subjektif kepada skala satu hingga sembilan yang dijelaskan oleh teori AHP,
dan kemudian kepada vektor keutamaan yang berguna;
♦ Ia dilakukan dengan peneliatian justifikasi yang dibuat oleh pembuat
keputusan, dan mengukur secara konsisten justifikasi berkenaan; Ia
membenarkan pemeriksaan semula dan pengulangkajian justifikasi bagi
setiap peringkat hierarki, dan menunjukkan di mana ketidakkonsistenan
wujud dan bagaimana untuk mengurangkannya bagi mempertingkatkan
kualiti keputusan;
♦ Ia menyediakan aplikasi secara matematik yang komplikated dan proses
dibuktikan bagi pengutamaan dan membuat keputusan. Dengan
mengurangkan keputusan yang kompleks kepada suatu siri perbandingan
kesepadanan, kemudian memsintesis keputusan, EC bukan sahaja membantu
pembuat keputusan mendapatkan keputusan terbaik malah juga menyediakan
suatu keputusan yang jelas rasional.

Dalam struktur berhierarki, matlamat utama ditempatkan pada struktur yang


paling atas hierarki. Faktor penentuan dikategorikan secara sesuai kepada beberapa
kumpulan dan sub-kumpulan. Setiap kumpulan, sub-kumpulan atau faktor
penentuan dirujuk sebagai elemen daya di dalam struktur berhierarki. Kumpulan
atau sub-kumpulan mewakili konsep yang lebih umum akan sentiasa berada di aras
yang lebih tinggi daripada yang mewakili kurang konsep umum. Elemen yang
paling spesifik (faktor penentuan) perlu disusun pada aras yang paling rendah (Chua,
2000).

Setiap elemen daya akan dibandingkan secara berpasangan dengan elemen


daya yang lain dalam set yang sama mengikut sumbangan kepada aras yang atas.
Tidak seperti kaedah tradisional yang diadaptasi oleh kebanyakan penyelidikan yang
mana memerlukan penyelidik untuk menimbang elemen keseluruhan pada satu-satu
134

masa. Melalui teknik AHP, hanya satu pasangan elemen difokuskan pasa satu-satu
masa, dan bilangan elemen dalam satu set dihadkan kepada beberapa elemen sahaja.
Dengan cara ini, ketidakkonsistenan dalam pengadilan dikurangkan kepada had yang
lebih besar. Pengalaman dan kecenderungan merupakan merupakan penyatuan
terbaik bagi prosedur ini sebagai penilaian intuitif kepada kepentingan seperti yang
ditentukan (Chua, 2000).

5.6.1 Prinsip AHP

Terdapat empat prinsip yang digunakan dalam AHP bagi penyelesaian


masalah, yang mana termasuklah penghuraian, prosedur pengutamaan, sintesis
keputusan dan pengukuran ketidakkonsistenan di dalam justifikasi membuat
keputusan (Abdullah, 2003).

5.6.1.1 Penghuraian

Prinsip pertama di dalam AHP ialah menghurai suatu masalah kepada suatu
hierarki. Suatu hierarki merupakan struktur yang mewakili suatu masalah kompleks
ke dalam beberapa peringkat (Saaty, 1994). Peringkat pertama merupakan matlamat
yang perlu dicapai, diikuti dengan kriteria, subkriteria, dan seterusnya sehinggalah
kepada peringkat terakhir di mana alternatif diletakkan. Peringkat di dalam sebarang
hierarki bergantung kepada jumlah maklumat yang diperlukan oleh penganalisa
untuk menilai sistem dan juga kompleksiti satu-satu masalah itu (Abdullah, 2003).
Rajah 5.3 memberi gambaran kepada hierarki mudah, yang mana mengandungi tiga
peringkat iaitu matlamat, kriteria dan altenatif-alternatif.
135

Matlamat

Kriteria Kriteria Kriteria Kriteria Kriteria

Alternatif Alternatif Alternatif

Rajah 5.3 : Struktur hierarki (Sumber : Abdullah, 2003)


5.6.1.2 Prosedur Pengutamaan

Prinsip kedua di dalam AHP ialah penghasilan keutamaan di antara elemen


pada setiap peringkat hierarki. Penganalisa keputusan membuat justifikasi di dalam
persekitaran perbandingan mengikut kecenderungan relatif, kepentingan atau
kemungkinan setiap set elemen dengan peringkat hierarki yang lebih tinggi
(Abdullah, 2003).

Teori thrustworthy decision support haruslah mempunyai keunikan tersendiri


di dalam perwakilan sesuatu justifikasi, skala diterbitkan daripada justifikasi ini, dan
kemudian skala disintesis daripada skala berkenaan (Saaty, 1980). Di dalam
perbandingan AHP, suatu skala sembilan mata digunakan bagi menilai
kecenderungan bagi setiap pasangan item. AHP mencadangkan skala sembilan mata
adalah disebabkan had psikologikal item 7±2 dalam perbandingan serentak adalah
berguna di dalam praktis dan mempunyai elemen kepersisan. Justifikasi kualitatif
juga diwakili oleh lima atribut iaitu equal, weak, strong, very strong dan absolute
(Abdullah, 2003). Skala yang dicadangkan dan perwakilan numerikalnya
ditunjukkan di dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2 : Perbandingan skala kesepadanan AHP (Sumber : Saaty, 1994)


136

Intensiti
Definisi Huraian
Kepentingan
Dua aktiviti menyumbang
1 Equal importance
sama rata kepada objektif
Pengalaman dan justifikasi
dengan kurang jelas
3 Weak importance of one over another
memihak kepada aktiviti
satu lagi
Pengalaman dan justifikasi
5 Essential or strong importance dengan jelas memihak
kepada aktiviti satu lagi
Suatu aktiviti dengan jelas
7 Demonstrated importance berpihak dan dominannya
dibuktikan dalam praktis
Bukti memihak kepada satu
aktiviti merupakan
9 Absolute importance kemungkinan yang paling
tinggi dalam susunan
pengesahan
Nilai antara dua justifikasi Apabila kompromi
2,4,6,8
berdekatan diperlukan
Sekiranya aktiviti i mempunyai nilai
lebih daripada sifar ditetapkan ke
Timbal balik
atasnya dan dibandingkan dengan
nilai lebih Suatu andaian munasabah
aktiviti j, aktiviti j mempunyai nilai
daripada sifar
timbal balik apabila dibandingkan
dengan i

Bagi perbandingan secara kesepadanan, bentuk matriks biasa digunakan.


Menurut Saaty (1994), bentuk matriks adalah mudah dan menawarkan suatu
rangkakerja bagi pengujian kekonsistenan, mendapatkan data perbandingan yang
diperlukan dan menyediakan analisis sensitiviti bagi keseluruhan keutamaan apabila
justifikasi diubah. Secara umumnya, sekiranya terdapat pelbagai elemen (katakan
sebagai n elemen) yang perlu dibandingkan bagi matriks yang diberi, suatu jumlah
n(n-1) .⁄ 2 justifikasi diperlukan (Abdullah, 2003).
137

Menurut Abdullah (2003), sekiranya seseorang perlu membandingkan suatu


set n objek mengikut pertimbangan relatifnya. Objek berkenaan dipertimbangkan
oleh A1, A2, ..., An yang mana diwakili oleh bentuk matriks A n x n yang mempunyai
elemen aij. Sekiranya pertimbangan relatif elemen matriks A diwakili sebagai aij =
wi .⁄ wj, matriks di bawah boleh mewakili perbandingan kesepadanan:
A1 A2 . . . An

A1 a11 a12 . . . a1n   w1 / w1 w1 / w2 . . . w1 / wn 


A2 a 21 a 22 . . . a 2 n  w2 / w1 w2 / w2 . . . w2 / wn 
.  . . . . . .   . . . . . . 
A=  = 
.  . . . . . .   . . . . . . 
.  . . . . . .   . . . . . . 
   
An a n1 an2 . . . a nn  wn / w1 wn / w2 . . . wn / wn 

Perbandingan kesepadanan harus dilakukan bagi setiap peringkat di dalam


hierarki berpandukan peringkat yang lebih tinggi. Prosesnya boleh dilaksanakan
daripada peringkat atas hierarki ke bawah hierarki yang mana penganalisa perlu
menilai kepentingan kriteria dan kecenderungannya terhadap alternatif sedia ada..
Sebaliknya, perbandingan boleh juga dilakukan daripada bawah ke atas hierarki
dengan menilai kecenderungan alternatif berdasarkan setiap kriterion sebelum
menilai kepentingan kriteria (Abdullah, 2003).

5.6.1.3 Sintesis Keputusan

Sintesis merupakan suatu proses mempertimbang dan menggabungkan


keutamaan melalui hierarki yang telah dibina yang membawa kepada keputusan
keseluruhan. Sintesis perlu dilaksanakan bagi semua matriks yang dibangunkan
dalam peringkat perbandingan kesepadanan untuk memperolehi pertimbangan relatif
138

keseluruhan berdasarkan juga kepada elemen-elemen utama. Proses pengiraan


diringkaskan dengan langkah-langkah berikut (Abdullah, 2003):

1. Bagi medapatkan matriks yang dinormalkan, nilai bagi setiap lajur perlu
ditambah dan setiap kemasukan bagi setiap lajur perlu dibahagikan dengan
jumlah lajur berkenaan. Langkah ini akan memberi perbandingan berguna di
antara elemen di dalam hierarki.
2. Bagi mendapatkan vektor keutamaan bagi semua elemen matriks yang
didasarkan kepada elemen utama, barisnya perlu dipuratakan, nilai bagi setiap
baris matriks yang dinormalkan perlu ditambah dan dibahagikan baris dengan
jumlah kemasukan bagi setiapnya.
3. Pertimbangan relatif terhadap pelbagai peringkat model perlu disatukan bagi
mendapatkan suatu vektor pertimbangan komposit yang mana bertindak
sebagai kadar (rating) keputusan alternatif di dalam mencapai objektif
masalah yang paling umum. Pengulangan terhadap penyatuan ini
menghasilkan pertimbangan elemen relatif pada peringkat yang paling rendah
pada hierarki berdasarkan kepada objektif yang paling umum pada peringkat
pertama. Menurut Zahedi (1986), pertimbangan relatif komposit vektor
elemen pada peringkat Ki dengan berdasarkan kepada peringkat pertama
boleh dikira daripada:

K
C ( I , K ) = ∏Bi
i =2

C(I,K) = vektor pertimbangan komposit elemen pada peringkat Ki berdasaskan


elemen pada peringkat 1;
Bi = ni-1 berdasarkan matriks ni dengan baris mengandungi eigen vektor anggapan;
ni = bilangan elemen pada peringkat i.

5.6.1.4 Pengukuran Ketidakkonsistenan dalam Justifikasi Membuat Keputusan


139

AHP menyediakan suatu pengukuran bagi menguji darjah ketidakkonsistenan


yang dikenali sebagai Indeks Kekonsistenan (CI) bagi justifikasi membuat
keputusan. Ia membantu pembuat keputusan untuk mengenalpasti kesalahan yang
mungkin dalam menyatakan justifikasi, begitu juga ketidakkonsistenan sebenar di
dalam proses justifikasi. Menurut Saaty (1983), CI boleh didapati dengan mengira
setiap matriks seperti berikut:

CI = (λmax − n) /( n −1)

di mana:
n = saiz matriks
λmax = nilai eigen maksimum

Perbezaan (λmax – n) boleh digunakan bagi mengukur ketidakkonsistenan.


Kekonsistenan yang sempurna (λmax – n) merupakan nilai sifar. Tetapi kebiasaannya
(λmax ≥ n), di mana n merupakan dimensi matriks perbandingan kesepadanan. Lebih
hampir nilai CI kepada sifar, lebih baik keseluruhan kekonsistenan matriks terhadap
justifikasi perbandingan elemen yang terlibat. Bagi mendapatkan λmax, pertama perlu
dikira jumlah matriks dipertimbangkan dengan mendarabkan setiap pertimbangan
dengan matriks perbandingan kesepadanan dengan setiap vektor keutamaan.
Kemudian λmax, boleh didapati dengan membahagikan semua elemen jumlah matriks
dipertimbangkan derdasarkan elemen vektor keutamaan, dan kemudian perlu dikira
purata nilai-nilai berkenaan (Abdullah, 2003).

Kekonsistenan boleh disahkan dengan menggunakan Nisbah Kekonsistenan


(CR) atau juga dikenali sebagai Nisbah Ketidakkonsistenan (IR). IR merupakan
suatu pengukuran ketidakkonsistenan dalam justifikasi, di mana:

CI
CR atau IR =
RI
140

Indeks Rawak (RI) merupakan suatu simulasi kepada suatu nombor yang
besar yang secara rawaknya menghasilkan perbandingan kesepadanan bagi saiz
matriks yang berbeza yang dilaksanakan oleh Saaty, berdasarkan kepada pengiraan
purata indeks kekonsistenan (CI). Kepentingan nilai RI ialah nisbah CI bagi suatu
set justifikasi tertentu kepada RI mempunyai saiz matriks yang sama. Nilai paiwai RI
diberikan di dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3 : Indeks rawak (Sumber : Saaty, 1994)

Saiz
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Matriks
Indeks
0 0 0.58 0.9 1.12 1.24 1.32 1.41 1.45 1.49 1.51 1.54 1.56 1.57 1.58
Rawak

Pembuat keputusan tidak perlu menjangkakan kekonsistenan yang sempurna


tetapi peratusan ketidakkonsistenan yang dipertimbangkan sebagai boleh diterima
atau boleh ditoleransi dalam pernyataan kecenderungan peribadi adalah memadai
(Dyer, 1990). Nisbah Ketidakkonsistenan (IR) antara 0 dan 0.10 atau di dalam
lingkungan 10% terhadap suatu output daripada justifikasi rawak adalah boleh
diterima (Saaty, 1994). IR yang lebih tinggi (lebih besar daripada 10%) pada
sebarang peringkat atau dalam sintesis akhir dipertimbangkan sebagai justifikasi
adalah tidak konsisten. Walaupun ia tidak menjejaskan keseluruhan model, tetapi
adalah dicadangkan bahawa pengkajian semula dilakukan dan cuba mencari punca
yang mungkin terhdap ketidakkonsistenan (Saaty, 1983).

5.7 Konsep Pangkalan Data

Konsep pangkalan data mula digunakan dalam pertengahan 1960-an.


Pangkalan data merupakan himpunan data-data yang berkaitan yang dikongsi
141

bersama oleh berbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan
maklumat sesebuah organisasi.

Jika dibandingkan dengan sistem pengurusan maklumat secara tradisional,


penggunaan pangkalan data membawa lebih banyak kebaikan. Penggunaan
pangkalan data akan membolehkan pengawalan data lebih mudah dilakukan kerana
disimpan di suatu lokasi yang sama. Maka data akan lebih mudah untuk dikemaskini
atau diselaraskan. Perkongsian data antara individu atau jabatan menjadi lebih baik
kerana data-data tersebut dipunyai oleh organisasi dan bukan individu atau jabatan
tertentu. Sistem keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan juga
boleh diwujudkan di dalam pangkalan data.

Penggunaan pangkalan data memudahkan penyimpanan maklumat dan


menjadikannya amat sesuai untuk digunakan di dalam menggantikan sistem
tradisional industri pembinaan. Di dalam industi pembinaan, penggunaan pangkalan
data dapat memastikan semua pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
memperoleh setiap maklumat yang berkaitan dengan projek tersebut dengan cepat
dan efektif.

Proses berasaskan komputer sangat diperlukan kerana ia akan mempengaruhi


aktiviti industri yang tidak menentu. Rekabentuk sesuatu sistem digambarkan bukan
hanya mengenai penghasilan suatu pangkalan data yang kompleks atau semata-mata
sebagai penggunaan perisian yang rumit tetapi juga simbol kepada kecanggihan
teknologi dan yang pentingnya lebih kepada mencari jawapan kepada soalan-soalan
kejuruteraan yang komplikated. Sistem yang ideal seharusnya menjadi salah satu
sistem pelaksanaan jabatan-jabatan kerajaan yang tetap di mana pengeluaran
outputnya mewakili setiap proses bagi skop kerja berkaitan dan memenuhi
permintaan arahan input bagi maklumat kejuruteraan, kewangan, sumber manusia
ataupun sebagainya yang mewakili bidang-bidang yang relevan di dalam jabatan
masing-masing.
142

Bagi industri pembinaan sendiri, sistem maklumat projek pembinaan yang


efektif amat penting bagi memastikan kelicinan perjalanan setiap fasa projek yang
terlibat. Maklumat yang tidak tepat boleh mendatangkan masalah yang amat serius
dalam industri pembinaan. Oleh kerana itulah, inteprasi terhadap maklumat
pembinaan yang terlibat perlu dilakukan dengan teliti dan bersistem. Bidang
permasalahan yang bakal dihadapi dalam pembinaan perlulah diambil serius.
Maklumat yang diterima pula perlualah direkod dalam keadaan yang paling mudah
untuk disemak dan dikemaskini. Oleh kerana itulah sistem pengurusan maklumat
kejuruteraan yang sistematik amat diperlukan dalam menjamin kelancaran sesuatu
projek pembinaan.

Sebagai contoh, masalah di dalam praktis konvensional JKR seperti


pengurusan terhadap dokumen tender banyak melibatkan dokumen-dokumen penting
yang agak leceh untuk diuruskan terutamanya jika adanya perubahan dalam satu-satu
dokumen tender seperti yang dikehendaki oleh JKR. Di antara perubahan yang
selalu terlibat ialah perubahan dari segi lukisan spesifikasi dan senarai kuantiti. Oleh
itu, penglibatan komunikasi di antara pihak yang terlibat secara langsung perlulah
dilakukan dengan berkesan agar tidak berlaku masalah kelak. Maka di sinilah dilihat
kerelevanan sistem informasi pembinaan yang efektif amat penting dalam suatu
projek pembinaan. Aliran data dan maklumat perlulah licin dan sahih dalam melalui
setiap fasa pembinaan.

Sebelum wujudnya konsep pangkalan data, data biasanya disimpan di dalam


fail-fail yang berbeza yang disimpan di dalam cakera. Di dalam kaedah tradisional,
masa sebenarnya banyak dihabiskan dengan mencari dokumen dan data yang
dikehendaki kerana data untuk sesuatu projek itu adalah terlalu banyak. Contoh data
yang sering diperlukan adalah seperti lukisan, spesifikasi, minit mesyuarat, laporan
harian, laporan kos, senarai tempahan barang dan sebagainya. Antara masalah di
dalam pengurusan maklumat secara tradisional ini adalah:
143

 Pengulangan data mungkin akan berlaku menyebabkan data yang sama akan
muncul di tempat yang berbeza.
 Data sukar untuk dikemaskini kerana untuk mengemaskini sesuatu data itu
maka setiap fail yang mengandungi data tersebut perlu dikemaskini.
 Data mungkin tidak konsisten disebabkan oleh kerja kemaskini yang tidak
sempurna.
 Agak sukar untuk membuat salinan untuk data-data tersebut kerana terlalu
banyak fail yang perlu disimpan.

5.8 Pembangunan Sistem

Pembangunan sistem bagi projek ini melibatkan proses menyediakan


prototaip bagi idea DSS yang diketengahkan. Secara ringkasnya, fasa pembangunan
sistem melibatkan beberapa perisian penting bagi membangunkan suatu sistem yang
berkesan, ideal dan boleh dipercayai . Perisian-perisian utama ynag digunakan
adalah melibatkan perisian Microsoft Access 2003, Visual basic 6.0 serta juga Expert
Chioce 2000. Sebelum perlaksanaan sesebuah projek, satu perancangan gerak kerja
sistem harus dibuat bagi memastikan pembangunan projek dapat dilaksanakan
dengan lancar. Dari itu, sebelum memulakan sesuatu projek, apa yang perlu adalah
justifikasi tentang kesesuaian metodologi yang dipilih, langkah-langkah yang diambil
dan perkakasan serta perisian yang terlibat agar ia menyokong pembangunan sistem
pemilihan kontraktor pembinaan yang memerlukan spesifikasi yang terperinci.
Rajah 5.4 di sebelah menunjukkan fasa-fasa yang terlibat di dalam pembangunan
projek.

Bagi melancarkan pembangunan aplikasi sistem ini, tiga fasa utama telah
dikenalpasti dalam menjayakan sistem. Rajah 5.4 menunjukkan beberapa langkah
dalam pembangunan aturcara sistem yang telah diambil. Tiga fasa utama yang
terlibat dalam pembangunan sistem ini adalah:

(i) Fasa pertama


144

• Melibatkan langkah kajian terhadap sistem konvensional


penilaian tender yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan,
penyediaan pangkalan data serta memprogram bagi mewujudkan
hubungan dalam pangkalan data.

FASA 1 FASA 2 FASA 3

Sistem Kenalpasti sistem Sistem


konvensional bakal dibangunkan konvensional

Penyediaan Penyediaan Penyediaan data


pangkalan data antaramuka yang terlibat

Memprogram Bangunkan fungsi Bangunkan model


bagi pembinaan aturcara yang membuat
hubungan sesuai (.vbp) keputusan (.ahp)
pangkalan data
(.mdb)

Pembinaan hubungan :
Pembinaan hubungan :
Pangkalan data
Visual Basic 6.0
+
+
Visual Basic 6.0
Expert Choice

Paparan antaramuka
Rangkakerja Pemilihan
Kontraktor Binaan

Rajah 5.4 : Fasa pembangunan sistem


145

(ii) Fasa kedua


• Melibatkan peringkat pengenalpastian sistem yang bakal
dibangunkan, penyediaan aturcara dengan menggunakan perisian
Visual Basic 6.0 serta pembangunan fungsi aturcara yang sesuai.
(iii) Fasa ketiga
• Melibatkan langkah kajian terhadap sistem konvensional
penilaian tender yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan
dengan mendapatkan faktor-faktor yang akan dinilai menggunakan
perisian Expert Choice melalui pembangunan model membuat
keputusan.
6.8.1 Pembangunan Pangkalan Data

Fasa pertama merupakan fasa pembangunan yang kritikal kerana ia


memerlukan pemahaman asas terhadap sistem konvensional di JKR sendiri dan
digambarkan melalui hubungan dalam pangkalan data yang memerlukan
pengetahuan mengenai pangkalan data menggunakan perisian seperti Microsoft
Access. Kajian terhadap praktis konvensional JKR perlu dilakukan dan diilustrasi
melalui carta alir yang jelas dan mudah difahami dan direalisasi melalui sistem
melalui gambaran dalam bentuk subjektif di dalam hubungan pangkalan data.

Dalam fasa ini, langkah pertama yang diambil ialah dengan membuat kajian
terhadap sistem konvensional yang dipraktiskan di JKR serta penguasa tempatan.
Hubungan di antara proses yang terlibat seperti proses penilaian tender dibangunkan
melalui carta alir dalam bentuk grafik. Pemahaman terhadap sistem JKR mahupun
penguasa tempatan sekarang dikuatkan lagi dengan pembinaan carta alir bagi
memberi gambaran yang lebih jelas dari segi grafik. Semakan terhadap carta alir
yang dibangunkan dibuat melalui sesi perjumpaan dengan pegawai yang
berpengalaman dalam menilai tender dari JKR Johor, MBJB dan MPJBT. Sekiranya
yang carta alir dihasilkan selari dengan praktis semasa, perancangan pembangunan
sistem dibangunkan melalui pengubahsuaian sistem sekarang dengan sistem yang
akan dibangunkan tetapi masih mengekalkan prosedur yang berteraskan peraturan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mana-mana langkah yang akan diambilalih oleh
146

sistem akan secara automatik digantikan dengan sistem pengurusan pangkalan data
yang baru.

5.8.1.1 Unsur Dalam Pangkalan Data

Sejak penggunaan komputer mula diperkenalkan, data-data disimpan di


dalam fail sistem. Di dalam kaedah penstoran data ini, seringkali masalah yang
melibatkan pengulangan data, keselamatan, penyenggaraan dan sebagainya sering
kedengaran. Masalah-masalah sebeginilah yang mendorong kepada kemunculan
sebuah teknologi baru di dalam penstoran data iaitu pangkalan data. Pangkalan data
merupakan himpunan data-data yang berkaitan yang dikongsi bersama oleh berbagai-
bagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat
sesebuah organisasi.

Konsep pangkalan data mula digunakan dalam pertengahan 1960-an. Sejak


dari itu, pangkalan data telah berevolusi berulang kali bagi memenuhi keperluan
pengguna. Pangkalan data telah digunakan secara meluas di dalam setiap sudut
kehidupan manusia pada hari ini secara sedar atau tidak. Ia boleh didapati di
kebanyakan organisasi sama ada kecil atau besar.

Pangkalan data yang dibina akan diuruskan oleh Pentadbir Pangkalan Data
(Database Adminisrator) yang mana kerja merekabentuk, membina dan memenuhi
kehendak pengguna pangkalan data adalah di bawah tanggungjawabnya. Pangkalan
data akan dikawal oleh perisian yang dikenali sebagai Database Management System
(DBMS).

Penggunaan pangkalan data akan membolehkan pengawalan data lebih


mudah dilakukan kerana disimpan di suatu lokasi yang sama. Ini akan menjadikan
147

data menjadi lebih mudah untuk dikemaskini atau diselaraskan. Perkongsian data di
antara individu atau organisasi menjadi lebih baik kerana data-data tersebut dipunyai
oleh organisasi dan bukan individu atau jabatan tertentu. Sistem keselamatan yang
lebih baik seperti penggunaan kata laluan juga boleh diwujudkan di dalam pangkalan
data.

Microsoft Access merupakan satu perisian yang menggunakan fungsi


RDBMS (Relational Database Management System) yang berasaskan Windows dan
seperti perisian lain ia juga mengandungi jadual, queries, borang, laporan dan modul
iaitu kod-kod pengaturcaraan. Pangkalan data dapat dibina dengan membuat
rangkaian antara jadual-jadual yang dikehendaki terlebih dahulu. Melalui pangkalan
data yang dibina dalam perisian Microsoft Access ini, data-data dapat disimpan
dengan lebih tersusun dan sistematik. Data-data juga dapat dikemaskinikan dengan
mudah seperti memasukkan data baru, memadam data sedia ada serta mengemaskini
data seperti yang dikehendaki. Dengan menetapkan parameter-parameter tertentu, ia
akan memaparkan data-data yang dikehendaki sahaja.

Pembangunan pangkalan data merupakan fasa yang kritikal kerana data yang
akan disimpan perlu dipastikan berjalan dengan lancar, efektif, lengkap dan
sempurna. Pangkalan data yang dibangunkan di dalam tesis ini secara umumnya
menggunakan perisian Microsoft Access dan simpanan data adalah dalam bentuk
.mdb.

Perkara penting yang terkandung di dalam antaramuka perisian ini ialah


objek data dimana terletak segala pilihan aktiviti yang yang hendak dilakukan.
Aktiviti yang dimaksudkan adalah memasukkan data, mengolah atau menyaring data,
serta membangunkan pengaturcaraan. Data objek tersebut adalah:

i. Jadual (tables)
ii. Queries
148

iii. Borang (forms)


iv. Laporan (reports)
v. Makro (macros)
vi. Modul (modules)

Jadual

Segala data yang telah dikumpulkan di bahagian ini disimpan dan


disenaraikan di bawah medan-medan yang diberi nama terlebih dahulu. Data-data
yang hendak dimasukkan sama ada angka atau teks. Dengan menggunakan
hubungan antara jadual, ia boleh dihubungkan bergantung kepada keperluan
pengguna.

Queries

Query adalah kemudahan yang disediakan untuk mengendalikan data yang


disimpan di dalam jadual. Dengan menggunakannya, hanya data-data yang
dikehendaki sahaja yang dipaparkan. Query juga boleh dianggap sebagai penapis
yang mana ia berupaya memaparkan data-data mengikut keperluan pengguna.
149

Borang

Dengan menggunakan borang, data-data yang dikehendaki akan dipapar.


Rekabentuk borang yang menarik dan efektif banyak mempengaruhi penggunaan
sistem. Selain dapat memaparkan data dari satu jadual sahaja pada setiap borang, ia
juga dapat memaparkan data-data dari berlainan jadual dalam satu forms dengan
menggunakan fungsi query.

Laporan

Jika borang digunakan untuk memaparkan data yang telah ditentukan,


laporan pula digunakan bagi mencetak maklumat yang diperlukan. Dengan ini,
segala maklumat yang diperlukan dalam sistem dapat dicetak bagi kemudahan kerja-
kerja lain.

Makro

Segala arahan seperti membuka borang, query dan modul boleh dilaksanakan
dengan lebih mudah sekiranya menggunakan fungsi makro terutama bagi aktiviti
yang melibatkan pengulangan.

Modul
150

Modul adalah kemudahan yang disediakan untuk membuat pengaturcaraan


sekiranya diperlukan. Jika makro mempunyai keupayaan terhad dan modul biasanya
digunakan untuk keperluan penggunaan yang lebih kompleks yang melibatkan kod-
kod pengaturcaraan.

5.8.1.2 Penstrukturan Pangkalan Data

Penstrukturan pangkalan data bagi pembangunan sistem ini dibuat


berdasarkan carta alir yang diperolehi hasil kajian literatur bagi penilaian tender
konvensional yang dijalankan oleh JKR dan penguasa tempatan. Beberapa langkah
diambil dalam menstruktur pangkalan data, antaranya:

i) Menentukan keperluan kepada penggunaan data-data yang terdapat pada


carta alir.
ii) Menentukan bilangan jadual yang perlu dibina berdasarkan bilangan
faktor utama serta sub-faktor pada carta alir.
iii) Menentukan saiz dan bilangan medan pada setiap jadual yang akan
dibina berdasarkan sifat setiap jadual yang akan dibangunkan.
iv) Menentukan kekunci primer pada setiap jadual yang dibina.
v) Menentukan hubungan setiap jadual yang dibina.
vi) Memasukkan data-data sebenar ke dalam setiap medan di dalam setiap
jadual yang dibina.

Secara mudahnya, pada peringkat awal, data perlu dikumpul dan diolah
kepada beberapa kumpulan yang berbeza. Data dikumpulkan mengikut subjek ke
151

dalam beberapa jadual yang berasingan. Setiap maklumat yang berkaitan akan
disimpan dalam satu jadual sahaja. Contohnya, bagi pembangunan sistem ini, bagi
menjalankan sistem dengan lebih sistematik dan berkesan, pangkalan data seperti
maklumat kontraktor, maklumat tender, analisa kecukupan serta kesempurnaan
dokumen dan sebagainya perlu dibangunkan. Kemudian, data yang berkaitan akan
dimasukkan ke dalam jadual-jadual yang terlibat. Jadual-jadual yang dibina
kemudiannya akan dikaitkan antara satu sama lain melalui konsep hubungan.

Bagi merekabentuk pangkalan data, suatu medan atau parameter bagi data
diperlukan. Dalam fasa ini, nama, saiz dan jenis data untuk setiap medan harus
ditentukan dalam pandangan rekabentuk (design view) untuk rekabentuk jadual dan
ia perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Salah satu prosedur yang penting dalam menentukan medan data adalah
menentukan kekunci primer (primer key) bagi setiap jadual yang dibina. Ia berfungsi
sebagai pengesan data dan digunakan apabila perlu menggabungkan maklumat lebih
dari satu jadual. Nilai kekunci primer adalah unik serta berbeza antara satu sama
lain.

5.8.1.3 Rekabentuk Pangkalan Data

Rekabentuk sistem maklumat biasanya berdasarkan sama ada pendekatan


pemanduan-data (data-driven) atau pemanduan-berfungsi (function-driven). Dalam
pendekatan pemanduan-data penekanan ialah untuk mencari apakah data yang perlu
disimpan dan dimanupulasi ke dalam sistem. Pendekatan pemanduan-berfungsi
152

meletakkan penekanan pada aplikasi di mana sistem perlu disokong. Pembangunan


sistem akan memfokuskan kepada pendekatan pemanduan-data.

Rekabentuk pangkalan data boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu


analisis keperluan, rekabentuk berkonsep, rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal.
Peringkat analisis keperluan akan menghasilkan suatu huraian berdasarkan
pengoperasian pangkalan data. Peringkat ini dilaksanakan bagi memastikan
pangkalan data yang dibangunkan mengandungi data yang sesuai dengan fungsi dan
aplikasi di mana pangkalan data yang akan diguna. Pendekatan perlu direalisasi
dengan pembangunan lebih banyak teknik permodelan intuitif dan perkakasan yang
menyokong penggunaannya.
Bagi menentukan keperluan pangkalan data dan bagaimana ia akan
digunakan, perlu mengetahui maklumat apa yang diperlukan daripada pangkalan
data. Dengan itu, kita akan dapat menentukan subjek bagaimana yang diperlukan
untuk menyimpan fakta (jadual) dan fakta bagaimana yang perlu untuk disimpan
mengenai setiap subjek (medan). Untuk itu, pembangun perlu berfikiran seolah-olah
beliau yang akan menggunakan pangkalan data tersebut.

Penghasilan gambaran daripada peringkat rekabentuk berkonsep ialah


pangkalan data yang menggunakan model data berkonsep yang hanya memfokuskan
kepada hubungan logikal di antara data yang terlibat. Ia berperanan mencari konsep
asas daripada gambaran pengoperasian yang telah dihasilkan dalam analisis
keperluan. Di dalam peringkat ini digunakan carta alir sebagai rujukan yang
bertindak sebagai data model berkonsep yang mempunyai entiti dan hubungan
(relationships). Ia membenarkan pembangun sistem untuk memahami kandungan
pangkalan data dengan lebih baik dan juga membantu dalam pencarian perwakilan
yang sesuai dalam siri fasa rekabentuk.

Keputusan daripada rekabentuk logikal merupakan suatu huraian


penstrukturan yang digunakan bagi penyimpanan pangkalan data. Penggunaan
model data dalam rekabentuk logikal boleh dikatakan berasaskan kepada konsep
153

ekstradisi struktur fizikal pangkalan data dengan menggunakan model hubungan di


mana data disimpan di dalam bentuk jadual. Pencarian jadual yang betul dalam
penyimpanan data sangat penting memandangkan aplikasi queries akan diformulasi
dan dilaksanakan berdasarkan jadual yang dibina. Kita tidak boleh bergantung
sepenuhnya terhadap trasformasi mekanikal daripada carta alir kerana ia tidak
semestinya menghasilkan struktur yang optimal. Perekabentuk perlu menentukan
setiap jenis data, berapa banyak bait penyimpanan diperlukan dan apakah nilai yang
dibenarkan.

Rekabentuk fizikal akan menghasilkan struktur fail yang diperlukan untuk


penyimpanan struktur pangkalan data yang diwujudkan semasa peringkat rekabentuk
logikal. Rekabentuk fizikal yang sesuai memerlukan maklumat bukan sahaja queries
yang tipikal malahan juga frekuensi perlaksanaan jangkaan. Struktur fail yang baik
adalah dengan percubaan untuk mengoptimis persembahan secara keseluruhan
sistem supaya queries perlaksanaan dapat diuruskan dengan pantas. Sebelum data
bebas disediakan oleh model data yang lebih tinggi, perubahan struktur fail tidak
seharusnya memberi kesan kepada pembetulan aplikasi program yang dilakukan.

Bagi memulakan pembinaan pangkalan data, kita perlu terlebih dahulu


membuka aplikasi perisian Microsoft Access 2003 melalui arahan di dalam
persekitaran program Windows dengan paparan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.5 di bawah.
154

Rajah 5.5 : Persekitaran Windows Microsoft Access 2003

Apabila pembangun mengambil keputusan untuk membangunkan pangkalan


data yang baru, fail pangkalan data perlu terlebih dahulu dinamakan dan disimpan
walaupun belum memulakan fungsi pangkalan data. Fail yang disimpan adalah
dalam bentuk .mdb. Kemudian paparan seperti Rajah 5.6 di sebelah akan kelihatan
yang bermaksud perisian ini sudah boleh mula dibangunkan.
155

Rajah 5.6 : Paparan menu utama Microsoft Access

Di dalam menu utama pembangunan pangkalan data ini, terdapat beberapa


aplikasi objek pangkalan data yang mempunyai fungsi tersendiri yang berada di
tetingkap pangkalan data sebelah kiri yang mempunyai objek jadual, queries, borang,
laporan, halaman, makro atau modul. Tambahan kepada senarai item, tetingkap
pangkalan data juga mengandungi shortcut objek baru, arahan bagi membina jadual,
borang, laporan dan sebagainya, seperti arahan membangunkan jadual dalam
pandangan rekabentuk.

5.8.1.4 Mewujudkan Data Bagi Jadual

Keberkesanan serta kecekapan suatu pangkalan data bergantung kepada


pembahagian serta pengagihan data di antara jadual yang membentuk suatu
pangkalan data. Maklumat di dalam sesuatu jadual perlu dihadkan kepada suatu
subjek tunggal. Ini membenarlan pengekalan data tentang setiap subjek secara bebas
kepada yang lainnya. Jadual juga tidak patut menyalin maklumat di antara rekod-
rekodnya. Berasaskan hanya satu salinan item bagi setiap data, proses
pengemaskinian hanya dilakukan pada satu tempat sahaja.

Setiap medan perlu dihubungkan secara langsung kepada subjek dan tidak
termasuk sebarang maklumat yang boleh diperolehi daripada medan yang lain.
Maklumat haruslah dipecahkan kepada bahagian yang kecil dan berasaskan logikal.
156

Penamaan medan juga perlu dilakukan dengan betul agar memudahkan untuk
menempatkan rekod yang spesifik dan menyusun dengan nilai medan individu.
Penggabungan medan boleh dilakukan kemudian bagi tujuan pencarian apa yang
diperlukan.

Di dalam pangkalan data yang telah dibangunkan ini, data-data bagi projek
telah disimpan di dalam jadal-jadual. Bagi merekabentuk jadual-jadual ini, setiap
sifat bagi sebuah jadual ini perlu diketahui terlebih dahulu. Sifat ini telah pun
dikenalpasti semasa merekabentuk carta alir dalam bentuk grafikal sebelum ini.
Salah satu prosedur yang penting semasa rekabentuk jadual adalah untuk
menentukan kekunci primer (Primary Key) bagi setiap jadual. Kunci primer ini
berfungsi untuk mengesan data kerana nilai kunci primer adalah unik antara satu
sama lain.

Pembangunan sistem pemilihan kontraktor binaan ini melibatkan beberapa


jadual penting bagi melengkapkan suatu sistem penilaian tender bagi kontraktor iaitu

(i) Maklumat tender


(ii) Maklumat kontraktor
(iii) Analisa kecukupan dokumen
(iv) Analisa kesempurnaan dokumen
(v) Pendaftaran PKK / CIDB
(vi) Analisa harga tawaran terendah & munasabah
(vii) Analisa reputasi kontraktor
157

Rajah 5.7 : Senarai jadual yang diwujudkan di dalam sistem

Kekunci primer bagi setiap jadual ini adalah sama ada gabungan antara
nombor rujukan tender dan rujukan pentender atau pun salah satu darinya. Setiap
tender adalah unik di antara satu sama lain berdasarkan nombor rujukan tender yang
ditetapkan. Demikian juga keadaannya bagi rujukan pentender di mana setiap
kontraktor mempunyai pengenalan tersendiri yang unik di antara satu sama lain.

5.8.1.5 Membentuk Perhubungan Antara Jadual

Perhubungan di antara jadual perlu dibentuk bagi memastikan data-data di


dalam jadual yang telah direkabentuk itu akan berkongsi data yang sama. Ini adalah
bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti pengulangan data, data tidak
konsisten dan sebagainya. Perhubungan di antara jadual ini juga penting di dalam
merekabentuk query kelak.

Rajah 5.8 menunjukkan hubungan di antara jadual bagi keseluruhan


pangkalan data yang dibangunkan. Daripada rajah tersebut juga jelas menunjukkan
158

jenis hubungan di antara jadual-jadual yang telah direkabentuk. Hubungan yang


terdapat di dalam pangkalan data ini adalah daripada dua jenis iaitu “one to many”
dan “many to one”.

Rajah 5.8 : Membina hubungan di antara jadual yang dibangunkan

Merujuk kepada Rajah 5.8 di atas, kelihatan jadual fungsi yang dinamakan
Junction. Jadual ini bertujuan bagi menghubungkan secara logik hubungan “one-to-
many” serta “many-to-one” bagi jadual maklumat tender dan maklumat kontraktor.
Sesuatu tender memungkinkan penyertaan banyak kontraktor yang berlainan.
Demikian juga sesebuah firma kontraktor mungkin menyertai banyak tender yang
berbeza.

5.8.2 Antaramuka sistem


159

Di dalam fasa kedua, data terpenting yang diperlukan adalah ekstrak data dari
carta alir yang dibangunkan hasil kajian literutur dan data yang dibangunkan di
dalam pangkalan data yang telahpun dihubungkan secara logik di antara jadual-
jadual serta pemahaman asas tentang bagaimana sistem yang akan dibangunkan akan
dimanipulasi ke dalam bentuk yang lebih interaktif dan berkesan. Secara amnya, di
dalam fasa ini apa yang diperlukan ialah perolehan data daripada carta alir,
perhubungan antaramuka dengan pangkalan data dari Microsoft Access dan huraian
terhadap maklumat tambahan yang diperlukan di dalam sistem.

Data faktor-faktor penilaian tender yang diperolehi daripada JKR serta


penguasa tempatan dihasilkan semula mengikut kesesuaian apa yang dikehendaki
oleh sistem tetapi tidak lari daripada prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Penghasilan antaramuka dimanipulasi ke dalam bentuk sistem maklumat penilaian
dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0.

Sehingga kini, terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang telah


diperkenalkan. Bahasa ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti cara ia
dilaksanakan, masalah yang diselesaikan dan persekitaran pembangunannya. Visual
Basic merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan secara
meluas. Visual merujuk kepada perwakilan suatu entiti / objek dalam bentuk grafik.
Perwakilan grafik ini sebenarnya merupakan komponen antaramuka yang telah
direkabentuk oleh pembangun bahasa visual menggunakan teknik pengaturcaraan
berorientasikan objek. Dalam bahasa pengaturcaraan visual, pengaturcaraannya
hanya akan menggunakan entiti-entiti yang telah siap diwakilkan untuk tujuan
pengaturcaraan (Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim, 2002). Perwakilan grafik menyebabkan
aturcara lebih mudah untuk dibangunkan. Ia juga menyebabkan aturcara nampak
lebih menarik pada pandangan pengguna. Dalam pengaturcaraan visual,
pengaturcara diberikan satu persekitaran khas semasa membangunkan aturcara.
Persekitaran tersebut mempunyai tempat pengaturcara memilih entiti-entiti grafik
yang telah disediakan oleh pembangun bahasa.
160

VB adalah bahasa yang menggunakan mekanisme “penterjemah” apabila


dilarikan. Namun apabila ia perlu dipakejkan sebagai satu sistem, pengkompil akan
melaksanakan tugasnya terhadap aturcara VB. Aturcara VB ditulis dalam
persekitaran Windows yang dinamakan Integrated Development Environment (IDE).
Persekitaran IDE amat penting bagi pengurusan masa dalam perlaksanaan aplikasi
yang menggunakan Windows. Kelebihan utama VB adalah pengaturcara boleh
menyediakan antaramuka grafik (GUI) dan mengawal perlaksanaan aturcara dengan
mudah menggunakan kemudahan aturcara objek yang telah divisualkan (Ab Aziz,
Idrus dan Ibrahim, 2002).

6.8.2.1 Unsur Dalam Pengaturcaraan VB

Fungsi-fungsi yang dibangunkan bagi pengaturcaraan VB merupakan fungsi


untuk mengarahkan sesuatu objek untuk melaksanakan tindakan. Ia berasaskan satu
aturcara atau peristiwa yang berlaku. Perbezaan yang paling ketara dalam
penggunaan fungsi ini berbanding fungsi pengaturcaraan yang lain adalah ia tidak
akan dilaksanakan secara automatik melalui panggilan fungsi. Sebaliknya, ia akan
dilaksanakan apabila pengguna melakukan acara tersebut (Ab Aziz, Idrus dan
Ibrahim, 2002). Oleh kerana itu, pengaturcara VB perlu merekabentuk antaramuka
aplikasi dengan menyertakan fungsi-fungsi berdasarkan kepada acara yang berlaku.

Dalam VB, objek-objek ini telah disediakan dalam VB sendiri di mana


pengaturcara hanya perlu memilih dan menggunakan objek-objek tersebut. Objek-
objek ini diletakkan di atas satu objek yang dinamakan sebarai borang (form). Setiap
objek di dalam VB dikawal melalui aturcara. Setiap objek mempunyai ciri asas
seperti nama, saiz, warna dan paparan. Selain daripada itu, satu objek adalah berkait
rapat dengan tindakan yang boleh diambil oleh pengguna aturcara yang dikenali
sebagai “aturcara”. Tugas pengaturcara VB pada peringkat awal adalah
mengenalpasti acara-acara yang berlaku terhadap objek-objek yang disediakan.
161

Dengan memahami acara, pengaturcara boleh menulis kod aturcara mengikut


kesesuaian masalah.

Melalui pemahaman menggunakan objek dalam VB, maka sistem


dibangunkan menggunakan VB adalah terdiri daripada objek-objek yang akan
melaksanakan tugas tertentu mengikut acara yang sesuai dengan sifat yang ada
padanya. Kawalan terhadap sifat objek ini merupakan kod aturcara yang ditulis oleh
pengaturcara. Sebagai contoh, apabila mengelik sekali di atas butang kawalan
bernama btnKeluar, aturcara ditamatkan (Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim, 2002).

5.8.2.2 Paradigma Pembangunan Aturcara

Pembangunan aturcara menggunakan bahasa Visual Basic 6.0 dimulakan


dengan penyediaan antaramuka. Berdasarkan kepada antaramuka, pengaturcara akan
mengenalpasti acara-acara yang terlibat terhadap objek-objek yang digunakan di atas
antaramuka tersebut. Setelah pengaturcara telah mengenalpasti acara yang perlu
dilakukan maka carta alir yang sesuai dibangunkan untuk menguji aliran data yang
masuk melalui objek yang telah disediakan di atas antaramuka tersebut.

Kenalpasti masalah

Sedia antaramuka

Namakan semua objek

Kenalpasti acara

Bangunkan aturcara dalam fungsi


acara yang terlibat
162

Uji aturcara

Rajah 5.9 : Fasa pembangunan aturcara Visual Basic (Sumber : Ab Aziz, Idrus dan
Ibrahim, 2002).

Merujuk kepada Rajah di atas, didapati bahawa salah satu fasa dalam
pembangunan aturcara VB adalah merupakan fasa menamakan objek. Fasa ini amat
penting memandangkan aturcara VB akan melibatkan banyak objek dari jenis yang
sama. Bagi membezakan objek-objek tersebut, nama yang unik diberikan kerana
pemberian nama objek akan bermula dengan huruf yang mewakili jenis objek.
Sebagai contoh, bagi objek kotak teks (TextBox) huruf txt digunakan yang diikuti
dengan nama yang sesuai.

5.8.2.3 Pembangunan Aturcara

Suatu aturcara yang ditulis dalam VB dikenali sebagai pemanduan-acara


(event-driven). Suatu acara merupakan kejadian yang berlaku yang mana komputer
boleh mengesannya. Acara yang tipikal termasuklah dengan klik pada bebutang
tetikus, menaip karektor pada papan kekunci serta memadam atau menukar sesuatu
nilai. Apabila sesuatu acara berlaku, aturcara berkenaan akan melaksanakan
kenyataan pemprograman yang digabung dengan acara berkenaan yang dikenali
sebagai prosedur acara. Apabila prosedur acara berkenaan selesai perlaksanaannya,
kawalan berbalik kepada aplikasi bagi menunggu acara yang berikutnya untuk
berlaku, melainkan prosedur acara ditamatkan aplikasi. Program pemanduan-acara
memberi pengguna lebih banyak kawalan terhadap tindakan aplikasi (Ahmad,
163

Anang, Omar dan Alel, 2004). Rajah di bawah menunjukkan paparan pertama
apabila pengaturcara mengklik bagi tujuan membuka perisian Visual Basic 6.0.

Rajah 5.10 : Paparan pertama setelah membuka perisian Visual Basic 6.0

Bagi membangunkan aplikasi baru VB6, aplikasi yang biasa digunakan ialah
Standard EXE. Projek Standard EXE mempunyai komponen asas seperti:

i. Bar Tajuk (Title Bar)


ii. Bar Menu (Menu Bar)
iii. Borang (Form)
iv. ToolBox
v. ToolBar

Semua objek dalam ToolBox dikawal oleh pengaturcara dengan mengklik di


atasnya. Pengaturcara hanya perlu bawa tetikus ke atas mana-mana objek yang
dikehendaki, klik dan lepas. Tetikus dibawa ke atas borang tanpa klik dan klik sekali
164

lagi di lokasi yang dikehendaki di atas borang. Heret tanpa lepas sehingga
bersesuaian dengan saiz yang dikehendaki. Objek tersebut akan berada di atas
borang yang sedang aktif.

Properties penting dalam pengaturcaraan VB6 iaitu bagi mengenalpasti


objek-objek di dalam projek serta juga membuat kawalan terhadap objek-objek yang
digunakan. Sesuatu projek yang dibangunkan dengan VB6 boleh terdiri daripada
pelbagai borang di dalam satu projek dan dalam satu borang boleh mempunyai
pelbagai objek. Oleh kerana banyak objek yang boleh digunakan dalam
pengaturcaraan VB6, maka properties digunakan untuk menganalpasti objek-objek
tersebut.

Rajah 5.11 : Paparan borang kosong Visual Basic 6.0

Satu keistimewaan pengaturcaraan visual terutamanya VB6 ini adalah


pembinaan antaramuka yang menarik melalui paparan grafik. Paparan grafik ini
dapat dibina melalui pemilihan objek-objek yang dipaparkan pada borang. Menurut
Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim (2002), terdapat tiga langkah utama yang diringkaskan
dalam pembangunan antaramuka VB6 iaitu:
165

1. Rekabentuk skrin atau tetingkap bagi paparan. Ini dapat dilakukan dengan
memilih objek-objek yang dikehendaki dan susunatur objek-objek tersebut
pada tetingkap.
2. Kemaskini setiap ciri-ciri objek yang telah dipilih terutama dengan memberi
nama setiap objek dan menukar paparannya melalui caption untuk borang
atau butang kawalan.
3. Tuliskan aturcara bagi melakukan operasi terhadap antaramuka yang dibina
dengan mengenalpasti “acara” atau “event” yang akan digunakan untuk
melakukan operasi seperti acara klik butang arahan bagi memaparkan sesuatu
nilai.

Rajah 5.12 : Contoh kod acara bagi borang kata laluan

Project Explorer mengandungi tiga butang yang dipanggil sebagai View


Code, View Object dan Toggle Folders. Apabila diklik pada butang View Object,
pengaturcara akan memasuki mod rekabentuk. Dalam mod tersebut, borang yang
sedang dibangunkan akan dipaparkan. View Code akan menukar mod rekabentuk
kepada mod pengaturcaraan. Toggle Folders pula berfungsi untuk memaparkan
senarai borang atau modul yang terdapat dalam projek.
166

Rajah 5.13 : Pembangunan objek-objek dalam borang

Rajah menunjukkan objek borang yang sedang aktif. Suatu objek yang
sedang aktif adalah objek yang sedang digunakan. Pada masa ini, pengaturcara
boleh menukarkan ciri objek tersebut dalam kotak properties kerana ciri yang
ditunjukkan di dalam kotak properties merupakan ciri bagi suatu objek yang sedang
aktif.

Apabila terdapat pembolehubah yang digunakan dalam pengaturcaraan VB6,


dan pembolehubah tersebut tidak diisytiharkan, VB6 tidak akan memberikan ralat.
Apa yang boleh dilakukan oleh VB6 adalah, pembolehubah tersebut diberikan
kebolehan untuk menerima pelbagai jenis data seperti integer, apungan, string dan
aksara. Jenis pembolehubah tersebut dinamakan sebagai Variant. Data jenis Variant
adalah jenis data istimewa yang boleh mengandungi pelbagai jenis maklumat
bergantung kepada operasi yang dilakukan terhadap data tersebut (Ab Aziz, Idrus
dan Ibrahim, 2002). Sebagai contoh, Variant akan memegang data sama ada
numerik atau string. Variant menjadi numerik apabila pengaturcara menjalankan
operasi aritmetik asalkan data tersebut adalah nombor dan bukan huruf.
167

Namun bagi pengaturcaraan yang baik, pembolehubah perlu diuruskan oleh


pengaturcara. Oleh kerana itu, VB6 menyediakan arahan Option Explicit untuk
diletakkan di bahagian yang paling atas kod aturcara dalam kod VB6. Arahan ini
adalah untuk memastikan semua pembolehubah yang hendak digunakan,
diisytiharkan terlebih dahulu (Ab Aziz, Idrus dan Ibrahim, 2002). Jenis-jenis data
yang boleh dipegang oleh pembolehubah dalam VB6 adalah:

(i) Empty
(ii) Null
(iii) Boolean
(iv) Byte
(v) Integer
(vi) Currency
(vii) Long
(viii) Single
(ix) Double
(x) Date (Time)
(xi) String
(xii) Object
(xiii) Error

Aturcara VB6 mempunyai beberapa bahagian iaitu bahagian luar borang,


bahagian dalam borang serta bahagian dalam fungsi. Bahagian-bahagian ini wujud
kerana satu projek boleh mengandungi banyak borang dan dalam satu borang boleh
mempunyai banyak fungsi. Bagi membolehkan satu pembolehubah yang sama
digunakan dalam semua borang-borang yang ada. Pengisytiharan pembolehubah
yang dinamakan sebagai pembolehuabh global atau sejagat ini boleh dilakukan
dalam modul.

Modul yang digunakan dalam VB6 tidak mempunyai kemudahan untuk


membangunkan antaramuka dengan objek-objek seperti kemudahan yang ada pada
168

borang. Pengaturcara hanya boleh menulis aturcara sahaja di dalam modul. Selain
daripada mengisytiharkan pembolehubah sejagat untuk kegunaan semua borang dan
fungsi dalam projek, pengaturcara juga boleh membangunkan fungsi-fungsi dan
tatacara sendiri untuk dipanggil dari mana-mana borang atau fungsi dalam projek
tersebut.

Pembolehubah yang diisytiharkan di bahagian yang paling atas dalam


paparan kod borang adalah pembolehubah tempatan bagi kegunaan fungsi-fungsi
dalam sesuatu borang. Sementara itu, pembolehubah yang diisytiharkan dalam
fungsi pula adalah pembolehubah tempatan bagi fungsi tersebut sahaja (Ab Aziz,
Idrus dan Ibrahim, 2002).

Bagi melarikan aturcara, paparan boleh sama ada pada paparan kod ataupun
paparan objek serta juga boleh menggunakan sama ada MenuBar ataupun ToolBar.
Dengan menggunakan ToolBar adalah lebih mudah dan praktikal berbanding
menggunakan MenuBar. Pengaturcara hanya perlu klik butang run. Butang pause
dan stop tidak aktif pada masa aturcara belum dilarikan lagi. Apabila butang run
diklik, didapati bahawa butang run pula tidak aktif sementara butang pause dan
butang stop pula aktif. Bagi melihat apa yang telah dibangunkan, aturcara perlulah
dilarikan.

5.8.3 Model Membuat Keputusan

Fasa ketiga banyak melibatkan pengetahuan mengenai penstrukturan faktor


kritikal yang lebih subjektif bagi dimanupulasi ke dalam perisian membuat
keputusan yang berkesan memberi keputusan yang meyakinkan dan sesuai dengan
praktis konvensional. Model membuat keputusan dihasilkan melalui pengubahsuaian
data dalam bentuk carta alir kepada data struktur ayng dihuraikan kepada faktor serta
169

sub-faktor yang krotikal bagi penilaian berbentuk subjektif dari pandangan pakar.
Teknologi persekitaran Windows membenarkan penggunaan perisian Expert Choice
2000 tanpa sebarang masalah yang serius.

Perisian Expert Choice (EC) merupakan suatu alat sokongan keputusan


pelbagai-objektif berdasarkan kepada Analytic Hierarchy Process (AHP). AHP
merupakan suatu kaedah yang berkesan dan komprehensif yang direkabentuk bagi
memudahkan membuat keputusan dengan menggunakan data empirikal serta juga
justifikasi subjektif oleh pembuat keputusan. AHP dapat membantu proses membuat
keputusan dengan menyediakan pembuat keputusan dengan suatu struktur bagi
mengorganisasi dan menilai kepentingan pelbagai objektif dan kecenderungan
alternatif penyelesaian bagi satu-satu keputusan. Berikut merupakan langkah yang
digunakan dalam AHP dan EC.

1. Menstruktur satu keputusan sebagai model hierarki.


2. Perbandingan berpadanan objektif dan sub-objektif bagi kepentingannya
dalam suatu keputusan.
3. Perbandingan berpadanan alternatif bagi kecenderungannya terhadap objektif
atau menilainya menggunakan salah satu yang berikut:
♦ Lengkung utiliti, fungsi perkadaran atau langkah atau masukkan
keutamaan secara terus
♦ sintesis bagi menentukan alternatif terbaik
♦ Menjalankan analisis sensitiviti

EC mempunyai kaedah unik yang menggunakan berpadanan bagi


memperolehi keutamaan dan nilai yang dapat lebih tepat daripada cara yang lain. EC
mensintesis atau menggabungkan keutamaan yang diperolehi daripada setiap aspek
masalah bagi memperolehi keutamaan keseluruhan alternatif. Dengan menjalankan
analisis “what-if” dan sensitiviti, dapat ditentukan dengan mudah bagaimana suatu
perubahan dalam sesuatu kepentingan suatu objektif akan memberi kesan alternatif
pemilihannya.
170

Sekiranya keputusan bagi model keputusan adalah berbeza daripada intuisi,


pengubahsuaian terhadap model dan/atau justifikasi boleh dilakukan sehingga
keputusan pada model memenuhi intuisi pembuat keputusan. Kemudian keputusan
model akan sama ada berubah bagi penyesuaian terhadap perasaan dalaman ataupun
naluri akan berubah berdasarkan kepada permodelan yang dibangunkan. Terdapat
beberapa ciri yang terdapat dalam EC yang penting iaitu:

(i) Paparan mesra pengguna yang membuatkan pembangunan model


keputusan lebih bersifat terus-terang dan mudah.
(ii) Fungsi arahan ModelView mengandungi persembahan hierarki keputusan
(objektif, sub-objektif) sama ada dalam bentuk TreeView atau
ClusterView, alternatif, pro dan kontra serta dokumentasi teks diperkaya
pengguna akhir di dalam borang Dokumen Maklumat.
(iii) TreeView dengan perkembangan automatik dan pecahan rangkaian
termasuklah:
 Nama / objektif kriteria yang panjang bagi membenarkan penerangan
yang lebih jelas.
 Manipulasi fungsi klik dan lepaskan bagi objektif dan sub-objektif
dalam TreeView atau ClusterView.
 Peringkat hierarki yang tiada terhad bagi membangunkan model
keputusan yang lebih besar dan kompleks.
(iv) Dokumen Maklumat dengan mudah dapat diakses membenarkan import
video, bunyi atau teks ataupun melarikan program lain.
(v) Melalui nota yang merupakan borang dokumentasi, di mana setiap peserta
berkumpulan boleh memasukkan komen yang berkaitan dengan proses
membuat keputusan.
(vi) Pendekatan grid data meningkatkan dan mengurangkan lengkung utiliti,
fungsi langkah, perkadaran dan kemasukan langsung keutamaan.
(vii) Penukaran data berupaya menukar data mentah yang besar daripada
pangkalan data sedia ada kepada maklumat berkeutamaan bagi kegunaan
membuat keputusan.
171

(viii) Mencetak atau membuat laporan lebih mudah yang boleh mengeksport
laporan ke Microsoft Word dan Excel.

Bagi memulakan penggunaan perisian EC, pengguna perlu klik pada perisian
Expert Choice 2000. Kemudian tetingkap ModelView yang kosong akan kelihatan
mengandungi tiga panel. Butang arahan New perlu diklik. Kemudian arahan supaya
pembangun menamakan serta menyimpan fail yang akan dibangunkan akan
kelihatan. Setelah fail disimpan, akan kelihatan paparan dengan tiga panel kosong
yang iaitu:

i. Tetingkap TreeView – memaparkan senarai hierarki objektif dan sub-


objektif. Setiap elemen di dalam TreeView juga dirujuk sebagai Nod.
ii. Tetingkap alternatif – memaparkan alternatif yang aktif. Alternatif boleh
dimasukkan ke dalam model daripada tetingkap ini ataupun daripada grid
data.
iii. Tetingkap dokumen maklumat – memaparkan maklumat mengenai
objektif atau alternatif yang dikehendaki sama ada daripada tetingkap
TreeView ataupun alternatif.

Bagi memulakan hierarki pada tetingkap TreeView, satu kotak dialog akan
kelihatan apabila sahaja pembangun menyimpan fail. Kotak dialog berkenaan
mengkehendaki pembangun memasukkan maklumat bagi keputusan yang dibuat.
172

Rajah 5.14 : Kotak mesej bagi memasukkan matlamat membuat keputusan


Pada masa ini, model belum lagi mempunyai sebarang elemen di bawah
maklumat yang dimasukkan dan ini ditandakan dengan bulatan bulat bersebelahan
huraian matlamat yang telah dimasukkan.

Di dalam praktis, perkataan objektif dan kriteria sering digunakan


bersilihganti. Suatu objektif merupakan sesuatu yang ditarget atau dimatlamatkan
manakala suatu kriteria pula merupakan prinsip atau piawaian yang sesuatu idea /
objektif dijustifikasikan. Apabila berhadapan dengan model pilihan, penggunaan
perkataan objektif adalah sesuai digunakan berbanding kriteria kerana
menggambarkan dengan lebih baik tujuan sesuatu penilaian yang dibuat iaitu untuk
memilih alternatif terbaik yang bersesuaian dengan objektif seseorang individu atau
organisasi.
173

Rajah 5.15 : Arahan Insert Child of Current Node bagi memasukkan objektif pertama

Bagi memasukkan objektif pertama, pembangun perlu klik kanan pada tetikus
dan memilih arahan Insert Child of Current Node. Kemudian suatu nod akan
kelihatan di bawah matlamat. Objektif-objektif seterusnya dimasukkan sehinggalah
objektif yang perlu dimasukkan selesai dengan menggunakan arahan Insert Sibling
of Current Node. Bagi memasukkan suatu sub-objektif, arahan Insert Child of
Current Node diklik sehinggalah beberapa peringkat sub-objektif yang dikehendaki
oleh pembangun.
174

Rajah 5.16 : Arahan Insert Sibling of Current Node bagi memasukkan objektif
seterusnya

Membina satu hierarki juga adalah merupakan suatu seni seperti juga sains.
Suatu hierarki yang baik tidak seharusnya mempunyai lebih daripada sembilan
elemen dalam satu-satu objektif kerana terdapat eksperimen yang menunjukkan
bahawa adalah agak sukar bagi seseorang manusia apabila berhadapan dengan lebih
sembilan faktor pada satu-satu masa dan ini akan menyebabkan keputusan yang
didapati mempunyai kecenderungan terhadap ketidaktepatan. Elemen perlulah
dirangkaikan pada peringkat yang betul agar elemen-elemen yang berkenaan mudah
dibandingkan antara satu sama lain atau dengan kata lain tiada beza mengikut
susunan magnitudnya. Elemen yang kurang berkepentingan dalam satu-satu
magnitud dengan elemen yang mempunyai lebih kepentingan tidak seharusnya
berada di dalam magnitud yang sama. Melalui pengurusan sesuatu hierarki yang
betul akan memberikan keupayaan terhadap model kompleks yang dibangunkan
berfungsi dan memberi keputusan yang tepat dan berkesan.
175

Rajah 5.17 : Kotak mesej bagi memasukkan alternatif

Bagi memasukkan alternatif yang dikehendaki, klik pada arahan Add


Alternative pada sebelah kanan tetingkap alternatif. Tetingkap alternatif ini akan
menyenaraikan alternatif yang dimasukkan. Dengan memasukkan senarai alternatif
yang berkenaan, penilaian terhadap model keputusan boleh dibuat walaupun tanpa
mengisi dokumen maklumat di tetingkap sebelah kanan bawah.

5.9 Kesimpulan

Intipati sains dan teknologi adalah ia sistematik, cara pemikiran berdisiplin


bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai alam, teknologi, sosial,
sejarah dan pelbagai aspek kehidupan manusia yang melalui suatu proses kajian. Ia
memerlukan permintaan yang amat dalam terhadap kecukupan maklumatnya dan
terhadap proses yang terlibat bagi maklumat berkenaan. Bagaimanapun, ia bukan
sahaja cara pemikiran tentang dunia nyata tetapi lebih daripada itu.
176

Maklumat bagi sesuatu projek yang terhasil adalah banyak dan kompleks
semasa berjalannya pelbagai fasa dalam kitaran proses sesuatu projek pembinaan.
Bagi tujuan berkongsi dan mengekalkan kesemua maklumat ini sepanjang hayat
projek pembinaan merupakan tugas yang rumit dan kompleks.
Walaubagaimanapun, kesemua aliran maklumat ini perlu diuruskan supaya dapat
dicapai pada suatu masa yang diperlukan. Pengurusan maklumat projek pembinaan
bukan sahaja bertujuan untuk menangani isu pengurusan tender projek sahaja
malahan jika dibangunkan dengan lebih serius ia boleh membentuk suatu rangka
kerja yang diperlukan yang mana membolehkan semua orang mengetahui
tanggungjawab masing-masing.

Kepentingan terhadap IDSS, KA dan teknologi maklumat perlu menjadi garis


panduan dan sempadan terhadap pembinaan sesuatu sistem yang benar-benar
memberi kepuasan terhadap pengguna. Integrasi antara komponen-komponen
kejuruteraan yang dimajukan perlu menjadi inisiatif kepada pembangun sistem untuk
terus merekabentuk suatu sistem yang dapat memberi manfaat yang maksimum
kepada pengguna. Untuk itu, perancangan yang sistematik dan teratur perlu bagi
merekabentuk sesuatu sistem. Gambaran konsep sistem sebenar yang terlibat perlu
diperincikan dengan teliti agar sistem tidak mengalami sebarang masalah kelak.

Sistem pangkalan data yang digunakan untuk menguruskan maklumat


banyak. ianya seharusnya menyediakan satu platform penyimpanan data yang
selamat dengan mengambilkira keadan sistem yang mungkin gagal atau
pencerobohan. Sekiranya data dikongsi oleh pengguna yang berbeza, sistem
seharusnya mampu mengolah hasil paparan yang stabil (Korth dan Silberschatz,
1986)

Bagi menguruskan maklumat yang penting dan bernilai bagi kebanyakan


organisasi, pangkalan data merupakan sumber yang amat berharga. Dengan itu,
perlu dipastikan pembangunan konsep dan teknik pengurusan data adalah efisien dan
sistematik.
177

Dalam membincangkan pangkalan data, perkara penting yang perlu difahami


adalah Database Management System (DBMS). DBMS ini mempunyai data
mempunyai hubungkait dan set aturcara untuk mencapai data tersebut. Objektif
utama DBMS adalah untuk menyediakan satu platform yang sesuai dan efisien
digunakan dalam proses pengurusan data.

Oleh kerana pembangunan sistem ini banyak melibatkan perisian yang agak
komplikasi, maka pengetahuan asas mengenai perisian yang digunakan seperti
Microsoft Access 2003, Visual Basic 6.0 serta Expert Choice 2000 perlu dikuasai
terlebih dahulu supaya tidak akan timbul sebarang masalah kelak. Fasa rekabentuk
pangkalan data perlu diberi perhatian lebih kerana kesilapan pada program pangkalan
data akan memberi kesan terhadap keseluruhan pembangunan sistem. Oleh itu, carta
alir rujukan perlu didasarkan kepada praktis sebenar JKR serta penguasa tempatan
sekarang.

You might also like