You are on page 1of 10

Agama dan Kepercayaan di Alam

Melayu
JCEA 2303

Modernisme Islam Indonesia: Pemikiran Nurcholish


Madjid

Muhammad Hafiz Bin Md Said


JEA 080707

Pensyarah: Prof. Dr Amri Marzali


Pengenalan

Makalah ringkas ini akan membincangkan tentang soal modernisme Islam

yang belaku di Indonesia. Terdapat ramai tokoh yang menyumbang kepada

modernisme Islam di Indonesia seperti Nurcholish Madjid, Djohan Effendi,

Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wahid. Pemikiran baru yang dibawa oleh

tokoh-tokoh ini memainkan peranan dalam membentuk Neo-modernisme

Islam di Indonesia. Dalam makalah yang ringkas ini, hanya pemikiran

Nurcholish Madjid yang akan dibincangkan. Pembaruan pemikiran beliau

yang kritis serta makalah-makalah beliau yang menjurus kepada pembaruan

pemikiran Islam akan bincangkan secara ringkas dalam makalah ini.

Identiti Islam di Indonesia

Islam di Indonesia merupakan populasi Islam terbesar di dunia. Sebanyak

90% penganut Islam di Indonesia dan ini merupakan jumlah sebanyak 180

juta orang Islam di Indonesia secara keseluruhannya. Namun begitu, tidak

terdapat ramai penganut Islam yang mengikut perintah atau ajaran Islam.

Ramai yang tidak mematuhi hukum-hakam shariah Islam mungkin

disebabkan tiada usulan daripada pihak yang memerintah. Terdapat amalan

nenek moyang di kalangan penganut-penganut agama Islam di Jawa. Orang

jawa masih lagi mencampuradukkan amalan Hindu-Buddha dengan Islam.

Mereka berpendapat bahawa Islam tidak melarang amalan-amalan tradisi

yang telah dating sebelum ajaran Islam. Dalam hal ini Michael R.J. Vatikiotis

berpendapat bahawa:

“Rigid adherence to Islamic shariah law is not found, and


certainly not officially encouraged. Religious courts exists
specifically for the determination of marital and inheritance.

2
Strict observance of Islamic ritual is in some communities the
exception rather than the norm.”1

Namun begitu, terdapat kesedaran umat Islam di Indonesia kini tentang

hukum-hukum shariah dan ada pula usaha untuk memperbaiki praktik agama

Islam secara keseluruhannya.

Modenisme Islam

Modernisme Islam ini merupakan satu faham yang berpegang teguh dengan

mengakui bahawa Al-Quran sebagai kitab suci yang boleh dipraktikkan di

zaman moden ini. Al-Quran diangkat sebagai mempunyai kelebihan daripada

tulisan-tulisan ciptaan manusia yang manapun. Rasionalisme dalam

Modernisme Islam tidak menukar ajaran-ajaran asas yang kukuh dalam

agama Islam. Sebaliknya, prinsip-prinsip ketuhanan serta kepentingan hidup

yang tertera dalam kitab Al-Quran menjadi pedoman kepada orang Islam

untuk kepentingan hidup di dunia moden. Menurut Greg Barton:

“Bahkan sebaliknya, Modernisme Islam berpegang teguh untuk


mengakui otoritas al-Quran dan memperjuangkan kelebihannya
dari tulisan-tulisan ciptaan manusia yang manapun.” 2

Fahaman ini telah membezakan antara konsep Modernisme Islam dengan

konsep Modernisme Barat yang menolak konsep Ilahiah dalam Kitab Suci

mereka.

Menyingkap sejarah modernisme Islam di Indonesia pada awal abad ke-20an,

modernisme terpusat pada persoalan-persoalan praktik dan masalah ajaran.

Ulama-ulama tradisional menentang praktik-praktik sosial dan lembaga-

lembaga kaum modernis yang mempunyai kurikulum lebih luas, juga

penggunaan tenaga pengajar kaum perempuan yang memiliki posisi sama

1
Michael R.J. Vatikiotis. (1994). Towards an Islamic Identity? Dlm Indonesia Politics under
Suharto.London: Routledge.
2
Greg Barton. (1999). Gagasan Islam Liberal Di Indonesia. Jakarta: Paramadina.

3
dengan kaum lelaki, dan juga ketika kaum Modernis untuk pertama kali

menggunakan bangku-bangku dan meja-meja sekolah serta papan tulis. 3

Pengaruh Modernisme Islam bermula dari pengaruh yang membawa ajaran-

ajaran yang kontroversial pada awal abad ke-20. Pelajar-pelajar yang belajar

di Mesir, telah membawa tulisan-tulisan dan gagasan-gagasan sarjana

Modernis Al-Azhar, seperti Muhammad Abduh. Pembaharuan-pembaharuan

atau gagasan-gagasan ini tidak disambut baik oleh golongan konservatif yang

tidak mahu pada perubahan. Setiap perubahan itu dianggap sebagai bida’ah.

Justeru, kedua-dua kelompok konsevatif dan modernis ini memperkuatkan

ajaran mereka dengan berpegang pada prinsip-prinsip yang mereka percayai

disamping melemahkan prinsip-prinsip lawan. Maka dengan adanya

berbezaan pendapat ini, tertubuhlah dua organisasi Islam yang bertapak di

Indonesia pada tahun 1912, Muhammadiyah dipelopori oleh Kiai Haji Ahmad

Dahlan dan pada tahun 1926, Nadhlatul Ulama (NU) yang dipelopori oleh Kiai

Haji Hasjim Asj’ari. Muhammadiyah sebagai membawa obor pembaharuan

kepada ajaran Islam manakala NU berpegang pada prinsip konservatifnya.

Hanya pada zaman pemerintahan Jepun, Masyumi (Majelis Syuro Muslimin

Indonesia) berjaya melibatkan NU dan juga Muhammadiyah.

Tokoh yang bertanggungjawab tentang modernisme Islam di Indoensia antara

lainnya ialah Nurcholish Madjid. Pada 1970, Nurcholish Madjid telah

menggemparkan rakyat Indonesia dengan pemikiran serta pembaharuan

yang hendak ditonjolkan. Beliau berpendapat bahawa harus ada pembaruan

dalam pemikiran Islam Modernis di Indonesia. Beliau telah mengupas dengan

terbuka permasalahan tentang ‘sekularisasi’, ‘desaklarisasi’, ‘liberalisme’ dan

‘sosialisme’. Pemikiran Nurcholish ini mendapat reputasi buruk kerana


3
Ibid, hlm 46.

4
disalahertikan oleh masyarakat Islam Indonesia. Selanjutnya dalam makalah

ini akan membincangkan secra ringkas tentang pemikiran tokoh ini.

Biodata Nurcholish Madjid

Dilahirkan di sudut kampung kecil di desa Mojoanyar, Jombang, Jawa Timur,

pada 17 Mac 1939. Bersekolah di Sekolah Rakyat pada waktu pagi dan waktu

petang di madrasah. Memperoleh ijazah SR IV2 dari Sekolah Rakyat Bareng,

pada masa yang sama beliau menyelesaikan sekolah agamanya di madrasah

ayahnya, Madrasah al-Wathoniyah.Pada usia 14 tahun, Nurcholish Madjid

belajar di pesantren Darul-Ulum Rejoso di Jombang. Beliau sering menjadi

bahan cemuhan teman-temannya kerana pendirian politik ayahnya yang

terlibat di Masyumi. Kemudian, ayahnya memindahkan Nurcholish Madjid ke

pesantren Pondok Modern Gontor, di Ponogoro, Jawa Timur. Beliau belajar di

Gontor pada usia 16-21 tahun. Kurikulum Gontor menghasilkan perpaduan

yang liberal, iaitu tradisi belajar klasik dengan gaya modern Barat. Para

pelajar yang belajar di pesantren Gontor, tidak hanya diwajibkan mampu

menguasai Arab klasik, tetapi juga bahasa Inggeris. Para pelajar bertutur

hanya menggunakan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, dan tidak dibolehkan

menggunakan bahasa Jawa dan bahasa Indonesia. Kehidupan di Gontor

bukanlah meniru terhadap gaya hidup madrasah di Timur Tengah. Semasa

kanak-kanak, beliau bercita-cita menjadi engineer kereta api dan mendalami

fizik serta matematik, sehingga elektronik merupakan salah satu hobinya.

Pada tahun 1961, beliau pindah ke Jakarta dan kuliah di Fakulti Adab jurusan

Bahasa Arab dan Sejarah Kebudayaan Islam, IAIN Syarif Hidayatullah,

Ciputat. Dari sini, semakin jelas bahawa kariernya akan berkaitan dengan

dunia pemikiran keislaman. Meraih gelaran sarjana pada tahun 1968, beliau

5
menulis skripsi berjudul Al-Quran Arabiyun Lughatan wa ‘Alamiyun Ma’nan

(Al-Quran Secara Bahasa Adalah Bahasa Arab, Secara Makna Adalah

Universal). Nurcholish Madjid menjadi Ketua Umum PB HMI untuk dua tahun

berturut-turut dari tahun 1966-1969 hingga 1969-1971. Juga menjadi

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) pada 1967-

1969. Pada 1968-1971, beliau juga menjadi Wakil Sekretaris Umum dan

penaung International Islamic Federation of Students Organisation ( IIFSO,

Himpunan Organisasi Mahasiswa Islam se-Dunia). Nilai-nilai Dasar

Perjuangan (NDP) yang merupakan buku kecil sebagai pedoman ideologis

HMI yang ditulis oleh Nurcholish Madjid dan teman-temannya pada awal

tahun 1969. Kelompok diskusi yang penting adalah Yayasan Samanhudi. Di

situ, Nurcholish Madjid bertemu dengan Djohan Effendi, Ahmad Wahib, M.

Dawam Rahardjo, Syu’bah Asa, dan Abdurrahman Wahid. Gerakan

Pembaharuan Pemikiran Islam kemudian tumbuh dan berkembang. Dari

tahun 1974-1976, beliau menjadi Direktor Lembaga Kebajikan Islam

Samanhudi di Jakarta. Pada masa yang sama (1974-1976), beliau menjadi

Wakil Direktor I Lembaga Studi Ilmu Kemasyarakatan di Jakarta.

Pemikiran Nucholish Madjid

Artikal ‘ Modernisasi ialah bukan Westernisasi’ dan ‘Keharusan Pembaruan

Pemikiran Islam dan Masalah Intergrasi Umat tanda perkembangan

Nucholish Madjid. Modernisasi ialah ’Rasionalisasi’ bukan ’Westernisasi’

ditulis pada tahun 1986 ketika Nurcholish mencapai puncak perhargaan

sebagai Modernis konservatif. Kaum Modernis anggap Nurcholish sebagai

‘Natsir Muda’. Artikal ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pandangan

6
progresif dalam modernisasi dan pembelaan apologetic mengenai keharusan

masyarakat beriman kepada Tuhan.

Nurcholish meletakkan pemisah antara rasionaliti dan rasionalisme. Menurut

Nurcholish, rasionalisme menekankan sistem pemikiran dan pedoman hidup

yang berdasarkan materialistik. Beliau menolak perkara ’isme’, lalu beliau

cuba mengabungkan rasionaliti, rasionalisme dan humanisme. Melihat tahap

pemikiran yang menjadi agama baru paling dominan. Rasionaliti penting

untuk memahami pengetahuan yang relatif dan terbatas tetapi sekiranya

berdasarkan itu sahaja tidak mencukupi. Dengan kata lain, akal manusia

yang berdasarkan penelitian fakta dan realiti alam, memiliki kemampuan

untuk mencapai tahap pemahaman tertentu. Tahap pemahaman manusia

terdiri daripada naluri, pancaindera, rasionaliti dan wahyu. Nurcholish

memfokuskan kajian pada ideology lama yang menjadi musuh Modernisme

Islam: Westernisme, Liberalisme dan Komunisme. Westernisme menurut

beliau ialah keseluruhan fahaman yang membentuk suatu “total way of life”

yang keutamaanya adalah sekularisme. Beliau juga menterjemah liberalisme

sebagai perkembangan sekularisme yang sasarannya ditujukan pada hak

individual dan nilai kapitalisme. Beliau menolak fahaman liberalisme, dan

menyeru Islam menganjurkan kemerdekaan individu, tetapi ada batasnya.

Nurcholish mahukan umat Islam bukan sahaja kembali kepada Al-Quran dan

Hadits tetapi memasukkan rationaliti supaya menjana satu pemikiran yang

berbentuk progresif dan kreatif. Beliau juga mahukan umat Islam Indonesia

mengejar modernisasi yang dimaksudkan sebagai penerapan rationaliti

secara terus-menerus tapi berbeza dengan rasionalisme dalam pandangan

sekular materialistik. Nurcholish memberikan beberapa alasan terhadap

7
pandangan beliau ini yang antaranya menyatakan bahawa Allah menciptakan

seluruh alam ini dengan haq, manusia diperintah Allah untuk mengamati dan

menelaah hukum-hukum alam yang ada dalam ciptaannya dan adanya

perintah untuk mempergunakan akal fikiran (rasio). Justeru, lanjutan daripada

pandangan beliau ini, beliau memberikan contoh Albert Einstein yang tidak

mengikut mana-mana kelompok agama secara formal tetapi berjaya menjadi

seorang ilmuwan yang religious. Beliau meletakkan kepentingan rasio (akal

berfikir) ini, bukan hanya kepada perkara duniawi sahaja malahan kepada

persoalan spiritual juga.

Nurcholish merasakan harus ada pembaruan pemikiraan Islam. Beliau

menyifatkan umat Islam sebagai telah lumpuh dengan tidak berfikir secara

radikal. Beliau mengajak umat Islam Indonesia supaya membuat pembaruan

intelektual yang dipersiapkan untuk menggugurkan segala macam bentuk

ajaran, kegemaran maupun tradisi. Untuk proses ini, beliau telah melakarkan

tiga proses yang saling kait-mengait iaitu proses sekularisasi, kebebasan

intelektual dan gagasan mengenai kemajuan dan sikap tebuka. Proses

sekularisasi yang dimaksudkan oleh Nurcholish ini berbeza daripada

sekularisme. Beliau mengungkapkan proses sekularisasi ini sebagai

transformasi kepercayaan-kepercayaan dan praktik lainnya de dalam sua

arah. Pertama, melakukan desakralisasi atau menduniakan segala hal yang

tidak suci tapi yang dianggap suci selama ini. Kedua, ialah dengan

mensakralkan segala hal yang benar-benar transenden, kekal dan suci.

Secara ringkasnya, Nurcholish mahukan penilaian semula kepada pemikiran

agama tradisi yang selama ini dipegang kukuh oleh umat Islam Indonesia

tanpa membuat sebarang penilaian semula tentang amalan-amalan serta

8
praktik keagamaan yang dilakukan oleh mereka. Dalam hal ini, beliau telah

menyentuh hal-hal yang cukup sensitif termasuklah kemahuan

mendesakralisasi konsep tawhid dengan menolak segala bentuk

pemberhalaan termasuk pemberhalaan pemikiran agama ortodoks yang

dibuat manusia sebagai suci. Kedua, Nurcholish menekankan bahawa umat

Islam harus sedar akan kepentingan kebebesan berfikir. Namun begitu, beliau

juga akur bahawa pemikiran yang baru seringkali disalahertikan dan menjadi

asing apabila pertama kali didatangkan walaupun ide-ide itu merupakan ide-

ide yang bagus tetapi mudah ditolak kerana tampak asing. Keterbukaan

Nucholish dalam hal ini dapat dilihat sebagai seorang yang berpegang teguh

kepada prinsip-prinsip keIslaman yang menyebut perbezaan pendapat adalah

rahmat. Kesedaran Nurcholish terhadap kehilangan kebebasan pemikiran

intelektual yang kian hilang di Indonesia. Beliau berharapkan supaya umat

Islam dapat melahirkan wawasan-wawasan dan gagasan-gagasan yang

segar. Menurut beliau lagi, ini merupakan kehilangan kekuatan secara

psikologis. Ketiga, Nurcholish merasakan orang muslim harus bersikap

terbuka. Sikap terbuka ini akan melahirkan muslim yang berpandangan ke

depan dan bersikap optimis. Menurut Nurcholish Madjid, Islam bukan sahaja

harus membangun dengan dilandasi dengan Al-Quran dan Sunnah tetapi

juga dibangun bersama-sama dengan aneka warisan budaya dan pengaruh

Hellenisme dan budaya Asia Barat.

Kesimpulan

9
Nurcholish Madjid merupakan seorang pemikir intelektual Islam yang

progresif yang mengharapkan pembaruan terhadap pemikiran Islam yang

terdahulu. Tujuan beliau nampak jelas dalam keinginan untuk

membangunkan umat Islam dengan menanamkan sikap keterbukaan dan

kecenderungan kepada berfikir. Hasrat beliau mungkin untuk melihat

sekelompok elite yang mampu membuat perubahan kepada pemikiran umat

Islam yang harus dinamik dan tidak statik. Dengan itu, insitiatif-inisiatif yang

terlahir daripada pemikiran baru ini dapat dimanfaatkan mahupun di dunia

Islam ataupun dunia barat. Nurcholish Madjid cuba menarik simpati para

pemikir serta pemimpin kaum Modernis Islam terdahulu. Dengan berbekalan

teologi yang secara fundamental dan konservatif, Nurcholish juga melahirkan

kecintaannya terhadap pembaruan pemikiran Islam modernis. Namun begitu,

pemikiran Nurcholish ini mendapat banyak tentangan kerana beliau

membawa pembaruan yang dianggap asing kepada pemikiran yang telah

mantap dan kukuh di kalangan umat Islam di Indonesia.

10

You might also like