You are on page 1of 29

BIDANG

MEMPERKENALKAN KRAF TRADISIONAL


TAJUK
ANYAMAN MENGKUANG

DISEDIAKAN OLEH:
AZMI HJ.AWANG
cgazmi@gmail.com

AZMI SMP OUM September 2007 1


SEJARAH ANYAMAN DAN PERKEMBANGANNYA
 Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai
pengaruh dari luar.
 Seni anyaman bermula pada zaman Neolitik dan kebanyakkan
hasilnya merupakan tali, atap, pakaian dan keperluan kehidupan
lain.
 Bahan asas yang paling awal digunakan untuk menghasilkan
anyaman ialah akar dan rotan.
 Menurut Siti Zainun dalam buku `Reka bentuk Kraftangan Melayu
Tradisi`- Pada zaman pemerintahan Long Yunus di negeri
Kelantan (1756-1794), penggunaan anyaman digunakan oleh raja.
Dimana anyaman tersebut dipanggil`Tikar Raja` yang diperbuat
daripada pohon bemban.
 Sehingga kini beberapa negeri masih aktif menjalankan kegiatan
anyaman diperingkat kampung. Antaranya di Rusila, Dungun,
Kg.Thu Renggeh, Kg.Kijing, Chendering, Kuala Ibai di Terengganu
dan beberapa negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman
ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

AZMI SMP OUM September 2007 2


PENGENALAN
 Mengkuang atau pandan adalah bahan asas yang sering
digunakan oleh penganyam.
 Boleh didapati di kampung-kampung@ kawasan berbukit.
 Mempunyai duri,berdaun keras dan panjang.
 Terdapat beberapa jenis mengkuang yang
digunakan untuk anyaman;
1.Mengkuang Kampung
2.Mengkuang India
3.Mengkuang Ladang

AZMI SMP OUM September 2007 3


PERALATAN ANYAMAN
Alat kelengkapan anyaman yang diperlukan;

 Parang  Pisau untuk membuang  Jangka


mempulur daun

 Pelurut  Penyisip

AZMI SMP OUM September 2007 4


PROSES PENYEDIAAN DAUN
Proses penyediaan daun bermula dengan;

1. Pemilihan dan pemotongan daun


 Daun dipilih tidak terlalu tua atau muda (berusia lebih kurang
dua tahun).
 Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai.
 Waktu sesuai mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang

bagi mengelakkan daun cepat layu.


 Daun yang telah diambil, disusun berlapis antara tiga hingga
lima helai dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun.
 Kemudian duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun
dibuang.

AZMI SMP OUM September 2007 5


2. Melayur daun
 Daun dilayur di atas bara api sehingga
kekuning-kuningan.
 Bertujuan supaya daun menjadi lembut
bagi memudahkan proses menjangka
dan tahan lebih lama.

AZMI SMP OUM September 2007 6


3. Menjangka daun
 Proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil
dengan menggunakan alat `jangka`.
 Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka
bermata tajam dicucuk pada daun dan ditarik perlahan-lahan.
 Saiz bilah ditentukan melalui penggunaan jangka. Sekiranya
bilah yang bersaiz kecil dikehendaki, jangka yang yang jarak
mata yang rapat digunakan.
 Melalui proses menjangka ini juga, duri yang terdapat di
bahagian kiri dan kanan daun akan dibuang.

AZMI SMP OUM September 2007 7


4. Melurut
 Daun yang telah dijangka dibiarkan lebih kurang
satu jam supaya kering.
 Kemudian bilah daun dilurut menggunakan alat pelurut.
 Dilakukan berulang kali supaya bilah daun menjadi
lembut dan tidak bergulung.

AZMI SMP OUM September 2007 8


5. Merendam
 Selepas melurut, bilah-bilah daun diikat atau ditongkolkan
untuk direndam di dalam tempayan yang mengandungi air
biasa selama dua hari dua malam.
 Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari.
 Tujuan direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau).
 Selepas cukup tempoh direndam, ikatan tongkol ini dibuka
untuk dicuci dan dijemur.

AZMI SMP OUM September 2007 9


PEWARNAAN
Proses pewarnaan terbahagi kepada dua cara;

1. Pewarnaan Cara Tradisi


 Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan
tempatan (vegetable dye) seperti kunyit,buah kesumba India
dan daun mengkudu.
 Warna-warna yang dihasilkan ialah;
1. Kuning- kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam
air mendidih.
2. Kuning Pinang Masak- buah kesumba India ditumbuk halus
dan dimasukkan ke dalam air mendidih.
- untuk warna yang terang dicampur

dengan kapur sirih.


3. Merah- proses sama dengan warna kuning pinang masak.
4. Biru kehitaman- daun mengkudu digunakan.
AZMI SMP OUM September 2007 10
2. Pewarnaan Cara Moden
 Pewarnaan cara tradisi moden menggunakan bahan pencelup
`dyestuff`(Samasa Basic).
 Ia berbentuk hablur atau serbuk
 Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan
dengan bahan pewarna. Ia kemudian dibancuh dan dikacau.
 Bilah mengkuang yang telah ditongkolkan,dicelup ke dalam
bancuhan warna tersebut.
 Tempoh masa yang diperlukan antara 15 hingga 20 minit.
 Kemudian tongkol tersebut diangkat dan dibersihkan serta disidar
supaya kering.

AZMI SMP OUM September 2007 11


PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN
Proses anyaman mempunyai lima peringkat;

1. Lagang
 Lagang merupakan `tulang` kepada sesuatu penciptaan dan
rupabentuk anyaman.
 Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran
lagangan yang dibuat.
 Tiap-tiap satu bilah mengkuang dibentuk seperti `V` di bahagian
tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.

AZMI SMP OUM September 2007 12


2. Anyaman

 Anyaman melibatkan tiga proses;


1. Anyaman kelarai
2. Anyaman biasa
3. Anyaman sulam
 Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan
sampai kebahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar
dalam bentuk empat persegi.
 Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak,
anyaman jenis sulaman digunakan.

AZMI SMP OUM September 2007 13


3. Lepih
 Dikenali juga sebagai `anyaman mati` pada tepi tikar sebagai
mengakhiri kerja anyaman.
 Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepi dan kemudian
dijahit pada barangan yang dikehendaki.
 Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti;
1. Tepi betul
2. Tepi susut
3. Tepi sepit ketam
4. Tepi gigi yu
5. Tepi pulas
6. Tepi tulang belut

AZMI SMP OUM September 2007 14


4. Sisip
 Proses ini memerlukan alat `penyisip` bagi
merenggangkan bahagian anyaman bagi
memudahkan lebihan bilah daun yang
direncungkan (tajamkan) masuk.
 Tujuannya untuk mengelakkan anyaman
terburai.

AZMI SMP OUM September 2007 15


5. Kerat
 Lebihan atau baki bilah daun anyaman dipotong
menggunakan pisau.
 Bertujuan supaya anyaman kelihatan nampak
kemas dan menarik.

AZMI SMP OUM September 2007 16


FALSAFAH OBJEK DAN KARYA SENI TERSEBUT
DIHASILKAN
Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa
pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangannya.
 Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita
sebagai mengisi masa lapang.
 Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.
 Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita
itu mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna.
 Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan
yang besar.
 Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana
bersifat lembut dan boleh digulung.
 Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.
 Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan
motif.

AZMI SMP OUM September 2007 17


TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN TIKAR
Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya.
Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun
bagi memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak
digunakan sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih
dahulu.
Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan
untuk alas tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu;
 Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut
ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat
sembhyang itu.
 Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah
isi kelapa yang diparut.
 Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk
pengantin lelaki semasa upacara akad nikah.
 Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur
padi.

AZMI SMP OUM September 2007 18


SENI ANYAMAN DIMENSI BARU
Seni anyaman mengkuang/pandan telah berubah mengikut peredaran
masa dalam memenuhi citarasa masyarakat. Bidang kraf anyaman
bukan sahaja tertumpu kepada proses pembuatan tradisional seperti
tikar dan bakul malah hasil anyaman telah diubah dan digubah
mengikut kehendak masa kini seperti pengadang ruang,terendak lampu,
hiasan dinding dan sebagainya;

AZMI SMP OUM September 2007 19


UNSUR DAN PRINSIP SENI
 Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan
bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam
hias yang menarik sebagai motif utama.
 Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.
 Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi
mewujudkan pelbagai jenis kelarai.
 Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang
menarik.
 Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadi
seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai
yang dihubungkaitkan dengan nama orang.

AZMI SMP OUM September 2007 20


JENIS-JENIS KELARAI
1. a) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan

Kelarai Bunga Cempaka


Kelarai yang menyerupai bunga
cempaka.Gelarannya diberi oleh
Hjh.Semek ketika dianyam oleh
Cik Asiah dari Kg.Tepoh,Trg.

Kelarai Bunga Api


Anyaman yang pecah
seakan-akan bunga api.
Dikenali juga sebagai
Kelarai Tok Anggor
Paka,Trg.
AZMI SMP OUM September 2007 21
1. b) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan

Kelarai Bunga Melor


Cantuman dari bunga Ator yang
menghiasi kelopak bunga melor.

 Kelarai Bunga Kelabutan


Didapati dari Kg.Benoni,Sabah.
Menurut Dayang Aisah bt.Awang
Husin,kelarai ini berasal dari
Brunei.

AZMI SMP OUM September 2007 22


2. a) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak
Kelarai Beras Patah
Rupa bentuknya ringkas dengan
susunan berbentuk `V`.Warna
putih berlatar belakangkan hitam
memberi gambaran seperti biji-biji
beras bertaburan.Corak ini sering
digunakan untuk tikar berukuran
besar.

 Kelarai Berakar
Menurut Hjh.Semek,kelarai ini
seakan-akan Kelarai Jari Kedidi
tetapi ia lebih kecil.Justeru itu ia
kelihatan seperti akar-akar
pohon.

AZMI SMP OUM September 2007 23


2. b) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak

Kelarai Pecah Lapan


Dikelilingi dengan corak yang seakan-
akan bunga kelopak lapan.Jangkauanya
sebanyak tujuh helai daun mengkuang.
Tidak sesuai untuk anyaman tikar kecil
kerana jangkauan panjang membuat
tikar tidak tahan lama.

 Kelarai Mata Berkait


Menyerupai Kelarai Tapak
Harimau tetapi lebih rapat.Setiap
mata yang dianyam bertemu,
sebab itu digelar mata berkait.

AZMI SMP OUM September 2007 24


3. a) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan

Kelarai Jari Kedidi


Sempena bekas tapak jari kedidi
yang dijumpai oleh Hjh.Semek
dan rakan-rakannya ketika
mengayam di tepi pantai.

 Kelarai Buntut Siput


Anyaman yang rapat dan kemas.
Sesuai untuk tikar besar dan kecil.
Menurut Hjh.Semek,kelarai ini
berasal dari Kemaman,Trg.

AZMI SMP OUM September 2007 25


3. b) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan

Kelarai Anak Ikan


Anyaman ini juga dikenali sebagai
Belalang cucuk di Paka, Trg.

 Kelarai Kepala Gajah


Diilhamkan dari corak kain yang
menutupi kepala gajah tunggangan
raja-raja.

AZMI SMP OUM September 2007 26


4. a) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia

Kelarai Cik Kedah Bersila


Dikenali juga sebagai Bunga
dalam Kelarai

 Kelarai Cik Kedah Ketapang


Kelarai ini berasal dari Ulu Marang
dalam bentuk tikar.Tetapi terdapat
sedikit perubahan ketika Hjh.Semek
dan Hjh.Minah cuba mencontohinya.

AZMI SMP OUM September 2007 27


4. b) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia

Kelarai Mak Mek


Kelarai hasil ciptaan Hjh.Semek
yang mengubahsuai sejenis kelarai
yang berasal dari Ulu Marang,Trg.
Rakan-rakannya mencontohi
gubahannya itu dan menggelarkan
Mak Mek sempena namanya.

 Kelarai Cik Kedah Berakar


Juga digelar Permaidani di Paka,
Trg kerana seperti permaidani.

AZMI SMP OUM September 2007 28


Zaman dahulu menganyam tikar,
Sunyi menyepi desa terpinggir,
Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir;
Buluh muda mudah dilentur,
Buat ampaian penyidai jala,
Semangat juang belum luntur,
Seni anyaman jangan dilupa.

AZMI SMP OUM September 2007 29

You might also like