P. 1
DoA majlis perkahwinan

DoA majlis perkahwinan

|Views: 4,730|Likes:
Published by eseel5
doa dalam majlis perkahwinan
doa dalam majlis perkahwinan

More info:

Published by: eseel5 on Feb 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu Ya Allah

Ya Rahman Ya Rahim Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh Anak-anak yang menjadi amanah Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah Dan agar berkekalan mempelai ini Sehingga ke dalam syurga Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Teguhkan iman kami Mantapkan aqidah kami Mudahkan urusan kami Murahkan rezeki kami Halalkan makan minum kami Berkatilah kehidupan kami Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ampunkanlah dosa kami, Dosa kedua orang tua kami,

Dosa ahli keluarga kami Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa Baik yang zahir mahupun yang batin Yang kecil mahupun yang besar Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelo ra Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang Amin Ya Rabbal Alamin.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->