P. 1
APLIKASI TEORI PENGURUSAN

APLIKASI TEORI PENGURUSAN

2.0

|Views: 6,781|Likes:
Published by Zaira_Said

More info:

Published by: Zaira_Said on Feb 06, 2010
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

10/21/2014

FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN (PPP 6023

)
TUGASAN: APLIKASI TEORI-TEORI PENGURUSAN MODEN DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH : NO.MATRIK ZARINAH BT SALEM M20091000026

PROGRAM: PROGRAM EKSEKUTIF (AT24) SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN DISEDIAKAN UNTUK : DR. CHE MOHD ZULKIFLI B. CHE OMAR

TARIKH SERAHAN: 31 OKTOBER 2009
1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

2

ABSTRAK 1.0 2.0
3.0

3 3-4 5-6
6

Pengenalan Teori Sistem (Teori Moden) Pendekatan Analisis Sistem Dalam Organisasi Pendidikan Rajah 1: Gambaran Sebuah Organisasi Besar 3.1.1 Peringkat Persekutuan 3.1.2 Peringkat Negeri Rajah 2 : Gambaran Organisasi Pentadbiran Pendidikan Negeri 3.1.3 Peringkat Bahagian 3.1.4 Peringkat Daerah 3.1.5 Peringkat Sekolah Rajah 3 : Struktur Ringkas Organisasi Sekolah Rajah 4 : Peranan Sekolah Dalam Organisasi

7-9

10-11

4.0

Pendekatan Analisis Input-Output Dalam Organisasi Sekolah Rajah 5 : Analisis Input-Output 4.1 Input Sumber Pencapaian 4.2 Sekolah sebagai Jentera Pendidikan Rajah 6: Elemen-Elemen Yang Berinteraksi Dalam Sistem Sosial Sekolah

12-13

5.0

Kesimpulan Rujukan

14 15

3

Proses pengurusan sangat penting tidak kira sama ada organisasi itu besar ataupun kecil dan formal atau tidak formal. Bagi mengurus sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu tahu dan memahami bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam konteks pendidikan, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan sekolah tidak terkecuali daripada matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat. Pentadbir sekolah seharusnya mengetahui pendekatan atau teori-teori yang mampu memajukan organisasinya Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan Analisis Sistem atau Sains Pengurusan. Pendekatan ini berbentuk matematik. Antaranya membuat belanjawan, pengurusan aliran wang tunai, penjadualan pengeluaran, pembentukan strategi barangan, perancangan program, perkembangan personel dan penggunaan komputer dalam pendidikan. Pendekatan sistem menumpukan kepada penggunaan pelbagai sumber ke dalam program pendidikan dan menyumbangkan perkhidmatan melalui interaksi manusia. Pendekatan ini bertujuan membantu pentadbir merancang dan meramalkan apa yang akan terjadi. Dalam sistem pendidikan kita, bukan sahaja sekolah merupakan sebuah organisasi yang formal tetapi Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran, badan-badan tertentu dan pusat-pusat pengajian tinggi juga mempunyai organisasi yang formal dan tersusun.Contohnya, organisasi APLIKASI TEORI-TEORI PENGURUSAN Persekutuan (Pusat), keseluruhan sekolah sebagai satu sistem meliputi pentadbiran Peringkat MODEN DALAM organisasi KementerianORGANISASI PENDIDIKAN Pelajaran. Menteri Pelajaran Pelajaran diketuai oleh Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri Pelajaran dan Setiausaha Politik. Peringkat Negeri diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah Pelajaran. Sementara Peringkat ABSTRAK Bahagian diketuai oleh Pegawai Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah. Institusi Sekolah pula diketuai oleh Pengetua atau Guru Besar. Pendekatan Input-Output, contohnya input pencapaian ditentukan oleh guru, buku, kewangan, latar belakang murid, asrama dan kemudahan lain. Peranan sekolah sebagai Jentera Pentadbiran meliputi aspek kepimpinan pengetua, kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa seperti aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran. Bagi mencapai matlamat semua komponen dalam sistem yang mempunyai tugas, fungsi 4 dan matlamat perlu ada interaksi antara satu sama lain.

1.0

PENGENALAN

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pengurusan sangat penting tidak kira sama ada organisasi itu besar ataupun kecil dan formal atau tidak formal. Bagi mengurus sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu tahu dan memahami bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya. Dalam konteks pendidikan, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan sekolah tidak terkecuali daripada matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat. Pentadbir sekolah seharusnya
5

mengetahui pendekatan atau teori-teori yang mampu memajukan organisasinya. Hal ini demikian kerana sekiranya pentadbir sekolah dapat menguruskan organisasinya dengan baik dan lancar, ia akan dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu menikmati kehidupan yang lebih selesa serta sempurna. Hal ini selaras dengan peranan pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya masyarakat (Mohd. Salleh Lebar, 2000). Situasi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran kesan daripada globalisasi telah menuntut satu tranformasi dalam sistem pendidikan Malaysia khasnya dalam aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primer dan sekunder iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiari iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global (Jamil Ahmad, 2005). 2.0 TEORI SISTEM (TEORI MODEN)

Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan Analisis Sistem atau Sains Pengurusan. Pendekatan ini mula-mula diperkenalkan di barat pada tahun 1970 disebabkan tiada pendekatan yang dapat menyelesaikan masalah pengurusan yang kompleks. Pendekatan ini berbentuk matematik. Antaranya membuat belanjawan, pengurusan aliran wang tunai, penjadualan pengeluaran, pembentukan strategi barangan, perancangan program, perkembangan personel dan penggunaan komputer dalam pendidikan.
6

Dalam konteks pendidikan, pendekatan sistem bermaksud pendidikan merupakan satu sistem kerana ia dibentuk daripada pelbagai subsistem yang mempunyai fungsi masing-masing. Mengikut Sufean Husein (1996) dalam bukunya Pendidikan Di Malaysia : sejarah, Sistem dan Falsafah, beliau menyatakan sistem ialah apa saja yang terbina daripada rangkaian komponen-komponen atau unit-unit dan ia mempunyai sesuatu tugas, fungsi dan matlamat. Contohnya, ada sekolah, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan unit-unit kecil dalam jabatan tersebut. Pendekatan sistem menumpukan kepada penggunaan pelbagai sumber ke dalam program pendidikan dan menyumbangkan perkhidmatan melalui interaksi manusia. Pendekatan ini bertujuan membantu pentadbir merancang dan meramalkan apa yang akan terjadi. Kriteria-kriteria umum pendekatan ini ialah:
i.

Sekolah merupakan satu organisasi dan bersistem. Ada organisasi formal dan tidak formal. Setiap organisasi sebagai satu sistem dan bukan berasingan. Sekolah sebagai satu network atau sistem yang mengandungi sistem kecil. Segala sumber yang diberikan dalam bentuk wang, manusia, kemudahan dan proses-proses boleh ditranformasikan kepada hasil atau outcomes atau output yang ada kaitan dengan matlamat pendidikan

ii. iii.
iv.

v. vi.

Institusi pendidikan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran yang terbuka Maklum balas merupakan kunci kepada pengawalan sistem

Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, sekolah terbina daripada komponen-komponen atau unit-unit yang disebut subsistem. Ini bermakna, sesuatu sistem boleh terbina, wujud dan menjalankan tugasnya hasil daripada rangkaian interaksi di antara subsistem-subsistem.
3.0

PENDEKATAN ANALISIS SISTEM DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

Setiap organisasi mempunyai sistem yang tersendiri. Sesebuah organisasi yang bersifat formal ialah yang ada matlamat, pertubuhannya lama, struktur yang tersusun, modal yang banyak, keahlian yang ramai, kemudahan yang lengkap dan sebagainya. 3.1 Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem Peringkat Organisasi
7

Eksekutif

:

Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha/2 Timbalan Ketua Pengarah/2 Timbalan Pengarah-Pengarah/Timbalan Bahagian

Pengurusan Penyeliaan Teknikal

: : :

Pengarah Negeri/Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah dan Nazir Pengetua/Guru Besar/Timbalan Guru-guru dan Pengetua

Pelaksanaan :

Rajah 1 : Gambaran sebuah organisasi yang besar (Mohd. Salleh Lebar, 2000)

Dalam sistem pendidikan kita, bukan sahaja sekolah merupakan sebuah organisasi yang formal tetapi Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran, badan-badan tertentu dan pusat-pusat pengajian tinggi juga mempunyai organisasi yang formal dan tersusun.

3.1.1

Peringkat Persekutuan (Pusat)

Ketua keseluruhan organisasi Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran sebagai seorang ahli kabinet bertanggungjawab secara terus kepada parlimen dalam menjalankan tugasnya Tugasnya merangkumi pelbagai isu pendidikan semasa. Mengikut Akta Pelajaran 1961, Menteri Pelajaran bertanggungjawab memberi kemudahan dan peluang untuk pelajaran rendah (SK dan SJK) dan menengah. Akta itu juga memberi kuasa dan kewibawaan kepada menteri itu untuk menguruskan seluruh bidang pelajaran, kecuali pelajaran agama yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri berkenaan. Namun begitu, Menteri Pelajaran mempunyai kuasa mengeluarkan arahan bersabit dengan semua hal pelajaran seperti pelaksanaan dasar pelajaran, pengurusan sekolah,
8

disiplin guru dan murid, sukatan pelajaran, kurikulum, buku teks dan peperiksaan. Timbalan Menteri Pelajaran membantu Menteri Pelajaran menjalankan tugasnya dalam segala aspek pengurusan pelajaran dan dibantu oleh seorang Setiausaha Politik dalam perkara-perkara yang berhubung dengan politik dan orang awam. Dalam hal-hal menjalankan tugas sehari-hari, pentadbiran perancangan dan pelaksanaan dasar, ketua pentadbirnya ialah Ketua Setiausaha dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Setiausaha. Di samping itu, Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang ikhtisas dalam perkhidmatan pelajaran dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran yang merupakan sumber rundingan dan penasihat-penasihat utama kepada Menteri Pelajaran mengenai seluruh dasar pelajaran dan pelaksanaannya (Mok Soon Sang, 2009). 3.1.2 Peringkat Negeri

Peringkat Negeri terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri dan dua Timbalan Pengarah Pelajaran. Mereka bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri. Kedudukannya adalah digambarkan seperti berikut:

Pejabat Pelajaran Negeri

Pejabat Pelajaran Bahagian/ Residensi

Pejabat Pelajaran Daerah

9

Rajah 2 : Gambaran Organisasi Pentadbiran Pelajaran Negeri (Mohd. Salleh Lebar (2000) Jabatan Pelajaran Negeri sebagai nadi kepada jentera keseluruhan sekolah di peringkat negeri, bahkan mempunyai fungsi berikut: a. b. melaksanakan dasar pelajaran bagi Kementerian Pelajaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Pelajaran 1961. melaksanakan rancangan pelajaran di negeri berkenaan. Antara peranannya ialah mengurus, menyelia, menyelaras dan mengawasi semua perkara yang berkaitan dengan kurikulum, radio dan TV Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks, perpustakaan, kegiatan kokurikulum, panduan kerjaya, rancangan bahasa, pendidikan kesihatan dan pemakanan, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah, serta perjawatan, kewangan, pembangunan dan pentadbiran. Bagi melicinkan perjalanan tugas dengan lebih berkesan, tiap-tiap Jabatan Pelajaran Negeri telah menubuhkan beberapa unit untuk memikul tanggungjawab yang khusus (Mok Soon Sang, 2009) 3.1.3 Peringkat Bahagian

Di Sabah, terdapat 6 buah Pejabat Pelajaran Residensi dan di Sarawak, terdapat 7 buah Pejabat Pelajaran Bahagian. Di setiap Bahagian atau Residensi ada Pejabat Pelajaran Daerah. Jabatan Pelajaran Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Bahagian. 3.1.4 Peringkat Daerah

Semua negeri dalam Malaysia mempunyai Pejabat Pelajaran Daerah kecuali Melaka, Perlis, dan Wilayah Persekutuan. Ketiga-tiga negeri tersebut tidak begitu luas dan tidak memerlukan perkhidmatan pejabat ini. Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah. Pegawai ini menyalurkan segala keputusan, pesanan dan arahan yang diterima daripada Jabatan Pelajaran negeri kepada sekolah-sekolah dalam daerahnya. Setiap organisasi di dalamnya mempunyai ketua atau pemimpin yang tersendiri. Pemimpin
10

dilantik secara rasmi, mengikut kekananan, kebolehan akademik dan sebagainya. Setiap bahagian dalam organisasi ini saling berinteraksi antara satu sama lain. 3.1.5 Peringkat Sekolah

Sekolah seringkali dianggap sebagai institusi yang kecil atau terbawah kedudukannya, walaupun demikian ia masih dianggap penting. Sekolah juga dianggap sebagai agen sosialisasi dan agen pembangunan yang sangat berpengaruh dalam sesebuah masyarakat. Kepimpinan pengetua amat penting untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 3. Di sekolah, pengetua atau guru besar adalah orang paling penting dan ia dianggap sebagai seorang pentadbir dan pengajar. Di antara tugas-tugas yang perlu dijalankan ialah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. mengajar lima jam seminggu (Surat Pekeliling : 22 Jun 1998) menguruskan hal perjawatan mengendalikan pengurusan kewangan menguruskan jadual waktu menguruskan hal peperiksaan menguruskan hal pelbagai aktiviti/persatuan menguruskan kemasukan dan pertukaran murid Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah mengawal disiplin pelajar melaksanakan arahan daripada pihak atasan berhubung dengan agensi/pejabat/masyarakat/pertubuhan luar untuk kepentingan tertentu Ahli PIBG dan ahli Lembaga Pengurus Sekolah.

Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 3. Lembaga Pengurus (Penasihat) PIBG Hubungan Profesional

Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan
11

Tugas-tugas sosial Kerani Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Perpustakaan Pekerja

Mesyuarat guru-guru Guru mata pelajaran kanan, guru kelas, guru bimbingan/kerjaya, kokurikulum dsb

Lembaga Pengawas Murid

Rajah 3. Struktur ringkas organisasi sekolah Sekolah sebagai satu organisasi yang bersistem. Hal ini kerana terdapat beberapa unit atau komponen yang bertanggungjawab terus kepada pengetua. Tugas dan peranan pengetua atau guru besar dapat digambarkan secara ringkas seperti Rajah 4. Perancangan Perhubungan Peranan Pengurusan Sekolah

Penilaian

Penyeliaan

Pengelolaan dan Pelaksanaan

Penyelarasan Rajah 4 : Peranan pengetua dalam organisasi sekolah Bagi melicinkan pentadbiran biasanya peranan yang dipegang oleh pengetua akan dibantu oleh guru-guru tertentu. Hal ini kerana tugas pengetua pada masa kini bukan sahaja banyak tetapi juga berat. Kemajuan sesebuah sekolah amat bergantung kepada gaya pentadbiran serta kecekapan kepimpinannya. Oleh demikian, sebagai pemimpin atau pengetua haruslah memiliki kemahiran dan kecekapan mengurus organisasinya.

12

4.0

PENDEKATAN ANALISIS INPUT-OUTPUT DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

Analisis input dan output dalam organisasi pendidikan dapat digambarkan dalam Rajah 5 di bawah.

Input sumber pencapaian

Sekolah sebagai jentera pendidikan

output

(kemudahan sekolah, wang taraf sosial murid, guru dan lainlain)

(Kurikulum, guru, strategi pengajaran, guru besar dan lain-lain)

pelajar

Rajah 5 : Analisis Input-Output 4.1 Input Sumber Pencapaian

Input seperti guru, buku, kewangan, latar belakang murid, asrama dan kemudahan lain. Output seperti pencapaian dan prestasi murid. Faktor input adalah penting dalam menentukan pencapaian murid seterusnya mencapai matlamat sekolah. Kemudahan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, perabot, persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif. Persekitaran sekolah yang merangkumi pokok-pokok dan bunga-bungaan yang ditanam, tempat bermain dan berehat dapat membawa suasana keselesaan dan ketenangan kepada murid-murid. Suasana yang kondusif ini dapat menyenangkan fikiran murid semasa berehat dan memulihkan kesegaran mereka untuk meneruskan pelajaran yang berikutnya. Suasana sosial murid juga mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan merealisasikan matlamat sekolah. Murid-murid di dalam kelas mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Murid yang bersifat pendiam dan pemalu tidak suka bergaul dengan murid lain. Selain itu, suasana emosi seperti perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Suasana emosi yang positif seperti penyayang,, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta adil akan menyebabkan murid-murid
13

suka berdamping rapat dengan guru, suka bertanya, sedia menerima ajaran dan nasihat. Hal ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 4.2 Sekolah Sebagai Jentera Pendidikan

Elemen penting yang menentukan pencapaian ialah aspek kepimpinan pengetua, kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa seperti aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dengan pengurusan masa yang berpatutan merupakan faktor teknikal yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik di sekolah pula dapat merangsangkan semangat belajar murid kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, murid-murid akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke peringkat optimum, semua elemen harus dipertimbangkan. Hal ini bermakna keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada cara sekolah mengorganisasikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik darjah dan kawasan sekolah tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, kepimpinan pengetua atau guru besar serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Mok Soon Sang, 2009). Ringkasnya, kejayaan sekolah sebagai sistem sosial bergantung kepada keberkesanan pengurusan elemen-elemen yang terdapat dalam sistem sosial sekolahnya. Interaksi antara elemen-elemen ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 6.

Struktural Formal: Organisasi dan Fizikal
14

Anggota-Anggota: Guru Besar/Pengetua, Kakitangan, Guru dan Pelajar

Interaksi : Elemen Sekolah • • • • • Pengurusan Pengajaran Pembelajaran Pemasyarakatan Pengawalan

Kumpulan Informal: Kelab Guru, PIBG, Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan Pelajar

Rajah 6 : Elemen-elemen yang berinteraksi dalam sistem sosial sekolah Secara umumnya tugas guru besar atau pengetua dalam sistem sosial di atas adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Mengelola, mengurus, membimbing guru-guru sekolah dalam usaha melaksanakan tugasnya. Mengelola staf sokongan dan kemudahan-kemudahan sekolah. Mengawas dan menyelia murid-murid dalam pelajaran, disiplin, kegiatan kokurikulum seperti sukan, badan beruniform, kelab dan persatuan. Memupuk hubungan yang baik dan berkesan dengan ibu bapa dan orang ramai melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menjadi setiausaha untuk Jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola Sekolah. 5.0 KESIMPULAN

Dengan menggunakan pendekatan sistem, model-model di atas dibentuk untuk menganalisis masalah dalam pentadbiran pendidikan. Analisis terhadap pelaksanaan proses pendidikan dianggap sebagai satu sistem yang mampu membantu pentadbir atau pengurus sekolah ke arah mengatur strategi perancangan dan meramal kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang. Hal ini akan dapat melicinkan urusan pentadbiran ke arah menjadikan organisasi pendidikan di Malaysia setaraf dengan sistem pendidikan di
15

negara barat serta dapat merealisasikan wawasan Pelan Pembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP) bagi melonjakkan institusi pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally, 2005. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti . UKM : Bangi. Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009). Teks Komprehensif PTK . Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Sufein Hussin (1996). Pendidikan Di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->