P. 1
Latih Tubi Tatabahasa : Peribahasa

Latih Tubi Tatabahasa : Peribahasa

|Views: 3,139|Likes:
Published by cikgu pak long

More info:

Published by: cikgu pak long on Feb 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/13/2015

pdf

text

original

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

PERIBAHASA
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________. A B C D 2 buta hati buta huruf buta kayu buta gaji

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ . A B C D anak buah anak emas anak tunggal anak bongsu

3

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________. A B C D otak cair otak udang mulut murai mulut tempayan

4

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah. A B C D alas perut ikat perut perut busuk perut kosong

5

Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga. A B C D anak tut anak tiri anak bini anak beranak

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

1

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

6

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang. A B C D langkah kanan langkah bendul langkah seribu langkah kiri

7

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya. A B C D geli hati makan hati cekal hati isi hati

8

Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh. A B C D harga diri harga mati tanda mata tanda harga

9

Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri. A B C D pekak badak lepas tangan makan hati tidur mati

10

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut. A B C D banyak mulut berat sebelah angkat kaki lepas tangan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

2

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

11

Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki. A B C bagai cicak makan kapur bagai kumbang putus tali bagai itik pulang petang bagai balak terendam

* 12

D

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil. A B C D bagai ayam disambar helang bagai anjing dengan kucing bagai katak di bawah tempurung bagai melepaskan batuk di tangga

13

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan. A B C D bagai bulan jatuh ke riba bagai kaca jatuh ke batu bagai duri dalam daging bagai ayam disambar helang

14

Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu. A B C D bagai melepas anjing tersepit bagai dihiris dengan sembilu bagai ayam disambar helang bagai kaca jatuh ke batu

15

Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. A B C D seperti lipas kudung seperti ayam berak kapur seperti bulan penuh purnama seperti kera sumbang

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

3

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

16

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ . A B C D bagai mendukung biawak hidup bagai ayam mengeram telur bagai pahat dengan penukul bagai wau putus tali

17

Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali. A B C D bagai mencurah air ke daun keladi bagai menghitung bulu kambing bagai berumah di tepi pantai bagai anjing buruk kepala

18

Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ . A B C D seperti rumput di tepi jalan seperti tikus jatuh ke beras seperti mendukung biawah hidup seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ . A B C D bumi dengan langit aur ditarik songsang pinang dibelah dua ular kena palu

20

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ . A B C D enau dalam belukar kacang lupakan kulit aur dengan tebing dakwat dengan kertas

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

4

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

21

Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi. A B C D makan hati iri hati ada hati buah hati

22

Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga. A B C D ambil hati ambil langkah ambil ringan ambil angin

23

Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu. A B C D makan hati jatuh hati iri hati ambil hati

24

Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia. A B C D buah tangan buah mulut buah hati buah pena

25

___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. A B C D Makan hati Hancur hati Besar hati Jatuh hati

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

5

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

26

___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong. A B C D Air muka Ada hati Ada harapan Air tangan

27

Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib. A B C D duit hantaran duit pecah duit raya duit kopi

28

Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan. A B C D ada angin atas angin naik angin khabar angin

29

Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu. A B C D rambang mata lupa daratan serkap jarang lipas kudung

30

Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan. A B C D pasang badan pasang telinga ambil berat ambil hati

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

6

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

31

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya. A B C D seperti mencurah garam ke laut seperti kera mendapat bunga seperti Belanda diberi tanah seperti hujan jatuh ke pasir

32

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ . A B tepuk dada tanya selera segan bertanya sesat jalan harapkan pagar, pagar makan padi melentur buluh biarlah daripada rebungnya

*

C D

33

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis. A B C D buang yang keruh ambil yang jernih segan bertanya sesat jalan sambil menyelam minum air bagaimana acuan begitulah kuihnya

34

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________. A B C D rambut sama hitam, hati lain-lain sambil menyelam minum air ukur baju di badan sendiri tepuk dada tanya selera

35

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________________________________ . A B C D cincin dengan permata kucing dengan anjing aur dengan tebing isi dengan kuku

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

7

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

36

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ . A B C D lain di mulut lain di hati tepuk dada tanya selera indah khabar daripada rupa belakang parang diasah lagikan tajam

37

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya. A B C D seperti lembu dicucuk hidung seperti anjing menyalak bukit seperti tikus membaiki labu seperti murai tercabut ekor

38

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan. A B C D bagai haruan makan anak bagai kambing dihalau ke air bagai mencurah air ke daun keladi bagai melepaskan batuk di tangga

39

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________. A B C D bagai gergaji dua mata bagai pahat dengan penukul bagai kucing kehilangan anak bagai telur di hujung tanduk

40

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya. A B C D katak di bawah tempurung ayam disambar helang kera mendapat bunga murai tercabut ekor

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

8

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

41

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________________ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah. A B C D campur tangan gila bayang ambil ringan bulat hati

42

Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton. A B C D mengambil berat mengambil tahu menarik hati mencuit hati

43

Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah. A B C D pilih kasih patah hati panas hati perang mulut

44

Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah. A B C D lipas kudung ayam tambatan orang tengah bekas tangan

45

Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya ___________________________ . A B C D pasang telinga telinga kuali pekak badak telinga lintah

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

9

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

46

Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air. A B C D mencari jalan membuka jalan mencari untung membuka langkah

47

Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka. A B C D curi tulang tulang belakang membanting tulang ringan tulang

48

Penduduk Kampung Panchor _________________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak. A B C D ringan tangan ringan tulang mandi kerbau mandi keringat

49

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang _______________________ . A B C D bidan terjun bongkok udang pening lalat puteri lilin

50

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak. A B C D atas pagar luar pagar gigi air bawah angin

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

10

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

51

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________ A B C D bagai menatang minyak yang penuh bagai kucing kehilangan anak bagai kacang lupakan kulit bagai aur dengan tebing

52

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya. A B C D seperti hujan jatuh ke pasir seperti menanam tebu di bibir seperti membuka pekung di dada seperti musuh dalam selimut

53

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan. A B C D bagai mencurah air ke daun keladi bagai menyusu kera di hutan bagai anjing menyalak bukit bagai menanam tebu di bibir

54

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ . A B C D seperti rusa masuk kampung seperti kerbau dicucuk hidung seperti kera mendapat bunga seperti si buta kehilangan tongkat

55

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________ . A B C D seperti tikus jatuh ke beras seperti langit dengan bumi seperti pungguk rindukan bulan seperti mentimun dengan durian

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

11

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

56

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu. A B C D katak disimbah air gagak pulang ke benua melukut di tepi gantang harimau menyembunyikan kukunya

57

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana ___________________________ . A B C D lembu kasi batik lasam kunyit dengan kapur garam dengan asam

58

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007. A B C D melepas anjing tersepit bulan penuh purnama haruan makan anak itik pulang petang

59

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi. A B C D bagai si kudung mendapat cincin bagai anjing dengan kucing bagai tikus membaiki labu bagai kumbang putus tali

60

Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri. A B C D umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

12

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

Jawapan 1. B 2. C 3. C 4. A 5. B 6. A 7. C 8. B 9. D 10. B 11. D 12. B 13. B 14. C 15. D 16. D 17. C 18. A 19. D 20. B 21. A 22. D 23. C 24. B 25. B 26. A 27. D 28. C 29. A 30. B 31. B 32. D 33. B 34. A 35. C 36. D 37. A 38. C 39. D 40. A 41. A 42. D 43. A 44. B 45. C 46. A 47. C 48. D 49. B 50. C 51. A 52. C 53. D 54. A 55. B 56. A 57. D 58. B 59. C 60. A

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

13

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->