You are on page 1of 14

Ada Apa Pada Pandangan Pertama?

1) Melalui pandang pertama atau pertemuan pertama lazimnya akan melahirkan takrif
umum terhadap individu. Jika baik, ia akan kekal selama-lamanya, jika buruk sukar untuk
mengikisnya kerana tafsiran sudah dibuat.
2) “First Impression Counts”

Berpakaian Untuk Kejayaan !

1) `Trend’ fesyen tidak perlu menentukan cara anda berpakaian.


2) Prinsip asas berpakaian hendaklah seperti yang dituntut oleh agama.
3) Berpakaian mencerminkan ilmu yang kita miliki.
4) Pilihlah fesyen pakaian yang melambangkan ketinggian ilmu dan budi pekerti.

Cara Berpakaian Di Khalayak

Melambangkan :-

1) Tahap ekonomi
2) Tahap pendidikan
3) Kerjaya
4) Tahap sosial
5) Kebolehpercayaan
6) Tingkah laku dan moral
7) Kejayaan masa depan

Etika Berpakaian Menurut Islam


Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan
dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan
asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan
lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat,
kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran
agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup
aurat yang menepati kehendak hukum syarak.

Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat
kerana dalam islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi
bahasa, aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.

Menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan
dilindungi daripada pandangan orang lain.

Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan
ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis. Diantaranya firman allah s.w.t :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan


mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirir
mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan
islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai
orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya".
Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga
diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31
surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam
keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.

Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan
hujah akal, walau sehebat mana logoknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan
dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.

Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata
maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk
membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan
cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar
ketetapan Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka
yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allah jelas memperlihatkan
kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-
larangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.

Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi
menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.

Diantara hikmah kewajipan menutup aurat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah
seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat
berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol,sumbang mahram
dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak
menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan aurat.Kenyataan ini boleh
dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.

Konsep Berpakaian Menurut Pespektif Islam


1) Menutup aurat dan sopan

2) Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh

3) Sederhana dan tidak terlalu mahal digalakkan

4) Memperlihatkan perbezaan jantina

5) Tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan

6) Tidak menimbulkan riak

7) Diperolehi dari sumber yang halal

8) Mengamalkan doa semasa menyarung pakaian, melihat cermin

9) Memakai pakaian bermula dengan anggota kanan dan sebaliknya ketika


menanggalkannya

Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda ; Telah berkata Aisyah r.a "
Sesungguhnya, Asma Binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ,
Maka Nabi berpaling dan bersabda " Wahai Asma, sesungguhnya apabila wanita ini telah baligh
(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil" sambil mengisyaratkan
kepada muka dan tapak tangannya ".

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar " Dua orang
ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu
digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk
unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga,
sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh". (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. ia menutup bahagian-
bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari
insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a
menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, "
Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku
telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan
auratnya. " selanjutnya Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk
tubuhnya nampak"

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang
sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamaya pakaian seperti jilbab atau abaya).
Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika
mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga
tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi.
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya
disifatkan oleh RAsulullah saw sebagai zaniyah yakni pelacur atau penzina. " Wanita apabila
memakai wangi-wangian, kemudian melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu
pelacur". (Riwayat Abu DAwud dan Tarmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai
pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas : " Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki". (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk


menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Cara-cara Menutup Aurat Bagi Wanita Dengan Betul Mengikut Perspektif


Islam

FIRMAN ALLAH TAALA:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(ayat 30 surah Annur)

ْ َ‫وج ُه ْم َذلِ َك أَ ْز َكى لَ ُه ْم إِنَّ هَّللا َ َخبِي ٌر بِ َما ي‬


َ‫صنَعُون‬ َ ‫ضوا ِمنْ أَ ْب‬
َ ‫صا ِر ِه ْم َويَ ْحفَظُوا فُ ُر‬ ُّ ‫قُ ْل لِ ْل ُمؤْ ِمنِينَ يَ ُغ‬

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-
saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(ayat 31 surah Annur)

َّ‫ض ِربْنَ بِ ُخ ُم ِر ِهنَّ َعلَى ُجيُوبِ ِهن‬ ْ َ‫وج ُهنَّ َوال يُ ْب ِدينَ ِزينَتَ ُهنَّ إِال َما ظَ َه َر ِم ْن َها َو ْلي‬ َ ‫صا ِر ِهنَّ َويَ ْحفَ ْظنَ فُ ُر‬ َ ‫ضنَ ِمنْ أَ ْب‬ ْ ‫ض‬ ُ ‫ت يَ ْغ‬ ِ ‫َوقُ ْل لِ ْل ُمؤْ ِمنَا‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ
‫َوال يُ ْب ِدينَ ِزينَتَ ُهنَّ إِال لِبُ ُعولَتِ ِهنَّ أ ْو آبَائِ ِهنَّ أ ْو آبَا ِء بُ ُعولَتِ ِهنَّ أ ْو أ ْبنَائِ ِهنَّ أ ْو أ ْبنَا ِء بُ ُعولَتِ ِهنَّ أ ْو إِ ْخ َوانِ ِهنَّ أ ْو بَنِي إِ ْخ َوانِ ِهنَّ أ ْو بَنِي‬
ِ ‫ال أَ ِو الطِّ ْف ِل الَّ ِذينَ لَ ْم يَ ْظ َه ُروا َعلَى ع َْو َرا‬
‫ت‬ ِ ‫الر َج‬ ِّ َ‫اإلربَ ِة ِمن‬ْ ‫سائِ ِهنَّ أَ ْو َما َملَ َكتْ أَ ْي َمانُ ُهنَّ أَ ِو التَّابِ ِعينَ َغ ْي ِر أُولِي‬ َ ِ‫أَ َخ َواتِ ِهنَّ أَ ْو ن‬
َ‫ض ِربْنَ بِأ َ ْر ُجلِ ِهنَّ لِيُ ْعلَ َم َما يُ ْخفِينَ ِمنْ ِزينَتِ ِهنَّ َوتُوبُوا إِلَى هَّللا ِ َج ِمي ًعا أَيُّ َها ا ْل ُمؤْ ِمنُونَ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِ ُحون‬ ْ َ‫سا ِء َوال ي‬ َ ِّ‫الن‬

Berdasarkan Ayat di atas jelas bahawa disana ada beberapa larangan, suruhan dan sebab larangan
dan suruhan tersebut antaranya :-

1-Allah menyuruh kita menahan pandangan dari melihat perkara-perkara yg boleh menimbulkan
syahwat (dari mata jatuh ke hati, dari hati menggerakkan kemahuan)

2-Allah menyuruh hambanya yang wanita dan lelaki menjaga kemaluan. Dalam Islam kemaluan
ini ialah semua aurat ,bagi lelaki dari lutut hingga ke pusat manakala bagi wanita seluruh
badannya kecuali muka dan tapak tangan, menjaga bermakna melindungi kemaluan dari
melakukan perkara yang haram atau membawa kepada perkara yang haram. Diantara perkara
yang haram ialah mendedahkan aurat,menggoda, berzina,merogol,berdua-duaan tanpa muhrim
yang soleh dan sebagainya.

3- Allah melarang wanita dari menunjukkan perhiasannya kecuali muka dan tapak tangan.Disini
Allah mengatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan.Maksud perhiasan disini ialah seluruh
tubuh wanita itu.

4-Allah menyuruh wanita memakai tudung menutup kepalanya hinggalah ke dada, ini bermakna
tudung itu mestilah dilabuhkan ke bahagian dada.Jadi, jika mereka hanya memakai tudung tapi
tidak melabuhkan tudung itu ke dada, maka ia telah mengingkari separuh dari arahan
tersebut..mengingkari arahan Allah adalah haram.

5-Allah membenarkan semua wanita untuk menunjukkan sebahagian perhiasan atau aurat
mereka kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera
mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra
saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam.
Dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa pakaian wanita mestilah tebal, tidak
jarang, berwarna gelap (tidak kisah berwarna apa) dan tidak kelihatan bentuk tubuh.
Masalah berhias dalam memakai tudung atau mengenakan perhiasan atau manik ini boleh tapi
jangan berlebihan dan perlu dengan niat yang baik bukan untuk riak. Perlu difahamkan, bahawa
Allah dan rasul-Nya dan Islam itu sendiri menetap dan menyuruh berbuat demikian adalah bukan
untuk mengongkongg, menyusahkan, mendera dan lain-lain. Malahan Allah dan rasul-Nya dan
Islam lah yang bersungguh-sungguh menjaga kehormatan wanita, menjaga kemulian wanita,
menjaga dan melindungi wanita dari perkara-perkara yang tidak diingini oleh diri wanita itu
sendiri.

Selain itu, bahawa pemakaian mengikut Islam dapat mengurangkan jenayah seperti
rogol,zina,dan pelacuran.

Berfesyen biar menepati syariat

 GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak kepada gaya
berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia dilihat bertentangan dengan
hukum syariat. Peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada
pilihan yang lebih moden dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti
mana yang digariskan dalam Islam.
 Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah satu perkara yang
melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia menepati garis panduan yang telah
ditetapkan agama.
 Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t., Katakanlah kepada wanita-wanita beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan janganlah
menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)
 Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, Islam tidak pernah melarang
umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.
 Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan
tapak tangan. Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan
jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, satu perkara yang kena
dititikberatkan ialah mereka perlu berpakaian longgar dan tidak terlalu ketat.
 Daripada Muhammad bin Usamah bin Yazid daripada bapanya, katanya: “Rasulullah
s.a.w. memberikan kepadaku qibti halus yang tebal yang dihadiahkan oleh Dihyah al-
Kalbi, maka aku pakaikan kepada isteriku, lalu Rasulullah menegurku! Apakah kamu
tidak mahu memakai qibti? Jawabku: ‘Aku telah pakaikan kepada isteriku.’ Rasulullah
s.a.w. bersabda: Suruh ia (isterimu) memakainya di bawahnya ada baju (lain) kerana aku
takut ia akan menampakkan bentuk badannya (kerana ia jarang).”
 Menurut Fariza, pakaian bukan untuk perhiasan diri. Maknanya jangan keterlaluan dan
nampak mewah. Kalau bertudung biar nampak sederhana kerana dikhuatiri lari daripada
konsep menutup aurat. Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas.
“Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, baju dan tudung yang
terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga
syarat di atas,” tegas beliau. Katanya, al-Quran tidak menetapkan pakaian tertentu
asalkan tidak melanggar hukum agama.
 Pengaruh pakaian ketat di kalangan wanita dipercayai bermula daripada aliran fesyen di
London yang mempunyai gedung-gedung fesyen terkemuka. Ia semakin berkembang ke
negara-negara lain seluruh dunia. Berbanding di London, Paris yang dikenali sebagai
kota fesyen mempunyai nada fesyen yang jauh berbeza. Anak-anak muda di kota itu
menggayakan blaus longgar dan skirt labuh yang dipadankan dengan jaket yang
membuatkan penampilan mereka tampak elegan.
 Namun, gaya berpakaian anak-anak muda di Malaysia amat menyakitkan mata dengan
pengaruh fesyen yang dibawa dari Hong Kong.
 Apabila membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja berkait dengan wanita.
Lelaki juga harus mengambil berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari
pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh berpakaian sesuka hati
seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. Mereka harus berpakaian sopan agar menepati
budaya orang Islam.
 Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan agar isterinya
bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan bapa kandung dan adik-beradik lelaki
kandung kerana ia melampaui batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak
memahami hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah agama
yang keterlaluan dan memaksa.
 “Memang ada sesetengah pasangan, isterinya berpakaian jubah, bertudung dan memakai
sarung kaki tetapi pakaian suaminya jauh berbeza daripada penampilan isteri. Sebab itu,
menutup aurat bukan sahaja perlu pada wanita tetapi lelaki juga harus menjaga adab
berpakaian,” ujar Fariza.
 Beliau berpendapat, peningkatan kes-kes rogol di negara ini mempunyai kaitan dengan
gejala menonton filem-filem lucah. Ada lelaki yang tidak boleh melepaskan nafsu kepada
pelakon filem lucah tersebut menjadikan wanita lain sebagai mangsa. Dalam kes ini,
Fariza percaya, sekiranya wanita menjaga aurat dan filem-filem lucah disekat, kes-kes
rogol boleh dibendung.
 Mengenai trend pakaian artis wanita Islam yang kini suka kepada fesyen berkemban,
beliau memberitahu, ia bertentangan dengan era Islam Hadhari yang diuar-uarkan oleh
kerajaan.
 Bagaimanapun, trend berkemban pada masa sekarang tidak boleh disamakan dengan era
filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1950-an dan 1960-an kerana
ketika itu kesedaran menutup aurat masih belum berkembang dengan baik di Malaysia.
 “Soal fesyen merupakan salah satu cabaran bagi pendakwah kerana isu ini agak sukar
untuk diperkatakan kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya, yang paling
ketara ialah aliran fesyen dari Hollywood yang semakin menular di kalangan artis
tempatan. Tidak kurang juga ada sesetengah artis muslim yang ditaja pakaian mereka.
Apa pun, mereka mempunyai hak untuk memilih yang terbaik,” katanya.
 Jika diukur antara dulu dan sekarang, majlis-majlis anugerah hiburan dan acara karpet
merah semakin mewarnai industri hiburan tanah air yang menyebabkan permintaan
terhadap fesyen semakin meningkat.
 Ini ditambah dengan kemunculan banyak stesen televisyen swasta di negara ini. Fariza
mencadangkan agar garis panduan berpakaian yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) dikuatkuasakan semula dan semua stesen televisyen perlu mematuhi
peraturan tersebut.
 “Kita sudah ada banyak peraturan tetapi perlaksanaannya masih kurang. Jika senario
sedemikian berlanjutan, ia akan bertentangan dengan apa yang hendak dilakukan oleh
kerajaan pada era Islam Hadhari terutama aspek pembangunan modal insan yang
memerlukan ciri-ciri peribadi unggul dan akhlak mulia

MEMILIH PAKAIAN SESUAI

 Fesyen mestilah sesuai mengikut keperibadian.

 Pilihan dan kesesuaian bergantung kepada rupa, warna kulit, bentuk badan, masa dan
tempat.

 Pemadanan warna

PENYESUAIAN PAKAIAN DENGAN BENTUK BADAN

Orang rendah

 Fabrik bergaris panjang

 Garis leher berbentuk `U’ atau `V’

 Corak halus

 Skirt sederhana, berlisu tengah

 Fabrik lembut

Orang rendah dan gemuk


 Fabrik bercorak jalur memanjang atau kecil-kecil

 Warna gelap

 Stail pakaian ringkas

 Fabrik nipis dan lembut

Elakkan;

 Stail pakaian berlebihan atau beropol

 Fabrik tebal, keras, jalur melintang

 Tali pinggang lebar

 Lengan kembang

Orang tinggi dan kurus

 Fabrik bercorak besar atau garis melintang

 Banyak gelembung dan longgar

 Kolar dan kocek besar

elakkan;

 Corak kecil-kecil dan memanjang

 Fabrik nipis dan lembut

 Fesyen mengikut bentuk badan atau sendat

Orang tinggi dan gempal

 Stail lurus dan tidak banyak gelembung

 Jalur memanjang

 Tidak berapa sendat dan tidak begitu longgar


 Garis leher berbentuk `V’ atau `U’

Elakkan;

 Pakaian beropol banyal

 Fabrik jalur melintang

PENYESUAIAN PAKAIAN SIANG

 elak kain berkilau/berkilat

 Tidak melebihi 4 warna

 Kain nipis, ringan, serap peluh

 Warna bertentangan bagi mini telekung

 Elak pakai blazer jika berbaju kurung

 Bunga sulam sederhana. Sesuai kain polos

PENYESUAIAN PAKAIAN MALAM

 Kain berkilat/ berlabuci dengan warna gelap

 Kain brocadedan songket untuk majlis malam

 Elak warna pudar atau terlalu gelap

PENYESUAIAN WARNA DAN CORAK

 Pemilihan warna sesuai menaikkan seri wajah

 Warna garang tidak sesuai untuk yang berkulit gelap

 Corak bunga besar

PAKAIAN KORPORAT

 Jenis pakaian ke pejabat bercirikan konsep pakaian tradisional atau moden


 Potongan ringkas dan kemas dan selesa tumpuan pada fabrik dan warna

 Kain polos atau kosong sesuai ke pejabat kerana ia membangkitkan imej korporat dan
profesional

 Aksesori ringkas dan sederhana

 Pakaian dan perhiasan adalah untuk menjana penghormatan dan keyakinan.

SEKIAN… TERIMA KASIH

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w .sebaik-baik budi pekerti.

~maksud Hadis~

Rujukan

1. utusan.com.my
2.

You might also like