You are on page 1of 59

Konsep Kohesi Dalam

Wacana
Maksud Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi


batas ayat (Harimurthi, 1982).
Unit bahasa ini juga mengandung satu
penyatuan bahasa yang lengkap kerana
sesuatu wacana mungkin terdiri
daripada dua atau beberapa gabungan
ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah
buku atau satu siri buku.
Maksud Wacana

Wacana turut menunjukkan


perkembangan fikiran berurutan yang
tersusun dengan sempurna, selain
menghasilkan satu pemikiran yang utuh.
Dalam tatabahasa, wacana terletak
dalam hierarki tertinggi yang hadir
selepas tingkat ayat.
Jenis Wacana

Terdapat dua jenis wacana dalam


unit bahasa, iaitu :
1. Wacana lisan.
2. Wacana tulisan.
Wacana Lisan

Dihasilkan secara lisan yang melibatkan


komunikasi secara langsung antara penutur
dengan pendengar. Dalam wacana jenis ini,
ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan
sebagainya berfungsi untuk menyampaikan
sesuatu perkara kepada pendengar.
Contohnya ialah perbualan harian, temu
ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran
televisyen dan radio.
Wacana Tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana yang


disampaikan secara bertulis yang melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca.
Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi
satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak
mendapat reaksi pembaca pada masa itu
kerana penulis tidak berdepan dengan
pembaca.
Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar,
majalah, buku dan novel.
Wacana

Wacana boleh dianggap sebagai


kesatuan bahasa yang paling tinggi, iaitu
kumpulan kalimat yang tertera dan
berkesinambungan sehingga
membentuk kesatuan yang utuh.
Wacana terdiri daripada pendahuluan,
isi dan penutup.
Jenis-Jenis Wacana

(a) Berdasarkan Fungsi Bahasa:


(i) Wacana ekspresif;
Wacana ekspresif wacana ini
bersumberkan gagasan penutur atau penulis
sebagai saranan ekspresi, seperti pidato.
(ii) Wacana fatis;
Wacana fatis wacana ini bersumberkan
saluran untuk melancarkan komunikasi.
Jenis-Jenis Wacana

(iii) Wacana informasional;


Wacana informasi wacana ini
bersumberkan pesanan atau informasi, seperti
berita dalam media massa.
(iv) Wacana estetik;
Wacana estetik wacana ini bersumberkan
pesanan dengan tekanan keindahan, seperti
puisi dan lagu.
Jenis-Jenis Wacana

(v) Wacana direktif.


Wacana direktif wacana ini diarahkan pada
tindakan atau reaksi daripada
mitra penutur atau pembaca, seperti
khutbah.
Jenis-Jenis Wacana

(b) Berdasarkan Saluran Komunikasi (wacana lisan dan


wacana penulisan), Tanggapan Mitra Tutur atau
Pembaca (wacana transaksional dan wacana
interaksional) dan Pemaparan
(i) Wacana deskriptif;
Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan
atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan
secara lisan mahupun tulisan serta memiliki
hubungan makna antara satuan bahasa dan
terikat kepada konteks.
Jenis-Jenis Wacana

(ii) Wacana ekspositoris;


Wacana ini dapat berisi konsep-konsep dan logika
yang harus diikuti oleh penerima pesanan.
(iii) Wacana argumentatif;
Menurut Renkema (2004: 204), perkara terpenting
dalam sesebuah teks argumentatif bukanlah hal
logiknya, tetapi cara argumentatif (berhujah)
tersebut dibangunkan.
Jenis-Jenis Wacana

(iv) Wacana persuasif;


Ialah seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau
ucapan. Dalam penulisan pemujukan, sama ada
penyampaian ideologi ataupun berbentuk propaganda,
wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan yang
boleh mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.
(v) Wacana hurtatoris;
Wacana mengenai sejarah
(vi) Wacana prosedural.
Wacana mengenai prosedur
Jenis-Jenis Wacana

(c) Berdasarkan Bilangan Peserta Komunikasi


(i) Wacana monolog;
(ii) Wacana dialog;
(iii) Wacana polilog.
Namun demikian, ada juga kalangan sarjana bahasa
yang membahagikannya
kepada empat, iaitu:
(i) Wacana narasi;
(ii) Wacana eksposisi;
(iii) Wacana deskripsi; dan
(iv) Wacana argumentasi.
Ciri-ciri Wacana

Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana


mempunyai beberapa ciri penting.
Lazimnya, setiap wacana mempunyai
struktur, iaitu terdapatnya:
pendahuluan,
Isi, dan
penutup.
Tujuan Wacana

Tujuan wacana penting untuk memilih teknik


penyampaian wacana, sama ada secara naratif,
deskriptif, eksposisi atau penghujahan.
Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama
ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak
rasmi dan sebagainya.
Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan
maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya.
Jika maklumat pula yang hendak disampaikan,
ayat penyata digunakan.
Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud keserasian


hubungan antara unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana.
Keserasian ditinjau daripada hubungan antara
sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan
sesuatu perkataan dalam wacana tersebut.
Tautan dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan sebahagian
teks yang lain sehingga membentuk satu
kesatuan.
Runtutan

Runtutan atau koheren merupakan


kesinambungan idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga menjadi
satu teks yang bermakna.

Runtutan merupakan asas dalam


pembinaan wacana. Tanpa makna, teks
tidak dianggap sebagai wacana.
Penerimaan

Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar


atau pembaca yang
merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap
penerimaan seseorang itu
tinggi jika pendengar atau pembaca memahami
sepenuhnya wacana yang
disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan
adalah rendah jika wacana
tersebut tidak difahami oleh pendengar atau
pembaca.
Maklumat

Setiap wacana juga perlu mempunyai


maklumat, iaitu maklumat baharu dan
maklumat lama. Maklumat lama adalah
maklumat yang telah
dinyatakan pada peringkat awal dan
diulang dalam konteks berikutnya,
manakala maklumat baharu adalah
maklumat yang baharu sahaja
dinyatakan dalam wacana tersebut.
Keadaan

Sesuatu wacana juga perlulah sesuai


dengan keadaan. Kesesuaian itu
menjadikan sesuatu wacana relevan
dengan situasi ujaran. Pemilihan kata,
frasa dan susunan ayat yang tepat amat
penting untuk menjadikan sesuatu
wacana itu sesuai dengan keadaan.
Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana


bergantung pada wacana yang lain.
Dengan adanya interteks, sesuatu wacana
akan lebih mudah difahami oleh
pembaca atau pendengar. Kefahaman
seseorang terhadap sesuatu wacana
yang dibaca atau didengar akan membantu
menghasilkan wacana.
Makna dalam Wacana

Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan


dapat dilihat daripada kewujudan
hubungannya dengan aspek makna dengan
berdasarkan penggunaan tatabahasa
yang betul dan tepat, seperti pernyataan dan
contoh-contoh berikut:
(a) Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai
contoh: Ahmad tidak bersungguh-sungguh
berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan
yang disertainya.
Makna dalam Wacana

(b) Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai


contoh: Siti sangat rajin menelaah buku. Dia
ingin berjaya dalam pelajaran.
(c) Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai
contoh: Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.
(d) Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai
contoh: Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia
terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan
Cemerlang.
Makna dalam Wacana

(e) Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh:


Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh.
Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan.
(f) Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh:
Rumah Romzi besar. Rumah Rosli lebih besar.
(g)Hubungan penjelasan, iaitu sebagai contoh,
Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat.
Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan
nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.
Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita
dengan bahasa mudah yang ditunjang oleh
jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan,
bahasa Melayu telah diperkenalkan dengan
beberapa definisi wacana seperti berikut:
Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Harimurti (1982:204)
"Wacana atau dalam bahasa Inggerisnya ialah
'Discourse'. Wacana merupakan satuan bahasa
yang lengkap, iaitu dalam hierarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi ataupun
terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh seperti novel, buku siri
ensiklopedia dan sebagainya, paragraf, kalimat
atau ayat yang membawa amanat yang lengkap.”
Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Anton M. Moeliono (1995:407)
"Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan
sehingga terbentuklah
makna yang serasi di antara kalimat itu.“
Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Anton M. Moeliono (1995:407)
"Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan
sehingga terbentuklah
makna yang serasi di antara kalimat itu.“
Konsep Kohesi dalam Wacana

Di samping itu juga, wacana letaknya lebih tinggi


daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa
dan mempunyai keteraturan fikiran logik
(coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam
strukturnya.
Wacana dicirikan oleh kesinambungan
maklumat. Makna kesinambungan di sini
diertikan sebagai kesatuan makna.
Konsep Kohesi dalam Wacana

Unsur-unsur penting dalam wacana adalah


seperti, satuan bahasa, terlengkap, mengatasi
ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan
awal dan juga akhir yang nyata.
Konsep Kohesi dalam Wacana

Kohesi (Cohesion)
Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana.
Dengan itu kohesi adalah 'organisasi sintaktik'.
Organisasi sintaktik ini adalah merupakan wadah ayat-
ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Dengan
susunan sebegitu organisasi tersebut adalah untuk
menghasilkan tuturan.
Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang
begitu baik, ia akan dapat menghasilkan wacana yang
baik.
Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,
kesepaduan dan sebagainya.
Konsep Kohesi dalam Wacana

1. Perujukan
Perujukan ataupun rujukan ini merujuk kepada
unsur sebelum atau selepas yang berkaitan
dengan hubungan semantik.
Perujukan ini dilihat dari dua sudut, iaitu :
1.1. Perujukan Eksoforik
1.2. Perujukan Endoforik.
Kohesi dalam Wacana

1.1. Perujukan eksoforik


Perujukan eksoforik merujuk kepada hal-hal yang
di luar daripada konteks.
Dalam situasi ini kaedah perujukan eksoforik
digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang
telah berlaku pada ketika sesuatu ujaran itu
berlaku.
Perujukan eksoforik ini mengandungi tiga perkara
iaitu, konteks segera, pengetahuan bersama dan
pengetahuan satu dunia wacana.
Kohesi dalam Wacana

1.1.1. Konteks Segera


Konteks segera ini juga dikenali sebagai
Immediate Context .
Contoh: "... aku tidak mudah percaya dengan
kepura-puraan ini". Beberapa
pandangan dilemparkan kepada kami. Aku
gelisah dengan pandangan itu.
(Leman Ahmad, 1984: 39)
Kohesi dalam Wacana

1.1.2. Pengetahuan Dikongsi Bersama


Pengetahuan dikongsi bersama ini juga dikenali
sebagai shared knowledge.
Contoh:
Congo mengalami wabak virus pada akhir 1990
yang meragut 120 nyawa. Pihak berkuasa
kesihatan di negara jiran, termasuk Afrika
Selatan, mengeluarkan amaran pada minggu
lalu……
(Media Permata, 5 April 2005: 19)
Kohesi dalam Wacana

1.1.3. Pengetahuan dalam Satu Dunia Wacana


Contoh:
Bukti awal sudah ketara apabila lagunya Tangisan
Dalam Kerinduan kini menjadi siulan anak muda.
(Media Permata, 9/10 April 2005: 11)
Kohesi dalam Wacana

1.2. Perujukan Endoforik


Perujukan endoforik ini pula merujuk apa yang hanya
ada di dalam sesebuah teks. Seperti apa yang telah
diterangkan oleh Halliday dan Hasan (1976) yang
mengatakan bahawa perujukan endoforik ini merujuk
kepada teks sahaja iaitu, merujuk hanya apa yang ada di
dalam teks.
Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan pendapat
bahawa perujukan endoforik ini adalah hal atau fungsi
yang menunjukkan kembali pada hal-hal yang ada dalam
wacana, mencakupi perujukan anaforik dan perujukan
kataforik.
Kohesi dalam Wacana

1.2.1. Perujukan Anaforik


Ada yang mengatakan bahawa perujukan anaforik ini
adalah merujuk kepada unsur sebelum.
Contoh: Bersua dengan Farah memang menyeronokkan
kerana sikap peramahnya menyebabkan seseorang akan
merasa cepat mesra dengannya. Kedua, Gadis 'Breep,
Breep' ini cepat-cepat menyangkal bahawa populariti telah
mengubahnya, sebaliknya memberitahu dia masih Farah
yang dulu. (Media Permata, 9/10 April 2005:11)
• ……. Farah memang menyeronokkan ……
• ……. dia masih Farah yang dulu ……
Kohesi dalam Wacana

1.2.2. Perujukan Kataforik


Perujukan Kataforik ini juga dikatakan merujuk
kepada unsur selepas.
Contoh seterusnya:
Dia seorang budak berani, cergas dan cerdik.
Oleh sebab kehidupan ibu bapa Hang Tuah di
Melaka susah, mereka lalu berpindah ke Pulau
Bentan. (Harun Aminurrashid, 2001:8)
• Dia seorang ………..
• Oleh sebab kehidupan ibu bapa Hang Tuah …….
Kohesi dalam Wacana

2. Penggantian
Penggantian ini dikenali sebagai substitution.
Penggantian adalah alihan atau pertukaran bagi
sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata
ganti yang lainnya. Penggantian ini juga ada
penggantian nomina, penggantian verba dan
penggantian klausa.
Kohesi dalam Wacana

2.1. Penggantian Nomina


Contoh selanjutnya:
Kini kereta itu dijumpai semula oleh Polis ... Kedua,
Walau bagaimanapun kereta itu sudah bertukar
wajah menjadi "besi buruk."
(Media Permata, 8 April 2005:1)
2.2. Penggantian Verba
Contoh:
• A: Liz berkata kamu minum terlalu banyak.
• B: Betul ke! (Ann M. Martin, 1995:54)
Kohesi dalam Wacana

2.3. Penggantian Klausa


Contoh:
A: "Oh, saya berhutang dengan awak"
B: "Saya pun begitu".
(Ann M. Martin, 1995:97)
3. Pengguguran
Pengguguran juga dikenali sebagai penghilangan
atau elipsis. Pengguguran ini mengandungi
pengguguran nomina, pengguguran verbal
dan pengguguran klausa.
Kohesi dalam Wacana

3.1. Pengguguran Nomina


Contoh:
A: "Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih
bererti hidup ……………………."
B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal itu?"
(Leman Ahmad, 1984: 24)

3.2. Pengguguran Verba


Contoh:
A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"
B: "Ya, pernah."
(Tarigan, H.G., 1995:166)
Kohesi dalam Wacana

3.3. Pengguguran Klausa


Contoh:
Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa
dari kerajaan?"
Pelajar: "Ya, tentu"
(Tarigan, H.G., 1995:147)
4. Konjungsi (Conjunction)
Ada Konjungsi yang mempunyai kebalikan,
tambahan, temporal dan sebab.
Kohesi dalam Wacana

4.1. Kebalikan (Adversative)


Contoh: Kekuatan Awang Semaun yang luar biasa ini
dikatakan kerana ia telah makan sejenis ikan yang
bernama 'sumpit-sumpit' yang sangat ganjil dan kononnya
ikan ini memang mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Cerita ini mungkin hanya sebagai suatu dongeng yang
diceritakan oleh orang tua-tua kita. Walau bagaimanapun,
kekuatan Awang Semaun itu memang dari aspek keadaan
bentuk badannya yang tegap sasa.
(Harun Aminurrashid, 2001:25)
Dia rajin sekali belajar, tetapi setiap peperiksaan, selalu
tidak lulus. (Tarigan, H.G., 1995: 137)
Kohesi dalam Wacana

4.2. Tambahan (Additive)


Contoh: Aku melangkah ke depan. Sebentar menoleh ke
kanan dengan ucapan assalatu lailahaillallah. Dan ke kiri
juga. Itu nilai aku sendiri. Nilai orang aku tak kisah. Itu pun
buat masa ini.
(Leman Ahmad, 1984: 31-32)
4.3. Temporal
Contoh: Rantai itu terlalu panjang. Pada mulanya rantai itu
hendak dibuangnya tetapi ada sesuatu yang menarik
hatinya pada rantai itu. Lalu rantai itu
dibasuhnya bersih-bersih.
(Harun Aminurrashid, 2001: 28)
Kohesi dalam Wacana

4.4. Sebab
Contoh:
Mansor kerap kali datang ke sekolah dengan tidak
membawa wang belanja, sebab ayahnya telah
meninggal dunia.
Lima orang itu sangat masyhur ceritanya hingga
hari ini kerana mereka terkenal sebagai pahlawan
Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka
dahulu.
(Harun Aminurrashid, 2001: 2 & 7)
Kohesi dalam Wacana

5. Kohesi Leksikal
Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa
kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek
leksikal kohesi ini, iaitu:
5.1. Reiterasi dan
5.2. Kolokasi.
5.1. Reiterasi (Pernyataan Semula)
Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui
tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonimi,
superordinat dan kata-kata umum.
Kohesi dalam Wacana

5.1.1. Pengulangan Kata (repitition)


Kata yang sering kali diulang ini terdiri daripada
'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu
adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat
yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun
wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua
cara.
Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata
isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang
tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan
jika diperkatakan di dalam inti pati teks.
Kohesi dalam Wacana

Cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak


diulang maka berkemungkinan teks itu akan
terganggu sifat kesatuannya.
Contoh:
•……. amaran daripada penculik-penculiknya
bahawa pasukan Amerika akan cuba
membunuhnya datang menghantuinya ……………
• "Saya serta-merta teringatkan apa yang
diberitahu oleh penculikpenculik itu………….."
•"Saya tidak banyak bercakap dengan penculik-
penculik …………….”(Media Permata, 7 Mac 2005: 1)
Kohesi dalam Wacana

5.1.2. Sinonim
Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna
yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini
digunakan untuk mengelakkan kebosanan bagi
pengulangan kata yang sama di dalam teks. Selain
itu, sinonim juga memberikan variasi kepada
sesuatu teks. Sesetengah kata boleh menjadi
sinonim apabila dua kata yang berbeza merujuk
kepada perkara yang
sama.
Kohesi dalam Wacana

Contoh:
• Gambar lukisan memastikan Iwo Jima terus
menghidupkan kenangan Amerika, tetapi bagi
kebanyakan warga Jepun pertempuran pulau
berdarah adalah langkah……………
• ………………."Peperangan adalah sesuatu yang
tidak boleh difahami melainkan ia dialami," Endo,
yang pernah …………
• ……………"Perjuangan itu menjadi pengajaran
kepada belia hari ini.“……....
•(Media Permata, 7 Mac 2005: 9)
Kohesi dalam Wacana

5.1.3. Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih
khusus atau 'hiponim‘kepada kata yang lebih
umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.
Contoh:
Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri,
kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan
kandangnya secara teratur. Ketua Kampung
mengarahkan penduduk desa membuat kandang
ternakan masing-masing.(Tarigan, H.G., 1995: 146)
Kohesi dalam Wacana

Superordinat bagi contoh tersebut ialah


kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau,
biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata
'kambing, kerbau, ayam' ialah kata khusus
yang juga dikenali hiponim.
Kohesi dalam Wacana

5.1.4. Kata-kata Umum


Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu
kelasnya.
Contoh:
Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil
perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu
dibawanya balik ke rumahnya ………
(Harun Aminurrashid, 2001:25)
Kohesi dalam Wacana

5.2. Kolokasi
Kolokasi boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut
sintaksis dan dari sudut semantik.
5.2.1. Dari Sudut Sintaksis
Contoh:
Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni,
kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman
Sultan Muhyiddin, iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV
baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke
tempat yang ada sekarang.
(Harun Aminurrashid, 2001:19)
Kohesi dalam Wacana

Contoh:
Di perkarangan itu, ditanam keperluan dapur
sehari-hari; umpamanya: bayam, tomato, cili, ubi
kayu, kacang panjang, lobak, kubis dan lain-lain. Di
perkarangan itu, ditanam bahan ubat-ubatan
tradisional; misalnya: misai kucing, lengkuas,
halia, kunyit dan sebagainya…….. dijual ke pasar:
sebagai contoh: bayam, cili, halia, kunyit dan sirih.
(Tarigan, H.G., 1995: 138)
Kohesi dalam Wacana

5.2.2. Dari Sudut Semantik.


Contoh:
Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh
meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu
perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang
perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan
kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini
meliputi kereta, motosikal dan sebagainya.
(Tarigan, H.G., 1995: 136)

You might also like