P. 1
MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

|Views: 4,640|Likes:
Published by Zaira_Said

More info:

Published by: Zaira_Said on Feb 07, 2010
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

10/24/2014

CABARAN DAN STRATEGI MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

Ahli Kumpulan Zarinah bt. Salem Noraida bt. Narawi

Pengenalan : Tanggapan dan dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa ini :

kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. bidang keguruan juga sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga ( Abdul Shukor, 1996).

1. Konsep Profesionalisme Keguruan

Ciri-ciri sesuatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas, seperti yang terdapat dalam profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan sebagainya ( Mok, 1991)

merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat (Sufean, 1993). Guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajarpelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat (Fatimah, 2002).

Guru yang profesional :

ditakrifkan sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.

sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalam bidang keguruan. Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan (continuous development) (Wan Mohd Zahid Noordin, 2003).

Impaknya :

memberikan sumbangan yang amat signifikan terhadap ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.

2.

Teori Perkembangan Guru

Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini, 2007, 218).

Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice

Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner

Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent

Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient

Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert

Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.

3. Cabaran Dalam Profesion Keguruan

Cabaran yang dihadapi guru pada masa kini datang daripada pihak sekolah, bilik darjah ,masyarakat dan negara.

3.1 Cabaran Daripada Pihak Sekolah

 

Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa memikul tanggungjawab tambahan mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. bilangan murid yang ramai

3.2

Cabaran Daripada Murid

Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Contoh:- tidak mempunyai minat

3.3 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa

Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka
Mempersalah dan mempertikaikan tindakan guru

3.4 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara

Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi Melakukan penyesuaian terhadap perubahan kurikulum & masyarakat pelbagai etnik Selaku role model kepada murid, guru harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh diteladani oleh murid.

3.5 Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa
 

menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) Meminimumkan penggunaan kos pendidikan

3.6 Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan

penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar

imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain kekurangan peluang kenaikan pangkat

4. Strategi Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan
4.1 Meningkatkan Tahap Profesionalime
a. b. c. d. e.

f.

Program Diploma Perguruan Khas Program Diploma Perguruan Malaysia Program Pensiswazahan Guru Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti Skim Latihan Pegawai Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab Perguruan

4.2 Ganjaran & Kenaikan Pangkat

a. b. c.

d.

Pengetua Cemerlang Guru Cemerlang Jawatan Naik Pangkat Skim Gred Diploma

4.3

Menubuhkan Universiti Perguruan

Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, menjadi sebuah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

4.4

Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan

KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB.

4.5

Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Objektif penubuhan YGMB :i) memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan
ii) memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaannya.

4.6

Penyertaan Dalam Kesatuan Guru

setiap warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini.

Untuk menguat dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permuafakataan selaras dengan kehendak profesion perguruan.

4.7 Hari Guru

16 Mei setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan jasa para guru.
Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diberi pengiktirafan penuh terhadap sumbangan dan jasa mereka.

5.

Cadangan atau Saranan

i. Perubahan Polisi Sistem Pendidikan

- cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Teras Kelima PIPP 2006-2010 menyarankan agar guru-guru yang berkelulusan tinggi diberikan insentif yang sewajarnya dengan kelulusan mereka. Hal ini bertujuan untuk memberi laluan kerjaya yang lebih baik dan menggelak mereka mencari alternatif lain seperti bekerja di sektor swasta dan badan berkanun.

ii. Status Ekonomi Guru-Guru

KPM telah mengkaji semula gaji guru-guru dengan memberikan elaun khas (spt: Elaun Balik Kampung) kepada guru yang bekerja di bandar-bandar besar dan kawasan pedalaman untuk menyara kehidupan mereka di samping itu juga elaun khas ini dapat memenuhi kepuasan bekerja guru di kawasan pedalaman.

iii. Pemilihan Calon Guru Yang BenarBenar Layak

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang bertindak sebagai peneraju utama latihan perguruan bersamasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), bertanggungjawab menyediakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test-MtesT)

Bagi menjamin guru yang dihasilkan adalah berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar, tiga aspek utama, iaitu nilai dan amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran amat penting diberi penekanan utama. Keupayaan memperoleh ketiga-tiga aspek ini pula sewajarnya diukur berdasarkan pada satu standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Standard Guru Malaysia ( Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2008)

pemantapan proses pelantikan dan pengesahan PPPS dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum (standard minimum pengesahan jawatan).

iv. Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (mensifarkan GSTT)

kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan.

v.

Penyertaan Guru Dalam Kesatuan
penubuhan Majlis Guru adalah satu keperluan untuk mempertahankan kredibiliti guru sebagai golongan pendidik yang profesional. Selain itu, penubuhan Majlis Guru juga akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru seandainya penubuhan Majlis Perguruan diluluskan melalui Akta Majlis Perguruan.

Majlis Guru akan menjadi sebuah badan berkanun yang mempunyai autoriti menjalankan tugas dalam mempertahan dan membela guru yang tidak bersalah atau mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar peraturan dan etika perguruan. Secara tidak langsung, keadaan ini akan dapat meningkatkan profesional perguruan dan juga dapat mempertingkatkan prestasi serta mutu pelajar (Norsiah Fauzan et al, 2008)

Penutup

Guru yang profesional mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik . Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan penempatan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini.

pengekalan guru-guru yang berkualiti akan dapat memartabatkan profesion keguruan
Tanpa guru siapalah kita hari........

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->