Professional Documents
Culture Documents
• Di antara aspek-aspek yang perlu dikenal pasi bagi melaksanakan proses ini ialah;
– Perucap
– Audien
– Bahan
– Bahasa
– Tatacara penyampaian
PERUCAP
• Orang yang menyampaikan ucapan atau perucap hendaklah memiliki
kredibiliti, karisma dan imej. Terdapat sepuluh komponen penting
mengenai imej dan pendapat beberapa langkah untuk memaparkan
imej.
Ciri-ciri imej perucap yang baik
• Kebolehpercayaan
• Kebolehpercayaan merupakan satu keupayaan untuk meningkatkan
keyakinan. Perucap hendaklah berkeupayaan mempertahan perkara
yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan kepada audien.
• Kepakaran
• Kepakaran perucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang
mendalam terhadap pekara yang diperkatanya. Ini bererti perucap
harus mempunyai pengetahuan serta menguasai bidangnya.
• Dinamik
• Perucap yang dinamik ialah perucap yang aktif, bertenaga dan penuh
minat tehadap perkara yang diperkata. Perucap yang pasif ialah
perucap yang tidak menguasai subjeknya,kurang bertenaga dan
tidak tegas. dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap
subjek dan mesejnya.
• Ketetapan
• ketetapan dirujuk kepada kemampuan perucap memegang pendapat
dan kedudukannya dalam jangka masa tertentu.Ini bererti sekiranya
terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang lebih meyakinkan
bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang matang,perucap
berkenaan seharusnya mampu menukar fikiran mereka.
Bagaimanapun selagi pendapat atau pegangan asalnya boleh
diterima perucap perlu tetap dengan pendiriannya.
• Keramahan
• Ini bererti perucap tidak boleh mengasingkan dirinya
daripada audien. perucap harus menekankan persamaan di
antara dirinya dengan audien. Sifat-sifat meyukai,
mengambil berat, lemah lembut dan merendah diri dapat
membantu meningkat krebidiliti keramahan.
• Kejujuran
• Perucap haruslah memastikan wujudnya pandangan
khalayak bahawa mereka (perucap) itu jujur. Ini penting
supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap
subjek atau perkara yang disampaikannya.
• Keikhlasan
• Perucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak
bahawa mereka (perucap) itu ikhlas. Ini penting untuk mempertingkat
kredibiliti perucap pada persepsi audien. Apatah lagi apabila isu yang
diperkata oleh perucap merupakan isu-isu yang kontroversial.
• Perucap tidak boleh kelihatan muram. Oleh itu anda hendaklah menunjukkan
tingkahlaku yang boleh meyakinkan audien bahawa anda telah memberi tumpuan
yang penuh terhadap tajuk yang diperkata.
• Penglibatan Sepenuhnya
• Menjimatkan masa
• Menjelaskan perkara-perkara yang kompleks
• Membantu mengekalkan minat audien.
Membuat Pengenalan
• Pengenalan ucapan merupakan asas kepada sesuatu
ucapan. Dalam pengenalan perlulah dinyatakan mengapa
anda memerlukan tajuk berkenaan. Pengenalan yang baik
boleh berfungsi untuk menjalinkan hubungan perucap
dengan audien ialah bagi memastikan audien menerima
baik ucapan anda.
• Pengenalan yang baik juga boleh mempertingkat imej
perucap. Dalam pengenalan juga anda memperkenalkan
tajuk serta mewujudkan tanggapan awal audien terhadap
anda.
• Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk
menimbulkan keberkesanan ialah;
– Memberikan perhatian terhadap setiap kata-kata dan pergerakan
yang akan diperaga kepada audien. Ini memerlukan perancangan
.
– Membuat kenyataan yang kontroversial pada permulaan ucapan.
– Menunjukkan bahan tampak yang memaparkan aspek utama
ucapan.
– Mewujudkan perhubungan mata dengan audien.
– Memulakan ucapan dengan kutipan-kutipan orang ternama,
orang terkenal dan tokoh-tokoh.
– Menyampaikan puji-pujian tertentu kepada audien.
Membuat Kesimpulan
• Kesimpulan merupakan unsur terakhir dalam pakej ucapan.
Bahagian ini menyimpulkan ucapan dengan merumuskan
semula fakta-fakta dan bahagian-bahagian yang tertinggal
atau tidak kukuh. Di antara perkara-perkara yang
ditekankan dalam kesimpulan ialah;
– Mengulas perkara-perkara utama dalam mesej. Iaitu dengan
menekankan idea-idea pokok tanpa memperincinya.
– Memberi penekanan kepada hujah yang paling penting
– Menyuarakan gesaan untuk bertindak. Ini khususnya
pada ucapan berbentuk membujuk.
– Mengukuhkan hujuh-hujah yang masih lemah
– Meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara-
perkara utama agar audien dapat bertindak balas
terhadap perkara-perkara utama ucapan itu.
BAHASA
• Umumnya bahawa merupakan alat perutusan atau
penyampaian mesej sama ada yang berbentuk
idea, konsep, teori atau ia digunakan untuk
memberi dan mendapatkan maklumat, untuk
menjelaskan sikap dan perasaan, untuk membuat
laporan, untuk melakukan perbincangan, untuk
mengajar, untuk meyakinkan, untuk mempengaruhi
fikiran serta tindakan audien sasaran.
Penggunaan Bahasa Dalam
Perucapan
• Perucap mempunyai empat tujuan apabila menyusun kata-
kata, frasa klausa dan ayat-ayat dalam teks ucapannya,
oleh itu bahasa perucap hendaklah;
• Jelas
• Untuk menghasilkan bahasa yang jelas perucap hendaklah
menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan mudah,
terus atau langsung dan tidak mengelirukan. Bahasa yang
jelas dapat memperjelaskan maklumat.
Di antara ciri-ciri kejelasan bahasa ialah;
• Bahasa hendaklah tepat dan konkrit. Oleh itu segala idea
hendaklah dijelaskan dengan menggunakan bahasa yang
senang difahami.
• Berhati-hati apabila menggunakan bahasa yang
teknikal. Seelok-eloknya berikan makna atau erti
kata-kata teknikal yang digunakan itu.
• Berhati-hati apabila menggunakan perkataan yang
mempunyai makna berlapis atau bahasa konotatif.
• Sentiasa menghuraikan apa yang dimaksudkan untuk
mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman khususnya
konsep-konsep yang diterap dalam teks ucapan.
Menarik
• Aspek menarik ini berkait rapat dengan persembahan
ucapan itu. Salah satu cara untuk untuk menjadikan
sesuatu ucapan itu menarik ialah dengan mempelbagai
corak percakapan atau wujudkan variasi dalam
penggunaan bahasa. Oleh itu perucap digalakkan
menggunakan bahasa-bahasa yang cergas, retorik,
bertenaga dan imaginatif, menggunakan metafora, bahasa
kiasan, bandingan dan yang seumpamanya bagi
menghidupkan persembahan ucapan.
• Sesuai Dengan Audien
• Cara ini boleh membantu memberikan penekanan kepada apa yang hendak
dikatakan bagi menjadikan mesej yang disampaikan lebih menarik. Gaya perlu
disesuaikan dengan kehendak atau tujuan sesuatu mesej itu disampaikan.
Umpamanya perucapan yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat eloklah
menggunakan ayat deklaratif.
• Ayat Aktif lebih bersifat terus dan langsung. Penstrukturannya hendaklah mematuhi
Hukum D-M (Diterangkan-Menerangkan) Ini lebih memudahkan audien
memperolehi kefahaman.
• Bahasa ekonomis iaitu bahasa yang terus kepada perkara pokok boleh
menjimatkan masa perucap dan lebih tepat. Satu cara untuk mendapatkan bahasa
yang ekonomis ialah dengan mengurangkan perkataan-perkataan yang tidak perlu.
TATACARA PENYAMPAIAN
• Terdapat dua aspek yang perlu diberikan perhatian
semasa menyampaikan ucapan iaitu aspek lisan
dan aspek bukan lisan.
Aspek Lisan Dalam Penyampaian
• Untuk memenuhi keperluan ini perucap hendaklah
berkemampuan serta mahir dalam penggunaan
bahasa seperti yang dijelaskan sebelum ini. Ini
penting bagi menghasilkan maklumat yang
berkesan serta ekspresif.
Aspek Bukan Lisan Dalam
Penyampaian
• Aspek lisan dalam penyampaian ucapan boleh
diperjelas melalui penggunaan aspek-aspek bukan
lisan seperti;
Gerak Badan
• Iaitu tingkah laku fizikal yang merupakan
sebahagian daripada perutusan mereka.
Bagaimanapun perucap hendaklah memastikan
tidak ada tingkah laku yang mengganggu
penyampaian ucapannya seperti memegang
barang yang tidak berkaitan, atau menggerakkan
anggota badan tanpa tujuan tertentu.
Sifat Fisiologi
• Ini boleh dilakukan dalam kumpulan audien yang kecil. Maksud sentuhan di sini
ialah seperti bersalaman dan cara ini boleh menimbulkan rasa mesra dan
keramahan perucap.
• Sifat Suara
• Ini dirujukkan kepada mutu suara perucap sama ada nyaring, besar kecil, lembab
pantas dan vokalizer, seperti ”ya”, ”um”, ”er” dan kata-kata atau frasa-frasa tertentu
yang sering dimasukkan dalam ucapan. Bunyi-bunyi ini boleh mengganggu
kelancaran penyampai. Oleh itu patutlah dihapuskan.
• Penggunaan Ruang
• Sahsia Rupadiri
• Ini meliputi segala perkara yang berkaitan dengan perucap yang berfungsi sebagai
rangsangan bukan lisan umpamanya pakaian, perhiasan, solekan dan
seumpamanya. Perucap hendaklah memastikan bahawa sahsiah rupa dirinya sesuai
dengan acara, sama ada rasmi atau tidak rasmi.
• Hubungan Mata
• Keadaan ini berlaku apabila seseorang perucap itu diminta menyampaikan ucapan
secara tiba-tiba. Kaedah ini juga boleh bertukar dengan berucap seringkas dan
seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Seelok-eloknya gunakan
pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan spontan ini.
• Membaca Teks
• Ini merupakan kaedah yang paling lumrah digunakan oleh perucap iaitu menumpukan
perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audien. Walaupun
ketepatan dapat dijamin namun wujud masalah untuk menambah isi ucapan dan untuk
mengekalkan hubungan mata dengan audien.
• Merujuk Rangka
• Dalam kaedah ini perucap hanya menyediakan rangka ucapannya dengan memiilih
kata-kata kunci bagi intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan
menghasilkan ucapan yang bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata serta
mudah mengubahsuai fakta. Bagaimanapun kesan-kesan sedemikian hanya dicapai
sekiranya perucap telah membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.
CERAMAH
Definisi Ceramah
• Ceramah bolehlah didefinisikan sebagai pengemukaan
fikiran atau idea-idea melalui perucapan dan disampaikan
secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat
penerangan daripada penceramah. Sehinggalah selesai
segala informasi atau maklumat yang hendak disampaikan.
Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk.
Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses
seseorang perucap mengubah sikap, kepercayaan atau
tindakan audien sasaran. Pembujukan merupakan proses
yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah
pemikiran audien.
• Oleh itu perucap perlu menggunakan lebih daripada
satu pendekatan dalam proses pembujukannya.
Selain itu setiap unsur dalam penyampaian
ucapannya seperti mimik muka, nada suara, gerak
badan perlu diseimbangkan dengan hujah bagi
membantu audien mengubah sikap dan tindakan
mereka.